Panduan Asas Penggunaan Google Classroom - Sk Ampang Pecah

1y ago
10 Views
2 Downloads
5.12 MB
53 Pages
Last View : 18d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Joanna Keil
Transcription

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOMPerkara1. LOG MASUK KE PORTAL MOE . 22. MULA PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM . 33. MEMBINA KELAS (CREATE CLASSROOM) . 54. FUNGSI PELAJAR/ MURID. 75. FUNGSI STREAM . 86. PENGGUNAAN ARAHAN ‘INVITE’ OLEH GURU. 107. GURU MEMBINA TUGASAN PELAJAR . 149. GURU MENYEMAK TUGASAN YANG DIHANTAR . 2710. MENENTUKAN MARKAH/ GRED . 2813. GURU INGIN MELIHAT ANALISIS YANG DIBUAT OLEH GOOGLE CLASSROOM . 3214. KEISTIMEWAAN GOOGLE CLASSROOM . 3415. GURU BOLEH KONGSIKAN CLASSROOM DENGAN RAKAN GURU YANG LAIN . 3516. GURU INGIN MENGAMBIL BAHAN DARI GURU LAIN. 40LAMPIRAN CLASSROOM GURU . 44LAMPIRAN CLASSROOM PELAJAR . 49Page 1

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM1. LOG MASUK KE PORTAL MOE1. Masuk ke pautan berikut.https://portal.moe.edu.my/2. Paparan berikut akan keluar.33. Tekan Log Masuk.4. Masukkan email, kata laluan dan tekan “Sign in”.Page 2

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM2. MULA PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM1. Selepas log masuk, paparan Menu Utama akan terpapar. Klik ikon Guru.2. Paparan berikut akan keluar. Klik ikon 2. Google Classroom.Page 3

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM3. Paparan berikut akan keluar. Tekan Klik untuk Mula.34. Paparan berikut akan terpapar.Page 4

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM3. MEMBINA KELAS (CREATE CLASSROOM)1. Lihat pada paparan di bawah terdapat symbol ( )2. Tekan simbol3. Paparan berikut akan keluar.44. Tekan Create Class.Page 5

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM5. Paparan berikut akan keluar.i) Pada ruangan Class Name masukkan nama kelas anda dan pada ruangan Sectionboleh masukkan nama subjek atau apa-apa sahaja yang dikira sesuai.ii) Tekan butang CREATE jika telah selesaiiii) Setelah butang CREATE ditekan paparan ini akan keluar.Berikut adalah paparan dalam Classroom yang telah siap dibina.Page 6

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM4. FUNGSI PELAJAR/ MURID1. Dari Menu Murid, klik ikon 2. Google Classroom.2. Paparan berikut akan keluar.Tekan simbol ( Join class) untuk menjadi ahli kelas baru.Page 7

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM3. Masukkan Class code dan tekan JOIN.Apabila butang JOIN ditekan, keahlian pelajar akan terus masuk ke dalam Classroom yang telahdibuat oleh guru.35. FUNGSI STREAMFungsi-fungsi yang ada dalam Google ClassroomSELECT THEMEUPLOADPHOTOSTARTTOURPage 8Fungsi ini adalah untuk mengubah tema latar belakangClassroomFungsi ini adalah untuk memuat naik gambar pilihan kitasendiriBerfungi sebagai bantuan bagaimanGoogle Classroom digunakan. Fungsi iniakan menunjukkan langkah-langkat demilangkah bagaimana setiap Ikon dalampaparan Classroom tersebut

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOMSTREAMPaparan yang menunjukan semua tugasan yang akan diberikan kepadapelajarSTUDENTSPaparan yang menunjukkan pelajar kelas kita yang menjadi ahli kelasyang diajarABOUTPaparan berkaitan dengan fungsi menjemput atau Inviter guru laindalam kelas kitaVIEW ALLFungsi View All ini adalah untuk melihat hasil tugasankita yang telah dibina dan diberikan kepada pelajar.STREAMFungsi Stream adalah untuk melihat semua tugasanyang sudah kita delete jika tidak mahu melihattugasan tersebut bolehlah menolak butang tersebutsupaya semua paparan yang di buang tidak terpapardi Classroom kita.CLASS CODEFungsi Class Code ini adalah untuk pelajar menjadiahli kelas kita. Berikan mereka Code ini mereka akanmasuk ke kelas kita. Cara ini adalah salah satu carauntuk pelajar menjadi ahli kelas selain dari guru yangmelaksanakan invite dengan menggunakan emailpelajar yang telah disetkan dalam email kumpulan.REUSE POSTReuse Post adalah berfungsi bagi guru-guru untukpost semula tugasan yang telah dibuat oleh gurukelas lain. Fungsi ini berguna untuk perkongsian kelasdengan guru kelas lain. Hal ini akan menjimatkanmasa apabila berlaku perkongsian bahan PdP.CREATE QUESTIONCreate Qeustion berfungsi apabila ada pelajar yangtidak faham berkaitan pengajaran dan bolehdibincangkan dalam kelas bersama dengan guru danpelajar.CREATE ASSIGMENTBerfungi untuk membina tugasan kepada pelajardengan pelbagai cara dan kaedah yang telahditetapkanCREATEANNOUNCEMENTBerfungsi untuk guru membuat sebarangpengumuman penting kepada pelajar berkaitantugasan atau apa-apa sahaja pengumuman. UNTUK MEMBINAPENGUMUMAN,TUGASAN DAN SOALANSimbol ini adalah untuk tujuan membina tugasan,pengumuman dan soalan untuk perbincangan. Jikatidak semua fungsi di atas tidak akan bolehdilaksanakan.Page 9

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM6. PENGGUNAAN ARAHAN ‘INVITE’ OLEH GURU1. Arahan untuk menjadi ahli kelas secara INVITE oleh guru.2. Guru perlu berada dalam kelas yang telah siap dibina.3. Lihat seperti paparan ini :44. Tekan INVITE5. Paparan berikut akan terpapar dan klik pada Groups66. Tekan GroupsPage 10

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOMPaparan Kumpulan akan terpapar dan klik pada kumpulan tersebut. (Kumpulan ini telah dibinaterlebih dahulu sebelum Google Classroom dibina).7. Pilih pelajar yang disenaraikan dan setelah selesai tekan butang Invite StudentsPage 11

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM8. Setelah proses Invite dilaksanakan paparan berikut akan keluar.Paparan di atas akan menunjukkan semua nama pelajar akan terpapar Invited dan hanyamenunggu pelajar berkenaan membuka email dan mengesahkan keahlian mereka untuk menjadiahli kelas. Perkataan Invited itu akan hilang sekiranya pelajar telahpun berjaya menjadi ahlikelas.9. Bagaimana pelajar ingin menjadi ahli kelas ikuti langkah-langkah berikut:(Pelajar membuka E-mail mereka dan menyemak pada INBOX dan klik pada email berkenaan)Page 12

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOMKlik Email ini untuk mendapatkan Link Keahlian.Klik JOIN berkenaan dan paparan seperti di bawah akan keluar.Tiga orang pelajartelah menjadi ahlikelas 4 AlfaPage 13

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM7. GURU MEMBINA TUGASAN PELAJAR1. Guru perlu melaksanakan semua arahan dalam Google Classroom mata pelajaran masing-masing.22. Klik pada kelas 4 Alfa3. Paparan berikut akan keluar.44. Klik pada tandaPage 14

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM5. Klik pada Create Assignment56. Paparan berikut akan keluar setelah Ikon Create AssignmentPage 15

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM7. Masukkan tajuk mata pelajaran yang ingin diajar.8. Masukkan arahan pada tugasan tersebut.9. Pilih tarikh bila latihan atau tugasan tersebut boleh dijawab.10. Setkan juga masa tamat menjawab oleh pelajar mengikut kesesuaian yang dipilih oleh guru.11. Arahan Assign dan Save Draf7891110ASSIGN – Hantar Assignment apabila telah siap dibuat.SAVE DRAFT – Simpan dahulu untuk editing dan Assignment tidak dihantar pada pelajar.Page 16

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM12. Bagaimana menggunakan fungsi di bawah ini.Menggunakan fungsi untuk memasukkan fail dari peranti ke dalam Google Driveemail.Menggunakan fail yang telah sedia ada di dalam Google Drive.Ini bermakna fail latihan telah pun di masukkan / disimpan di dalam Google Drive.Memasukan video sama ada melalui carian atau pun melalui link yang perlu disalinlink berkenaan dan dimasukkan.Mengambil link laman sesawang dan dimasukkan di dalam arahan sama ada dalambentuk video atau link laman Pendidikan.Contoh menyediakan tugasan Ayat Aktif dan Ayat PasifMengambil link Carian Videoabca. Taipkan video yang kita perlukan dan tekan gambar kanta untuk carian, sekiranya videotersebut ada.b. Maka video tersebut akan tersenarai dan kita boleh memilih mana video yang diperlukan.c. Setelah pilihan dibuat tekan ADDd. Manakala bagi latihan boleh menggunakan arahan daripada Google Drive Item.Page 17

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOMde. Pilih Ikon Google Driveff. ADD Latihan Tatabahasa yang sudah disediakan lebih awal.g. Paparan berikut akan keluar.Page 18

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOMh. Apabila Latihan Tatabahasa itu telah dipilih akan keluar di hujung fail tersebut sepertiberikut :ii.j.Pilih Make a copy for each student untuk semua pelajar mendapat tugasan dan bolehmenjawab secara individu dan menghantar juga secara individu.Guru boleh memilih pelajar-pelajar tertentu sahaja dengan menekan nama pelajar yangdikehendaki dan jika untuk semua pelajar tekan sahaja pada All StudentsIni adalah perubahan baru yang terdapat dalam Google Classroom. Pemilihan pelajar inimemudahkan guru memberi tugasan kepada ketua-ketua kumpulan ataupun memberitugasan kepada pelajar yang berbeza pencapaian atau kemahiran.Page 19

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOMkk. Jika sudah selesai bolehlah tekan butang ASSIGN untuk hantar tugasan kepada pelajar.l. Setelah dihantar paparan seterusnya akan keluar.Tugasan boleh di jawab oleh pelajar.DONE merujuk kepada jumlah pelajar yang sudah menjawabNOT DONE merujuk kepada jumlah pelajar yang belum menjawab tugasanJika anda menekan pada DONE dan NOT DONE paparan berikut akan keluar.Page 20

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOMGuru boleh menetapkan point pada markah tugasan yang diberi contohnya 15 points.* Tugasan pelajar akan dihantar oleh sistem secara berasingan dan boleh disemak jugasecara berasingan dengan cara menekan atau klik pada nama pelajar berkenaan secaraberasingan.* Tugasan tersebut boleh di sunting dengan menggunakan arahan pada bahagian berikut :mm. Pilih Edit untuk membuat suntingan dan pilih arahan Delete untuk memadam tugasan.Page 21

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM8. PELAJAR MENJAWAB TUGASAN YANG DIBERI OLEH GURU1. Pelajar perlu membuka E-mail mereka seperti biasa.2. Buka Classroom mereka.3. Paparan berikut akan keluar.4. Klik pada kelas berkenaan iaitu 4 Alfa.5. Paparan berikut terpapar.66. Tekan OPEN untuk menjawab tugasan yang diberikan oleh Guru.7. Paparan berikut akan keluar dan perhatikan terdapat video sebagai Set Induksi pengajaran yangberkaitan dengan Ayat Aktif dan Ayat Pasif.Page 22

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM88. Pelajar boleh klik video tersebut sebagai penerangan dan untuk menjawab tugasan pelajarboleh klik pada latihan tatabahasa tersebut.9. Jika pelajar klik pada video berkenaan paparan akan terus keluar seperti berikut :Video tersebut dipautkan terus dengan Youtube inilah antara ciri-ciri interaktif dalam penggunaanGoogle Classroom yang pasti menyeronok pelajar belajar.Page 23

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM10. Manakala bagi menjawab tugasan pelajar klik sahaja dokumen yang telah disediakan sepertiberikut :Pelajar boleh menaip terus di ruangan kosong yang telah disediakan oleh guru.11. Berikut adalah latihan yang telah dijawab dan ditaip oleh pelajar.Page 24

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM12. Setelah selesai menjawab pelajar akan menghantar tugasan yang telah siap kepada guru dengancara berikut :1313. Tekan butang TURN IN pada dokumen mereka di ruangan atas sudut kanan dokumen latihan yangtelah dibuat oleh system.14. Pelajar hanya perlu menekan TURN IN sahaja untuk menghantar tugasan yang telah siap.14Page 25

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM15. Tekan TURN IN sekali lagi untuk sahkan penghantaran tugasan.1516. Setelah tugasan selesai dihantar paparan berikut akan keluar.abca. Perkataan NOT DONE tadi bertukar menjadi DONE menandakan tugasan selesai dihantar.b. Manakala jika pelajar ingin buat pembetulan mereka boleh menekan UNSUBMIT danlatihan yang telah dijawab tadi boleh disunting semula dan selesai suntingan bolehlah dihantar sekali lagi kepada guru dengan menggunakan langkah yang sama.c. Pada ruangan Add private comment boleh digunakan oleh pelajaran jika inginmenghantar mesej kepada guru.Page 26

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM9. GURU MENYEMAK TUGASAN YANG DIHANTAR1. Guru masuk ke E-mail dan pergi ke Classroom.32. Kalau dilihat terdapat seorang pelajar yang telah siap tugasan dan seorang pelajar lagi masihbelum menghantar tugasan. Guru boleh mengetahui pelajar yang tidak lagi menghantar tugasan.Oleh itu, guru boleh mengambil tindakan susulan kepada murid berkenaan.3. Untuk menanda tugasan pelajar tekan pada ruang DONE tersebut.4. Paparan seperti berikut akan dipaparkan.55. Klik pada latihan Pelajar 1 berkenaan.Page 27

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOMPaparan berikut akan keluar.Guru boleh memberikan komen pada latihan yang dijawab oleh pelajar dan komen ini akan dapatdibaca oleh pelajar dan mereka boleh melakukan semakan atau pembetulan semula.10. MENENTUKAN MARKAH/ GRED1. Guru boleh menentukan gred markah pelajar untuk latihan yang diberi.2. Contoh adalah seperti paparan berikut :Ubah sahaja markah yang diperlukan pada angka 100 kepada markah yang sesuai dengan latihanyang guru telah berikan.2Page 28

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM3. Tekan UPDATE apabila perubahan gred telah dibuat.4. Markah pelajar boleh diletakkan secara individu seperti berikut :Terdapat 2 orang markah yang berbeza iaitu Pelajar 1 mendapat markah 45/50 manakala bagiPelajar 45 dan Pelajar 46 tidak mempunyai markah. Hal ini adalah disebabkan oleh pelajartersebut tidak menghantar tugasan.Page 29

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM11. GURU MENGHANTAR TUGASAN PELAJAR SEMULA SELEPAS DISEMAK1. Berikut adalah arahan yang digunakan untuk menghantar tugasan.2. Pilih pelajar yang telah lengkap tugasannya dan telah diberi markah seperti berikut :a. Tandakan pada nama pelajar yang telah lengkap tugasannya contohnya Pelajar 1 telahlengkap tugasannya.b. Tekan butang RETURN untuk menghantar tugasan kepada pelajar dan paparan berikutakan keluar dan guru boleh memberikan komen positif kepada pelajar berkenaan.2b2ac. Tekan butang RETURN sekali lagi untuk pengesahan.2cPage 30

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM12. PELAJAR MENYEMAK TUGASAN YANG DIHANTAR OLEH GURU1. Tugasan yang disemak oleh guru boleh di lihat semula oleh pelajar.2. Masuk ke Email pelajar.3. Masuk ke Classroom4. Masuk ke Kelas atau mata pelajaran yang diperlukan seperti paparan berikut:4a4ba. Perkataan RETURNED itu bermakna guru telah memulangkan semula tugasan.b. Jika pelajar ingin menyemak tugasan tersebut mereka hanya perlu menekan butang OPENsahaja.Pelajar boleh membuat suntingan semula dan menghantar kepada guru jika mereka mahukansemakan dengan arahan RESUBMIT. Markah pelajar dipaparkan iaitu 45/50.Page 31

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM13. GURU INGIN MELIHAT ANALISIS YANG DIBUAT OLEH GOOGLE CLASSROOM1. Masuk ke Classroom2. Klik pada latihan atau tugasan yang disediakan.3. Klik pada Tatabahasa : Ayat Aktif Dan Ayat Pasif.4. Paparan berikut akan keluar.55. Tekan simbol berkenaan.Page 32

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM6. Pilih Copy all grades to Google Sheets67. Paparan analisis akan dipaparkan menerusi Google Sheets seperti berikut:Markah latihan pelajar akan di susun oleh sistem mengikut turutan dengan mengira markahpurata yang diperolehi oleh pelajar. Manakala butang Explore pula akan menyediakan graf analisispencapaian pelajar dalam setiap latihan.Page 33

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM14. KEISTIMEWAAN GOOGLE CLASSROOM1. Sistem akan generate Folder Classroom secara automatik di dalam Google Drive2. Semua latihan pelajar akan di simpan mengikut tajuk dalam folder yang berbeza.3. Tugasan murid dicipta berdasarkan individu beserta dengan nama pelajar yang akan memudahkanguru mengenalpasti hasil tugasan pelajar.4. Lihat gambarajah di bawah ini. Klik folder Classroom45. Di dalam folder terdapat folder kelas 4 Alfa – Bahasa Melayu dan jika di klik pada folder berkenaanakan terdapat folder latihan tatabahasa.5Page 34

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOMManakala di dalam folder Tatabahasa tersebut terdapat fail tugasan pelajar mengikut individudengan namanya sekali.6. Rajah berikut menunjukkan latihan mengikut individu yang telah dihantar oleh pelajar kepadaguru.15. GURU BOLEH KONGSIKAN CLASSROOM DENGAN RAKAN GURU YANG LAIN1. Guru boleh kongsi dengan rakan guru yang lain sama ada mata pelajar yang sama atau dari kelasyang berlainan.2. Ciri lain yang boleh dilaksanakan ialah guru mata pelajaran yang sama boleh membuatperkongsian latihan atau tugasan dari guru asal yang membina Classroom tersebut.3. Dalam hal ini, secara tidak langsung kolaboratif antara guru dan guru serta pelajar dan pelajarberlaku secara tidak langsung berteraskan ciri-ciri Pembelajaran Abad Ke-21.4. Berikut adalah langkah-langkah perkongsian dilaksanakan.Page 35

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM5. Langkah pertama masuk ke kelas guru klik 4 Alfa.56. Langkah kedua pada paparan ini klik pada ABOUT6Setelah ABOUT di tekan paparan berikut akan keluar.7Page 36

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM7. Tekan INVITE TEACHER8. Langkah INVITE TEACHER ini boleh dilaksanakan dalam 2 cara yang telah diajarkan pada awalmodul ini iaitua. Melalui CLASS CODEb. Melalui EMAIL KUMPULAN9. Lihat rajah berikut:10. Lihat arahan yang diberikan pada awal modul bagaimana perkongsian dibuat (muka surat 10)11. Paparan berikut akan keluar.1212. Tekan INVITEPage 37

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM13. Selepas tekan INVITE perhatikan perubahan dalam Classroom anda.Terdapat 2 guru yang telah dibawa masuk sebagai rakan. 2 guru tersebut Cuma perlumengesahkan sahaja keahlian mereka.1314. Paparan pengesahan. Tekan ACCEPT untuk pengesahan.14Page 38

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM15. Setelah ACCEPT paparan kelas 4 Alfa Bahasa Melayu akan dikongsikan dengan Guru.Paparan menunjukkan bahawa Guru 1 telah menjadi ahli Classroom manakala Guru 2 masih lagibelum membuat pengesahan.1516. Jika Guru tidak mahu menjadi ahli Classroom kita mereka boleh mengeluarkan nama merekadaripada Classroom dengan langkah-langkah berikut.17. Gunakan paparan ABOUT171818. Akan terpapar semua nama guru lain yang menjadi ahli ClassroomPage 39

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM19. Tekan arahan Leave class1916. GURU INGIN MENGAMBIL BAHAN DARI GURU LAIN1. Masuk ke dalam Classroom masing-masing.2. Paparan seperti ini terpapar. Klik Tanda 2Page 40

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM3. Klik Pada Reuse Post4. Paparan untuk memilih bahan tersebut berada di kelas mana.contoh: Klik pada 5 Al-Batani 2016 dan tekan SELECTPage 41

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM5. Pilih tugasan Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan dan tekan REUSE6. Bila paparan ini keluar guru 1 boleh mengubah tajuk tarikh tamat menjawab dan masa luputmenjawab dan tekan ASSIGNPage 42

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM7. Tugasan tersebut telah pun dikongsikan dengan Guru 1 dan semua pelajar 5 Al-Farghani 2016.Page 43

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOMLAMPIRAN CLASSROOM GURUSenarai Classroom yang telah dibina untuk setiap kelasContoh Classroom untuk mata pelajar Bahasa MelayuPage 44

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOMContoh tugasan yang diberikan oleh guru kepada pelajarContoh tugasan pelajar yang telah siap dijawap dan dihantar oleh pelajarPage 45

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOMContoh pelajar membina komen dalam tugasan merekaContoh Pengumuman untuk makluman kepada pelajarPage 46

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOMContoh pelajar yang telah di bawa masuk dalam kelasContoh membawa masuk guru lain ke dalam kelas kitaPage 47

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOMContoh analisis oleh sistem markah pelajar yang diberi oleh guru mata pelajaranContoh analisis pencapai pelajar berdasarkan markah tugasan yang diperolehi pelajarPage 48

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOMLAMPIRAN CLASSROOM PELAJARContoh laman kelas guru dimana pelajar menjadi ahli kelas guru mata pelajaranContoh laman kelas dalam akaun pelajarPage 49

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOMContoh tugasan yang diterima oleh pelajar daripada guru mata pelajaranContoh tugasan guru yang boleh dijawab secara atas talian oleh pelajarPage 50

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOMContoh arahan jika pelajar ingin mengambil semula tugasan yang telah dihantar kepada guruContoh tugasan yang telah siap dihantar kepada guru, akan tertera perkataan DONEPage 51

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOMContoh pelajar ingin melihat markah tugasan dan senarai tugasan yang telah disiapkan atau tugasanyang masih belum di hantarContoh pelajar melihat sejarah perkembangan tugasan mereka mengikut kalendarPage 52

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOMSEKIANTERIMA KASIHPage 53

PANDUAN ASAS PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM Page 8 3. Masukkan Class code dan tekan JOIN. Apabila butang JOIN ditekan, keahlian pelajar akan terus masuk ke dalam Classroom yang telah dibuat oleh guru. 5. FUNGSI STREAM Fungsi-fungsi yang ada dalam Google Classroom SELECT THEME Fungsi ini adalah untuk mengubah tema latar belakang Classroom UPLOAD PHOTO

Related Documents:

IV. ASAS-ASAS HUKUM PERDATA INTERNASIONAL A. Asas-asas HPI dalam Hukum Orang B. Asas-asas HPI dalam Hukum Benda C. Asas-asas HPI dalam Hukum Perjanjian D. Asas-asas HPI dalam Penentuan Status Badan Hukum V. KUALIFIKASI DALAM HPI A. Pengertian B. Arti Penting Kualifikasi C. Teori-teori Kualifikasi 1. Teori kualifikasi lex fori 2.

pemerintah yang berlaku dengan memperhatikan asas-asas seperti : asas fungsional, asas kepastian hukum, asas transparansi, asas efisiensi, asas akuntabilitas, dan asas kepastian nilai. Semua itu telah diatur dalam Undang-Undang Nomor 32 Tahun 2004 tentang Pemerintahan Daerah dan Undang-Undang Nomor 33 tahun 2004

1. Mampu Menjelaskan Pengertian Secara Harfiah, 2. Mampu Menjelaskan Pengertianan Secara Yuridis, 3. Mampu Menganalisis Berbagai Penerapan Asas-Asas Dalam Hukum Pidana, 4. Mampu Memahami Penggunaan Asas-Asas Hukum Pidana Dalam Fenomena Kasus Hukum. B. URAIAN MATERI 1. PEMBAHASAN APA ITU HUKUM PIDANA.

Grammar as a Foreign Language Oriol Vinyals Google vinyals@google.com Lukasz Kaiser Google lukaszkaiser@google.com Terry Koo Google terrykoo@google.com Slav Petrov Google slav@google.com Ilya Sutskever Google ilyasu@google.com Geoffrey Hinton Google geoffhinton@google.com Abstract Synta

Google Brain avaswani@google.com Noam Shazeer Google Brain noam@google.com Niki Parmar Google Research nikip@google.com Jakob Uszkoreit Google Research usz@google.com Llion Jones Google Research llion@google.com Aidan N. Gomezy University of Toronto aidan@cs.toronto.edu Łukasz Kaiser Google Brain lukaszkaiser@google.com Illia Polosukhinz illia .

classroom classroom 30 31 classroom 32 classroom 33 classroom 35 classroom 36 classroom 37 classroom 38 classroom 39 classroom 40 classroom 41 classroom 42 classroom 43

untuk bidang hukum administrasi negara, ‘asas-asas umum pemerintahan yang baik’. Masing-masing topik tadi dikaji secara mendalam oleh masing-masing penulis dan tim peneliti melalui metode penelitian hukum doktrinal, dengan mengumpulkan dan mengolah segala informasi

accordance with asset management guidelines and procedures established by the Director of Finance & Administration or a designee. 8 Asset Inventory Departments will conduct a full inventory of all property under their stewardship, in accordance with the inventory schedule developed by F&A, and will provide the results of that inventory to the Director of Finance & Administration or a designee .