SOALAN LAZIM (FAQ’s) - COVID-19 Malaysia

3y ago
45 Views
2 Downloads
405.88 KB
5 Pages
Last View : 14d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Elise Ammons
Transcription

SOALAN LAZIM (FAQ’s)mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order)1. Nama PerintahPerintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order).2. Tempoh MasaPerintah ini berkuatkuasa dari 18 – 31 Mac 2020.3. Liputan Kawasan PerintahPerintah ini terpakai di seluruh Malaysia.4. Kuatkuasa Undang-undangPerintah ini disandarkan pada Akta Pencegahan dan Pengawalan PenyakitBerjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.5. Arahan-Arahan dalam Perintah Kawalan PergerakanTerdapat 6 arahan yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini iaitui.Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasukaktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya;ii.Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara;iii.Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalamnegara;iv.Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-laininstitusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;v.Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swata sertaInstitut Latihan Kemahiran di seluruh negara; danvi.Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibatdengan perkhidmatan penting negara (essential services).1

6. Adakah Majlis Keraian/ Perkahwinan/ Kenduri atau sebagainya bolehdiadakan?Upacara pernikahan boleh dilaksanakan dengan tidak melibatkan kehadiranramai. Bagi Majlis Persandingan dan Resepsi serta majlis lain, disarankan untukditangguhkan sehingga isu penularan COVID-19 di Malaysia tamat.7. Adakah Perintah Kawalan Pergerakan mempunyai tempoh waktu tertentusepanjang 18 - 31/3/2020?Tidak. Perintah ini berkuatkuasa setiap masa tanpa tempoh waktu tertentu.8. Sekiranya barang keperluan habis, adakah boleh keluar membeli dan terusbalik?Ya.9. amerupakan warganegara UK. Adakah kami dibenarkan pulang ke Malaysiadalam tempoh sekatan ini?Boleh dengan syarat pasangan boleh membuktikan kesahan perkahwinantersebut sama ada didaftarkan dengan Kerajaan Malaysia atau Kerajaan negaraasal. Pasangan perlu melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan kuarantinsecara sukarela (self quarantine) bagi mengurangkan kebarangkalian dijangkitiatau menyebarkan jangkitan kepada orang lain.10. Anak saya yang merupakan seorang pelajar di institusi luar negara. Adakahbeliau dibenarkan pulang ke Malaysia?Dibenarkan. Mana-mana rakyat Malaysia yang sedang berada di luar negaraboleh pulang dalam tempoh sekatan ini. Walau bagaimanapun, individu tersebutperlu melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara sukarela (selfquarantine) bagi mengurangkan kebarangkalian dijangkiti atau menyebarkanjangkitan kepada orang lain.2

11. Saya merupakan pemegang pas jangka masa panjang di Malaysia dan telahpulang ke negara asal saya sebelum Perintah ini dikeluarkan. Adakah sayadibenarkan untuk kembali ke Malaysia bagi tujuan kerja semasa tempohsekatan ini?Hanya migran asing yang bekerja di dalam sektor perkhidmatan penting negara(essential services) sahaja yang dibenarkan masuk semula ke Malaysia dalamtempoh sekatan ini. Migran asing tersebut perlu mendapatkan satu suratpengesahan daripada majikan masing - masing dan perlu dikemukakan kepadaJabatan Imigresen Malaysia semasa berada di pintu masuk.12. Saya bekerja di Singapura. Adakah saya dibenarkan untuk berulang alik kepejabat di Singapura?Tidak. Perintah Kawalan Pergerakan adalah terpakai kepada semua individuyang berada di dalam negara. Dalam hal ini, atas dasar keselamatan komuniti,mana-mana individu yang bekerja di negara jiran tetapi tinggal di Malaysiaadalah tidak dibenarkan untuk keluar masuk secara harian dan dipohon untukmemaklumkan kepada majikan masing - masing berkenaan perkara ini.13. Saya telah membuat perancangan untuk bercuti di Malaysia dan telahmembuat pembayaran sepatutnya. Adakah saya masih boleh meneruskanpercutian saya?Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, orang ramai dilarang untuk pergi kemana-mana tempat termasuklah pusat peranginan untuk aktiviti sosial dansekiranya kunjungan tersebut tidak melibatkan perkara yang berkaitan denganperkhidmatan penting negara. Anda dinasihatkan tidak meneruskan percutiananda.3

14. Bolehkah saya memandu ke lapangan terbang untuk mengambil rakanyang baru pulang dari luar negara atau saudara yang bekerja dalam sektorberkaitan perkhidmatan penting negara?Pergi ke satu tempat dengan cepat dan ringkas adalah dibenarkan di bawahPerintah Kawalan Pergerakan.15. Adakah sekolah perlu melaksanakan kelas ganti?Tidak perlu.16. Adakah kelas pengajian dan semua aktiviti yang melibatkan pelajar IPTawam dan swasta serta Institut Latihan Kemahiran tertakluk kepadaPerintah Kawalan Pergerakan?Ya.17. Bagaimana dengan pelajar yang menginap di fasiliti IPT awam dan swastakhususnya pelajar luar negara?Semua pelajar IPT awam dan swasta perlu diarahkan kembali ke kediamanmasing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Pelajar luarnegara dinasihatkan pulang ke negara asal dalam tempoh ini. Pelajar yangpulang ke negara asal tidak dibenarkan kembali ke Malaysia sepanjang PerintahKawalan Pergerakan berkuatkuasa. Pelajar asing yang mengambil keputusanuntuk terus berada di negara ini dan menginap di fasiliti IPT awam dan swastaperlu melapor kepada pihak pengurusan IPT dan tertakluk kepada Perintah yangberkuatkuasa.18. Adakah kedai makanan seperti makanan segera, restoran atau pusatmakanan penjaja boleh dibuka?Kedai makanan boleh dibuka tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulangsahaja atau melalui perkhidmatan penghantaran oleh syarikat tertentu sepertiGrab Food atau Food Panda.4

19. Adakah pengangkutan awam seperti Bas, LRT, MRT, KTM bolehberoperasi?Semua perkhidmatan pengangkutan awam diteruskan dalam tempoh perintahkawalan ini berkuatkuasa.20. Saya telah membayar penginapan saya di hotel untuk bercuti sebelumPerintah Kawalan Pergerakan diumumkan. Adakah saya boleh memintawang saya dikembalikan?Orang ramai digalakkan untuk berbincang terus dengan pihak hotel dalamurusan pengembalian wang yang telah dibayar bagi tempahan yang telah dibuatsebelum Perintah ini diumumkan.21. Sekiranya berlaku kematian di rumah (bukan pesakit Covid-19), adakahsolat jenazah dan tahlil dibenarkan?Boleh diuruskan dengan waris terdekat sahaja bersama khariah masjid/surausahaja. Solat jenazah sahaja tanpa tahlil.MAJLIS KESELAMATAN NEGARA2.10PM 17 MAC 2020 Bilangan 15

SOALAN LAZIM (FAQ’s) mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) 1. Nama Perintah Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order). 2. Tempoh Masa Perintah ini berkuatkuasa dari 18 – 31 Mac 2020. 3. Liputan Kawasan Perintah Perintah ini terpakai di seluruh Malaysia. 4. Kuatkuasa Undang-undang

Related Documents:

soalan-soalan lazim (faq) pengambilan murid tingkatan 1 & tingkatan 4 ke sekolah berasrama penuh (sbp) kementerian pendidikan malaysia ambilan 2020 . faq pengambilan murid sbp 2020 upkm/bpsbp/2020 soalan-soalan lazim 1. bagaimanakah cara untuk memohon ke sbp?

Soalan 3 [30 markah] Soalan 3(a) : 6 markah Soalan 3(b) : 6 markah Soalan 3(c) : 6 markah Soalan 3(d) : 6 markah Soalan 3(e) : 6 markah Perhatian bagi soalan 3(a) 1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul. 2. Tolak 1 markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa / tanda baca daripada keseluruhan soalan. 3.

Tingkatan 5 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos/ 2017 2 1/2 Jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Sastera Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Bahasa Melayu 2 1 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010 BENTUK KERTAS SOALAN Kertas Bahasa Melayu 1103/2 mengandungi empat soalan: Soalan 1 - Rumusan Soalan 2 - Pemahaman Soalan 3 - Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa Soalan 4 - Novel Calon diberi masa dua jam tiga puluh minit dan wajib menjawab semua soalan.

SOALAN-SOALAN LAZIM/FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) SMART AUTOMATION GRANT (SAG) MALAYSIA DIGITAL ECONOMY CORPORATION (MDEC) 3. Apakah kesan daripada SAG?/ What are the expected outcomes of SAG? Geran ini bertujuan untuk membantu syarikat-syarikat bagi sektor .

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) 1 TENTANG SELANGORTUTOR 1.1 Apa itu SelangorTutor? Satu platform pembelajaran dalam talian yang berpandukan pembelajaran abad 21. SelangorTutor berkonsepkan latih tubi yang berelemenkan multimedia bagi menghasilkan pembelajaran secara efektif

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) PROGRAM KREDIT ePENJANA BERNILAI RM50 KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-Dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan bernilai RM50 dalam bentuk baucar, pulangan tunai .

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQs) Page 6 of 6 Kerajaan akan masih mengeluarkan sijil sakit bagi cuti sakit tidak melebihi dua (2) hari berturut-turut. Soalan 20) Semasa Pegawai menjalani CSDS, bolehkah Pegawai tersebut berjumpa dengan Pegawai Perubatan ataupun Doktor bagi mendapatkan rawatan?