PANDUAN PENTAKSIRAN LISAN KURIKULUM STANDARD

2y ago
107 Views
9 Downloads
260.63 KB
16 Pages
Last View : 3d ago
Last Download : 2m ago
Upload by : Axel Lin
Transcription

PANDUANPENTAKSIRAN LISANKURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAHBAHASA ARABTINGKATAN 3Kementerian Pendidikan MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum2019

SANAAN1PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB2Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran2Guru Kanan Mata Pelajaran2Ketua Panitia3Guru Mata Pelajaran4PERKARA YANG DINILAI4Kemahiran MendengarKemahiran BertuturPENTAKSIRAN LISAN KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 34PENUTUP8Lampiran 1 - Penjaminan Kualiti7Lampiran 2 - Borang Pentaksiran Keseluruhan9

PANDUAN PENTAKSIRAN LISAN KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 3PENGENALANPentaksiran Lisan Bahasa Arab (PLBA) merupakan salah satu komponen yang wajibdilaksanakan dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi murid yang mengambilmata pelajaran Bahasa Arab. PLBA adalah sebahagian daripada Pentaksiran BilikDarjah (PBD) bagi mata pelajaran KSSM Bahasa Arab yang dilaksanakan secaraberterusan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Arab. Melaluipentaksiran ini, murid ditaksir dari aspek kemahiran mendengar dan bertutur. Skorkeseluruhan murid hendaklah dihantar kepada Lembaga Peperiksaan (LP) yangmewakili wajaran 20% daripada skor keseluruhan PT3 Bahasa Arab. Buku PanduanPLBA ini disusun untuk membantu guru sewaktu menjalankan tugas mentaksir muridbagi tujuan pelaporan dalam PT3.OBJEKTIFObjektif pentaksiran ini bagi mentaksir kebolehan murid dalam mempamerkan aspekberikut:a) Mendengar dan memahami perkataan, rangkai kata, ayat dan perengganberdasarkan tema yang telah ditentukan serta dapat memberi respons yangbetul.b) Bertutur dalam pelbagai konteks berdasarkan tema yang telah ditetapkan melaluipenggunaan perkataan, frasa, ayat dan perenggan yang betul.PELAKSANAANa) PLBA adalah sebahagian daripada proses PBD yang dilaksanakan secaraberterusan dalam PdP mata pelajaran Bahasa Arab.b) PLBA hendaklah dilaksanakan oleh guru yang mengajar mata pelajaran BahasaArab tingkatan 3 bagi kelas yang berkenaan.c) PLBA adalah wajib bagi semua calon PT3 yang mengambil mata pelajaranBahasa Arab.d) Tatacara pelaksanaan PLBA ini hendaklah dimaklumkan secara jelas kepadasemua calon PT3.e) PLBA boleh esesuaian dan keperluan tajuk walau bagaimanapun tahap penguasaanditentukan mengikut individu.1

PANDUAN PENTAKSIRAN LISAN KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 3f)Guru mata pelajaran hendaklah merekodkan perkembangan setiap murid dalamPLBA dari semasa ke semasa.g) Penjaminan kualiti atau moderasi perlu dijalankan oleh Guru Kanan MataPelajaran (GKMP) dengan dibantu oleh ketua Panitia mengikut prosedur yangditetapkan (Lampiran 1).h) Guru mata pelajaran perlu melengkapkan Borang Pentaksiran Keseluruhanuntuk disemak oleh GKMP dan seterusnya disahkan oleh Pengetua (Lampiran2).i)Setiausaha Peperiksaan hendaklah memasukkan skor keseluruhan murid dalamAplikasi PT3 yang disediakan oleh LP mengikut tarikh yang ditetapkan.PERANAN DAN TANGGUNGJAWABPengetua dan Penolong Kanan Pentadbirana) Menerima surat makluman pelaksanaan PLBA.b) Memaklumkan pelaksanaan PLBA dalam Mesyuarat Jawatankuasa KurikulumSekolah.c) Melantik GKMP sebagai Ketua Pentaksir PLBA dan Ketua Panitia Bahasa Arabsebagai Penolong Ketua Pentaksir peringkat sekolah untuk menjalankanpenjaminan kualiti atau moderasi.d) Memastikan Ketua Panitia Bahasa Arab dan guru mata pelajaran Bahasa ArabTingkatan 3 hadir ke taklimat PLBA.e) Memastikan Ketua Panitia Bahasa Arab mengadakan mesyuarat penyelarasanPLBA di peringkat sekolah.f)Memastikan semua murid yang mengambil mata pelajaran Bahasa ArabTingkatan 3 mendapat taklimat daripada guru mata pelajaran Bahasa Arabmengenai pelaksanaan PLBA.g) Memastikan guru mata pelajaran Bahasa Arab melaksanakan PLBA kepadasemua murid yang terlibat.h) Memastikan penjaminan kualiti atau moderasi dijalankan di peringkat sekolaholeh GKMP dengan dibantu oleh Ketua Panitia mengikut prosedur yangditetapkan.i)Mengesahkan Borang Pentaksiran Keseluruhan bagi setiap kelas yang telahmelalui proses penjaminan kualiti atau moderasi.2

PANDUAN PENTAKSIRAN LISAN KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 3j)Memastikan Setiausaha Peperiksaanmemasukkan skor keseluruhan calondalam Aplikasi PT3 yang disediakan oleh LP mengikut tarikh yang ditetapkan.k) Menyediakan perancangan dan keperluan tertentu untuk kemudahan prosespentaksiran ini.Guru Kanan Mata Pelajarana) Menerima surat perlantikan sebagai Ketua Pentaksir peringkat sekolah.b) Memastikan Ketua Panitia Bahasa Arab mengadakan mesyuarat penyelarasanPLBA di peringkat sekolah.c) Melaksanakan penjaminan kualiti atau moderasi peringkat sekolah mengikutprosedur yang ditetapkan.d) Menyerahkan Borang Pentaksiran Keseluruhan yang telah lengkap melaluipenjaminan kualiti atau moderasi kepada Pengetua untuk disahkan.e) Memastikan salinan Borang Pentaksiran Keseluruhan bagi setiap kelasdiserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan.Ketua Panitiaa) Menerima surat perlantikan sebagai Penolong Ketua Pentaksir peringkatsekolah.b) Mengadakan mesyuarat penyelarasan PLBA di peringkat sekolah.c) Memastikan semua guru mata pelajaran Bahasa Arab Tingkatan 3 menghadirimesyuarat penyelarasan PLBA di peringkat sekolah.d) Memastikan taklimat mengenai PLBA disampaikan kepada calon PT3 tahunsemasa.e) Memastikan guru mata pelajaran Bahasa Arab Tingkatan 3 melaksanakan PLBAdan merekodkan perkembangan murid dari semasa ke semasa.f)Memastikan guru Bahasa Arab merekod tahap penguasaan dalam pelaporanPBD dan Borang Pentaksiran Keseluruhan.g) ksiranKeseluruhan untuk proses penjaminan kualiti atau moderasi.h) Membantu GKMP melaksanakan penjaminan kualiti atau moderasi di peringkatsekolah mengikut prosedur yang ditetapkan.3

PANDUAN PENTAKSIRAN LISAN KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 3Guru Mata Pelajarana) Memberi taklimat mengenai PLBA kepada calon PT3 tahun semasa.b) Melaksanakan pentaksiran semasa proses PdP dan merekod tahap penguasaansetiap murid dari semasa ke semasa secara adil berdasarkan pengetahuan,pengalaman, tanggungjawab profesional guru dan hasil pentaksiran murid.c) Memberi peluang dengan membimbing setiap murid untuk mencapai skorterbaik.d) Melengkapkan Borang Pentaksiran Keseluruhan dan diserahkan kepada GKMPuntuk penjaminan kualiti atau moderasi dan tindakan seterusnya.e) Menerima salinan Borang Pentaksiran Keseluruhan yang telah melaluipenjaminan kualiti atau moderasi dan telah disahkan oleh Pengetua.f)Menyimpan salinan Borang Pentaksiran Keseluruhan.PERKARA YANG DINILAIa) Kemahiran Mendengarb) Kemahiran Bertutur4

PANDUAN PENTAKSIRAN LISAN KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 3PENTAKSIRAN LISAN KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 3Guru menentukan Tahap Penguasaan dan skor murid berdasarkan panduan berikut:a) Kemahiran Mendengar (30 Markah)TahapPenguasaanTafsiranSkor1Murid mengulang semula perkataan, frasa, ayatdan perenggan pendek yang didengar denganbetul.1-52Murid menentukan perkataan, frasa, ayat danperenggan pendek yang didengar dengan betul.6-103Murid memberi respons yang betul secara lisan,tulisan dan tindakan terhadap perkataan, frasa,ayat serta perenggan pendek yang didengarmengikut situasi.11-154Murid memberi respons yang betul secara lisan,tulisan dan tindakan terhadap perkataan, frasa,ayat serta perenggan pendek yang didengarmengikut situasi secara sistematik.16-205Murid memberi respons yang betul secara lisan,tulisan dan tindakan terhadap perkataan, frasa,ayat dan perenggan pendek yang didengarmengikut situasi secara sistematik serta konsisten.21-256Murid memberi respons yang betul secara lisan,tulisan dan tindakan terhadap perkataan, frasa,ayat dan perenggan pendek yang didengarmengikut situasi secara sistematik dan konsistenserta boleh berkomunikasi dengan berkesan.26-305

PANDUAN PENTAKSIRAN LISAN KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 3b) Kemahiran Bertutur (20 markah)TahapPenguasaanTafsiranSkor1Murid menyebut perkataan, frasa dan ayat dengansebutan yang betul.1-32Murid menyebut perkataan, frasa dan ayat dengansebutan, intonasi, tekanan dan jeda yang betul.4-63Murid menggunakan perkataan, frasa dan ayatsecara lisan mengikut situasi.7-94Murid menggunakan perkataan, frasa dan ayatsecara lisan dalam situasi yang sesuai secarasistematik.10-125Murid menggunakan perkataan, frasa dan ayatsecara lisan dalam situasi yang sesuai, secarasistematik serta konsisten.13-166Murid menggunakan perkataan, frasa dan ayatsecara lisan dalam situasi yang sesuai, secarasistematik, konsisten serta boleh berkomunikasidengan berkesan.17-20PENUTUPPelaksanaan PLBA membolehkan muridmengaplikasi kemahiran bahasa yangmereka perolehi khususnya kemahiran mendengar dan bertuturdalam PdP.Bimbingan berterusan daripada guru dapat memberi peluang kepada murid untukmempertingkatkan kemahiran bahasa mereka ke tahap paling optimum. Selainpengukuhan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari di dalam bilik darjah,penerapan nilai juga berlaku dalam kalangan murid semasa melaksanakan PLBA.6

PANDUAN PENTAKSIRAN LISAN KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 3Lampiran 1PENJAMINAN KUALITI(Berdasarkan Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah)ModerasiModerasi adalah proses penetapan aspek atau kriteria dalam pentaksiran. Dalamproses moderasi, guru berkongsi pengalaman, pengetahuan, pemahaman kurikulum(Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi), strategipengajaran serta pentaksiran bagi melaksanakan pertimbangan profesional. Prosesini melibatkan membuat keputusan yang konsisten di dalam mentaksir tahappenguasaan murid. Moderasi dilaksanakan oleh guru mata pelajaran yang samaatau dalam Panitia yang sama. Moderasi penting bagi mengurangkan jurangpertimbangan profesional antara seorang guru dengan guru yang lain. Moderasi jugaadalah untuk memastikan kesahan dan kesaksamaan dalam pertimbanganprofesional dan pentaksiran yang dilakukan.Tujuan moderasi: Memastikan pertimbangan yang dibuat adil, konsisten, sah dan bolehdipercayai Meningkatkan komunikasi profesional dalam kalangan guru Mewujudkan pembelajaran profesional dalam kalangan guru Meningkatkan pengajaran dan pembelajaranModerasi melibatkan perbincangan, penyelarasan dan persetujuan sesama rakansejawat dalam panitia atau mata pelajaran yang sama. Perkara yang dimoderasikantermasuklah aspek: penentuan kaedah pentaksiran pemilihan instrumen pentaksiran kriteria pertimbangan profesional penentuan tahap penguasaan.7

PANDUAN PENTAKSIRAN LISAN KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 3Ini dilakukan dengan mengambil kira keperluan dan ketetapan dalam DokumenStandard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) mata pelajaran tersebut.Terdapat beberapa model atau kaedah dalam moderasi. Guru boleh menggunakanmana-mana kaedah, atau boleh menggabungkan beberapa kaedah berikut: KalibrasiBeberapa sampel hasil kerja murid ditaksir secara sendirian oleh guru. Gurukemudian berbincang (moderasi) tentang pertimbangan yang telah dilakukan.Tujuan kalibrasi ialah untuk mendapatkan persetujuan dan pemahaman yang samaterhadap standard atau pertimbangan yang telah dilakukan. PersidanganHasil kerja murid ditaksir secara sendirian oleh guru. Beberapa sampel hasil kerjamurid yang mewakili pelbagai tahap penguasaan dipilih secara kolaboratif dandibincangkan (dilakukan moderasi). Tujuan kaedah ini ialah untuk mendapatkanpersetujuan dan pemahaman yang sama dalam pemberian tahap penguasaantersebut. Merujuk PakarGuru melakukan pentaksiran kepada murid masing-masing. Seterusnyahasil pentaksiran tersebut diserahkan kepada pakar untuk mendapatkanmaklum balas sama ada guru telah menterjemah dan menggunakanstandard seperti yang dihasratkan.8

12345678910111213141516Bil3 AmanahAminah binti AbdullahNama Kelas:Nama Guru:Ahmad bin SaifullahNama MuridSMK PutrajayaNama Sekolah:No. KP9No. AngkaGiliranBORANG PENTAKSIRAN KeseluruhanLampiran 2PANDUAN PENTAKSIRAN LISAN KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 3

Nama : .Tarikh : Nama : .Tarikh : .10Tandatangan : No. AngkaGiliranTandatangan : .No. KPDisahkan oleh Ketua Pentaksir (KP/GKMP)Nama MuridDisediakan oleh Pentaksir ertuturSkorKeseluruhanTarikh: .Nama: .Tandatangan: .Disahkan oleh PengetuaKemahiranmendengarPANDUAN PENTAKSIRAN LISAN KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 3

Bahagian Pembangunan KurikulumKementerian Pendidikan MalaysiaAras 4 – 8, Blok E9, Kompeks Kerajaan Parcel E62604 PutrajayaTel: 03-88842000 Fax: 03-88889917Laman sesawang: bpk.moe.gov.my

PENTAKSIRAN LISAN KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 3 4 PENUTUP 8 Lampiran 1 - Penjaminan Kualiti 7 Lampiran 2 - Borang Pentaksiran Keseluruhan 9 . PANDUAN PENTAKSIRAN LISAN KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 3 1 PENGENALAN Pentaksiran Lisan Ba

Related Documents:

tradisi lisan yang berupa kesenian folk di luar pusat-pusat istana dan kota metropolitan, dan (6) tradisi lisan yang berupa peraturan atau adat. Pudentia (dalam Sumitri, 2016: 5) menyatakan tradisi lisan adalah semua wacana yang diucapkan yang mencakup lisan dan memiliki aksara atau dapat disebut sebagai sistem wacana yang bukan aksara.

B Pengembangan Kurikulum 2013 C Uji Publik 2 E Rencana Impelementasi Kurikulum 2013 D Alternatif Struktur Kurikulum A Rasional Pengembangan Kurikulum 2013. Rasional Pengembangan Kurikulum A 3. Tantangan Internal 1a 4-Rehab Gedung Sekolah-Penyediaan Lab dan Perpustakaan-Penyediaan Buku Kurikulum 2013

KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 2 1 PENDAHULUAN Kurikulum Bahasa Arab di peringkat sekolah menengah mula diperkenalkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1977. Apabila Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan, kurikulum Bahasa Arab turut

satu yang didesentralisasi adalah kurikulum. Sekolah harus menyusun kurikulum 1 Oemar Hamalik, Kurikulum dan Pembelajaran (Jakarta: PT. Bumi Aksara, 2011), 1. 2 E. Mulyasa, Pengembangan dan Implementasi Kurikulum (Bandung: PT. Remaja Rosdakarya 2013), 4. 3 Zainal Arifin, Konsep dan Model Pengembangan Kurikulum (Bandung: PT. Rodakarya 2013), 113.

kurikulum tahun 2004 yang dikenal dengan Kurikulum Berbasis Kompetensi (KBK) maka batasan kurikulum diorientasikan pada pencapaian target . tujuan kurikulum, penilaian dan kegiatan pembelajaran, serta optimalisasi . 2. Model kurikulum

A. Pengertian Desain Kurikulum Desain adalah rancangan, pola, atau model. Mendesain kurikulum berarti menyusun rancangan atau model kurikulum sesuai dengan misi dan visi sekolah. Tugas dan peran seseorang desainer kurikulum menentukan bahan dan cara mengembangkan kurikulum

Penyusunan Kurikulum Pendidikan Tinggi agar dapat digunakan sebagai pedoman dalam melakukan penyusunan kurikulum program studi. Kritik dan saran dari segenap pembaca sangat kami harapkan guna penyempurnaan buku panduan. Buku panduan edisi ke-4 ini disempurnakan berdasarkan hasil evaluasi penerapan

API Recommended Practice 2A-WSD Planning, Designing, and Constructing Fixed Offshore Platforms—Working Stress Design TWENTY-SECOND EDITION NOVEMBER 2014 310 PAGES 395.00 PRODUCT NO. G2AWSD22 This recommended practice is based on global industry best practices and serves as a guide for those who are concerned with the design and construction of new fixed offshore platforms and for the .