MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5

3y ago
58 Views
2 Downloads
647.06 KB
36 Pages
Last View : 1m ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Rafael Ruffin
Transcription

Kurikulum Bersepadu Sekolah MenengahSPESIFIKASI KURIKULUMMATEMATIK TAMBAHANTINGKATAN 5Bahagian Pembangunan KurikulumKementerian Pelajaran Malaysia2013

Buku Spesifikasi Kurikulum Matematik Tambahan Tingkatan 5 ini ialah terjemahan yang sahdaripada buku Curriculum Specifications Form 5 Additional Mathematics terbitan CurriculumDevelopment Centre, Ministry of Education Malaysia, Putrajaya.BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUMKementerian Pelajaran MalaysiaAras 4 – 8, Blok E9Kompleks Kerajaan Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 PutrajayaMalaysiaTel:603-88842000 Faks: 603-88889917Laman Web: http/www.moe.gov.myCetakan Pertama 2013 Karya Terjemahan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Curriculum Development Centre, 2006Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian teks, ilustrasidan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara, sama adasecara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain kecuali dengan keizinan bertulisdaripada Bahagian Pembangunan Kurikulum.

KANDUNGANMuka suratRUKUN NEGARAivFalsafah Pendidikan KebangsaanvPrakataviPendahuluanviiA6. Janjang1A7. Hukum Linear4K2. Pengamiran5G2. Vektor7T2. Fungsi Trigonometri10S2. Pilih Atur dan Gabungan13S3. Kebarangkalian Mudah15S4. Taburan Kebarangkalian17AST2. Gerakan Pada Garis Lurus19ASS2. Pengaturcaraan Linear21KP2. Kerja Projek22

RUKUN NEGARABAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-citahendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalanganseluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidupdemokratik; mencipta masyarakat yang adil di manakemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secaraadil dan saksama; menjamin satu cara yang liberalterhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya danberbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresifyang akan menggunakan sains dan teknologi moden;MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukanseluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-citatersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:KEPERCAYAAN KEPADA TUHANKESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARAKELUHURAN PERLEMBAGAANKEDAULATAN UNDANG-UNDANGKESOPANAN DAN KESUSILAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usahayang berterusan ke arah lebihmemperkembangkan potensi individu secaramenyeluruh dan bersepadu untuk melahirkaninsan yang seimbang dan harmonis dari segiintelek, rohani, emosi dan jasmani,berdasarkan kepercayaan dan kepatuhankepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuanuntuk melahirkan warganegara Malaysia yangberilmu pengetahuan, berketerampilan,berakhlak mulia, bertanggungjawab danberkeupayaan mencapai kesejahteraan diriserta memberikan sumbangan terhadapkeharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.

PRAKATAmendalami konsep matematik yang dipelajari. Penggunaan teknologimengasah daya fikir kritis dan kreatif murid apabila murid membina,menguji dan membuktikan konjektur. Selain itu, penggunaan TMKmenyediakan peluang untuk murid berkomunikasi secara matematik bukansahaja di persekitaran mereka, malah dengan murid dari negara lain, dandalam proses tersebut menjadikan pembelajaran matematik lebih menarikdan menyeronokkan.Sains dan teknologi memainkan peranan kritikal dalam memastikan aspirasinegara untuk menjadi negara maju tercapai. Oleh kerana matematik pentingdalam usaha membentuk pengetahuan saintifik dan teknologi, maka wajardipastikan pendidikan matematik yang berkualiti disediakan dari peringkatrendah lagi. Kurikulum matematik sekolah terdiri daripada tiga programiaitu Matematik KBSR bagi sekolah rendah, Matematik KBSM danMatematik Tambahan bagi sekolah menengah.Bermula tahun 2012, Bahasa Malaysia boleh digunakan sebagai bahasapengantar dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik bagimurid Tingkatan 4 sehingga kohort ini tamat Tingkatan 5 pada tahunberikutnya. Penggunaan Bahasa Inggeris dan/atau Bahasa Malaysia dalampengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di peringkat menengahatas boleh diteruskan sehingga tahun 2015, iaitu tahun akhir peperiksaanSijil Pelajaran Malaysia disediakan dalam dwibahasa. Langkah ini bertujuanmembantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dari segibahasa pengantar yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sainsdan matematik.Kurikulum matematik di Malaysia bertujuan membentuk pengetahuan dankeupayaan matematik, serta sikap positif dalam kalangan murid. Selainbertujuan menyediakan murid agar berupaya menghadapi cabaran dalamkehidupan seharian, Matematik Tambahan memberi pendedahan kepadatahap matematik yang lebih tinggi, bersesuaian dengan bidang pekerjaanyang berkaitan dengan sains dan teknologi. Seperti mata pelajaran peringkatmenengah yang lain, Matematik Tambahan turut bertujuan memupuk nilaimurni dan cinta terhadap negara dalam usaha membentuk individu holistikyang dapat menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran negaraserta rakyatnya.Kepada semua pihak yang terlibat menghasilkan Spesifikasi Kurikulumterjemahan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan setinggi-tinggipenghargaan dan ucapan terima kasih.Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran elektif yang ditawarkankepada murid di peringkat sekolah menengah atas. Bermula tahun 2012,Bahasa Malaysia akan kembali digunakan sebagai bahasa pengantar dalampengajaran sains dan matematik Tingkatan 1. Pada tahun yang sama, sainsdan matematik di peringkat sekolah menengah atas bermula denganTingkatan 4 dibolehkan mengguna Bahasa Malaysia dalam pengajaran danpembelajaran sehingga kohort ini tamat Tingkatan 5 pada tahun 2013.(HAJI ALI BIN AB. GHANI AMN)PengarahBahagian Pembangunan KurikulumKementerian Pelajaran MalaysiaPenggunaan teknologi sangat ditekankan dalam pengajaran danpembelajaran sains dan matematik. Pengajaran dan pembelajaran MatematikTambahan digabungkan dengan penggunaan teknologi seperti TeknologiMaklumat dan Komunikasi (TMK), kalkulator grafik dan perisian dinamikakan memberi lebih ruang dan peluang kepada murid untuk meneroka dan(vi)

PENDAHULUANMasyarakat yang berilmu dan berpengetahuan luas, berkeupayaanmenggunakan pengetahuan matematik bagi menghadapi cabaran dalamkehidupan seharian adalah penting bagi memastikan tercapainya hasrat danaspirasi negara untuk menjadi sebuah negara perindustrian. Oleh itu, usahaharus dipergiatkan bagi memastikan masyarakat mengasimilasikanpengetahuan matematik dalam kehidupan seharian. Murid dididik dariperingkat awal dengan kemahiran menyelesaikan masalah serta kemahiranberkomunikasi secara matematik bagi membolehkan mereka membuatkeputusan secara berkesan.Matematik adalah bidang ilmu yang penting dalam menyediakan tenagakerja yang berupaya memenuhi keperluan negara yang progresif. Bidang inimerupakan penggerak utama dalam pelbagai pembangunan berkaitan sainsdan teknologi. Seiring dengan objektif negara untuk membentuk masyarakatyang celik k-ekonomi, maka kemahiran menjalankan kajian danpembangunan dalam matematik seharusnya dibentuk dan dididik dariperingkat sekolah.Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran elektif di peringkat sekolahmenengah, bertujuan memenuhi keperluan murid yang cenderung ke arahbidang sains dan teknologi. Oleh itu kandungan Matematik Tambahan telahdiolah supaya mencapai hasrat dan objektif tersebut. Sukatan PelajaranMatematik Tambahan telah digubal dengan mengambil kira kandungan matapelajaran Matematik. Beberapa cabang matematik yang baru diperkenalkandalam kurikulum ini selaras dengan perkembangan terkini dalam pendidikanmatematik. Di samping itu, penegasan diberikan kepada heuristikpenyelesaian masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagimembolehkan murid memperoleh keupayaan serta keyakinan menggunakanmatematik dalam situatsi yang baru serta berlainan.Kurikulum Matematik Tambahan menekankan pemahaman konsep danpenguasaan kemahiran di mana penyelesaian masalah merupakan fokusutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiranberkomunikasi secara matematik juga ditekankan dalam pengajaran danpembelajaran Matematik Tambahan. Semasa murid menerangkan konsepdan juga hasil kerja, mereka dibimbing untuk menggunakan istilah dan ayatmatematik yang betul dan tepat. Penekanan kepada komunikasi secaramatematik membentuk keupayaan murid untuk menterjemahkan sesuatusituasi kepada model matematik dan sebaliknya.Penggunaan teknologi, terutamanya Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK), amat digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran MatematikTambahan. Melalui penggunaan teknologi, tahap kefahaman murid terhadapkonsep dapat ditingkatkan melalui stimulus secara visual yang disediakanserta pengiraan yang kompleks dapat dipermudahkan dengan penggunaankalkulator.Kerja Projek Matematik Tambahan wajib dilaksanakan oleh semua muriddan ianya bertujuan memberi peluang kepada mereka untukmengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di bilik darjahkepada situasi sebenar di luar bilik darjah. Penerokaan masalah matematikmelalui pelaksanaan Kerja Projek ini dapat menggerakkan minda murid,menjadikan pembelajaran matematik lebih bermakna dan mencabar,mengupayakan murid untuk mengaplikasikan konsep dan kemahiranmatematik serta memperkembangkan kemahiran berkomunikasi.Nilai intrinsik matematik seperti berpemikiran sistematik, tepat, menyeluruh,tekun dan yakin yang disematkan melalui proses pengajaran danpembelajaran, menyumbang kepada pembentukan peribadi dan penyemaiansikap yang positif terhadap matematik. Di samping itu nilai murni jugadiperkenalkan mengikut konteks di sepanjang pengajaran dan pembelajaranMatematik Tambahan.Penilaian dalam bentuk ujian dan peperiksaan membolehkan tahapkefahaman dan pencapaian murid diakses. Penilaian dalam Matematik(vii)

Tambahan mengambil kira beberapa aspek penting seperti pemahamankonsep, penguasaan kemahiran dan soalan bukan rutin yang memerlukanpengaplikasian pelbagai strategi penyelesaian masalah. Penilaian yangberkesan dan menggunakan pelbagai sumber memberikan maklumat yangberguna tentang tahap perkembangan dan progres murid. Penilaian secaraberterusan melalui pengajaran dan pembelajaran seharian membolehkanguru mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid serta tahapkeberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.Maklumat yang diperolehi melalui respon murid terhadap soalan yangdiajukan, hasil kerja kumpulan dan hasil kerja rumah membantu guru dalammemperbaiki proses pengajaran, serta membolehkan persediaan rancanganpengajaran yang lebih berkesan.2.3.4.5.6.7.8.9.MATLAMAT10.Kurikulum Matematik Tambahan bertujuan mempertingkatkan pengetahuandan keupayaan matematik murid secara mendalam agar mereka berupayamenggunakan matematik secara bertanggungjawab dan berkesan untukberkomunikasi dan menyelesaikan masalah dan juga bagi memastikan muridmempunyai persediaan yang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran sertadapat berfungsi secara produktif dalam kerjaya yang berkaitan dengan sainsdan teknologi.ORGANISASI KANDUNGANKandungan Matematik Tambahan Tingkatan lima disusun dalam dua pakejpembelajaran iaitu Pakej Teras dan Pakej Elektif.Pakej Teras adalah wajib dipelajari oleh semua murid dan mengandungi 9tajuk yang disusun di bawah 5 komponen OBJEKTIFKurikulum Matematik Tambahan membolehkan murid:1.memperluaskan keterampilan dalam bidang nombor, bentuk danperkaitan serta memperoleh pengetahuan dalam kalkulus, vektor danpengaturcaraan linear.memperkukuhkan kemahiran penyelesaian masalah.memperkembangkan kebolehan berfikir secara kritis dan kreatif sertamenaakul secara mantik.membuat inferens dan pengitlakan yang munasabah daripadamaklumat yang diberi.menghubungkaitkan pembelajaran matematik dengan aktiviti hariandan kerjaya.menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalammenterjemahkan dan menyelesaikan masalah kehidupan harian.menghujahkan penyelesaian dalam bahasa matematik yang tepat.menghubungkaitkan idea matematik dengan keperluan dan aktvitimanusia.menggunakan perkakasan dan perisian teknologi untuk menerokamatematik.mengamalkan nilai intrinsik matematik.Setiap komponen pengajaran mengandungi tajuk-tajuk yang berkaitandengan satu cabang matematik. Tajuk dalam suatu komponen pengajaran(viii)

disusun mengikut hierarki supaya tajuk yang mudah dipelajari terlebihdahulu sebelum meneruskan kepada sesuatu tajuk yang lebih kompleks.Pakej Elekftif terdiri daripada dua pakej iaitu Pakej Aplikasi Sains danTeknologi dan Pakej Aplikasi Sains Sosial. Murid hanya perlu memilih satupakej pilihan sahaja mengikut kecenderungan bidang yang ingin diceburikelak.Lajur Hasil Pembelajaran mendefinisikan dengan jelas apa yang perludicapai oleh murid di akhir sesuatu pengalaman pembelajaran. Hasilpembelajaran juga menyatakan keupayaan matematik yang perlu dijelmakanmelalui aktiviti yang dijalankan. Guru perlu mengenalpasti indikator yangmenunjukkan bahawa murid telah mencapai sesuatu hasil pembelajaran.Dalam lajur Nota, perhatian diberikan kepada konsep dan kemahiranmatematik yang lebih khusus. Lajur ini mengandungi antara lain perkaraperkara berikut:limitasi dan skop kepada sesuatu tajuk atau hasil pembelajaran;Huraian sukatan pelajaran telah disediakan dalam satu format yang dapatmembantu guru menjalankan pengajaran sesuatu tajuk secara berkesan.Kandungan sesuatu tajuk telah diolah dalam empat lajur iaitu:Objektif Pembelajaran;penekanan;Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran;notasi; danHasil Pembelajaran; danrumus.PENEKANAN DALAM PENGAJARAN DANPEMBELAJARANNota.Semua konsep dan kemahiran yang hendak disampaikan telah disusun dalambeberapa unit pembelajaran dan dinyatakan dalam lajur BidangPembelajaran. Unit-unit Pembelajaran tersebut telah disusun berdasarkanhierarki iaitu daripada konsep yang mudah kepada yang lebih abstrak.Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kurikululm ini menegaskanpembinaan konsep dan penguasaan kemahiran serta pembentukan sikap dannilai positif. Selain daripada itu, terdapat elemen lain yang perlu diambil kiradan diserapkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjahsecara terancang. Elemen utama yang ditekankan dalam proses pengajarandan pembelajaran Matematik Tambahan adalah seperti berikut:Lajur Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran menyenaraikancontoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran termasuk kaedah, teknikstrategi dan sumber yang berkaitan dengan sesuatu konsep atau kemahiran.Walau bagaimanapun, ianya hanyalah contoh pengalaman pembelajaran danguru tidak seharusnya terkongkong dengan contoh-contoh tersebut sahaja.Guru digalakkan merujuk kepada contoh-contoh lain, menentukan strategipengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai bagi murid mereka danmenyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian. Gurujuga perlu merujuk kepada sumber-sumber lain contohnya seperti buku teksdan juga internet.Penyelesaian MasalahDalam kurikulum matematik, kemahiran menyelesaikan masalah sertastrategi penyelesaian masalah seperti kaedah cuba jaya, melukis gambarrajah, menyusun dan menyenaraikan data, mengenal pasti pola, membuatujikaji dan simulasi, menyelesaikan masalah yang lebih mudah,menggunakan analogi dan bekerja ke belakang telahpun dipelajari. Dalam(ix)

proses pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan, strategi-strategitersebut perlu diperkukuhkan lagi. Di samping soalan rutin, murid harusberupaya menyelesaikan masalah bukan rutin menggunakan strategipenyelesaian masalah. Guru juga digalakkan mengguna danmendemonstrasikan masalah yang mempunyai pelbagai strategipenyelesaian masalah.memperkukuhkan pengetahuan dan pemahaman konsep matematik ke tahapyang lebih mendalam.PenaakulanPenaakulan secara logikal merupakan asas kepada pemahaman danpenyelesaian masalah dalam matematik. Pembentukan penaakulanmatematik berkait rapat dengan pembentukan intelek dan juga komunikasimurid. Penekanan kepada pemikiran logikal semasa melakukan aktivitimatematik berupaya membuka minda murid untuk menerima matematiksebagai alat yang penting dan berkuasa dalam kehidupan seharian.Komunikasi dalam MatematikKemahiran berkomunikasi secara matematik juga ditekankan dalampengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan. Komunikasi merupakanmedia penting dalam perkongsian idea dan dalam meningkatkan pemahamantentang konsep matematik. Melalui komunikasi, sesuatu idea matematikmenjadi objek refleksi, perbincangan serta modifikasi. Kemahiranberkomunikasi dalam matematik termasuklah membaca, menulis dan lisan.Melalui komunikasi yang berkesan, murid akan lebih efisyen dalammenyelesaikan masalah serta berupaya menerangkan kefahaman konsep dankemahiran matematik kepada rakan dan juga guru. Oleh itu, dalam prosespengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya sering menyediakan ruangdan peluang untuk murid membaca, menulis serta membincangkan idea-ideamatematik di mana bahasa matematik menjadi lebih bersahaja dan perkaraini akan hanya dapat dilaksanakan melalui tugasan matematik yang sesuai,bermakna serta meransang perbincangan.Murid perlu digalakkan untuk membuat anggaran, telahan dan tekaan yangmunasabah dan “cerdik” semasa melaksanakan proses mendapatkanjawapan. Murid pada semua tahap harus dilatih untuk membuat kajianterhadap tekaan dan telahan dengan menggunakan bahan konkrit, kalkulator,komputer, perwakilan matematik dan lain-lain lagi. Penaakulan secaralogikal seharusnya diserapkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaransupaya murid berupaya mengenal, membuat dan menilai tekaan serta telahanmatematik.Membuat KaitanDalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan,ruang dan peluang harus disediakan agar murid dapat membuat kaitan antarapengetahuan konsep dan juga pengetahuan prosedural, membuat kaitanantara tajuk-tajuk yang dipelajari dan juga perkaitan dengan bidangpembelajaran yang lain secara umumnya.Murid yang kemahiran berkomunikasi matematiknya diperkembangkan akanlebih bersikap ingin tahu dan pada masa yang sama membentuk keyakinandiri. Penekanan kepada komunikasi secara matematik juga akan membentukkeupayaan dan keterampilan murid untuk menterjemahkan sesuatu perkarakepada model matematik dan sebaliknya. Proses penaakulan yang analitikdan sistematik melalui komunikasi juga membantu murid meningkatkan danKurikulum Matematik Tambahan terdiri daripada beberapa bidang sepertiGeometri, Algebra, Trigonometri, Statistik dan juga Kalkulus. Sekiranyatiada perkaitan antara bidang-bidang tersebut, murid akan terpaksa(x)

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANmempelajari dan mengingati terlalu banyak konsep dan kemahiran secaraberasingan. Bila wujudnya perkaitan antara bidang-bidang tersebut, muridakan dapat melihat matematik sebagai bidang yang saling berkait antarasatu sama lain dan bukannya idea-idea yang tidak berkaitan serta berasingan.Apabila idea matematik dan kurikulum dikaitkan dengan kehidupanseharian, maka murid dibentuk untuk lebih peka terhadap keperluan sertakepentingan matematik. Murid juga dapat menggunakan matematik secarakontekstual dalam bidang pembelajaran yang berbeza dan juga dalamkehidupan seharian.Pelbagai perubahan yang berlaku pada hari ini memberikan impak terhadapkandungan dan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.Perubahan ini menuntut guru menggunakan kepelbagaian teknik pengajarandalam sesuatu kelas matematik. Penggunaan bahan pengajaran adalahpenting dalam membentuk kefahaman murid tentang sesuatu konsepmatematik. Guru seharusnya menggunakan bahan konkrit yang sesuai bagimembantu murid mendapatkan pengalaman pembelajaran, membentuk ideayang abstrak, mereka cipta, membentuk keyakinan diri, menggalakkan sifatberdikari serta menyemai semangat bekerjasama. Bahan pengajaran danpembelajaran yang digunakan seharusnya mengandungi elemen diagnostikkendiri agar murid dapat mengakses tahap kefahaman mereka dan jugadalam memastikan mereka berupaya mencapai kemahiran yang diperlukan.Penggunaan TeknologiPenggunaan perkakasan dan perisian pembelajaran digalakkan dalam prosespengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan. Penggunaanperkakasan dan perisian teknologi memberikan beberapa faedah kepadamurid seperti meningkatkan kefahaman konsep, memberi gambaran visualdan memudahkan pen

Penyelesaian Masalah Dalam kurikulum matematik, kemahiran menyelesaikan masalah serta strategi penyelesaian masalah seperti kaedah cuba jaya, melukis gambar rajah, menyusun dan menyenaraikan data, mengenal pasti pola, membuat ujikaji dan simulasi, menyelesaikan masalah yang lebih mudah,

Related Documents:

Kurikulum Matematik Tambahan menekankan pemahaman konsep dan penguasaan kemahiran di mana penyelesaian masalah merupakan fokus utama proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran berkomunikasi secara matematik juga ditekankan dalam proses pembelajaran Matematik Tambahan. Semasa murid menerangkan konsep dan juga hasil kerja, mereka

Penyelesaian Masalah Matematik 2.18.2 Proses Metakognitif Dalam Pembelajaran Matematik 2.18.3 Kemahiran Metakognitif D alam Penyelesaian Masalah Fizik 2.18.4 Penyelesaian Masalah Matematik Bukan Rutin 48 52 53 54 2.19 Rumusan kajian -kajian Lepas 55 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan 56 3.1 Populasi dan Sampel 57

Penyelesaian masalah merupakan jantung kepada matematik. Justeru, kemahiran menyelesaikan masalah perlu dikembangkan secara menyeluruh, bersepadu dan merentas keseluruhan kurikulum Matematik. Sesuai dengan kepentingan penyelesaian masalah, proses matematik ini menjadi tulang belakang dalam

Penyelesaian masalah merupakan jantung kepada matematik. Justeru, kemahiran menyelesaikan masalah perlu dikembangkan secara menyeluruh, bersepadu dan merentas keseluruhan kurikulum Matematik. Sesuai dengan kepentingan penyelesaian masalah, proses matematik ini menjadi tulang belakang dalam PdP

1. Penyelesaian Masalah dalam Matematik Penyelesaian masalah adalah fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran perlu melibatkan kemahiran menyelesaikan masalah secara komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum. Perkembangan kemahiran

Penyelesaian Masalah Dalam kurikulum matematik, kemahiran menyelesaikan masalah serta strategi penyelesaian masalah seperti kaedah cuba jaya, melukis gambar rajah, menyusun dan menyenaraikan data, mengenal pasti pola, membuat ujikaji dan simulasi, menyelesaikan masalah yang lebih mudah,

CAWANGAN MELAKA PEPERIKSAAN PERCUBAAN TINGKATAN LIMA 2012 MATEMATIK TAMBAHAN Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. This question paper consists of three sections: Section A, Section B and Section C Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian : Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2.

LB Waltham Forest Strategic Asset Management Plan 8 ASSESS Current practices Current state of assets Service strategies 'Assess' – establishing the status quo The aim of this phase is to review and understand the current state of the portfolio and to establish a robust base position, agreed with our service departments. During this phase, interviews were conducted with all service leads in .