Syeikh Hamzah Al-Fansuri Sasterawan Sufi Agung

2y ago
18 Views
2 Downloads
1.28 MB
379 Pages
Last View : 1m ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Grady Mosby
Transcription

Page 1Sye ikh Ha mza h al -Fa ns uriSasterawan sufi agungSYEIKH Hamzah al-Fansuri telah banyak dibicarakan orang, namun tidak dapatdinafikan perkara-perkara baru sentiasa ditemui oleh para peneliti. Padamukadimah ini saya nyatakan bahawa tanpa diketahui siapakah yang pertamamengkhayal rupa tokoh agung sufi Nusantara itu, sehingga ditemui gambarimaginasi beliau.Gambar Syeikh Hamzah al-Fansuri dapat dipastikan sebagai gambar imaginasi,kerana pada zaman beliau memang belum ada kamera. Sebenarnya ia berlaku bukanpada Syeikh Hamzah al-Fansuri saja, tetapi juga terjadi pada ulama-ulamalainnya, termasuk Imam al-Ghazali, Syeikh 'Abdul Qadir al-Jilani, SyeikhNuruddin ar-Raniri, Wali Sembilan dan lain-lain. Sungguh pun dipastikan gambarSyeikh Hamzah al-Fansuri adalah gambar imaginasi, namun dalam artikel inidisiarkan juga, dan ia merupakan pertama kali disiarkan dalam media cetak secarameluas.Hampir semua pengkaji yang membicarakan tokoh ulama ini pada zaman moden, selalumerujuk kepada karya-karya Prof. Dr. Syed M. Naquib al-Attas. Barangkali duniamemang mengakui bahawa beliaulah orang yang paling banyak memperkenalkan SyeikhHamzah al-Fansuri ke peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun apabila kitamembaca keseluruhan karya Prof. Dr. Syed M. Naquib al-Attas yang membicarakanSyeikh Hamzah al-Fansuri, bukanlah bererti kita tidak perlu mentelaah karyakarya lain lagi, kerana apabila kita mentelaah karya-karya selainnya, terutamasekali yang masih berupa manuskrip, tentu sedikit sebanyak kita akan menemukanperkara-perkara baru yang belum dibicarakan. Karya terkini tentang Syeikh Hamzahal-Fansuri ialah buku yang diberi judul Tasawuf Yang Tertindas KajianHermeneutik Terhadap Karya-Karya Hamzah Fansuri. Buku setebal 444 halaman itudikarang oleh Dr. Abdul Hadi W.M. dan terbitan pertama oleh Penerbit Paramadina,Jakarta, 2001. Sama ada karya-karya Prof. Dr. Syed M. Naquib al-Attas mahupunkarya Dr. Abdul Hadi W.M., sedikit pun tiada menyentuh gambar Syeikh Hamzah alFansuri seperti yang tersebut di atas.Asal-usul dan pendidikanProf. A. Hasymi pada penyelidikannya yang lebih awal bertentangan dengan hasilpenyelidikannya yang terakhir. Penyelidikan awal, ayah Syeikh Hamzah al-Fansurinampaknya tidak ada hubungan adik beradik dengan ayah Syeikh Abdur Rauf alFansuri. Penyelidikan terakhir beliau mengatakan bahawa Syeikh Hamzah al-Fansuriitu adalah adik beradik dengan Syeikh Ali al-Fansuri. Syeikh Ali al-Fansuriadalah ayah kepada Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri. Penyelidikan awal yang sayamaksudkan ialah yang ditulis oleh Prof. A. Hasymi dalam Ruba'i Hamzah Fansuriyang dapat diambil pengertian daripada kalimatnya, "Ayah Hamzah pindah dari

Page 2Fansur (Singkel) ke Barus untuk mengajar, kerana beliau juga seorang ulamabesar, seperti halnya ayah Syeikh Abdur Rauf Fansuri yang juga ulama, sama-samaberasal dari Fansur (Singkel)" (terbitan DBP, 1976, hlm. 11). Mengenaipenyelidikan Prof. A. Hasymi yang menyebut Syeikh Hamzah al-Fansuri saudaraSyeikh Ali al-Fansuri atau Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri adalah anaksaudara kepada Syeikh Hamzah al-Fansuri, dapat dirujuk kepada kata pengantarbuku Hamzah Fansuri Penyair Sufi Aceh karya Abdul Hadi W.M. Dan L. K. Ara,diterbitkan oleh Penerbit Lotkala, tanpa menyebut tempat dan tarikh.Walaupun Prof. A. Hasymi belum memberikan suatu pernyataan tegas bahawa beliaumemansukhkan tulisannya yang disebut dalam Ruba'i Hamzah Fansuri, namun kitaterpaksa memakai penyelidikan terakhir seperti yang telah dijelaskan di atas.Dr. Azyumardi Azra dalam bukunya, Jaringan Ulama mengatakan bahawa beliau tidakyakin bahawa Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri itu benar-benar keponakan(anak saudara) Syeikh Hamzah al-Fansuri. "Sebab, menurutnya, tidak ada sumberlain yang mendukung hal itu." Bagi saya ia masih boleh dibicarakan dan perlupenelitian yang lebih sempurna dan berkesinambungan. Sebab yang dinamakan sumberpendukung sesuatu pendapat, bukan hanya berdasarkan tulisan tetapi termasuklahcerita yang mutawatir. Kemungkinan Prof. A. Hasymi yang berasal dari Aceh itulebih banyak mendapatkan cerita yang mutawatir berbanding penelitian barat yangbanyak disebut oleh Azra. Diterima atau tidak oleh pengkaji selain beliau,terpulanglah ijtihad masing-masing orang yang berkenaan.Dalam buku Hamzah Fansuri Penyair Aceh, Prof. A. Hasymi menyebut bahawa SyeikhHamzah Fansuri hidup sampai akhir pemerintahan Sultan Iskandar Muda ternyatajuga ada perubahan daripada tulisan beliau yang termaktub dalam Ruba'i HamzahFansuri selengkapnya, "Hanya yang sudah pasti, bahawa beliau hidup dalam masapemerintahan Sultan Alaidin Riayat Syah IV Saiyidil Mukammil (997-1011 H-15891604 M) sampai ke permulaan pemerintahan Sultan Iskandar Muda Darma WangsaMahkota Alam (1016-1045 H-1607-1636 M)." Yang dimaksudkan dengan "ternyata jugaada perubahan", ialah pada kalimat, "sampai ke permulaan pemerintahan SultanIskandar Muda," menjadi kalimat "akhir pemerintahan Sultan Iskandar Muda."Tarikh lahir Syeikh Hamzah al-Fansuri secara tepat belum dapat dipastikan,adapun tempat kelahirannya ada yang menyebut Barus atau Fansur. Disebut lebihterperinci oleh Prof. A. Hasymi bahawa Fansur itu satu kampung yang terletakantara Kota Singkel dengan Gosong Telaga (Aceh Selatan). Dalam zaman KerajaanAceh Darussalam, kampung Fansur itu terkenal sebagai pusat pendidikan Islam dibahagian Aceh Selatan. Pendapat lain menyebut bahawa beliau dilahirkan diSyahrun Nawi atau Ayuthia di Siam dan berhijrah serta menetap di Barus.Drs. Abdur Rahman al-Ahmadi dalam kertas kerjanya menyebut bahawa ayah SyeikhHamzah al-Fansuri bernama Syeikh Ismail Aceh bersama Wan Ismail dan Po Rome atauPo Ibrahim (1637- 1687 M) meninggal dunia dalam pertempuran melawan orang Yuwun(Annam) di Phanrang. Bahawa Syeikh Ismail Aceh itu pernah menjadi gabenor di

Page 3Kota Sri Banoi menggantikan Gabenor Wan Ismail asal Patani yang melepaskanjabatan itu kerana usianya yang lanjut. Drs. Abdur Rahman Al-Ahmadi berpendapatbaru, dengan menambah Syahrun Nawi itu di Sri Banoi Sri Vini, selain yang telahdisebutkan oleh ramai penulis bahawa Syahrun Nawi adalah di Siam atau Aceh.Dalam Patani, iaitu antara perjalanan dari Patani ke Senggora memang terdapatsatu kampung yang dinamakan Nawi, berkemungkinan dari kampung itulah yangdimaksudkan seperti yang termaktub dalam syair Syeikh Hamzah al-Fansuri yangmenyebut nama Syahrun Nawi itu. Kampung Nawi di Patani itu barangkali namaasalnya memang Syahrun Nawi, lalu telah diubah oleh Siam hingga bernama Nawisaja. Syahrun Nawi adalah di Patani masih boleh diambil kira, kerana pada zamandulu Patani dan sekitarnya adalah suatu kawasan yang memang ramai ulamanya. Sayatelah sampai ke kampung tersebut (1992), berkali-kali kerana mencari manuskriplama. Beberapa buah manuskrip memang saya peroleh di kampung itu. Lagi pulaantara Aceh dan Patani sejak lama memang ada hubungan yang erat sekali. Walaubagaimanapun Prof. A. Hasymi menyebut bahawa Syahrun Nawi itu adalah nama dariAceh sebagai peringatan bagi seorang Pangeran dari Siam yang datang ke Aceh padamasa silam yang bernama Syahir Nuwi, yang membangun Aceh pada zaman sebelumIslam.Daripada berbagai-bagai sumber disebutkan bahawa Syeikh Hamzah al-Fansuri telahbelajar berbagai-bagai ilmu yang memakan masa lama. Selain belajar di Acehsendiri beliau telah mengembara ke pelbagai tempat, di antaranya ke Banten (JawaBarat), bahkan sumber yang lain menyebut bahawa beliau pernah mengembarakeseluruh tanah Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, India, Parsi dan Arab. Dikatakanbahawa Syeikh Hamzah al-Fansuri sangat mahir dalam ilmu-ilmu fikah, tasawuf,falsafah, mantiq, ilmu kalam, sejarah, sastera dan lain-lain. Dalam bidangbahasa pula beliau menguasai dengan kemas seluruh sektor ilmu Arabiyah, fasihdalam ucapan bahasa itu, berkebolehan berbahasa Urdu, Parsi, Melayu dan Jawa.Karya-keryanyaSyeikh Hamzah al-Fansuri dapat digolongkan kepada peringkat awal dalammenghasilkan karya puisi/sastera dalam bahasa Melayu, sangat menonjol terutamasekali dalam sektor sufi. Lebih terserlah lagi kemasyhurannya kerana terjadikontroversi yang dilemparkan oleh orang-orang yang tidak sependapat dengannyayang dimulai dengan karya-karya Syeikh Nuruddin ar-Raniri, berlanjutan terushingga sampai ke hari ini karya-karya Syeikh Hamzah al-Fansuri selaludibicarakan dalam forum-forum ilmiah. Di bawah ini saya cuba menyenaraikan karyabeliau yang telah diketahui, iaitu: 1). Syarb al- 'Asyiqin atau ZinatulMuwahhidin. 2). Asrar al-'Arifin fi Bayan 'Ilm as-Suluk wa at-Tauhid. 3). AlMuntahi. 4). Ruba'i Hamzah Fansuri. 5). Kasyf Sirri Tajalli ash-Shibyan. 6).Kitab fi Bayani Ma'rifah. 7). Syair Si Burung Pingai. 8). Syair Si BurungPungguk. 9). Syair Sidang Faqir. 10). Syair Dagang. 11). Syair Perahu. 12).Syair Ikan Tongkol. Keterangan lengkap mengenai data karya Syeikh Hamzah alFansuri dapat dirujuk dalam buku yang saya susun berjudul Al-Ma'rifah Pelbagai

Page 4Aspek Tasawuf Nusantara, jilid 1. Senarai yang tersebut di atas merupakanmaklumat yang terlengkap buat sementara dan akan ditambah lagi jika terdapatmaklumat baru yang belum termuat dalam senarai di atas.Mengakhiri artikel ini di sini perlu dijelaskan bahawa makam Syeikh Hamzah alFansuri telah ditemui sebagaimana ditulis oleh Dada Meuraxa: "Di satu kampungyang bernama Obor terletak di hulu Sungai Singkil, terdapat makam ulama danpujangga Hamzah Fansuri. Makam itu bertulis: Inilah makam Hamzah Fansuri mursitSyeikh Abdurrauf Hamzah Fansuri guru Syeikh Abdur Rauf."Mengenai tahun wafat Syeikh Hamzah al-Fansuri secara tepat selama ini tidakpernah disebut. Tetapi Azra dalam Jaringan Ulama menyebut bahawa ulama sufi ituwafat pada tahun 1016 H/1607 M. Disebutkan tahunnya itu disekalikannya membantahbahawa Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri (Al-Sinkili, menurut istilahnya) "tidakmungkin bertemu dengan ulama sufi itu", menurutnya "Al-Sinkili bahkan belumlahir".Seolah-olah Azra menolak mentah-mentah tahun kelahiran Syeikh Abdur Rauf alFansuri yang disebut oleh A. Hasymi tahun 1001 H/1592 M itu, kemungkinan diaberpegang pada tahun kelahiran 1024 H/1615 M, atau pendapat lain 1620 M,sedangkan tahun kewafatan Syeikh Hamzah al-Fansuri yang disebutnya 1016 H/1607 Mitu belum juga tentu betul. Wallahu a'lam.PenutupGambar imaginasi Syeikh Hamzah al-Fansuri yang saya sebut pada mukadimah, walaupun saya sendiri lebih mengutamakan sesuatu yang asli, namun terpaksa disiarkanjuga. Pada zaman kita selain orang yang suka kepada keaslian, sebaliknya sangatramai yang suka kepada sesuatu yang bercorak tiruan.Bunga tiruan lebih mendapat pasaran daripada bunga yang asli. Ramai yangmenyanggah ilmu yang bercorak rohani, kerana terpengaruh dengan persekitaranyang bercorak fantasi. Pembangunan fizikal lebih meluas dibicarakan berbandingpembinaan iman dan makrifat.

Page 5Sye ikh Nu rud din ar -Ra nir iUlama ahli debatPADA mukadimah dan penutup tentang Syeikh Hamzah al-Fansuri keluaran yang lalu,telah saya singgung gambar imaginasi. Dalam artikel ini disiarkan gambarimaginasi Syeikh Nuruddin ar- Raniri yang juga tiada siapa yang tahupenciptanya, seperti Syeikh Hamzah al-Fansuri juga. Sebagaimana Syeikh Hamzahal-Fansuri, nama Syeikh Nuruddin ar-Raniri cukup banyak mendapat perhatian danditulis orang. Jauh sebelum kedatangan Syeikh Nuruddin ar-Raniri ke Aceh, padamasa pemerintahan Sultan Husein (pengganti Sultan sebelumnya), yang mangkattahun 975 H/1567 M, di Aceh telah ada seorang ulama yang digelar SyeikhNuruddin. Mengenainya disebut dalam Hikayat Aceh.Perlu dibezakan, apabila kita menulis nama lengkap Syeikh Nuruddin ar-Raniridengan nama ayah saudaranya yang pernah datang ke Aceh. Syeikh Nuruddin arRaniri yang diriwayatkan ini nama lengkapnya berdasarkan kepada karya-karyanyaialah Syeikh Nuruddin Muhammad ibnu 'Ali ibnu Hasanji ibnu Muhammad Hamid arRaniri al-Quraisyi. Syeikh Nuruddin ar-Raniri walau pun berasal daripadaketurunan Arab di India dari pihak ayahnya dan bangsa Melayu dari sebelah ibu,namun beliau lama tinggal di Pahang dan Aceh, dan banyak mengarang kitab-kitabdalam bahasa Melayu. Sebahagian besar karangannya ditujukan membantah fahaman'Wahdatul Wujud' yang diajarkan oleh Syeikh Hamzah al-Fansuri dan SyeikhSyamsuddin as-Sumatra-i.Banyak perkara menarik mengenai ulama ini, di antaranya kitab fikah dalam bahasaMelayu yang pertama sekali berjudul ash-Shirath al-Mustaqim adalah karya beliau.Demikian juga mengenai kitab hadis yang berjudul al-Fawaid al-Bahiyah fi alAhadits an-Nabawiyah atau judul lainnya Hidaya al-Habib fi at-Targhib wa atTarhib, adalah kitab membicarkan hadis yang pertama sekali dalam bahasa Melayu.Hampir semua penulis menyebut bahawa Syeikh Nuruddin ar-Raniri dilahirkan diRanir, berdekatan dengan Gujarat. Asal usul beliau ialah bangsa Arab keturunanQuraisy yang berpindah ke India. Tetapi salah seorang muridnya bernama Muhammad'Ali atau Manshur yang digelarkan dengan Megat Sati ibnu Amir Sulaiman ibnuSa'id Ja'far Shadiq ibnu 'Abdullah dalam karyanya Syarab al-'Arifin li Ahli alWashilin menyebut bahawa Syeikh Nuruddin ar-Raniri adalah "Raniri negerinya,Syafi'ie nama mazhabnya, Bakri bangsanya."Pendidikan asasnya dipercayai diperolehnya di tempat kelahirannya Raniri atauRander. Raniri/Rander, sebahagian riwayat mengatakan berdekatan dengan KotaSurat, dan riwayat lain mengatakan dekat Bikanir, kedua-duanya di negeri India.Syeikh Nuruddin ar-Raniri berhasil berangkat ke Mekah dan Madinah dalam tahun1030 H/1621 M dan di sana beliau sempat belajar kepada Syeikh Abu Hafash 'Umarbin 'Abdullah Ba Syaiban atau nama lain ulama ini ialah Saiyid 'Umar al-'Aidrus.Kepada ulama ini beliau mengambil bai'ah Thariqat Rifa'iyah. Dalam sektor

Page 6Thariqat Rifa'iyah itu syeikh yang tersebut adalah murid kepada Syeikh Muhammadal-'Aidrus. Selain Thariqat Rifa'iyah, Syeikh Nuruddin ar-Raniri juga pengamalThariqat Qadiriyah.Kedatangan Syeikh Nuruddin ar-Raniri buat pertama kalinya ke Aceh diriwayatkandalam tahun 1577 M, tetapi ada juga ahli sejarah mencatat bahawa beliau sampaidi Aceh pada tahun 1637 M. Ini bererti setahun setelah mangkatnya SultanIskandar Muda (memerintah dari tahun 1606 M hingga 1636 M). Syeikh Nuruddin arRaniri seakan-akan kedatangan pembawa satu pendapat baru, yang asing dalammasyarakat Aceh. Setiap sesuatu yang baru selalu menjadi perhatian danpengamatan orang, sama ada pihak kawan atau pun pihak lawan. Fahaman baru yangdibawa masuk oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri itu ialah fahaman anti ataupenolakan tasawuf ajaran model Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddinas-Sumatra-i. Kedua-dua ajaran ulama sufi itu adalah sesat menurut pandanganbeliau.Syeikh Nuruddin ar-Raniri mendapat tempat pada hati Sultan Iskandar Tsani, yangwalaupun sebenarnya pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda beliau tidakbegitu diketahui oleh masyarakat luas.Oleh sebab ketegasan dan keberaniannya ditambah lagi, Syeikh Nuruddin ar-Ranirimenguasai berbagai-bagai bidang ilmu agama Islam, mengakibatkan beliau sangatcepat menonjol pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Tsani itu. AkhirnyaSyeikh Nuruddin ar-Raniri naik ke puncak yang tertinggi dalam kerajaan Aceh,kerana beliau mendapat sokongan sepenuhnya daripada sultan. Beliau memang ahlidalam bidang ilmu Mantiq (Logika) dan ilmu Balaghah (Retorika). Dalam ilmuFikah, Syeikh Nuruddin ar-Raniri adalah penganut Mazhab Syafie, walaupun beliaujuga ahli dalam ajaran mazhab-mazhab yang lainnya. Dari segi akidah, SyeikhNuruddin ar-Raniri adalah pengikut Mazhab Ahlus Sunnah wal Jama'ah yang berasaldaripada Syeikh Abul Hasan al-Asy'ari dan Syeikh Abu Manshur al-Maturidi.Pegangannya dalam tasawuf ialah beliau adalah pengikut tasawuf yang mu'tabarahdan pengamal berbagai-bagai thariqah sufiyah. Tetapi suatu perkara yang aneh,dalam bidang tasawuf beliau menghentam habis-habisan Syeikh Hamzah al-Fansuridan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i. Walau bagaimanapun Syeikh Nuruddin ar-Raniritidak pernah menyalahkan, bahkan menyokong Syeikh Muhyuddin ibnu 'Arabi, AbiYazid al-Bistami, 'Abdul Karim al-Jili, Abu Manshur Husein al-Hallaj dan lainlain. Perkataan yang bercorak 'syathahiyat' yang keluar daripada ulama-ulamasufi yang tersebut itu tidak pernah beliau salahkan tetapi sebaliknya perkataanyang bercorak 'syathahiyat' yang berasal daripada Syeikh Hamzah al- Fansuri danSyeikh Syamsuddin as-Sumatra-i selalu ditafsirkan secara salah oleh SyeikhNuruddin ar-Raniri. Di dalam karyanya Fath al-Mubin 'ala al-Mulhidin, SyeikhNuruddin ar-Raniri berpendapat bahawa al-Hallaj mati syahid. Katanya: "DanHallaj itu pun syahid fi sabilillah jua." Padahal jika kita teliti, sebenarnyaSyeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i itu pegangannyatidak ubah dengan al-Hallaj.

Page 7Ajaran Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i berpuncadaripada ajaran Syeikh Muhyuddin ibnu 'Arabi, Syeikh Abi Yazid al-Bistami,Syeikh 'Abdul Karim al-Jili dalam satu sektor. Dan bahagian lain juga berpuncadaripada ajaran Imam al-Ghazali, Syeikh Junaid al-Baghdadi dan lain-lain, adalahdipandang muktabar, sah dan betul menurut pandangan ahli tasawuf. Bahawa ajarantasawuf telah berurat dan berakar di kalbi, bahkan telah mesra dari hujungrambut hingga ke hujung kaki, dari kulit hingga daging, dari tulang hingga kesumsum pencinta-pencintanya, yang tentu saja mereka mengadakan tentangan yangspontan terhadap Syeikh Nuruddin ar-Raniri. Bahkan kepada siapa saja yang beranimenyalah-nyalahkan pegangan mereka. Pengikut-pengikut Syeikh Hamzah al-Fansuridan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i menganggap kedua-dua guru mereka adalah waliAllah, yang faham terhadap pengetahuan syariat, tarekat, haqiqat dan makrifat.Mereka beranggapan, walaupun diakui bahawa Syeikh Nuruddin ar-Raniri sebagaiseorang ulama besar, yang dikatakan juga telah mengetahui ilmu tasawuf, namuntasawuf yang diketahui oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri itu hanyalah tasawuf zahirbelaka. Bahawa beliau hanyalah mengetahui kulit ilmu tasawuf, tetap tidak sampaikepada intipati tasawuf yang sebenar-benarnya. Bahawa beliau baru mempunyai ilmulisan sebagai hujah belaka, tetapi belum mempunyai ilmu kalbi, yang dinamakanjuga dengan ilmu yang bermanfaat. Oleh itu, wajiblah mereka membela guru merekayang mereka sanjung tinggi itu.Selama menetap di Pahang atau pun setelah beliau pindah ke Aceh, ramai pendudukyang berasal dari dunia Melayu belajar kepada ulama besar yang berasal dariIndia itu, namun sampai riwayat ini saya tulis, belum dijumpai tulisan yangmenyenaraikan nama murid-murid Syeikh Nuruddin ar-Raniri. Untuk memulakanpenjejakan mengenainya di sini dapat saya perkenalkan hanya dua orang, iaitu:Syeikh Yusuf Tajul Mankatsi/al-Maqasari al-Khalwati yang berasal dariMakasar/tanah Bugis. Tidak begitu jelas apakah Syeikh Yusuf Tajul Khalwati inibelajar kepada Syeikh Nuruddin ar-Raniri sewaktu beliau masih di Aceh atau punSyeikh Yusuf datang menemui Syeikh Nuruddin ar-Raniri di negerinya, India.Sementara pendapat lain menyebut bahawa Syeikh Yusuf Tajul Khalwati benar-benardapat berguru kepada Syeikh Nuruddin ar-Raniri sewaktu masih di Aceh lagi, danSyeikh Yusuf Tajul Khalwati menerima bai'ah Tarekat Qadiriyah daripada SyeikhNuruddin ar-Raniri. Yang seorang lagi ialah Syeikh Muhammad 'Ali, ulama iniberasal dari Aceh.Ada yang berpendapat bahawa beliau meninggal dunia di India. Pendapat lainmenyebut bahawa beliau meninggal dunia di Aceh. Ahmad Daudi, menulis: "Makatiba-tiba dan tanpa sebab-sebab yang diketahui, Syeikh Nuruddin ar-Ranirimeninggalkan Serambi Mekah ini, belayar kembali ke tanah tumpah darahnya yangtercinta, Ranir untuk selama-lamanya. Peristiwa ini terjadi pada tahun 1054 H(1644 M)." Bahawa beliau meninggal dunia pada 22 Zulhijjah 1069 H/21 September1658 M. Tetapi Karel A. Steenbrink dalam bukunya, Mencari Tuhan Dengan KacamataBarat berpendapat lain, bahawa hingga tahun 1644 M bererti Syeikh Nuruddin masihberada di Aceh. Menurutnya terjadi diskusi yang terlalu tajam antara beberapa

Page 8kelompok pemerintah: Seorang uskup agung (ar-Raniri) di satu pihak dan beberapahulubalang dan seorang ulama dari Sumatera Barat di pihak lain. Pihak yang antiar-Raniri akhirnya menang, sehingga a

Syeikh Hamzah al-Fansuri Sasterawan sufi agung SYEIKH Hamzah al-Fansuri telah banyak dibicarakan orang, namun tidak dapat dinafikan perkara-perkara baru sentiasa ditemui oleh para peneliti. Pada mukadimah ini saya nyatakan bahawa tanpa diketahui siapakah yang pertama mengkhayal rup

Related Documents:

1 Bab 1: Jenis Hamzah Hamzah yang terdapat di dalam al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu Hamzah Wasal dan Hamzah Qat'ie. 1. Hamzah Qat'ie: Hamzah Qat'ie ( ﻊﻄﻘﻟا هﺰﻤھ ). Hamzah ini tetap disebut pada permulaan bacaan, pada ketika bacaan sambung dan pada tulisan. Hamzah ini dinamakan dengan Hamzah Qat'ie ialah kerana ia

antaranya ialah Syeikh Hamzah al-Fansuri, Syeikh Shamsuddin al-Sumatrani, Syeikh Nuruddin al-Raniri, Syeikh Abdul Rauf Singkel2 dan lain-lain. Hasil dari kegigihan para ulama tersebut, cukup banyak karya dan penulisan yang telah mereka tonjolkan dalam berbagai aspek dan bidang, seperti

Hamzah Fansuri is the first Sufi who teaches tasawuf referred to wujudiyah (panteism) in Nusantara. Tasawuf wujudiyah was gained by Hamzah Fansuri from Ibn ‘Arabi, Abu Yazid al-Bisthami, al-Hallaj, al-Rumi, al-At

Ma’rifatullah Menurut Shaykh Hamzah Fansuri Hamzah Fansuri on Knowing Allah Yusri MohaMad raMli, Mohd sYukri Yeoh abdullah & rohaiMi rastaM ABSTRAK Awal agama adalah mengenal Allah. Mengenal Allah menjadi paksi dalam pendidikan akidah umat Islam sehingga ia sering dipesan oleh par

BAB 2 : JENIS-JENIS HAMZAH Hamzah yang terdapat di dalam al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu Hamzah Wasal dan Hamzah Qat'ie. Hamzah Qat'ie( ةﺰﻤھ ﻊ ﻄﻘﻟا ). Hamzah ini tetap disebut pada permulaan bacaan, pada ketika bacaan sambung dan pada tulisan.

Hamzah Qatha’ ada di setiap suku kata bahasa Arab. Semua hamzah yang berada di awal kata bahasa Arab adalah hamzah qatha’ kecuali asma’ asrah7 (10 kata) dan hamzah yang muncul atau ditambahkan diawal kata sebab mengikuti wazan sharaf. Hamzah qatha’ menurut jenis kata, antara lain : 1.

Risalah Tasawuf Syeikh Hamzah Fansuri yang berbentuk kitab ilmiah antara lain: a. Asrar al-„Arifīn (Rahasia Ahli Ma‟rifah), merupakan karya prosa yang cukup menarik, karena disini diberikan sebuah contoh bagaimana Hamzah Fansuri sendiri memakai syair sebagai media da‟wah.

Topographical Anatomy A working knowledge of human anatomy is important for you as an EMT. By using the proper medical terms, you will be able to communicate correct information to medical professionals with the least possible confusion. At the same time, you need to be able to communicate with others who may or may not understand medical terms. Balancing these two facets is one of the most .