TAHAP KEBERKESANAN LAGU SI PINTAR DAN SI MANIS DAN KURA .

3y ago
45 Views
2 Downloads
285.16 KB
9 Pages
Last View : 7d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Jewel Payne
Transcription

Journal of Business and Social DevelopmentVolume 5 Number 2, September 2017: 102-110ISSN: 2289-2915 Penerbit UMTTAHAP KEBERKESANAN LAGU SI PINTAR DAN SI MANIS DAN KURA-KURATERHADAP KANAK-KANAK(THE EFFECTIVENESS OF SI PINTAR AND SI MANIS AND KURA-KURA SONGSTOWARDS CHILDREN)SITI NOOR RIHA SULONG* DAN NORMALIZA ABD RAHIMJabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Selangor.*Corresponding author: sitinorihasulong@yahoo.comAbstrak: Sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang medium pengantarnyaadalah bahasa. Karya sastera juga mengungkapkan unsur akaliah yang sifatnya indah.Lantaran itu, lagu rakyat merupakan khazanah yang bernilai kepada sesebuah negara.Setiap pengolahan lagu rakyat tersebut sudah pasti memberi impak yang besar kepadamasyarakat yang hidup di negara tersebut khususnya golongan kanak-kanak. Oleh halyang demikian, lagu rakyat ini secara tidak langsung selayaknya mempunyai kepentinganyang tersendiri dalam kalangan masyarakat khususnya kepada kanak-kanak. Ini keranalagu rakyat yang dihasilkan bukan sahaja memberikan hiburan semata-mata malahsetiap pengolahan menerusi jalan cerita yang disampaikan menerusi karya-karyasastera tersebut mampu memberi pengajaran yang berguna kepada kanak-kanak. Olehyang demikian, kajian ini akan membuktikan bahawa lagu rakyat yang diperoleh padahari ini banyak memberi kepentingan dan fungsinya kepada kanak-kanak dalam setiappenghasilan lagu-lagu rakyat tersebut.Kata kunci: Karya sastera, lagu rakyat, keberkesanan, kanak-kanak.Abstract: Literature is a form of creative art delivered through language. Literary workalso reveals the element of serenity that is considered as beautiful. Therefore, the folksongs are valuable treasures to a country. As such, this folk song is indirectly worthy ofinterest which is unique among the people, especially to children. This is because the folksong produced not only provides entertainment alone but also, each processing throughthe story line delivered is able to provide useful lessons to children. By that, this study willprove that the folk songs consist of importance and functions of education towards childrenin every way.Keywords: Literary works, folk song, effectiveness, children.PengenalanSastera terhasil daripada kesedaran dankeinginan pengarang atau masyarakatnyauntuk berkongsi maklumat dan hal-hal yangberkaitan dengan kehidupannya. Merekamenggunakan sumber daripada persekitaran,pengalaman, pemerhatian atau pembacaannyauntuk mengetengahkan sesuatu yang menarikuntuk dikongsi. Lantaran itu sesebuah karyasastera tidak dihasilkan dengan kekosonganatau tanpa sebab sebagaimana yang dijelaskanoleh Mohamad Mokhtar Hassan (2005). Beliauberpendapat bahawa teks atau karya sasteraadalah rakaman imaginasi pengarang yang didalamnya sarat dengan maklumat dan isiansama ada bersifat keintelektualan mahupunkerohanian. Sesuatu yang dipaparkan dalamkarya tersebut mempunyai tujuan dan fungsinyayang tersendiri berdasarkan pertimbangan danpengamatan pengarangnya. Dalam konteks ini,Muhammad Haji Salleh (2000) berpendapatbahawa peranan dan fungsi sastera zamantradisional lebih luas dan pelbagai cabarannya.Beliau berpandangan bahawa fungsi kesusasteraanpramoden ternyata lebih besar berbanding denganfungsinya pada zaman moden agak menipis. Olehhal yang demikian, lagu-lagu yang berunsurkancerita rakyat mempunyai kepentingan danpelbagai fungsi yang amat bermakna dalammenyampaikan amanat, mesej, nilai pendidikandan sebagainya. Walaupun cerita rakyat adalahmerupakan salah satu cerita yang bersifat umum,Journal of Business and Social Development Volume 5(2) 2017: 102-110

TAHAP KEBERKESANAN LAGU SI PINTAR DAN SI MANIS DAN KURA-KURAnamun ia juga sesuai untuk peringkat umur kanakkanak. Dalam meneliti kajian mengenai lagulagu yang berunsurkan cerita rakyat, pengenalanserba sedikit berkenaan cerita disebalik lagulagu rakyat dapat memberi pemahaman danjuga pengertian yang berguna kepada pembacasecara amnya. Lagu rakyat merupakan laguyang berkembang pada masyarakat tertentuyang perkembangannya secara lisan daripadamulut ke mulut dan dianggap sebagai milikbersama. Hal ini sejajar dengan pendapat yangdikemukakan oleh Djamaris (1993) bahawa lagurakyat adalah sesuatu genre lagu yang hidupdan berkembang secara turun temurun dari satugenerasi ke generasi berikutnya. Ia dikatakansebagai lagu yang menceritakan tentang ceritarakyat kerana cerita ini hidup dalam kalanganmasyarakat. Normaliza Abd Rahim (2014a)menyatakan bahawa cerita rakyat diolah semulabagi tujuan penyebaran cerita yang dimulakansejak turun-temurun. Menurut Danandjaja(1984), lagu dalam cerita rakyat merupakanbahagian lisan, yakni tergolong sasteralisan yang dapat menggambarkan peristiwakehidupan dan kebudayaan masyarakatpendukungnya. Dalam rangka mendalamipendalaman dan penghayatan kita terhadaplagu-lagu rakyat, maka perlu diadakan kajiantentang kepentingan dan fungsi yang terdapatdalam lagu cerita rakyat untuk menambah danmemperkembangkan minat terhadap sasterarakyat dalam kalangan masyarakat khususnyakanak-kanak. Oleh hal yang demikian, setiapimpian, cita-cita dan matlamat yang ingindicapai itu sudah pasti mempunyai objektifnyasecara tepat dan konkrit. Pada hakikatnya,setiap objektif yang dirangkumkan itusudah sewajarnya menjadi landasan pentinguntuk memastikan setiap perancangan ataumisi itu berjaya dicapai dengan sempurna.Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pastikepentingan lagu Si Pintar dan lagu Si Manisdan Kura-kura kepada golongan kanak-kanakdan seterusnya menganalisis kepentingan duabuah lagu berkenaan kepada golongan kanakkanak khasnya. Dua buah lagu ini merupakanlagu yang diperolehi melalui kompilasi albumlirik lagu Pekaka Bercerita karya Normaliza Abd103Rahim, 2014. Cerita lipur lara khususnya dalambentuk visual merupakan salah satu daripadakhazanah keintelektualan Melayu yang terusmendapat tempat dalam kesusasteraan tanah air(Mohamad Zuber Ismail & Mohamad MokhtarAbu Hassan (2015). Hal ini turut dibicarakanoleh Normaliza Abd Rahim, Hazlina Abd Halim& Roslina Mamat (2014) yang menjelaskanbahawa dengan menggunakan kecanggihanteknologi semasa seperti dengan bantuan banyakbentuk grafik dalam mengetengahkan sasterarakyat ini secara tidak langsung telah berjayamenarik hati pendengar khasnya golongankanak-kanak untuk meneliti mesej-mesej yangcuba disampaikan oleh pengarang dengan lebihberkesan. Kenyataan ini dilihat hampir samadengan hasil kajian Normaliza Abd Rahim(2014a) yang menyebut bahawa penyampaiansastera lisan yang berbentuk komprehensifke bentuk yang lebih efektif ini secara tidaklangsung telah menyebabkan khazanah Melayulama ini tidak terus diabaikan. Bahkah, kaedahini juga membolehkan pertambahan jumlahgolongan sasaran kerana kaedah kerana ianyarelevan untuk diterima pakai oleh semua lapisanmasyarakat.Metodologi KajianBatasan kajian merupakan suatu perkara yangmenjadi pegangan untuk merancang strategisebelum melakukan suatu kajian. Oleh itu, setiapkajian yang dijalankan sewajarnya mempunyaibatasan kajian yang sistematik dan mapan bagimenghasilkan suatu kajian berkualiti. Batasankajian ini meliputi beberapa aspek penting,iaitu sampel, instrumen, lokasi. prosedur danteori yang digunakan dalam merancang sertamenghasilkan kajian dengan sempurna.Kajian ini merujuk kepada dua buah liriklagu, iaitu lagu Si Pintar dan juga lagu Si Manisdan Si Kura-kura yang ditulis oleh NormalizaAbd Rahim, 2014. Album ini telah diterbitkanoleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dancetakan pertamanya ialah pada tahun 2014.Album Pekaka Bercerita ini mempunyai 20lirik lagu kesemuanya. Namun, kajian ini hanyamemfokuskan kepada dua buah lirik sahaja,Journal of Business and Social Development Volume 5(2) 2017: 102-110

104Siti Noor Riha Sulong dan Normaliza Abd Rahimiaitu lirik lagu Si Pintar dan Si Manis dan Kurakura.Penyelidik menggunakan teori PengkaedahanMelayu untuk memantapkan kajian ini. Teori inimula diketengahkan oleh Hashim Awang (1989).Teori ini berdasarkan realiti kehidupan danpersekitaran bangsa penglahir karya. Melalui TeoriPengkaedahan Melayu ini, Hashim Awang (2002)membahagikan kepada dua, iaitu PengkaedahanAlamiah dan Pengkaedahan Keagamaan.Kedua-duanya mempunyai cabang-cabang yangdikenali sebagai pendekatan. PengkaedahanAlamiah terdiri daripada Pendekatan Firasat,Pendekatan Gunaan dan Pendekatan Moralmanakala melalui Pengkaedahan Keagamaanmenyenaraikan Pendekatan Dakwah, ahan Alamiah berteraskan corak hidupyang menjadikan alam sebahagian daripadadiri dan kehidupannya. Masyarakat Melayumenjalani kehidupan dengan berpolakan kepadapergerakan dan pengisian alam seolah-olahsebagai sebahagian daripada diri dan kehidupanmereka. Alam dijadikan faktor utama untukmemberikan pekerjaan, pengalaman, pengajarandan kebaikan. Manakala, PengkaedahanKeagamaan pula merujuk kepada pendekatanyang bersandarkan keimanan dan bersendikanakidah agama Islam. Sumber yang paling utamadijadikan ialah al-Quran dan hadis. Sumberpembentukannya pula bersandarkan kepadatujuan untuk menonjolkan sifat-sifat keagunganAllah SWT dan mempertingkatkan ketakwaanterhadap-Nya. Oleh itu, Teori PengkaedahanMelayu adalah berasaskan kepada kenyataanatau reality yang wujud dalam masyarakat,terutamanya situasi kehidupan dan kebudayaandan kepercayaan keagamaan. Semua unsur danpendekatan teori ini ternyata memiliki kekuatandan keistimewaan tersendiri yang dapatdigunakan atau diterapkan terhadap karya-karyasastera Melayu khususnya dalam kegaitankegiatan pengkajian dan kritikan kesusasteraan.Keputusan dan PerbincanganLirik lagu berfungsi sebagai medium untukmendidik kanak-kanak. Kreativiti dan dayafikir seorang penulis akan menghasilkansesebuah karya sastera yang mempunyai tujuantertentu khususnya dengan penghasilan danpengolahan lirik lagu kepada golongan kanakkanak. Fenomena yang diketengahkan dalamlirik lagu wujud seiring dengan pengalaman,pemerhatian, dan peristiwa semasa yang dilaluioleh masyarakatnya. Semua yang dipaparkan ituadalah rakaman dan cetusan idea yang bukansekadar imaginasi kosong tetapi mengandungimaklumat, mesej mahupun pengajaran yangmampu diperoleh sekiranya ditafsir secaramendalam. Hal ini dapat dilihat dengan jelasmelalui bait-bait yang terdapat dalam lirik laguSi Pintar daripada album Pekaka Bercerita. Liriklagu ini dilihat sarat dengan ilmu pengetahuanuntuk mendidik kanak-kanak dalam menitisebuah kehidupan yang sempurna. Contohnyaboleh dilihat berdasarkan kepada bait berikut:Biring keluar rumah dan berkataWahai jalak yang kuat, tangkas dan garangdan bongkakKamu melawan diri sendiriSaya sengaja letakkan cermin di siniJalak malu dengan kebodohan diri(Normaliza Abd Rahim, 2014)Menerusi lirik lagu yang bertunjangkankepada cerita lagenda tersebut, pendidikan ataupengajaran yang diperoleh oleh kanak-kanakialah jangan bersifat sombong dan angkuhdengan apa yang dimiliki oleh diri sendiri.Ini kerana, sifat ini hanya akan membuatkanrasa kagum dan hormat masyarakat sekelilingterhadap diri kita akan hilang dengan sekelipmata meskipun pada pandangan kasarnya kitamungkin merupakan orang yang berpengaruh.Selanjutnya, sifat sombong dan angkuh inihanya akan memakan diri sendiri jika tidakdikawal dengan baik. Dengan adanya lirikyang positif seperti ini, kanak-kanak secaratidak langsung akan lebih mengetahui betapapentingnya untuk mengamalkan sifat rendahdiri dalam kehidupan seharian. Sifat ini bukansahaja dapat menyenangkan hati orang lainbahkan turut membantu diri sendiri untuk lebihdisayangi oleh masyarakat sekeliling. Dalamkonteks ini, kanak-kanak dapat mengambilJournal of Business and Social Development Volume 5(2) 2017: 102-110

TAHAP KEBERKESANAN LAGU SI PINTAR DAN SI MANIS DAN KURA-KURAiktibar dan boleh dijadikan pengajaran danpendidikan dalam diri mereka untuk tidakangkuh dan bersikap bodoh sombong dengankelebihan diri yang ada. Aspek yang mendidikmoral kanak-kanak ini dilihat sejajar dengankenyataan yang ditegaskan oleh Hashim Awang(2002) dalam teorinya yang menegaskan bahawanilai moral adalah suatu bentuk kelakuanyang merupakan asas kepada kehidupan sosialmasyarakat yang berbudaya. Selain itu, MohdFirdaus Che Yaacob & Normaliza Abd Rahim(2014) juga menyebut bahawa sifat tidaksombong dan dan angkuh adalah perlakuanyang baik, positif, bermutu dan berkualitisama ada dalam pemikiran, tingkah laku atauperbuatan, terhadap masyarakat dan juga agamayang mengandungi unsur kebenaran, kejujurandan tidak mencemarkan budaya masyarakat.Malah, pendapat ini turut dipersetujui olehArbaie Sujud, Normaliza Abd Rahim & NikRafidah Nik Muhammad Affendi (2014) yangmenyatakan bahawa kompilasi cerita-ceritabinatang ini dapat membantu minda kanakkanak untuk menjadi lebih positif dan efektif.Seterusnya bait-bait yang terdapat dalamlirik lagu Si Pintar ini juga dilihat sebagaimedium hiburan kepada kanak-kanak. Manusiatelah dianugerahkan fikiran dan perasaan olehpenciptanya. Berikutan hal itu, manusia sangatmemerlukan media yang dapat mencetuskankesenangan dan kesejahteraan kepada mereka.Berikutan dengan hal itu, lirik lagu merupakansalah satu medium yang memenuhi tuntutandan keperluan tersebut terutamanya dalammasyarakat khususnya kepada kanak-kanak.Perkara ini sejajar dengan pendapat yangdiutarakan oleh Normaliza Abd Rahim (2014b)yang menyatakan bahawa perubahan emosiseseorang boleh dipengaruhi oleh lirik laguyang diperdengarkan. Namun, perubahan emositersebut adalah berbeza antara seseorang denganseseorang yang lain (Normaliza Abd Rahim,Siti Nur Aliaa Roslan & Nur Maisarah Roslan,2015). Oleh itu, hiburan merupakan salah satudimensi yang boleh mengubah emosi seseorang.Dalam konteks ini, hiburan merujuk kepadasesuatu yang dapat menimbulkan kesenangan,merehatkan minda dan kesejahteraan emosi.105Dalam konteks kanak-kanak, lirik lagu sebagaihiburan dikesan menerusi bait lirik lagu SiPintar yang berikut:Jalak melompat, ayam itu melompatJalak menerkam, ayam itu menerkamJalak berundur sedikit, ayam itu berundurJalak pun marah kerana dipermainkanJalak keletihan dan terkulai keletihanAyam itu juga keletihan dan terkulaikeletihan(Normaliza Abd Rahim, 2014)Menerusi gambaran cerita dalam lagu SiPintar tersebut jelas memperlihatkan kelucuanyang terdapat pada watak Jalak, iaitu seekorayam jantan yang telah terkena tipu helahBiring. Biring yang memegang watak sebagaiseekor ayam jantan yang baik dan disukai ramaikerana sikapnya yang tidak berlagak dan angkuhseperti Jalak. Kelakuan Jalak yang melompat,mengundur dan menerkam kerana terikut-ikutgerak-geri dirinya sendiri yang terdapat dalamcermin sedangkan gerak geri yang diikut ituadalah gerak geri dari dirinya sendiri. Hal initelah menimbulkan kelucuan kepada pendengar.Bait-bait yang berunsurkan kelucuan ini sahajasecara tidak langsung dapat memancing minatkanak-kanak untuk terus menghayati mesejmesej yang cuba disampaikan oleh penulislirik dengan lebih fokus. Hal ini selarasdengan pendapat Misran Rokimin (2005) yangmenyatakan bahawa kaedah menampilkannilai kebodohan pada watak dalam karyasastera seringkali dilihat lebih berkesan dalammenyempurnakan penyampaian amanat kepadapara pendengar di samping turut menghiburkanpara pendengar. Dalam konteks ini, jelasmembuktikan bahawa cerita jenaka berperanansebagai medium hiburan utama kepada kanakkanak. Selain itu, lirik lagu yang berunsurkanjenaka ini juga bertindak sebagai agen yangmendidik minda dan kelakuan kanak-kanak.Kenyataan Misran Rokimin (2005) ini dilihatsangat wajar dengan dimensi yang digaris olehHashim Awang (2002) dalam teorinya yangmenyatakan bahawa keindahan luaran dalamsesebuah karya seni yang menghiburkan bolehdilihat dari aspek bentuk visual dan penggunaangaya bahasa manakala keindahan dalamanJournal of Business and Social Development Volume 5(2) 2017: 102-110

106Siti Noor Riha Sulong dan Normaliza Abd Rahimmerujuk kepada aspek falsafah pemikiran danmesej yang dibawa dalam sesuatu karya.Seterusnya lirik lagu Si Pintar ini jugaberperanan sebagai medium untuk mendidikkanak-kanak bagi mengamalkan nilai-nilaimurni dalam kehidupan seharian mereka.Nilai murni merupakan unsur yang baik danpositif, bermutu dan berkualiti sama adadalam pemikiran, tingkah laku atau perbuatan,kemasyarakatan atau bidang keagamaan yangmengandungi unsur kebenaran, kejujuran dantidak mencemarkan budaya masyarakat Melayu(Mohd Firdaus Che Yaacob & Normaliza AbdRahim, 2014). Perkara ini juga dinyatakanoleh Rohaidah Kamaruddin (2015) yangmenjelaskan bahawa cerita kanak-kanak yangdiperdengarkan secara tidak langsung dapatmembentuk kanak-kanak agar mempunyaiakhlak yang tinggi serta tidak melakukan perkarayang akan merosakkan diri pada masa hadapan.Oleh hal yang demikian, citra nilai murni sangatsebati dalam pengarangan lirik lagu dalamalbum Pekaka Bercerita ini khususnya bagi liriklagu Si Pintar kepada golongan kanak-kanak.Selain itu, bait-bait dalam lirik ini sama sekalitidak terkeluar daripada pandangan masyarakat.Ruang lingkupnya masih berpaksikan alam,lingkungan adat, cara hidup dan budayamasyarakat yang mendasarinya. Nilai murniyang bersifat sedikit ke hadapan dan bersifatfuturistik dilihat masih lagi dalam ikatan bataskelaziman berfikir bangsa Melayu. Hal ini perluditekankan kerana seni itu umpama pancaranmasyarakat yang mendukungnya. Malah, MohdFirdaus Che Yaacob & Normaliza Abd Rahim(2014) turut menegaskan bahawa nilai-nilaimurni dalam sastera harus diperbanyakkankerana melalui karya-karya yang dekat dengangolongan sasaran inilah mereka mudah untukmemahami dan mendalami hakikat sebenardalam sebuah kehidupan.Dengan demikian, keterikatan ini wajar jugadijadikan teras kepada segala nilai murni padamasa hadapan supaya elemen hiburan sepertilagu-lagu yang berunsurkan cerita rakyat kepadakanak-kanak ini tidak sekadar bersifat setempatnamun lebih global dan universal. Sehubungandengan hal itu, nilai murni dalam lagu sepertilagu Si Pintar dan Si Manis dan Kura-kuraini kepada kanak-kanak sangat penting untukdijadikan medium perantaraan untuk mendidikmoral kanak-kanak. Sesungguhnya setiap laguyang berunsurkan cerita rakyat yang didengarioleh kanak-kanak itu berupaya meresapkan ideake dalam pemikirannya dan akan kekal menjadiingatan sampai bila-bila. Jika baik olahan citranilai murni dalam setiap bait lagu-lagu yangberunsurkan cerita rakyat tersebut, nescayaia mampu membentuk nilai moral yang tinggikepada generasi kanak-kanak di Malaysiabahkan juga di luar negara. Nilai murni yangterpapar dalam setiap bait-bait dalam laguyang berunsurkan cerita rakyat itu pentingkepada pembentukan moral dan akhlak kanakkanak. Maka dengan itu, wajarlah usaha yangdilakukan oleh penulis lirik ini, iaitu NormalizaAbd Rahim (2014) ini agar ia tidak tergadaioleh apa-apa unsur yang dapat menghakiskeaslian khazanah tinggalan nenek moyangkita. Kegiatan memperkasa dan memantapkanpemaparan nilai murni dalam lagu-lagu yangberunsurkan cerita rakyat di negara ini mestilahberteraskan kepada asas dan teras budayaMelayu serta budaya bangsa kita yang kukuh.Aspek ini boleh dilihat dengan jelas berdasarkanbait Si Manis dan Kura-kura di bawah:Manis berjumpa kura-kuraSambil tersenyum dia bahagiaKura-kura pun berkataMerendah diri, disukai semua(Normaliza Abd Rahim, 2014)Berdasarkan petikan cerita tersebut,penulis lirik menggambarkan nilai tolongmenolong di antara kura-kura dan SiManis. Dalam penceritaan ini, penulis lirikmenggambarkan nilai tolong-menolong SiManis yang mengalami kesedihan melampauapabila dirinya sering diejek oleh jirannyayang mengatakan bahawa dirinya tidak cantikseperti jirannya itu. Akibat daripada kejadianitu, Si Manis telah berada dalam keadaankesedihan yang melampau. Melihat keadaanitu, kura-kura telah cuba untuk membantu SiManis agar tidak terus berada dalam keadaaanJournal of Business and Social Development Volume 5(2) 2017: 102-110

TAHAP KEBERKESANAN LAGU SI PINTAR DAN SI MANIS DAN KURA-KURAsedemikian. Selanjutnya, melalui bait ini jugapenulis lirik menggambarkan nilai tolongmenolong kura-kura yang menunjukkan sikapprihatin kepada Si Manis dengan menasihatinyaagar bersabar dengan celaan tersebut melaluifrasa yang digun

TAHAP KEBERKESANAN LAGU SI PINTAR DAN SI MANIS DAN KURA-KURA TERHADAP KANAK-KANAK (THE EFFECTIVENESS OF SI PINTAR AND SI MANIS AND KURA-KURA SONGS TOWARDS CHILDREN) SITI NOOR RIHA SULONG* DAN NORMALIZA ABD RAHIM Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Related Documents:

Pengerjaan dari sistem pakar ini direncanakan melalui 7 tahapan yaitu : 1) Tahap pengumpulan data 2) Tahap perumusan penyakit jantung dan paru beserta gejalanya, 3) Tahap pembuatan rule sistem pakar, 4) Tahap perancangan basis data, 5) Tahap perancangan antar muka sistem pakar, 6) Tahap implementasi perancangan ke dalam sistem

(2013) tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan pembelajaran mudah alih, tahap kesesuaian penggunaan pembelajaran mudah alih dan tahap penerimaan pelajar terhadap pembelajaran mudah alih adalah berada pada tahap tinggi iaitu masing-masing dengan skor min 3.92, 3.98 dan 3.83.

transformasi geometri. Selain itu, penelitian ini juga bertujuan untuk mengetahui kualitas perangkat pembelajaran ditinjau dari aspek kevalidan, kepraktisan, dan keefektifan. Penelitian ini merupakan penelitian pengembangan yang mengacu pada model ADDIE yang terdiri dari tahap analisis, tahap desain, tahap pengembangan, tahap implementasi dan tahap

MASALAH KESEHATAN MENTAL DALAM LIRIK LAGU KPOP (Studi Analisis Wacana Kritis Dalam Lagu Kpop Lee Hi - Breathe, N.Flying - It's Fine, dan Younha - Winter Flower) SKRIPSI Oleh: AZKA QURROTU'AINI NPM. 1643010087 UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR FAKULTAS ILMU SOSIAL DAN ILMU POLITIK

dimainkan oleh Sonny Rollins. Lagu St. Thomas terdiri dari 16 birama yang tema lagunya berbentuk A-B, dengan pengembangan improvisasi secara thematic. Improvisasi tenor saksofon dalam lagu St. Thomas memuat dua pola ritmis yaitu calypso dan swing. Kata kunci: Improvisasi Tenor Saksofon, Sonny Rollins, St. Thomas. UPT Perpustakaan ISI Yogyakarta

A. Tahap-tahap Perkembangan Peserta Didik 1. Tahap pra-operasional (usia 2-7 tahun). Pada tahap ini kemampuan skema kognitifnya masih terbatas. Peserta didik suka meniru perilaku orang lain. Perilaku yang ditiru terutama perilaku orang lain (khususnya orang tua dan guru) yang pernah ia lihat ketika orang itu merespons terhadap perilaku orang .

perkembangan moral, terdapa berbagai rangsangan yang diterima oleh anak-anak dan ini mempengarugi tempo perkembangan yang dicapai, melainkan juga mengenai cepat atau lambatnya tahap-tahap perkembangan yang dicapai, melainkan juga mengenai batas tahap-tahap yang dicapai. Perbedaan perseorangan juga dapat pada latar belakang kebudayaan tertentu.

b. What is AngularJS? 2. Basic Angular Security Concepts a. Strict Contextual Auto Escaping b. The HTML Sanitizer 3. Common Security pitfalls a. Server-Side Template Injection b. Client-Side Template Injection c. Converting strings to HTML d. White- and Blacklisting URLs 4. Conclusion Agenda