BAB A1 PENGENALAN MUAMALAT ISLAM HASIL

2y ago
155 Views
2 Downloads
1.11 MB
99 Pages
Last View : 1m ago
Last Download : 2m ago
Upload by : Noelle Grant
Transcription

BAB A1PENGENALAN MUAMALAT ISLAMHASIL PEMBELAJARANPada akhir bab ini, calon akan dapat: Memahami konsep Islam, matlamat (maqasid) dan sumber-sumber syariah. Memahami larangan-larangan dalam muamalat Islam. Memahami dan menerangkan peraturan-peraturan kontrak muamalat.A1.1 PENGENALANPerkataan 'Islam' dalam bahasa Arab bermaksud „penyerahan‟, dan berasal daripadaperkataan yang membawa maksud „keamanan‟. Dalam konteks agama, Islam bermaknapenyerahan sepenuhnya kepada kehendak Allah (SWT). Islam bukanlah agama sematamata tetapi suatu "deen", yang bermaksud 'cara hidup'. Ia merangkumi dimensi jasmanidan rohani dalam kewujudan manusia.Allah (SWT) telah menegaskan kesempurnaan Islam dalam ayat Al-Quran yang berikut;Maksudnya: "Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Akutelah cukupkan ni’mat Ku kepada kamu dan Aku redhai Islam menjadi agama untukkamu"(Al-Maidah: 3)1.1.1 Konsep IslamPada asasnya, Islam merangkumi aqidah (kepercayaan), syariah (undang-undang) danakhlak (kod moral/adab).Konsep syariah bukan sahaja mentadbir manusia dalam menjalankan hidupnya bagimerealisasikan kehendak Ilahi, tetapi meliputi semua tingkah laku; spiritual, mental sertafizikal. Oleh itu, prinsip-prinsip syariah bukan saja mengenai undang-undang tetapimeliputi keseluruhan cara hidup yang merangkumi kepercayaan (iman) dan amalan(amal), tingkah laku peribadi, undang-undang dan sosial.Oleh itu, Islam juga dikenali sebagai syariah al-kubra yang merangkumi cara hidup yangtelah ditentukan oleh Allah (SWT).1

Syariah al-kubra boleh dibahagikan seperti dah ditakrifkan sebagai kepercayaan tanpa sebarang ragu-raguatau syak terhadap Allah (SWT), para Rasul-Nya dan Para MalaikatNya, Hari Akhirat, Kitab Suci serta dan Qada‟ dan Qadar. Iamerupakan asas utama dalam Islam dan titik permulaan untukmenjadi seorang Muslim yang baik. Ia dapat dilihat dengan aktivitiaktiviti yang dilakukan oleh seseorang Muslim itu sendiri. NabiMuhammad (saw) menjelaskan bahawa Islam adalah seperti sebuahbangunan di mana asasnya ialah aqidah. Asas aqidah dalam Islamialah enam rukun iman (rukun al-iman).AkhlaqAmalan kebaikan, moral, dan adab dalam teologi dan falsafah Islam.Ia merangkumi hubungan antara manusia dan Allah (SWT), antaramanusia dan manusia dan antara manusia dan makhluk lain.SyariahSyariah ialah satu set peraturan yang diperolehi daripada al-Qurandan hadith-hadith sahih (sunnah) Nabi Muhammad (saw) danpendapat ilmiah (ijtihad) berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Syariahmengandungi kategori dan perkara-perkara mengenai undangundang Islam yang dikenali sebagai cabang fiqh (perundanganIslam).2

Fiqh IbadatPeraturan penyucian mengenai hubungan antara manusia dan Allah(SWT) seperti solat, puasa, zakat, jihad dan beberapa bentuk ibadahlain yang termasuk di bawah tajuk ini.Fiqh MunakahatPeraturan berkaitan dengan undang-undang kekeluargaan sepertiperkahwinan, perceraian, harta pusaka, penjagaan dan perkaraperkara lain yang berkaitan.Fiqh JinayatIa dikenali sebagai undang-undang jenayah dalam Islam,merangkumi kesalahan besar seperti persetubuhan haram (zina),kecurian (sariqah), pembunuhan, dan lain-lain.Fiqh MuamalatPeraturan yang mengawal transaksi perdagangan antara pihak-pihakyang terlibat.1.1.2 Objektif Syariah (Maqasid al Syariah)Maqasid ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud matlamat atau tujuan.Dalam konteks Islam, ia merujuk kepada objektif yang ditetapkan oleh syarak dalammensyariatkan hukum.Menurut Imam al-Ghazali “matlamat syariah adalah untuk menggalakkan kesejahteraanseluruh manusia, dengan menjaga iman mereka (deen), diri mereka (nafs), akal mereka(a'qal), keturunan mereka (nasl ) dan harta benda mereka (mal). Apa sahaja yang bolehmemastikan perlindungan daripada lima prinsip ini demi kepentingan awam, ia adalahsewajarnya.Terdapat lima maqasid (objektif) seperti berikut: PemeliharaanKeterangan / CatatanAgamaPemeliharaan dan perlindungan deen (agama) di dalam semuakeadaan.Contoh:Mempertahankan agama Islam terutamanya jika ia diserangoleh musuh-musuh Islam.3

NyawaPemeliharaan dan perlindungan keselamatan nyawa manusiadidalam semua keadaan.Contoh:Dalam usaha untuk melindungi nyawa manusia, hukumanyang berat dikenakan ke atas mereka yang membunuh orang.KeturunanPemeliharaan dan perlindungan keturunan dan kehormatandidalam semua keadaan.Contoh:Islam melarang pengikutnya berzina atau berkelakuan tidakbermoral.AkalPemeliharaan dan perlindungan intelek dan minda di dalamsemua keadaan. Pemeliharaan akal ialah melindunginya dariperkara-perkara yang boleh merosakkan dan menjejaskanfungsi serta keupayaan berfikir.Contoh:Pengambilan minuman keras atau seumpamanya akanmemberi kesan negatif kepada fungsi otak.HartaPemeliharaan dan perlindungan harta didalam semua keadaan.Contoh:Inisiatif dan perancangan pro-aktif dalam melindungi hartabenda terhadap musibah atau bencana.1.1.3 Klasifikasi Manfaat Objektif SyariahCendiakawan/ulama Islam telah membahagikan keseluruhan masalih - merangkap maqasid kepada tiga kategori kepentingan dalam susunan ya kereta mewah,barang kemas, dan sebagainyaHajiyyat (keperluan)contohnya pendidikan yang baik, rumah yang selesa, dansebagainyaDaruriyyat (asas)LebihPentingcontohnya makanan, pakaian, perlindungan.4

1.1.4 Sumber SyariahSecara umum, sumber syariah terbahagi kepada dua, iaitu sumber-sumber yangdipersetujui oleh ulama (adillah muttafaq 'alaih) dan sumber-sumber yang tidakdipersetujui oleh ulama. Sumber-sumber yang dipersetujui oleh ulama adalah sumberyang digunakan untuk mengeluarkan peraturan mengenai sesuatu perkara atau masalahyang berlaku. Sumber-sumber ini diterima oleh ulama tanpa apa-apa perbezaan pendapatdi kalangan mereka dari segi turutan atau kebolehgunaan.Terdapat empat sumber undang-undang yang dipersetujui oleh majoriti ulama sepertiberikut:SumberKeterangan / CatatanAl-QuranAl-Quran adalah firman Allah (SWT) yang diwahyukan kepada NabiMuhammad (saw) dalam bahasa Arab melalui malaikat Jibril (as). AlQuran adalah sumber rujukan utama dalam syariah. Ia adalah mu'jizat(makna yang mungkin tidak difahami oleh orang) dan tidak berubahdan dipelihara oleh Allah (SWT).SunnahMenurut muhaddithun atau pakar hadith, sunnah merujuk kapadasebarang tingkah laku Nabi Muhammad (saw) termasuk perbuatanbeliau, kata-kata beliau, perbuatan beliau yang tidak melarang dantidak menegah.Ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori1:a.Sunnah Qawliyyah (Sunnah melalui Perkataan)Contoh: apabila Nabi Muhammad (saw) dengan jelasberkata, "Solatlah seperti yang engkau lihat aku bersolat"b.Sunnah Fi'liyyah (Sunnah melalui Perbuatan)Jenis sunnah ini terdiri daripada perbuatan dan arahansebenar Nabi, seperti cara beliau mendirikan solat,berpuasa, menjalankan upacara haji, atau transaksi yangdilaksanakan seperti jual beli dan urus niaga kewangan.c.Sunnah Taqririyyah (Sunnah melalui Persetujuan)Sunnah ini terdiri daripada perbuatan dan kata-kata parasahabat di hadapan Nabi atau yang sampai kepada1Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 295

pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusantersirat Nabi Muhammad (saw) boleh disimpulkandaripada berdiam diri menandakan tingkah laku tersebutdibenarkan. Nabi Muhammad (saw) tidak akan berdiamdiri kepada perkara-perkara yang dilarang.Ijma 'Ijma’ istilah dalam bahasa Arab yang merujuk kepada persetujuansebulat suara di kalangan mujtahidun selepas kewafatan NabiMuhammad (saw).2QiyasQiyas merujuk kepada penggunaan hukum asal (hukum) yang telahditetapkan dalam kes yang lebih awal mengenai isu semasa di manaundang-undang adalah senyap. 31.1.5 Undang-Undang Mandatori (Hukum Taklifi)Undang-undang mandatori (hukum taklifi) adalah undang-undang yang menghuraikantentang arahan, larangan dan pilihan untuk melaksanakan atau meninggalkanaktiviti/pekerjaan. Menurut istilah Islam, tindakan seorang Muslim mesti dipandu olehkelima-lima hukum (al-ahkam al-khamsah) yang diklasifikasikan sebagai berikut:23Klasifikasi HukumWajib (wajib)PeneranganIstilah wajib bermaksud tindakan yang mesti dilaksanakanoleh sesaorang muslim. Contoh: mendirikan solat danberpuasa pada bulan Ramadhan. Dari segi teknikal, iamerupakan satu perbuatan yang dituntut oleh Allah (SWT)dengan syarat-syarat yang harus dipatuhi.Mandub (disyorkan)Mandub ditakrifkan sebagai tuntutan Allah (SWT) di manamelakukan sesuatu perbuatan mendapat pahala dan tidak salahjika meninggalkannya. Hukum mandub ialah berkaitanmembuat sesuatu yang tidak bercanggah akan dapat pahala(thawab) bagi pelakunya, manakala meninggalkanya tidakberdosa seperti memberi sedekah.Haram (larangan /menyalahi undangundang)Haram ditakrifkan sebagai peninggalan sesuatu perbuatanyang diperintah oleh Allah (SWT) dengan syarat-syarat yangharus dipatuhi.Contoh perbuatan yang dilarang (haram) ialahpenggelapan kekayaan orang lain.Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam,ms. 39Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 436

A1.2Makruh (tercela atauditolak)Makruh ditakrifkan sebagai peninggalan sesuatu perbuatanyang dituntut oleh Allah (SWT) dari segi syarat-syarat yangtidak terikat.Contoh perbuatan tercela (makruh) ialah hutangyang tidak didokumenkan (tidak direkodkan).Mubah (dibenarkan)Mubah atau perbuatan yang dibenarkan ialah Allah (SWT)telah memberi pilihan samaada melakukan atau meninggalkansesuatu tanpa menyalahi atau memuji sipelaku. Menurutprinsip ini, semua kontrak dan urus niaga adalah dibenarkan,melainkan jika terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya.ASAS MUAMALAT1.2.1 Pengenalan MuamalatIstilah "muamalat" (jamak dari muamalah) bermaksud peraturan jual beli manakala darisegi teknikalnya Muamalat merupakan sebarang bentuk peraturan perhubungan danpersetujuan bersama antara manusia untuk menyelesaikan keperluan harian mereka,terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan perdagangan dan perniagaan. Muamalatmerupakan hubungan sosial yang terdiri daripada pelbagai aktiviti ekonomi dan bukanekonomi.Prinsip-prinsip asas yang memainkan peranan dalam membentuk peraturan syariahdalam muamalat ialah: 44Prinsip-prinsip AsasKeharusan sebagaiPeraturan UmumPeneranganStatus semua perkara selain daripada ritual adalah dibenarkansehingga bukti dikemukan bahawa perkara tertentu dilarang.Kesimpulan Kontrakdengan PersetujuanBersamaPersetujuan bersama bermakna bahawa kontrak yangdimeterai oleh kedua-dua pihak hendaklah bebas daripadasebarang unsur-unsur paksaan, penipuan, salah nyata atau caralain yang menyalahi undang-undang.Pematuhan Kontrakdengan Maqasid alShariahTransaksi atau kontrak yang dibuat oleh individu-individuhendaklah selaras dengan maqasid al shariah.Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 193-1997

Prinsip EdaranKekayaan secara MeluasKekayaan dan harta harus diedarkan di kalangan orang ramaidan dipindahkan secara aktif dari satu tangan ke satu tanganyang lain dalam bentuk perbelanjaan dan pelaburan.Prinsip Ketelusan dalamUrus niaga PerdaganganSemua urus niaga kewangan perlu dijalankan dengan telussupaya semua pihak jelas mengenai semua fakta pentingtermasuk terma-terma dan syarat-syarat urusan mereka.Adil dan Saksama dalam Keadilan adalah prinsip umum shariah yang perlu diamalkanUrus Niagadalam semua transaksi dan kontrak Islam.1.2.2 Larangan dalam MuamalatSemua aktiviti ekonomi dibenarkan selagi aktiviti-aktiviti tersebut tidak melanggarsebarang prinsip-prinsip syariah. Pendapat ini disepakati dengan sebulat suara olehkesemua empat mazhab utama (Hanafi, Maliki, Shafii dan Hanbali) bahwa semua bentukurusan perniagaan yang melanggar sebarang prinsip-prinsip syariah dianggap tidak sah.Prinsip-Prinsip Am Tidak dibenarkan membuat kontrak untuk menjual atau membeli produk-produkyang haram seperti alkohol atau bahan-bahan haram yang lain.Nabi Muhammad (saw) telah bersabda,"Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah melarang penjualan arak, daginghaiwan yang mati, babi dan berhala,"(Riwayat Bukhari dan Muslim) Begitu juga, tidak dibenarkan membuat kontrak bagi mana-mana perjanjiankewangan yang berasaskan riba (bunga atau faedah).Maksudnya: "Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba"(Al-Baqarah: 275) Kontrak yang melibatkan perjudian (maisir) adalah dilarang dalam Islam.8

Maksudnya: "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang khamardan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar, dan ada pula beberapamanfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya”.(Al-Baqarah: 219) Kontrak yang melibatkan unsur-unsur ketidakpastian yang besar (gharar fahish)juga dilarang dan kontrak boleh dibatalkan.Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan(gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judidan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara sukasama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesamasendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu . "(An-Nisaa ': 29)Unsur-Unsur yang Dilarang1. Riba (Bunga atau Faedah)Al-Jassas mentakrifkan riba sebagai pinjaman yang diberi untuk satu tempohyang ditetapkan dengan ditetapkan bayaran lebihan keatas principal yang mestidibayar oleh peminjam. Riba juga ditakrifkan sebagai satu peningkatan yang tidakmempunyai pertimbangan yang sejajar dalam pertukaran harta untuk harta.5Larangan riba disimpulkan daripada ayat berikut:Maksudnya:Orang-orang yang memakan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betulmelainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyonghayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan merekamengkatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama saja seperti riba".Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkanriba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kapadanya peringatan (larangan) dariTuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telahdiambilnya dahulu (sebelum pengharaman riba) adalah menjadi haknya, danperkaranya terserahlah kapada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi(perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itu ahli neraka, mereka kekal didalamnya.(Al-Baqarah: 275)5Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 1999

Adalah jelas bahawa larangan mengenai riba mempunyai dua dimensi.Yangpertama melarang menambah jumlah hutang/pinjaman yang perlu dibayar yangdikenali sebagai riba duyun, manakala yang kedua, dalam sistem perdagangan“barter”, pertukaran barang ribawi dari jenis dan asas yang sama ditukar dengankadar/nisbah tukaran berbeza yang dikenali sebagai riba buyu'.Ini boleh diringkaskan seperti berikut:6RibaRiba Buyu’Riba . Riba DuyunKenaikan yang tidak wajar ke atas wang yang dipinjamkan sama adadalam bentuk barangan atau wang tunai melebihi jumlah pokok.JenisRiba QardRiba JahiliyyahPeneranganPertambahan (faedah) ke atas jumlah pinjamanpokok yang telah dipersetujui ketika kontrakdibuat.Faedah dikenakan ke atas peminjam bagipembayaran lewat atau kegagalan untukmembayar balik pinjaman.b. Riba Buyu’Dalam urus niaga perdagangan dan pertukaran, berlaku pertukaran yangtidak sama ke atas komoditi ribawi yang jenis dan asas yang sama.6Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 33-3410

JenisRiba FadhlRiba Nasi'ahPeneranganOleh kerana jumlah/kuantiti yang tidak sama rataOleh kerana lanjutan masa penghantaranNabi Muhammad (saw) bersabda,'Emas akan dibayar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengangandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, dan garam dengangaram – sama jenis untuk sama jenis, seimbang untuk seimbang,pembayaran yang dibuat dengan serta-merta. Jika jenis berbeza, ikutkehendak anda menjualnya dengan syarat pembayaran dibuat denganserta-merta.(Riwayat Muslim)Dari hadith di atas, emas dan perak mewakili wang. Gandum, barli, tamardan garam mewakili barang makanan asasi.Barang tersebut dikenalisebagai barang ribawi.JenisEmasMatawangPerakMYRSGDGandumMakanan akananAsasiBarliTamarGaramPada masa dan kadar yang samaPada masa yang samaTanpa syaratPeratuan pertukaran barangan berikut digunakan dalam menentukan samaada transaksi berkenaan riba fadhl atau riba nasi'ah.Peraturan 1:Pertukaran antara bahan ribawi dari jenis yang sama (dan asas yang sama)hendaklah menggunakan kadar yang sama berat, sukatan atau jumlah danpenghantaran dan pembayaran mestilah dibuat pada waktu yang sama.11

Jika pembayaran dan penghantaran barangan dibuat pada waktuyang sama tetapi kadar berat, sukatan atau jumlah bahan yangditukar tidak seimbang, maka berlaku riba fadhl. Jika pembayaran dan penghantaran barangan tidak dibuat padawaktu yang sama tetapi kadar berat, sukatan atau jumlah bahanyang ditukar adalah seimbang, maka berlaku riba nasi’ah.Peraturan 2:Pembayaran dan penghantaran di antara bahan ribawi dari jenis yangberbeza dan asas yang sama perlu dibuat pada waktu yang sama, walaupunmungkin dengan harga yang berbeza. Keseimbangan kadar berat, sukatanatau jumlah barangan yang ditukar tidak penting. Jika bayaran dan penghantaran tidak dibuat pada waktu yang sama,maka berlaku riba nasiah.2. Gharar (Ketidakpastian)Gharar atau ketidakpastian membuat transaksi tidak sah dalam Islam kerana iaakan menyebabkan berlaku ketidakadilan kapada pihak-pihak yang terlibat.Iniadalah disebabkan kuantiti dan kualiti yang dinyatakan dalam transaksi berkenaantidak ditetapkan dan tidak diketahui yang boleh menjadikan kontrak tidak sah atauboleh batal.Larangan gharar boleh disimpulkan dari ayat berikut:Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman. janganlah kamu makan (gunakan) hartaharta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya)kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu, dan jangan kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. "(An-Nisaa ': 29)Larangan transaksi gharar disahkan dalam hadith berikut:Abu Hurairah ra melaporkan bahawa Nabi Muhammad (saw) melarang transaksiyang ditentukan dengan membaling batu, dan transaksi yang melibatkansebarang ketidaktentuan.(Riwayat Muslim)12

Gharar boleh dikategorikan seperti berikut:a. Gharar Kecil (Yasir)Gharar kecil tidak menyebabkan kontrak jualan cacat kerana tidakmemberi kesan kepada komponen-komponen utama (rukun atau unsurunsur penting) kontrak dan syarat-syarat yang perlu bagi elemen-elemenpenting (contohnya syarat-syarat yang berkaitan dengan aset, harga,bahasa yang digunakan dalam kontrak dan sebagainya)b. Gharar Besar (Fahish)Secara amnya, gharar besar adalah ketidakpastian yang terlalu nyata sehingga ia tidak bolehditerima, atauIa terlalu kabur sehingga sukar dinilai.Gharar besar menyebabkan kontrak tidak sah.3. Maisir (Perjudian)Maisir bermakna mendapatkan sesuatu dengan terlalu mudah atau memperolehikeuntungan tanpa berusaha. Islam melarang segala bentuk perniagaan di manakeuntungan kewangan diperolehi daripada mencuba nasib semata-mata atauspekulasi dan bukan dari pekerjaan. Tidak seperti gharar yang boleh diterimapada tahap tertentu, maisir tidak boleh diterima sama sekali."Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, danpemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah,adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan.Oleh itu hendaklah kamumenjauhinya supaya kamu berjaya. "(Al-Maidah: 90)1.2.3Konsep Kontrak dalam Muamalat"Aqad" dari sudut bahasa bermaksud "ikatan" atau "simpulan". Ia boleh diterjemahkansebagai "kontrak".Al-Barbati dalam kitabnya "Inayah 'ala Fath al-Qadri" mentakrifkan aqad sebagai:"Hubungan yang sah di sisi undang-undang tercipta melalui gabungan dua pengisytiharandan wujud kesan perundangan ke atas perkara pokok yang dimaksudkan".13

Unsur-unsur penting dalam aqad :SighahIjabUnsur-unsur gaPenerangana. Ijab (tawaran)Dalam Majallah al Ahkam al Adliyyah dalam artikel 101,ijab ditakrifkan sebagai ikrar - untuk membuat penjualanharta dan mengesahkan penjualan tersebut.b.Qabu

1.1.2 Objektif Syariah (Maqasid al Syariah) Maqasid ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud matlamat atau tujuan. Dalam konteks Islam, ia merujuk kepada objektif yang ditetapkan oleh syarak dalam mensyariatkan hukum. Menurut Imam al-Ghazali

Related Documents:

1 CHAPTER A1 INTRODUCTION TO ISLAMIC MUAMALAT LEARNING OUTCOMES At the end of the chapter, the candidate will be able to: Understand the concept of Islam, the objectives (maqasid) and sources of shariah. Understand the prohibitions in muamalat. Understand and explain the rules of muamal

Bab 24: Hukum sihir 132 Bab 25: Macam macam sihir 135 Bab 26:Dukun,tukang ramal dan sejenisnya 138 Bab 27: Nusyrah 142 Bab 28: Tathayyur 144 Bab 29: Ilmu nujum (Perbintangan) 150 Bab 30: Menisbatkan turunnya hujan kepada bintang 152 Bab 31: [Cinta kepada Allah]. 156 Bab 32: [Takut kepada Allah] 161

Buku Keterampilan Dasar Tindakan Keperawatan SMK/MAK Kelas XI ini disajikan dalam tiga belas bab, meliputi Bab 1 Infeksi Bab 2 Penggunaan Peralatan Kesehatan Bab 3 Disenfeksi dan Sterilisasi Peralatan Kesehatan Bab 4 Penyimpanan Peralatan Kesehatan Bab 5 Penyiapan Tempat Tidur Klien Bab 6 Pemeriksaan Fisik Pasien Bab 7 Pengukuran Suhu dan Tekanan Darah Bab 8 Perhitungan Nadi dan Pernapasan Bab .

iv. HIS 315 – Muamalat: Konsep dan Pelaksanaan Bahagian Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia Master: i. AMSS 5103 – Kaedah Pengajian Syariah ii. AMSS 5303 - Mahkamah Syariah dan Undang-Undang Islam di Malaysia iii. HIL 511 – Tasawwur dan Prinsip Muamalat Kewangan Islam iv. HIL 512 – Usul fiqh dan Qaw

bab ii penerimaan pegawai . bab iii waktu kerja, istirahat kerja, dan lembur . bab iv hubungan kerja dan pemberdayaan pegawai . bab v penilaian kinerja . bab vi pelatihan dan pengembangan . bab vii kewajiban pengupahan, perlindungan, dan kesejahteraan . bab viii perjalanan dinas . bab ix tata tertib dan disiplin kerja . bab x penyelesaian perselisihan dan .

bab iii. jenis-jenis perawatan 7 . bab iv. perawatan yang direncanakan 12 . bab v. faktor penunjang pada sistem perawatan 18 . bab vi. perawatan di industri 28 . bab vii. peningkatan jadwal kerja perawatan 32 . bab viii. penerapan jadwal kritis 41 . bab ix. perawatan preventif 46 . bab x. pengelolaan dan pengontrolan suku cadang 59 . bab xi.

Islam merupakan upaya mengatasi beberapa problem kejiwaan yang 10 Hamdani Bakran Adz-Dzaky. Konseling dan Psikoterapi Islam (Yogyakarta: Al-Manar, 2008), 228. 11 Fuad Anshori, Aplikasi Psikologi Islam (Yogyakarta: 2000), 242. 33 didasarkan pada pandangan agama Islam. Psikoterapi Islam mempercayai

BAB 3 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN; SEBUAH KRITIK 31 3.1 Krisis Negara Kesejahteraan 31 3.2 Inkonsistensi Ekonomi Pembangunan 42 3.3 Kritik terhadap Ilmu Ekonomi Konvesional 45 BAB 4 RANCANG BANGUN EKONOMI ISLAM 53 4.1 Paradigma Ekonomi Islam 54 4.2 Prinsip Dasar Ekonomi Islam 58 BAB 5 HAKIKAT EKONOMI ISLAM 71 5.1 Makna Ekonomi Islam 71