Ma’rifatullah Menurut Shaykh Hamzah Fansuri

2y ago
21 Views
2 Downloads
233.66 KB
8 Pages
Last View : 15d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Braxton Mach
Transcription

International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 4(3), 2016: 41 - ’rifatullah Menurut Shaykh Hamzah FansuriHamzah Fansuri on Knowing AllahYusri Mohamad Ramli, Mohd Syukri Yeoh Abdullah & Rohaimi RastamABSTRAKAwal agama adalah mengenal Allah. Mengenal Allah menjadi paksi dalam pendidikan akidah umat Islam sehingga iasering dipesan oleh para ulama dalam karya-karya mereka termasuk Hamzah Fansuri. Artikel ini meneliti pandanganHamzah Fansuri mengenai Ma’rifatullah daripada sudut kewajipannya dan juga asas-asasnya sebagaimana yangdinyatakan di dalam bab keempat dalam karyanya, Sharab al-‘Ashiqin. Berdasarkan analisis kandungan, tulisan inimendapati bahawa Hamzah Fansuri menyampaikan pesanannya mengenai kewajipan tersebut berasaskan ayat al-Qurandan petikan hadith dan melihat bahawa kewajipan Ma’rifatullah adalah berdasarkan kemampuan manusia masingmasing. Manakala asas terpenting dalam mengenal Allah ialah dengan mengenal siapakah Tuhan dan hubungannyadengan manusia. Hubungan tersebut dapat difahami dengan Sifat-sifat Allah yang utama termasuk Qadim, Khaliq,Baqi, Wujud dan sebagainya.Kata kunci: Hamzah Fansuri; Ma’rifatullah; Tasawwuf; Islam di alam MelayuABSTRACTKnowing Allah is the first and foremost action in religion. Knowing Allah is the centre in education of Islamic creed,therefore became widely reminded by Muslim scholars including Hamzah Fansuri. This article analyzes HamzahFansuri’s view on Knowing Allah whith special attention to its obligation and principles as written in the chapterfour of his Sharab al-‘Ashiqin. Based on content analysis, this work finds that Hamzah Fansuri uses verses from theQuran and fragments from the Hadith as his basis of understanding. He realizes that all mankind are varied in theircapabilities on knowing Allah. He also stresses the main principles in knowing Allah is to understand who is God andwhat it’s relation to mankind. Such relations could be understodd by knowing God’s attributes such as Eternity, Creator,Everlasting, Existence and many others.Keywords: Hamzah Fansuri; Ma’rifatullah; Sufism, Islam in the Malay worldPENGENALANMa’rifatullah merupakan teras utama dalam akidahIslam. Ia dianggap sebagai alpha dan omega dalamperjalanan seorang Muslim khususnya dalamkonteks menuntut ilmu. Ini kerana tiada ilmu yanglebih tinggi daripada ilmu Mengenal Allah Ta’ala.Lantaran itu, Ma’rifatullah menjadi suatu peringatanpenting yang disampaikan oleh para ulama kepadaumat Islam sama ada secara lisan atau tulisantermasuklah para ulama di Alam Melayu. Salahseorang tokoh di rantau ini termasuklah Shaykhal-‘Arif Billah Hamzah Fansuri Shahr Nawi (r.a.),tokoh ulama rohani Alam Melayu yang terkenal.Tulisan ini mencermati penjelasan HamzahFansuri mengenai Ma’rifatullah, yakni MengenalAllah (s.w.t.) sebagaimana yang termaktub dalamkarya prosa beliau iaitu Sharab al-‘Ashiqin yangmerupakan kitab yang dinyatakannya sebagai dituliskhusus untuk orang awam dan berupa asas-asasajaran Islam yang perlu difahami dan diamalkanoleh setiap Muslim. Ma’rifatullah merupakanasas dan kewajipan setiap Muslim. Oleh itu, kitabSharab al-‘Ashiqin yang bersifat penjelasan ringkasdan menyasarkan semua golongan masyarakatdijadikan sandaran utama tulisan ini berbandingdua karya prosa yang lain yang dianggap HamzahFansuri sebagai tahap yang lebih tinggi iaiatu Asraral-‘Arifin dan Muntahi. Tambahan pula singgunganterhadap topik ini lebih banyak diutarakan olehHamzah Fansuri dalam Sharab al-‘Ashiqinberbanding selainnya.Penelitian ini akan melihat teks tersebut danmelakukan analisis kandungan dengan memilihisi kandungan yang mempunyai karakter yangjelas terarah kepada topik yang dikaji. Penjelasan

42Yusri Mohamad Ramli, Mohd Syukri Yeoh Abdullah & Rohaimi Rastammengenai Ma’rifatullah yang termaktub dalamteks tersebut akan ditafsir dan ditahqiq denganmenjelaskan apa-apa yang samar mengenainyaserta menyebutkan rujukan bagi ayat-ayat al-Qurandan mentakhrij hadith-hadith yang digunakannya.Penjelasan terhadap pemikiran Hamzah Fansurimengenai Ma’rifatullah akan dihurai daripadadua aspek, iaitu kewajipan mengenal Allah danasas dalam mengenal Allah serta didahului denganpengenalan mengenai asas pemikiran akidah beliau.Dalam meninjau kajian-kajian yang telahdilakukan oleh para sarjana terhadap HamzahFansuri, dapat diketahui bahawa perhatian secarakhusus mula diberikan terhadap tokoh ini dalamkajian peringkat kedoktoran yang dilakukan olehJohan Doorenbos (1933). Beliau memperkenaldan mentahqiq beberapa rampaian syairnya disamping karya Asrar al-‘Arifin dan Sharab al‘Ashiqin. Usaha beliau ini termasuklah melakukantransliterasi daripada skrip Jawi kepada skripRumi di samping memberikan penjelasan umum(annotasi) terhadap karya-karya tersebut. Perhatianselanjutnya turut diberikan oleh para sarjanatermasuk al-Attas (1970), G.W.J. Drewes dan LodeF. Brakel (1986), Vladimir Braginsky (1994), A.Hasjmy (1976), Ahmad Daudi (1978), MuhammadBukhari Lubis (1994), dan ramai lagi. Namun apayang dapat dirumuskan, belum ada singgungansecara khusus terhadap isu Ma’rifatullah daripadasudut kandungan yang disampaikan oleh HamzahFansuri. Oleh yang demikian, penelitian yangdilakukan ini akan dapat memberikan suatupencerahan mengenai pesanan dan pengajaran tokohAlam Melayu khususnya Hamzah Fansuri mengenaitopik Ma’rifatullah.PEMIKIRAN AKIDAH SHAYKH HAMZAHFANSURIShaykh Hamzah Fansuri (R.A.) menuruti kefahamantokoh-tokoh ahlilLah terdahulu mengenai akidahsebagaimana al-Hallaj, al-Ghazali, Ibn ‘Arabi,al-Jili, Jami dan lain-lain sebagaimana yangturut diakui al-Attas (1970: 14). Kefahamantarekat (perjalanan) rohani dalam akidah tidakbercanggah dengan kefahaman aliran Asha’irah danMaturidiyah, melainkan bahawasanya pemikiranrohani tidak hanya melihat kepada aspek zahirdan syariat semata-mata, bahkan melihat lebihdaripada itu kepada aspek tajalli dan hakikat.Bahkan aliran tarekat (perjalanan) rohani sendiridiakui sebahagian daripada ahl al-Sunnah olehulama Asha’irah dan Maturidiyah seperti penjelasan‘Abd al-Qahir al-Baghdadi dalam al-Farq bayn alFiraq yang turut dinaqal oleh Muhammad ‘Uthmanel-Muhammady (1996: 27). Al-Baghdadi (t.th.:273-274) memasukkan golongan ahlilLah atausufiyyah sebagai sebilangan daripada kelompok Ahlal-Sunnah wa al-Jama’ah. Golongan ini disifatkanbeliau sebagai mempunyai pandangan yangtajam, mengawal diri daripada perkara yang tidaksepatutnya, melatih diri dan mendapat pengalamandalam bidang rohaniah serta mengambil iktibarsebaiknya dan redha dengan apa yang ditakdir olehAllah (s.w.t.). Mereka juga rasa memadai denganrezeki yang sedikit yang telah dikurniakan danmengetahui bahawa pendengaran, pandangan danhati itu semuanya akan ditanya tentang kebaikandan kejahatan yang dilakukan. Mereka menghisabdiri atas amalan yang dilakukan walaupun sebesarzarah serta mempersiapkan diri mereka dengansebaiknya bagi menghadapi Hari Akhirat. Golonganini menghuraikan ilmu mereka dengan cara ibaratdan isyarat mengikut perjalanan ahli-ahli ilmuHadith, bukan mengikut cara golongan yangmengeluarkan kata-kata kosong. Mereka tidakmelakukan kebaikan kerana riya’ dan tidak pulameninggalkan kebaikan kerana malu kepadasesiapa. Agama golongan ahlilLah ini adalah agamatawhid yang menolak tashbih (penyerupaan denganmakhluk) dan mazhab mereka ini ialah menyerahdiri (tafwid) kepada Allah, bertawakkal kepada-Nyaserta tunduk (taslim) kepada perintah-Nya. Merekarasa memadai dengan apa yang direzekikan olehNya dan berpaling daripada menentang apa yangditentukan-Nya. Mereka inilah sebagaimana yangdigambar oleh Allah di dalam al-Quran (Surah alHadid 57:21 dan Surah al-Jumu’ah 62:4):Maksudnya: Itulah kurnia Allah diberikan-Nya kepada sesiapayang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.Malah walaupun mempunyai pandangan yangtersendiri, pada asasnya hampir kesemua tokohahlilLah dalam masa yang sama juga mengikutikedua-dua aliran Asha’irah dan Maturidiyahtersebut dalam pegangan akidah mereka.KEWAJIPAN MENGENAL ALLAHDalam membicarakan mengenai kewajipan mengenalAllah, Shaykh Hamzah Fansuri (r.a.) (Leiden,MSS 2016) menyebut di dalam muqaddimah kitab

Yusri Mohamad Ramli, Mohd Syukri Yeoh Abdullah & Rohaimi Rastam 43Sharab al-‘Ashiqin yang dikarang khusus untukmenerangkan mengenai ma’rifatulLah dalam bahasaMelayu, bahawa ma’rifatulLah adalah suatu perkarayang memusykilkan lagi merumitkan. Justerujika tiada guru yang sempurna dan murid yangbijaksana, maka hal ini tidak dibicarakan. Ini keranama’rifatulLah adalah rahsia Nabi (s.a.w.) yang khususbaginya sebagaimana yang disebut dalam satu katakata yang disebut sebagai hadith Nabi (s.a.w.). Hadithberkenaan dinyata beliau dalam bab keempat kitabini iaitu yang berbunyi:Maksudnya: Ma’rifat itu adalah rahsiaku.Namun, setakat yang dapat diteliti dalamketerbatasan tulisan ini, hadith ini belum diketemukandalam mana-mana kitab hadith yang utama. Begitujuga sebahagian hadith lain yang disebut kemudianyang tidak dapat dijumpai sumbernya. Hadith-hadithtersebut adalah sangat mahsyur dan disebut dalambanyak kitab Tasawwuf. Peranan hadith-hadith di sinihanyalah sebagai fadail al-a’mal yang menggalakkanamalan supaya menuntut ilmu dan mengenal Allah.Justeru walaupun wujud ketidakjelasan asal usullafaznya sama ada ia hadith atau kata-kata seseorangyang wajar dilakukan kajian, namun maknanyadisepakati oleh seluruh ulama sebagai sahih. Olehitu, mengenal Allah tetap menjadi suatu tuntutantanpa wujudnya hadith-hadith ini. Bahkan sandaranhujah mengenai taklif kewajipannya boleh ditemukandalam banyak ayat al-Quran dan Hadith yang lain.Hamzah Fansuri juga menyebut suatu yangdidakwanya sebagai hadith Nabi (s.a.w.) bagimenjelaskan kepentingan ma’rifah dalam beribadat:Maksudnya: Tiada sah solat melainkan dengan ma’rifah.Walau bagaimanapun, manusia dituntut sekadartermampu oleh mereka untuk memahaminya keranamenuntut ilmu adalah suatu kewajipan. HamzahFansuri (Leiden, MSS 2016) dalam berhujahmengenai hal ini berdalilkan beberapa ayat al-Qurandan al-Hadith mengenai kewajipan menuntut ilmu.Ini termasuklah firman Allah (s.w.t.) (Surah alDhariyat 51:56):Maksudnya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusiamelainkan supaya mereka menyembahku.Juga firman-Nya dalam satu hadith qudsi:Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, maka Aku sukauntuk dikenali, maka Aku jadikan makhkluk supaya Aku dikenali.Juga hadith-hadith Nabi (s.a.w.):Maksudnya: Barangsiapa menuntut sesuatu dengan bersungguhsungguh, maka ia akan mencapainya.Maksudnya: Menuntut ilmu adalah fardu atas setiap Muslimlelaki dan perempuan.Dua hadith pertama di atas juga tidak ditemukandalam kitab-kitab hadith utama. Namun, hadith yangketiga diriwayat oleh Anas bin Malik, ‘Abd Allahbin Mas’ud, Sa’d bin Malik, Husayn bin ‘Ali dan‘Abd Allah bin ‘Abbas ini dikeluarkan oleh IbnMajah (Sunan Ibn Majah, Kitab al-Muqaddimah,Bab Fadl al-‘Ulama wa Haththu ‘ala Talab al-‘Ilm:No. 224), al-Bayhaqi (Shu’ab al-Iman, Bab fi Talabal-‘Ilm, No. 1663), al-Bazzar (Musnad al-Bazzar,Jil. 12, Musnad Anas bin Malik, Kathir bin Shinzir‘an Muhamamd: No. 6746), Abu Ya’la (Musnad AbiYa’la, Musnad Ibn ‘Abbas: No. 2837), al-Tabarani(Al-Mu’jam al-Saghir, Jil. 1, Bab al-Alif, ManIsmuhu Ahmad: No. 22, 61; al-Mu’jam al-Awsat,Bab al-Alif, Man Ismuhu Ahmad: No. 9, 2008,2030, Man Ismuhu Ibrahim: No. 2462, Man Ismuhu‘Ali: No. 4096, Man Ismuhu Muhamamd: No.5908, Man Ismuhu Musa: No. 8381, Man IsmuhuMu’adh: No. 8567, Man Ismuhu Miqdam: No. 8833;t.th., Bab al-Ta: No. 10439), al-Suyuti (al-Jami’ alSaghir, Harf al-Ta, No. 5264, 5265, 5266, 5267 danlain-lain dengan tanpa lafaz ‘ ’!ﻣﺴﻠﻤﺔ yang maksudbahawa perkataan ‘ ’!ﻣﺴﻠﻤﺔ merangkumi lelaki danperempuan. Menurut al-Bayhaqi (2000) ia adalahhadith yang shibh mashhur dan sanadnya bertarafda’if. Walaupun da’if, al-Suyuti (1988) melihatnyasebagai sahih li ghayrihi. Al-Munawi (1972: 267)dalam membahaskan hadith ini juga menyebutkanbahawa al-Haytami melihat ‘Abd al-‘Aziz binAbi Thabit sebagai da’if jiddan, sementara alBukhari melihat ‘Uthman bin ‘Abd al-Rahman bin‘Uthman al-Qurashi sebagai majhul (tidak dikenali),manakala al-Nawawi pula melihat hadith ini sebagaida’if walaupun maknanya adalah sahih.Hamzah Fansuri juga menyebut hadith berikut:Maksudnya: Tuntutlah ilmu walaupun di negeri China.Hadith riwayat Anas bin Malik ini dikeluarkan olehal-Bayhaqi (Shu’ab al-Iman, Bab fi Talab al-‘Ilm, No.1663), al-Bazzar (Musnad al-Bazzar, Jil.1, MusnadAbi Bakr al-Siddiq: No. 95) dan lain-lain denganlafaz tanpa perkataan “ ” ﻛﺎﻥ dan sebahagian riwayatdituruti dengan hadith “ ” ﻃﻠﺐ ﺍﻟﻌﻠﻢ . Al-Bazzar(1988) melihat hadith ini tidak mempunyai asalnyakerana perawi Abu al-‘Atikah menurutnya adalahseorang yang tidak dikenali. Sementara al-Bayhaqi(2000) pula berpendapat bahawa matan hadith inishibh mashhur sementara sanadnya bertaraf da’if.Oleh itu, Shaykh Hamzah Fansuri (Leiden, MSS2016) menyebutkan bahawa mengenal Allah adalah

44Yusri Mohamad Ramli, Mohd Syukri Yeoh Abdullah & Rohaimi Rastamfardhu dan menyembah-Nya pun fardhu sekadarkuasa (kemampuan) manusia. Shaykh HamzahFansuri juga mengingatkan bahawa berma’rifatdan beribadat adalah tujuan utama manusia danjangan leka dengan mencari kebesaran duniadan mengumpul harta. Ini kerana, yang palingmulia di sisi Tuhan adalah yang mengenal-Nyadan yang beribadat kepada-Nya. Jika manusiatidak mengenal-Nya dan tidak melakukan ibadatterhadap-Nya, maka telah wujud kekurangan yangbesar baginya sebagaimana yang disebut oleh Allahdi dalam al-Quran (Surah al-A’raf 7:179):Maksudnya: Mereka mempunyai hati, (tetapi) tidakdipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) danmereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untukmelihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyaitelinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayatayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan merekalebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.Shaykh Hamzah Fansuri (Leiden, MSS 7291)turut mengulang lagi kewajipan mengenal Allahini dalam muqaddimah Asrar al-‘Arifin dengankatanya bahawa manusia yang telah dijadikan olehAllah, yang diberi nama, rupa, telinga, hati, nyawadan budi perlu mencari Tuhan dengan mengenalNya. Beliau juga mengingatkan bahawa perlunyamencari guru bagi mencapai tujuan tersebut.Namun, jika belum menjumpai mana-mana guruatau masih dalam peringkat permulaan mengenalAllah, bolehlah membaca daripada mana-manabuku mengenainya sepertimana karya ShaykhHamzah Fansuri ini. Shaykh Hamzah Fansurijuga memperingatkan bahawa mana-mana bukumahupun guru juga mempunyai kelemahan. Olehitu, mana-mana kekurangan hendaklah dilengkapidan mana-mana kesalahan diperbetulkan sertabukannya dihina dan diaibkan. Ini sekaligus dapatmembawa kepada pemahaman yang jelas bahawaAllah Maha Sempurna dan tiada kekurangan.ASAS MENGENAL ALLAHDalam bab keempat kitab Sharab al-‘Ashiqin,Shaykh Hamzah Fansuri (r.a.) (Leiden, MSS2016) menjelaskan mengenai dasar dan hakikatma’rifatulLah. Hal pertama yang perlu diketahuioleh manusia dalam mengenal Tuhannya adalahmengakui bahawa Allah adalah Esa. ShaykhHamzah Fansuri menyebutkan bahawa telahmenjadi kesepakatan para Anbiya dan Awliya sertaHukama dan ahl al-Kalam bahawa Allah itu Esadan tiada dua. Ia Qadim dan bukan muhdath, jugaKhaliq dan bukan makhluk, tiada berupa dan tiadaberwarna, Kekal (Baqa’) dan tidak fana’, tiadabercerai dan tiada bertemu, tiada terputus dan tiadabersambung, tiada mithal, tiada sebangsa, tiadasekutu dan tiada sebagai-Nya. Juga tiada bertempatdan tiada masa dan tiada akhir. Maha Suci Tuhandaripada perkara-perkara tersebut.Shaykh Hamzah Fansuri (Leiden, MSS 2016)juga menyebutkan penekanan para ahlilLahmengenai hal ini dengan kenyataannya bahawa paraahl al-Suluk dan ahl al-Kalam dan ulama bersepakattetapi ahl al-Suluk terlebih (tajalli/transcend) dalammengatakan bahawa Tuhan juga tiada berhinggadan berkesudahan yakni tiada atas akan Dia dantiada bawah akan Dia, tiada kanan akan Dia dantiada kiri akan Dia, tiada hadapan akan Dia, dantiada belakang akan Dia atau dalam erti kata lainwujud yang tiada berarah (jihah). Shaykh HamzahFansuri mengumpamakan hakikat ini dengan lautyang maha luas dan juga sebiji buah yang tetapsebiji buah walau sekecil manapun. Oleh itu, Allah(s.w.t.) Muhit yakni meliputi semesta sekalian alamsebagaimana firman-Nya (Fussilat 41:54):Maksudnya: Sesungguhnya Dia (Allah) meliputi seluruhperkara.Justeru, Ilmu-Nya kata Shaykh Hamzah Fansuri(Leiden, MSS 2016) juga meliputi dan Zat-Nyameliputi. Tuhan tidak bercerai dengan Zat danIlmuNya, berbeza dengan manusia yang sebaliknyadapat bercerai. Shaykh Hamzah Fansuri (Leiden,MSS 2016) juga menjelaskan mengenai maksudkehampiran Allah pada makhluknya. Allah (s.w.t.)hampir pada manusia dengan Zat dan Ilmu-Nya.Hal ini kata Shaykh Hamzah Fansuri adalah perkarayang agak rumit untuk orang awam memahaminya.Namun, Shaykh Hamzah Fansuri menerangkanbahawa makna hampir ada empat perkara, iaituhampir kepada zaman (masa), hampir kepada makan(tempat), hampir kepada sifat dan hampir kepadaAllah Ta’ala. Hampir kepada Allah adalah perkarayang terlalu musykil dan rumit untuk difahami.Sedangkan hampir daripada sudut zaman mudahdifahami sebagaimana diumpama hampirnya umatIslam pada hari ini dengan zaman hayat NabiMuhammad (s.a.w.) berbanding zaman hayat NabiIsa (a.s.). Begitu juga dengan tempat sebagaimanahampirnya bulan dengan bumi berbanding Musytari.Begitu juga sifat sebagaimana disifatkan orangbahawa Abu Yazid al-Bistami hampir sifatnyadengan Rasul (s.a.w.). Namun hampirnya Allah pada

Yusri Mohamad Ramli, Mohd Syukri Yeoh Abdullah & Rohaimi Rastam 45manusia tidak sedemikian. Allah (s.w.t.) berfirman(al-Quran, Surah al-Hadid 57:4):Maksudnya: Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamuberadaJuga dalam Surah Qaf (50:16):Maksudnya: Dan Kami lebih dekat dengannya dari urattengkoknya.Begitu juga ayat dari Surah al-Dhariyat (51:21):Maksudnya: Dan pada diri kamu tidakkah kamu perhatikanTiada penjelasan daripada penakulan yang dapatmenjelaskan hakikat hampir tersebut. Apa yangdapat dirumuskan adalah bahawa Allah hampir,meliputi dan melengkapi dengan semua makhluknyabaik Anbiya, Awliya, Salihin mahupun Mushrikin,Kafirin dan ‘Asiyyin (pembuat maksiat). Manusiahanya dapat merasai kehampiran tersebut denganma’rifat dan ibadat. Oleh itu, adalah menjadikefardhuan kepada manusia untuk menghampirkandiri kepada Allah bagi merasai kehampiran Allahkepada kita. Namun, kata Hamzah (Leiden, MSS2016), para ahli M’arifah termasuk para Nabiterlebih utama dalam tanggungjawab tersebut keranamereka lebih hampir kepada Allah berbandingmanusia selainnya yang jauh daripada Allah.Shaykh Hamzah Fansuri (Leiden, MSS 2016)melanjutkan perbincangan dengan menimbulkanpersoalan jika Allah hampir, meliputi dan melengkapisemua perkara, adakah Ia meliputi perkara-pekarayang tidak baik termasuk najis? Shaykh HamzahFansuri menjelaskan bahawa pengliputan ataupelengkapan Allah adalah kepada semua perkaradan tidak tertinggal sesuatu pun. Ini diibaratkansebagaimana panas matahari yang meliputi kepadasemua meliputi najis, bau busuknya, perkara baikataupun buruk, Ka’bah mahupun rumah berhala,dan seterusnya. Namun, najis tidak menajiskannyadan bau busuk tidak membusukkannya. Kebaikantidak membaikkannya dan keburukan tidakmemburukkannya. Ka’bah tidak memberi kebajikankepadanya dan rumah berhala tidak memberikejahatan kepadanya. Sedangkan kepanasanmatahari itu pun sedemikian, apatah lagi Allah(s.w.t.) yang Maha Suci yang tidak menerimamanfaat dan mudarat daripada selain-Nya bahkanDia lah yang memberi manfaat dan mudarat.Shaykh Hamzah Fansuri (Leiden, MSS 2016)turut membangkit persoalan kedua bahawa jikaTuhan meliputi dan melengkapi segalanya, makasiapakah yang merasai seksa neraka dan siapakahyang merasai nikmat syurga? Shaykh HamzahFansuri menjawab dengan memberi perumpamaanseperti emas dan ashrafi (syiling dinar emas). Jikadibakar syiling emas tersebut, maka syiling tersebutakan lebur dan hangus sedangkan emas yang adalahintipatinya tidak hilang dan kekal tidak lenyap.Emas tersebut seumpama Khaliq yang kekal abadisedangkan syiling tersebut umpama manusi

Ma’rifatullah Menurut Shaykh Hamzah Fansuri Hamzah Fansuri on Knowing Allah Yusri MohaMad raMli, Mohd sYukri Yeoh abdullah & rohaiMi rastaM ABSTRAK Awal agama adalah mengenal Allah. Mengenal Allah menjadi paksi dalam pendidikan akidah umat Islam sehingga ia sering dipesan oleh par

Related Documents:

1 Bab 1: Jenis Hamzah Hamzah yang terdapat di dalam al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu Hamzah Wasal dan Hamzah Qat'ie. 1. Hamzah Qat'ie: Hamzah Qat'ie ( ﻊﻄﻘﻟا هﺰﻤھ ). Hamzah ini tetap disebut pada permulaan bacaan, pada ketika bacaan sambung dan pada tulisan. Hamzah ini dinamakan dengan Hamzah Qat'ie ialah kerana ia

Dec 10, 2016 · Antara guru beliau yang diketahui adalah Hamzah Fansuri dan Sunan Bonang. Menurut A. Hasjmy (1976: 10) dan Hawasy Abdullah (1980: 41-42) Shaykh Shams al-Din al-Sumatera'i adalah murid kepada Shaykh Hamzah Fansuri berdasarkan kepada dua karya Shaykh Shams al-Din al-Sumatera'i yang jelas mensyarahkan

Hamzah Qatha’ ada di setiap suku kata bahasa Arab. Semua hamzah yang berada di awal kata bahasa Arab adalah hamzah qatha’ kecuali asma’ asrah7 (10 kata) dan hamzah yang muncul atau ditambahkan diawal kata sebab mengikuti wazan sharaf. Hamzah qatha’ menurut jenis kata, antara lain : 1.

BAB 2 : JENIS-JENIS HAMZAH Hamzah yang terdapat di dalam al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu Hamzah Wasal dan Hamzah Qat'ie. Hamzah Qat'ie( ةﺰﻤھ ﻊ ﻄﻘﻟا ). Hamzah ini tetap disebut pada permulaan bacaan, pada ketika bacaan sambung dan pada tulisan.

malfoozaat of maulana shaykh muhammad aadil ar rabbani qaddas allahu sirrahu dedicated to my murshid maulana shaykh muhammad nazim aadil al haqqani

Shaykh al-Albani bi-sha'ni al-Sukut an al-hukkam al-murtaddin Response to a Grave Uncertainty from Shaykh al-Albani Regarding Silence in the Face of Apostate Rulers Zawahiri(al-), Ayman 7838 3550 A rebuttal of Saudi shaykh

Arabic grammar texts, our Shaykh recommends the famous and weighty text of: . An excellent exposition by Shaykh Ibn “Aqiil {. in a clear and easy style which a student of this level will understand. With exhaustive explanations of the sharH by Shaykh Muhammad Muhy

WhatPythonistasSayAboutPython Basics: A Practical In- troductiontoPython3 “I love [the book]! The wording is casual, easy to understand, and makestheinformation @owwell. Ineverfeellostinthematerial,and