ABDUL JALIL BIN RAMLI - Universiti Sains Malaysia

2y ago
66 Views
2 Downloads
304.31 KB
37 Pages
Last View : 15d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Camille Dion
Transcription

WANITA DALAM NOVEL-NOVEL TERPILIH PRAMOEDYAANANTA TOER : SATU KAJIAN SUBALTERNABDUL JALIL BIN RAMLIUNIVERSITI SAINS MALAYSIA2014

WANITA DALAM NOVEL-NOVEL TERPILIH PRAMOEDYA ANANTATOER : SATU KAJIAN SUBALTERNOlehABDUL JALIL BIN RAMLITesis ini diserahkan untuk memenuhi keperluan bagiIjazah Doktor FalsafahOGOS 2014

PENGHARGAANDengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujiankepada-Nya, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.Setinggi-tinggi lafaz kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t. kerana dengan izindan rahmat dari-Nya, saya dapat menyiapkan tesis ini. Segala puji-pujian hanyauntuk-Mu, Rabbul Alamin.Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan khas kepadaProfesor Dr. Sohaimi Abdul Aziz selaku penyelia tesis ini. Keprihatinan dankededikasian beliau memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta kesabaran yang tinggidalam menyelia, menegur dan membetulkan kesilapan dan kesalahan tanpa rasajemu, serta curahan ilmu dan kritikan yang ikhlas dan berguna sepanjang menjadipelajar kepada beliau amat dihargai. Hanya Allah jua yang menilai dan membalassegala budi baik dan jasa beliau dalam perkara tersebut. Semoga segala tunjuk ajardan ilmu yang dicurahkan menjadi pedoman dalam meniti usia kehidupan ini.Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada Universiti Malaysia Perlis(UniMAP) kerana memberi peluang kepada saya untuk mendapat cuti belajar bagimengikuti pengajian ini. Juga terima kasih daun keladi kepada pensyarah-pensyarahBahagian Kesusasteraan dan staf zahdi Pusat Pengajian Ilmuyangsentiasatersenyummenghulurkan bantuan yang dipinta (Prof. Dato’ Seri Md. Salleh Yaapar, Prof.Madya Dr. Siti Hajar Che Man, Prof. Madya Dr. Jelani Harun, Dr. Mohd. LuthfiAbd. Rahman, Pn. Halizah Awang, Pn. Asmah Mansor, Pn. Siti Salmah Harun, En.ii

Roslan Yusoff dan lain-lain) . Semoga jasa dan bakti kalian diberkati dan dirahmatioleh Allah s.w.t. Terima kasih juga saya rakamkan kepada Dekan, Timbalan Dekandan rakan-rakan di Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi(iKOM), Universiti Malaysia Perlis atas sokongan, kerjasama dan bantuan yangdiberikan khas, untuk Profesor Dr. Salleh Abd. Rashid, Prof. Madya Ku Halim KuAriffin , Dr. Hj. Huzili Hussin, Dr. Suhairimi Abdullah, Dr. Hanif Suhairi AbuBakar, En. Rosman Ramli, En. Roseffendi Darus dan rakan-rakan yang lain sepertiDr. Rohaya Md. Ali (UUM), Asep Deni Saputra (Universitas Negeri Jakarta), CikguNorhisyam Baharom, Cikgu Rosnan Zahidin atas sokongan padu dan kata-katasemangat serta sumbangan idea kalian untuk menyempurnakan tesis ini.Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih teristimewa buat insan-insankesayangan; isteri, Zainab Ahmad, anakanda tercinta Hannan Najwa, Nurul’ainFaieqah, ayah dan ibu yang telah kembali kerahmahtullah; abang ( Mokhtar, AbdulRahman, Khalid, Samsuddin, Mahyuddin) dan kakak (Habsah, Salmah , Balkis)serta keluarga mertua yang diingati, anak-anak saudara Roslina Abdullah, NurulFazwan Khalid, Mohd. Sarom Mokhtar dan lain-lain. Jasa, budi dan kasih sayangdaripada kalian dikenang buat selama-lamanya.Akhir kata, sesungguhnya yang baik dan indah itu semuanya daripada Allahs.w.t. dan yang sebaliknya itu adalah daripada kekhilafan dan kealpaan diri. Semogahasil kajian ini memberi manfaat kepada kehidupan sejagat.ABDUL JALIL BIN RAMLIOgos 2014 / Ramadhan 1435Hiii

SENARAI KANDUNGANHALAMANPenghargaan iiSenarai Kandungan . ivSenarai Rajah .viiSenarai Singkatan .viiiAbstrak . .ixAbstract. .xBAB SATU: PENGENALAN1.0 Pendahuluan . 11.1 Pemasalahan Kajian . 31.2 Objektif Kajian . .41.3 Kepentingan Kajian . .51.4 Batasan Kajian . .71.5 Sorotan Kajian . . . .91.6 Metodologi Kajian . .281.6.1 Kerangka Teori dan Konsep . .281.6.2 Kaedah Kajian . .341.6.2.1 Kaedah Kepustakaan .341.6.2.2 Kaedah Analisis Teks . . . 351.7 Organisasi Tesis . .35iv

BAB DUA : SUBALTERN : TEORI DAN KONSEP2.0 Pendahuluan . 382.1 Definisi Subaltern .382.2 Sejarah Kemunculan Subaltern Studies . .442.3 Wanita Subaltern Dalam Konteks Feminisme . 492.4 Wanita Subaltern dan Pernyaian . . 642.5 Wanita Subaltern , Wanita Dunia Ketiga dan Penjajahan . .692.6 Kesimpulan . . . 85BAB TIGA : WANITA SUBALTERN DALAM SISTEM PATRIARKI3.0 Pendahuluan . .873.1 Wanita Sebagai Golongan Subaltern . . 883.2 Masyarakat Jawa Tradisional . . 923.2.1 Wanita Sebagai Anak . . . 993.2.1.1 Sanikem Anak Kepada Sastrotomo 993.2.1.2 Surati Anak Kepada Paiman . 1193.2.1.3 Siti Soendari . 1353.2.2 Wanita Sebagai Isteri . 1553.2.2.1 ‘Ibu’ Isteri Kepada Sastrotomo . . .1573.2.2.2 Djumilah Isteri Kepada Paiman (Sastro Kassier) . . .1643.3 Kesimpulan . .174v

BAB EMPAT: WANITA SUBALTERN PADA ZAMAN PENJAJAHAN4.0 Pendahuluan .1774.1 Nyai Ontosoroh (Wanita Sebagai ‘Nyai’) . . .1864.2 Prinses Van Kasiruta (Wanita Sebagai Pejuang). . . .2464.3 Annelies Mellema (Wanita Sebagai Anak) . .2744.4 Kesimpulan .295BAB LIMA : KESIMPULAN5.0 Pendahuluan . .2975.1 Wanita Subaltern Cuba Bersuara Tetapi Dibisukan .2975.2 Rumusan 313RUJUKAN .315vi

SENARAI RAJAHRAJAHRajah 1TAJUKHALAMANKerangka Teori dan Konseptualvii33

SENARAI SINGKATANHlmHalamanH.B.S.(Dutch:Hogere Burger School) - Pre-UniversityS.D.I.Syarikat Dagang ahuwataalaviii

WANITA DALAM NOVEL-NOVEL TERPILIH PRAMOEDYA ANANTATOER : SATU KAJIAN SUBALTERNABSTRAKWanita mendapat tempat dalam novel-novel Pramoedya Ananta Toer. Keberadaanwanita-wanita ini terdapat dalam dua keadaan, iaitu dalam sistem patriarki danpenjajah. Bagaimanakah status wanita-wanita dalam kedua-dua masyarakat ini?Adakah mereka terpinggir atau berada dalam kedudukan yang utama? Jika wanitawanita tersebut terpinggir, apakah reaksi keterpinggiran mereka itu? Apakahtindakan golongan patriarki dan penjajah terhadap wanita terpinggir jika merekamenentangnya? Berasaskan kepada permasalahan-permasalahan ini, kajian inimempunyai empat objektif yang berhubungan iaitu, pertama; mengenal pasti wanitasubaltern. Kedua; menganalisis reaksi wanita subaltern terhadap kekuasaan lelakidan penjajah terhadap mereka. Ketiga; meneliti reaksi golongan lelaki dan penjajahterhadap penentangan wanita subaltern ini. Keempat: mengkaji Pramoedya AnantaToer sebagai representasi wanita subaltern. Bagi mencapai objektif kajian ini, makakajian subaltern yang diperluaskan konsepnya oleh Gayatri Chakravorty Spivakakan digunakan. Selain itu, kaedah analisis teks turut digunakan untuk menelitinovel Bumi Manusia, Anak Semua Bangsa, Jejak Langkah dan Rumah Kaca yangjuga dikenali sebagai tetralogi Buru karya Pramoedya Ananta Toer. Kajian inimendapati wanita-wanita dalam novel-novel yang dikaji merupakan wanitasubaltern seperti yang digarap oleh Spivak yang dinafikan hak-hak mereka. Wanitawanita ini cuba menentang pihak yang meminggirkan mereka dengan beberapa caratetapi tentangan mereka tidak dipedulikan. Suara-suara penentangan merekadibisukan oleh pihak yang berkuasa, iaitu lelaki dan penjajah.ix

WOMEN IN SELECTED NOVELS OF PRAMOEDYA ANANTA TOER:A SUBALTERN STUDYABSTRACTWomen portrayals are evident in Pramoedya Ananta Toer’s novels. The existence ofthese women are often showcased in two conditions, namely in the patriarchal andcolonial societies. Among the issues highlighted is the argument about the status ofwomen in these two communities. Are they isolated or are they in a prime position?If women are marginalized, how do they react to this situation? What are the actionstaken by both societies when these women defy them? Based on these problems, thisstudy aims to answer four related objectives: to identify subaltern women, to analyzethe subaltern women's reactions against men’s and colonial’s domination towardsthem, to examine the reactions of the men and the colonial towards subalternwomen's resistance and to study Pramoedya Ananta Toer herself as therepresentative of subaltern women. This concept was later expended by GayatriChakravorty Spivak was used to achieve these objectives. Text analysis was used toexamine the titles by Pramoedya Ananta Toer which includes Bumi Manusia, AnakSemua Bangsa, Jejak Langkah and Rumah Kaca. These titles were compiled intetralogi Buru. Thus, this study had acknowledged the characters portrayed in thesenovels were indeed of subaltern women similar to Spivak’s findings who have beendeprived from their rights. These women tried to withstand those who hadmarginalized them through several ways but their resistance was ignored. Theirvoices were muted by the authorities; consist of men and the colonists.x

xi

BAB SATUPENGENALAN1.0PENDAHULUANAsas kehidupan dalam masyarakat berhierarki memperlihatkan wujudnya dua pihakutama iaitu, golongan yang berada di atas dan juga golongan yang berada di bawah.Lazimnya, golongan yang berada pada kedudukan bawah ini seringkali ditindas dandipinggirkan dalam banyak aspek kehidupan oleh mereka yang berkuasa. Berbezadengan golongan yang berada pada kedudukan di atas, golongan ini sentiasadimonopoli oleh kelompok yang berkuasa. Situasi ini dapat dilihat dengan jelasdalam sistem masyarakat kolonial dan masyarakat patriarki. Corak kehidupan bagikedua-dua buah masyarakat ini memperlihatkan suatu keadaan golongan yangberada di bawah telah dipinggirkan.Selain itu, golongan di bawah yang seringkali terjajah ini akan dipinggirkan olehpihak penjajah, manakala golongan wanita pula seringkali menjadi mangsapenindasan dan dipinggirkan oleh golongan lelaki dan juga penjajah. Situasi wanitaditindas dan dipinggirkan oleh lelaki dan penjajah ini ditonjolkan dengan jelas dalamnovel-novel karya Pramoedya Ananta Toer. Dipinggirkan bermaksud hak merekasebagai wanita telah dinafikan. Antaranya, hak mereka untuk memberi pandangan,memilih jodoh, mendapat pendidikan yang sewajarnya, dihormati dan sebagainya.1

Dengan munculnya pengarang hebat seperti Pramoedya Ananta Toer yang telahmelahirkan pelbagai karya kesusasteraan yang penuh dengan falsafah perjuangan,kemanusiaan, sejarah dan sebagainya yang begitu bermutu dan luar biasapenghasilannya telah menjadikan kajian terhadap karya-karya beliau sebagai sesuatuyang sangat menarik untuk diteliti. Pramoedya Ananta Toer telah memperlihatkansifat kejujuran dan keikhlasannya serta keberanian untuk memperjuangkan persoalanketidakadilan dan kesengsaraan bangsa khususnya anak watan (wanita) dan wanitaitu sendiri yang masih ditindas oleh golongan elit dan kolonial serta terperangkap dibawah kekuasaan patriarki. Keadaan ini telah menjadi suatu motivasi danrangsangan utama kepada Pramoedya Ananta Toer untuk menghasilkan karya-karyasasteranya bagi menyuarakan dan menyampaikan mesejnya itu kepada masyarakat.Menurut Astbury (1981), situasi yang berlaku dalam masyarakat kolonial danpatriarkiini telah mendorongPramoedya Ananta Toer mengangkat golonganwanita sebagai “the central character” dalam beberapa novel beliau keranaberpendapat golongan wanita Indonesia telah lama dipinggirkan.Golongan wanita yang terpinggir daripada menikmati hak-hak mereka sebagaimanusia dan wanita dikenali sebagai wanita subaltern. Dengan kuasa yang dimilikioleh lelaki dan penjajah, golongan wanita dipinggirkan atau disisihkan daripada arusutama masyarakat. Golongan subaltern ini sama ada golongan yang dijajah atauwanita mendapat perhatian pengarang sastera dengan pelbagai sudut pandangan.Bagaimanakah Pramoedya Ananta Toer menangani permasalahan golongansubaltern ini? Hal ini sangat menarik untuk dikaji. Novel-novel Pramoedya AnantaToer seperti Bumi Manusia (2005), Anak Semua Bangsa (2006), Jejak Langkah2

(2006), dan Rumah Kaca (2006) yang dikenali sebagai tetralogi Buru, adalah karyakarya yang akan dikaji dalam tesis ini dengan menggunakan kajian subaltern yangdipopularkan oleh Gayatri Chakravorty Spivak(1988) melalui eseinya yangterkenal iaitu, “Can the Subaltern Speak?”. Dalam hal ini, kajian subaltern inidilihat begitu sesuai dan menarikbagi meneroka serta merungkai persoalangolongan wanita yang terpinggir, dipinggirkan, ditindas, dan dinafikan segalahaknya sama ada sebagai peribumi (wanita) ataupun sebagai wanita itu sendiridalam tetralogi Buru tersebut.1.1PERMASALAHAN KAJIANPramoedya Ananta Toer merupakan pengarang yang simpati dengan masyarakatIndonesia yang terbelenggu oleh penjajah Belanda yang berkuasa. Pada waktu yangsama, Pramoedya Ananta Toer tinggal dalam masyarakat patriarki yang diperintaholeh lelaki yang juga berkuasa. Dalam kedua-dua jenis masyarakat ini, wanitatersisih oleh kuasa lelaki dan penjajah. Namun, Pramoedya Ananta Toer cenderunguntuk mengambil wanita sebagai watak-watak dalam novel-novelnya.Wanita dalam novel-novel Pramoedya Ananta Toer seperti Nyai Ontosoroh, Surati,Siti Soendari, Annelies Mellema, Prinses Van Kasiruta dan ramai lagi dianggapsebagai wanita yang berjaya. Pramoedya Ananta Toer memaparkan watak-watakwanita yang berhati waja malahan wanita-wanita tersebut juga berupaya memainkanperanan yang penting sesuai dengan suasana masyarakat pada zaman tersebutbahkan mengatasi peranan lelaki (Novita Dewi,2013:1). Sebenarnya, hakikat ini3

tidak dapat dipertahankan kerana watak-watak wanita tersebut akhirnya tewaskepada dominasi kekuasaan lelaki dan penjajah yang begitu kuat menghegemoniwanita pada zaman tersebut.Hal ini menimbulkan beberapa persoalan yang berkaitan. Adakah wanita-wanitayang digarapkan oleh Pramoedya Ananta Toer seperti Nyai Ontosoroh dapatdianggap sebagai wanita subaltern? Apakah wanita-wanita subaltern ini menerimasahaja keadaan yang menguasai mereka? Adakah watak seperti Nyai Ontosorohberdiam diri apabila dirinya dijual oleh ayahnya? Adakah wanita-wanita karanganPramoedya Ananta Toer menerima sahaja cengkaman penjajah? Apakah reaksilelaki dan penjajah apabila wanita-wanita ini menentang mereka dengan cara-carawanita? Adakah Pramoedya Ananta Toer sendiri merupakan representasi kepadawanita-wanita dalam novel-novelnya. Adakah representasi ini diterima dalam kajiansubaltern sebagai suara-suara wanita subaltern? Persoalan-persoalan ini menjadisatu daya pergerakan atau satu lompang penyelidikan yang perlu diisi.1.2OBJEKTIF KAJIANKajian ini adalah berdasarkan kepada objektif-objektif berikut:1.2.1 Mengenal pasti wanita-wanita dalam sistem patriarki dan penjajah untukmenemukan wanita subaltern.1.2.2Menganalisis reaksi wanita subaltern ini terhadap kekuasaan lelaki danpenjajah.4

1.2.3Membincangkan reaksi golongan lelaki dan penjajah terhadap penentanganwanita subaltern dan kesannya ke atas wanita berkenaan.1.2.41.3Mengkaji Pramoedya Ananta Toer sebagai representasi wanita subaltern.KEPENTINGAN KAJIANKajian subaltern ini memainkan peranan penting bagi meneliti kedudukangolongan wanita dalam sistem patriarki dan penjajah. Kedua-dua jenis masyarakatini memperlihatkan adanya unsur hegemoni. Dalam sistem patriarki, kekuasaanmutlak adalah pada kaum lelaki. Golongan wanita tersisih daripada golongan yangberkuasa iaitu lelaki. Kedudukan wanita telah dipinggirkan oleh kekuasaan lelaki.Oleh itu, suara mereka tidak didengari dan jika bersuara sekalipun, suara tersebuttidak diambil peduli oleh golongan lelaki.Begitu juga dengan kedudukan wanita sebagai golongan subaltern pada zamanpenjajahan. Dalam sistem penjajah, kuasa berpusat kepada penjajah. Manakala anakwatan (peribumi), sama ada wanita atau lelaki akan dipinggirkan.Wanita padazaman ini telah ditindas oleh penjajah dalam semua hal, malahan wanita tersebuttelah dieksploitasi kehidupannya sehinggakan ada yang dijadikan sebagai hambaseks kepada golongan penjajah. Kedudukan wanita subaltern ini lebih malang lagikerana mereka bukan sahaja ditindas oleh lelaki tetapi dalam masa yang sama jugatelah dipinggirkan oleh penjajah yang kebetulan juga adalah lelaki. Oleh itu wanita5

tersebut telah mengalami beban dan penindasan yang berganda dalam hidupmereka.Kajian ini dapat memperlihatkan kedudukan wanita yang terpinggir itu mempunyaihak untuk bersuara. Kajian ini juga menunjukkan betapa berkuasanya golonganlelaki dan penjajah ke atas wanita. Sungguhpun wanita yang mempunyai asas-asasyang sama seperti lelaki iaitu berkebolehan seperti lelaki sebagaimana yangdiperlihatkan oleh watak Nyai Ontosoroh, Siti Soendari, Prinses Van Kasiruta danlain-lain namun golongan wanita ini ditekan dan dinafikan hak-haknya. Lelaki danpenjajah tidak peduli tentang suara perjuangan wanita.Kajian subaltern merupakan satu kajian yang masih baru di negara ini. Oleh yangdemikian, kajian ini memberi sumbangan yang besar khususnya dalam penelitiannovel-novel Pramoedya Ananta Toer.Walaupun Pramoedya Ananta Toer adalah seorang pengarang hebat dan novelnovel beliau begitu banyak diperkatakan oleh para sarjana tempatan mahupunantara bangsa, namun kajian khusus untuk memperkatakan tentang kajian subalternini adalah sesuatu yang baru dan dengan itu adalah diharapkan kajian ini dapatmembuka lembaran baru dalam dunia penelitian sastera khususnya dalammemperkatakan golongan wanita subaltern dalam novel-novel Pramoedya AnantaToer.6

Selain dimensi feminisme, kajian ini juga penting kepada kajian pascakolonialbersandarkan bahawa kajian subaltern itu sendiri merupakan sebahagian daripadacabang dalam kajian pascakolonial. Dengan kata lain, kajian subaltern memberisumbangan besar kepada penelitian feminisme dan pascakolonial dalam konteksnovel-novel Pramoedya Ananta Toer dalam memperlihatkan wujudnya hubunganantara kedua-dua penelitian ini.1.4BATASAN KAJIANKajian ini akan memberikan tumpuan khusus kepada empat (4) buah novel terpilihhasil tulisan pengarang tersohor Indonesia iaitu Pramoedya Ananta Toer. Novelnovel tersebut ialah Bumi Manusia (2005), Anak Semua Bangsa (2006), JejakLangkah (2006) dan Rumah Kaca (2006). Novel-novel tersebut juga dikenalisebagai tetralogi Buru.Pemilihan teks tetralogi Buru sebagai teks kajian adalah kerana novel-novel tersebutmerupakan karya terbaik Pramoedya Ananta Toer yang telah mendapatpengiktirafan di peringkat antara bangsa dan telah diterjemahkan ke dalam pelbagaibahasa. Kehebatan karya beliau dapat dilihat dengan jelas apabila karya-karyatersebut (tetralogi Buru) bukan sahaja ditulis dalam bahasa Indonesia malah telahditerjemahkan ke dalam pelbagai bahasa asing yang lain sehingga mencecah 41bahasa asing. Novel-novel dalam tetralogi Buru juga telah mengangkat namaPramoedya Ananta Toer sebagai antara tokoh pengarang terkemuka IndonesiaTeeuw (1980:242). Hal ini merupakan suatu anugerah hebat yang diperolehi7

sehingga beliau diletakkan pada satu aras yang lain daripada kelompok pengaranglain pada zamannya. Keadaan ini menunjukkan bagaimana tingginya pengiktirafanyang diberikan oleh masyarakat terhadap sumbangan besar beliau dalam bidangsastera.Selain itu, tetralogi Buru yang dihasilkan oleh Pramoedya Ananta Toer telah berjayamenarik tumpuan pembaca daripada pelbagai golongan masyarakat bukan sahaja diIndonesia malah tersebar ke negara jiran seperti Malaysia dan juga negara-negaralain. Untuk meneliti kehebatan watak-watak wanitanya, kajian ini akan mengkajisemula tanggapan tersebut. Sehubungan itu pemilihan tetralogi Buru tidak dapatdielakkan.Dalam empat buah novel bersiri tersebut yang diilhamkan semasa beliau

Namun, Pramoedya Ananta Toer cenderung untuk mengambil wanita sebagai watak-watak dalam novel-novelnya. Wanita dalam novel-novel Pramoedya Ananta Toer seperti Nyai Ontosoroh, Surati, Siti Soendari, Annelies Mellema, Prinses Van Kasiruta dan ramai lagi dianggap sebagai wanita yang berjaya.

Related Documents:

It has been reported from Ali, Ibn Abbas, Ubadah bin As-Samit, Abu Hurayrah, Shaddad bin Aws, Ibn Umar, Muhammad bin Ali bin Al-Husayn, Makhul, Bakr bin Abdullah Al-Muzani, Bukayr bin Al-Ashaj, Malik, Ibn Abi Dhi'b, and Abdul Aziz bin Abi Salamah Al-Majishun, they all said, "Ash-Shafaq is the redness (in the sky).

Universiti Putra Malaysia 13. Universiti Sains Islam Malaysia 14. Universiti Sultan Zainal Abidin 15. . The institution is yet to submit application to change its new name in the MQR Current name : Universiti Sultan Azlan Shah 56. Universiti Teknologi Petronas 57. Universiti Tenaga Nasional . LIST OF DEGREE GRANTING INSTITUTIONS IN MALAYSIA .

PENTAGON FRONT SDN BHD (1036292-D) (A member of Exsim Group of Companies) NO. 18 & 18-1, BLOCK 2, JALIL LINK, JALAN JALIL JAYA 2, BUKIT JALIL, 57000 KUALA LUMPUR Tel: 03-8993 9911 Fax: 03-8993 9922 www

Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan . prinsip dan produktif. Ini mempunyai fungsi tri-Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII 2012 340 ganda iaitu pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan. . tingkat tertinggi dalam keseluruhan universiti di Filipina adalah .

32 Syed Waqar Haider Dilawar Syed Dilawar Hussain 61101-7870250-3 33 Mr. Zahid Jalil Abdul Jalil 61101-6158781-5 34 Mrs. Hira Ali Adeel Ahmad Siddiqi 34104-5439643-6 . 79 Syed Muhammad Ali Naqvi Syed Iftikhar Ali Naqvi 61101-0

3 alif iqwan bin mohamad shariff 09dtp19f1042 26 mohd ashraff bin abdullah 09dkm19f1112 . 12 muhammad danial izzuddin bin abdul zahid 09djk19f1008 37 muhammad izzuddin bin mohd noor 09dkm19f1110 . 61 muhammad azim bin norli 09drg17f2052 83 muhammad f

- Wings of Fire: An Autobiography by A P J Abdul Kalam, Arun Tiwari; Universities Press, - Ignited Minds: Unleashing the Power Within India by A P J Abdul Kalam; Viking, 2002. - The Luminous Sparks by A P J Abdul Kalam, by; Punya Publishing Pvt Ltd., 2004. - Mission India by A P J Abdul Kalam, Paintings by Manav Gupta; Penguin Books, 2005

Accounting information and managerial work. Accounting, Organizations and Society, 35 (3), 301-315. ABSTRACT . Despite calls to link management accounting more closely to management (Jonsson, 1998), much is still to be learned about the role of accounting information in managerial work. This lack of progress stems partly from a failure to incorporate in research efforts the findings regarding .