011 Unsur Kearifan Tempatan Dalam Fiqh Buda Ya Dan Seni Melayu

3y ago
100 Views
22 Downloads
727.31 KB
21 Pages
Last View : 2m ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Wren Viola
Transcription

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: 011 Unsur Kearifan Tempatan dalam Fiqh Budaya dan Seni MelayuConference Paper · December 2018CITATIONSREADS0182 authors:Mohd Anuar RamliKhairul Hafiz Noor HisshamUniversity of MalayaUniversity of Malaya192 PUBLICATIONS 99 CITATIONS1 PUBLICATION 0 CITATIONSSEE PROFILESEE PROFILESome of the authors of this publication are also working on these related projects:Tasyabbuh (Penyerupaan) Dalam Musim Perayaan Masyarakat Majmuk Malaysia: Kajian Terhadap Amalan Masyarakat Islam Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ViewprojectPG225-2015B-ANALISIS GENDER DALAM SISTEM SOSIAL MASYARAKAT MURUT TAHOL DI DAERAH NABAWAN, SABAH MENURUT PERSPEKTIF HUKUM ISLAM View projectAll content following this page was uploaded by Mohd Anuar Ramli on 23 December 2018.The user has requested enhancement of the downloaded file.

Seminar Hukum Islam Semasa IX 2018[11]UNSUR KEARIFAN TEMPATAN DALAM FIQH BUDAYA DAN SENI MELAYUISLAM DARI PERSPEKTIF HUKUM ISLAMMuhammad Khairul Hafiz Noor HisshamMohd Anuar RamliSyed Mohd Jeffri Syed JaafarAbstrakKedatangan Islam ke rantau Alam Melayu telah membawa perubahan yang besar ke atascara fikir dan tingkah laku masyarakat Melayu. Hasil interaksi masyarakat setempatdengan prinsip wahyu dan nilai hukum telah mempengaruhi pembentukan kearifantempatan yang unggul. Ini diperkukuhkan lagi dengan latar belakang alam sekeliling yangkaya dengan flora dan fauna telah menghasilkan budaya setempat yang harmoni. MenurutHamka, fenomena alam ini telah melahirkan alunan musik dari alam. Malah seni yangterhasil di Alam Melayu menggambarkan nilai kesantunan dan kelembutan, cerminankarakter masyarakat setempat. Dalam sejarah kedatangan Islam ke Alam Melayu,pendakwah awal juga menerapkan pendekatan seni dan budaya dalam prosespengislaman. Antaranya menggunakan medium wayang kulit dan gamelan. Di sampingitu, kehadiran mubaligh awal telah mewarnai seni di Alam Melayu dengan pengenalanseni qasidah, burdah, zapin dan seumpamanya. Ia merupakan hasil daripada kearifantempatan dalam membentuk seni musik sebagai medium pendidikan. Namun begitu,dalam masyarakat Melayu, terdapat seni sebagai medium hiburan seperti dikir barat,boria; seni sebagai medium perawatan, misalnya seperti main puteri, ulik mayang danjuga pemujaan seperti kuda kepang dan mak yong. Ia merupakan hasil daripadakepandaian tempatan yang diwarisi dari zaman sebelum Islam. Sehubungan dengan itu,kajian ini menfokuskan kepada analisis kearifan tempatan yang berkaitan dengan budayadan seni Melayu dari perspektif hukum Islam. Bagi mencapai objektif tersebut, kajiankualitatif akan menggunakan pendekatan perpustakaan sepenuhnya dan data yangdikumpulkan akan dianalisis secara induktif bagi merumuskan unsur kearifan tempatandalam budaya dan seni masyarakat Melayu. Hasil kajian mendapati bahawa, budaya danseni masyarakat Melayu mempunyai keistimewaannya tersendiri kerana kearifantempatan yang terbentuk adalah paduan daripada nilai wahyu, inspirasi alam dan budayasetempat. Ia membentuk seni yang halus, lembut lagi menenangkan jiwa. Namun, bagi155

Seminar Hukum Islam Semasa IX 2018seni yang bertentangan dengan Syarak ia termasuk dalam kategori kearifan tempatan yangditolak kerana adanya unsur pemujaan dan khurafat.Kata Kunci: Seni Melayu; kesantunan; lemah lembut; hiburan; khurafat.PendahuluanSetiap masyarakat mempunyai kepandaian dan kebijaksanaan yang berbeza dalamberinteraksi dengan lingkungan persekitaran dan memastikan kelestariannya. Interaksiseimbang yang berlaku mampu membentuk sebuah tamadun manusia yang harmoni.Pernyataan ini bertepatan dengan teori yang menyatakan bahawa setiap manusia memilikikeupayaan akal untuk membina tamadunnya sendiri (Rahimin Affandi et al., 2013). Dirantau Alam Melayu, pembentukan tamadun berkembang pesat bermula setelahkemasukan ajaran Islam yang dibawa oleh para mubaligh awal. Nilai-nilai Islam yangdibawa mereka telah diterjemahkan mengikut lokaliti Alam Nusantara sebagai manifestasikepada sifat dinamik (al-murūnah) syariat Islam.Kaedah dakwah yang diimplementasikan oleh mubaligh awal ketika itu ialahpendekatan setempat iaitu, menjadikan persekitaran hidup tempatan sebagai asas dalamusaha mempromosikan nilai Islam (Mahmood Zuhdi, 2014). Usaha tersebut memberiimpak positif sehingga menghasilkan sebuah pengamalan beragama dan membentukkebudayaan masyarakat dengan warnanya yang tersendiri di rantau ini (Ahmad Rajafi,2016). Bagi perkataan budaya atau kebudayaan, ia membawa maksud kemajuan daripadahasil pemikiran dan penciptaan manusia dalam pelbagai bidang yang mengandungikomponen buah fikiran, kepercayaan, bahasa, sastera, lagenda, dan mitos (Sabzali Khan etal., 2011). Kebudayaan merupakan cara hidup mencakupi aspek agama, sosial, bahasa,ekonomi, politik, teknologi, pendidikan, seni (Sidi Gazalba, 1977; Muhammad Takari,2013) dan aktiviti-aktiviti masyarakat yang mengandungi makna kebersamaan. Ia jukkanidentitikhasmasyarakatnya. Pembentukan budaya masyarakat Melayu terhasil melalui usahamasyarakat untuk menguasai alam sekeliling dan adaptasi mereka dengan pelbagai unsuryang wujud seperti kepercayaan animisme, pengaruh nilai agama (Hindu-Buddha danIslam) dan nilai budaya Barat. Proses tersebut berlaku dalam satu tempoh masa yangpanjang dan kompleks bagi membentuk satu nilai bersama (Mohd Anuar, 2006).Bidang kesenian yang merupakan salah satu komponen kebudayaan, didefinisikansebagai karya seperti sajak, lukisan, muzik atau hasil sesuatu ciptaan (Kamus Dewan, Edisi3) yang memiliki nilai-nilai estetika, keindahan serta kecantikan (Sabzali Kahn et al., 2011).Lumrahnya, keindahan (jamal) yang terbenam dalam jiwa manusia akan diekspresikan156

Seminar Hukum Islam Semasa IX 2018sehingga membentuk suatu hasil karya yang dinamakan seni (Mohamad Kamil &Muhammed Yusof, 2008). Bidang kesenian mempunyai kedudukan penting dalamkehidupan manusia yang menghasilkan titik kenikmatan dan kepuasan buat diri mereka(M. Jandra & Muhammad Nazzri, 2010). Hal ini merupakan suatu yang normal keranasecara semula jadinya, setiap insan mempunyai rasa tenang, senang dan damai terhadapsesuatu yang indah (Mana Sikana, 1996). Dalam kalangan masyarakat Melayu, kesenianboleh dibahagikan kepada empat bahagian utama, iaitu seni rupa (ukiran), seni suara(nyanyian), seni gerak (tarian) dan permainan tradisional. Di rantau ini, kesenian telahmenjadi identiti bagi masyarakat Melayu sehingga menempa nama di peringkatantarabangsa.1 Kesemua seni tersebut dicipta hasil bakat para arif tempatan melakukaninteraksi nilai yang wujud di lingkungan persekitarannya. Interaksi ini melibatkanpenggunaan akal (kebijaksaan) sehingga hasil daripada proses tersebut mencerminkantahap pemikiran masyarakatnya yang disebut sebagai kearifan tempatan.Kearifan tempatan dapat difahami sebagai gagasan-gagasan masyarakat setempatmengikut lokaliti berbeza yang bersifat bijaksana, mempunyai nilai baik, boleh diterimaakal yang sihat dan diikuti secara umum oleh anggota masyarakatnya. Ia suatu hasildaripada penaakulan mendalam manusia akan lingkungan persekitaran setempat.Kearifan tempatan terbentuk daripada pengalaman mereka tinggal di tempat tersebutsecara turun temurun (Muhammad Zohir et al., 2015) dan menjadi acuan dalam perlakuantingkah laku seharian mereka (Ali Ridwan, 2007). Kearifan tempatan merujuk kepadaunsur kepandaian masyarakat Melayu Islam yang dapat dilihat pada hasil seni mereka.Dalam kalangan masyarakat Melayu, kesenian menjadi tunjang kepada kebudayaanmereka yang diwarisi sejak turun temurun lagi. Ianya merupakan lambang kebijakanmanusia Melayu dalam menghasilkan suatu produk (seni) bagi memenuhi keperluan yangdihajati melalui proses interaksi nilai dan unsur yang wujud di lokalitinya.Pencapaian ini mempunyai perkaitannya juga dengan pengaruh Islam yang telahmembentuk kearifan tempatan masyarakat Melayu ke arah yang lebih unggul sehinggamenghasilkan formula-formula yang digunakan dalam konteks dunia moden pada hari ini(Rahimin Affandi et al., 2013). Islam dalam apa jua hal amat mementingkan kesejahteraanterhadap penganutnya termasuklah kegiatan mereka dalam bidang kesenian. Bagimenjamin pernyataan ini, Islam begitu menekankan agar setiap kegiatan keseniandiselarikan dengan prinsip agama. Hal ini kerana, matlamat seni dalam perspektif Islamialah membimbing manusia kearah konsep tauhid dan pengabdian diri kepada Allah1Beberapa genre seni tradisional yang telah mendapat pengiktirafan di peringkat nasional oleh PertubuhanPendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) seperti, mak yong dan wayangkulit.157

Seminar Hukum Islam Semasa IX 2018SWT. Selain itu, ia juga bermatlamat membentuk akhlak manusia dan peribadi ideal yangmembawa kesejahteraan dalam kehidupan.Oleh demikian, bagi kesenian yangbertentangan dengan prinsip agama, maka perlu ditinggalkan dan dihapuskan. Ini kerana,setiap tingkah laku manusia serta apa-apa aktiviti kesenian dalam kehidupan merekaperlu berpangkal pada agama yang mementingkan kebaikan dan menolak keburukan (SidiGazalba, 1977).Latar Belakang Pembentukan Seni sebagai Kearifan Tempatan Melayu IslamRantau Alam Melayu mempunyai keistimewaan yang membezakannya dengan kawasanumat Islam yang lain. Ini kerana, menurut Rahimin Affandi (2013), ianya bukan sahajamerupakan kawasan yang kaya dengan hasil bumi berharga, malah sebagai sebuahkawasan yang memiliki keunikan yang tersendiri dari segi kearifan tempatan. Persoalanpenting yang menjadi fokus perbahasan artikel ini ialah, bagaimana pembentukan senisebagai kearifan tempatan dalam kalangan masyarakat Melayu Islam?Menurut Wan Abdul Kadir (1992), sesuatu penghasilan daripada manusialumrahnya terkandung idea, pemikiran dan nilai bagi memenuhi kepentingan dankeperluan dalam hidup mereka. Maka, sejajar dengan pernyataan tersebut, penciptaansuatu hasil kesenian sebagai kearifan tempatan dalam kalangan masyarakat Melayu Islammenjadi cerminan martabat pengetahuan mereka. Ianya bererti keintelektualan, kreativitipara arif tempatan dan masyarakat yang berperanan melaksanakan fungsi-fungsi sosialiaitu, fungsi adaptasi, integrasi, berhubung di antara satu sama lain dengan nilai atauunsur di lingkungan persekitarannya dalam menentukan pembangunan peradabanbangsa mereka (Ali Ridwan, 2007).Saat kedatangan Islam ke Nusantara, banyak perubahan berlaku dalam landskapkehidupan masyarakat di rantau ini yang sebelumnya menerima pengaruh agama HinduBuddha. Perubahan tersebut melibatkan jiwa, pemikiran serta falsafah hidup yangdilandaskan kepada prinsip murni wahyu. Menurut Anwar Din (2016), Islam sebuahagama yang telah menjadi unsur penting membentuk karakter masyarakat Melayu ke arahlebih baik. Kejayaan ini merupakan hasil usaha mubaligh awal yang ketika itu kreatifdalam memanfaatkan bidang kesenian sebagai medium dakwah mereka kepadamasyarakat tempatan. Hal ini sebagaimana usaha dakwah para Wali Songo yangmenggunakan pendekatan seni wayang kulit, gamelan dan lain-lain lagi bagi memahatkanfalsafah tauhid dalam kehidupan masyarakat (Yuliyatun Tajuddin, 2014). Penyerapan nilaiIslam oleh masyarakat Melayu yang ketika itu mudah menerima nilai yang dibawamembentuk beberapa prinsip warisan sebagai landasan asas dalam semua aktiviti budayamereka. Antara prinsip masyhur ialah, seperti yang terkandung dalam kata perbilangan,158

Seminar Hukum Islam Semasa IX 2018‘adat bersendikan syarak, syarak bersendikan Kitabullah’. Prinsip ini dijadikan garis panduandalam pembentukan karya kesenian masyarakat yang menjadi bukti hubungan rapatkegiatan mereka dengan syariat Islam (Muhammad Zulfahmi, 2016). Apa yang ditekankandalam prinsip tersebut ialah, aspek akidah dan nilai rohaniah sebagai akar bagi pokokpembentukan sesuatu bidang kesenian masyarakat (Nik Hassan Nik Abd. Rahman et al.,2012).Di samping itu, inspirasi daripada alam sekitar juga menjadi teras dalam memberiidentiti kepada kesenian yang terbentuk dikalangan masyarakat Melayu. Sebagaimanayang dijelaskan oleh Hamka (2016) dalam karyanya Pandangan Hidup Muslim bahawa,penaakulan terhadap nilai keindahan alam sekitar yang wujud di lingkungan persekitaranantara faktor yang membawa kepada pembentukan hasil karya seni manusia yangpelbagai. Sebagai contoh, hasil inspirasi daripada alam seperti keindahan ombak yangbergulung di lautan, kehijauan warna gunung-ganang, keindahan matahari tatkala ianyaterbit dan terbenam serta bunga yang bercampuran warnanya memberi ilham dalampenghasilan seni rupa bagi masyarakat Melayu. Selain itu, bagi seni suara dan seni gerakpula diinspirasi daripada bunyian serta gerakan flora dan fauna seperti pohon buluh yangbergeseran antara satu sama lain, kicauan burung dan bunyian dari pelbagai lagi spesishaiwan yang wujud di Alam Nusantara ini. Maka, menikmati keindahan alam ini akanmembawa rasa keinsafan pada diri seseorang manusia dan boleh mengukuhkan imannya(Hamka, 2016). Hasilnya akan membentuk karakter manusia berperibadi mulia yangakhirnya menjadi sarana dalam mencapai kebahagian dan kesejahteraan (salam) dalamkehidupan. Oleh demikian, paduan yang membentuk kesenian sebagai kearifan tempatanMelayu Islam dapat dilihat melalui gambar rajah 1 berikut:159

Seminar Hukum Islam Semasa IX 2018Rajah 1: Unsur dan nilai yang menjadi teras pembentukan kesenian sebagaikearifan tempatan Melayu IslamNilaiWahyuInspirasiAlamBudaya MasyarakatKeperluan masyarakatSeniSebagai medium:Hiburan/Pendidikan/Perawatan/PemujaanSeni RupaSeni SuaraSeni GerakFasid (Ditolak)PermainanTradisionalSoheh (Diterima)Sumber: Analisis PengkajiRajah 1 tersebut menjelaskan bahawa, gabungan nilai wahyu dan alam semula jadimemainkan peranan penting dalam penciptaan karya seni Melayu (Nik Hassan et al.,2012). Unsur-unsur tersebut telah memberi ciri-ciri dan identiti tersendiri kepada produkseni yang terhasil (Wan Abdul Kadir, 1992). Di samping itu, gabungan nilai wahyuberperanan memberi unsur moral dalam penghasilan karya seni dalam kalanganmasyarakat Melayu ini. Hal ini kerana, Islam mengkehendaki agar seni yang diciptamempunyai nilai akhlak, iaitu bebas daripada nilai-nilai negatif (Nik Hassan et al., 2012).Kesannya, seni yang terhasil melalui gabungan unsur-unsur tersebut membentuk karaktermasyarakat Melayu yang kaya dengan kesantunan seperti berbudi bahasa, peramah,sopan dan lemah lembut. Nilai-nilai baik yang terdapat dalam seni tersebut telah menjadi160

Seminar Hukum Islam Semasa IX 2018identiti dan lambang jati diri bagi masyarakat Melayu Islam sehingga menimbulkan rasahormat orang lain kepada bangsa Melayu ini. Oleh hal yang demikian, apa yang dapatdisimpulkan mengenai pembentukan seni Melayu Islam ialah, ianya merupakan hasilpaduan di antara nilai-nilai suci wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT dengan berbagainilai setempat yang ada seperti nilai budaya tempatan dan inspirasi lingkungan alam.Variasi Kesenian MelayuApabila menyentuh tentang seni Melayu, keluasan perbahasannya merentasi sempadannegara dan tidak hanya tertumpu kepada masyarakat Melayu di negara ini sahaja. Hal inikerana, berasaskan kepada sejarah kelompok orang-orang Melayu, menyaksikan terdapatpersamaan cara kehidupan mereka yang berada di rantau Alam Melayu ini (Wan AbdulKadir, 1992). Masyarakat Melayu kaya dengan pelbagai warisan yang menjadi identiti danmelambangkan ketamadunan bangsanya. Menurut penetapan Jabatan Warisan Negara,Kementerian Perlancongan Seni dan Budaya, warisan secara umumnya terbahagi kepadadua kategori iaitu pertamanya, Warisan Ketara (tangible heritage), yang bermaksud sesuatuwarisan yang kekal, boleh dilihat dan dipegang sama ada secara statik atau secara mudahalih. Sebagai contoh, seperti monumen, tapak bersejarah Lembah Bujang, pusat bandarlama Melaka dan alam semula jadi (gua, sungai, hutan, flora dan fauna). Keduanya ialah,Warisan Tidak Ketara (intangible heritage), yang membawa maksud warisan bukan benda.Ianya suatu perbuatan atau gerak geri manusia yang boleh dilihat, disentuh, dirasa, dihiduatau didengari ketika ianya dilakukan atau wujud, dan sebaliknya pula apabila ia tiadadan tamat. Sebagai contoh, seperti acara perayaan, ritual, kepercayaan, seni tampak(visual), seni perubatan, permainan tradisional dan seni persembahan yang dilakukankhas untuk dinikmati oleh pancaindera manusia (Sabzali Khan et al., 2011).Akta Warisan Kebangsaan 2005 menafsirkan bahawa, Warisan Tidak Ketara adalahtermasuk mana-mana bentuk ungkapan, bahasa, sebutan lidah, pepatah, lagu yangdihasilkan melalui muzik, not, lirik, boleh didengar, nyanyian, lagu rakyat, tradisi lisan,puisi, tarian, lakonan sebagaimana yang dihasilkan melalui seni pentas, persembahanteater, pengubahan bunyi dan muzik serta seni mempertahankan diri. Maka, perincianbagi fokus artikel ini akan tertumpu kepada seni persembahan masyarakat Melayu yangterbahagi kepada empat cakupan utama, iaitu seni alat muzik, seni muzik, seni tarian danseni teater. Di setiap cakupan seni persembahan ini pula terkandung pelbagai genrenyayang tersendiri. Bagi genre dalam seni alat muzik tradisional Melayu, antaranya yangutama ialah kompang, rebana, canang, gedombak, gambus, cak lempong, alu bunyi,kempul, angklung, beduk, rebab dan nafiri. Peranan alat muzik tersebut kebiasannyadilihat sebagai pelengkap kepada sesuatu seni persembahan seperti nyanyian atau tarian161

Seminar Hukum Islam Semasa IX 2018dalam kalangan masyarakat berbanding upacara keagamaan. Secara instrumentalnya,alunan irama dan rentak muzik yang dihasilkan mampu menyuntik pelbagai emosi dalamaktiviti persembahan yang dilakukan terutama dalam persembahan seni muzik. Antaraseni muzik tradisional yang terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu ialah sepertighazal, hadrah, dondang sayang, nobat dan seumpamanya lagi yang dipersembahkansecara kreatif sama ada secara solo atau berkumpulan. Seni muzik Melayu mempunyailatar belakang yang menarik kerana ianya terhasil daripada gabungan dan penyesuaianalunan ritma dengan bunyian peralatan muzik yang berlainan mengikut melodi tertentu.Bagi seni tarian Melayu, menurut Rahmah Bujang dan Azlin Haidon (2002), iamerupakan pergerakan bahagian anggota badan yang digayakan dalam satu susunan danperagaan mengikut rima dan ritma untuk dipersembahkan kepada khalayak yangdilakukan di tempat dan waktu tertentu. Genre terkenal bagi seni ini ialah seperti tarianzapin, kuda kepang, mak inang, mak yong, tarian joget, tarian piring dan lain lain lagi.Bagi seni teater pula, ia merupakan satu kombinasi yang mempunyai mana-mana ataulebih unsur-unsur kraf yang melebihi daripada cabang seni persembahan yang lain sepertimuzik dan tarian.Seni ini kebiasaannya menggabungkan elemen lakonan (dialogpertuturan, gerak isyarat, mimik muka, emosi), muzik, nyanyian, tarian, bunyi-bunyian,unsur ritual, pencahayaan, set, props, kostum, mekap, pencahayaan dan unsur kekagumanpentas (www.heritage.gov.my, 2018). Antara genre teater yang terkenal ialah, seperti makyong, wayang kulit, bangsawan, menora, mek mulung dan jikey (Mana Sikana, 1996).Setiap daripada genre tersebut dipersembahkan mengikut temanya sama ada berbentuksandiwara, muzikal, purba, moden, monodrama2 atau absurd.3Unsur Kearifan Tempatan dalam Seni Melayu IslamSuatu penghasilan seni oleh manusia dapat dilakukan apabila keperluan-keperluan asasmereka telah dipenuhi terlebih dahulu. Manusia dalam hidupnya secara normal akanberusaha memenuhi keperluan utamanya seperti makanan (Wan Abdul Kadir, 1992) dankeperluan lain yang dikira asas baginya sebelum mampu bergiat dalam kegiatan keseniansecara langsung. Situasi ini tidak bermaksud bahawa kegiatan kesenian itu merupakansuatu kegiatan yang sia-sia, bahkan hakikatnya ia sebagai suatu kegiatan yang mempunyaikepentingan dan nilai falsafahnya yang tersendiri mengikut sesebuah masyarakat.Umumnya bagi masyarakat Melayu Islam, seni mempunyai peranan tersendiriterutama dalam aspek budaya, sosial dan psikologi. Pernyataan tersebut dapat dibuktikan23Monodrama: Karya drama yang dituliskan untuk seorang pelaku.Absurd: Mustahil, tidak masuk a

dalam memanfaatkan bidang kesenian sebagai medium dakwah mereka kepada masyarakat tempatan. Hal ini sebagaimana usaha dakwah para Wali Songo yang menggunakan pendekatan seni wayang kulit, gamelan dan lain-lain lagi bagi memahatkan falsafah tauhid dalam kehidupan masyarakat (Yuliyatun Tajuddin, 2014). Penyerapan nilai

Related Documents:

Penerapan Komunikasi Bisnis 5 C. Unsur-unsur dan Proses Komunikasi Bisnis 1. Unsur-unsur Komunikasi Untuk menjalin komunikasi, maka kita membutuhkan unsur-unsur di dalam berkomunikasi. Unsur-unsur tersebut adalah: 1) Komunikator (Communicator) Komunikator diartikan sebagai orang yang menyampaikan

Lompat jauh terdiri dari beberapa unsur, diantaranya ; awalan, tumpuan, melayang, dan mendarat. Keempat unsur merupakan suatu kesatuan yaitu unsur gerakan lompat yang tidak putus (Djumidar A. Widya, 2004). Seorang pelompat jauh yang baik dapat melakukan unsur-unsur gerakan dasar dalam

Business Cards Duplicate / Triplicate Books Stamps Fatima Mahomedjan 011 746 8136 Joanne 011 421 0998 Ayob Nubbee 011 230 0341 Claire Mallaby 011 453 3057 Annatjie Deysel 011 918 6421 Allison Bouic 011 397 7279 Anel Smit 011 425 0020 Charmaine Hyman 071 689

Bab 8 Unsur Pokok Dalam Kebijakan Pembangunan 218 ROWLAND B. F. PASARIBU UNSUR POKOK DALAM KEBIJAKAN PEMBANGUNAN Mikro/Makro Ekonomi Sebagai Landasan Kebijaksanaan Pembangunan Masalah-masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara-negara berkembang sangat berbeda coraknya dengan yang dihadapi oleh negara-negara maju. Hal ini telah di bahas secara panjang lebar dalam Bab-bab yang lalu. Dapat dilihat .

Sebagai suatu metode, administrasi berlangsung dalam organisasi formal, yaitu suatu unit sosial yang dibentuk untuk tujuan yang mencakup unsur-unsur konflik dan unsur-unsur perubahan. Organisasi, dengan struktur formalnya, kelompok-kelompok sosial, lingkungan sosial, sumber-sumber dan tujuan-tujuan merupakan

resepsi dan unsur-unsur intrinsik dalam novel Banat Ar-Riyadh, dan tanggpan pembaca terhadap novel Banat Ar-Riyadh. Penelitian dilakukan dengan melalui pendekatan sosiologi sastra mencangkup unsur tanggapan, manfaat, dan pengaruh membaca karya sastra Hasil penelitian ini sebagai berikut : analisis unsur

Geografi sebagai bidang ilmu yang mengkaji kondisi alam, kondisi manusia, serta interaksi antara keduanya sangat berperan dalam upaya menyumbang usaha kepariwisataan, dengan memahami, mengenali karakteristik unsur-unsur geografi, memahami unsur-unsur pariwisata suatu daerah geografi

In recent years technologies like Artificial Intelligence (AI) is been proved immensely valuable to SCM. As the name suggests AI defined as the ability of a computer to independently solve problems that they have not been explicitly programmed to address. The field of AI came to existence in 1956, in a workshop organized by John McCarthy (McCarthy Et al., 2006). In successive years the .