PERANAN ULAMA DALAM MEMARTABATKAN TAMADUN

2y ago
207 Views
2 Downloads
218.00 KB
18 Pages
Last View : 10d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Abram Andresen
Transcription

PERANAN ULAMA DALAM MEMARTABATKAN TAMADUNISLAM DI NUSANTARA: TUMPUAN TERHADAPABDUL RAUF SINGKELOleh:Ali Mohammad AbstrakArtikel ini memaparkan peranan ulama dalam memartabatkan TamadunIslam di Nusantara. Garapan daripada sumbangan yang diberikan olehmereka itu akan tertumpu kepada seorang tokoh ternama Nusantara iaituSyeikh Abdul Rauf Singkel. Tokoh yang menjadi tumpuan dalam artikel iniadalah merupakan seorang ulama terkenal di rantau ini. Peranan beliaudalam usaha memartabatkan Tamadun Islam itu dapat dilihat melaluibeberapa saluran. Antaranya penceburan dalam bidang kehakimansebagai Qadi Malik al-‘Adil, aktif dalam bidang penulisan dan banyakkarya telah dihasilkan, penyebar pemikiran tasawuf dan pelopori TarikatSyatariyah, bergiat cergas dalam bidang pendidikan hingga terkenaldengan gelaran Teungku Syiah Kuala dan juga menjadi penggerak kepadajaringan keilmuan antara ulama seluruh Nusantara.Terbukti perananSyeikh Abdul Rauf Singkel adalah sangat besar dan jelas dapatmemartabatkan Tamadun Islam di Nusantara ini.Kata kunci: Abdul Rauf Singkel, Ulama Nusantara, Islam, AchehAbstractThis article discusses the role of Muslim scholars in elevating IslamicCivilization in the Malay Archipelago. Compilation from contributionsprovided by them will be focused on a well-known figure, Sheikh AbdulRauf Singkel. His role in elevating Islamic civilization can be viewedthrough several channels such as in the judicial field as Qadi Malik al'Adil, active in the field of writing and he produced many works. Hebecome spreader of newborn thinking and pioneer of Tarikat Syatariyah,active in the field of education. He was well-known with the title TeungkuSyiah Kuala and established networks among scholars throughout MalayArchipelago. Sheikh Abdul Rauf Singkel role’s is huge and able to elevatethe Islamic civilization in Malay Archipelago.Keywords: Abdul Rauf Singkel , Malay Scholar, Islam, Acheh Ali Mohammad, Ph.D adalah Profesor Madya di Akademi Pengajian Islam, UniversitiMalaya.

Jurnal Al-Tamaddun, Bil. 4 (2009) 81 – 98PendahuluanAcheh, sebuah kerajaan Islam di Nusantara sejak awal kejatuhanMelaka 1511M, telah berperanan menjadi satu wilayah yang memberikansumbangan besar terhadap perkembangan dan kemajuan Tamadun Islam dirantau ini. Wilayah yang mendapat jolokan sebagai “Serambi Mekah”1 inibukan sahaja berperanan dalam bidang sosio-politik nasional sahaja, malahsebagai pusat tamadun dan pengajian Islam yang unggul.Pada abad ke-16M Acheh menjadi salah sebuah kerajaan yang sangatpenting di Nusantara dan mempunyai pengaruh politik juga diplomatikdengan dunia internasional, seperti hubungan dengan Khilafah ‘Uthmaniahdi Timur Tengah, sebuah pemerintahan Islam yang terkuat ketika itu.Disamping itu, Acheh dianggap wilayah yang terawal menjalinkanhubungan intelektual keagamaan dengan pusat Tamadun Islam di TimurTengah, khususnya Mekkah dan Madinah (H:aramayn). Perkara tersebutterjadi adalah kerana Acheh pada masa itu, merupakan tempatpersinggahan terpenting bagi para jamaah Nusantara dalam perjalananmereka pergi dan kembali dari bumi H:aramayn tersebut.Implikasi dari hubungan antara Acheh dan Timur Tengah itu,menjadikan wilayah berkenaan telah melahirkan ramai sekali ulama atauintelektual Islam, terutama dalam konteks pemikiran tentang keislaman.Sebagai contoh, pada abad ke-16M hingga akhir abad ke-17M ramai paraulama besar yang sangat produktif dikenali berasal dari Wilayah Acheh,antaranya ialah Syeikh Hamzah al-Fansuri, Syeikh Shamsuddin alSumatrani, Syeikh Nuruddin al-Raniri, Syeikh Abdul Rauf Singkel2 danlain-lain. Hasil dari kegigihan para ulama tersebut, cukup banyak karyadan penulisan yang telah mereka tonjolkan dalam berbagai aspek danbidang, seperti ilmu fiqh, tafsir dan hadith, terutama sekali dalam ilmutasawuf. Karya-karya mereka itu tidak hanya mempunyai fungsi sosial,politik dan keagamaan, malah ianya sentiasa menjadi bahan rujukan dalamberbagai tradisi intelektual ketamadunan Islam.Kehebatan tokoh-tokoh ilmuan tersebut yang dijelmakan melaluipenulisan dan kayra-karya mereka, telah berjaya meningkatkan kegiatanilmu dan penonjolan Tamadun Islam di Nusantara menerusi para ulamaberkenaan. Melalui usaha mereka itu dapat memperlihatkan kebaikan danketinggian Islam serta kesesuaiannya, samada berhubung dengan1Dr. Haji Abdullah Ishak (1992), Islam di Nusantara (Khususnya di Tanah Melayu), ct.2, Maskha Sdn Bhd., h. 118.2J. B. Kristanto (2000), Seribu Tahun Nusantara, Jakarta: Harian Kompas, h. 459.82

Peranan Ulama Dalam Memartabatkan Tamadun Islam Di Nusantara:Tumpuan Terhadap Abdul Rauf Singkelkeagamaan, politik, kemasyarakatan, pembangunan atau ekonomi yangberlandaskan kepada ajaran Islam dapat dihayati dan diperaktikkan dengansempurna dan berkesan.Riwayat Hidup Abdul Rauf SingkelSyeikh Abd. Rauf Singkel adalah seorang ulama yang sangatterkenal pada abad ke-17M di Acheh. Beliau dilahirkan pada tahun1024H/1615M3 di Fansur Singkel yang terletak di bahagian Pantai Barat,Sumatera. Iaitu di Kabupaten Acheh Selatan. Nama lengkapnya ialahAbdul Rauf bin Ali al-Jawi al-Fansuri al-Singkeli. Setelah meninggaldunia beliau dikenali dengan Teungku di Kuala atau Syiah Kuala keranadia mengajar dekat kuala sungai/krueng Acheh. Beliau telah meninggaldunia pada hari Jumaat tahun 1105H/1693M dan dimakamkan dekat kualasungai Acheh tersebut.4Syeikh Abdul Rauf Singkel telah memulakan pendidikan dikampung halamannya sendiri kemudian meneruskannya di ibu kotakerajaan Acheh pula. Selepas itu beliau meneruskan pendidikannya keTanah Arab (H:ijāz) pada tahun 1642M dan mengambil masa selama 19tahun, di antaranya ialah beberapa tahun di Mekkah, Madinah, Jeddah,Zebid, Betalfakih dan tempat-tempat lain. Beliau menuntut ilmu daripadaseorang guru/ulama yang terkenal di dunia Islam pada masa itu, ulamatersebut ialah Ahmad al-Qusyasyi seorang pemimpin atau Syeikh TarikatSyatariyah. Syeikh Abddul Rauf Singkel juga telah dapat menyelesaikanpengajian beliau dengan jayanya melalui seorang lagi ulama terkenal, iaituMolla Ibrahim yang juga merupakan pengikut Syeikh Ahmad alQusyasyi.5Mengenai pengalamannya menuntut ilmu dikatakan sama sahajaseperti pengalaman kebanyakan para penuntut ilmu yang lain, iaitu seringsahaja berpindah dari satu tempat ke tempat lain dari seorang guru kepadaguru yang lain. Beliau juga mempelajari berbagai disiplin ilmu sepertitatabahasa Arab, membaca al-Qur’an, ilmu hadith, fiqh dan lain-lainsehingga kepada ilmu batin. Namun demikian, beliau lebih mengutamakantentang ilmu-ilmu asas Islam pada permulaan pengajiannya semasa diYamen. Di sini beliau pernah belajar seni bacaan al-Qur’an daripadaseorang guru yang dikira sebagai qari terbaik pada masa itu, iaitu Sheikh3Prof. Dr. Azyumardi Azra (1999), Renaisans Islam Asia Tenggara Sejarah Wacana danKekuasaan, Bandung: PT. Remaja Rosdakarya, h. 133.4Ibid., h. 125.5Ibid., h. 123.83

Jurnal Al-Tamaddun, Bil. 4 (2009) 81 – 98‘Abdullah al-‘Adani. Selain daripada itu, beliau agak lama juga belajardengan Syeikh Ibrahim ibn ‘Abdullah yang kemudiannya beliaudiperkenalkan pula kepada Syeikh Ahmad al-Qusyasyi, iaitu gurunyadalam bidang tasawuf serta ilmu-ilmu yang lain.6Selain daripada belajar dengan para gurunya secara formal, AbdulRauf Singkel juga telah menjalinkan hubungan dengan para ulamaterkemuka pada masa itu, samada mereka yang berada di Yamen,H:aramayn (Mekkah dan Madinah), Mesir, India atau beberapa wilayahmuslim yang lain. Antara ulama terpenting yang pernah ditemui berulangkali oleh Abdul Rauf Singkel dalam kesempatan musim haji, ialahMuhammad al-Babili (1000–1077H / 1591–1666M) dari negara Mesiryang merupakan seorang muh:addith (ahli h adīth) terkemuka pada masaitu, beliau juga adalah guru kepada hampir seluruh muh:addithīn utama diH:aramayn (Makkah dan Madinah) pada abad ke-17M. Selain daripada ituialah Muhammad al-Bazanji (1040 -1103H / 1630–1691M) dari wilayahAnatoli, beliau adalah merupaka seorang Syeikh Sufi yang terkemuka.7Hubungan yang dijalinkan oleh Abdul Rauf Singkel itu telahmemperkayakan pemikiran dan pandangan beliau yang sangat luasmengenai Islam.Peranan Dalam Aspek AgamaUntuk mengetahui tentang peranan Abdul Rauf Singkel dalam aspekkeagamaan, perlulah dilihat ketika beliau pulang dari menuntut ilmu diH:aramayn (Mekkah dan Madinah). Sebagaimana yang diketahui,sekembalinya dari Tanah Arab pada tahun 1661M, pemikiranpemikirannya dapat mempengaruhi kalangan penguasa istana. SehinggaSultanah Safiyatuddin yang sedang memerintah pada masa itu telahmenjadikan beliau sebagai rujukan keilmuan dan sebagai penasihat istana.8a) Pengiktirafan Sebagai Pegawai AgamaHubungan pihak penguasa atau kalangan istana dengan ulama atauintelektual keagamaan ketika itu, boleh dikatakan satu hubungan yangharmoni, iaitu golongan ulama sebagai pemegang kekuasaan dalam soalhukum hakam, manakala sultan atau sultanah sebagai pemegangkekuasaan politik atau pemerintahan. Keharmonian hubungan yangsedemikian, memberikan kesempatan kepada penyebaran Islam dan6Prof. Dr. Azyumardi Azra, op. cit., h. 133.Ibid., h. 134.8J. B. Kristanto, op. cit., h. 461.784

Peranan Ulama Dalam Memartabatkan Tamadun Islam Di Nusantara:Tumpuan Terhadap Abdul Rauf Singkelpenghayatan tamadunnya begitu cepat berkembang. Sultan atau sultanahpada masa itu adalah sebagai pelindung kepada penyebaran Islam,sehingga Islam menjadi fenomena istana. Ini bermakna, istana menjadipusat pengembangan intelektual atau ulama Islam di bawah perlindunganrasmi pihak sultan atau sultanah berkenaan. Dari sudut yang lain, sultansultan Acheh telah memberi kesempatan yang sangat luas bagiperkembangan ilmu pengetahuan, malah sebahagian daripada merekaboleh dikategorikan sebagai ulama. Aktiviti pendidikan yang pesat danproses memperkemaskan struktur pengajian dalam berbagai bidang ilmupengetahuan, telah mencapai kemajuan yang sangat membanggakan padazaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda pada tahun 1607-1636M.9Pada masa inilah Acheh telah melahirkan ramai para ulama besar danterkemuka yang sukar ditandingi dan sangat dikagumi hingga sekarang.Antara ulama besar yang muncul pada masa itu ialah Hamzah al-Fansuri,Syamsuddin al-Sumatrani, Abdul Rauf Singkel, Nuruddin al-Raniri,Ibrahim al-Syami dan lain-lain lagi.10Salah seorang ulama terkemuka tersebut yang menjadi orangkepercayaan Sultan Iskandar Muda ialah Syeikh Abdul Rauf Singkel.Beliau pada peringkat awalnya dilantik oleh sultan sebagai imam MasjidRaya Bait al-Rahim. Disamping tugasnya sebagai imam masjid tersebut,beliau juga terkenal kerana mempunyai sebuah pesantren yang cukupramai muridnya. Malah Sultan Iskandar Muda sendiri pada masa kecilnyapernah belajar dengan Syeikh Abdul Rauf Singkel di Kuala, begitu jugaterdapat seorang muridnya yang terkenal datang dari pulau Jawa iaituAbdul Muhyi, beliau ini adalah sezaman dengan Sultan Agung Mataram(1613–1645M).11 Sebenarnya Syeikh Abdul Rauf Singkel ini lebihterkenal dengan gelaran Teungku Syiah Kuala, iaitu sebagai seorang ulamabesar, pengarang, pendidik, ahli politik dan negarawan yang termasyhur.Beliau telah menjadi Qadi Malik Al-‘Adil dalam masa pemerintahan empatorang Ratu iaitu; Sultanah Sri Ratu Tajul ‘Alam Safiyatuddin JohanBerdaulat (1641–1675M), Sultanah Sri Ratu Nurul ‘Alam Naqiyatuddin(1675–1678M), Sultanah Sri Ratu Zakiyatuddin ‘Inayat Syah (1678–1688M) dan Sultanah Sri Ratu Kamalat Syah (1688–1699M).129Dr. Haji Abdullah Ishak, op. cit., h. 120.Drs Edi S. Ekadjati (1975), Penyebaran Agama Islam di Pulau Sumatera, Bandung: PT.Sanggabuana, h. 36.11Ibid, h. 37.12Dr. Mahayudin Hj. Yahaya (1998), Tamadun Islam, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.,h. 322.1085

Jurnal Al-Tamaddun, Bil. 4 (2009) 81 – 98Antara tahun 1641M sehinggalah tahun 1690-an Masihi, SyeikhAbdul Rauf Singkel dipilih oleh Sultanah Safiyatuddin dan pemerintahseterusnya untuk memegang jawatan Qadi Malik Al-‘Adil.13 Jawatan iniyang bermaksud “Jaksa Agung” adalah untuk mengetuai satu lembagasebagai pembantu sultanah dalam menjalankan pemerintahan. Lembaga inidianggotai oleh empat orang mufti yang mempunyai tugas memegang danmengendalikan hukum-hukum agama. Syeikh Abdul Rauf Singkel yangmemegang jawatan ini mempunyai wilayah pengaruh relatif yang sangatluas, terutamanya dalam bidang-bidang yang berkait dengan keagamaan.Bahkan lebih daripada itu beliau dapat ikut serta dalam menentukan arahperjalanan politik kenegaraan. Kedudukan jawatan Qadi Malik Al-‘Adilyang disandang oleh Abdul Rauf Singkel dan dibantu oleh para ulama lainlagi begitu penting dan tinggi di Acheh ketika itu, sehingga apabilaseseorang raja atau sultan itu mangkat, dialah yang menjadi pengganti ataupemangku buat sementara waktu sebelum dipilih sultan yang baru. Iniadalah kerana Qadi tersebut merupakan Jaksa Agung yang memegangamanah hukum syarak Allah s.w.t dan juga Hukum ‘Adat Kanun SyarakAcheh’.14 Keadaan tersebut menjelaskan bahawa dalam strukturKesultanan Acheh pada masa itu, jawatan ini merupakan posisi terpentingiaitu tempat kedua selepas raja atau sultan yang bergelar “Sultan ‘Adil”.Selain daripada itu, terdapat satu lagi lembaga penasihat sultan dizaman Iskandar Muda Mahkota Alam yang disebut sebagai “BalaiGadang”. Anggota lembaga ini terdiri daripada 22 orang tokoh ulamayang berperanan untuk membantu sultan dalam semua urusan.15 Melaluilembaga tersebut permasalahan yang berhubung dengan politik,kemasyarakatan, pembangunan dan ekonomi yang berlandaskan hukumsyarak serta ajaran Islam, diperbincangkan supaya dapat dihayatipelaksanaannya dengan sempurna dalam masyarakat.16 Sebenarnya tradisiKesultanan Acheh sejak zaman awal kekuasaannya hinggalah ke zamanselepas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, amat menyanjung tinggialim ulama dan sentiasa berdamping rapat dengan mereka. Daripada paraulama ini mereka bukan sahaja mendapat nasihat dan tunjuk ajar dalamperkara yang berhubung dengan masalah agama, bahkan juga mendapatnasihat dan pandangan mereka dalam masalah politik dan pentadbirannegara.13J. B. Kristanto, op, cit., h. 461.Abdul Rahman Haji Abdullah (1990), Pemikiran Umat Islam di Nusantara: Sejarah danPerkembangannya Hingga Abad ke-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 63.15Dr. Haji Abdullah Ishak, op. cit., h. 123.16Drs. Edi S. Ekadjati, op. cit., h. 35.1486

Peranan Ulama Dalam Memartabatkan Tamadun Islam Di Nusantara:Tumpuan Terhadap Abdul Rauf SingkelPengamal/Penyebar Tariqat TasawufKedudukan Abdul Rauf Singkel sebagai pemimpin TarikatSyatariyah melalui panduan dan ajaran gurunya Syeikh Ahmad Qusyasyi,membolehkan beliau mengembangkan gagasan-gagasan keagamaannyasendiri sehingga ke Tanah Melayu melalui tarikat ini. Adapun muridnyayang turut bertanggungjawab dalam menyebarkan gagasan ini ialah SyeikhAbdul Muhyi setelah beliau pulang ke kampungnya di Jawa Barat. Malahusaha beliau menyebarkan ajaran tarikat berkenaan sangat meluas hinggake Jawa Tengah dan Jawa Timur, penyebaran tarikat ini begitu cepatberkembang dan pengajarannya bukan sahaja subur di kalangan rakyatjelata, bahkan ianya mendapat tempat di kalangan pembesar danpemerintah.17Selain daripada Tarikat Syatariyah yang tersebar luas di Nusantaraterutamanya di Acheh, terdapat berbagai-bagai aliran tasawuf lagi sepertiTarikat Naqsyabandiyah, Qadariyah, Syaziliyah dan lain-lain. Antaratokoh-tokoh ulama tasawuf yang terkenal di Acheh selain daripada AbdulRauf Singkel ialah Hamzah al-Fansuri, Syamsuddin al-Sumatrani, SyeikhIbrahim al-Syami, Nuruddin al-Raniri, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani danlain-lain.18 Sekalipun terdapat pertentangan antara dua kumpulah TarikatTasawuf di Acheh, iaitu antara golongan Hamzah al-Fansuri danSyamsuddin al-Sumatrani yang berpegang kepada konsep Wahdat alWujud dengan golongan Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel yangberpegang kepada konsep Wahdat al-Shuhud. Namun demikian, melaluisaluran ini didapati amat berkesan sekali dalam penyebaran Islam, keranatokoh-tokoh tersebut bukan sahaja kuat mempertahankan fahaman danaliran masing-masing, malah mereka adalah terdiri daripada golonganulama yang bertaqwa dan berakhlak mulia yang boleh dicontohi.19Melihat kepada kedudukan Syeikh Abdul Rauf Singkel dalamKerajaan Acheh dan ditambah pula dengan suasana seperti ini, tidaklahmenghairankan kalau gagasan-gagasan pembaharuan Syeikh Abdul RaufSingkel yang dibawa oleh muridnya Abdul Muhyi kemudiannya dapatmengatasi tarikat tasawuf berbau mistik yang dibawa oleh Syeikh Hamzahal-Fansuri. Begitu juga dengan kejayaan seorang lagi murid Syeikh AbdulRauf Singkel yang terkenal iaitu Syeikh Burhanuddin dari Minangkabau.Menjelang akhir abad ke-17M beliau telah kembali ke kampungnyaUlakan di wilayah pesisir Pariaman. Beliau adalah pemimpin Tarikat17Dr. Haji Abdullah Ishak, op. cit., h. 119.Ibid.19Ibid.1887

Jurnal Al-Tamaddun, Bil. 4 (2009) 81 – 98Syatariyah ini yang dikenali dengan nama Tuanku Ulakan dan telahmendirikan suraunya sendiri, sebagai pusat aktiviti dalam prosespelaksanaan/pengamalan ajaran-ajarannya. Sepanjang hidupnya SyeikhBurhanuddin dianggap sebagai tokoh tunggal dalam masalah-masalahkeagamaan di Minangkabau.20Sebenarnya perkembangan tarikat tasawuf hanya dikesan denganlebih ketara mulai abad ke-17M, antara tarikat yang berkembang padaabad itu ialah Tarikat Syatariyah yang diperkenalkan oleh Abdul RaufSingkel. Beliau telah menyebarkan tarikat ini bersama-sama dengangurunya Syeikh Ibrahim al-Kurani yang diterima daripada Syeikh Ahmadal-Sanawi.21 Syeikh Abdul Rauf Singkel juga telah membuka sebuah pusatpengajarannya di Acheh pada tahun 1661M, di samping penubuhannya diUlakan, Minangkabau yang ada hubungan dengan usaha muridnya SyeikhBurhanuddin, seperti juga di Jawa Barat di mana ilmunya turutberkembang melalui muridnya Syeikh Abdul Muhyi.22Penyelesaian Konflik IntelektualPemikiran keagamaan yang diperkenalkan melalui TarikatSyatariyah oleh Abdul Rauf Singkel ini, banyak membantu dalammenyelesaikan konflik keagamaan dan intelektual yang terjadi di Acheh.Sepertimana yang dijelaskan sebelum ini bahawa terjadi pertembunganyang sengit antara para pengikut doktrin Tasawuf Wujudiyah pimpinanHamzah al-Fansuri dan Syamsuddin al-Sumaterani, dengan para pengikutdoktrin Tasawuf Shuhudiyah pimpinan Nuruddin al-Raniri dan Abdul RaufSingkel.Dalam pertelagahan ini, Nuruddin al-Raniri yang mendapatsokongan pihak pemerintah Acheh pada masa itu, telah menuduh Hamzahal-Fansuri dan pengikut Wujudiyah sebagai sesat, menyimpang, bahkanmempercayai banyak tuhan, kerana itulah mereka semua mesti dihukummati sekiranya mereka tidak insaf dan bertaubat. Berikutan dengan konflikyang sangat dahsyat itu, sehingga mengakibatkan berlakunya pembakaranseluruh karangan Hamzah al-Fansuri, terutama tentang Wujudiyah yangdianggap sebagai khazanah keilmuan yang sangat berharga, malah diikutidengan pemburuan dan pembunuhan ramai para pengikutnya.23 Konflik20Prof. Dr. Azyumardi Azra, op. cit., h. 136.Abdul Rahman Haji Abdullah, op. cit., h. 163.22Daniel Perret dan Puteri Rashidah Megat Ramli (1998), Hubungan Budaya DalamSejarah Dunia Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hl. 6.23J.B. Kristanto, op. cit., h. 462.2188

Peranan Ulama Dalam Memartabatkan Tamadun Islam Di Nusantara:Tumpuan Terhadap Abdul Rauf Singkelkeagamaan seperti inilah yang dihadapi oleh masyarakat dan pihakberkuasa, menyebabkan keadaan tersebut memerlukan kepada tokoh yangberwibawa untuk menanganinya. Menerusi perkembangan ilmu tasawufyang wujud pada masa itu dengan tokoh-tokoh ulama seperti SyeikhHamzah al-Fansuri, Syamsuddin al-Sumatrani, Syeikh Nuruddin al-Raniridan Syeikh Abdul Rauf Singkel serta lain-lain, telah menjadikan fenomenatersebut turut berpengaruh dan merebak hingga keluar daripada wilayahAcheh. Kehadiran Syeikh Abdul Rauf Singkel tidak syak lagi memberikanharapan baru bagi pihak berkuasa Acheh untuk keluar dari kemelut konflikkeagamaan antara dua doktrin tersebut. Kemampuan Syeikh Abdul RaufSingkel dalam menyelesaikan masalah berkenaan, telah dimuatkan dalamkarya-karya beliau samada yang ditulis dalam Bahasa Melayu seperti:Daqāiq al-H:urūf, atau yang ditulis dalam Bahasa Arab seperti: Tanbīh alMashyī yang berbentuk prosa ataupun puisi. Terdapat semacaminterpretasi terha

antaranya ialah Syeikh Hamzah al-Fansuri, Syeikh Shamsuddin al-Sumatrani, Syeikh Nuruddin al-Raniri, Syeikh Abdul Rauf Singkel2 dan lain-lain. Hasil dari kegigihan para ulama tersebut, cukup banyak karya dan penulisan yang telah mereka tonjolkan dalam berbagai aspek dan bidang, seperti

Related Documents:

EZY'S SEJARAH SPM 2017 1 Rajah 1 berkaitan dengan ciri - ciri tamadun. T4 B1 ms 6 [ P2 B1 ] Rajah 1 Apakah X ? A Kemajuan sistem perhubungan . SPMU 2015 1 Rajah 1 menerangkan pertembungan Tamadun Indus dengan tamadun awal yang lain. T4 B1 ms 27 [ P2 B8-B10 ] Tamadun

Bahagian B [60 markah] Jawab tiga soalan sahaja daripada bahagian ini. 5 Tamadun Mesir Purba berkembang sejak Zaman Neolitik antara tahun 10000 S.M. hingaa 5000 S.M. (a) Jelaskan sistem pemerintahan tamadun Mesir Purba. [4 markah] (b) Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai “Anugerah Sungai Nil”.

SPM 2004-SPM 2019 T4B1 : TAMADUN AWAL MANUSIA KONSEP TAMADUN SPMU 2019 1 Menurut pandangan Barat, konsep tamadun merangkumi pembangunan T4 B1 ms 5 [ P2 B5 ] A bandar B tatasusila C kesopanan D moral SPMU 2018 1 Konsep tamadun dari sudut pandangan islam menekankan pembangunan rohaniah. Apakah yang berkaitan dengan pembangunan rohaniah ?

1 Sejarah dan Tamadun Islam di Malaysia: Satu Kajian Terperinci untuk membangunkan Modul bagi Kursus PPPJ 1223 (Sejarah dan Tamadun Islam di Malaysia) Kod Projek: PTS-2011-110 1Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad (Ketua Projek), 1Azmul Fahimi Kamaruzaman & 1 2Ermy Azziaty Rozali 1Jabatan Pengajian

SEJARAH SPM : K1 - 2019 SOALAN SEBENAR *Required NAMA * Your answer SEKOLAH * Your answer 1. Tamadun berikut be!embung dengan tamadun Indus. Apakah kesan pe!embungan tersebut terhadap tamadun Indus? * 21/09/2020, 12:21 PM Page 1 of 24. 1 point MenaDkan kehidupan selepas mati

berjudul Peranan Pustakawan Dalam Pemanfaatan Koleksi Perpustakaan SMA Negeri 1 Bontonompo Kabupaten Gowa yang membahas tentang pemanfaatan koleksi. Sedangkan judul yang saya ingin teliti adalah Peranan Pustakawan Dalam Meningkatkan Koleksi Perpustakaan di SMA Negeri 1 Pangkep yang akan

-Menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa -Kemajuan dalam bidang ekonomi, rohani dan kepercayaan -Melahirkan masyarakat yang kreatif -Menghasilkan teknologi hebat -Mempunyai sifat keterbukaan [ 2 markah ] Muka surat 31 4 (a) Nyatakan maksud “ mandat daripada tuhan ” yang menjadi kepercayaan masyarakat tamadun Hwang Ho

Andreas Wagner. ERAD 2014 - THE EIGHTH EUROPEAN CONFERENCE ON RADAR IN METEOROLOGY AND HYDROLOGY ERAD 2014 Abstract ID 306 2 Using a pattern recognition scheme, single pixels or groups of pixels that show unusual signatures compared to precipitation echoes, are identified in these accumulation products. Such signatures may be straight edges, high gradients or systematic over- or .