KAEDAH PSIKOTERAPI BERASASKAN KONSEP MAQAMAT: KAJIAN .

3y ago
105 Views
2 Downloads
2.44 MB
357 Pages
Last View : 12d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Lilly Andre
Transcription

KAEDAH PSIKOTERAPI BERASASKAN KONSEPMAQAMAT: KAJIAN TERHADAP KITAB QUT ALQULUB ABU TALIB AL-MAKKISHARIFAH BASIRAH BINTI SYED MUHSINJABATAN AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAMAKADEMI PENGAJIAN ISLAMUNIVERSITI MALAYAKUALA LUMPUR20121

KAEDAH PSIKOTERAPI BERASASKAN KONSEPMAQAMAT: KAJIAN TERHADAP KITAB QUT ALQULUB ABU TALIB AL-MAKKISHARIFAH BASIRAH BINTI SYED MUHSINDISERTASI INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHIBAHAGIAN II IJAZAH SARJANA USULUDDIN(SECARA BERKURSUS DAN DISERTASI)JABATAN AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAMAKADEMI PENGAJIAN ISLAMUNIVERSITI MALAYAKUALA LUMPUR20122

ABSTRAKKajian ini yang berlandaskan kaedah penyelidikan perpustakaan menggunakan analisiskualitatif deskriptif adalah bertujuan membina kaedah psikoterapi Islam berasaskanperbahasan maqamat seorang tokoh sufi terkenal, Abu Talib al-Makki (m. 386H/966M)dalam karyanya yang terkenal, Qut al-Qulub. Secara khususnya, ia membincangkan latarbelakang penulisan Qut al-Qulub dan idea-idea utamanya, dengan pemfokusan kepada almaqamat dan kemudiannya merumuskan satu kaedah psikoterapi Islam. Bagi mencapaiobjektif tersebut, kajian ini dibahagi kepada enam bab iaitu bab pendahuluan, bab pertamamengenai latar belakang tokoh tasawuf Abu Talib al-Makki serta pengenalan kitab Qut alQulub, bab kedua membincangkan mengenai konsep maqamat dalam tasawuf danhubungannya dengan psikoterapi Islam secara umum, bab ketiga kupasan mengenaisembilan maqamat Abu Talib al-Makki merujuk kepada kitab Qut al-Qulub serta beberapaamalan-amalan yang disarankan oleh beliau, bab keempat membincangkan tentangpembentukan kaedah psikoterapi Islam berpandukan kepada sembilan maqamat Abu Talibal-Makki dan berakhir dengan bab kesimpulan. Kajian ini mendapati bahawa pemikirantasawuf Abu Talib al-Makki yang menjurus kepada konsep maqamat yang dijalani olehpara sufi adalah suatu yang amat berharga untuk diketengahkan sebagai suatu kaedah terapibagi rawatan jiwa. Kajian ini cuba menyusun dan membina suatu bentuk terapi yang bolehdisarankan untuk kaedah rawatan bagi membersihkan jiwa dari penyakit-penyakit rohani.Sembilan maqamat dalam doktrin tasawuf Abu Talib al-Makki kemudiannya disusunkepada empat peringkat iaitu pertama, Penerimaan dan penyerahan diri kepada AllahS.W.T.; kedua, Latihan dan didikan kejiwaan; ketiga, Pemantapan jiwa dan; keempat,Pengekalan serta meningkatkan pemulihan.3

ABSTRACTThis based library research used method of descriptive qualitative analysis aims to developIslamic psychotherapy methods based on maqamat discourse by Abu Talib al-Makki (died386 B.C/966 A.D) in his work “Qut al-Qulub”. This research, particularly discusses on thebackground of Qut al-Qulub writing and its fundamental ideas, by focusing on al-maqamatand then formulate a method of Islamic psychotherapy. In order to achieve these objectives,the research is divided into six chapters, i.e. Introduction, followed by Chapter One thatdiscusses on the background of the Sufi scholar, Abu Talib al-Makki as well as theintroduction of Qut al-Qulub. Chapter Two highlights the concept of maqamat in Sufismand its connection with Islamic psychotherapy in general. Whereas, Chapter Threedescribes nine maqamat of Abu Talib al-Makki based on his Qut al-Qulub and some otherpractices suggested by him. Whilst, Chapter Four explains on how to conduct Islamicpsychotherapy method based on his proposed nine maqamat. The discussion ends with achapter on Conclusion. This study found that Abu Talib al-Makki mystical thoughtpondering on the concept of maqamat practiced by the Sufis is very valuable to behighlighted as a method of therapy for mental treatment. Thus, this study attempts toorganize and develop a form of therapy that can be recommended for the treatment tocleanse the soul from spiritual diseases. Nine maqamat in the doctrine of Sufism by AbuTalib al-Makki have been arranged in four stages; that is: firstly, Acceptance and surrenderto Allah S.W.T.; secondly, Spiritual training and education; thirdly, Spiritual strengthening,and 4: Maintaining and improving recovery.4

PENGHARGAANDengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji hanya bagiNyaTuhan sekalian alam yang mencucuri rahmatNya tanpa batas sempadan. Selawat dan salamke atas Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga Baginda, para sahabat, tabi„ dan tabi„ dantabi„in.Di kesempatan ini pengkaji dengan penuh rasa sukacita ingin mengucapkansetinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat denganusaha penulisan disertasi ini. Terutamanya ucapan terima kasih dan penghargaan kepadaProf Madya Dr Che Zarrina Sa‟ari selaku penyelia disertasi ini yang sangat tekun, gigihserta tidak jemu dalam memberi bantuan, kritikan, nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar.Terlalu banyak ilmu yang telah dicurahkan dalam menyempurnakan disertasi ini. Segalapengorbanan dan kesabaran yang telah diberikan mendapat ganjaran di sisi Allah S.W.T. didunia dan di akhirat kelak.Sekalung penghargaan juga kepada pensyarah di Jabatan Akidah dan PemikiranIslam iaitu Dr. Mohamad Kamil Hj Ab Majid, Prof Madya Dr Khadijah MohdKhambali@Hambali, Prof Madya Dr Mohd Fauzi Hamat, Prof Madya Dr Wan SuhaimiWan Abdullah, Prof Madya Dr Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali, Dr Faizuri Abd Latif, DrAhmad Zuhdi Ismail, Dr Mahmud Ahmad, Dr Azmil Zainal Abidin dan Dr Wan Adli WanRamli di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang dihulurkan dengan penuh keikhlasansepanjang pengkaji berada di medan perjuangan ilmu ini serta memberikan idea-idea yangbernas ke arah memantapkan disertasi ini. Segala ilmu yang kalian curahkan akan pengkajijadikan sebagai lorong dan petunjuk untuk menuju masa depan dengan penuh keyakinan.Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Prof Dr Joni Tamkin Borhan serta Prof MadyaDr Che Zarrina Sa‟ari yang telah memberi peluang dan kepercayaan kepada pengkaji untukmenjadi pembantu penyelidik (RA) di samping mengajar penulis untuk lebih mengenalidunia penyelidikan.Seterusnya pengkaji ukirkan jutaan terima kasih khusus kepada bonda dan ayahandatersayang Sharifah Azizah bt Tuan Johari dan Syed Muhsin Syed Abd Rahman yang tidakpernah jemu dalam memberi dorongan dan sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaanpengkaji. Terima kasih di atas segala pengorbanan dan didikan serta kasih sayang yangtelah dicurahkan selama ini sehingga pengkaji berjaya ke tahap ini. Kepada kekanda5

Sharifah Fatimah Syed Omar, adinda Syed Mohd Naqib, Syed Ahmad Jawad, SharifahNajihah, Sharifah Dahiyah, Sharifah Hakimah dan Sharifah Hamizah Syed Omar terimakasih juga di atas dorongan dan bantuan kalian.Penghargaan dan ucapan terima kasih buat sahabat seperjuangan juga tidakdilupakan, terutama kepada saudara Mohd Manawi Mohd Akib yang telah banyak memberisokongan, semangat dan membantu pengkaji dalam menerjemah serta memahamkan teksArab, saudara Basri Husin, Dr. Mohd Anuar Mamat, Mohd Sobri Elias, Hazwan Jimale,Mohd Khairul Nizam Abd Aziz, Ustazah Norafifah Abd Hamid dan saudari Siti Sarah HjAhmad yang selalu bersama dalam berkongsi buah fikiran. Tidak lupa juga kepada PuanNoorHaslinda yang banyak membantu serta melancarkan urusan pengkaji dalammenyiapkan disertasi ini. Terima kasih di atas segala dorongan dan sokongan serta bantuankalian. Semoga ukhwah ini berkekalan hingga ke akhirnya.Akhir sekali pengkaji abadikan lafaz Jazakumullah Khairan Kathira kepada semuapihak yang terlibat tidak kira secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakandisertasi ini. Semoga segala sumbangan yang diberikan ini diterima sebagai amal salih disisi Allah S.W.T. dan bermanfaat kepada semua.SHARIFAH BASIRAH BT SYED MUHSIN364-C KAMPUNG SEBERANG BAROH,LORONG MAKAM LAMA, CHABANG TIGA,21000, KUALA TERENGGANU,TERENGGANU DARUL IMAN.6

SENARAI TRANSLITERASI1.HURUFHuruf ArabHuruf isalahZZiyarahSSirahShSharifSSafDDabit7

LLisanMMasjidNNazariyyahWWasalaHHadafYYaminVOKAL PENDEKHuruf ArabHuruf -IShariba----------UJumi„a8

III.VOKAL PANJANGHuruf ArabIV.Huruf mDIFTONGHuruf ArabHuruf LatinContohTransliterasiAwQawlAyGhayriyy / i„Arabiyy atau„arabi (di akhirkalimah)uww / u„Aduww atau „adu(di akhir kalimah)9

EJAAN DAN TRANSLITERASIPengecualian daripada menggunakan panduan itu bagi kes-kes berikut:i.Bagi akhir perkataan asal yang ditulis dengan “ ( ”ة Ta‟ Marbutah) diejamengikut sebutan “ ”ي .ii.Tanwin tidak dieja dengan mengikut sebutan tetapi mengikut tulisan.Contoh: Sur„ah (iii.) dan Sa„ah ().Alif Lam diteransliterasikan sebagai al (sama ada bagi Lam Shamsiyyah atauQamariyyah) yang dihubungkan dengan kata berikutnya dengan tandasempang. “a” dalam al tidak menerima hukum huruf besar menurutpedoman umum ejaan Bahasa Malaysia. Sebaliknya hukum huruf besarterpakai kepada huruf pertama kata berikutnya.iv.Istilah sesuatu perkataan yang berasal dari perkataan bahasa Arab tetapitelah menjadi sebutan umum bahasa Malaysia adalah dieja mengikutperkataan bahasa Malaysia. Semua perkataan „Arab/ Inggeris (BahasaAsing) hendaklah diitalickan kecuali nama khas.Ejaan yang digunakan dalam disertasi ini juga adalah mengikut Daftar Ejaan Rumi BahasaMalaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia 1998.Transliterasi yang diguna pakai ialah berdasarkan rujukan Dewan Bahasa dan Pustaka,Kementerian Pendidikan Malaysia, Pedoman Transliterasi huruf Arab ke Huruf Rumi,1998.10

ISI KANDUNGANBAB HULUANLATAR BELAKANG KAJIANPERMASALAHAN DAN PERSOALAN KAJIANOBJEKTIF KAJIANKEPENTINGAN KAJIANSKOP DAN BATASAN KAJIANPENGERTIAN TAJUKTINJAUAN KAJIAN LEPASMETODOLOGI KAJIANPECAHAN BABPENUTUP11101011121317202630BAB SATU: LATAR BELAKANG ABU TALIB AL-MAKKI DALAM BIDANGILMU WAYAT HIDUP1.1.1 Kelahiran dan KeturunanLATAR BELAKANG PENDIDIKAN1.2.1 Guru-Guru al-Makki1.2.2 Kehidupan al-Makki di Basrahi) Pengenalan Aliran Salimiyyah1.2.3 Kehidupan al-Makki di Bahgdadi) Latar belakang sufi di BahgdadKEPERIBADIAN AL-MAKKIKEMATIAN AL-MAKKIKEHIDUPAN TASAWUF AL-MAKKIKARYA-KARYA YANG DIHASILKANPENGAKUAN ILMUAN TERHADAP SUMBANGAN AL-MAKKI1.7.1 Menurut Sumber Islam Antara Abad ke 10-171.7.2 Menurut Sarjana MutakhirPENGENALAN KITAB QUT AL-QULUB1.8.1 Pengenalan Awal Kitab Qut al-Qulub1.8.2 Kritikan dan Pandangan Terhadap Qut 1

BAB DUA: MAQAMAT DALAM TASAWUF DAN HUBUNGANNYA DENGANPSIKOTERAPI ISLAM2.02.12.22.32.42.52.6PENDAHULUANDEFINISI MAQAMAT DAN AHWAL2.1.1 Maqamat Dan Ahwal Menurut Bahasa2.1.2 Maqamat Dan Ahwal Menurut IstilahMAQAMAT DAN AHWAL MENURUT PERSPEKTIF SUFI2.2.1 Maqamat2.2.2 AhwalCIRI-CIRI AHWAL DAN MAQAMAT2.3.1 Ciri-Ciri dan Perbezaan Maqamat dan AhwalTINGKATAN MAQAMAT2.4.1 Syarat Perpindahan Maqam2.4.2 Bilangan, Tingkatan dan Susunan MaqamHUBUNGAN MAQAM DAN PSIKOTERAPI2.5.1 Pengenalan Psikoterapi2.5.2 Psikoterapi Barati) Teori Psikoanalisisii) Teori Humanistik2.53 Psikoterapi Islami) Metodologi Tasawuf dalam 9105BAB TIGA: MAQAMAT MENURUT AL-MAKKI DALAM QUT AL-QULUB3.03.1PENDAHULUANPEMIKIRAN AL-MAKKI MENGENAI MAQAMAT DALAMQUT AL-QULUB3.1.1 Pemikiran al-Makki dalam Maqam Tawbahi) Pengertianii) Syarat-Syarat Tawbahiii) Dosaiv) Cara-Cara Bertawbahv) Pembahagian Tawbah3.1.2 Pemikiran al-Makki dalam Maqam Sabri) Definisi Sabrii) Keutamaan Sabriii) Jenis-Jenis Sabriv) Maqam Sabr10610610611011412112312512813013312

3.1.33.23.1Pemikiran al-Makki dalam Maqam Shukri) Definisi Shukrii) Kedudukan orang yang bershukriii) Faedah Shukriv) Maqam Shukr3.1.4 Pemikiran al-Makki dalam Maqam Raja‟i) Definisi, Ciri-Ciri dan kedudkan Raja‟ii) Raja‟ dan bersangka baik kepada Allah S.W.T.iii) Maqam Raja‟iv) Hubungan Raja‟ dan Khawf serta keutamaannya3.1.5 Pemikiran al-Makki dalam Maqam Khawfi) Definisi khawf dan kedudukannyaii)Ciri-ciri khawfiii) Maqam khawf3.1.6 Pemikiran al-Makki dalam Maqam Zuhdi) Definisi zuhdii) Hakikat zuhdiii) Perkara-perkara lain dalam zuhd3.1.7 Pemikiran al-Makki dalam Maqam Tawakkali)Definisi Tawakkalii) Bentuk-bentuk Tawakkaliii)Kedudukan Tawakkaliv)Sifat-sifat dan perkara yang mengurangkan Tawakkal3.18 Pemikiran al-Makki dalam Maqam Ridai) Definisi Ridaii) Kedudukan Ridaiii) Rida dan hubungannya dengan zikiriv) Sifat-sifat dan bentik Ridav) Beberapa kesalahan mengenai konsep Ridavi) Saranan al-Makki3.1.9 Pemikiran al-Makki dalam Maqam Mahabbahi) Definisi Mahabbahii) Sifat-sifat ahli Mahabbahiii)Ganjaran kepada ahli MahabbahAMALAN-AMALAN YANG DIANJURKAN OLEH AL-MAKKIDALAM QUT AL-QULUB3.2.1 Solat Sunat3.2.2 Zikir dan Doa3.2.3 Ibadah-ibadah sunat 820720913

BAB EMPAT: PEMBENTUKAN KAEDAH PSIKOTERPI ISLAMBERLANDASKAN MAQAMAT AL-MAKKI4.04.14.24.3PENDAHULUANPENYEBAB KERESAHAN HIDUP4.1.1 Matlamat hidup manusia4.1.2 Penyakit rohaniMAQAMAT SEBAGAI ELEMEN TERAPI4.2.1 Maqamat yang dibincangkan oleh al-Makki dan hubungannyaDengan psikoterapi Islam4.2.1.1 Penekanan konsep tazkiyah al-nafs4.2.1.2 Proses psikoterapi Islam berdasarkan maqamatAl-Makkii) Peringkat Pertama : Penerimaan Dan Penyerahan DiriKepada Allah S.W.T.ii)Peringkat Kedua : Latihan dan Didikan Kejiwaaniii)Peringkat Ketiga : Pemantapan Jiwavi)Peringkat Keempat: Pengekalan dan MeningkatkanKepulihan4.2.2 Sintesis Perbincangan Maqamat al-Makki sebagai PsikoterapiIslami) Penggantian sifat negatif kepada positif (Opposite Therapy)ii) Pendekatan teori dan praktikaliii) Pendekatan elemen motivasia)Pembentukan matlamatb)Ganjaranc)Sentiasa 272273274275276277BAB LIMA: KESIMPULAN DAN OGRAFILAMPIRAN 1: AMALAN ZIKIR KETIKA SOLAT SUNAT FAJAR27827828528830314

SENARAI KEPENDEKANbil.bilangancet.CetakanDrDoktoret al.et alibi- Bagi mengambil tempat nama penulis lainsekiranya buku berkenaan dihasilkan oleh lebih daridua oranghlm.halamanH.hijrahIbid.Ibidem- bermaksud pada rujukan yang sama op.citOpere Citato- bermaksud merujuk kepada rujukanyang telah disebut dan diselangi oleh sumber ataalat.ttanpa tahunt.p.tanpa penerbitt.t.ptanpa tempat penerbitanterj.terjemahan15

SENARAI RAJAH DAN JADUALMUKA SURATRajah 3.1: Pegertian Tawbah al-Makki109Rajah 3.2: Syarat-syarat Tawbah Menurut al-Makki112Rajah 3.3: Pembahagian Definisi Sabr Dalam al-Qur‟anMenurut al-Makki127Rajah 4.1: Peringkat Pertama: Penerimaan Dan PenyerahanDiri Kepada Allah S.W.T.244Rajah 4.2: Tawbah248Rajah 4.3: Peringkat Kedua: Latihan Dan DididkanKejiwaan252Rajah 4.4: Peringkat Ketiga: Pemantapan Jiwa259Rajah 4.5: Peringkat Keempat: Pengekalan sertaMeningkatkan Kepulihan265: Kaedah Psikoterapi Islam Berdasarkan268Rajah 4.6Maqamat al-MakkiJadual 3.1: Amalan Zikir Ketika Solat Fajar196Jadual 3.2: Amalan Zikir Selepas Solat Subuh200Jadual 3.3: Bacaan Amalan Zikir Siang dan Malam204Jadual 3.4: Doa Selepas Solat Subuh205Jadual 3.5: Doa Sebelum dan Selepas Tidur20716

BAB PENDAHULUAN1.0 PENDAHULUANDalam bab pertama ini, pengkaji akan cuba mengupas dan menjelaskan denganterperinci mengenai latar belakang masalah, permasalahan kajian, objektif kajian,kepentingan kajian, skop dan batasan kajian dan kajian lepas. Pengkaji juga akanmenghuraikan metode yang digunakan dalam kajian ini seperti metode pengumpulan datadan analisis data. Ini penting bagi mendapatkan kesimpulan dan mencapai objektif kajian.Kemudian kajian ini diakhiri dengan kesimpulan kepada keseluruhan bab. Bab ini akanmenjadi garis panduan kepada pengkaji dalam memperoleh hasil yang terbaik bermula daripengumpulan data sehingga kepada menganalisis data.1.1 LATAR BELAKANG KAJIANDalam kehidupan era kemodenan ini, manusia lebih mengejar atau mementingkantuntutan material berbanding spiritual (kerohanian) dan mengarahkan gaya kehidupanmanusia ke arah mementingkan kebendaan dan mengutamakan keseronokan sertakesenangan dalam kehidupan. Akibat tuntutan material yang hebat inilah menjadikanmanusia kurang pengisian terhadap spiritual. Kesan yang diperolehi ialah kegelisahan, tidaktenang, kemurungan, tekanan hidup, tidak kurang juga berlakunya kezaliman, kesedihan,keruntuhan akhlak dan sebagainya1.1Che Zarrina Sa‟ari, (2001), “Penyakit Gelisah (Anxiety/ Al-Halu‟) Dalam Masyarakat Islam danPenyelesaiannya Menurut Psiko-Spiritual Islam”, dalam Jurnal Usuluddin, bil 14, edisi Disember 2001, hlm.1, lihat juga, Khairunnas Rajab (2006), “Islam dan Psikoterapi Moden” dalam AFKAR, bil. 7, edisi April2006, hlm. 134.17

Berdasarkan hal ini, modenisme dilihat gagal dalam mambawa kehidupan manusiake arah yang lebih baik dan memberi kebahagiaan dalam kehidupan manusia. Dalambidang perubatan moden sekarang, penyakit manusia boleh dikesan dengan gejala-gejalabiologi dengan menggunakan peralatan perubatan yang canggih dan berteknologi tinggi.Namun masih gagal untuk merawat atau menemui ubat kepada penyakit spiritual ataupenyakit jiwa seperti anxiety2, skizofrenia3, fobia4, panik5, dan trauma6. Dalam dunia umatIslam sekarang juga telah wujud pelbagai penyakit rohani 7 yang boleh membawakemunduran dan kemusnahan kepada perkembangan masyarakat khususnya kepada umatIslam. Oleh yang demikian, salah satu cara untuk mengisi atau menyuburkan kembalispiritual dan rohani manusia ialah dengan melalui jalan tasawuf8. Dengan menempuhidunia tasawuf ini, seseorang dapat merasakan hidup di alam kecintaan kepada Penciptadalam mengecapi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.2Anxiety: Seseorang yang mempunyai perasaan bimbang atau gelisah pada sepanjang masa seperti merasatakut tanpa sebab yang logik, kerap letih, sukar membuat keputusan, merasakan sekeliling suasana yangmenakutkan, dan lain-lain. Che Zarrina Sa‟ari (2001), op.cit., hlm. 5-6, lihat juga, Whittaker, James O.(1976), Introduction to Psychology, W. B Saunders Co., hlm. 530, Spielberger, Charles D. (1972), Anxiety:Current Trends in Theory and Research, New York: Academic Press Inc., hlm. 410; Mahmood NazarMohamed (2001), Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia, cet.3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm. 408, Zakiah Darajat (1970), Kesehatan Mental, Jakarta:Gunung Agung, hlm. 56.3Skizofrenia: Gangguan jiwa yang keterlaluan seperti gangguan fikiran, penarikan diri dari masyarakat,masalah komunikasi, dan berkelakuan abnormal. Mahmood Nazar Mohamed (2001), op.cit., hlm. 397, lihatjuga, Azizi Yahya & Tan Soo Yin (2007), Kesihatan Mental, Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia,hlm.188-190.4Fobia: Seseorang yang bertingkah-laku takut akan sesuatu dengan kadar yang melampau. Ketakutan itutidak berasas dan tanpa rasional. Individu tersebut sentiasa menjauhi objek atau perkara yang ditakutinyadengan sedaya upaya. Mahmood Nazar Mohamed (2001), op.cit., hlm. 407.5Panik: Kecelaruan ini memperihalkan tingkah laku panik yang berlaku berulang kali. Ia diiringi olehperasaan takut dengan mendadak dan perasaan bimbang tentang sesuatu yang buruk akan berlaku. Ibid., hlm.408.6Trauma: Trauma berlaku selepas individu mengalami sesuatu yang dikenali sebagai “Kejutan Psikologi”.Peristiwa-peristiwa seperti pembunuhan, dirogol, dirompak dan lain-lain yang mengejutkan serta menakutkanakan menyebabkan individu itu menarik diri daripada interaksi sosial. Ibid.7Penyakit rohani seperti hasad dengki, sombong, riya‟, fitnah, zalim, kejam, mengumpat, marah, munafik,cintakan dunia dan lain-lain. Pengkaji akan membincangkan hal ini secara umum dalam bab empat.8Che Zarrina Sa‟ari (2001), op.cit., hlm. 1, lihat juga, Wilcox, Lynn (2003), Sufism and Psychology, (terj. IGHarimurti Bagoesoka), Jakarta: Serambi Ilmu Semesta, hlm. 11.18

Tasawuf adalah salah satu daripada disiplin keilmuan Islam yang semakin harisemakin mendapat tempat di mata umat Islam sekarang. Ilmu ini merupakan ilmu yangmenghuraikan tentang hakikat

kaedah psikoterapi berasaskan konsep maqamat: kajian terhadap kitab qut al-qulub abu talib al-makki sharifah basirah binti syed muhsin jabatan akidah dan pemikiran islam akademi pengajian islam universiti malaya kuala lumpur 2012. 2 kaedah psikoterapi berasaskan konsep maqamat: kajian terhadap kitab qut al-qulub abu talib al-makki sharifah basirah binti syed muhsin disertasi ini dikemukakan .

Related Documents:

(a) pelaksanaan PCB di bawah kaedah 3 Kaedah-Kaedah PCB; (b) contoh penentuan amaun saraan yang layak yang tertakluk kepada PCB; (c) cara pengiraan PCB secara manual; dan (d) Jadual Potongan Cukai Bulanan 2016. 3. KAEDAH PELAKSANAAN PCB 3.1. Penentuan amaun PCB adalah berdasarkan formula berikut: (a) Jadual Potongan Cukai Bulanan; atau

BAB 1: -Kaedah takhrij-Tatacara kerja dalam takhrij hadis-Mukaddimah awal dalam meneliti keadaan hadis serta penentuan kaedah termudah dalam takhrij. Fasal 3: Kaedah Takhrij-Kaedah Pertama: Takhrij menerusi lafaz gharib atau penting. - Jenis kitab kaedah ini - Pengenalan al-Mu’jam al-Mufahras - Peringkat takhrij menerusi

Islam merupakan upaya mengatasi beberapa problem kejiwaan yang 10 Hamdani Bakran Adz-Dzaky. Konseling dan Psikoterapi Islam (Yogyakarta: Al-Manar, 2008), 228. 11 Fuad Anshori, Aplikasi Psikologi Islam (Yogyakarta: 2000), 242. 33 didasarkan pada pandangan agama Islam. Psikoterapi Islam mempercayai

Jika anda mengkaji apakah kesan pengajaran guru terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains, maka kaedah pengajaran guru merupakan pembolehubah bebas. Ini adalah kerana kaedah pengajaran guru boleh dimanipulasi – kaedah berpusatkan guru atau kaedah berpusatkan pelajar.

Jadual 1. Jadual 1: Kaedah Pengambilan dan Pelantikan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (1971-2012) Tahun Kaedah Pelantikan PTD 1971-1999 Kaedah Pengambilan Kadet PTD dan Kaedah Pelantikan Sementara. Bermula tahun 1976, Kursus DPA (Latihan Asas PTD) sepenuh masa dijalankan. Pegawai dilantik tetap setelah lulus dengan jayanya dalam Kursus DPA

konseling, bimbingan, dan psikoterapi 2. Mahasiswa dapat memahami, mengerti, dan menjelaskan dasar-dasar konseling di dalam 1. Fungsi psikologi dalam pengamalannya sebagai ilmu 2. Pengertian konseling, bimbingan, dan psikoterapi 3. Fungsi konseling 4. Tipe Konseling 5. Karakteristik Konseling 1, 2 3 x 50 menit Partisipasi Mahasiswa 5 % 1, 6,7

kumpulan kepimpinan sekolah (pengetua, guru besar, penolong kanan) 1/15 bil dimensi, elemen dan aspek deskripsi menilai calon kaedah penilaian sekiranya terdapat lebih daripada satu kaedah penilaian maka penilai boleh memilih mana-mana kaedah yang sesuai untuk aras penilaian semakan bahan (a) temu bual 4 (b) pencerapan (c) pemerhatian (d) 3 2 1

API Recommended Practice 2A-WSD Planning, Designing, and Constructing Fixed Offshore Platforms—Working Stress Design TWENTY-SECOND EDITION NOVEMBER 2014 310 PAGES 395.00 PRODUCT NO. G2AWSD22 This recommended practice is based on global industry best practices and serves as a guide for those who are concerned with the design and construction of new fixed offshore platforms and for the .