AL-QURAN DAN AL-SUNNAH TERAS KERJAYA KEILMUAN AL

2y ago
53 Views
4 Downloads
255.80 KB
22 Pages
Last View : 17d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Aarya Seiber
Transcription

AL-QURAN DAN AL-SUNNAHTERAS KERJAYA KEILMUAN AL-GHAZALIPROFESOR ZAKARIA BIN STAPAAbstrakAl-Ghazali r.h. merupakan seorang tokoh intelektualtersohor di Timur dan di Barat. Ketokohan beliau sukarditandingi oleh mana-mana tokoh lain yang pernahdilahirkan oleh tamadun Islam. Keilmuan beliau sangatensiklopedik di mana beliau dapat menguasai pelbagaijenis ilmu yang terdapat pada zaman beliau seperti ilmutasawuf, fiqh, usul al-fiqh, ilmu kalam, falsafah, logik sertahadis dengan baik. Apa yang lebih menarik pada diri alGhazali ialah kekuatan pendirian beliau yang tidak silaudan tenggelam dalam kehebatan tradisi keilmuan Yunaniyang sudah tersebar luas pada masa itu. Malahan beliauberjaya muncul dengan ketulenan identiti ilmu Islamyang diwarnai oleh corak serta inspirasi al-Quran dan alSunnah.Tulisan ini mencerakinkan kerjaya keilmuan alGhazali dengan memilih dua bidang ilmu yang sangatrapat hubungannya dengan beliau iaitu akhlak dantasawuf. Dalam bidang akhlak, khususnya dalam prosespembentukannya, al-Ghazali menegaskan bahawa aspekroh perlu dididik dengan pendekatan al-mujahadah dana l-riyadah supaya is selaras dengan kehendak syarak.Menurut al-Ghazali, ukuran baik dan buruk akhlakmestilah ditentukan oleh syarak dan akal murni manusiayang tunduk kepada kehendak syarak. Dalam bidangtasawuf pula, beliau bukan hanya pendokong, malahmerupakan benteng pertahanan utama tasawuf sunni iaitutasawuf yang mengikat pelbagai amalan dengan al-Qurandan al-Sunnah. Magnum opus beliau iaitu Ihya"Ulum al-83

Jurnal Penvelidikan IslamDin menunjukkan dengan jelas bahawa metode penulisanbeliau memberikan keutamaan kepada al-Quran dan alSunnah di mana setiap topik di dalamnya dimulai denganpandangan kedua-dua sumber hukum tersebut.PendahuluanBerdasarkan fakta-fakta yang terkandung dalam pelbagai literaturyang ada di sekitar kita, yang amat jelas adalah bahawa al-Ghazalimerupakan seorang tokoh yang cukup terkenal di serata dunia. Dinegara-negara Islam khususnya, kitab-kitab atau terjemahannyaditelaah dan dijadikan teks di pelbagai institusi pendidikan.Berdasarkan dapatan daripada satu penyelidikan yang dilakukandi negeri Kelantan pada awal 1980-an, kitab-kitab Ihya"Ulumal-Din, Minhajserta Sirur al-Salikin (saduran Syeikh Abd al-Samad al-Falembani) hasil tulisan al-Ghazali menjaditeks pengajian ilmu Tasawuf di beberapa buah institusi pengajianpondok di seluruh negeri Kelantan.'Di Barat atau Eropah pula, al-Ghazali dikenali secara meluas samaada menerusi terjemahan pelbagai hasil tulisan beliau ke dalambahasa Eropah ataupun melalui kajian yang dilakukan secaraberterusan tentang peribadi dan ketokohan beliau sebagai seorangilmuan Muslim tersohor zaman pertengahan.2 Catatan seorangtokoh Tasawuf di Barat masa kini, Annemarie Schimmel di dalamsebuah buku yang cukup terkenal, Mystical Dimensions of Islammemperkukuh kenyataan ini di mana beliau menyatakan:1 Zakaria (1993), "Kefahaman Tasawuf di Kalangan MuslimKelantan", Dlm. Muhammad YusoffHussain et al. Isu-Isu Usuluddindan Falsafah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm168, 1792 al-Taftazani, Al-Taftazani, Abu al-Wafa' al-Ghanimi (1976),Madkhal ila al-Tasawwuf al- Islami, Qahirah: Dar al-Thaqafah lial-Tiba' ah wa al-Nashr, hlm 189-19184

Al-Quran Dan Al-Sunnah Teras Kerjaya Keilmuan A1-GhazaliNo thinker medieval Islam has attracted the interest ofthe Western scholars more than Ghazali. Numeroustranslations ofhis works are available in Western languages.Discussions about Ghazali's true character have beengoing on for decades. Was he a subjectivist, or a faithfulmember of the Muslim community who accepted the givenreligious fact? How can the divergent viewpoints on theseveral issues of philosophy and theology be explained?To what extent was he sincere in his conversion? Manyaspects of his thought have been studied in recent years,but much remains to be done (p.97).3Al-Ghazali berupaya menyelami dan menguasai pelbagai jenisilmu yang ada pada zamannya. Ini termasuk perbendaharaan ilmutamadun Greek. Sungguhpun begitu, beliau tidak terpengaruhdengan gagasan tinggalan tamadun asing tersebut, malah beliaumuncul dengan ketulenan identiti ilmu Islam yang diwarnaioleh corak serta inspirasi al-Quran dan al-Sunnah. Kehebatandan keupayaan seumpama inilah yang melayakkan beliau diberigelaran sebagai Hujjat al-Islam.Teras Kerjaya Keilmuan Al-GhazaliDalam usaha meneliti kedudukan al-Quran dan al-Sunnah sebagaiteras kerjaya keilmuan al-Ghazali, tulisan ini akan memberi fokuskepada tiga perkara utama berikut: latar diri dan kerjaya keilmuan al-Ghazali, gaya penghayatan ilmu tasawuf al-Ghazali, dan akhlak dan proses pembentukan akhlak dalam pandanganal-Ghazali.3 Schimmel, A. (1983), Mystical Dimensions of Islam. Chapel Hill:The University of North Carolina Press, hlm 9785

Jurnal Penvelidikan Islam1. Latar diri dan kerjaya keilmuan Al-GhazaliNama sebenar AI-Ghazali ialah Muhammad bin Muhammad binMuhammad bin Ahmad al-Tusi yang terkenal dengan panggilanal-Ghazali.4 Beliau dikuniyahkan sebagai Abu Hamid dan diberipelbagai gelaran, terutamanya sebagai Hujjat al-Islam.Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450H (1058/1059M) di sebuahkampung bernama Ghazlah yang terletak di pinggir bandarTus, Khurasan.5 Beliau kembali ke rahmatullah pada hari Isnin,14 Jamadilakhir tahun 505H (18 Disember 1111M), di bandarkelahiran beliau iaitu Tus, Khurasan yang terletak dalam negeriParsi.6Terdapat sedikit pertikaian pendapat yang sehingga kini masihbelum selesai secara muktamad tentang asal usul keluarga alGhazali, sama ada mereka berasal dari Arab tulen atau bangsaParsi. Golongan yang mengatakan al-Ghazali berbangsa Arabberhujah bahawa keluarga beliau telah berpindah dan menetap dinegeri Parsi sejak negeri tersebut dibuka oleh Islam. Mereka yangberpendapat beliau berbangsa Parsi pula mengatakan pengaruhIslam telah begitu sebati dalam gaya hidup dan pengalamankeluargatersebut sehingga unsur-unsur Arab sudah menjadibegitu dominan dalam kehidupan harian mereka, termasuk dalamhal yang berhubung dengan pemberian nama dan perkara-perkaralain yang seumpamanya.'Bapa al-Ghazali merupakan seorang yang kuat beragama, warak,salih dan fakir. Dia bekerja memintal (vaghzil) suf untuk dijual4 ai-Subki, Taj al-Din (1964), Tabayat al-ShatiVTah al-Kubra. Ed. Atbd al-Fattah Muhammad Hilw dan Muhammad Muhammad alTanahi, 7 Vols. Misr: Matba'ah Isa al-Babi al-Halabi.5 al-Subki (1964), jil 6, hlm 193; dan Mahmud (1972), him 356 al-Sharbasi (1975). him 217 al-Subki (1964). jil 6, hlm 193; al-Sharbasi (1975), hlm 25; danMahmud (1972), him 3586

Al-Quran Dan A1-Sunnah Teras Kerjaya Keilmuan A1-Ghazalidi kedainya di Bandar Tus bagi menyara keluarganya. Dia jugamerupakan seorang yang sangat cintakan ilmu dan para ulama. Initerbukti dengan kekerapannya menghadiri majlis-majlis ilmu yangdikendalikan oleh para ulama, malahan kerap pula membiayaimajlis-majlis seumpama itu dalam kadar yang termampu olehnya.Dia meninggal dunia semasa al-Ghazali masih kecil, iaitu semasabeliau berumur kira-kira enam tahun. Oleh itu, penjagaan danpendidikan al-Ghazali serta adiknya telah diwasiatkan oleh bapanyakepada seorang kawannya, iaitu seorang sufi yang salih.8Al-Ghazali telah dimasukkan oleh kawan bapanya ke salahsebuah sekolah agama di Bandar Tus untuk mempelajari ilmufiqh daripada Ahmad al-Radhakani, salah seorang daripadafuqaha terkenal di bandar tersebut. 9 Kemudian, beliau berhijrahke Jurjan untuk mendalami ilmu fiqh. Di sana beliau bergurudengan salah seorang ulama bernama al-Imam Abu al-QasimIsma' il bin Mas'adah al-Isma'iliyy. Daripada guru ini, Al-Ghazalimempelajari apa yang dinamakan sebagai al-Ta 'liqah iaitu catatancatatan semacam buku yang mengandungi pelbagai nukilan danmudhakkirat berhubung dengan pelbagai.furu 'fiqh al-Shafi 'iyyah.Beliau kemudian kembali semula ke Tus dan menetap selamakurang lebih tiga tahun bagi menguasai segala yang dipelajari diJurj an.' Seterusnya dalam proses pencarian ilmu, al-Ghazali telah berhijrahpula ke Naysabur, bandar yang paling besar di Khurasan padawaktu itu. Di Naysabur, beliau berguru dengan seorang tokohilmu Kalam al-Ash'ariyyah yang terkenal iaitu 'Abd al-Ma'ali alJuwayni yang dikenali juga dengan gelaran Imam al-Haramain.Dalam tempoh berada di Naysabur, al-Ghazali telah belajarbersungguh-sungguh sehingga beliau mahir dalam pelbagai8 al-Subki (1964), jil 6, hlm 201; dan al-Sharbasi (1975), hlm 529 al-Subki (1964), jil 6, hlm 195; dan Qasim (1970), him 6110 al-Subki (1964), jil 6, hlm 195; al-Taftazani (1976), him 193, danal-Sharbasi (1975), him 27- 2887

Jurnal Penyelidikan Islambidang ilmu, seperti ilmu Fiqh Mazhab Syafi'e, Ilmu Khilaf,Jidal, Usul al-Din, Usul al-Fiqh, Mantiq, Hikmah dan Falsafah.Al-Ghazali didapati terus-menerus mendampingi gurunya, Imamal-Haramain sehingga gurunya itu meninggal dunia pada tahun478H/1084M."Kematian Imam al-Haramain menyebabkan al-Ghazalimeninggalkan Naysabur dan berhijrah ke al-Ma'askar untukmenghadiri majlis-majlis ilmu yang sentiasa diadakan di sanadi bawah naungan Nizam al-Muluk, seorang wazir kepada alSultan Malik Shah al-Saljuqi. Para ulama di al-Ma'askar danNizam al-Muluk sendiri telah memberi pengiktirafan terhadapkeluasan dan kehebatan ilmu beliau. Setelah kurang lebih limatahun berada di al-Ma'askar, al-Ghazali dilantik oleh Nizam alMuluk menjadi guru di al-Madrasah al-Nizamiyyah, Baghdadiaitu pada tahun 484H semasa beliau berumur 34 tahun. Dalamtempoh beliau mengajar di Baghdad inilah kecemerlangandan titik puncak keilmuan beliau yang bersifat zahir terserlah.Majlis ilmu yang dikendalikan oleh beliau pada waktu itu telahdihadiri oleh ulama-ulama terkemuka sehingga menjangkau400 orang, antaranya Ibn Aqil, Abu al-Khattab dan ulama lain.Pada keseluruhannya, seperti yang dinyatakan oleh Ibn Asahir,kedudukan al-Ghazali di Baghdad pada waktu itu adalah amattinggi sehingga hampir-hampir mengatasi penghormatan terhadappara pembesar negeri dan raja-raja. Ibn Isma'il al-Farisi dalamhubungan ini menyatakan:''Sesungguhnya semua orang menjadi terpesona denganpengajaran dan sudut-sudut pandangan beliau; laludengan itu beliau layak digelar Imam al-Iraq setelahgelaran imam itu diperolehinya di negeri Khurasan.11 Taftazani (1976), hlm 183; Mahmud (1972), hlm 36: dan al-Subki(1964), jil 6, hlm 19512 al-Syarabasi (1975), hlm 35; al-Subki (1964), jil 6, hlm 196-197;al-Taftazani (1976), hlm 183; Mahmud (1972), hlm 37; dan Qasim(1970), hlm 6288

Al-Quran Dan Al-Sunnah Teras Kerjaya Keilmuan Al-Ghazali2. Gaya Penghayatan Ilmu Tasawuf Al-GhazaliAl-Ghazali merupakan lambang kemuncak aliran tasawufsunni,'3 yang juga sekali gus dianggapkan sebagai bentengutama tasawuf aliran tersebut." Tasawuf sunni ialah jenis amalandan pegangan tasawuf yang berdiri atas asas-asas akidah AhliSunnah wal Jama'ah, pendidikan al-nafs serta pengkajian tentangakhlak amali yang boleh menjamin seseorang individu naik ketaraf kesempurnaan insan sebagai makhluk dan hamba Allah.Pendokong tasawuf sunni mengikat amalan dan pegangan tasawufmereka dengan al-Quran, hadis Nabi SAW, ucapan para Sahabatdan Tabiin.'5Unsur sunni dalam tasawuf al-Ghazali dapat dilihat denganjelas apabila beliau membuat pengakuan dan mengisyaratkankecenderungan terhadap aktiviti atau amalan utama golongan sufiiaitu usaha mengatasi halangan-halangan nafsu, membersihkandiri daripada unsur-unsur akhlak yang tercela serta sifat-sifat yangburuk, sehingga dengan itu orang berkenaan boleh sampai ke tahappengosongan al-qalb daripada segala sesuatu selain Allah SWTserta menghiaskan al-qalb tersebut dengan zikir kepada Allah.' 6Al-Ghazali juga mengakui hubungan rapat beliau dengan tradisikerohanian tokoh-tokoh sufi seperti al-Harith al-Muhasibi,Abu Talib al-Makki dan al-Junayd al-Baghdadi. Perkara inidirealisasikan oleh beliau menerusi pembacaan hasil-hasil tulisanyang mereka tinggalkan.'7 Unsur-unsur amalan dan pegangantokoh-tokoh sufi tersebut secara nyata dikuasai oleh unsurunsur mementingkan aspek kejiwaan manusia serta cara gaya13 Qadir Mahmud (1976), him 7914 al-Taftazani (1976), hlm 18215 al-Taftazani (1976), hlm 182; madkur (1976), him 66; dan Sharaf(1976), him 20916 al-Ghazali (1972), hlm 17017 al-Ghazali (1972), hlm 17089

Jurnal Penyelidikan Islammempertingkatkan akhlak dalam diri seseorang.18Hasil tulisan al-Ghazali yang agung iaitu Ihya' Ulum al-Dinmenggambarkan hubungan dan peranan beliau dalam tasawufsunni. Ulama yang mengaguminya menganggapnya sebagai kitabyang amat besar peranan dan manfaatnya dalam memberikan arahkepada kehidupan kerohanian umat Islam. Antara mereka ialah:a. Al-Hafiz al-Imam al-Faqih Abu al-Fadl al-'Iraqi berkata:"Sesungguhnya (Ihya') tergolong dalam kitab-kitab Islamyang utama dalam memberikan pengetahuan tentang halaldan Karam. di dalamnya diadunkan ilmu-ilmu zahir danbatin. '9b. Al-Nawawi pula berkata: "Hampir-hampir kitab Ihya' itumenjadi al-Quran."c. Al-Syeikh 'Abd Allah al-Idrus memberikan beberapa sudutpandangan beliau mengenai al-Ghazali. Antaranya: "Tidakada jalan dan manhaj bagi kita selain al-Kitab dan al-Sunnah;semua itu (al-Kitab dan al-Sunnah) telah pun dihuraikan olehHujjat al-Islam al-Ghazali di dalam kitab-kitabnya. Ihya'Ilium al-Din merupakan gambaran daripada huraian terhadapal-Kitab, al-Sunnah dan al-Tariqah' 21Melihat secara sepintas lalu terhadap kandungan kitab Ihya'menunjukkanbagaimanaAl-Ghazal seolah-olahmahumenjelaskanbahawa perjalanan seseorang sufi adalah ke arah peningkatanunsur akhlak menerusi mujahadah al-n0 dan pengambilalihanoleh unsur akhlak terpuji di tempat yang dulunya diduduki olehakhlak yang dikeji, sehingga akhirnya menyampaikan seseorang18 al-Tatlazani (1976), hlm 19319 a1-Idurs (1968), jil 720 al-Idrus (1968), jil 721 al-Idrus (1968), jil 890

Al-Quran Dan Al-Sunnah Teras Kerjaya Keilmuan AI-Ghazalisalik ke tahap ma 'rifah bi Allah.22Hal ini diperkukuh lagi dengan cara pendekatan yang dibuatoleh al-Ghazali dalam menulis kitab tersebut di mana beliaumemulakan setiap pembicaraan dengan menyebut ayat-ayat alQuran, pelbagai hadis al-Nabawiyyah, athar daripada sahabat,tabiin serta akhbar daripada kalangan salihin.23 Kandungan Ihya'juga memperlihatkan secara jelas adunan rapi antara unsur fiqhdi satu pihak dan tasawuf di pihak yang lain. Ia seolah-olahmencernakan sudut pandangan Imam Malik yang mengatakan:Sesiapa yang mempelajari fiqh dan mengetepikantasawuf adalah fasiq. Sesiapa yang mempelajari tasawufdan mengetepikan fiqh pula adalah zindiq: Sesiapa yangmenghampirkan kedua-duanya, baharulah kebenarandirealisasikan secara sempurna.24Aspek fiqh dibicarakan secara meluas dalam bahagian ibadat,manakala aspek tasawuf pula dibicarakan dalam bahagianbahagian lain dalam kitab tersebut. Dengan itu, dapatlahdisimpulkan bahawa bidang tasawuf anutan al-Ghazali dikuasaidan ditunjangi oleh unsur-unsur yang bersifat sunni.Seterusnya, keseluruhan peribadi dan penghayatan al-Ghazalijuga mencerminkan diri beliau sebagai seorang pendokong kuattasawuf sunni. Keilmuannya yang luas meliputi setiap bidangsyariat Islam. Aliran akidah dan fiqh beliau dengan jelas bernaungdi bawah mazhab Ahli Sunnah wal Jama'ah iaitu al-Ash'ariyyahdari sudut akidah, manakala dalam fiqh pula, beliau mengikutmazhab al-Syafi'e.22 al-Taftazani (1976), him 20423 Mahmud (1972), hlm 5424 Nasr (1971)„ hlm 12591

Jurnal Penyelidikan Islam2. Akhlak dan proses pembentukan akhlak pada pandangan AlGhazaliImam al-Ghazali banyak menghabiskan masa dan umur beliaubercakap dan menulis dalam hal yang berhubung denganpersoalan akhlak. Beliau telah memuatkan pandangan beliautentang persoalan ini dalam dua buah kitab hasil tulisan beliauiaitu Ihya"Ulum al-Din dan Mizan al Amal. Usaha gigihbersama ketajaman akal dan pemerhatiannya membolehkan beliaumenghasilkan suatu produk yang cukup mengagumkan dan dalamsesetengah isu boleh terpakai sehingga ke hari ini.Dalam mendefinisikan pengertian akhlak, al-Ghazali merujukkepada dua perkataan yang secara langsung berhubung denganakhlak iaitu al-khuluq danMenurut beliau, keduadua perkara berkenaan selalu digunakan secara bersama denganmembawa maksud yang sedikit berbeza. Perkataan al-khalqmerujuk kepada gambaran zahir diri manusia, sedangkan perkataanal-khuluq pula merujuk kepada gambaran batinnya. Kedua-duagambaran tersebut sememangnya wujud pada diri manusia keranamanusia merupakan himpunan daripada komponen jasad yangboleh dilihat dengan mata kasar, serta komponen roh atau nafsyang hanya boleh diinderai dengan mata hati (al-basirah). Beliauseterusnya menyatakan bahawa setiap satu daripada kedua-duanyamemiliki keadaan dan gambaran sama ada buruk dan hodoh ataubaik dan cantik. Namun, dalam pandangan al-Ghazali, aspeknafs atau roh adalah jauh lebih tinggi nilainya jika dibandingkandengan aspek jasad. Penilaian atau penarafan ini dibuat oleh alGhazali berdasarkan pandangan al-Quran sendiri dalam firmanAllah SWT:92

Al-Quran Dan AI-Sunnah Teras Kerjaya Keilmuan AI-GhazaliC)-%'5 0,44.141,(Surah Saad, ayat 71-72)Terjemahan:(Ingatkanlah peristiwa) tatkala Tuhanmu berfirman kepadamalaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakanmanusia — Adam - dari tanah; kemudian apabila Akusempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanyaroh dari (ciptaan)-Ku, maka hendaklah kamu sujudkepadanya."Berdasarkan ayat di atas, al-Ghazali menjelaskan bahawakewujudan aspek jasad manusia dinisbahkan hanya kepadaasal usul tanah, sedangkan aspek kewujudan nafs atau roh puladinisbahkan terns kepada Allah SWT. Ini memberi isyaratkepada keutamaan aspek roh jika dibandingkan dengan aspekjasad. Malahan menurut al-Ghazali lagi, aspek roh inilah yangmerupakan hakikat sejati diri manusia. Kewujudan aspektersebut juga menyebabkan manusia ditaklifkan dengan pelbagaitanggungjawab dalam kehidupan mereka di dunia.Akhlak berkait langsung dengan aspek roh atau nafs dan bukandengan aspek jasad. Ini menunjukkan bahawa persoalan akhlakmerupakan perkara yang sangat utama dan amat signifikan dalamkeseluruhan kehidupan manusia.Al-Ghazali berpendapat bahawa akhlak merupakan gambaran ataupemerihalan keadaan atau suasana yang sudah berada pada tahapkukuh dan sebati dalam jiwa manusia. Perbuatan atau perlakuan93

Alma' Penyelidikan Islammuncul berdasarkan keadaan tersebut secara mudah dan senang,tanpa pelakunya perlu berfikir dan membuat pertimbangan.Sekiranya perbuatan atau perlakuan tersebut elok dan terpuji darisudut pandangan akal dan syarak, maka keadaan atau suasanadalam jiwa pelakunya diistilahkan sebagai akhlak yang baik. Jikaperbuatan sebaliknya yang terjadi, maka ia dinamakan akhlakyang buruk.Al-Ghazali mengatakan:"Adapun (sebab mengapa) kita mengatakan bahawa jiwamemerlukan suasana yang kukuh sebati adalah keranaseseorang yang jarang-jarang muncul daripadanya sesuatulaku perbuatan seperti membelanjakan harta (misalnya)disebabkan keperluan tertentu yang mendatang tidakboleh digelarkan orang yang bersifat pemurah selamamana sifat pemurah itu masih belum mantap kukuh dalamdirinya. Dan sesungguhnya kita meletakkan syarat supayakemunculan laku perbuatan itu berlaku secara mudahtanpa perlu seseorang itu bersusah payah dan membuatpertimbangan mendalam (terlebih dahulu) menjadikannyaterpaksa (misalnya) membelanjakan harta atau terpaksaberdiam diri ketika marah. (Sekiranya hal itu berlaku).dia tidak boleh digelar seorang yang pemurah dan bersifatlemah lembut."Al-Ghazali ternyata berjaya memberi satu definisi akhlak yangmantap dan kukuh. Dalam ilmu Mantik Klasik, ia diistilahkansebagai jami' (merangkumkan semua sudut berkenaan dengansubjek yang ditakrifkan) dan mani' (mengetepikan semua sudutyang tidak berkenaan dengan perkara yang ditakrifkan). Definisiyang dirumus sukar untuk dicabar atau disangkal oleh sesiapapun.Selanjutnya, al-Ghazali berusaha untuk menjelaskan ingredientyang diperlukan oleh seseorang untuk melahirkan kesempurnaan94

Al-Quran Dan AI-Sunnah Teras Kerjaya Keilmuan AI-Ghazaliakhlak yang baik atau mulia. Oleh sebab persoalan akhlakmerupakan persoalan batin, maka pembicaraan dan analisis alGhazali sudah memasuki daerah psikologi rohaniah yang cukupmendalam. Untuk memudahkan pemahaman, beliau membuattamsil

tasawuf, fiqh, usul al-fiqh, ilmu kalam, falsafah, logik serta hadis dengan baik. Apa yang lebih menarik pada diri al-Ghazali ialah kekuatan pendirian beliau yang tidak silau . kitab-kitab atau terjemahannya dite

Related Documents:

Jadi shalat sunnah itu sebagai penambal dari shalat yang wajib. Dengan adanya shalat sunnah manusia dapat menambal amal ibadahnya. Tidak hanya shalat sunnah yang mampu menambal amal-amal wajib, seperti yang dijelaskan diatas bahwa puasa sunnah pun dapat menambal puasa wajib. Manusia diharapkan memperbanyak amalannya.

11 Al-Quran Surah 55: Verse 3 12 Al-Quran Surah 18: Verse 29 13 Al-Quran Surah 41: Verse 40 14 Al-Quran Surah 2: Verse 256 15 Al-Quran Surah 57: Verse 25 16 Al-Quran Surah 33: Verse 40 17 Al-Quran Surah 5: Verse 48 . Page 5 of 79 sche

Quran comments on realities. There is solution of every problem in Quran. Quran is a universal law no one can make change in Quran because Allah is the guardian of Quran. "In reality we made this Qur'-an very easy for taking guidance . it does not contain any disputive matters." [Al-Quran] Prepared By: Ms. Amna iqbal

Quran berdasarkan model Khatam al-Quran dan Tasmik J-QAF mendapati tahap bacaan pelajar memuaskan. Namun begitu masih terdapat juga pelajar yang lemah dalam penguasaan bacaan al-Quran (S. Sabilan, 2018). Mereka yang lemah penguasaan bacaan al-Quran ini dikenalpasti tidak mendapatkan kelas tambahan pembelajaran al-Quran di luar sekolah sama ada .

information based on the Noble Quran, sound traditions of Prophet Mohammad (pbuh), authentic Islamic books and references as well as the opinions of great respected Muslim scholars Table of Contents Chapter One: Definitions 6 Sunnah 8 Sunnah i

Classical Tafsir: Al-Tabari, Al-Razi and Zamakhshari . 5. Tafsir in the modern age: Tafsir al-Manar, Fi-zilal al-Quran, Bayan al-Quran, Tarjuman al-Quran, Tafhim al-Quran, Tadabbur al-Quran and Tafsir al-Quran 6. Origin and development of Hadith Literature 7. Compilation of

Erklärung des Credos Kitāb Sharh us-Sunnah (Sharh us-Sunnah Imām Barbahāri) Al-Hasan ibn Ali ibn Khalaf al-Barbahari Dies ist die deutsche Übersetzung der Buches Sharh us-Sunnah von Abū Muhammed al-Hasan ibn 'Ali ibn Khalaf al-Barbahāri [gest. 329H], basierend auf der englischen Übe

The best person amongst you is he who learnt the Holy Quran and taught to others. ( aī Bukhārī, Kitāb Fa āilul-Quran, pp.435, adīš 502 7) ,ˆ -. ! In order to spread the teachings of the Holy Quran, Dawat-e-Islami, the non-political global movement for the propagation of the Holy Quran and Sunnaĥ has