Kesediaan Kemahiran Literasi ICT Dalam Kalangan Pelajar .

3y ago
63 Views
2 Downloads
720.20 KB
7 Pages
Last View : 16d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Melina Bettis
Transcription

Kesediaan Kemahiran Literasi ICT dalam KalanganPelajar Orang AsliNor Syazwani Mat SallehRosseni DinIntan Farahana KamsinSiti Zuraida Abdul ManafAnalisa HamdanFakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysianorsyazwanimatsalleh@gmail.comAbstrak: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menjelaskankepentingan bagi merapatkan jurang pencapaian pendidikan di antara kanak-kanakberdasarkan pelbagai latar belakang. Hal ini menimbulkan persoalan tentang sejauhmana pelajar orang asli bersedia untuk menggunakan ICT dalam kehidupan seharianmereka. Kajian ini meneliti dan meninjau pengetahuan, kemahiran dan kesediaanliterasi ICT dalam kalangan pelajar orang asli. Data kajian dikumpul melaluipenggunaan satu set instrumen kesediaan literasi ICT melibatkan pelajar orang asli diMantin, Negeri Sembilan. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan majoritipelajar orang asli mempunyai tahap pegetahuan dan kemahiran literasi ICT yangrendah. Dapatan kajian membawa implikasi kepada keperluan penggunaan ICT dalamkehidapan seharian pelajar orang asli.Kata Kunci: Kemahiran literasi, ICT, Orang AsliPENGENALANPerkembangan pemikiran dan minda pelajar khususnya, perlu diubah kepada pemikiranpenyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkankreativiti dan motivasi pelajar (Abdul Said Ambotang, 2014; Norasyikin dan MohamadMarzizi, 2011). Jika dahulu takrif literasi merupakan kebolehan seseorang dalammembaca dan menulis, namun keadaan ini telah berubah (Abd Razak & Nurul Aliyah,2010). Pada abad ke-21 ini kebolehan seseorang dalam membaca dan menulis sematamata adalah tidak mencukupi. Dalam konteks itu, tahap literasi yang lebih tinggi untukmenguasai sesuatu ilmu yang baru amat diperlukan dalam diri setiap individu(Norhasni, 2014; Yahya & DK. Suzanawaty, 2014). Selaras dengan abad ke-21 ini,definisi literasi telah berubah seiring dengan perkembangan teknologi yang menjadisatu keperluan dalam kehidupan pada masa kini. Kemahiran literasi ini tidak hanyauntuk masyarakat arus perdana sahaja malah sangat penting bagi masyarakat peribumidan orang asli di pedalaman dan perkampungan.

Education for Diverse Learners354PENYATAAN MASALAHMasalah buta literasi komputer perlu diatasi melibatkan kemahiran, sikap sertapengetahuan dalam penggunaannya. Berdasarkan latar belakang masalah dan persoalanyang timbul, pengkaji ingin mendapatkan maklumat mengenai tahap literasi ICT dalamkalangan pelajar orang asli. Selain itu, kajian yang dibuat adalah untuk meninjau danmengenal pasti faktor yang mempengaruhi tahap literasi pelajar orang asli. Sekiranyapelajar Orang Asli ingin memanfaatkan sepenuhnya potensi dan kelebihan ICTterutama di dalam persekitaran, infrastruktur dan ekonomi mereka, mereka perlu cukupbersedia dalam ketiga-tiga aspek tersebut. Kesediaan ICT pelajar Orang Asli adalahpenting dan kritikal bagi menjayakan hasrat untuk melakukan transformasi terhadapperkampungan Orang Asli agar tidak jauh ketinggalan dari masyarakat arus perdanalain. Kajian literatur menunjukkan masih kurang kajian empirikal tentang kesediaanliterasi ICT dijalankan mengenai pelajar Orang Asli khususnya dalam kemahiranliterasi ICT.KAJIAN LITERATURICT membantu para guru dalam mengubah cara mereka mempersembahkan bahanpengajaran kepada kaedah pengajaran yang lebih efektif (Gani dan Clemes, 2006;Kenny 2002). ICT juga membantu proses pembelajaran dalam kelas menerusi bantuanalat pengajaran yang interaktif (Musa Abu Hassan, 2008). Cara ini sekaligus dapatmenambahkan minat para pelajar, dalam pada masa yang sama meningkatkankemahiran asas mereka menggunakan kemudahan ICT di sekolah. Penggunaanpelbagai sumber multimedia seperti televisyen, video dan perisian komputermenawarkan suasana pembelajaran yang lebih efektif dan efisien kepada para pelajardi semua peringkat. Menurut Hakansson dan Deer (2006), antara isu yangdibincangkan semasa Persidangan Informasi Sejagat (World Summit InformationSociety) adalah berkenaan menjaga hak-hak kaum peribumi dengan gerbang informasidan hak mereka untuk mengakses kemudahan ICT dan jaringannya. Dari aspekpendidikan, mereka mencadangkan pendidikan jarak jauh kepada mereka dimanapembelajaran boleh dilaksanakan di rumah. Ini memandangkan mereka tinggal jauh dipedalaman. Akan tetapi, interaksi dengan komuniti luar juga diperlukan bagimemastikan maklumat dapat disampaikan dengan berkesan.OBJEKTIF KAJIANSecara amnya, kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu:i.ii.iii.Mengenal pasti pengetahuan ICT dalam kalangan pelajar Orang AsliMengenal pasti pengetahuan literasi ICT dalam kalangan pelajar Orang AsliMeneliti pengetahuan kemahiran asas Internet dalam kalangan pelajar orangasli

355The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014)KEPENTINGAN KAJIANKajian mengenai tahap literasi komputer dalam kalangan pelajar orang asli perludijalankan bagi mengenal pasti tahap penerimaan dan persediaan mereka dalammenggunakan teknologi maklumat. Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap literasikomputer pelajar orang asli juga turut dikenalpasti. Secara tidak langsung kemahiranliterasi ini akan mempengaruhi pembelajaran dan kehidupan seharian mereka. Data danmaklumat yang diperolehi daripada kajian ini akan memberikan kepentingan kepadapelbagai pihak seperti pengkaji, Fakulti Pendidikan UKM, serta negara Malaysia.Kajian ini penting kepada pengkaji untuk mengetahui faktor yang mempengaruhipenggunaan ICT dalam kalangan para pelajar orang asli. Pengkaji juga berminat untukmengetahui lebih lanjut tentang tahap literasi pelajar orang asli berdasarkan kemahirankognitif dan kemahiran teknikal sepanjang mereka menjalani proses P&P dalamprogram literasi.Dalam hal ini, pengkaji dapat mengetahui sejauh manakah tahap literasi pelajarsepanjang mereka mengikuti program literasi yang dijalankan. Kajian ini pentingkepada negara Malaysia kerana dengan kajian-kajian berkaitan dengan ICT seperti iniakan mewujudkan kesedaran dalam kalangan komuniti orang asli terhadap kepentinganpenggunaan ICT dan aplikasinya dalam bidang kerjaya di Malaysia. Mereka dapatmenyiapkan diri sebagai modal insan atau tenaga kerja yang berdaya saing di eraglobalisasi ini setanding masyarakat arus perdana yang lain. Perkara ini akanmenguntungkan negara Malaysia kerana kelayakan pelajar orang asli yang bersainguntuk mendapat pekerjaan akan bertambah baik dan berkualiti seterusnya,memantapkan bidang pendidikan dan sektor industri lain, seiring dengan negara-negaramaju.REKA BENTUK KAJIANReka bentuk kajian adalah satu rancangan, struktur dan strategi yang merupakanlandasan bagi penilaian hipotesis. Reka bentuk kajian mempunyai dua tujuan, pertamamembenarkan pengkaji mencari kaedah yang sesuai untuk menjalankan penyelidikan.Ini bermakna pengkaji menentukan pembolehubah dan cara bagaimana pembolehubahitu ditakrif dan dikendalikan. Kedua reka bentuk kajian menentukan tatacara yangtermurah bagi menjawab persoalan penyelidikan. (Syed Arabi Idid, 1992).Reka bentuk kajian ini adalah melibatkan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif iaitusatu kajian soal selidik yang akan menerangkan persoalan bagi suatu fenomena yangsedang berlaku dan juga seringkali bermatlamat untuk meneroka suatu bidang yangbelum atau kurang dikaji (Mohd Majid, 1994). Data-data kajian diperoleh dandikumpul daripada soal selidik yang diedarkan kepada sampel atau responden. Datadata ini kemudiannya dianalisis secara kaedah statistik deskriptif.

356Education for Diverse LearnersDAPATAN KAJIANDapatan kajian telah mendedahkan beberapa pola yang menarik terutama prosespembudayaan pelajara Orang Asli untuk ICT. Dalam kajian ini, terdapat tiga elemenutama yang akan dibincangkan.Pengetahuan terhadap teknologiBeberapa soalan dikemukakan kepada responden untuk mengetahui pola penggunaanICT dalam kalangan pelajar Orang Asli (Jadual 1).12010080604020Ada % Tidak PernahAda % JarangAda % SelaluAda % Kerap0Jadual 1 Pengetahuan terhadap penggunaan teknologi dalam kehidupan seharianBerdasarkan Jadual 1, didapati majoriti pelajar Orang Asli mempunyai pengetahuanpenggunaan teknologi ICT yang rendah. Kekerapan mereka terhadap teknologi ICTsangat rendah bagi penggunaan Internet di rumah iaitu ke semua pelajar Orang Asliyang ditanya 23 orang (100%) tidak menggunakan Internet di rumah dalam kehidupanmereka. Manakala, kekerapan menggunakan telefon bimbit dalam kalangan merekaadalah paling seimbang iaitu 10 orang (43.0%). Oleh yang demikian, dapat dirumuskandisini bahawa ke semua pelajar Orang Asli mengetahui penggunaan teknologi tersebut.Pengetahuan mengenai Literasi KomputerBahagian ini menjawab persoalan kajian kedua iaitu pengetahuan mengenai literasikomputer penggunaan dalam kalangan pelajar Orang Asli.

357The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014)9080706050403020100Tidak tahu %Tahu %Jadual 2 Pengetahuan Kemahiran Aplikasi Literasi ICTBerdasarkan Jadual 2 didapati secara keseluruhannya rata-rata pelajar Orang Aslimengetahui nama pada bahagian-bahagian komputer iaitu seramai 14 orang (61.0%).Manakala, Jadual 2 ini juga menunjukkan mereka sangat lemah dari segi kemahiranasas ICT. Kemahiran asas ICT yang dimaksudkan adalah seperti penggunaanpemprosesan perkataan (word processor), grafik dan multimedia, pengiraan sertapenggunaan Internet. Ke semua program aplikasi komputer berada pada tahappengetahuan yang sangat rendah. Ini membuktikan bahawa secara kasarnya, pelajarOrang Asli tidak tahu mengenai perisian yang ada dalam komputer danpenggunaannya.Pengetahuan menggunakan komputer dan mengakses internetDalam kajian ini tahap pengetahuan terhadap mencari maklumat dari Internet dibahagikepada pengetahuan mencari maklumat daripada Internet dan pengetahuanmengakseskan laman web.

Education for Diverse Learners358120100806040Ada Tidak Pernah20Ada Jarang0Ada SelaluAda KerapJadual 3 Pengetahuan Kemahiran Asas InternetDapatan kajian ini mendapati majoriti pelajar Orang Asli langsung tidak menguasaikebolehan untuk berkomunikasi dengan orang lain melalui e-mail (18 orang 78.0%)dan alat rangkaian yang lain seperti laman sosial (14 orang 61.0%). Perisianpencarian maklumat melalui Internet dan perisian mel elektronik tidak kerap digunakanoleh pelajar Orang Asli. Rata-rata antara mereka tidak pernah langsung menggunakanInternet sebagai satu alternatif dalam memudahcara kehidupan seharian mereka.Pelajar Orang Asli ini tidak pernah menggunakan Internet bagi transaksi atas talian,menghasilkan laman web dan menggunakan perisian yang jarang digunakan.Kesimpulannya, kebolehan berkomunikasi menggunakan e-mail boleh dikatakansebagai kemahiran asas ICT yang perlu ada pada setiap individu pada masa kini.KESIMPULANMinat, pengetahuan, kemahiran dan kesediaan mengguna serta mengintegrasi ICT ditahap awal pendidikan adalah sangat penting dalam membentuk dan menaik tarafpendidikan dalam kalangan pelajar orang asli agar tidak mundur berbanding arusperdana yang lain di negara ini. Secara keseluruhannya, boleh dirumuskan bahawa disekolah, budaya literasi maklumat dalam kalangan pelajar Orang Asli masih belummenular walaupun proses mengajar dan belajar menggunakan teknologi tersebut telahbertapak. Penguasaan pelajar terhadap literasi komputer, penggunaan komputer untuk

359The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014)mencapai sesuatu objektif, mengedar dan berkongsi juga untuk menjadi perantara ilmusecara global masih terbatas.RUJUKANAbd. Razak bin Idris & Nurul „Aliyah Binti Hassan. (2010). Literasi Ict DalamKalangan Pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan Utm Skudai, Johor. Artikel FakultiPendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Retrieved fromhttp://eprints.utm.my/10245/2/Nurul G%C3%87%C3%BFAliyah Binti Hassan.pdfAbdul Said Ambotang. (5 Mac 2014). Menerapkan Kemahiran Berfikir. UtusanMalaysia. ani, A. & Clemes, M. D. (2006). Information and Communications Technology: ANon-income Influence on Economic Well Being. International Journal of SocialEconomics, 33 (9), 649-662.Hakansson, A.K & Deer K. (2006). Indigeneous People and ICT: MilleniumDevelopment Goal 8 and the Information Society. Canada. Retrieved January 22,2010 cuments/gaid/unpan033376.pdfKenny, C. (2002). Information and Communication Technologies for Direct PovertyAlleviation: Cots and Benefits. Development Policy Review, 20 (2), 141-157.Mohd Majid Konting. (1994). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.Musa Abu Hassan.(2008). Inaugural Lecture Series; Memanfaatkan TeknologiMaklumat dan Komunikasi untuk Semua. Serdang: Universiti Putra Malaysia.Norasyikin Bte Mohd Zaid dan Mohamad Marzizi Bin Ab Majid. 2011. PembinaanModul Pembelajaran Kendiri (MPK) bagi tajuk Penghasilan Montajmenggunakan aplikasi perisian Adobe Premiere Pro CS3. Artikel FakultiPendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.Norhasni Zainal Abiddin. (2014). Senario Pembangunan Modal Insan dalamPendidikan Tinggi di Malaysia. Jurnal Kajian Pendidikan, 4(1), 95-104.Retrieved 4/06/09.nonie .upm .my .6.14.pdfSyed Arabi Idid. (1992). Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Yahya Othman, and DK. Suzanawaty Pg. Osman. (2014). Keupayaan menguasaikemahiran menulis melalui pembelajaran berasaskan projek dalam penulisanberbentuk risalah di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu; MalayLanguage Education (MyLEJ), 4 (1), 19-29.

penggunaan satu set instrumen kesediaan literasi ICT melibatkan pelajar orang asli di Mantin, Negeri Sembilan. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan majoriti pelajar orang asli mempunyai tahap pegetahuan dan kemahiran literasi ICT yang rendah. Dapatan kajian membawa implikasi kepada keperluan penggunaan ICT dalam

Related Documents:

kesediaan yang tinggi dalam menggunakan MOOC sebagai platform pembelajaran yang baharu (min 3.87). Kesemua item dalam Jangkaan Prestasi mencatat tahap jangkaan kesediaan tinggi manakala kesemua item dalam Jangkaan Usaha mencatatkan min tahap kesediaan yang sederhana. Nilai min tertinggi dalam Pengaruh Sosial adalah 4.01 berdasarkan

kesediaan guru dalam menguasai kemahiran masih pada tahap memuaskan. Kegagalan guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan kemahiran ini sukar digarap dikalangan guru. Tanpa kesediaan yang tinggi di dalam diri guru, segala reformasi pendidikan yang dijalankan bagi .

guru tentang PAK 21, kemahiran ICT guru dan kesediaan infrastruktur sekolah dengan tahap kesediaan guru melaksanakan PAK 21 di dalam kelas mereka. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah tinjauan melibatkan 200 orang guru di 55 buah sekolah rendah.

5.1 Tahap Kesediaan guru terhadap VLE1BestariNet Dari Aspek Sikap, Literasi, Fasiliti dan Akses Teknologi Berdasarkan Jadual 1 di bawah, didapati tahap kesediaan guru terhadap VLE1BestariNet dari aspek sikap dan literasi adalah tinggi dengan nilai mean bersamaan 4.14 dan 3.73 masing-

Istilah literasi digital mulai popular sekitar tahun 2005 (Davis & Shaw, 2011)Literasi digital bermakna kemampuan untul berhubungan dengan informasi hipertekstual dalam arti bacaan takberurut berbantuan komputer. Istilah literasi digital pernah digunakan tahun 1980 an,(Davis & Shaw, 2011), secara umum

berdasarkan peringkat kesediaan, penggunaan, penerapan dan transformasi. d. Mengenal pasti fokus latihan ICT untuk meningkatkan kompetensi ICT pemimpin sekolah. 1.4 Soalan Kajian 1. Apakah tahap kompetensi ICT dalam kalangan pemimpin sekolah berdasarkan domain Dasar dan Kepimpinan ICT, Pembudayaan ICT organisasi, Pengetahuan dan Kemahiran

TAHAP KESEDIAAN GURU MENGGUNAKAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN Oleh . Penggunaan ICT dalam pengajaran di sekolah. Kertas kerja dibentangkan dalam Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke-16 (ICT dalam Pendidikan dan Latihan: Trend dan Isu), di City Bayview Hotel Melaka, 13-16

The Power of the Mind Copyright 2000-2008 A. Thomas Perhacs http://www.advancedmindpower.com 3 Laws of the Mind Law #1 Every Mental Image Which You Allow to Take