SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah ABSTRAK

4m ago
4 Views
1 Downloads
1.29 MB
15 Pages
Last View : 10d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Vicente Bone
Transcription

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah hanita75harun@yahoo.com ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi meninjau keberkesanan aktiviti SIFU dalam proses pembelajaran dalam pengajaran Sejarah. SIFU merupakan aktiviti pembelajaran dalam pengajaran yang melibatkan 100% pelajar secara aktif dan efektif untuk menjadi “guru” dan pelajar dalam satu sesi pembelajaran dalam pengajaran. Selain itu, 100% pelajar juga akan bergerak dan berkomunikasi menjayakan aktiviti SIFU. Guru hanya bertindak sebagai pemudah cara sahaja. Melalui ujian pra dan pasca serta hasil maklum balas pelajar dan guru aktiviti SIFU dapat dirumuskan sebagai aktiviti yang efektif membolehkan pelajar menguasai isi pelajaran secara optimum, pelajar berasa selesa dan seronok belajar dan meningkatkan keyakinan serta minat terhadap mata pelajaran Sejarah. Peningkatan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM 2012 juga adalah bukti terbaik keberkesanan aktiviti SIFU. Malah keberkesanan SIFU telah mendorong guru lain melaksanakan aktiviti ini dalam subjek Bahasa Melayu, Biologi dan Pendidikan Islam. Seterusnya, SIFU bukan hanya diaplikasi di SMK Bandaraya Kota Kinabalu tetapi turut diaplikasikan disekolah lain seperti di SMK Putatan Penampang, SM St John Tuaran, SMK Segama Lahad Datu, SM Shan Tao Kinabalu dan SMK Agama Kota Kinabalu. SIFU juga telah meraih kemenangan iaitu Johan Pertandingan Guru Inovatif Peringkat Negeri Sabah 2013. 1.0 PENGENALAN Menurut P.J Philips (1950) aktiviti pembelajaran dalam pengajaran yang melibatkan pelajar membaca dan mendengar membolehkan pelajar mengingati sehingga 20% perkara yang dipelajari. Sekiranya pelajar membaca, mendengar dan menerangkan pelajar akan berupaya mengingati sehingga 70% perkara yang dipelajari. Sehubungan dengan perkara ini, Dr. Haji Mohd Kassim Bin Haji Mohd Ibrahim, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (2012), menyatakan “pembelajaran dalam pengajaran yang hebat adalah guru mengajar dan pelajar lebih belajar”. Oleh itu, adalah amat penting bagi guru untuk merancang dan melaksanakan aktiviti yang membolehkan keseluruhan pelajar belajar secara aktif dan efektif. 2.0 ISU KAJIAN Aktiviti pembelajaran dalam pengajaran seperti penerangan, pembentangan, persembahan power point, forum dan lain-lain tidak melibatkan keseluruhan pelajar secara aktif dan efektif. Contohnya jika aktiviti pembentangan atau forum diadakan hanya pelajar yang 1

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) terlibat sepenuhnya akan membuat persiapan rapi. Sebaliknya pelajar lain hanya lebih banyak mendengar sahaja. Tambahan pula aktiviti pembelajaran dalam pengajaran sedemikian tidak membolehkan pelajar mempelajari sesuatu topik yang luas. Sedangkan sukatan mata pelajaran Sejarah sangat luas dan peruntukan masa mengajar hanya tiga masa seminggu. Lantaran itu, saya tidak menafikan guru lebih banyak membuat aktiviti penerangan guru dalam proses pembelajaran dalam pengajaran untuk membolehkan sukatan pelajaran dihabiskan. Selain itu, mata pelajaran Sejarah kurang diminati atau dianggap membosankan sudah menjadi senario biasa di kebanyakan sekolah. Malah belajar Sejarah atau membaca buku teks Sejarah dianggap ubat tidur yang mujarab oleh pelajar. Oleh itu, saya memikirkan aktiviti pembelajaran dalam pengajaran yang perlu melibatkan pelajar secara seronok, aktif dan efektif seterusnya membolehkan pelajar menguasai topik yang lebih luas dalam satu sesi pembelajaran dalam pengajaran. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Antara objektif kajian ini dijalankan ialah: 1. Melibatkan 100% pelajar secara aktif dan efektif dalam proses pembelajaran dalam pengajaran 2. Menghasilkan aktiviti pembelajaran dalam pengajaran yang membolehkan pelajar ‘mengajar’ dan belajar secara aktif dan efektif. 3. Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dalam pengajaran ke arah memupuk minat terhadap mata pelajaran Sejarah. 4.0 KONSEP DAN PELAKSANAAN SIFU SIFU merupakan aktiviti pembelajaran dalam pengajaran yang berpusat kepada pelajar dan guru mata pelajaran hanya bertindak sebagai fasalitator sahaja. Aktiviti SIFU melibatkan pelajar untuk berusaha membaca dan memahami topik-topik tertentu di bawah pemantauan guru mata pelajaran. Pelajar-pelajar yang telah menguasai topiktopik tertentu akan mengambil peranan sebagai “guru” atau SIFU. Mereka akan mengajar topik yang dikuasai kepada rakan-rakan lain. Setelah selesai, peranan “guru” akan diteruskan oleh pelajar dari kumpulan berikutnya untuk mengajar rakan-rakan mereka tentang topik yang dipelajari. Aktiviti ini berdasarkan konsep “I Teach, I Master” atau “Guru Mengajar, Pelajar Lebih Belajar”. Ringkasnya aktiviti SIFU akan melibatkan 100% pelajar untuk belajar (membaca, memahami dan menghafal), mengajar (menerangkan, bersoal jawab dan berbincang), bergerak (mencari rakan untuk diajar) dan berkomunikasi (menyampaikan isi pelajaran, berbincang dan bersoal 2

Seminar Pendidikan Pe Seja jarah dan Geog ografi 2013 (UM MS, 29 – 30 Ogos O 2013) jawa ab). Bagi melaksanaka m an aktiviti SIIFU, pelajarr dibahagika an kepada beberapa b ku umpulan dan dikehenda aki untuk menguasai topik terttentu secara berkum mpulan teta api akan mem mbuat pene erangan seccara individ du. Kemudia an setiap pelajar p berg gerak ke ku umpulan lain untuk mem mbuat pene erangan. Pelajar yang membuat m p penerangan akan digelar SIFU. Seba agai contoh hnya: Ahli Kumpulan K 1 berpecah dan d bergera ak ke Kump pulan 2 dan 3 untuk mem mbuat pen nerangan d dan menga adakan sessi perbinca angan. Settelah selessai, ahli Kum mpulan 2 pu ula akan berpecah dan n bergerak ke k Kumpula an 1 dan 3 sehinggalah h semua kum mpulan sele esai bergerrak ke setiiap kumpulan untuk mengajar topik yang g sudah diku uasai oleh mereka. Aktiviti A SIF FU boleh dilaksanakan d n paling kurang k dala am dua kum mpulan sehin ngga enam kumpulan bergantung b g pada topik k yang dipellajari. Lan ngkah 1: Pembahagi P ian kumpu ulan dan topik untuk dikuasaii secara in ndividu. Pela ajar akan membaca,, memahami dan me enghafal topik masin ng-masing g. Lan ngkah 2: Pelajar P darri kumpula an 1 mem mainkan pe eranan seb bagai ‘gurru’ atau SIFU bergerak ke kump pulan 2 da an 3 untuk k mengajarr rakan-rakan merek ka. Liima orang L Lima orang 3

Seminar Pendidikan Pe Seja jarah dan Geog ografi 2013 (UM MS, 29 – 30 Ogos O 2013) Lan ngkah 3: Pelajar P da ari kumpulan 2 berrgerak ke kumpulan n 1 dan 3 untuk mem mainkan peranan p se ebagai SIF FU L Lima orang L Lima orang Lan ngkah 4: Pelajar P da ari kumpulan 3 berrgerak ke kumpulan n 1 dan 2 untuk mem maikan pe eranan seb bagai SIFU U Lima orangg Lima oranng 5.0 BA AHAN DAN N KOS Tiad da sebarang g bahan ata au kos yang g diperlukan n dalam me enjayakan aktiviti a SIFU, hanya perssiapan dan arahan a yang jelas daripada guru. 6.0 KU UMPULAN SASRAN Pela ajar Tingkattan Lima Alamanda ya ang terdiri daripada se eramai 41 orang o dipilih untuk men njayakan ak ktiviti SIFU. 7.0 PE ERANCANG GAN DAN PELAKSAN NAAN TIND DAKAN T Tarikh No ov 2011 Tind dakan Guru memikirkan aktivviti pembela ajaran dalam m pengajaran n yang me elibatkan 10 00% pelaja ar secara aktiff dan efektiff. Guru mend dapat idea melakasan nakan aktiviti SIFU. 4 Catatan

Seminar Pendidikan Pe Seja jarah dan Geog ografi 2013 (UM MS, 29 – 30 Ogos O 2013) 20 0 Jan Pelaksanaan Ujian Pra dan Pasca 20 012 16 6 Pelaksa anaan di kelas 5 Alaman nda Feb Pelaksanaan aktiviti SIIFU dalam LLesson Stud dy Dihadiri 20 012 & Team Teaching oleh guru daripad da panitia lain l dan membe erikan komen tentang g aktiviti SIF FU Jan- Okt Pelaksanaan aktiviti SIFU S diteru uskan dalam m Pelaksa anaan diperluaskan proses pem mbelajaran dalam d pengajaran mah hu ke kelass-kelas lain pun proses ulangkaji 7.0 PEL LAKSANAA AN AKTIVIT TI SIFU Ahli Kumpulan 1 yang telah menguassai topik berpeccah ke kum mpulan lain untuk mengaja ar rakan tentan ng topik me ereka. Pelajar daripa ada kumpulan lain aka an menunggu rakan untuk me engajar me ereka dan bebas bersoal jawab b atau berb bincang. Pelajar lebih selesa diajjar oleh rakkan masing-masing. Semua pelajar p darripada Kum mpulan 1 bergerak ke kumpulan lain untuk menjadi gu uru dan me engajar raka anrakan mereka sendirri. Mereka bebas b mem milih kumpulan yang merreka mahu. Setelah selesai, s ahlii Kumpulan n 1 akan kem mbali ke kumpulan asal. Ke emudian ahli a kumpulan yang berikkutnya akan n bergerak dan berpeccah ke kumpu ulan lain untuk u men ngajar hing ggalah sem mua kumpulan selesai. Pada masa ini guru hanya menjadi pemerhatii. Gambar 1: Pe elaksanaa an Aktiviti SIFU 5

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 7.1 Guru memberi arahan. Guru memberikan arahan kepada pelajar tentang cara pelaksanaan aktiviti SIFU, pembahagian tajuk dan kumpulan. Gambar 2: Pelajar Mendengar Arahan Guru 7.2 Pelajar belajar Setelah memahami arahan dan tugasan masing-masing pelajar diberikan masa untuk membaca dan menguasai topik masing-masing. Pelajar digalakan membuat nota ringkas atau peta minda sebagai ABM semasa membuat penerangan dan perbincangan dengan rakan. Malah pelajar digalakan bertanya kepada guru jika ada perkara yang tidak difahami. Gambar 3: Pelajar Membaca Buku Teks Untuk Menguasai Topik Masing-Masing 6

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 7.3 Pelajar mengajar Setelah menguasai topik masing-masing pelajar dari kumpulan 1 akan berpecah dan bergerak untuk menjadi SIFU dan mengajar rakan dari kupulan lain. Setelah selesai, pelajar dari kumpulan berikutnya pula akan menjadi SIFU dan mengajar rakan mereka tentang topik yang mereka kuasai. Gambar 4: Pelajar Dibahagikan Kepada Lima Kumpulan Dan SIFU Mengajar Rakan Mereka Secara Berkumpulan Gambar 5: Pelajar Dibahagikan Kepada Dua Kumpulan Dan Membolehkan SIFU Mengajar Rakan Mereka Secara Berpasangan 7

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) Gambar 6: Pelajar Dibahagikan Kepada Tiga Kumpulan Dan Membolehkan Mereka Mengajar Rakan Dalam Kumpulan Yang Kecil Terdiri Daripada Dua Orang Pelajar 8. 0 DAPATAN KAJIAN 8.1 Ujian Pra Dan Pasca Carta 1: Perbandingan Taburan Markah Ujian Pra Dan Pasca PRA Purata,Tertinggi, Terendah dan Sisihan Piawai 90 PASCA 83 80 65 70 67 60 50 40 37 36 30 20 13.8 10 11.3 3 0 Markah Purata Markah Tertinggi 8 Markah Terendah Sisihan Piawai

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) Carta 2: Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra Dan Pasca 2% Pencapaian Meningkat Pencapaian Konstant 98% Carta 3: Analisis Peratus Peningkatan Markah 45.0 % 41.5 % 40.0 % 35.0 % 30.0 % 25.0 % 22.0 % 19.5 % 20.0 % 15.0 % 9.8 % 10.0 % 4.9 % 5.0 % 2.4 % 0% 0.0 % 1% ‐ 50% 51%‐100% 101%‐200% 201%‐300% 9 301% dan keatas Konstant Penurunan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) Berdasarkan carta 1, markah purata pelajar dalam ujian pra hanya 36 markah berbanding 65 markah dalam ujian pasca. Seterusnya markah tertinggi dalam ujian pra hanya 67 markah berbanding 83 markah dalam ujian pasca. Dalam ujian pasca pencapaian terendah pelajar ialah 37 markah berbanding ujian pra iaitu hanya 5 markah. Berdasarkan carta 3 pula, 63.5% pelajar mengalami peningkatan markah antara 1% hingga 100%, 34.2% atau 14 orang pelajar mengalami peningkatan markah lebih dari 100% berbanding ujian pra. Hanya seorang sahaja pelajar yang mengalami konstat dan tiada pelajar yang mengalami penurunan markah. Ringkasnya, seperti yang tertera dalam carta 2 sebanyak 98% pelajar telah menunjukkan peningkatan pencapaian dalam ujian setelah melaksanakan aktiviti SIFU. 8.2 Pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM Carta 4: Pencapaian Pelajar 5 Alamanda Dalam Peperiksaan SPM 2012 Purata Mata Gred Ujian TOV AR1 Peperiksaan Penggal I AR2 Percubaan I Percubaan II AR3 AR4 SPM'12 0.00 1.00 2.00 2.53 2.85 3.00 4.15 4.00 5.00 5.52 6.01 6.01 6.00 7.00 10

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 8.3 Maklum balas guru Semasa membuat pencerapan kebanyakan guru mendapati aktiviti SIFU adalah amalan pembelajaran dalam pengajaran yang berkesan. Menurut mereka SIFU mempunyai pelbagai kelebihan. Antaranya ialah: i. Penglibatan pelajar aktif ii. Penguasaan isi pelajaran yang efektif iii. Pelajar seronok dan ceria iv. Pelajar selesa belajar dan diajar oleh rakan v. Meningkatkan keyakinan pelajar vi. Mengasah bakat pelajar vii. Meningkatkan Kemahiran Berfikir Kreatif Kritis viii. Komunikasi berkesan ix. Pelajar yang diajar tidak malu bertanya kepada rakan sebaya x. Memupuk sikap bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai SIFU xi. Pelajar menunjukkan kesungguhan menguasai topik sebagai persediaan untuk mengajar xii. Memupuk semangat kerja berpasukan xiii. SIFU sangat memudahkan tugas guru kerana guru hanya memberi arahan yang jelas kepada pelajar untuk belajar dan mengajar sambil dipantau oleh guru. xiv. Aktiviti SIFU menjimatkan masa kerana topik yang luas dan sukar dapat dikuasai oleh pelajar dengan lebih cepat dan berkesan. Contohnya: Topik yang sukar dan penting seperti “Agama Dan Ajaran Utama Dunia” dan “Reaksi Pembentukan Malaysia” dapat dikuasai pelajar dengan efektif 11

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 8.4 Maklum balas pelajar Jadual 1: Maklum Balas Pelajar Selepas Menjayakan Aktiviti SIFU Bil Perkara/ Skala 1 2 3 4 Jum % Jum % Jum % Jum 1 Aktiviti SIFUMembolehkan anda menguasai isi pelajaran 0 dengan berkesan 2 Aktiviti SIFU membolehkan anda belajar dan mengajar secara aktif Aktiviti SIFU adalah aktiviti yang berkesan, menarik dan dinamik Aktiviti SIFU dapat menambah minat terhadp mata pelajaran Sejarah Anda suka/ seronok menjayakan aktiviti SIFU SIFU perlu dijayakan dalam mata pelajaran lain Skala 1: Sangat Tidak Setuju Skala 2: Tidak setuju Skala 3: Kurang Setuju Skala 4: Setuju Skala 5: Sangat Setuju 3 4 5 6 5 % Jum % 0 0 0 0 0 24 58.6 17 41.4 0 0 0 0 0 0 15 36.6 26 63.4 0 0 0 0 0 19 46.3 22 53.7 0 0 0 0 0 0 22 53.7 19 46.3 0 0 0 0 0 0 12 29.3 29 70.7 0 0 0 0 0 0 14 34.1 27 65.9 0 Antara pendapat pelajar mengenai aktiviti SIFU: i. Sepanjang aktiviti SIFU tiada rasa bosan, mengantuk dan malas belajar. ii. SIFU mendorong saya belajar bersungguh-sungguh sesuatu topik kerana kena mengajar rakan lain tentang topik tersebut. iii. SIFU membolehkan saya belajar dan mengajar rakan dengan lebih selesa. iv. SIFU membolehkan pelajar menguasai dan mengingati topik dengan berkesan. 9.0 LAIN-LAIN 9.1 Pelaksanaan SIFU dalam subjek lain. Keberkesanan aktiviti SIFU telah mendorong beberapa orang guru dari panitia Sejarah dan panitia lain menjalankan aktiviti SIFU. Antaranya ialah subjek Biologi, Geografi, Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris. 12

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 9.2 Pelaksanaan SIFU oleh sekolah lain. Aktiviti SIFU juga telah diaplikasikan di sekolah lain dan diakui keberkesanannya oleh guru dan pelajar yang melaksanakannya. Antara sekolah yang telah melaksanakan aktiviti SIFU ialah SM Shan Tao Kota Kinabalu, SMK Putatan Penampang , SM St. John Tuaran, SMK Agama Kota Kinabalu, SMK Segama Lahad Datu. Selain itu, guru sendiri telah mengaplikasikan aktiviti SIFU bersama pelajar dari sekolah lain semasa mengadakan Ceramah Cara Berkesan Belajar Sejarah Dan Teknik Menjawab Soalan Sejarah SPM. Antara sekolah-sekolah tersebut ialah SMK Arshad Kota Belud, SMK Telipok Ria, SM St. Peter Telipok, SM Sanzack, SMK Agama Inanam. Koleksi Gambar Pelaksanaan Aktiviti SIFU Di Sekolah Lain Gambar 8: Aplikasi SIFU Di SMK Agama Inanam Gambar 7: Aplikasi SIFU Di SMK Agama Kota Kinabalu Gambar 9: Aplikasi SIFU Di Gabungan Enam Buah Sekolah Dari Labuan Gambar 10: Aplikasi SIFU Di SMK Bandaraya Kota kinabalu 13

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) Gambar 11: Aplikasi SIFU Di SMK Putatan, Penampang Gambar 12: Aplikasi SIFU Di SM St. John Tuaran Gambar 13: SIFU dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Guru Inovatif Peringkat Negeri Sabah 2013 9.3 Impak Keberkesanan aktiviti SIFU telah mendorong guru menyertai Pertandingan Guru Inovatif pada tahun 2013. Pada 16 Mei 2013, SIFU telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Guru Inovatif Peringkat Negeri Sabah. Kejayaan ini dan respond dari rakan-rakan guru serta pelajar akan memberikan dorongan kepada saya untuk menyebarluaskan amalan aktiviti ini. 14

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 10. KESIMPULAN Melalui aktiviti SIFU ini saya melihat mata pelajaran Sejarah bukan lagi membosankan tetapi lebih menyeronokkan. Adalah menjadi harapan saya agar SIFU dapat menyumbang kepada peningkatan penguasaan dan pencapaian pelajar lebih-lebih lagi setelah mata pelajaran Sejarah diwajibkan lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula pada tahun 2013. RUJUKAN 1. Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2002. 2. Majalah Pendidik, Bil. 7, September 2010. 3. loe.pdf. 4. Http://search.yahoo.com/search; ylt A0oGdFDA6JVM2UAAmd1XNyoA?ei UTF8&vc countrymy&fr yfp701&fp ip my&rs 1&p audio and visual learning techni ques&rs 0&fr2 rs-bottom 15

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 - 30 Ogos 2013) 1 SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah hanita75harun@yahoo.com ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi meninjau keberkesanan aktiviti SIFU dalam proses pembelajaran dalam pengajaran Sejarah. SIFU merupakan aktiviti pembelajaran

Related Documents:

Judul: Diusulkan Oleh : Drs. Edy Purnomo, M.Pd. / NIP. 19611127 199002 1 001 . SMK PIRI 1 Yogyakarta, SMK N 3 Yogyakarta , dan SMK N 2 Yogyakarta. Dari 19 SMK tersebut dibatasi setiap SMK dapat mengirimkan peserta 2 orang guru pengajar praktik, sehingga ditargetkan kegiatan ini diikuti oleh 38 peserta.

infrastructure for the workshop of the mechanical engineering study program of SMK in Palembang City. They included SMK N 2 Palembang with the percentage of feasibility was 78,13%, SMK N SUMSEL was 85, 37%, SMK PGRI 2 Palembang 67,74% and the last SMK YP Gaja Madah is 70,07%. Hence, it can be concluded that the vocational high school (SMK .

SUPM Teknika Perikanan Laut/SUPM Mesin Perikanan/SMK Teknika/ SMK Teknika Kapal Penangkap Ikan/ D-lll Mesin Dan Peralatan Perikanan/ Teknika SUPM Nautika Perikanan Laut/ SUPM Penangkapan Ikan/ SMK Nautika/ SMK Nautika Kapal Penangkap Ikan/ D-lll Teknologi Penangkapan Ikan/ Nautika S-2 Pariwisata/Manajemen Ekowisata dan Jasa Lingkungan/Kajian .

sering menjadi penylenggara pagelaran keroncong di Surakarta. SMK N 8 Surakarta adalah salah satu sekolah yang berperan sangat aktif dalam pelestarian musik Keroncong di Indonesia. SMK 8 Surakarta memiliki 4 jurusan yaitu Jurusan Musik, Karawitan, Pedalangan, dan Seni Tari. Berbeda dengan sekolah kejuruan musik yang lain, SMK N 8 adalah

Sekolah Menengah Kejuruan yang menjadi best practice adalah . SMK Negeri 27, SMKN 26, SMKN 30, SMK Muhammadiyah 4, Jakarta dan SMKN 57, SMKN 7 Semarang, SMKN 4 Surakarta, SMK PGRI 1 Mejebo Kudus, SMKN 1 Temanggung, SMKN 2 Kendal dan SMK Muhamammadiyah 1 Sukoharjo. . Program Teaching Factory (Kelas Industri) .48 3. Hasil .

22 Drs. Siaga Purnomo SMK Negeri 1 Surakarta CABDIN VII 1 23 Harno, S.Pd., M.Si. SMK Negeri 1 Sukoharjo CABDIN VII 1 24 Endang Listyorini, S.S., M.Pd. SMA Negeri 3 Surakarta CABDIN VII 1 25 Agus Suprapto, S.Pd. SMK Negeri 1 Surakarta CABDIN VII 1 26 Muryanti, S.Kom. SMK Negeri 1 Sukoharjo CABDIN VII 1 27 Surais, S.Pd Cabdindik Wil. VIII CABDIN .

51 222302531 evan prastya nugraha tpm smk negeri 1 gombong senin, 21 maret 2022 13.30 wib 52 222300933 fahriel dwifaldi mi smk prima unggul kamis, 24 maret 2022 15.00 wib 53 222300329 fajar hidayat p4 smk negeri jateng di semarang rabu, 23 maret 2022 10.00 wib 54 222302338 fajar jaka surya mo smk n jateng di semarang senin, 21 maret 2022 15.00 wib

NORTH LANARKSHIRE COUNCIL AGmA REPORT 1 1 I I 1 1 IFROM: QR8FSocWWoRK PERlQD Ollff109 - 16mm I I SoClAtWoRK DATE : 16 SEPTEMBER1896 Ref. : EMch I I 1 1. introduction This report compares actual expenditure and income against estimates both for the year to date and the prc@cted &-turn. Explanations are provided for the major &-turn variance.