LAPORAN SIASATAN KE ATAS KELEMAHAN PENGUATKUASAAN OLEH .

3y ago
88 Views
2 Downloads
219.50 KB
54 Pages
Last View : 1m ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Nixon Dill
Transcription

SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAANEnforcement Agency Integrity Commission (EAIC)LAPORANSIASATAN KE ATAS KELEMAHAN PENGUATKUASAAN OLEH JABATANPERIKANAN (JP) DAN AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA(APMM) KE ATAS PENCEROBOHAN BOT KENKA DI PANTAI TANJUNGPIANDANG, KUALA KURAU, PERAK1

LAPORAN SIASATAN KE ATAS KELEMAHAN PENGUATKUASAAN OLEHJABATAN PERIKANAN (JP) DAN AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIMMALAYSIA (APMM) KE ATAS PENCEROBOHAN BOT PUKAT KENKA DUA BOTDI PANTAI TANJUNG PIANDANG, KUALA KURAU, PERAK1.PENGENALAN1.1Suruhanjaya telah menerima aduan berkenaan kelemahan penguatkuasaanoleh Jabatan Perikanan Malaysia (JP) dan Agensi Penguatkuasaan MaritimMalaysia (APMM) terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemiliklesen pukat kenka dua bot atau tekongnya terutamanya pencerobohan dikawasan Pantai Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Perak yang dikatakansebagai telah beroperasi dalam lingkungan lima (5) nautika batu dari kawasanpantai sehingga menjejaskan hasil tangkapan dan pendapatan nelayannelayan pesisir pantai dan merosakkan eko-sistem dasar laut di kawasanberkenaan. Lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan bagi bot-botkenka hanya membenarkan operasi penangkapan ikan di luar dari kawasanlima (5) nautika batu dari kawasan persisiran pantai. Lesen sedemikian hanyadiberikan di negeri Perak sahaja.1.2Walaupun telah banyak aduan dibuat oleh individu dan persatuan nelayanpantai sejak tahun 2007, tetapi pencerobohan masih lagi berleluasa dan tiadatindakan penyelesaian diambil oleh agensi-agensi berkaitan.1.3Aduan juga ada dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatan Kuasa KeselamatanKampung (JKKK) Parit Sungai Melan, Kuala Kurau pada setiap bulan yangturut dihadiri oleh Penghulu Mukim dan kadang kala turut dihadiri oleh agensiagensi berkenaan seperti JP, APMM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Namun, tiada tindakan susulan yang berkesan diambil oleh pihak-pihak.1.4Semenjak tahun 2007 sehingga 2013, pengadu telah membuat aduanberkenaan pencerobohan bot pukat kenka dua bot dan penguatkuasaan yangtidak berkesan ini kepada jabatan-jabatan/kementerian/organisasi berkaitan.Sejumlah 86 aduan telah dilaporkan kepada pihak APPP, Cawangan Kuala2

Kurau, Perak. Walau pun JP, APMM dan PDRM memberi maklum balasberkaitan tindakan penguatkuasaan dan pencegahan yang telah merekalakukan bagi menangani isu tersebut, tetapi tindakan tersebut tidak berkesandan pencerobohan masih terus berleluasa dan keadaan tersebut telahmenimbulkan ketegangan hubungan di antara nelayan pantai dan operatorbot-bot kenka.1.5Pengadu yang juga merupakan Setiausaha Jawatankuasa KemajuanKampung (JKKK) Parit Sungai Melan telah membuat aduan bahawa:(a)Pemantauan yang dijalankan oleh APMM tidak berterusan dan APMMtelah gagal untuk mengambil tindakan ke atas aduan yang dibuat dimana APMM gagal untuk pergi ke lokasi yang diadukan setelahmenerima aduan atau lambat untuk pergi ke lokasi yang diadu ataupergi ke lokasi lain iaitu bukan lokasi yang diadukan;(b)Bot APMM yang membuat rondaan berkala di laut telah gagal untukmengambil tindakan ke atas bot-bot pukat kenka dua bot yang sedangberoperasi di kawasan atau pada waktu yang tidak dibenarkan;(c)Anggota-anggota APMM telah membocorkan maklumat identiti individuindividu yang membuat aduan berkaitan pencerobohan tersebut danperkara ini mendatangkan kebimbangan keselamatan diri ke atasnelayan pesisir pantai kerana mereka mempercayai bahawa pemiliklesen bot pukat kenka ini juga terlibat dengan kegiatan gangsterisme.2.PASUKAN PENYIASATBerikutan daripada aduan ini, EAIC telah membuka Kertas Siasatan(KS16/11/2014) bagi siasatan penuh aduan dijalankan. Bagi tujuan tersebut,satu pasukan siasatan yang dianggotai oleh enam orang pegawai EAIC telahdibentuk di bawah seliaan terus oleh Pengarah Bahagian Operasi EAIC.3

3.TERMA-TERMA RUJUKANTerma-terma Rujukan (terms of reference) Pasukan Penyiasat adalah sepertiberikut:(a)Untuk mengenal pasti sama ada terdapat sebarang salah laku sepertiyang diperuntukkan di bawah seksyen 24 Akta 700 oleh pegawai /anggota JP dan APMM atau agensi lain yang berkaitan kaitanpelanggaran syarat lesen bot pukat kenka dua bot.(b)Sekiranya terdapat salah laku dizahirkan, untuk menentukan danmengenal pasti:(i)bagaimana dan mengapa salah laku itu h,StandardOperating Procedures (SOP) atau mekanisme yang tidakdipatuhi yang menyebabkan berlakunya salah laku tersebut;(iii)siapakah individu yang bertanggungjawab ke atas salah lakutersebut;(iv)mengenal pasti agensi yang terlibat; dan(v)apakah yang menyumbang kepada salah laku atau kelemahanpenguatkuasaan agensi berkenaan.(c)Untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau yangsemunasabahnya perlu bagi, atau yang bersampingan anpenguatkuasaan pencerobohan bot pukat kenka dua bot tersebutselaras dengan peruntukan Akta 700.4

(d)Untuk menyedia dan mengedarkan laporan mengenai hasil dandapatan siasatan yang dilakukan kepada Suruhanjaya.4.TATACARA PASUKAN PENYIASATKaedah siasatan dibahagikan kepada berikut:(a)Pengumpulan maklumat secara mendapatkan dokumen- dokumenyang relevan selaras dengan terma rujukan;(b)Lawatan ke tempat kejadian termasuk membuat observasi; dan(c)Merekodkan keterangan saksi-saksi di bawah seksyen 112 KanunTatacara Jenayah (KTJ) dibaca bersama seksyen 32 Akta 700.5RAKAMAN KETERANGAN SAKSI(a) Saksi-saksi yang dirakamkan semasa siasatan.5.1.Seramai 15 orang saksi dirakam percakapan dan keterangan. Merekaterdiri dari 7 orang nelayan pesisir pantai Tanjung Piandang, 4 orangPegawai Jabatan Perikanan, 2 orang pegawai APMM, seorangpegawai Majlis Keselamatan Negara Daerah Kerian dan seorangPenghulu Mukim Kuala Kurau. Saksi-saksi tersebut termasuk duaorang pegawai JP Daerah Kerian, dan Ketua PenguatkuasaanPengkalan APMM Kuala Kurau. Keterangan turut diambil daripadaPengarah Bahagian Pengurusan Sumber JP, Putrajaya. Rakamanpercakapan turut diambil daripada Timbalan Ketua Pengarah OperasiAPMM (sekarang Ketua Pengarah APMM).(b) Secara ringkas keterangan saksi-saksi.5.2.Secara ringkas keterangan saksi-saksi tersebut adalah seperti berikut:5

5.2.1. Saad bin Samsi (A1):(i)Beliau adalah seorang nelayan pesisir pantai di TanjungPiandang dan memegang jawatan Setiausaha JKKK ParitSungai Melan, Kuala Kurau;(ii)Beliau telah membuat aduan-aduan berkenaan pencerobohanbot pukat kenka dua bot atas kapasiti beliau sebagai SetiausahaJKKK;(iii)Beliau ada melihat pencerobohan bot pukat kenka dua bot yangmasuk menangkap ikan di kawasan yang dikhaskan untuknelayan pesisir pantai yang mana kawasan ini tidak dibenarkanuntuk bot pukat kenka dua bot beroperasi;(iv)Menurut beliau pencerobohan bot-bot kenka tersebut ,kemusnahan benih-benih dan anak-anak ikan, siput dan kerangyang menyebabkan hasil tangkapan dan pendapatan nelayanpesisir pantai berkurangan;(v)Beliau telah membuat banyak aduan kepada APMM berkaitanpencerobohan bot pukat kenka dan mendakwa aduannya tidakdiambil tindakan sewajarnya; dan(vi)Beliau juga mendakwa bahawa berlaku kebocoran identitipengadu kepada operator bot pukat kenka yang bolehmenjejaskan keselamatan diri pengadu.6

5.2.2. Md Hassin bin Abdullah (A2):(i)Beliau adalah seorang nelayan pesisir pantai di TanjungPiandang;(ii)Beliau ada melihat pencerobohan bot pukat kenka dua bot yangmasuk menangkap ikan di kawasan yang dikhaskan untuknelayan pesisir pantai yang mana kawasan ini tidak dibenarkanuntuk bot pukat kenka beroperasi;(iii)Menurut beliau, keadaan ini telah menyebabkan kerosakan pukatnelayan pesisir pantai, benih-benih dan anak-anak ikan, siputdan kerang yang menyebabkan pendapatan nelayan pesisirpantai berkurangan;(iv)Beliau pernah membuat aduan kepada APMM berkenaanpencerobohan bot pukat kenka dua bot namun beliau tidak hkan identiti beliau kepada pengusaha atau tekongpukat kenka; dan(v)Beliau juga mendakwa selepas membuat aduan kepada APMM,tiada tindakan diambil oleh APMM ke atas aduannya.5.2.3. Mohd Khusairi bin Mat Sharif (A3):(i)Beliau adalah seorang pesara tentera yang mencari pendapatantambahan melalui pekerjaan sebagai seorang nelayan pesisirpantai di Tanjung Piandang;(ii)Beliau ada melihat pencerobohan bot pukat kenka dua bot yangmasuk menangkap ikan di kawasan yang dikhaskan untuknelayan pesisir pantai yang mana kawasan ini tidak dibenarkanuntuk bot pukat kenka beroperasi;7

(iii)Menurut beliau, keadaan ini telah menyebabkan kerosakankepada pukat nelayan pesisir pantai, kemusnahan benih-benihdan anak-anak ikan, siput dan kerang yang menyebabkan hasiltangkapan dan pendapatan nelayan pesisir pantai berkurangan;(iv)Beliau pernah membuat aduan terhadap pencerobohan botpukat kenka dua bot yang telah menyebabkan pukatnya rosakkepada Jabatan Perikanan (JP) Daerah Kerian tetapi beliaudiminta memberi nombor bot pukat kenka tersebut, namunbeliau tidak dapat memberikan nombor bot tersebut keranakeadaan cuaca yang gelap dan bot tersebut terus melarikan diriselepas melanggar pukatnya;(v)Menurut beliau lagi, JP Daerah Kerian telah mengesyorkansupaya beliau membuat aduan di balai polis untuk mendapatpenggantian kerosakan pukat tetapi beliau tidak berbuatdemikian sebaliknya melaporkan kejadian kepada JP Putrajayasecara telefon pada 4 Disember 2014; ahmemaklumkan kepada beliau pada 16 Disember 2014 bahawaJP Putrajaya telah menempatkan anggota di pintu masuk mukalaut selama 24 jam. Saksi juga mendapati terdapat kehadiranpolis marin di kawasan yang diadukan itu.5.2.4. Shaharudin bin Ahamad Salim (A4):(i)Beliau adalah seorang nelayan pesisir pantai di TanjungPiandang.(ii)Beliau ada melihat pencerobohan bot pukat kenka dua bot yangmasuk menangkap ikan di kawasan yang dikhaskan untuknelayan pesisir pantai yang mana kawasan ini tidak dibenarkanuntuk bot pukat kenka beroperasi. Melalui pemerhatian beliau,8

kebiasaannya bot-bot pukat kenka akan datang dalam 10pasang (iaitu 20 bot);(iii)Beliau pernah membuat aduan kepada APMM berkenaanpencerobohan bot pukat kenka dua bot namun pihak APMMhanya datang ke lokasi yang diadu selepas 4 jam menyebabkanpenceroboh pukat kenka telah meninggalkan lokasi; dan(iv)Beliau pernah menghadiri Program Dialog antara APMM dengannelayan di kawasan Sungai Burung Kuala Kurau sebanyak 2 kaliyang diuruskan oleh APMM namun ianya tidak berkesan ohbeberapa bulan sahaja dan akan kembali kepada keadaan asal.5.2.5. Abu Bakar bin Jumri (A5):(i)Beliau adalah seorang nelayan pesisir pantai di TanjungPiandang. Beliau juga adalah Ketua Kampung Parit SungaiMelan, Kuala Kurau;(ii)Beliau mengatakan telah banyak mendengar rungutan darinelayan pesisir pantai mengenai kegiatan pencerobohan botpukat kenka dan beliau juga telah membawa perkara inikedalam mesyuarat JKKK Parit Sungai Melan;(iii)Beliau pernah bekerja dalam bot pukat kenka dan pernahmenyaksikan sendiri kebocoran maklumat berkenaan wakturondaan bot APMM akan keluar meronda yang dihantar olehindividu tertentu kepada tekong Bot Pukat Kenka melaluikhidmat pesanan ringkas (SMS);(iv)Beliau mengatakan bahawa lesen yang dikeluarkan kepada BotPukat Kenka adalah lesen kenka tetapi mereka menggunakanpukat apollo yang boleh membawa kerosakan kepada kehidupan9

laut, benih-benih ikan dan siput serta kerang dan juga pukatpukat nelayan pesisir pantai yang dipasang di kawasan persisirpantai tersebut;(v)Menurut beliau, pengusaha bot pukat kenka dua bot telahmenjalankan operasi menangkap ikan di kawasan yangdikhaskan untuk nelayan pesisir pantai yang merupakankawasan yang tidak dibenarkan bagi bot pukat kenka danmereka juga tidak mengikut syarat dari segi masa operasimenangkap ikan yang dibenarkan bagi bot pukat kenka;(vi)Beliau juga percaya berkemungkinan wujudnya supencerobohan bot pukat kenka dua bot ini berlanjutan tanpatindakan yang berkesan;(vii)Berdasarkan pemerhatian beliau, apabila bot APMM berlabuh diSungai Burung berhampiran persisir pantai tersebut, aktiviti botpukat kenka dua bot akan berkurangan akibat kehadiran botAPMM; dan(viii)Beliau mengatakan isu dan masalah pencerobohan bot-botkenka tersebut ada dalam pengetahuan Pegawai Daerah danKerajaan Negeri namun mereka menyatakan perkara tersebutadalah untuk tindakan agensi penguatkuasa berkenaan, gecewakan.5.2.6. Sharul Azam bin Omar (A6):(i)Beliau adalah seorang bekas tentera yang bekerja sebagainelayan pesisir pantai di Tanjung Piandang. Beliau tahu adapencerobohan bot pukat kenka dua bot yang masuk menangkapikan di kawasan yang dikhaskan untuk nelayan pesisir pantai10

yang mana kawasan ini tidak dibenarkan untuk bot pukat kenkaberoperasi;(ii)Menurut beliau, pencerobohan oleh bot-bot kenka tersebut telahmenyebabkan kerosakan pukat nelayan pesisir pantai, benihbenih dan anak-anak ikan, siput dan kerang yang menyebabkanpendapatan nelayan pesisir pantai berkurangan;(iii)Beliau mendakwa selalu membuat aduan kepada APMMberkenaan bot pukat kenka dua bot yang membuat operasimenangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan, iaitukawasan yang dikhaskan untuk nelayan pesisir pantai dan padawaktu malam iaitu waktu yang tidak dibenarkan;(iv)Setelah membuat semakan di APMM beliau mendapati daripada10 aduan yang dibuat hanya satu aduan saja yang direkodkan;dan(v)Beliau tidak puas hati dengan penguatkuasaan oleh APMM yangdianggap lemah dan tidak berkesan dan rondaan pemantauanyang dibuat tidak bersungguh-sungguh dan tidak berterusanmenyebabkan isu ini tidak dapat diselesaikan.5.2.7. Ramli bin Che Ngah (A7):(i)Beliau adalah nelayan pesisir pantai di Tanjung Piandang danpendapatan beliau amat terjejas dengan aktiviti pencerobohanbot pukat kenka dua bot;(ii)Beliau pernah menerima maklumat dari kawannya yang bekerjasebagai awak-awak dalam bot pukat kenka dua bot bahawa botmereka ditahan oleh polis marin pada 13 Januari 2015 jam 7.30pagi atas kesalahan menjalankan operasi tangkapan ikan dikawasan yang tidak dibenarkan iaitu di kawasan pesisir pantai11

dan pihak polis marin telah meminta wang rasuah sebanyakRM4,000.00 untuk menyelesaikan kes tersebut dan akhirnyamereka bersetuju menerima RM2,000.00; dan(iii)Menurut beliau, berdasarkan kepada maklumat kawannya itu,adalah menjadi kebiasaan bagi seorang tekong bot pukat kenkadua bot membawa wang ke laut bagi memudahkan merekamemberi rasuah kepada pihak penguatkuasa.5.2.8. Razali bin Mat Akit (A8):(i)Beliau adalah merupakan Ketua Pengkalan PerlindunganSumber, Bahagian Penguatkuasaan, Pejabat Perikanan DaerahKerian;(ii)Bertanggungjawab membuat pemantauan perairan liputan(daripada sempadan Pulau Pinang sehingga ke Bagan PancurPerak yang melibatkan jarak 72 batu nautika pesisiran pantaihingga tengah laut pada jarak 8 batu nautika) secara berkalasebanyak 4 kali sebulan bagi sebuah bot; dan(iii)Juga bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Perikanan 1985dan Peraturan-peraturan Kaedah-Kaedah Sungai Negeri Perak1992.5.2.9. Mohd Ridzuan bin Ahmad (A9):(i)Beliau adalah merupakan Timbalan Ketua Daerah JP Kerian gungjawab meluluskan permohonan lesen-lesen botperingkat daerah;12

(ii)Menurut beliau, JP Daerah Kerian telah mengambil tindakanterhadap pencerobohan bot pukat kenka dua bot denganmengadakan rondaan dan tangkapan di mana hukuman alahan;(iii)Beliau menambah bahawa JP mempunyai kuasa untuk menarikbalik lesen atau membatalkan lesen jika berlaku perlanggaransyarat tetapi rekod bagi tahun 2012 hingga 2014 tidak adamenunjukkan lesen dibatalkan atau ditarik balik, hanya kompaunsahaja dikenakan terhadap pesalah;(iv)Beliau mengatakan bahawa lesen bot pukat kenka dua bothanya dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian Industri dan AsasTani manakala pembaharuan lesen setahun sekali dibuat olehJabatan Pertanian Kuala Kurau dan siasatan dibuat semula keatas pemilik lesen tersebut setiap kali pembaharuan lesendipohon; dan(v)Beliau mengatakan faktor pencerobohan bot pukat kenka duabot ini berlaku ialah kerana kawasan dan keluasan yangdibenarkan adalah sama dan tiada pertambahan keluasan sejak30 tahun dahulu menyebabkan tangkapan yang berkuranganuntuk menampong kos sara hidup nelayan-nelayan pukat kenkadan tambahan pula kawasan pesisir pantai mempunyai ikanyang banyak dan menjimatkan kos operasi dari segi minyak.5.2.10.(i)BeliauV. Rajaram a/l Visvalingam ungan Sumber, Pejabat Perikanan Negeri Pulau eseluruhan perairan Pulau Pinang dan menguatkuasakan AktaPerikanan 1985 dan peraturan-peraturan di bawahnya;13

(ii)Menurut beliau, di perairan Pulau Pinang juga terdapat kes-kesyang diadu berkaitan kesalahan yang dilakukan oleh bot pukatkenka. Sebelum APMM mengambil alih operasi penguatkuasaandi bawah Akta Perikanan 1985 sekitar awal tahun 2000, JPPulau Pinang mengambil tindakan terhadap aduan-aduan yangditerima tetapi setelah penguatkuasaan diambilalih oleh APMM,segala aduan dibuat kepada APMM. Walau bagaimanapun,Bahagian Perlindungan Sumber, Pejabat Perikanan PulauPinang masih menjalankan tugas-tugas pemantauan ke atasbot-bot pukat kenka dua bot yang melakukan kesalahanpelanggaran syarat lesen iaitu rondaan dan pemantauansebanyak 4 kali sebulan bagi setiap bot;(iii)Menurut beliau lagi, dalam menjalankan tugas pemantauan iniJP Pulau Pinang tetap akan menahan atau menangkapsekiranya menemui apa-apa aktiviti yang menjadi kesalahan dibawah Akta Perikanan. Walau pun selepas pengambilalihanpenguatkuasaan oleh APMM, JP Pulau Pinangmasih lagimengambil tindakan terhadap aduan-aduan yang diterima; dan(iv)JP Pulau Pinang akan menjalankan pemantau secara mengejutuntuk memastikan maklumat pemantauan tidak bocor awal ataudiketahui oleh tonto.5.2.11.(i)Mohd Sufian bin Sulaiman (A11):Beliau adalah merupakan Pengarah Bahagian erlesenan dan peraturan-peraturan otmuladiperkenalkan pada tahun 1986 setelah insiden pergaduhanantara nelayan yang melibatkan isu perkauman dan perebutan14

n lesen dibuat dengan syarat dihadkan kawasan danmasa beroperasi selain daripada syarat-syarat berkaitan bot,pasangan dan urusan pindah milik yang dibenarkan;(iii)Menurut beliau lagi, dasar sedia JP Malaysia ialah “tiadapertambahan lesen dan pindah milik dibenarkan di kalangan ahlikeluarga sahaja” di mana dasar ini adalah bertujuan hingga kini tiada pengurangan lesen berlaku;(iv)Beliau mengatakan bahawa masalah dalam pencegahan adakaitan dengan isu tonto, di mana tonto dapat menghidupergerakan bot JP dan bagi mengatasi masalah ini JP terpaksamenggunakan taktik keluar ke laut kemudian berpatah balik kepengkalan dan keluar semula untuk mengelirukan tonto;(v)Menurut beliau, pencerobohan bot pukat kenka dua bot dapatdiatasi jika penguatkuasaan dapat ditingkatkan dan pengawasanyang lebih rapi;(vi)Beliau juga menyatakan bahawa sebelum pengambilalihanpenguatkuasaan oleh APMM, penguatkuasaan Akta Perikanandi laut dilakukan oleh JP dengan kerjasama rapat bersama PolisMarin;(vii)Mesyuarat berkala antara JP dan APMM dilakukan sebanyaksekali dalam tempoh 4 bulan bagi membincangkan hdibincangkan dalam mesyuarat-mesyuarat tersebut;(viii)Beliau tidak menolak kemungkinan APMM dan JP menjalankanoperasi bersama tetapi ianya jarang dapat dilaksanakanmemandangkan masing-masing mempunyai keutamaan tugasmasing-masing;15

(ix)Pengeluaran lesen bot pukat kenka dua bot telah menyelesaikanmasalah pergaduhan antara nelayan dan apa yang perludilakukan sekarang ialah pengawasan be

nelayan pesisir pantai dan merosakkan eko-sistem dasar laut di kawasan berkenaan. Lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan bagi bot-bot kenka hanya membenarkan operasi penangkapan ikan di luar dari kawasan lima (5) nautika batu dari kawasan persisiran pantai. Lesen sedemikian hanya diberikan di negeri Perak sahaja.

Related Documents:

standar laporan keuangan 4.20 Membuat laporan keuangan 3.20.1 Menjelaskan standard laporan keuangan 3.20.2 Menganalisis standard laporan keuangan usaha produk barang/ jasa 4.20.1 Menyusun laporan keuangan Penyususnan laporan keuangan - Mengamati untuk mengidentifikasi dan menganalisis penyusunan laporan keuangan usaha

laporan auditor independen kepada Bapepam selambat-lambatnya akhir bulan ketiga (90 hari) setelah tanggal laporan keuangan tahunan, dari peraturan Bapepam tersebut membuat manajemen harus memikirkan strategi agar dapat menyampaikan laporan keuangan dengan tepat waktu, karena audit atas laporan

ketentuan umum penyusunan Laporan Tugas Akhir, struktur isi Laporan Tugas Akhir, tata tulis Laporan Tugas Akhir dan prosedur ujian. Pedoman Penulisan Laporan Tugas Akhir ini dimaksudkan sebagai pedoman bagi mahasiswa Program Studi D3 Akuntansi STIE Putra Bangsa yang akan menyusun Laporan Tugas Akhir dan dosen pembimbingnya.

LAPORAN KEMAJUAN PEKERJAAN Laporan yang harus dibuat oleh Penyeclia Jasa Lainnya, meliputi: a. Laporan Harian; b. Laporan Mingguan; c. Laporan Bulanan. Isi laporan menyangkut tentang kemajuan pekerjaan yang telah clilaksanakan, penggunaan bahan/material serta peralatan yang cligunakan cla

LAPORAN mANAjEmEN management Report 10 Laporan Dewan Komisaris Board of Commissioners Report 14 Laporan Direksi Board of Directors Report Pt trisula International, t bk. Laporan tahunan 2016 Kilas Kinerja 2016 Laporan Manajemen Pro l Perusahaan A

bahwa laporan keuangan yang ada di SMA Muhammadiyah 1 Palembang belum sesuai dengan penyusunan laporan keuangan berdasarkan format laporan keuangan organisasi nirlaba yang ada pada PSAK No.45. SMA Muhammadiyah 1 Palembang tidak menyajikan laporan posisi keuangan, laporan aktivitas, laporan arus

6 VI LAPORAN KEUANGAN DAN ARUS KAS 1. sejarah akuntansi dan laporan keuangan 2. neraca 3. laporan laba rugi 4. laporan arus kas 5. laporan arus kas 7 VII LA PORAN KEUANGAN DAN PERPAJAKAN 1. manfaat dan keterbatasan laporan keuangan 2. memodifikasi data akuntansi untuk kepetusan investor dan manajerial 3. MVA dan EVA 4. sistem pajak penghasilan

Modern Approaches to Management *Separated Bureaucracy from Classical School. Lawal (2012) 1. Classical School of Management 2. Organic or Neo-Classical School (Human Relations and Behavioural Theories) 3. System and Contingency School 4. Dynamic Engagement Era * Agreed with Stoner et al. (2004) by Identifying New School (No. 4) Robbins and Coulter (2009) 1. Classical Approach 2. Quantitative .