KATA ALUAN - UM

2y ago
7 Views
3 Downloads
1.16 MB
67 Pages
Last View : 5m ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Braxton Mach
Transcription

KATA ALUANAlhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT di atas segalalimpahan kurniaan nikmatNya. Selawat dan salam kepadajunjungan mulia, Nabi Muhammad SAW, kepada seluruh ahlikeluarga dan para sahabat.Pertama sekali, saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa BukuPanduan Penulisan Tesis/Disertasi APIUM bersyukur kepadaAllah SWT kerana telah berjaya memurnikan Buku PanduanPenulisan Tesis/Disertasi Edisi Ketiga 2012 dengan melakukantambahbaik dan memasukkan beberapa unsur-unsur baharusesuai dengan perkembangan semasa.Diharapkan buku panduan ini boleh menjadi pedoman danrujukan kepada para penyelidik yang terdiri daripada calon-calonijazah tinggi APIUM. Buku panduan ini juga sesuai untuk dijadikanrujukan bagi penulisan kertas projek kepada pelajar di peringkatijazah sarjana muda APIUM.Pihak saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepadasemua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidaklangsung dalam pengemaskinian dan penerbitan Edisi Keempatini, terutama sekali ahli jawatankuasa yang menghadiri BengkelSemakan Panduan Penulisan Tesis/Disertasi di Hotel Eastin,Petaling Jaya, pada 28 hingga 29 September 2020 bersamaandengan 10 hingga 11 Safar 1442H.Sekian, wassalam.PROFESOR MADYA DR. MOHD FAUZI BIN HAMATTimbalan Pengarah Ijazah TinggiAkademi Pengajian IslamUniversiti Malaya1

1. TAHAP KERANGKA KELAYAKAN BERDASARKAN MQAPada dasarnya, para penyelidik perlu memahami tahapkerangka kelayakan Malaysia sebagaimana berikut:1.1 SarjanaIjazah Sarjana memberi lanjutan terhadap pengetahuan,kemahiran dan kebolehan yang dicapai pada tahapsarjana muda. Kemasukan ke program sarjanabiasanya berasaskan kepada kemampuan yang terbuktiuntuk mengikuti pengajian pascasiswazah dalam bidangyang dipilih. Ijazah sarjana dianugerahkan kepadapelajar yang boleh:(i)(ii)(iii)(iv)(v)(vi)menunjukkan pengetahuan dan kefahamanlanjutan atau tambahan daripada tahap sarjanamuda dan membangun atau mengguna idealazimnya dalam konteks penyelidikan;menggunakan pengetahuan dan kefahamanbagi menyelesaikan masalah yang berkaitanbidang pengajian dalam situasi baru dan konteksmultidisiplin;mengintegrasi pengetahuan dan mengurusperkara kompleks;membuat penilaian dan keputusan dalamkeadaan tanpa atau dengan maklumat terhad,mengambil kira tanggungjawab sosial dan etikayang berkaitan;menyampaikan rumusan, pengetahuan danrasionalnya kepada pakar dan bukan pakardengan jelas; danmenguasai kemahiran belajar untuk terus majudengan autonomi yang tinggi.1.2 KedoktoranIjazah Kedoktoran memberi pengukuhan terhadappengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dicapaipada tahap sarjana. Ia lazimnya memberikan graduan2

kebolehan untuk menjalankan penyelidikan secaraberdikari dan dianugerahkan kepada pelajar yang boleh:(i)(ii)(iii)(iv)(v)(vi)menunjukkan kefahaman sistematik danmendalam tentang satu disiplin pengajian sertapenguasaankemahirandankaedahpenyelidikan berkaitan bidang tersebut;menunjukkan kebolehan menjana, merekabentuk, melaksana dan mengubah suaisebahagian besar proses penyelidikan dengankeutuhan kesarjanaan;menyumbang kepada penyelidikan asal yangmelebarkan sempadan ilmu melalui n mengikut standard antarabangsatermasuk penulisan dalam penerbitan berwasitantarabangsa;membuat analisis kritikal, penilaian dan sintesisidea baru dan kompleks;berkomunikasi dengan rakan, komuniti sarjanadan masyarakat umum tentang bidangkepakaran; danmenggalakkan kemajuan teknologi, sosial dankebudayaan dalam masyarakat berasaskan ilmudalam konteks akademik dan professional.2. PANDUAN ASAS PENYELIDIKPanduan ini perlu diberi perhatian serius oleh penyelidikdalam melaksanakan penyelidikan dengan jayanya disamping memudahkan tugas-tugas penyeliaan.2.1. Penentuan Bidang PenyelidikanPeringkat ini merupakan peringkat awal dalam sesuatupenyelidikan yang akan dijalankan. Setiap penyelidik sepatutnyatelah mengenalpasti bidang penyelidikan yang wajar dilakukan.Faktor-faktor berikut perlu dipertimbangkan dalam memilih bidangatau tajuk penyelidikan.2.1.1. Pengetahuan, kebolehan dan pengalaman sedia adapada penyelidik dalam bidang yang hendak dikaji. Ini bagi3

memastikan mereka boleh menguasai bidang penyelidikan,termasuk penguasaan bahasa utama rujukan bidangberkenaan.2.1.2. Minat terhadap bidang yang dikaji. Ini bagi merangsangpenyelidik untuk terus menyelidik dan mencari maklumatpenyelidikan di samping memperluas dan memperkayakan lagidisiplin dalam bidang yang diminatinya.2.1.3. Kewujudan lompang (gaps) atau ruang kosongberdasarkan penelitian terhadap kajian-kajian terdahulu dalambidang yang dipilih. Kelompangan ini hendaklah dinyatakandalam rumusan kajian literatur yang dilakukan melibatkan kajianaspek teori dan lapangan.2.1.4. Kemungkinan memperolehi maklumat atau data dalambidang yang dipilih.2.1.5. Kekangan / limitasi yang berkemungkinan akanmengganggu penyelidikan.2.1.6. Jangka masa yang perlu diambil bagi mengumpul datadan menyiapkan penyelidikan.2.1.7. Kemungkinan bidang yang dipilih menyumbang kepadaperkembangan ilmu semasa, penyelesaian masalah yangtimbul dalam masyarakat, penggubalan polisi dan dasar baharupihak berkepentingan atau perkaitannya dengan pembangunankerjaya penyelidik.2.1.8. Kemampuan menyiapkan penyelidikan sesuai denganperuntukan kewangan dan keupayaan penyelidik.2.3. Penetapan Rancangan Penyelidikan dan Jadual KerjaSatu jadual kerja dalam bentuk carta gantt hendaklah dirangkabagi menggambarkan gerak kerja penyelidikan. Contoh cartagantt adalah seperti berikut:4

2.4. Pelaksanaan Penyelidikan2.4.1. Gerak kerja menyelidik tidak boleh dilaksanakansehingga cadangan penyelidikan diluluskan dalam seminarProposal Defence (PD) di peringkat Jabatan. Ini bagimemastikan penyelidikan berkenaan diluluskan oleh panelpenilai PD yang dilantik oleh jabatan.2.4.2. Sebarang perubahan penyelidikan selepas kelulusan PDhanya boleh dibuat setelah mendapat persetujuan penyelia.2.4.3. Sepanjang gerak kerja penyelidikan dan penulisantesis/disertasi dilaksanakan, penyelidik hendaklah mendapatpersetujuan penyelia dalam menjalankan sebarang kegiatanseperti penerbitan artikel, pembentangan dalam seminar dansebagainya.2.4.4. Penyelidik perlu menyimpan semua data penyelidikandan dokumen berkaitan penyelidikan yang diperoleh sebagaibukti.2.5. Gaya PenulisanGaya penulisan mestilah mengikut Panduan Penulisan Ilmiah,Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (edisi keempat).Ejaan, transliterasi, susunan ayat, penggunaan istilah dansebagainya hendaklah tepat dan ilmiah.5

2.6. Pertemuan dengan PenyeliaPertemuan dengan penyelia hendaklah dibuat dari masa kemasa. Penyelia hendaklah berinteraksi dengan calon sekurangkurangnya dua kali sebulan pada semester pertama dan sekalisebulan bagi semester seterusnya. Bagi perjumpaan kalipertama, penyelia dan calon hendaklah berbincang secarabersemuka, manakala perjumpaan seterusnya boleh dikendalikansecara tidak bersemuka seperti dalam talian. Penentuan jadualpertemuan secara berkala perlu dirangka berdasarkanpersetujuan bersama. Penyelidik dikehendaki menyimpan rekodpertemuan.2.7. Kelulusan TajukPenyelidik Doktor Falsafah dan Sarjana yang telahmenyempurnakan penulisan tesis/disertasi hendaklah memohonkelulusan tajuk selepas lulus dalam Seminar CandidatureDefence (CD) sebelum penyerahan.2.8. Penyerahan TesisDraf akhir tesis/disertasi hendaklah disahkan oleh penyeliasebelum penyerahan dilakukan.2.10. Etika Penyelidikan2.10.1. PlagiatPlagiat ialah perbuatan mengambil idea, tulisan, data ataurekaan orang lain dan mendakwa bahawa idea, tulisan, dataatau rekaan tersebut adalah hasil ciptaan atau dapatannyasendiri; atau cuba menonjolkan idea, tulisan, data dan rekaanyang diambil dari sumber lain itu dengan cara yang bolehmemberi gambaran bahawa dialah sumber atau penciptaasalnya. Plagiat berlaku apabila idea, tulisan, data atau rekaanorang lain diciplak tanpa menyatakan rujukan kepada karyaatau penghargaan kepada penulis asal.Penulisan ilmiah yang diserahkan untuk pemeriksaanmestilah merupakan karya asli penyelidik. Sebarang bentukplagiat adalah dilarang sama sekali. Perbuatan ini melanggaradab dan tatasusila sebagai seorang ilmuwan Muslim yangseharusnya mempunyai integriti dan kredibiliti. Sila rujuk garispanduan mengenai plagiarisme yang digunapakai olehUniversiti.6

2.10.2. Keperluan Mendapat Kelulusan EtikaBagi penyelidikan lapangan, penyelidik bertanggungjawabmemohon kelulusan etika daripada jawatankuasa berkaitanseperti University of Malaya Research Ethics Committee(UMREC) untuk memelihara etika dalam mengurus danmenjaga kerahsiaan data dan sumber.3. SUSUNAN SESEBUAH TESIS/DISERTASIUmumnya tesis/disertasi mengandungi tiga bahagian iaitu; (i)Awalan, (ii) Teks, (iii) Akhiran. Penyusunan bab adalah ditentukanmengikut jenis penyelidikan itu sendiri setelah mendapat nasihatdan persetujuan daripada penyelia.3.1. AwalanBahagian ini mengandungi perkara berikut:3.1.1. Kulit HadapanHalaman kulit hadapan hendaklah mengandungi; (i) tajuk yangdiluluskan oleh Mesyuarat Fakulti (JKA), (ii) nama calon, (iii)nama fakulti, dan (iv) tahun penyerahan. Lihat lampiran 1(a).3.1.2. Halaman HadapanMengandungi maklumat yang sama dengan kulit hadapan.3.1.3. Halaman TajukHalaman tajuk hendaklah mengandungi; (i) tajuk yangdiluluskan oleh Mesyuarat Fakulti (JKA), (ii) nama calon, (iii)tujuan penyerahan tesis/disertasi, (iv) nama fakulti/akademi,dan (v) tahun penyerahan. Lihat lampiran 1(b).3.1.4. Perakuan Keaslian PenulisanHalaman ini hendaklah mengandungi borang perakuan keaslianpenulisan yang telah disediakan. (Sila rujuk laman sesawangAPIUM/AASC)3.1.5. AbstrakAbstrak hendaklah ditulis dalam satu perenggan yang ditaiplangkau dua mengandungi tajuk penyelidikan (huruf besar),pernyataan masalah, objektif, kepentingan, metode dan hasil7

dapatan penyelidikan. Abstrak ditulis tidak melebihi 500 patahperkataan. Kata kunci hendaklah ditulis di bawah abstrak tidakmelebihi lima (5) kata kunci dan diasingkan dengan tanda koma.Abstrak hendaklah bermula pada halaman nombor Roman “iii”dan halaman seterusnya hendaklah dinomborkan secaraberturutan. (Sila rujuk contoh terlampir)Abstrak hendaklah ditulis dalam bahasa Malaysia dan bahasaInggeris. Sekiranya bahasa tesis/disertasi adalah bahasa Arab,abstrak bahasa Arab hendaklah juga disediakan.Berikut adalah susunan bahasa abstrak: Bagi tesis/disertasi dalam bahasa Malaysia, abstrakhendaklah dalam bahasa Malaysia dan diikuti denganabstrak dalam bahasa Inggeris Bagi tesis/disertasi dalam bahasa Inggeris, abstrakhendaklah dalam bahasa Inggeris dan diikuti denganabstrak dalam bahasa Malaysia Bagi tesis/disertasi dalam bahasa Arab, abstrakhendaklah dalam bahasa Arab dan diikuti dengan abstrakdalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris3.1.6. PenghargaanPenyelidik hendaklah merakamkan penghargaan ringkaskepada penyelia dan pihak-pihak yang menyumbang secaralangsung atau tidak langsung kepada penyelidikan calon.Maklumat lengkap penyelidik iaitu nama penuh, nombor matrik,alamat tetap dan alamat e-mel hendaklah dinyatakan di akhirbahagian.3.1.7. Isi KandunganIsi kandungan menyenaraikan tajuk bab, topik dan sub-topikberserta dengan nombor halamannya. Topik dan sub-topikhendaklah dilabelkan mengikut turutan bab. Contohnya;BAB 1: TAJUK (PENDAHULUAN)1.1. Topik 11.1.1. Sub-topik 1BAB 2: TAJUK2.1. Topik 22.1.1. Sub-topik 28

Sistem pernomboran ini dapat memberikan gambaran tentangtajuk besar dan tajuk kecil serta perkaitan antaranya.3.1.8. Senarai RajahDalam bahagian ini penyelidik hendaklah menyenaraikan rajah,gambar, graf, ilustrasi, bagan, lakaran, pelan, peta, cartaberserta dengan nombor halamannya. Rajahhendaklahdilabelkan mengikut turutannya dalam bab. Contohnya;Rajah dalam Bab 2 hendaklah dinomborkan Rajah 2.1, Rajah2.2, Rajah 2.3 dan seterusnya.3.1.9. Senarai JadualDalam bahagian ini penyelidik menyenaraikan jadual bersertadengan nombor halamannya. Jadual hendaklah dilabelkanmengikut turutannya dalam bab. Contohnya;Jadual dalam Bab 3 hendaklah dinomborkan Jadual 3.1, Jadual3.2, Jadual 3.3 dan seterusnya.3.1.10. Senarai Tambahan Bukan TeksSenarai tambahan bukan teks termasuk simbol, tatanama,glosari dan sebagainya hendaklah disenaraikan sepertiberikut:a. Panduan transliterasi.b. Senarai kependekan.c. Senarai lampiran.c. Senarai statut – Senarai ini hendaklah mengikut susunanabjad dan mempunyai muka surat.d. Senarai kes – Senarai ini hendaklah mengikut susunanabjad dan mempunyai muka surat.3.2. TeksAkademi Pengajian Islam menetapkan format umum untukpenstrukturan penulisan teks. Lazimnya, teks mengandungipendahuluan, metodologi dan sumber data, perbincanganpenyelidikan dan rumusan dan cadangan.3.3. AkhiranBahagian ini mengandungi bibliografi dan lampiran (jika perlu).9

4. Format Kertas Cadangan PenyelidikanKertas cadangan penyelidikan yang dimaksudkan di sinibertujuan untuk dijadikan asas pertimbangan bagi pihakberkenaan dalam menerima cadangan penyelidikan. Penilaianterhadap cadangan penyelidikan melibatkan elemen-elemenyang akan dinyatakan seterusnya.Penyelidik hendaklah mengemukakan kertas cadanganpenyelidikan dalam bentuk yang kemas. Kertas cadangan jugaakan dijadikan asas pertimbangan panel dalam seminar ProposalDefence (PD), Confirmation Defence (bagi calon Fast Track(Accelarated Admission)). Kertas cadangan penyelidikanhendaklah menjelaskan elemen-elemen berikut:4.1 Bidang PenyelidikanMenjelaskan bidang bagi kajian yang akan dilaksanakan sepertiTeaching and Training, Religion, Social and BehaviouralScience, Political Science and Civics, Economic, Wholesale andRetail Sales, Marketing and Advertising, Finance, Banking,Insurance, Accounting and Taxation, Management andAdministration, Syariah Law, Biology and Biochemistry,Environmental Science, Physics, Chemistry, Earth Science,Mathematics, Computer Science, Applied Science and Health.Bidang-bidang tersebut merujuk kepada bidang yang tersenaraimengikut National Educational Code (NEC) oleh KPTPengkhususan kepada bidang-bidang yang dinyatakan bolehdirujuk di Lampiran A.4.2 TajukPernyataan tajuk hendaklah mampu menjelaskan persoalanpokok dan fokus kajian. Pemilihan perkataan dan susunanungkapan dalam tajuk hendaklah ringkas dan padat sesuaidengan judul sebuah penyelidikan ilmiah dan serta standardasas kompetensi.4.3 Latar Belakang PenyelidikanMembincangkan latar belakang dan situasi timbulnya masalahyang akan dikaji. Keberkesanan persembahan latar belakangmasalah ini boleh dinilai pada kemampuan penyelidik10

memperlihatkan hakikat sebenar masalah dan betapa ia pentinguntuk diteliti dan didalami.4.4 Pernyataan Masalah PenyelidikanPada bahagian ini penyelidik hendaklah menjelaskan masalahsebenar yang akan dikaji berdasarkan latar belakang masalahyang telah dinyatakan. la boleh dinyatakan dalam bentukpernyataan masalah atau dalam bentuk soalan rsandarkan sumber yang berautoriti.4.5 Soalan KajianSoalan kajian hendaklah dibentuk berdasarkan pernyataanmasalah yang dikemukakan.4.6 Hipotesis Penyelidikan (jika berkenaan)Hipotesis ialah andaian awalan tentang hubungan antara unsurunsur yang dikaji, atau tentang cara penyelesaian bagi sesuatumasalah. Hipotesis penyelidikan amat diperlukan bagi kajianberbentuk kuantitatif.4.7 Objektif PenyelidikanPenyelidik hendaklah menyatakan objektif kajian dijalankan danobjektif yang diharap akan dapat dicapai pada akhir kajian.Pernyataan objektif hendaklah jelas, rasional, serta selarasdengan persoalan kajian yang dikemukakan. Objektif hendaklahsuatu yang mampu dicapai dan pencapaiannya itu sewajarnyaboleh dibuktikan. Bagi kajian peringkat pascasiswazah, salahsatu objektif kajian hendaklah mencapai aras taksonomisekurang-kurangnya pada tahap 4 (menganalisis) , 5 (menilai)dan 6 (mencipta).4.8 Skop KajianSkop kajian bermaksud ruang lingkup penyelidikan yang ingindicapai. Skop kajian boleh dijelaskan dengan pemboleh ubahkajian (jika berkenaan).4.9 Batasan PenyelidikanBatasan bermaksud sekatan di luar kemampuan penyelidikyang menghalang pencapaian ruang lingkup tersebut. Aspek11

yang terlibat merangkumi masa, tempat, sasaran penyelidikandan sebagainya. Penjelasan ini penting bagi memastikan penilaidapat memahami sempadan penyelidikan berkenaan.4.10 Kepentingan PenyelidikanPenyelidikhendaklahmenjelaskan kepentingandansumbangan penyelidikan yang dilaksanakan terhadap bidangyang dikaji. Kepentingan hendaklah dihuraikan terutama darisudut manfaat teoretikal antaranya; (i) apakah ia memantapkanpenjelasan tentang sesuatu hukum; (ii) memperkemaskansesuatu kaedah; (iii) membetulkan sesuatu fahaman?Seterusnya kepentingan dan sumbangan langsung danpraktikal daripada penyelidikan terhadap institusi, organisasi,pembuat dasar dan pihak-pihak berkepentingan perludinyatakan secara khusus. Kepentingan penyelidikan jugatermasuk penghasilan sesuatu edisi kritikal teks-teks pentingdalam bidang serta terjemahannya. Huraian hendaklah ditulisdalam bentuk pernyataan yang jelas.4.11 Definisi TajukBahagian ini menjelaskan konsep dan terminologi utama yangterdapat dalam tajuk yang dicadangkan. Penyelidik perlumengemukakan definisi yang bersifat operasional (operationaldefinition) yang akan digunapakai dalam kajiannya.4.12 Kerangka atau Landasan PenyelidikanKerangka ini boleh diasaskan atas mana-mana konsep yangada dalam Islam, atau teori semasa yang ada, atau dibentuksendiri berasaskan kajian-kajian terdahulu. Kerangkapenyelidikan ini akan menjadi garis panduan kepadapenyelidikan yang akan dilaksanakan.4.13 Kajian LiteraturKajian literatur adalah ulasan yang mengaitkan hasilpenyelidikan lepas yang memberi jawapan kepada masalahyang akan dikaji terutama untuk menjelaskan kedudukan sertakeaslian penyelidikan semasa dan kaitannya dengan khazanahilmu sedia ada.12

Penyelidikan lepas ini perlu merangkumi penyelidikan yangtelah dijalankan di dalam dan di luar negara dalam pelbagaibahasa. Ia perlu merangkumi laporan penyelidikan ilmiah, tesis,disertasi, makalah jurnal dan sebagainya. Ulasan perlumenumpukan kepada aspek kelompangan ilmiah antarapenyelidikan lepas dengan kajian yang akan dijalankan olehpenyelidik. Penyelidik perlu juga menyatakan persamaan danperbezaan, kekuatan dan kelemahan serta aspek-aspek lainyang menunjukkan perlunya kajian itu dijalankan.4.14 Reka Bentuk KajianPendekatan kajian untuk mengumpul dan menganalisis databoleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu kualitatif, kuantitatifatau campuran (Mixed Method). Penyelidik hendaklahmenentukan reka bentuk kajiannya sesuai dengan kajian yangakan dijalankan.4.15 Kaedah Pengumpulan DataPenyelidik hendaklah menjelaskan kaedah pengumpulan datayang dijalankan dan aplikasinya dalam pencapaian objektifkajian. Bagi penyelidik yang menggunakan penyelidikankepustakaan sepenuhnya, sumber data atau maklumat sepertikitab, dokumen, karya, manuskrip dan akta hendaklahdijelaskan. Bagi penyelidikan yang melibatkan pengumpulandata lapangan, penyelidik hendaklah memberi penjelasan yangteliti dan meyakinkan tentang kaedah yang digunakan dalampengumpulan data seperti temubual, observasi, soal selidik daneksperimen.4.16 Kaedah Analisis DataPenyelidik perlu menjelaskan perancangannya tentang caramengolah data yang akan dikumpulkan untuk menjawabmasalah dan mencapai objektif penyelidikan. Kaedah analisisdata perlu disesuaikan dengan rekabnetuk dan pendekatankajian yang dipilih (rujuk 4.14).4.17 BibliografiPenyelidik perlu menyenaraikan senarai rujukan yang telahdirujuk untuk menyediakan kertas cadangan penyelidikan.Senarai ini hendaklah mampu meyakinkan penilai bahawa13

rujukan yang sewajarnya telah dibuat. Secara umumnya senarairujukan perlu mengambil kira rujukan primer dan sekunder yangterkini, pelbagai dan mencakupi bidang kajian.5. STRUKTUR SUSUNAN BAHAGIAN TEKSPenyusunan ini boleh menggunakan Bentuk 1 atau Bentuk 2berikut sebagai panduan asas. Pendahuluan hendaklahdijadikan sebagai Bab 1.5.1 BENTUK 1Bab 1: PendahuluanBerfungsi sebagai pengantar kepada penyelidikan berkenaan.Secara umumnya ia bertujuan memperkenalkan latar belakangpenyelidikan. Lazimnya ia merupakan pengemaskinian terhadapkertas cadangan penyelidikan yang telah diluluskan.Pengemaskinian ini mengubah kertas cadangan tersebut kepadabentuk laporan gerak kerja penyelidikan yang telah dilaksanakan.Bab 2: Menjelaskan kerangka atau landasan teori yang menjadiasas kepada penyelidikan yang dijalankan.Bab 3 dan Bab 4: Mengandungi perbincangan penyelidikan,analisis data dan hasil dapatan penyelidikan.Bab 5: PenutupMengandungi rumusan dan cadangan bagi penyelidikan tersebut.Bahagian ini boleh dijadikan satu bab tersendiri yangmengandungi unsur-unsur berikut:5.1. RumusanMerumuskan penemuan hasil penyelidikan.5.2. Implikasi KajianTafsiran daripada rumusan yang dibuat.5.3. CadanganSaranan bagi menyelesaikan masalah yang dikaji berdasarkanrumusan dan tafsiran di atas. Ia boleh juga dikemukakan dalambentuk cadangan penyelidikan lanjutan untuk penyelidik lain.14

5.2 BENTUK 2Bab 1: PendahuluanMerangkumi kesemuapenyelidikan.elemendiatas,kecualimetodeBab 2: Kajian LiteraturMengandungi kajian-kajian lepas yang berkaitan denganpenyelidikan serta penjelasan Kerangka atau Landasan TeoriPenyelidikan dan Kajian LiteraturBab 3: MetodologiMenerangkan secara jelas metode penyelidikan, reka bentuk,populasi dan sampel yang digunakan.Bab 4: Dapatan KajianMerupakan hasil analisis dan dapatan kajian yang telahdijalankan.Bab 5: Perbincangan, Kesimpulan dan CadanganMengandungi perbincangan tentang dapatan, rumusan dancadangan bagi penyelidikan tersebut. Bahagian ini bolehdijadikan satu bab tersendiri yang mengandungi unsur-unsurberikut:5.1. RumusanMerumuskan penemuan hasil penyelidikan.5.2. Implikasi KajianTafsiran daripada rumusan yang dibuat.5.3. CadanganSaranan bagi menyelesaikan masalah yang dikaji berdasarkanrumusan dan tafsiran di atas. Ia boleh juga dikemukakan dalambentuk cadangan penyelidikan lanjutan untuk penyelidik lain.Perhatian: Bilangan bab bagi kedua-dua bentuk bergantungkepada sifat kajian yang dilaksanakan.15

6. FORMAT PENULISAN ILMIAH6.1. Penaipan6.1.1 Penyediaan DokumenPenulisan ilmiah hendaklah disediakan menggunakan perisiankomputer Microsoft Word atau yang seumpamanya.6.1.2. Jenis TulisanPenulisan ilmiah hendaklah menggunakan font Times NewRoman versi 6.0 ke atas untuk aksara Roman bersaiz 12; Latexatau Equation Editor untuk teks matematik; dan TraditionalArabic untuk aksara Arab atau Jawi bersaiz 16. Font Script tidakdibenarkan.Tajuk bab ditaip menggunakan huruf besar dan dibuat secarapenjajaran berpusat di antara birai kiri dan kanan (centeredbetween left and right margin).6.1.3. Jarak BarisLangkau dua baris bagi aksara Roman, manakala 1.5 bagiaksara Arab atau Jawi hendaklah digunakan untuk bahagianteks utama. Langkau satu baris pula hendaklah digunakansemasa membuat jadual, petikan dan nota kaki bagi aksaraRoman, Arab atau Jawi.6.1.4. Struktur PerengganPerenggan tidak perlu dijarakkan sama ada dengan menambahruang jarak secara automatik atau dengan menekan kekunciEnter. Perenggan terawal dan terakhir dalam sesuatu halamanhendaklah mengandungi sekurang-kurangnya dua baris ayat.Sekiranya tidak, perenggan hendaklah dimulakan di halamanberikutnya.6.2. Birai Yang DitetapkanBirai yang ditetapkan bagi teks utama, jadual, rajah danketerangannya hendaklah mengikut format seperti yang berikut:Birai atas: 2.0 sm atau 0.79 inciBirai kanan: 2.0 sm atau 0.79 inciBirai kiri: 4.0 sm atau 1.57 inciBirai bawah: 2.0 sm atau 0.79 inci16

6.3. Penomboran HalamanSemua nombor halaman teks bersaiz 10 dimasukkan tanpa tandabacaan atau kurungan. Nombor halaman dicetak di sebelahkanan 1.0 sm dari bawah.Nombor halaman bahagian awalan hendaklah menggunakannombor kecil Roman secara berturutan (i, ii, iii dan seterusnya).Halaman tajuk dianggap sebagai halaman “i” tetapi nombor “i”tidak dimasukkan. Nombor halaman bermula selepas halamantajuk yang disambung terus dengan nombor Roman “ii”.Nombor kepada halaman teks dan bibliografi hendaklahmenggunakan nombor Arab (Arabic numerals) berturutan (1, 2, 3,dan seterusnya), bermula dengan 1 pada halaman pertamabahagian teks. Bagi tesis/disertasi yang ditulis dalam bahasaArab, penyelidik hendaklah menggunakan nombor Hindi secaraberturutan (۰٫۱٫۲٫۳٫٤٫٥٫٦٫۷٫۸٫۹)6.4. Jumlah perkataan yang dibenarkan6.4.1. Tesis Doktor Falsafah – Tidak melebihi 100,000 patahperkataan. Minimum patah perkataan adalah 60,0006.4.2. Disertasi (Mod penyelidikan) – Tidak melebihi 60,000patah perkataan. Minimum patah perkataan adalah 40,0006.4.3. Disertasi (Mod campuran) – Tidak melebihi 40,000 patahperkataan. Minimum patah perkataan adalah 20,0006.4.4. Laporan Projek - Tidak melebihi 30,000 patah perkataan.Minimum patah perkataan adalah 15,000(Tidak termasuk nota kaki, bibliografi, rujukan, lampiran, jadualdan rajah).Penyelidik yang hendak menulis melebihi had yang akulti/Akademi dengan mengemukakan alasan yangmunasabah.6.5. KertasPenyelidik hendaklah menggunakan kertas putih saiz A4 (21.0 x29.7 sm; 80 gsm), dan dicetak hanya pada sebelah halamansahaja.17

6.6. Nota Rujukan6.6.1. Tujuana. Menjelaskan sumber data yang telah digunakan.b. Membolehkan pembaca merujuk kepada mana-manabahagian dalam tulisan itu sendiri, sama ada sebelum atauselepas.c. Memberi penjelasan lanjut yang dikira tidak wajardibuat dalam teks utama.d. Menjelaskan pandangan yang berbeza daripada sumbertertentu bagi membolehkan pembaca membuatperbandingan.e. Memberi penghargaan kepada sumber yang digunakan.f. Memperkukuhkan kewibawaan penulisan penyelidikan.6.6.2. Gaya Nota RujukanPenulisan nota rujukan hendaklah menggunakan sama adanota kaki atau nota dalam teks atau nota hujung.Nota kaki hendaklah ditaip dengan font Times New Roman,bersaiz 10, langkau satu baris, dan berada dalam halaman yangsama dengan teks utama. Pernomboran nota kaki hendaklahmengikut bab. Setiap bab bermula dengan nombor 1.Nota dalam teks hendaklah menggunakan sistem pengarangtarikh yang mesti disertakan dengan halaman seperti contohberikut: (Asmak, 2020, 15) atau (al-Nawawi, 1985, 2/120) atau(Esposito et al., 2019, 15).6.6.3. Rujukan kepada Bukua. PengarangStruktur asas gaya nota kaki adalah seperti berikut: NamaPenuh Pengarang, Tajuk Buku: Keterangan Lanjutan (Tempat:Penerbit, Tahun), halaman. Contohnya (perhatikan bahawasebelum nombor halaman tiada aksara “h” atau “hlm”):1. Faizuri Abd Latif, Tafsiran Sifat Allah Menurut PemikiranTuan Minal Berdasarkan Kitab Aqidah al-Najin (KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2020), 57.18

Bagi buku yang tidak diketahui penulisnya hendaklah dituliskalimah “Penulis tidak diketahui”. Manakala bagi buku yangdiragui penulis sebenar hendaklah ditulis nama penulis dalamkurungan [ ]. Contohnya:2. [Muḥy al-Dīn Muḥammad bin ‘Alī bin ‘Arabī], Tafsīr Ibn ‘Arabī,ed. ‘Abd al-Wārith Muḥammad ‘Alī (Beirut: Dār al-Kutub al‘Ilmiyyah, 2010), 1:57.Buku yang mempunyai dua atau tiga pengarang ditulis sepertiberikut:3. Ahmad Yumni Abu Bakar & Che Zarrina Saari, Islam Liberal:Kajian Terhadap Sumber Epistemologi (Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 2019), 23.Buku yang mempunyai empat pengarang atau lebih ditulisseperti berikut (perhatikan bahawa et al. ditulis dengan hanyasatu titik dan tanpa diitalik):4. Ishak Suliaman et al., Autoriti Hadis Menangani GerakanAntihadis (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2007),2.b. EditorBagi buku yang diedit nama editor ditulis pada tempatpengarang seperti berikut:5. Nor Raudah Siren, Yusmini Md Yussof dan MahmudahNawawi, peny., Teori-teori Komunikasi (Kuala Lumpur,Penerbit Universiti Malaya, 2006), 12.c. TerjemahanBagi buku terjemahan atau transkripsi, nama penterjemah ataupentranskrip ditulis selepas tajuk buku seperti berikut(perhatikan nama pengarang hendaklah berdasarkan ejaandalam buku terjemahan):6. Abū Ḥāmid al-Ghazzālī, A Return to Purity in Creed: Iljām al‘Awām ‘an ‘Ilm al-Kalām, terj. ‘Abdullāh bin Ḥamīd ‘Alī(Philadelphia: Lamp Post Productions, 2008), 23-4.19

7. Daud bin Abdullah al-Fathani, al-Durru al-Thamin: Permatayang Indah, trans. Noraine Abu dan Mashadi Masyuti (BatuCaves: al-Hidayah, 2011), 195.d. Edisi dan CetakanBuku yang diterbitkan semula dalam edisi atau cetakan baruditulis seperti berikut:8. University of Chicago Press, The Chicago Manual of Style,ed. ke-16 (Chicago: University of Chicago Press, 2010), 701.9. George Jacob Holyoake, Principles of Secularism: Illustrated,ed. ke-3 rev. (London: Book Store, Austin & Co., 1871), 11.Cetakan baru tanpa perubahan halaman tidak perlu dinyatakan.Namun, jika ingin dinyatakan juga boleh ditulis seperti berikut:10. Muḥammad bin ‘Abd Allāh al-Khaṭīb al-Tibrīzī, Mishkāt alMaṣābīḥ, ed. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (1961; cet.ke-2, Beirut: al-Maktabah al-Islāmī, 1979), 1:63.e. Tempat, Tarikh dan PenerbitBuku yang tidak mempunyai maklumat tempat, tarikh danpenerbit ditulis “t.tp.” iaitu tanpa tempat, “t.p.” iaitu tanpapenerbit atau “t.t.” iaitu tanpa tarikh pada tempat masing-masingseperti berikut:11. Abū Hāmid Muhammad bin Muḥammad al-Ghazālī, Ihyā’‘Ulūm al-Dīn (Kaherah: Dār al-Sha‘b, t.t.), 1:8.12. Abū Faḍl Aḥmad bin ‘Alī bin Ḥajar al-‘Asqalānī, Fatḥ al-BārīSharḥ Ṣaḥīḥ al-Bukhārī, ed. ‘Abd al-Qādir Shaybah al-Ḥamad(Riyadh: t.p., 2001), 35.f. Jilid dan HalamanBuku yang berjilid ditulis seperti berikut:13. Muṣṭafā Zayd, al-Naskh fī al-Qur’ān al-Karīm: DirāsahTashrī‘iyyah Tārīkhiyyah Naqdiyyah (Kaherah: Dār al-Fikr al‘Arabī, 1963), 1:50.20

14. Muḥy al-Dīn Muḥammad bin ‘Alī bin ‘Arabī, al-Futūḥāt alMakkiyyah, ed. Maktab al-Buḥūth wa al-Dirāsāt (Beirut: Dāral-Fikr, 2007), 5:295.Buku yang dijilid bersama buku lain dalam satu koleksi bukuditulis seperti berikut:15. Abū ‘Abd Allāh Muḥammad bin Ismā‘īl al-Bukhārī, “Ṣaḥīḥ alBukhārī,” dalam Mawsū‘at al-Ḥadīth al-Sharīf: al-Kutub alSittah, ed. Ṣāliḥ bin ‘Abd al-‘Azīz Āl al-Shaykh (Riyadh: Dār alSalām, 2000), 72.16. Abū Ḥāmid Muḥammad bin Muḥammad al-Ghazālī, “Fayṣalal-Tafriqah,” dalam Majmū‘at Rasā’il al-Imām al-Ghazālī(Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2006), 3:93.Rujukan kepada maklumat yang lebih terperinci selain halamanditulis seperti berikut:17. Abū al-Ḥusayn Muslim bin al-Ḥajjāj bin Muslim, “ṢaḥīḥMuslim,”

Awalan, (ii) Teks , (iii) Akhiran. Penyusunan bab adalah ditentukan mengikut jenis penyelidikan itu sendiri setelah mendapat nasihat dan persetujuan daripada penyelia. 3.1. Awalan . Bahagian ini mengandungi perkara berikut: 3.1.1. Kulit Hadapan . Ha

Related Documents:

Kodokan Goshin Jutsu No Kata Katame No Kata Nage No Kata Ju No Kata Signature Date Page 7 of 10! Rev 3. 2014 Kodokan Kata Seminar and OJU Kata Championships! New Judo NSW State Dojo The Judo NSW State Dojo has moved from a ten

This PDF on the Heian Shodan kata and bunkai is an extract from the book Heian / Pinan Kata & Bunkai - The Fundamentals. In that book all 5 of the Heian / Pinan kata are examined in detail from the solo performance of each kata, to the two person bunkai sequences. This PDF details the first kata of the Heian series, Heian Shodan (Pinan

Hamzah Qatha’ ada di setiap suku kata bahasa Arab. Semua hamzah yang berada di awal kata bahasa Arab adalah hamzah qatha’ kecuali asma’ asrah7 (10 kata) dan hamzah yang muncul atau ditambahkan diawal kata sebab mengikuti wazan sharaf. Hamzah qatha’ menurut jenis kata, antara lain : 1.

mengenalkan kosa kata terlebih dahulu. Dengan banyaknya kosa kata yang anak miliki maka memudahkan anak dalam berbicara dan membaca. Suhartono (2005: 15) mengemukakan bahwa anak pada umumnya mempunyai kosa kata yang terbatas pada kosa kata yang pernah ia dengar dari orang-orang yang ada disekelilingnya, terutama orang tuanya sendiri.

a. Untuk mengetahui penerapan permainan bahasa tusuk kata dalam meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Arab pada siswa kelas IV di MI Ma’arif Singosaren Ponorogo. b. Untuk mengetahui peningkatan penguasaan kosa kata Bahasa Arab melalui permainan bahasa tusuk kata pada siswa kelas IV di MI Ma’arif Singosaren Ponorogo. E. Manfaat Penelitian

Dalam penelitian ini vektor t s dan t j ditentukan sebagai vektor frekuensi kata pada kalimat (t j) pada suatu kalimat yang sedang dalam proses perhitungan nilai SC dan vektor jumlah sinonim (t s) dari masing-masing kata pada vektor t j, Kata yang dimasukkan hanya jika kata tersebut juga berkaitan dengan query. Jika kata tidak

MENGENAL KAIDAH BAHASA JAWA BANTEN Dari segi pembentukannya, kata dapat digolongkan dalam: 1) kata dasar, dan 2) kata berimbuhan. Kata Dasar adalah satuan terkecil yang menjadi asal dari suatu kata kompleks; misal: wong, sekole, buku, dagang, man

Kodokan-Goshin Jutsu. The IJF Kata Competition Rules will be used to judge the Kata with reference also to the official Kodokan Kata textbooks. Competition Formula Each Kata will be divided in two groups (as above): the top three pairs with the maximum points from each group (t