Soalan Topikal Dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5

3y ago
38 Views
2 Downloads
2.55 MB
126 Pages
Last View : 18d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Francisco Tran
Transcription

Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5PrakataAlhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan kekuatan yangdiberikanNya dapat saya menyiapkan buku soalan topikal dan jawapan Tasawwur Islam tingkatan 4 dan5 ini dengan jayanya, walaupun saya terbelenggu dengan hambatan kerja-kerja yang semakinmenimbun. Tetapi demi untuk menambahkan khazanah ilmu dan memenuhi hasrat pelajar, sayakorbankan masa rehat untuk menyiapkan buku yang tidak seberapa ini.Buku ini adalah lanjutan daripada buku nota lengkap tasawwur Islam ting 4 dan 5 yang telahsaya siapkan terdahulu. Kebanyakan soalan dan jawapan yang terdapat dalam buku ini adalahberdasarkan kepada soalan-soalan sebenar SPM yang lepas-lepas. Disamping itu buku ini juga di susunmengikut bab dan tajuk sepertimana yang terdapat dalam buku teks. Penyusunan mengikut bab dantajuk ini adalah untuk menyenangkan pelajar membuat ulangkaji bagi menghadapi peperiksaan.Jawapan bagi setiap tajuk di sediakan sebagai rujukan kepada pelajar.Harapan saya mudah-mudahan buku ini dapat membantu pelajar dalam memperolehi A Tasawwur Islam dalam SPM nanti, serta dapat meningkatkan kecemerlangan matapelajaran TasawwurIslam di sekolah anda.Akhir sekali mudah-mudahan buku kecil yang tak seberapa ini boleh menjadi pemangkin kepadakejayaan pelajar dalam menghadapi peperiksaan khasnya dan dalam kehidupan amnya. AminSekian, Wasaalam.Salam dari penyusunUstaz Safaee b. ZakariaTokburong.wordpress.com15 Zulkaedah 1430 H / 3 Nov 2009By Tokburong.wordpress.com1

Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5TINGKATAN 4BAB 1ASAS PEMIKIRAN ISLAMPelajaran 1Konsep Ketuhanan5Pelajaran 2Konsep Kerasulan8Pelajaran 3Konsep Insan 11Pelajaran 4Konsep Alam 14Pelajaran 5Tanggungjawab Memelihara dan Memulihara Alam16Pelajaran 6Unit 1 dan 2 - Kedudukan Wahyu19Unit 3 - Kedudukan Akal24Unit 4 – Islam Agama Syumul27Pelajaran 7Bimbingan Al-Quran30Pelajaran 8Bimbingan Hadis33Pelajaran 9Pengaruh Yang Merosakkan Pemikiran Muslim35BAB 2CIRI PANDANGAN HIDUP MUSLIMPelajaran 10Rabaniyyah44Pelajaran 11Syumuliyyah45Pelajaran 12Waqiiyyah47Pelajaran 13Alamiyyah49Pelajaran 14Murunah50BAB 3Pelajaran 15INSTITUSI ISLAMSistem Pemerintahan IslamUnit 1 – Negara Islam52Unit 2 – Khalifah56Unit 3 – Rakyat59Pelajaran 16Sistem kehakiman Islam61Pelajaran 17Sistem Sosial Islam66By Tokburong.wordpress.com2

Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5TINGKATAN 5BAB1EKONOMI ISLAMPELAJARAN 1 – ISLAM DAN HARTAUnit 1Harta amanah AllahUnit 2Memperoleh dan membelanjakanharta75PELAJARAN 2 – ISLAM DAN HAK MILIKUnit 1Islam mengiktiraf hak milikUnit 2Larangan mencerobohi hartaPELAJARAN 3 – ISLAM DAN PEKERJAANUnit 1Galakkan bekerjaUnit 2PELAJARAN 471Bekerja kerana Allah82858792- FALSAFAH DAN SISTEM MUAMALAH ISLAMUnit 1Pengertian dan sistem muamalahIslam94Unit 2Kepentingan Muamalah Islam97Unit 3Jenis-jenis muamalah99BAB 2FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAMPELAJARAN 5 – PERUNDANGAN ISLAMUnit 1Pengertian perundangan IslamDan falsafahUnit 2101Pengertian qadha, fikah,Ijtihad dan fatwa105Unit 3Matlamat perundangan Islam110Unit 4Pengertian hukum harus, wajibHaram, sunat dan makruh116PELAJARAN 6 – FALSAFAH IBADAT DALAM ISLAMUnit 1Pengertian ibadat119Unit 2konsep dan falsafah ibadat123Unit 3Munakahat125Unit 4falsafah jenayah130By Tokburong.wordpress.com3

Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5BAB 3PENYELESAIAN MASALAHPELAJARAN 7 – Asas dan pertimbangan penyelesaianMasalah menurut Islam134PELAJARAN 8-136PELAJARAN 9 -Isu masalah dan cara penyelesaianMenurut IslamCara penyelesaian masalahPELAJARAN 10 – Kelebihan penyelesaian masalahMenurut IslamBy Tokburong.wordpress.com4140147

Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5BAB 1 : ASAS PEMIKIRAN ISLAMPELAJARAN 1 : KONSEP KETUHANANSoalan1.Apakah yang dimaksudkan dengan tuhan2.Mengapa manusia memerlukan tuhan dalam kehidupan mereka3.Nyatakan pengertian uluhiyyah4.Jelaskan tiga konsep Uluhiyyah5.Nyatakan pengertian Rububiyyah6.Huraikan tiga konsep Rububiyyah7.Jelaskan dua perbezaan antara tauhid Rububiyyah dengan tauhid Uluhiyyah8.Nyatakan Pengertian Asma’ wasifat9.Senaraikan tiga contoh nama-nama Allah SWT yang mulia.10. Apakah yang dimaksudkan dengan fitrah beragama11. Berikan bukti bahawa mengamalkan agama merupakan fitrah semulajadi manusia12. Huraikan dua peranan agama dalam membina tamadun yang cemerlang13. Jelaskan tiga ciri orang yang beragama14. Nyatakan dengan memberi contoh cara manusia mencintai Allah SWTJawapan1. Maksud tuhan ialah : Allah yang mempunyai kuasa mutlak yang Maha Sempurna, tiada cacat celanya dan dapat diakui sebagai pencipta, pentadbir dan pemilik alam ini. Tiada kuasa lain yang dapat menyamaidan menandingi kuasa Allah SWT2. Manusia memerlukan tuhan dalam kehidupan mereka kerana: Fitrah semulajadi manusia yang mempunyai kepercayaan kepada suatu kuasa yang MahaAgung Hanya kepercayaan kepada Tuhan dapat menjadikan kehidupan manusia lebih sempurna danselamat. Kepercayaan kepada Tuhan menyebabkan manusia sentiasa menjauhkan diri daripadaperkara-perkara negatif dalam kehidupan.By Tokburong.wordpress.com5

Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 53. Pengertian uluhiyyah ialah :Uluhiyyah ialah mengakui Allah SWT yang Maha Esa yang layak disembah, dipatuhi dan ditaatisecara mutlak.4. Konsep Uluhiyyah Mengakui hanya Allah SWT yang layak disembah dan ditaati Paksi utamanya ialah kalimah syahadah Orang yang tidak beriman dengan tauhid uluhiyyah dianggap sesat5. Pengertian RububiyyahRububiyyah ialah keyakinan dalam hati secara mutlak bahawa Allah SWT memiliki, mentadbir danmencipta seluruh alam.6. Konsep Rububiyyah Allah SWT adalah pencipta, pemilik dan pentadbir alam. Kekuasaan Allah SWT meliputi langit dan bumi Allah SWT berkuasa memberi sesuatu mengikut kehendaknya7. Perbezaan antara tauhid Rububiyyah dengan tauhid uluhiyyahTauhid RububiyyahTauhid Uluhiyyah Keyakinan dalam hati secara mutlak Allah Keyakinan dalam hati bahawa Allah SWTSWT sebagai pentadbir alamyang Maha Esa yang layak disembah dandipatuhi Diimani / dipercayai oleh semua manusia Diimani / dipercayai oleh orang Islamsahaja8. Pengertian Asma’ wasifat ialah : Allah SWT mempunyai nama-nama yang indah dan memiliki sifat-sifat yang mulia9. Contoh nama-nama Allah SWT yang mulia. Al-Hakim Al-Khabir Al-Azim Al-Ghafur Al-Alim10. Maksud fitrah beragama ialah : Naluri semulajadi manusia yang mengakui adanya Allah SWT.11. Bukti bahawa mengamalkan agama merupakan fitrah semulajadi manusia : Manusia terdorong memohon kepada sesuatu yang dipercayai mempunyai kuasa ghaib yangboleh membantu melindungi dan menunaikan sesuatu hajat mereka. Contohnya masyarakatprimatif memuja sungai, semangat dan sebagainya. Secara fitrah manusia mengakui kewujudan sesuatu yang berkuasa dan berusaha mencarinya.Contohnya usaha Nabi Ibrahim mencari-cari tuhan yang sebenar untuk di sembah. Manusia akan kembali mengingati tuhan apabila di timpa bencana dan musibahBy Tokburong.wordpress.com6untuk

Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5memohon pertolongan. Kerana mereka yakin hanya kuasa ghaib sahaja yang mampumenolong mereka, iaitu tuhan.12 Peranan agama dalam membina tamadun yang cemerlang : Islam menghendaki umatnya berfikir secara kreatif dan inovatif Islam mewajibkan umatnya menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan Islam mengatur peradaban dan akhlak yang terpuji untuk memastikan manusia dapat hidupdengan aman dan bahagia di dunia dan akhirat Menuntut penganutnya beramal dan berusaha untuk memajukan diri, bangsa dan negara13Ciri orang yang beragama : Sentiasa reda dengan ketentuan Allah SWT Bersyukur dengan nikmat yang dimiliki dengan cara memanfaatkan kejalan Allah SWT Melakukan sesuatu pekerjaan dengan ikhlas kerana Allah SWT Memiliki jiwa yang mantap dan teguh atas prinsip kebenaran Memiliki kesempurnaan akhlak, menghormati rakan, jiran dan tidak mencintai dunia14 Cara manusia mencintai Allah SWT Mematuhi perintahNya, contohnya menunaikan solat lima waktu Menjauhi laranganNya, contohnya menjauhi daripada zina Sentiasa mengingatiNya, contohnya berdoa dan sentiasa bertahmid Bertawakal kepada Allah SWT dan tidak hanya berserah kepadaNya contohnya sentiasaberdoa dan berusaha Redha dengan ketentuanNya; contohnya sentiasa sabar dengan musibah yang menimpa Bersyukur atas nikmat kurniaanNya; contohnya melakukan syujud syukur apabila mendapatnikmat daripada Allah SWT Melakukan amalan kebajikan; contohnya bersedekah kepada fakir miskinPELAJARAN 2 : KONSEP KERASULANSoalan1. Nyatakan maksud nabi.2. Nyatakan pengertian rasul.3. Jelaskan maksud rasul Ulul Azmi4. Berikan dua sebab gelaran Ulul Azmi diberikan kepada rasul-rasul tertentu.5. Huraikan dua perbezaan antara nabi dan rasul6. Terangkan tiga peranan rasul7. Jelaskan cara anda beradab kepada rasul8. Jelaskan sifat wajib, mustahil dan harus bagi rasulBy Tokburong.wordpress.com7

Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 59. Antara keistimewaan para rasul ialah maksum dan mukjizat, berikan pengertian perkara-perkaratersebut10. Huraikan peranan mukjizat kepada para rasul11. Perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia ialah irhas, karamah, maunah istidraj dan sihir.Berikan maksud perkara-perkara tersebut.12. Jelaskan tiga sebab nabi Muhammad s.a.w. dipilih sebagai rasul terakhir.Jawapan1. 1 Maksud nabiNabi ialah manusia lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu untuk dirinya dan tidak wajibmenyampaikannya kepada orang lain.2. 2 Pengertian rasul.Rasul ialah manusia lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu untuk dirinya dan wajibmenyampaikannya kepada orang lain.3. 3 Maksud rasul Ulul AzmiGelaran yang diberikan kepada rasul yang memiliki kesabaran yang amat tinggi dalam menghadapicabaran semasa berdakwah.4. 4 Sebab diberi gelaran Ulul Azmi Mendapat pengiktirafan Allah SWT diatas usaha dakwah yang telah dijalankan Memiliki kesabaran yang tinggi semasa berdakwah Sentiasa memohon kepada Allah SWT supaya kaum mereka tidak diturunkan azab Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya memberi hidayah kepada kaum mereka Memiliki keazaman yang tinggi semasa berdakwah5.Perbezaan antara nabi dan rasulNabi Wahyu untuk dirinya sahaja dan tidak wajibdisampaikan kepada orang lain. Kitab tidak diturunkan kepada para nabi Bilangan nabi tidak wajib diketahui Jumlah nabi 124,000 orangRasul Wajib menyampaikan wahyu kepada oranglain Menerima kitab dan sufuf Wajib mengetahui bilangan dan nama 25orang rasul Jumlah rasul 313 orang6. 6 Peranan rasul Membimbing manusia ke jalan yang benar Menyeru manusia supaya menyembah Allah SWT Menerangkan kepada manusia tentang perkara-perkara ghaib Menyampaikan berita gembira dan berita buruk sebagai peringatan kepada manusia Menyampaikan segala perintah Allah SWT Mengajar manusia cara beribadat yang betul Menunjukkan akhlak yang muliaBy Tokburong.wordpress.com8

Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 57. 7 Cara anda beradab kepada rasul ialah : Sentiasa berselawat kepada rasul Beriman dengan ajaran yang dibawa oleh rasul Mengasihi dan mencintai mereka melebihi mahkluk lain Mengamalkan sunnah rasul dalam kehidupan Mentaati ajaran yang disampaikan oleh para rasul dengan hati yang ikhlas8. 8 Sifat wajib, mustahil dan harus bagi rasul ialahSifat Wajib As-Sidq (benar) Al-Amanah (Jujur) At-Tabligh (Menyampaikan) Al-Fatanah (Bijaksana)Sifat Mustahil Al-Kizb (Pendusta) Al-Khiyanah (Pecah Amanah) Al-Kitman (Menyembunyikan) Al-Baladah (Bodoh)Sifat Harus Bersifat seperti manusia biasa yang tidak menjejaskan martabat sebagai utusan Allah SWT.9.Pengertian maksum dan mukjizat ialah :maksum Maksum bermaksud rasul-rasul terpelihara daripada melakukan perkara kejahatan, dosa danperkara kurang sopan yang boleh merosakkan kehormatannya. Rasul juga terpelihara daripadaperkara cacat yang mengurangkan kemuliaan seseorang seperti buta, tuli, bisu, gila atau lainlain penyakit yang boleh merosakkan darjat kemuliaan seorang rasulMukjizat Perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada para nabi dan rasul untukmembuktikan kebenaran, kenabian dan kerasulan serta melemahkan musuh-musuh merekacontohnya Keluar air dari celah Nabi Muhammad.10. Peranan mukjizat kepada para rasul Membuktikan kebenaran para nabi dan rasul Mengukuhkan keyakinan orang ramai Membantu nabi dan rasul menjalankan tugas Menunjukkan kekuasaan Allah SWT11. Maksud irhas, karamah, maunah istidraj dan sihir.Irhas Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang bakal dilantik oleh Allah SWT sebagairasul. Contohnya Nabi Isa boleh bercakap semasa masih bayiKaramah Perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia biasa yang tinggi darjatnya disisi Allah SWTContohnya Maryam ( ibu Nabi Isa ) dianugerahi hidangan dari langit ketika beribadatBy Tokburong.wordpress.com9

Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5Maunah Perkara luar biasa yang berlaku kepada Umat Islam tanpa diusahakan untuk dipelajarinya.Perkara tersebut berlaku hanya sekali sahaja. Contohnya seseorang yang terlibat dalamkemalangan yang dahsyat, tetapi beliau tidak mengalami kecederaan yang terukIstidraj Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang tidak taat atau derhaka kepada Allah SWTuntuk menyesatkannya lagi. Contohnya Qarun yang beroleh kekayaan yang luar biasa telahberansur-ansur menjadi sombong dan kufurSihir Perkara luar biasa yang berlaku kepada seseorang dengan bantuan daripada syaitan dan bolehdipelajari. Contohnya seseorang yang kebal dan tidak lut oleh sebarang senjata.PELAJARAN 3 : KONSEP INSANSoalan1Berikan pengertian insan2Nyatakan proses kejadian insan menurut Islam3Jelaskan dua tanggungjawab insan terhadap Allah SWT4Huraikan sebab manusia perlu memikul tanggungjawab tersebut5Senaraikan tiga keistimewaan insan berbanding makhluk yang lain6Nyatakan dua amalan yang boleh dilakukan oleh manusia bagi mencapai kebahagiaan di dunia dandi akhirat.7Nyatakan perbezaan utama antara manusia dengan haiwan.8Jelaskan tiga kebaikan memerhati dan memikir kejadian manusia.9Huraikan peranan manusia terhadap alam10 Terangkan akibat mengabaikan tanggungjawab sebagai insanBy Tokburong.wordpress.com10

Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5Jawapan1Pengertian insan Insan ialah makhluk istimewa yang boleh berfikir, menerima ilmu dan berkehendak.2Proses kejadian insan menurut Islam Pati berasal daripada tanah (Nutfah ) ( Air mani ) Percampuran benih lelaki dan perempuan )(Ovum Sperma ) Darah beku( Alaqah) ( Zigot) Seketul tulang (Mudghah )( Embrio) Tulang dibaluti dengan daging( Fetus ) Ditiupkan roh Dilahirkan sebagai manusia3Tanggungjawab insan terhadap Allah SWT Mentaati perintah Allah dan menjauhi larangannya Bersyukur dengan nikmat Allah SWT dan menggunakannya dengan baik Sentiasa mengingati Allah SWT melalui amalan zikir4Sebab manusia perlu memikul tanggungjawab tersebut : Manusia memiliki akal fikiran yang sempurna Manusia memiliki fizikal yang sempurna dan menarik Manusia telah dilantik sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi Rasul dilantik daripada kalangan manusia Manusia mahkluk yang berbudaya dan bertamadun5Keistimewaan insan berbanding makhluk yang lain Memiliki akal fikiran sedangkan makhluk lain tidak mempunyai akal fikiran Dilantik menjadi khalifah Allah di muka bumi Setiap amalan akan mendapat ganjaran daripada Allah sedangkan makhluk lain, amalannyatidak dikira oleh Allah SWT Rasul dilantik dari kalangan manusia Mempunyai fizikal yang sempurna Dijadikan daripada unsur-unsur jasmani dan rohani Berbudaya dan bertamadun6Amalan yang boleh dilakukan oleh manusia bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan diakhirat Menunaikan solat fardu Menjauhi perkara maksiat Mentaati setiap perintah Allah Menjalinkan hubungan dengan semua makhluk AllahBy Tokburong.wordpress.com11

Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 57 8Kebaikan memerhati dan memikir kejadian manusia Dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT Dapat menyedari kelemahan diri manusia dalam semua bidang Dapat mengakui keagungan dan kekuasaan Allah SWT yang Maha Agung9Peranan manusia terhadap alam Mengurus alam secara bijaksana Memelihara dan memulihara alam dengan sempurna Mengkaji dan menyelidiki khazanah alam untuk kegunaan manusia Memaju dan memakmurkan alam dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah SWTPerbezaan utama antara manusia dengan haiwan ialah manusia memiliki akal fikiransedangkan haiwan tiada akal.10 Akibat mengabaikan tanggungjawab sebagai insan Berlaku kerosakan di muka bumi seperti banjir dan sebagainya Manusia akan melakukan perkara syirik kepada Allah SWT Manusia menjadi sesat dari kebenaran Mendapat kemurkaan daripada Allah SWTPELAJARAN 4 : KONSEP ALAMSoalan1. Berikan maksud alam.2. Nyatakan jenis-jenis alam.3. Terangkan perbezaan antara alam ghaib dan alam musyahadah4. Alam merupakan bukti kekuasaan Allah. Buktikan5. Jelaskan cara meningkatkan keimanan dengan melihat alam ini6. Syurga dan neraka merupakan sebahagian daripada alam ghaib. Bagaimanakah cara untukmenanam keimanan kepada syurga dan neraka di dalam diri pelajar?.7. Mengapakah Allah merahsiakan alam ghaib daripada penglihatan manusia8. Setiap muslim wajib beriman dengan perkara ghaib. Jelaskan kesan beriman dengan perkara ghaib9. Jelaskan alam ghain yang dilalui oleh setiap manusia10. Akal tanpa wahyu tidak akan dapat memikirkan perkara ghaib. Berikan hujah untuk menyokongpernyataan di atas.By Tokburong.wordpress.com12

Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5Jawapan1.Maksud alam. Alam ialah makhluk ciptaan Allah SWT2.Jenis-jenis alam. Alam terbahagi kepada dua iaitu1. Alam musyahadah ialah alam yang dapat dilihat dan ditanggapi oleh pancainderamanusiacontohnya haiwan, tumbuhan sungai dan sebagainya2. Alam Ghaib iaitu alam yang tidak dapat ditanggapi dan dilihat oleh pancaindera manusia,contohnya syurga, neraka, dosa, pahala dan sebagainya.3.Perbezaan antara alam ghaib dan alam musyahadahAlam GhaibAlam Musyahadah Pancaindera manusia tidakmampu Dapat ditanggapi oleh pancainderamemikir dan menanggapi alam ghaib Untuk menguji keimanan manusia Boleh dimanfaatkan manusia untukmembina tamadun Akal tidak mampu memikirkan hakikat Akal mampu mentafsir, mengkaji dansebenar alam ghaibmenyelidik. Manusia yang telah mati berada di alam Manusia yang hidup dapat menyaksikanghaibalam musyahadah. Kenikmatan yang dikecapi kekal buat Kenikmatan yang diperolehi tidak kekalselama-lamanya4.Bukti alam merupakan tanda kekuasaan Allah. : Keunikkan alam ini menunjukkan kekuasaan penciptaannya. Kesempurnaan Alam ini melambangkan kesempurnaan Allah SWT. Tiada sebarang mahkluk pun yang dapat menandingi kekuasaan dan ciptaan Allah SWT.5.Cara meningkatkan keimanan dengan melihat alam ini: Menyakini bahawa semua yang ada dalam alam ini adalah milik Allah SWT Menyakini alam ini adalah sementara dan akan musnah. Menyakini bahawa penciptaan alam ini tidaklah sia-sia6.Cara menanam keimanan kepada syurga dan neraka Sentiasa mengikuti ceramah tentang nikmat syurga dan azab neraka. Memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak daripada kecil. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengawasi tingkah laku anak-anak daripada pengaruh negetif. Memantau pergaulan anak-anak dan rakan sebaya agar terkawal.7.Sebab Allah merahsiakan alam ghaib daripada penglihatan manusia : Menunjukkan kekuasaan Allah SWT. Menguji keimanan manusia kepada perkara ghaib Meningkatkan ilmu pengetahuan manusia Menilai sejauh mana ketaatan manusia kepada perintah Allah SWT. Mengukuhkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.By Tokburong.wordpress.com13

Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 58.Kesan beriman dengan perkara ghaib : Menjadikan manusia taat dan patuh kepada perintah dan larangan Allah SWT. Menjadikan manusia takut melakukan maksiat dan kemungkaran kerana menyedari bahawamalaikat sentiasa memerhati perbuatan mereka Menjadikan manusia sentiasa melakukan ibadat kepada Allah SWT. Menjadikan manusia melakukan sesuatu ikhlas kerana Allah SWT. Menjadi

Soalan Topikal dan Jawapan Tasawwur Islam Ting 4 & 5 By Tokburong.wordpress.com 4 BAB 3 PENYELESAIAN MASALAH PELAJARAN 7 – Asas dan pertimbangan penyelesaian Masalah menurut Islam 134 PELAJARAN 8 - Cara penyelesaian masalah 136 PELAJARAN 9 - Isu masalah dan cara penyelesaian Menurut Islam 140

Related Documents:

1. Modul ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang .

soalan jawapan (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) skor a 2016 sintaksis tatabahasa kertas percubaan bm spm se-malaysia 2 soalan sebenar percubaan bm spm daerah tangkak, negeri johor soalan jawapan . soalan sebenar percubaan bm spm negeri melaka soalan jawapan (i) .

Jawab semua soalan di Bahagian A dan tiga soalan daripada Bahagian B. 4. Jawapan bagi Bahagian A hendaklah ditulis pada ruang yang disediakan dalam kertas soalan. 5. Jawapan bagi Bahagian B hendaklah ditulis dalam kertas jawapan. 6. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini. Ikat kertas jawapan bersama-sama kertas soalan ini

Tingkatan 5 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos/ 2017 2 1/2 Jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Sastera Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Bahasa Melayu 2 1 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010 BENTUK KERTAS SOALAN Kertas Bahasa Melayu 1103/2 mengandungi empat soalan: Soalan 1 - Rumusan Soalan 2 - Pemahaman Soalan 3 - Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa Soalan 4 - Novel Calon diberi masa dua jam tiga puluh minit dan wajib menjawab semua soalan.

Jawab setiap soalan dengan menghitamkan ruang yang betul di halaman 12 di dalam kertas peperiksaan ini. 5. Bahagian B mengandungi 20 soalan. Jawab semua soalan. Jawapan anda hendaklah di tulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas peperiksaan ini. 6. Anda dinasihati supaya mengambil masa 30 minit untuk menjawab soalan Bahagian A

1. Kertas peperiksaan ini mengadungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Satera Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

definition to four forms of artificial achievement of human goals, as summarised in Figure 1, taken from their book. Figure 1: Some definitions of AI, organised into four categories (Russel & Norvig, 2016) Our curiosity about intelligence stems from the Greek philosopher Aristotle (384–322 BC). Many