Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pengangguran Di Malaysia

3y ago
637 Views
201 Downloads
542.19 KB
19 Pages
Last View : 17d ago
Last Download : 2m ago
Upload by : Audrey Hope
Transcription

PROSIDING PERKEM VII, JILID 1 (2012) 209 - 227ISSN: 2231-962XFaktor-faktor yang Mempengaruhi Pengangguran di MalaysiaFactors Influencing the Unemployment Rate in MalaysiaNorhayati Baharin norhayati 73@yahoo.comIshak YussofRahmah IsmailPusat Pengajian EkonomiFakulti Ekonomi dan PengurusanUniversiti Kebangsaan MalaysiaABSTRAKKajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti pembolehubah makroekonomi sebagai faktor yangmempengaruhi kadar pengangguran di Malaysia. Tempoh kajian ini meliputi tahun 1981 hingga 2010dengan menggunakan data siri masa. Kajian ini memfokuskan kepada empat pembolehubahmakroekonomi yang mempengaruhi kadar pengangguran iaitu kadar pertumbuhan ekonomi benar,kadar pertumbuhan FDI benar, keterbukaan ekonomi dan kadar inflasi .Pengujian empirikal dibuatmenggunakan kaedah ekonometrik siri masa iaitu Autoregressive Distributed lag (ARDL) yangdicadangkan oleh Pesaran dan Shin (1996) untuk melihat hubungan faktor penentu dengan kadarpengangguran. Keputusan daripada penganggaran yang dibuat mendapati kadar pengangguran diMalaysia adalah signifikan dipengaruhi oleh keterbukaan ekonomi dan kadar pertumbuhan ekonomibenar dalam jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Sebaliknya pembolehubah kadarpertumbuhan pelaburan langsung asing signifikan mempengaruhi kadar pengangguran dalam jangkamasa pendek sahaja. Pembolehubah kadar inflasi tidak signifikan mempengaruhi kadar pengangguranbagi kedua-dua tempoh jangka masa. Justeru implikasi dasar menunjukkan bahawa kawalan terhadappembolehubah makroekonomi berupaya memastikan kadar pengangguran kekal rendah di Malaysia.Kata Kunci: Kadar pengangguran, Malaysia, pendekatan ARDL, pembolehubah makroekonomiABSTRACTThis study attemps to identify the macroeconomic variables as the determinant factor which influenceunemployment rate in Malaysia. The period of this study is from 1981 until 2010. The study focused onfour macroeconomic variables as the independent variables. The variables are real economics growthrate, economics openness, real FDI growth rate and inflation rate. Autoregressive Distributed lag(ARDL) approach proposed by Pesaran and Shin (1996) is used to estimate factors contributing tounemployment rate. The results show that in long run and short run, economics openness and realeconomics growth rate are statistically significant in influencing unemployment rate in Malaysia.Meanwhile, real FDI growth rate is only statistically significant in influencing unemployment rate inthe short-run whilst inflation rate is not significant for both periods. Therefore, the results indicate thatunemployment rate in Malaysia can be reduce through controlling the relevant microeconomicvariables.Keywords:Unemployment rate, economic growth, macroeconomic variables, ARDL method.PENGENALANIsu utama dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara ialah guna tenaga dan kadar pengangguran.Sesebuah negara dikatakan mempunyai pertumbuhan yang mampan jika kadar penganggurannyarendah. Sebaliknya jika kadar pengangguran tinggi, bermakna berlakunya pembaziran sumber manusia.Masalah pengangguran terus merupakan satu daripada masalah ekonomi yang sangat penting dan harusditangani dalam pasaran buruh. Sebab berlakunya pengangguran adalah pelbagai dan kompleks. Bagisesetengah individu, pengangguran hanya berlaku dalam jangka masa yang pendek yang mana ianyamerupakan satu proses semulajadi bagi individu-individu yang bergerak di antara satu pekerjaan kePersidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VII (PERKEM VII),Transformasi Ekonomi Dan Sosial Ke Arah Negara Maju,Ipoh, Perak, 4 – 6 Jun 2012

210Norhayati Baharin, Ishak Yussof, Rahmah Ismailpekerjaan yang lain atau pergerakan daripada alam persekolahan ke pasaran kerja. Bagi sesetengahindividu yang lain pula beranggapan, pengangguran yang mengambil masa beberapa bulan mungkindisebabkan kesukaran mencari pekerjaan. Kenyataannya, kadar pengangguran merupakan petunjukyang penting kepada prestasi kitaran ekonomi. Kadar penggangguran mengukur peratus guna tenagayang sedang mencari pekerjaan (Bilangan orang yang menganggur/jumlah tenaga buruh X 100%).Bilangan pekerjaan yang ditawarkan pula menunjukkan kaitan secara langsung dengan tingkat keluarandan perbelanjaan.Penurunan kadar pengangguran merupakan petanda yang baik dalam ekonomi keranafirma menambahkan peluang pekerjaan sebagai tindakbalas terhadap peningkatan jualan dan keluaran.Manakala penurunan kadar pengangguran pula merupakan petanda yang tidak baik dalam ekonomikerana ia menunjukkan prestasi firma yang merosot sehingga menyebabkan firma berhenti mengambilpekerja baru atau memberhentikan pekerja yang sedia ada akibat daripada kejatuhan dalam permintaan.Selain daripada itu, pengangguran juga bermaksud sumber buruh tidak digunakan dengan cekap danberlaku pengurangan dalam saiz ekonomi. Menurut Okun’s Law(1970), bagi setiap 1% peningkatankadar pengangguran bermakna kejatuhan ke atas potensi KDNK Negara sebanyak 2%.Berdasarkan gambarajah 1, bermula tahun 1992, kadar pengangguran di Malaysia berada padaparas kurang daripada 4%. Dengan kadar pengangguran yang rendah ini, ia boleh dianggap sebagaikadar pengangguran guna tenaga penuh sebagaimana ahli-ahli ekonomi berpendapat kadarpengangguran guna tenaga penuh wujud apabila kadar pengangguran sesebuah negara mencapai kadar5-6 %(Mc Connell & Bruce 1995). Menyorot kembali situasi pasaran buruh di Malaysia pada awaltahun 1980-an, kadar pengangguran telah meningkat daripada 5.3% (1980) kepada 5.7% (1981).Masalah ini semakin ketara apabila Malaysia mengalami kemelesatan ekonomi pada tahun 1985. Kadarpengangguran meningkat kepada 5.6% pada tahun 1985 dan 7.4% pada tahun 1986. Ia merupakantahun yang mencatatkan peratusan kadar pengangguran yang tertinggi dalam tempoh 30 tahun (19812010)(Jabatan perangkaan Malaysia,2009). Antara punca yang dikenalpasti ialah pertumbuhan sektorswasta yang perlahan pada tahun 1970-an sehingga pertengahan tahun 1980-an telah menyebabkanpengurangan dalam permintaan buruh. Manakala sektor awam pula telah bertindak sebagai jenterapembanggunan dan menjadi majikan yang besar dalam tempoh tersebut. Walau bagaimanpun padaawal 1980-an perlaksanaan dasar fiskal mengembang telah meninggalkan kesan yang tidak diinginidalam ekonomi iaitu masalah peningkatan yang cepat dalam hutang awam,pembiayaan belanjawandefisit dan tekanan inflasi yang tinggi iaitu 5-10%setahun (Thillainathan, 1989). Ini menunjukkanpenggunaan teori Keynes tidak begitu sesuai digunakan bagi mengatasi masalah pengangguran diMalaysia apabila pengangguran yang wujud pada awal 1980-an bersifat pengangguran struktur danbukannya pengangguran kitaran. Beberapa faktor telah dikenalpasti sebagai penghalang penggunaanmodel Keynes di negara sedang membangun (Henss &Ross 1997). Firma di negara sedangmembangun tidak bergerakbalas dengan cepat dan berkesan terhadap pertambahan permintaaan untukkeluaran mereka dengan menambah output dan guna tenaga. Ketidakupayaan ini adalah disebabkanoleh kekangan dibahagian penawaran yang mengalami masalah kekurangan modal, bahan mentah danburuh mahir.Ekonomi negara kembali pulih pada pertengahan tahun 1987. Dengan penyertaan aktif sektorswasta, telah berjaya memulihkan ekonomi negara dan seterusnya pertumbuhan ekonomi negara benarsehingga mencapai 10% pada tahun 1996. Suasana makroekonomi yang memberangsangkan ini telahberjaya menarik kemasukan modal besar yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Kadarpengangguran mulai menurun, walaupun dari segi peratusannya masih lagi tinggi iaitu sekitar 7.3%(1987) dan 7.2% (1986). Tahun-tahun berikutnya menyaksikan kadar pengangguran ini terus menurunsehingga mencapai 2.5% pada tahun 1997. Ia mencatatkan satu angka yang paling rendah dalamtempoh 1981 hingga 2010. Walaubagaimanapun, krisis kewangan Asia telah menganggumomentumnya. Krisis yang bermula pertengahan tahun 1997 mencetuskan serangan spekulatif ke atasmatawang Asia Timur termasuklah ringgit. Penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) danRancangan Pemulihan Ekonomi Negara (RPEN) dengan 6 objektif utama menyebabkan negaraMalaysia terselamat daripada krisis yang lebih ekstrim seperti yang berlaku ke atas beberapa negaralain seperti pengangguran yang tinggi, kemiskinan dan kebankrapan yang sangat besar. Berikutandengan perlaksanaan RPEN, kerajaan telah menggunakan dasar fiskal yang merangsang serta dasarkewangan yang sesuai termasuklah menetapkan Ringgit pada kadar RM3.80 bagi USD1 untukmenstabilkan kadar pertukaran. Langkah-langkah yang diperkenalkan telah menghasilkan pemulihanekonomi Negara, lebihan dalam akaun semasa, peningkatan dalam pelaburan luar negara danmengembalikan keyakinan rakyat dan pelabur keseluruhannya (EPU,2011). Kadar pengangguran kekalpada kadar di bawah 4% setahun (1998-2010). Ini bermakna Malaysia telah mengalami keadaan gunatenaga penuh yang bermaksud lebih 94% daripada tenaga buruh mempunyai pekerjaan ( Mc Connell &Brue 1995).

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII 2012211Walaupun negara pernah berhadapan dengan krisis kewangan Asia pada tahun 1997 kadarpengangguran berjaya dikawal dan masih berada di tahap yang rendah iaitu sekitar 2.5%. Trend ituberlaku sehinggalah pada tahun 2010 apabila kadar pengangguran berjaya dikekalkan pada tahapkurang daripada 4%. Persoalannya di sini, bagaimanakah untuk mengekalkan tahap penganggurantenaga penuh ini dan seterusnya mencapai sasaran yang dinyatakan dalam Rancangan MalaysiaKesepuluh (2011-2015) atau RMK-10 iaitu untuk mencapai kadar pengangguran 3.1% menjelangtahun 2015. Justeru, haruslah dikenalpasti apakah faktor-faktor penentu utama yang menyebabkanberlakunya masalah pengangguran di Malaysia. Paling penting, analisis kajian turut memberi perhatianistimewa ke atas hubungan faktor-faktor tersebut dalam keseimbangan ekonomi jangka pendek danjangka panjang. Untuk maksud ini, kertas ini dibahagikan kepada lima bahagian utama. Selepasbahagian pengenalan, bahagian kedua membincangkan kajian lepas berkaitan masalah pengangguran.Ini diikuti dengan penerangan terhadap metodologi kajian dan pembentukan model kajian. Hasilkeputusan kajian dibincangkan dalam bahagian keempat kertas ini dan diikuti dengan rumusan danimplikasi dasar.KAJIAN LEPASPengangguran sering kali dikaitkan dengan lebihan penawaran buruh di pasaran. Keadaan ini biasanyadikaitkan juga dengan masalah yang sering melanda kawasan luar bandar atau pun di negara yangmundur kesan daripada aktiviti ekonomi tidak berkembang dan seterusnya tidak dapat menyediakanpeluang pekerjaan yang mencukupi untuk penduduk masing-masing. Namun begitu masalahpenggangguran juga terjadi di kawasan bandar dan negara-negara membangun, alah di negara majupun berlaku. Masalah ini terjadi kerana kekosongan pekerjaan yang ada tidak dapat dipenuhi atassebab-sebab yang tertentu. Sama ada ianya berpunca daripada pihak yang menganggur atau dari pihakmajikan sendiri. Maka, faktor-faktor yang menyebabkan pengangguran ini juga boleh dilihat sama adadari sudut permintaan buruh atau penawaran buruh.Terdapat banyak kajian lepas yang mengkaji faktorpenentu pengangguran sama ada dari prespektif mikroekonomi ataupun dari perspektif makroekonomi.Pelbagai model teoritikal digunakan untuk mengkaji hubungan pembolehubah mikro dan makroekonomi termasuklah faktor upah, harga, inflasi, tingkat keluaran, kadar bunga, pelaburan langsungasing dan sebagainya.Kajian Okun’s (1970), telah mendapati wujud hubungan yang songsang antara penganggurandan keluaran negara kasar (KNK). Dalam kajiannya mendapati penurunan 1% dalam pengangguranakan meningkatkan (KNK) potensi sebanyak 2-3%. Susulan itu banyak kajian-kajian serupa turutdilakukan bagi membuktikan kebenaran peraturan Okun’s. Antaranya ialah Dornbusch, Fischer danStartz(2001) dan Downes (1998) . Kesimpulan mudah yang dinyatakan ialah orang yang tidak bekerjatidak menyumbang kepada pengeluaran dan seterusnya tidak menyumbang kepada pertumbuhanpengeluaran dalam negara. Kajian empirikal yang dijalankan oleh Farzad Farsio(2003) turutmenyokong peraturan Okun’s. Dengan menggunakan data suku tahun siri masa negara AmerikaSyarikat(US) dari tahun 1977 hingga 2001 mendapati pengangguran penyebab granger kepadaKeluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan hubungan negatif antara KDNK dan pengangguran adalahstabil bagi tempoh masa yang dikaji dengan menggunakan ujian kestabilan Chow. Walaubagaimanapun terdapat juga beberapa kajian yang bercanggah dengan peraturan Okun’s. Antaranyaialah Prachowny (1993), Blinder’s (1997) dan Altig,Fitzgerald dan Rupert’s (1997). Kajian merekamendapati wujud hubungan yang positif antara pengangguran dan Keluaran Dalam Negara Kasar(GDP). Mereka mendapati bahawa perubahan dalam output mempunyai hubungan dengan produktivitiburuh. Hal ini yang diketepikan dalam kajian Okun’s (1970). Perubahan produktiviti pekerja bolehdisebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya ialah peningkatan dalam teknologi sebagaimana yangpernah berlaku di negara Amerika Syarikat dan negara-negara barat yang lain. Selain itu ia juga bolehdisebabkan peningkatan dalam kualiti buruh seperti pendidikan, kemahiran dan juga kerja lebih masa.Semua faktor ini boleh menyebabkan GDP meningkat dan tidak semestinya dapat mengurangkanpengangguran. Kajian oleh Malley J dan Molana H (1970) yang mengkaji hubungan output danpengangguran daripada negara-negara G7 ( US, Canada, UK, France, Germany, Italy dan Japan.) bagitempoh 1960-2001 juga secara umumnya telah mengenepikan peraturan Okun’s kecuali negaraGerman.Terdapat juga pembolehubah makroekonomi lain yang digunakan untuk melihat hubungannyadengan pengangguran. Misalnya kajian yang dilakukan oleh Dutt, Mitra & Ranjan (2007), mengkajimodel perdagangan terhadap pengangguran. Menggunakan data keratan rentas bagi polisi perdagangannegara-negara yang dikaji, didapati pengangguran dan keterbukaan ekonomi (ekspot import),GDP

212Norhayati Baharin, Ishak Yussof, Rahmah Ismailmempunyai hubungan yang negatif. Keputusan anggaran OLS menunjukkan bahawa jika satu peratusketerbukaan ekonomi meningkat ia akan mengurangkan pengangguran sebanyak 1.2%. Kajian darisudut yang serupa juga dilakukan oleh Felbermayr, G, Prat J & Hans-Jörg Schmerer (2010) yangmenggunakan data panel daripada 20 buah negara-negara OECD, mendapati wujud hubungan yangnegatif antara kadar pengangguran dengan keterbukaan ekonomi.Satu lagi bentuk pembolehubah makro yang sering digunakan dalam kajian ini ialah pelaburanlangsung asing (FDI). Kebanyakan kajian lepas menunjukkan FDI sebagai sumber penting modal,pelengkap kepada pelaburan domestik swasta, menjana lebih banyak peluang pekerjaan, pemindahanteknologi dan seterusnya merancakkan pertumbuhan ekonomi dinegara tuan rumah (Chowdhury &Mavrotas, 2006). Ini dibuktikan daripada hasil kajian Marian ,Dinga dan Daniel Münich (2007), dalamkajian impak daripada pelaburan asing dalam projek Toyota-Peugeot Citoёn Automobile (TPCA)terhadap pasaran tenaga kerja di daerah Kolin, Republik Czech anatara tahun 1993-2006 yangmenggunakan kaedah OLS, mendapati FDI mempunyai kesan yang signifikan. Kemasukan FDI telahmengurangkan jumlah pengangguran sebanyak 1.7% dan meningkatkan guna tenaga 3.7%. Turutmendapat hasil keputusan yang sama ialah kajian oleh Rafiq M, Iftikhar Ahmad,Asmat Ullah danZahoor Khan(2009).Kajian yang menggunakan simple single equation linear regression (SELRM)mendapati FDI mempunyai kesan yang negatif terhadap pengangguran di Pakistan.Walaubagaimanapun wujud hasil kajian yang berbeza dalam melihat hubungan antara FDI danpengangguran. Antaranya ialah kajian yang dijalankan di Turki oleh Aktar dan Ozturk (2009). TeknikVAR diaplikasikan terhadap variance decomposition dan impulse response finction bagi melihatpelbagai bentuk hubungan dalaman antara FDI, eksport, pengangguran dan GDP dalam tempoh 2000:1hingga 2007:4. Hasil kajian mendapati FDI dan GDP tidak menyumbang kepada pengurangan kadarpengangguran di Turki.Menurut Mansor Jusoh (1990), kajian oleh Philips (1958) telah membuka kepada kajianhubungan antara pengangguran dan kadar inflasi. Pada awal kajian Philips (1958) telah menemuihubungan yang songsang antara perubahan kadar upah dengan pengangguran di British. Ahli ekonomiyang terkemudian seperti Solow & Samuelson (1960) merujuk hubungan ini sebagai hubungan antarainflasi dengan pengangguran. Keluk Philips tradisional menyarankan bahawa wujud hubungan negatifyang stabil antara inflasi dengan pengangguran. Samuelson dan Solow(1960), telah menggunakan dataAmerika Syarikat bagi tahun 1935-1959 juga mendapat keputusan yang sama iaitu hubungan yangnegatif. Samuelson dan Solow menganggarkan bahawa untuk menjamin kadar inflasi yang rendah,kadar pengangguran seharusnya dibiarkan meningkat antara 5-6%. Friedman (1968) mempersoalkanhubungan keluk Philips apabila data inflasi dan pengangguran bagi Amerika Syarikat selepas tahun1970 tidak menunjukkan hubungan yang jelas. Kajian Friedman (1968) dan Edmund (1967)menyatakan bahawa hubungan negatif yang stabil antara pengangguran dengan kadar inflasi hanyawujud dalam jangka masa pendek apabila inflasi dijangka tidak berubah. Manakala keluk philips dalamjangka masa panjang berlaku apabila inflasi dijangka berubah dan sama dengan kadar inflasi sebenar.Friedman mengesyorkan hubungan yang positif boleh wujud dimana kadar inflasi dan kadarpengangguran sama-sama meningkat. Keadaan ini dikenali sebagai stagflasi. Keluk Philips jangkapanjang juga boleh berbentuk menegak apabila tidak wujud tukar ganti antara inflasi denganpengangguran. Hasil kajian-kajian lepas mendapati hubungan antara kadar pengangguran dan kadarinflasi boleh menjadi negatif atau positif. Misalnya, kajian Schreiber dan Wolters (2004),yangmenggunakan kaedah analisis kointegrasi VAR mendapati terdapat hubungan jangka masa panjangyang negatif antara inflasi dan kadar pengangguran di negara German. Snower & Karanassou (2002)turut menyokong hasil kajian yang sama bagi negara Spain. Kesimpulan yang dibuat dalam kajianbeliau ialah peningkatan dalam pertumbuhan wang meningkatkan kadar inflasi dan mengurangkankadar pengangguran. Manakala kajian yang dibuat oleh Muhammad Imtiaz Subhani, Osman &Nayaz(2011) mendapat hasil kajian yang berbeza-beza bagi keempat-empat negara yang dikaji iaituPakistan, India , Bangladesh dan Sri Langka. Dengan mengunakan data tahunan 1981 hingga 2010 danmengaplikasi kaedah analisis regrasi mudah mendapati hubungan yang negatif antara kadar inflasi dankadar pengangguran bagi negara Bangladesh. Bagi negara Pakistan pula, hubungannya adalah positif.Manakala dua buah lagi negara iaitu India dan Sri Langka menunjukkan tiada hubungan antara kadarinflasi dan pengangguran. Hasil kajian Beyer & Farmer (2002) dalam kajiannya menemui kecerunankeluk Philips yang positif bagi jangka masa panjang di Amerika Syarikat bagi tempoh 1959 hingga1999.Kajian mengenai isu pengangguran di Malaysia merangkumi pelbagai sudut, sama ada darisegi penawaran buruh itu sendiri ataupun dari sudut prespektif makroekonomi. Kajian yang dilakukanoleh Zaleha Mohd Noor, Norashidah Mohamed Nor & Judhiana Abdul Ghani (2007) yang mengujiperaturan Okun’s di Malaysia dengan menggunakan data tahunan siri masa dari tahun 1970 hingga2004 mendapati terdapat hubungan yang negatif antara kadar pengangguran dan KDNK benar. Walau

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII 2012213bagaimanpun pekali bagi kadar pengangguran lebih kecil daripada yang diperolehi oleh Okun iaitupenurunan 1 peratus pengangguran akan membawa peningkatan sebanyak 1.75 peratus dalam KDNKpotensi. Hasil kajian juga menunjukkan wujudnya penyebab dua arah bagi pembolehubah pengangurandan KDNK. Penurunan pengangguran akan mengembangkan ekonomi dan dalam masa yang samapeningkatan dalam aktiviti ekonomi akan mengurangkan pengangguran.Kajian Tingi & Lingii (2011),turut mengesahkan kewujudan peraturan Okun di Malaysia. Hasil kajian yang menggunakanpendekatan Autogressive Distribited Lag (ARDL) menunjukkan hubungan negatif yang stabil bagikadar pengangguran dan pertumbuhan output untuk tempoh jangka masa panjang.Kajian oleh Thirunaukara

(1987) dan 7.2% (1986). Tahun-tahun berikutnya menyaksikan kadar pengangguran ini terus menurun sehingga mencapai 2.5% pada tahun 1997. Ia mencatatkan satu angka yang paling rendah dalam tempoh 1981 hingga 2010. Walaubagaimanapun, krisis kewangan Asia telah menganggu momentumnya.

Related Documents:

Tingkat pengangguran terbuka di tahun 2014 mengalami penurunan yang cukup besar yaitu pada bulan Februari sebesar 5,45 %. Oleh karena itu, mengingat tingkat pengangguran terbuka di Provinsi Jawa Tengah masih terlalu fluktuasi peneliti lebih terfokus meneliti faktor-faktor apa saja yang mempengaruhi pengangguran terbuka di Jawa Tengah.

Skripsi yang berjudul ―Analisis Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Minat Masyarakat untuk Menabung (Studi Kasus pada Nasabah BMT An-Nur Rewwin Sidoarjo)‖ menggunakan Penelitian Kuantitatif untuk menjawab Rumusan Masalah mengenai Faktor-Faktor yang dapat mempengaruhi minat dan faktor yang paling dominan dalam mempengaruhi minat.

mempengaruhi pemilihan tersebut. Faktor yang mempengaruhi pilihan tersebut adalah faktor finansial, pelatihan profesional, nilai-nilai sosial, lingkungan kerja, pertimbangan pasar kerja dan personalitas. Penelitian yang dilakukan oleh Chan (2012) menemukan terdapat 8 faktor yang mempengaruhi seseorang memilih karir sebagai akuntan publik tidak

Astuti, Anita.2014. “Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Mahasiswa Akuntansi Dalam Memilih Karir Sebagai Akuntan Publik Pada Mahasiswa Akuntansi Universitas Kristen Satya Wacana Salatiga”.Jurnal Akuntansi Vol III No.2. Aulia, Ulva.2016.“Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Mahasiwsa Akuntansi Di Kota

pengurusan masa (min 4.02) dan diikuti oleh faktor kewangan (min 3.69), faktor persekitaran pembelajaran (min 3.03) dan akhir sekali faktor persekitaran pekerjaan (2.56). Ujian-T menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor-faktor stres yang mempengaruhi stres berdasarkan jantina dan status perkahwinan.

Dari analisis faktor-faktor yang mempengaruhi siswa dalam pemilihan sekolah, faktor sekolah mempunyai pengaruh paling besar kemudian diikuti oleh faktor lokasi dan paling kecil pengaruhnya adalah faktor ekonomi. Sementara berdasarkan hasil analisis statistik Crosstab diketahui bahwa terdapat hubungan

SKRIPSI FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERILAKU MASYARAKAT TERHADAP PEMBUATAN JAMBAN TANPA SEPTIC TANKDI RT 03 RW 04 KELURAHAN POLEHAN . bagi setiap orang agar terwujud derajat kesehatan masyarakat yang optimal. Beberapa faktor dapat mempengaruhi derajat tingkat kesehatan masyarakat di antaranya tingkat seperti ekonomi, pendidikan, keadaan .

akan di riview yang telah sesuai dengan kriteria inklusi dan eksklusi. E. Pembahasan 1. Faktor – Faktor Yang Mempengaruhi Ketidakteraturan Siklus Menstruasi berdasarkan hasil analisis Chi Square Analisis faktor – faktor yang mempengaru