Diselaraskan Oleh PN. NORHAYATI BINTI MAT ZAIN Guru Cemerlang Sejarah .

4m ago
5 Views
1 Downloads
697.71 KB
32 Pages
Last View : 16d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Jamie Paz
Transcription

Diselaraskan oleh PN. NORHAYATI BINTI MAT ZAIN Guru Cemerlang Sejarah SMK Seri Bintang Selatan SKK Kuala Lumpur

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013 PENASIHAT Tn. Hj. Ismail bin Musa Timbalan Pengarah Pendidikan Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu Kuala Lumpur PENGERUSI Cik Aziah binti Amir PPD Kanan Sektor Pengurusan Akademik PPW Bangsar & Pudu KL PANEL PENULIS ISI KANDUNGAN MODUL JAWAPAN No. EDITOR Pn. Masariah binti Mispari Pn. Norhayati Binti Mat Zain PANEL PENULIS Pn. Masariah binti Mispari Guru Cemerlang Sejarah Sekolah Sultan Alam Shah Pn. Norhayati binti Mat Zain Guru Cemerlang Sejarah SMK Seri Bintang Selatan SKK En. Sohaidie bin Mohd Zain Guru Cemerlang Sejarah SMK Taman Maluri Perincian/Konstruk 5 markah 5–8 2 Memahami 30 markah 9 – 12 3 Menganalisis 25 markah 13 – 15 4 Mengaplikasi 10 markah 16 – 20 5 Menilai 10 markah 21 – 26 6 Mencipta dan menjana idea 10 markah 27 – 30 7 Menghayati nilai/ Patriotisme 5 markah 31 8 Rumusan 5 markah 32 Pn. Mardiana binti Md Nor Guru Sumber Sejarah SMK Cochrane Perkasa En. Loganathan a/l S. Tarmalingam Guru Cemerlang Sejarah SMK Vivekananda Cik Norashikin bt Mat @ Muhammad Guru Sumber Sejarah SMK Datok Lokman Penghargaan Guru-guru Bahasa Melayu SMK Seri Bintang Selatan SKK 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain Muka surat Pengenalan En. Aziz bin Ismail Guru Sumber Sejarah SMK Puterijaya Markah 1 Pn. Roshidah binti Ismail Guru Sumber Sejarah SMK Bdr Tun Razak Pn. Sarina binti Mohd Burhan Guru Sumber Sejarah SMK Seri Permaisuri PENYELARAS Pn. Hjh. Besrah binti Bakar Ketua Unit Sains Kemanusiaan PPW Bangsar dan Pudu KL Modul ini digubal khas untuk calon SPM tahun 2013. Modul ini disediakan untuk membantu calon menjawab soalan Sejarah Kertas 3 dengan baik dan mengikut format yang dikehendaki. Modul ini mengandungi 8 soalan ramalan (mengikut konstruk). Bagi soalan nombor 1, 4, 5 dan 6 disediakan empat cadangan jawapan. Calon dinasihatkan untuk membaca dengan teliti setiap soalan yang dicadangkan. Untuk itu, calon perlu memahami kehendak soalan sebenar yang bakal diperoleh semasa hari peperiksaan. Calon perlu membuat keputusan yang bijak dalam memilih cadangan jawapan yang disediakan agar bersesuaian dengan kehendak soalan sebenar. Cadangan jawapan yang disediakan adalah mengikut format penulisan esei. Calon dinasihatkan untuk mematuhi peruntukan masa ketika menjawab soalan. Pastikan masa menjawab mencukupi untuk semua soalan. Calon digalakkan untuk membaca soalan dan cadangan jawapan yang terdapat dalam modul ini sebelum hari peperiksaan (14 November 2013). Semoga penghasilan modul ini dapat membantu calon SPM menjawab dengan baik Sejarah Kertas 3 (1249/3) dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Sejarah SPM 2013. 2

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013 FORMAT SEJARAH SPM KERTAS 3 PANDUAN & TIP 1. Bentuk Soalan Tugasan (Esei) Jumlah Soalan Tajuk Umum : akan diberikan 6 minggu sebelum tarikh peperiksaan. 1 soalan khusus dengan 8 pecahan soalan. Wajib Jawab Semua soalan No. soalan dan Markah Soalan 1 hingga 8. Markah ditunjukkan dalam [ ] bagi setiap soalan. Jenis/Pecahan Soalan 1-3 (Rujukan Buku Teks) 4-8 (Soalan KBKK) Cakupan Sukatan Tingkatan 4 dan 5 Markah 60% Buku Teks 40% Soalan KBKK 100 markah Wajaran Markah 20 % 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain Soalan Umum akan diberikan kepada pelajar 6 minggu lebih awal daripada tarikh peperiksaan. Gunakan peluang ini untuk mencari maklumat tambahan khususkan soalan bahagian KBKK. 2. Berbincang dengan guru dan rakanrakan. 3. Susun nota-nota yang diperoleh dalam fail. 4. Gunakan sticky note sebagai penanda untuk memudahkan anda mencari jawapan ketika menulis. 5. Lakukan latihan menulis jawapan seperti format menjawab sebenar. 6. Jadikan markah sebagai panduan untuk anda kemukakan jawapan khususkan bagi soalan 1 hingga 3. 7. Jangan lupa bawa buku teks (Sejarah Tingkatn 4 @ 5), fail nota dan contoh jawapan yang telah dirangka semasa hari peperiksaan. 8. Semasa hari peperiksaan, kenal pasti kehendak soalan dan gariskannya supaya lebih jelas. 9. Sila tuliskan jawapan dalam format esei. 10. Pastikan anda menulis nombor soalan yang dijawab yang betul dengan jawapan yang diberi. 11. Mesti tulis pengenalan jawapan. 12. Tulislah dengan tulisan yang cantik dan kemas. 3

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013 TEMA UMUM: Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau. 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 4

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013 SOALAN (1) PENGENALAN PENGENALAN : PILIHAN 1 Nyatakan secara ringkas apakah yang anda faham dengan maksud pertubuhan serantau yang dianggotai oleh Malaysia. [5 markah] CADANGAN JAWAPAN Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara-negara yang berjiran antara satu sama lain. Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk kepentingan ekonomi, politik dan sosial. Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertai oleh Malaysia, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961, MAPHILINDO pada tahun 1963 dan Persatuan Negaranegara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun 1967. (1) 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 5

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013 PENGENALAN : PILIHAN 2 Nyatakan asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia. [5 markah] CADANGAN JAWAPAN (1) Asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menentukan corak dan arah dasar luar negara Malaysia. Antara faktor tersebut adalah faktor sejarah. Contohnya, sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara China, Arab dan Siam. Selain itu, dari segi ekonomi, Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia. Seterusnya, dari segi politik, Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Malaysia berhak menentukan masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Di samping itu, dari segi geografi, kedudukan Malaysia yang strategik dan bersempadan dengan hampir kebanyakan negara di rantau Asia Tenggara. Faktor demografi juga menjadi asas kepada penggubalan dasar luar Malaysia, iaitu menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam kerana majoriti penduduknya beragama Islam. 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 6

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013 PENGENALAN : PILIHAN 3 Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negaranegara lain. Nyatakan bentuk hubungan luar tersebut. [5 markah] CADANGAN JAWAPAN (1) Antara bentuk hubungan yang dijalinkan oleh Malaysia dengan negara-negara lain adalah hubungan bilateral, iaitu merujuk kepada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu. Contohnya, Malaysia mengutamakan hubungan dengan negara-negara jiran termasuklah Singapura dan Indonesia. Selain itu, Malaysia juga menjalinkan hubungan berbentuk multilateral iaitu merujuk kapada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 7

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013 PENGENALAN : PILIHAN 4 Malaysia mengamalkan hubungan berbaik-baik dengan semua negara. Nyatakan matlamat yang ingin dicapai oleh Malaysia dalam hubungan tersebut. [5 markah] CADANGAN JAWAPAN (1) Matlamat yang ingin dicapai oleh Malaysia dalam menjalinkan hubungan dengan negara-negara lain adalah untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara. Selain itu, hubungan tersebut juga bertujuan untuk memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara. Seterusnya, untuk menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi Malaysia. Akhir sekali, matlamat dasar luar Malaysia adalah untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia. 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 8

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013 SOALAN (2) MEMAHAMI SOALAN 2 Jelaskan matlamat dan organisasi yang disertai oleh Malaysia sehingga kini di peringkat serantau. [30 markah] CADANGAN JAWAPAN (2) Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah disertainya iaitu ASA pada tahun 1961, MAPHILINDO pada tahun 1963 dan ASEAN pada tahun 1967. Antara matlamat Malaysia menyertai Persatuan NegaraNegara Asia Tenggara (ASA) adalah ancaman komunis. Setelah mencapai kemerdekaan, negara kita dan negara-negara serantau diancam hebat oleh pengaruh komunis. Di Malaysia, pergerakan PKM telah memainkan peranan penting menyebarkan fahaman komunis dalam kalangan rakyat. PKM telah diharamkan oleh kerajaan. Ahli PKM telah melancarkan gerakan gerila bagi menjatuhkan kerajaan. Ancaman komunis juga berlaku di Thailand yang bersempadan dengan Malaysia. Tindakan PKM menggunakan sempadan Malaysia-Thailand sebagai pangkalan gerila mereka menyukarkan usaha untuk melemahkan mereka. Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara jiran. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan ASA. Pada 31 Julai 1961, satu mesyuarat diadakan di Bangkok antara Malaysia dengan Thailand dan Filipina. Hasilnya ASA telah ditubuhkan. Antara matlamat lain penubuhan ASA ialah menjalinkan 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 9

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013 kerjasama antara negara anggota dalam bidang sains, ekonomi dan sosial. Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi. Mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik serantau. ASA dianggap sebagai pertubuhan antipemerintahan Presiden Soekarno di Indonesia. Kesangsian ini timbul kerana Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Britain sementara Thailand dan Filipina mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika Syarikat. Thailand dan Filipina mempunyai perjanjian pertahanan dengan Amerika Syarikat. Pertelingkahan antara Malaysia denganFilipina tentang penubuhan Persekutuan Malaysia telah membawa kepada pembubaran ASA dibubarkan pada tahun 1963. Manakala MAPHILINDO pula disertai Malaysia bagi menyelesaikan isu penubuhan persekutuan Malaysia. MAPHILINDO merupakan cantuman tiga buah negara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia. Matlamat penubuhannya adalah untuk meningkatkan hubungan persahabatan dan menyelesaikan pertingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia. Pertelingkahan yang timbul antara Malaysia dengan kedua-dua negara tersebut adalah disebabkan oleh cadangan berhubung dengan pembentukan Malaysia. Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia kerana Presiden Soekarno menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonialisme. Tentangan Filipina pula adalah kerana menuntut hak ke atas Sabah yang didakwanya mendakwanya masih menjadi hak milik negara mereka. 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 10

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013 Bagi menyelesaikan masalah ini, Malaysia mengamil langkah mengadakan rundingan dengan kedua-dua negara tersebut. Rundingan itu akhirnya membawa kepada penubuhan MAPHILINDO. Ketiga-tiga negara itu mencapai kata sepakat memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan persekutuan Malaysia. Pada tahun 1963, PBB telah hantar wakilnya yang diketuai oleh Lawrence V. Michael More untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak. Hasilnya majoriti rakyat menyokong pembentukan Malaysia. Namun begitu, Indonesia dan Filipina tidak puas hati dengan hasil tinjauan PBB dan terus menentang pembentukan Malaysia. Persengketaan yang berpanjangan menyebabkan MAPHILINDO tidak berperanan lagi. Pertubuhan seterusnya yang disertai Malaysia ialah Persatuan Negara-negara Asia Tenggara ( ASEAN ). ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok. Antara matlamat pembentukan ASEAN termasuklah mengekalkan kestabilan politik rantau Asia Tenggara, membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan, meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian, membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan serta mengadakan hubungan erat dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa. Keanggotaan ASEAN awal penubuhannya terdiri daripada 5 buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. Jumlah anggotanya menjadi 10 apabila semua negara AT menjadi ahli. Negara-negara berkenaan ialah Vietnam, Myammar, Brunei, Laos dan Kampuchea. Negara Papua New Guinea telah dilantik menjadi pemerhati kerana negara ini terletak bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan di dalam zon Asia Tenggara. 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 11

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013 Logo ASEAN menggunakan sepuluh tangkai padi sebagai simbol bagi mempamerkan impian pengasasan ASEAN, iaitu sepuluh buah negara di Asia Tenggara yang diikat oleh semangat perpaduan dan perpaduan. Simbol bulatan pula membayangkan semangat bersatu padu. Moto ASEAN ialah “Keamanan, Kestabilan, Kegigihan, Kedinamikan, Kesucian, Kemakmuran”. Bagi memastikan perjalanannya yang lancar struktur pentadbiran ASEAN dibentuk. Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN diadakan setahun sekali. Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAn diadakan setahun dua kali. Sidang Kemuncak ASEAN pula diadakan mengikut keperluan. Sekretariat Tetap ASEAN beribu pejabat di Jakarta, Indonesia. Terdapat dua Jawatankuasa Tetap iaitu Jawatankuasa Tetap Sosial yang meliputi Jawatankuasa Kebudayaan dan Penerangan, Jawatankuasa Sains dan Teknologi serta Jawatankuasa Pembanguan dan Sosial. Manakala Jawatankuasa Tetap Ekonomi pula merangkumi Jawatankuasa Kewangan dan Urusan Bank, Jawatankuasaa Perindustrian, Galian dan Tenaga, Jawatankuasa Makanan, Pertanian dan Perhutanan serta Jawatankuasa Perhubungan dan Pengangkutan. 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 12

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013 SOALAN (3) MENGANALISIS SOALAN 3 Terangkan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau. [25 markah] CADANGAN JAWAPAN (3) Antara sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau khususnya dalam pertubuhan ASEAN adalah dengan menjalinkan kerjasama serantau yang erat dan banyak menjayakan rancangan yang dilaksanakan bersama. Selain itu, Malaysia juga menjadi tuan rumah bagi menjayakan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada 1971. Satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota termasuk Malaysia yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur. Kata sepakat telah dicapai dalam mengisytiharkan negara ASEAN menjadi kawasan zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) Tujuan utama ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan rantau Asia Tenggara, tidak bersekongkol dengan Blok Barat atau Blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar. Sumbangan Malaysia seterusnya adalah kesanggupan menjadi tuan rumah bagi mengadakan mesyuarat bagi memulihkan hubungan Vietnam dan Kampuchea. Mesyuarat ini diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982. Isu ini timbul apabila berlaku pencerobohan Vietnam ke atas Kemboja pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN telah berusaha mengatasi masalah ini dengan mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk. 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 13

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013 Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan bersetuju membincangkannya dalam mesyuarat tersebut. Sumbangan lain adalah Malaysia bersama negara anggota ASEAN yang lain bersetuju memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Rantau ini tidak akan membenarkan manamana kapal menggunakan perairan dan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear. Pengistiharan ini menunjukkan komitmen negara Malaysia dan anggota ASEAN terhadap konsep ZOPFAN. Malaysia juga telah memberi sumbangan dalam meningkatkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara ASEAN. Negara-Negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu (Sarawak) serta di Aceh (Indonesia). Kerjasama ekonomi melalui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade Area (AFTA) diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun 1992. AFTA bertujuan menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara ASEAN. Ini akan mewujudkan satu jumlah pasaran yang luas kerana penduduk ASEAN begitu ramai. Peningkatan barangan keluaran negara-negara ASEAN akan mengembangkan industri terbabit dan seterusnya akan meningkatkan ekonomi negara-negara ASEAN. Seterusnya Malaysia juga turut memberi sumbangan dan dalam mengemukakan idea untuk memperluas skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea itu ialah penubuhan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) yang telah dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Walaupun idea itu ditentang oleh negara maju seperti Amerika Syarikat tetapi usaha ini diteruskan melalui kerjasama tidak rasmi melalui konsep ASEAN 3. 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 14

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013 Sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau juga dapat dilihat dalam aspek pendidikan. Penubuhan Pertubuhan MenteriMenteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan. Selain itu, pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang. Malaysia juga turut memberi sumbangan dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menyokong usaha penubuhan Tabung Kebudayaan. Selain itu, Malaysia juga turut terlibat dalam pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan. Malaysia juga memberi sumbangan dengan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sukan SEA pada tahun 2002. Akhir sekali, Malaysia juga turut memberi sumbangan dalam menjadikan kerjasama dalam bidang perlancongan dengan menyokong usaha Tahun Melaawat ASEAN pada tahun 1992. 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 15

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013 SOALAN (4) MENGAPLIKASI SOALAN 4 : PILIHAN 1 Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau telah bermula sejak tahun 1961. Bagaimanakah hubungan tersebut dapat dimanfaatkan untuk memajukan Malaysia? [10 markah] CADANGAN JAWAPAN (4) Antara manfaat yang diperoleh memajukan Malaysia dalam pertubuhan serantau adalah dapat mengekalkan keamanaan dan kestabilan politik negara. Malaysia juga dapat bersama-sama dengan negara-negara serantau dapat mengekalkan keamanan di rantau Asia Tenggara. Selain itu, Malaysia juga dapat bertukar-tukar kemahiran teknologi dalam bidang ICT dengan negara-negara di rantau Asia Tenggara. Malaysia juga dapat membantu antara satu sama lain dalam bidang pendidikan. Contohnya penubuhan RECSAM di Pulau Pinang. Seterusnya, Malaysia dapat mengurangkan kebergantungan perdagangan dua hala Malaysia dengan Amerika Syarikat. Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau juga dapat membentuk kerjasama dalam aspek pertahanan dan keselamatan. Di samping itu, keamanan yang diperoleh Malaysia melalui penyertaan Malaysia dalam pertubuhan ini juga dapat menarik pelaburan asing ke negara ini. Semangat kerjasama dalam bidang kebudayaan sesama negara anggota dapat merapatkan hubungan antara negara di rantau Asia Tenggara. Sukan SEA juga terbukti dapat 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 16

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013 mengeratkan hubungan sesama negara anggota. Akhir sekali, penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dapat menyelesaikan masalah sesama negara anggota melalui rundingan dan diplomasi. SOALAN 4 : PILIHAN 2 Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau telah bermula sejak tahun 1961. Bagaimanakah hubungan tersebut dapat dimanfaatkan untuk membangunkan ekonomi Malaysia? [10 markah] CADANGAN JAWAPAN (4) Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dapat meningkatkan ekonomi negara melalui kerjasama dalam projek-projek pertanian seperti projek baja urea di Bintulu dan Acheh. Seterusnya, ASEAN diiktiraf sebagai Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang dapat menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara ASEAN. Selain itu, kerjasama ekonomi ini akan mewujudkan pasaran yang luas kepada Malaysia. Hal ini secara tidak langsung akan menggalakkan peningkatan pengeluaran barangan negara-negara ASEAN yang akan mengembangkan lagi sektor perindustrian negara. Seterusnya kerjasama diperluaskan dengan melibatkan negara China, Jepun dan Korea Selatan melalui ASEAN 3. Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) telah ditentang oleh Amerika Syarikat, tetapi kerjasama secara tidak rasmi tetap diteruskan melalui konsep ASEAN 3. ASEAN 3 ini merujuk kepada kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara-negara Timur. Kerjasama antara Malaysia dan negara-negara di rantau Asia Tenggara juga telah berjaya menarik minat pelabur-pelabur asing untuk 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 17

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013 melabur modal di negara kita. Ekonomi negara juga dapat ditingkatkan melalui pertukaran teknologi antara negara-negara di rantau Asia Tenggara.Akhir sekali, ekonomi Malaysia juga berjaya ditingkatkan melalui pertukaran tenaga kerja antara negara-negara di rantau Asia Tenggara. SOALAN 4 : PILIHAN 3 Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau telah bermula sejak tahun 1961. Bagaimanakah hubungan tersebut dapat dimanfaatkan untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang sosial? [10 markah] CADANGAN JAWAPAN (4) Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dapat dimanfaatkan untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang sosial dengan terbentuknya Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan dalam bidang pendidikan. Malaysia juga mendapat manfaat dalam bidang pendidikan dengan penubuhan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang. Dalam bidang kebudayaan, Malaysia juga mengadakan kerjasama dengan negara-negara di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti kebudayaan seperti Festival Kebudayaan dan Kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Selain itu, pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan. Selain itu, Sukan SEA pula diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara-negara ASEAN melalui semangat kesukanan. Dalam bidang pelancongan pula, kerjasama juga dijalinkan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN. 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 18

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013 Malaysia juga telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama serantau melalui dasar berbaik-baik dengan negara jiran. Masalah hak tuntutan pertindihan kawasan juga dapat diselesaikan melalui rundingan yang diadakan. Hubungan erat antara negara-negara di rantau Asia Tenggara juga dapat mengurangkan masalah sosial yang perlu dihadapi bersama seperti masalah penyalahgunaan dadah. Akhir sekali hasil kerjasama yang erat antara negara-negara di rantau Asia Tenggara telah dapat mewujudkan keamanan di rantau Asia Tenggara. Hal ini menyebabkan negara-negara di rantau Asia Tenggara menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia. SOALAN 4 : PILIHAN 4 Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau telah bermula sejak tahun 1961. Bagaimanakah hubungan tersebut dapat dimanfaatkan dapat meningkatkan kecemerlangan rakyat Malaysia? [10 markah] CADANGAN JAWAPAN (4) Antara manfaat yang diperoleh untuk meningkatkan kecemerlangan rakyat Malaysia ialah dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan adanya kerjasama antara negara di rantau Asia Tenggara. Selain itu, rakyat Malaysia juga dapat mempelajari kemajuan teknologi daripada negara di rantau Asia Tenggara. Rakyat Malaysia juga dapat bertukar-tukar kemahiran teknologi dalam bidang ICT dengan rakyat dari negara di rantau Asia Tenggara. 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 19

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013 Di samping itu, rakyat Malaysia juga berpeluang bekerja di negara-negara di rantau Asia Tenggara. Seterusnya, para peniaga di Malaysia juga dapat memasarkan barangan mereka ke antara negaranegara Asia Tenggara. Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau juga dapat menjalinkan hubungan persahabatan dan persaudaraan antara negara di rantau Asia Tenggara. Keamanan yang diperoleh Malaysia melalui penyertaan Malaysia dalam pertubuhan ini juga dapat menarik pelaburan rakyat negara asing ke negara ini. Semangat kerjasama dalam bidang kebudayaan sesama negara anggota dapat merapatkan hubungan antara negara di rantau Asia Tenggara. Sukan SEA juga terbukti dapat mencungkil bakat sukan rakyat negara di rantau Asia Tenggara. Akhir sekali, Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dapat meningkatkan daya saing dan jati diri dalam kalangan rakyat antara negara di rantau Asia Tenggara. 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 20

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013 SOALAN (5) MENILAI SOALAN 5 : PILIHAN 1 Penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau telah membawa banyak kejayaan kepada negara kita.Buktikan. [10 markah] CADANGAN JAWAPAN (5) Antara kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dalam pertubuhan serantau ialah penubuhan Zon aman, bebas, dan berkecuali atau ZOPFAN. Tujuan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan serantau, mengekalkan kestabilan politik serantau, dan menjadikan rantau ASEAN sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear. Selain itu, dapat mengadakan kerjasama dari segi ekonomi. Contohnya projek baja urea di Bintulu Sarawak. Seterusnya, berjaya mewujudkan Kawasan Perdagangan Bebas atau AFTA. AFTA bertujuan menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi ASEAN. Manakala, konsep ASEAN 3 dikemukakan oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad pula telah berjaya mewujudkan kerjasama antara negara ASEAN dengan negara Timur iaitu China, Jepun dan Korea. Di samping itu, kejayaan dalam bidang pendidikan. Misalnya tertubuhnya Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). SEAMEO memberi tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan. Kejayaan hasil kerjasama ini membolehkan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik ( RESCAM) ditubuhkan di Pulau Pinang. Seterusnya, kejayaan menjalinkan 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 21

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013 kerjasama seperti pertukaran pelajar dari negara-negara ASEAN di peringkat sekolah dan universiti. Selain itu, kejayaan mewujudkan semangat kerjasama ASEAN dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Seterusnya, kejayaan mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio antara negara ASEAN. Akhir sekali, kejayaan lain ialah penganjuran Sukan SEA dan mengadakan Tahun Melawat ASEAN serta Tahun Melawat Malaysia SEA memberi impak yang baik dalam merapatkan hubungan antara negara ASEAN dan seterusnya melonjakkan ekonomi negara Asia Tenggara. SOALAN 5 : PILIHAN 2 Apakah kejayaan yang dicapai oleh pertubuhan ASEAN sehingga kini? [10 markah] CADANGAN JAWAPAN (5) Pelbagai kejayaan telah dicapai oleh pertubuhan ASEAN antaranya ialah kejayaan mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan politik serantau. Kejayaan ini hasil daripada pengisytiharan ASEAN sebagai zon aman, bebas, dan berkecuali atau dikenali sebagai Zone of Peace, Free dan Neutrality (ZOPFAN). Selain itu, Menteri-Menteri Luar ASEAN juga berjaya mencapai kata sepakat dalam memutuskan bahawa ASEAN merupakan Zon Bebas Senjata Nuklear. Ini bermakna rantau Asia Tenggara terjamin 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 22

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013 keselamatannya dengan tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan aatau senjata nuklear. Seterusnya, kejayaan meningkatkan kerjasama dari segi ekonomi. Negara-negara ASEAN berjaya membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu Sarawak dan di Aceh Indonesia. Kejayaan ASEAN menwujudkan zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau AFTA. AFTA bertujuan menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi ASEAN. Konsep ASEAN 3 dikemukakan oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad berjaya mewujudkan kerjasama antara ASEAN negara Timur iaitu China, Jepun dan Korea. Di samping itu, kejayaan dalam bidang pendidikan. Misalnya tertubuhnya Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). SEAMEO memberi tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan. Kejayaan hasil kerjasama ini membolehkan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik ( RESCAM) ditubuhkan di Pulau Pinang. Seterusnya, kejayaan menjalinkan kerjasama seperti pertukaran pelajar dari negara-negara ASEAN di peringkat sekolah dan universiti. Selain itu, kejayaan mewujudkan semangat kerjasama ASEAN dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Seterusnya, kejayaan mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio antara negara ASEAN. Akhir sekali, kejayaan lain ialah penganjuran Sukan SEA dan mengadakan Tahun Melawat ASEAN serta Tahun Melawat Malaysia SEA memberi impak yang baik dalam merapatkan hubungan antara negara ASEAN dan seterusnya melonjakkan ekonomi negara Asia Tenggara. 2013 PPW BANGSAR & PUDU KUALA LUMPUR CikguYatiZain 23

MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013 SOALAN 5 : PILIHAN 3 Apakah kejayaan yang dicapai oleh pertubuhan ASEAN dalam meningkatkan ekonomi negara anggota? [10 markah] CADANGAN JAWAPAN (5) Hubungan kerjasama ASEAN dapat meningkatkan ekonomi negara-negara anggota misalnya menerusi projek-projek perindustrian seperti projek baja urea di Bintulu dan Acheh. Seterusnya, ASEAN diiktiraf sebagai zon Kawasan Perdagangan Beb

SPM menjawab dengan baik Sejarah Kertas 3 (1249/3) dan seterusnya mencapai keputusan yang . CikguYatiZain 3 MODUL JAWAPAN SEJARAH K3 (1249/3) 2013 FORMAT SEJARAH SPM KERTAS 3 PANDUAN & TIP 1. Soalan Umum akan diberikan kepada pelajar 6 minggu lebih awal daripada tarikh peperiksaan. Gunakan peluang ini untuk mencari maklumat tambahan khususkan .

Related Documents:

Bin Kassim Mohd Rafi (Sgp) Binte Jaffar Satimah (Sgp) Binti Johari Ramlah (Mys) Binti Punari Lela Suhaili (Mys) Binti Samsudin Nurul Raihana (Mys) Blaire Emily Kilner (Usa) Blaire St. John (Usa) Blanca Oyervides Flores (Mex) Bonnie Brookshire (Usa) Bonnie Petroschuk (Usa) Boon Theng Ong (Mys) Boryana Iribadzhakova (Usa) Bowes, Megan (Usa)

307. Lisa Binti Mohamad Noor 308. Lister Diu Anak Gerut 309. Listie Anak Jamen 310. Lizie Bin Angkat 311. Lormin Bin Jose 312. Lucinda Binti J M Mejah 313. Luqman Hakim Bin Mazelan 314. Madelin Anak Timbang 315. Mahani Binti Hussain 316. Mahathir Mohamad Bin Md Razi 317. Malar A/P Muniandy 318. Maliana Bt Sumain 319. Malik Bin Maik 320. Manuel .

annisa nur aida binti zani lisa uk33496 bibi amaleena aishah binti sidek uk36180 book jin li uk33541 chan mun kit uk30636 . muhammad zhoriif 'adli bin rosman uk32763 muhibbuddin bin rasul uk30459 munirah binti muhammad uk31949 . mohd sharul akmal bin md takim uk30825 muhammad aisamuddin bin

286 norsyahiera atika binti zaidi 287 norsyamlina che abdul rahim 288 nur adiana binti udin . 341 nurul aina amirah bt mhd zareen 342 nurul aqilah binti yunos . 381 safiah md yusof 382 saiful bahri bin sa'ari 383 salihah brahim page 8 of 11.

untuk anda kemukakan jawapan khususkan bagi soalan 1 hingga 3. 7. Jangan lupa bawa buku teks (Sejarah Tingkatn 4 @ 5), fail nota dan contoh jawapan yang telah dirangka semasa hari peperiksaan. 8. Semasa hari peperiksaan, kenalpasti kehendak soalan dan gariskannya supaya lebih jelas. 9. Sila tuliskan jawapan dalam format esei. 10.

Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Tel. No. (Off) 03-89468536 Mobile No. 013-6299092 Fax No. 03-89423552 Field of Specialization . Name of Institution : Universiti Kebangsaan Malaysia Degree Awarded : Master’s Degree Field of study : Food Science

kaedah psikoterapi berasaskan konsep maqamat: kajian terhadap kitab qut al-qulub abu talib al-makki sharifah basirah binti syed muhsin jabatan akidah dan pemikiran islam akademi pengajian islam universiti malaya kuala lumpur 2012. 2 kaedah psikoterapi berasaskan konsep maqamat: kajian terhadap kitab qut al-qulub abu talib al-makki sharifah basirah binti syed muhsin disertasi ini dikemukakan .

Scuba Battle An adult underwater action story with a LOT of fetish elements ;-) (incl. rubber wetsuits and hoses, scuba peril, scuba fights, gassing, bondage elements, breath control play and various “drowning peril” elements) - Notes: Please be aware that I only have limited experience in writing stories