Pengajaran Dan Pembelajaran Berasaskan ‘Streaming Video .

3y ago
64 Views
2 Downloads
357.00 KB
14 Pages
Last View : 1m ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Raelyn Goode
Transcription

CIETVT2011PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK DAN VOKASIONALPengajaran dan Pembelajaran berasaskan‘Streaming Video’ bagi meningkatkan tahapkefahaman pelajar Abad ke-21Siti Faizzatul Aqmal Binti Mohamad MohsinUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Email: faizza mohsin@yahoo.comRazali Bin HassanUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)Email: razalih@uthm.edu.myAbstrakAbad ke-21 begitu sinonim dengan era digital bertunjangkan kemahiran teknologimaklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan kemahiran tersebut menjadi semakinpenting kini. Kepentingan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ini selarasdengan keperluan kemahiran abad ke-21 yang sememangnya penting untukdiaplikasikan dalam bidang pendidikan. Profesionalisme guru perlu dipertingkatkanmemandangkan mereka adalah tunjang kepada pelopor kemahiran abad ke-21 dalammelahirkan modal insan kreatif dan inovatif. Kajian lepas mendapati bahawa tahapkesediaan guru dalam menguasai kemahiran masih pada tahap memuaskan.Kegagalan guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalamproses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan kemahiran ini sukar digarapdikalangan guru. Tanpa kesediaan yang tinggi di dalam diri guru, segala reformasipendidikan yang dijalankan bagi melahirkan generasi muda sejajar denganperkembangan dunia akan menemui jalan kegagalan. Kertas kerja ini cubamengutarakan satu alternatif yang relevan dengan perkembangan teknologi terkiniuntuk diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dikalangan guru iaitumenerusi penggunaan UCiTV (University Campus Interactive Television) dalammeningkatkan kemahiran guru menggunakan teknologi terkini di dalam kelas. Kajianyang berkaitan perlu dijalankan bagi membantu guru-guru yang terlibat dalam bidangteknik dan vokasional terutamanya meningkatkan kemahiran abad ke-21 bagimemenuhi keperluan pelajar-pelajar yang berubah mengikut kitaran aplikasi teknologiabad ke 21.Kata kunci: Pengajaran dan pembelajaran, kemahiran abad ke-21, E-pembelajaran1. PengenalanProses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yangsememangnya tidak asing lagi bagi guru. Kepelbagaian dalammenggunakan alat bantu mengajar bagi mewujudkan persekitaran yangboleh menarik minat pelajar semakin diberi keutamaan kini.Perkembangan teknologi maklumat dan telekomunikasi kini telahmemberi cabaran baru dalam dunia pengajaran dan pembelajarandikalangan guru.Namun, ledakan teknologi maklumat dan telekomunikasi ini menjadibeban kepada guru apabila mereka tidak berjaya menguasai kemahiranPenyelidikan & Inovasi Pemacu Transformasi Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional

CIETVT2011PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK DAN VOKASIONALmenggunakan teknologi terkini dalam proses pengajaran danpembelajaran yang sememangnya penting pada abad ke-21 kini.Tuntutan mengaplikasi teknologi secara berkesan dan bermakna didalam bilik darjah telah menyebabkan kesediaan guru menjadi semakinpenting seiring dengan peningkatan cabaran dalam menggunakanteknologi sebagai satu alternatif pengintegrasian kemahiran abad ke-21dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Usaha-usaha harusdijalankan agar guru dapat mempertingkatkan kemahiran menggunakanteknologi terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Iabertujuan untuk melahirkan guru yang dapat memanfaatkan revolusiteknologi terkini seiring dengan perubahan pesat teknologi agar prosespengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat pelajar disampingmelahirkan pelajar kreatif dan inovatif sejajar dengan kepentingankemahiran abad ke-21.Metiri Group (2003), menjelaskan tentang kemahiran abad ke-21 sebagaikemahiran yang sangat penting diterapkan dalam diri pelajar di eraekonomi digital semata-mata untuk memenuhi tuntutan perubahanpesat yang berlaku. Ia juga menyatakan bahawa kemahiran ini sangatpenting bagi melahirkan pelajar dan pekerja yang memenuhi kehendakindustri. Anjakan paradigma perlu segera dilaksanakan dalam sistempendidikan bagi memastikan kemahiran tersebut dikuasai oleh pendidikagar ia boleh disampaikan dengan lebih menyeluruh dan berterusankepada pelajar. Oleh yang demikian, sistem pendidikan perlu memahamidan menghayati kemahiran abad ke-21 untuk diaplikasikan ke dalamkonteks akademik secara menyeluruh. Partnership for 21st Century Skills(2007) menyatakan antara ciri-ciri pelajar abad ke-21 ialah:a.b.c.d.e.f.g.Kemahiran berfikiran kritikalKemahiran menyelesaikan masalahKemahiran berkomunikasiKemahiran berkolaborasiKemahiran kehidupan dan kerjayaKemahiran belajar dan inovasiKemahiran dalam media, teknologi maklumatkomunikasih. Kemahiran menguasai subjek teras di sekolahdanDalam konteks kajian International Society for Technology in Education(ISTE, 2007) telah membangunkan satu piawaian iaitu NationalEducational Technology Standards for Students (NETS.S) agar lebih fokuskepada kemahiran dan kepakaran menggunakan teknologi masa kinidemi memenuhi tuntutan pembelajaran abad ke-21 yang mengharapkanpelajar menggunakan media digital untuk berkomunikasi, berinteraksi,berkolaborasi serta berkongsi maklumat bersama rakan-rakan denganmenggunakan pelbagai media digital. Namun, secara keseluruhannyakemahiran abad ke-21 merangkumi kesemua kemahiran berikut seperti:Penyelidikan & Inovasi Pemacu Transformasi Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional

CIETVT2011PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK DAN VOKASIONALa. Literasi Era Digitalb. Komunikasi Efektifc.Pemikiran Berdaya Ciptad. Produktiviti Tinggie.Kemahiran Kognitiff. Kemahiran Adaptasig.Kemahiran Interpersonalh. Kemahiran Sikap, Nilai dan Amalan Kerjai. Kemahiran TerasDapat dilihat disini bahawa penggunaan teknologi komunikasi danmaklumat merupakan diantara kemahiran abad ke-21 perlu digarapdikalangan pelajar demi memenuhi tuntutan masa depan. Namun, gurumemainkan peranan penting dalam menggarap kemahiran ini dalam diripelajar. Oleh itu, guru perlu menguasai sepenuhnya kemahiran initerlebih dahulu sebelum pelajar.2. Teori Pembelajaran berasaskan E-pembelajaranPembelajaran melalui ‘streaming video’ ialah pembelajaran secaraelektronik atau lebih dikenali sebagai E-pembelajaran. E-pembelajaranmerupakan satu proses penyampaian isi kandungan, interaksi ataupemudahcara bagi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankandengan menggunakan rangkaian elektronik seperti LAN, WAN, atauInternet. Rangkaian elektronik yang dimaksudkan di sini ialah sepertiinternet, intranet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM.Bahan pengajaran dan pembelajaran merangkumi teks, animasi, grafik,simulasi, video dan audio (Koran, 2002).Menurut Rahimi, Zawawi & Wan Nordin (2005), E-pembelajaranmerupakan kombinasi di antara teknologi elektronik dan elemenpendidikan. Cara pembelajaran ini memudahkan individu yangmengikuti sesi pembelajaran secara tersendiri dan bebas denganmengikut keinginan dan keupayaan sendiri.E-pembelajaran merangkumi apa-apa bentuk pembelajaran yangdisampaikan melalui penggunaan teknologi digital. Sistem penyampaianE-pembelajaran yang digunakan adalah tertakluk kepada percambahanevolusi sosioteknologi zaman kini. Pengajaran boleh disampaikan secara‘synchronously’ (pada waktu yang sama) ataupun ‘asynchronously’ (padawaktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran yangdisampaikan menggunakan media ini mempunyai grafik, teks, simulasi,animasi, video dan audio. Disamping itu, ia juga harus menyediakankemudahan seperti kemudahan dalam bentuk pembelajaran secaraberkumpulan dan dibantu dengan golongan professional dalam bidangtertentu secara dalam talian (Learnframe, 2000).Penyelidikan & Inovasi Pemacu Transformasi Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional

CIETVT2011PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK DAN VOKASIONALE-pembelajaran mempunyai perbezaan dengan pembelajaran secaratradisional. Asep (2005) menyatakan bahawa pembelajaran secaratradisional menjadikan guru sebagai insan yang serba tahu danbertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar.Berbeza pula dengan E-pembelajaran yang lebih berpusatkan pelajar.Pelajar memainkan peranan penting dalam pembelajaran mereka keranapersekitaran pembelajaran yang aktif memaksa pelajar membuatperancangan dan mencari bahan pembelajaran hasil usaha dan inisiatifdiri sendiri.Walaupun telah banyak kajian telah dijalankan, takrifan mengenai Epembelajaran masih lagi menyampaikan mesej yang sama iaitu Epembelajaran ditakrifkan sebagai pembelajaran yang agitujuanmempertingkatkan pengalaman dalam penyampaian ilmu pengetahuan,malah bertujuan untuk mendorong penggunaan teknologi secara kreatifmelalui pengajaran dan pembelajaran (Wiles, 2003).2.1 Gambaran Mengenai ‘Streaming Video’Warga pendidik merupakan golongan penting dalam proses pengajarandan pembelajaran. Pendidik sering mencari alternatif yang pelbagaidalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikankeberkesanan dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yangproduktif. Kewujudan peningkatan rangkaian jalur lebar, kemudahanmengakses internet, dan kemudahan peralatan dan perisian audio danvideo yang mesra pengguna telah menjadikan media tersebut sebagaisatu penyelesaian yang praktikal untuk menyampaikan isi kandunganpengajaran dan pembelajaran (Martindale, 2002). Pengajaran melalui‘streaming video’ boleh digunakan samada secara siaran langsung atausecara rakaman.3. Pengintegrasian ‘Streaming Video’Menjadikan ‘streaming video’ sebagai salah satu medium utama dalamproses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu alternatif dan ideabaru bagi memastikan guru dan pelajar menjana kemahiran abad ke-21.Penggunaan ‘streaming video’ dalam proses pengajaran danpembelajaran mempunyai kebaikan yang tersendiri iaitu:a. Menggalakkan penglibatan secara aktif, kolaboratif dan interaktif(LTSN Generic Centre, 2003).b. Lebih berpusatkan pelajar dimana pelajar aktif dan memainkanperanan penting dalam pembelajaran mereka (Koran, 2002).Pelajar mampu mengawal pembelajaran mereka dan belajarberdasarkan tahap kebolehan mereka sendiri (LTSN GenericCenter, 2003).Penyelidikan & Inovasi Pemacu Transformasi Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional

CIETVT2011PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK DAN VOKASIONALc. Memudahkan guru dan pelajar mengakses, tanpa memilih masa,hala tuju serta kandungan pembelajaran mereka secara sendiri(Rahimi, Zawawi & Wan Nordin, 2005; LTSN Generic Centre,2003).d. Guru dan pelajar turut memperoleh manfaat dengan mengulangsemula topik pelajaran yang kompleks agar dapat difahami(Michelich, 2002; Reed, 2003).e. Penyimpanan bahan pengajaran dan pembelajaran dapatdijalankan secara sistematik bagi guru dan pelajar agar dapatdijadikan rujukan dimasa hadapan kelak (LTSN Generic Center,2003).f. Guru dapat menghasilkan dan merancang bahan pengajaran danpembelajaran secara profesional dengan menyelitkan ciri-cirimultimedia seiring dengan zaman teknologi masa kini agar dapatmelahirkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebihberkesan dan menarik (Garrison, 2001; LTSN Generic Centre,2003).g. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara terusdan dapat dilihat dengan jelas melalui tayangan (Schmerbeck,2000; Weiser, 2002).h. Mengurangkan bebanan guru dengan penjimatan masa dan tenagadalam menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran dengancepat kerana bahan boleh didapati secara atas talian (Rahimi,Zawawi & Wan Nordin, 2005).i. Menarik perhatian pelajar kerana memaparkan isi kandunganpelajaran yang mudah difahami dan diserap oleh pelajar (Hartsell,T. & Yuen, S., 2006).j. Boleh melatih, memotivasi dan memberi arahan yang wajar kepadapengguna bagi tujuan kefahaman yang lebih mendalam tentangsesuatu perkara.Walaupunbegitu, penggunaan ‘streaming video’ tidak dapat diaplikasikandalam proses pengajaran dan pembelajaran dikalangan guru akibatdaripada kekangan dan cabaran berikut:a. Hanya terdapat segelintir golongan yang memberikan sokonganterhadap proses pengajaran dan pembelajaran secara Epembelajaran kerana tidak bersedia dengan teknologi baru dantiada kemahiran (Carabaneanu, L., Trandafir, R. & Mazilu, M.,2006)b. Jurang penggunaan ICT yang besar diantara kawasan luar bandardan bandar akibat daripada ketiadaan akses kepada ICT dan kosakses ICT yang mahal (Schmerbeck, 2000; Reed, 2003; Koran,2002).c. Penggunaan bahasa Inggeris dalam E-pembelajaran menyebabkankekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasaMelayu.Penyelidikan & Inovasi Pemacu Transformasi Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional

CIETVT2011PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK DAN VOKASIONALd. Ketiadaan perisian untuk memainkan animasi, video atau audioyang diperoleh melalui E-pembelajaran (Hartsell, T. & Yuen, S.,2006).e. Kekurangan kemahiran, latihan dan sokongan teknikal membawakepada kekangan E-pembelajaran dijalankan (Burnett, Maue, &McKaveney, 2002).f. Kemahiran dan keyakinan pelajar dalam menggunakan ICT yangrendah (LTSN Generic Centre, 2003).Kesimpulannya, walaupun masih terdapat kekangan dan cabaran yangperlu diperbaiki dalam menggunakan E-pembelajaran secara ‘streamingvideo’, masih lagi terdapat pelbagai kebaikan yang jelas menunjukkanbahawa penggunaan teknologi moden seperti penggunaan Epembelajaran secara ‘streaming video’ mampu melibatkan dan memberimanfaat kepada guru dan pelajar. Cara ini seharusnya diaplikasikandalam proses pengajaran dan pembelajaran dikalangan guru bagimemastikan guru telah bersedia menghadapi cabaran yang semakinbesar di zaman yang canggih dengan teknologi kini bagi malahirkan guruyang lengkap memiliki kemahiran abad ke-21 yang semakin diberikepentingan kini. Namun, sekiranya kesediaan guru dalammenggunakan teknologi moden ini masih berada pada tahap sederhana,impian negara bagi melahirkan generasi muda yang kreatif dan inovatifakan terkubur begitu sahaja.4. Objektif Proses Pengajaran dan Pembelajaran Melalui ‘VideoStreaming’Penggunaan ‘streaming video’ dikalangan guru dalam pengajaran danpembelajaran adalah usaha bagi meningkatkan kesediaan guru dalammenggunakan teknologi masa kini agar mereka bergerak sejajar dengantuntutan kemahiran abad ke-21 yang semakin dipentingkan kini.Penggunaan ‘streaming video’ dalam proses pengajaran arkankepentingan berikut:i.Menjimatkan masa dan tenaga guru dalam menyediakan bahanmengajarPenggunaan internet bukanlah satu perkara yang membebankan guru.Ini kerana dengan kepelbagaian kemudahan yang disediakan, gurudapat menyediakan bahan pengajaran dengan lebih kreatif dan menarikminat pelajar. Tidak seperti pembelajaran secara tradisional,penggunaan ‘streaming video’ dapat menjimatkan masa guru dalammemberi kefahaman kepada pelajar mengenai sesuatu topik yang sukar.Guru hanya perlu mempraktikkan E-pembelajaran dalam kehidupanseharian mereka dengan menggunakan internet bagi mencari bahanPenyelidikan & Inovasi Pemacu Transformasi Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional

CIETVT2011PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK DAN VOKASIONALmengajar yang bersesuaian dengan objektif pengajaran danpembelajaran di sekolah dalam masa yang singkat (LTSN GenericCentre, 2003). Guru juga tidak lagi perlu membuang masa denganmenggunakan papan hitam untuk mencatat dan melukis bezadenganpembelajaran secara tradisional. Ini kerana kelebihan dalammembolehkan pengulangan topik yang tidak difahami oleh pelajar dapatdijalankan dengan lebih mudah dengan penggunaan E-pembelajaran.Bahan rujukan juga boleh dirujuk secara berterusan. Maka, ia secaratidak langsung meringankan beban guru dalam proses pengajaran.(Rahimi, Zawawi & Wan Nordin, 2005).Penggunaan animasi yang menarik dan jelas memberikan kefahamankepada pelajar dalam masa yang singkat serta boleh diulang tayang bagitujuan memantapkan pemahaman pelajar. Cognitivist percaya bahawapenggunaan multimedia tambahan boleh membantu untuk membaikidan meningkatkan proses pembelajaran dikalangan pelajar keranamereka melihat sesuatu konsep menerusi tindakan atau perbuatan(Michelich, 2002).ii.Membantu guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dalam prosespengajaran dan pembelajaranPenggunaan teknologi di sekolah sebenarnya boleh mendorong kepadamemudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (Sandholt, J., 1997).Penggunaan ‘streaming video’ dalam proses pengajaran danpembelajaran sebenarnya memberikan manfaat kepada guru danpelajar. Selain daripada guru dapat mempraktikkan penggunaanteknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penyampaian isikandungan pelajaran juga menjadi semakin mudah dengan penggunaanvideo. Streaming media seperti audio dan video boleh membantu pelajarmemahami sesuatu konsep yang kompleks. Selain itu, tatacara yangsukar diterangkan menerusi tulisan dan grafik juga dapat diterangkanmelalui audio dan video dengan mudah.Namun, permasalahan mulai timbul apabila guru masih lagi tidakbersedia dalam menggunakan teknologi terkini dalam proses pengajarandan pembelajaran. Ini kerana mereka sudah terbiasa denganpembelajaran secara tradisional. Kejadian ini menyebabkan gurumenghadapi cabaran yang besar di abad ke-21 yang sememangnyaberlandaskan teknologi maklumat.iii.Memberi kesan positif ke atas pelajar dalam proses pengajaran danpembelajaranPenyelidikan & Inovasi Pemacu Transformasi Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional

CIETVT2011PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK DAN VOKASIONALDengan menggunakan media seperti audio dan video yangdiperoleh menerusi E-pembelajaran, pengguna seperti pelajar jugadapat meningkatkan kefahaman tentang sesuatu perkara yangkompleks serta melihat sendiri prosedur-prosedur yang sukardinyatakan secara lisan menerusi teks dan grafik. Bukan itusahaja, malah pelajar juga boleh memproses maklumat yangdiperoleh secara cepat dan secara tidak langsung memberikanalternatif baru kepada pelajar dalam menimba ilmu menerusi Epembelajaran (Michelin, 2002).Penggunaan video dalam E-pembelajaran dapat meningkatkanpengalaman pembelajaran pelajar. Penggunaan gambar yangbergerak dapat membantu pelajar menggambarkan sesuatu prosesatau melihat bagaimana sesuatu proses kerja dijalankan. Videoboleh menyampaikan maklumat atau pengetahuan yang tersiratyang mungkin terlalu sukar untuk diterangkan dalam teks kedalam penerangan yang lebih jelas menerusi penggunaan imej.Selain itu, video juga mempunyai visual yang boleh menimbulkanreaksi emosi pelajar yang akan membantu dalam meningkatkanmotivasi pelajar.Maka dengan adanya kelebihan ini, ‘streaming video’ menjadi satualternatif baru kepada guru untuk diaplikasikan dalam prosespengajaran dan pembelajaran.iv.Membantu guru menyahut cabaran dengan mempertingkatkanpotensi penggunaan teknologi terkiniPerkembangan teknologi maklumat dan komunikasi di seluruhdunia telah menyebabkan perubahan pesat berlaku dalam sistempendidikan di Malaysia. Penggunaan komputer sebagai alat yangdigunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran telahmenjadi satu keperluan di zaman kini (Kyriakidou, Charalambos &Banks, 1999). Ini disokong dengan pernyataan Hadjithoma &Eteokleous (2007) yang menyatakan bahawa agenda dalampendidikan perlu diselitkan dengan teknologi baru di sekolah dandiberikan penekanan tentang penggunaan teknologi dalam prosespengajaran dan pembelajaran. Adalah menjadi satu perkarapenting bagi guru menggunakan teknologi ICT dalam prosespengajaran dan pembelajaran kerana kajian lepas menunjukkanbahawa guru merupakan insan yang dipersalahkan akibatdaripada kegagalan transformasi ICT di sekolah (Cuban, 2001;Eteokleous, 2004; Angeli & Valanides, 2005).Maka, dengan penggunaan ‘streaming video’ dalam prosespengajaran dan pembelajaran yang dijalankan ini, adalahPenyelidikan & Inovasi Pemacu Transformasi Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional

CIETVT2011PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI DALAM PEND

kesediaan guru dalam menguasai kemahiran masih pada tahap memuaskan. Kegagalan guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan kemahiran ini sukar digarap dikalangan guru. Tanpa kesediaan yang tinggi di dalam diri guru, segala reformasi pendidikan yang dijalankan bagi .

Related Documents:

EDU3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Modul Pembelajaran Kendiri 1 SINOPSIS Tajuk ini mengandungi konsep teknologi, konsep pengajaran, konsep teknologi pengajaran, peranan teori pembelajaran, mengenalpasti domain teknologi pengajaran, dan menjelaskan fungsi domain tersebut. Tajuk ini juga

EDU 3105: Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Shafie B Vahidi Ainul Basirah Bt Gadius Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran . Pemprosesan Perkataan

Pembelajaran Interaktif Berasaskan Aplikasi Kahoot dalam Pengajaran Abad Ke-21 Harlina binti Ishak, Zubaidah Mat Nor & Ainee Ahmad . Salah satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum (generalization) tentang sesuatu. Tinjauan yang dibuat memerlukan pelajar menggunakan pen-kertas dengan mencatat

audara pokok bahasan Hakikat Strategi Pembelajaran Bahasa ini merupakan materi awal pengajaran keterampilan berbahasa. Pokok bahasan ini mencakup: (1) konsep umum strategi pembelajaran, (2) pendekatan pembelajaran, (3) metode pembelajaran, (4) teknik pembelajaran, dan (5) teori yang melandasi berbagai strategi pembelajaran bahasa.

kaedah psikoterapi berasaskan konsep maqamat: kajian terhadap kitab qut al-qulub abu talib al-makki sharifah basirah binti syed muhsin jabatan akidah dan pemikiran islam akademi pengajian islam universiti malaya kuala lumpur 2012. 2 kaedah psikoterapi berasaskan konsep maqamat: kajian terhadap kitab qut al-qulub abu talib al-makki sharifah basirah binti syed muhsin disertasi ini dikemukakan .

E-PEMBELAJARAN: EVOLUSI INTERNET Sejarah telah membuktikan bahawa perindustrian dan perkembangan teknologi mampu mengubah sesebuah masyarakat. Perkembangan teknologi terutamanya evolusi internet telah mencabar konsep dan teori pendidikan tradisional, terutamanya terhadap konsep bilik darjah serta metod pengajaran dan pembelajaran (Hunt, 2004; Resnick dan Wirth, 1996.) Pembelajaran berbantukan .

amalan pengajaran dan kesediaan dalam penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) akan menyebabkan kelemahan dalam pengajaran bahasa Arab. Nik Mohd Rahimi & Kamarulzaman (2006) mendapati bahawa pengamalan teknik pengajaran berada pada tahap rendah; tahap penggunaan BBM juga berada pada rendah, tahap pencapaian

00_Crawford_Price_BAB1407B0153_Prelims.indd 1 11/11/2014 7:36:56 PM. 1 INTRODUCING GROUPWORK Chapter summary In this chapter you will learn about the overall purpose, aims, scope and features of this book how the book is structured and the brief contents of each chapter how the book is aligned with a range of national standards and requirements related to professional social work .