GARIS PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

2y ago
140 Views
3 Downloads
716.68 KB
32 Pages
Last View : 24d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Anton Mixon
Transcription

GARIS PANDUAN KESELAMATANDAN KESIHATAN PEKERJAANJAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAANPOLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH JITRA KEDAH4

GARIS PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAANKANDUNGANPengenalanVisi dan Misi Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam ShahObjektif Garis PanduanBudaya Kerja SelamatBahagian 1.0: Perundangan dan perluan PerundanganSenarai Akta-AktaTanggungjawab Pengurusan PolimasSkop TanggungjawabDasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PolimasJawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PolimasStruktur Organisasi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan PekerjaanPolimasFungsi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan PekerjaanTanggungjawab Mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan PekerjaanPemakaian Garis PanduanKonsep Pelaksanaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PolimasBahagian 2.0: Tanggungjawab Keselamatan Warga Polimas2.12.22.32.4Tanggungjawab KakitanganTanggungjawab PelajarTanggungjawab KontraktorTanggungjawab PelawatBahagian 3.0: Peraturan wab Penyelia makmal / bengkelTanggungjawab Kakitangan Akademik di makmal / bengkelAsas Tindakan Selamat Memasuki Bengkel dan MakmalPeraturan Keselamatan di Bengkel dan MakmalWarna Papan Tanda KeselamatanAlat Perlindung Diri (PPE)Prosedur Operasian Piawai (SOP)Penyelenggaraan PeralatanPeraturan Keselamatan Bahan Kimia

GARIS PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN3.93.913.923.933.103.11Peraturan Bengkel TertentuBengkel Kerja KayuBengkel Mesin LarikMakmal HidraulikHIRARC – Hazard Identification Risk Assessment and Risk ControlLatihan KeselamatanBahagian 4.0: Pelan Tindakan Kecemasan n Prosedur KecemasanPengguna Prosedur KecemasanProsedur Am Semasa KecemasanProsedur Insiden KebakaranTindakan Menyelamatkan DiriTindakan Pegawai Keselamatan dan ERTTindakan Pengawal KeselamatanPanduan Menyelamatkan Diri Semasa KebakaranPelan Tindakan Pengungsian BangunanLatihan KebakaranLAMPIRANRujukan

GARIS PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAANPENGENALANPoliteknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas) merupakan sebuah institutpengajian tinggi yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawahProgram Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET). Ia bertujuan untuk melatih paralulusan Sijil Pelajaran Malaysia bagi memenuhi permintaan tenaga kerja professionaldalam bidang kejuruteraan dan perdagangan. Kini semua Politeknik yang sedangdan akan beroperasi diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.Politeknik yang ketiga di Malaysia ini telah ditubuhkan pada bulan Februari 1984.Pada masa itu ia dikenali sebagai Politeknik Alor Setar (POAR) yang menggunakankemudahan-kemudahan di Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah MenengahVokasional di Alor Setar. Operasi pengurusan kemudian dipindahkan ke kampustetap seluas 28 hektar di Bandar Darulaman, Jitra Kedah. Kebawah Duli Yang MahaMulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman telah perkenan merasmikan politeknik inipada 23 Mac 1989 dengan nama Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah danyang dikenali juga sebagai Polimas.Selaras dengan itu adalah penting aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerjadiurus dengan cara sistematik. Aktiviti yang pelbagai serta peralatan kejuruteraanyang digunakan sememangnya berpotensi untuk mengujudkan insiden di dalamkampus Polimas.Oleh itu Buku Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini diwujudkansebagai panduan asas bagi menguruskan hal-hal berkaitan keselamatan dankesihatan pekerjaan (KKP) di Polimas. Ini merupakan satu usaha untukmengurangkan risiko serta kemalangan kepada kakitangan dan pelajar serta oranglain di dalam kawasan kampus. Ia juga menjadi rujukan dalam melaksanakan kerjakerja atau aktiviti-aktiviti di Polimas.VISI DAN MISI POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAHVisi – Menjadi institusi kecemerlangan TVET yang sejajar dengan keperluan industriMisi – Menyediakan akses kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf bagimelahirkanmodal insan yang holistik, berdaya keusahawanan sertaberdaya saing sejajar keperluan industri di peringkat glokal.

GARIS PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAANOBJEKTIF GARIS PANDUANObjektif buku panduan adalah: Untuk menyatakan akauntabiliti Keselamatan & Kesihatan di kalangan wargaPolimasUntuk menggariskan Dasar serta Peraturan kerja selamatUntuk menerangkan asas prosedur kecemasanUntuk mengujudkan budaya kerja selamatBUDAYA KERJA SELAMATPelbagai definisi mengenai budaya kerja selamat namun kebanyakan takrifanmempunyai ciri-ciri persamaan.Antara definisi budaya kerja selamat adalah seperti berikut:Konsep Budaya keselamatan ditakrifkan pada peringkat kumpulan atau lebih tinggidimana merujuk kepada nilai dikongsi bersama antara kumpulan atau ahli-ahli dalamorganisasi. Budaya keselamatan juga menitikberatkan isu-isu berkaitan keselamatandalam organisasi secara rasmi.Budaya Keselamatan memerlukan sumbangan dari setiap orang di semua peringkatorganisasi. Budaya keselamatan memberi kesan terhadap tingkah laku ahli-ahli ditempat kerja.Budaya keselamatan adalah melambangkan kesediaan sesebuah organisasi untukmembangun dan belajar dari kesilapan insiden dan kemalangan. Setiap organisasiperlu mempunyai budaya keselamatan yang tersendiri.Tidak ada piawaian tertentu untuk mewujudkan budaya keselamatan. Namunterdapat beberapa ciri penting yang dikenal pasti dalam budaya kerja selamat iaitu:Majikan Mengenal-pasti Bahaya dan Membuat Pembetulan.Dalam budaya kerja selamat majikan mampu mengenal pasti bahaya yang wujuddan membuat pembetulan. Sebaik sahaja bahaya dikenalpasti, pembetulan haruslahdijalankan dengan kadar segera dan laporan perlu dibuat. Ia perlu didokumentasikansupaya memudahkan program keselamatan berterusan.

GARIS PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAANMemakai Peralatan Keselamatan yang betulDalam budaya kerja selamat, pekerja sentiasa memakai alat-alat pelindung yangsesuai dengan tugas. Pekerja tahu alatan apa yang patut digunakan, bagaimanamenggunakannya, bagaimana untuk menyimpannya dan bagaimana untukmenanggalkannya.Mewujudkan Jawatankuasa KeselamatanDalam budaya keselamatan, satu jawatankuasa keselamatan perlu bergerak aktif.Mesyuarat-mesyuarat yang berjadual dengan kehadiran ahli-ahlinya yang tetapdapat membincangkan isu-isu berhubung keselamatan. Latihan-latihan dan kursuskursus berkaitan keselamatan boleh dijalankan melalui jawatankuasa yangditubuhkan.Ciri-ciri yang dinyatakan berhubung dengan budaya kerja selamat perludilaksanakan dalam setiap organisasi. Ini memerlukan latihan dan program supayakehendak keselamatan yang dinyatakan dapat dipelajari dan seterusnya dipraktikandalam setiap organisasi dan menjadi amalan dan budaya dalam bekerja.

GARIS PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAANBAHAGIAN 1.0: PERUNDANGAN DAN TANGGUNGJAWAB1.1Keperluan PerundanganBagi menjalankan peranan dan fungsi keselamatan dan kesihatan pekerjaandi Polimas, akta-akta yang telah diluluskan dalam negara digunakansebagai bahan rujukan dalam membangunkan setiap prosedur kerjakeselamatan dan kesihatan pekerjaan.1.2Senarai Akta-AktaDalam melaksanakan skop tertentu keselamatan dan kesihatan pekerjaan,clause yang berkaitan dirujuk dari akta-akta berikut: Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan - 514 (1994)Akta Kilang dan Jentera - 139 (1967)Akta Perkhidmatan Bomba 1988Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, 1994Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan (Pemberitahuan MengenaiKemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan PenyakitPekerjaan) 2004.Garispanduan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan PekerjaanPeruntukan Akta dan Peraturan lain yang diluluskan oleh Kerajaan Malaysia jugaboleh dirujuk dari masa ke semasa mengikut keadaan tertentu.1.3Tanggungjawab Pengurusan PolimasPihak Pengurusan akan memberi komitmen, setakat yang praktik dalam:a.Menyediakan dengan kekerapan yang sesuai dan mengkaji semulapernyataan bertulis Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.b.Menyedia dan menyelenggara loji dan sistem kerja yang selamat dantanpa risiko kepada kesihatan.c.Mewujudkan prosedur, program dansistemkerjauntukmemastikan keselamatan dan kesihatan kakitangan serta pelajar.d.Menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan untukmemastikan keselamatan dan kesihatan kakitangan serta pelajarsemasa di tempat kerja.

GARIS PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN1.4e.Menyediakan kemudahan dan sumber yang mencukupi bagi aspekkebajikan kakitangan dan pelajar.f.Menimbang sebarang laporan yang diterima atau laporan audit yangdisediakan oleh juru audit keselamatan dan kesihatan atau manamana agensi kerajaan yang lain mengenai keselamatan dan kesihatanpekerjaan.Skop Tanggungjawaba.PengarahPengarah merupakan orang yang bertanggungjawab di bawahperundangan ke atas semua aspek mengenai Keselamatan danKesihatan Pekerjaan di Polimas.b.Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.Bekerjasama dengan pihak pengurusan dalam pemantauan operasiKeselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam semua aktiviti dikawasan penyeliaan masing-masing.1.5Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PolimasAdalah menjadi dasar Polimas untuk menyediakan persekitaran kerja yangselamat dan sihat kepada kakitangan, pelajar dan orang-orang lain yangmungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya.Pihak pengurusan dan kakitangan akan berusaha bersama-sama untukmencapai matlamat dan objektif dasar ini melalui rundingan dan kerjasama.Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Polimas adalah:Mematuhi kehendak perundangan mengenai keselamatan dan kesihatanseperti yang ditetapkan di dalam akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja1994 serta peraturan tataamalannya yang diluluskan.Menyedia dan menyelenggarakan tempat kerja yang selamat dan sihat.Menyedia dan menyelenggarakan kemudahan-kemudahan kebajikan untukkakitangan dan pelajarnya.Memastikan semua kakitangan dan pelajar diberi maklumat, arahan, latihandan penyeliaan berkenaan cara untuk melakukan aktiviti dengan selamattanpa sebarang risiko.

GARIS PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAANMenyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya sertamengambil langkah-langkah bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulanglagi danMengkaji semula dasar ini dari masa ke semasa jika perlu.1.6Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PolimasMenurut seksyen 30(1) Akta 514, tiap-tiap majikan hendaklah menubuhkanJawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja jika terdapat40 orang atau lebih pekerja.ObjektifMeningkatkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui prinsipkerjasama dan perundingan antara majikan dan pekerja.KeahlianJawatankuasa Keselamatan dan KesihatanPekerjaan terdiri dari: Seorang PengerusiSeorang SetiausahaWakil-wakil MajikanWakil-wakil PekerjaBilangan Wakil 1.7Sekurangnya 4 orang wakil sekiranya bilangan pekerja melebihi 100 uasaKeselamatanPENGERUSISETIAUSAHAWAKIL MAJIKANWAKIL PEKERJAdan

GARIS PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAANKeanggotaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan PekerjaanBil1.8Jawatan dalam Jawatankuasa1234PengerusiSetiausaha / Penolong SetiausahaWakil MajikanWakil Majikan567Wakil MajikanWakil MajikanWakil Majikan891011121314151617181920Wakil MajikanWakil Jab Kej AwamWakil Jab Kej ElektrikWakil Jab Kej MekanikalWakil Jab PerdaganganWakil Jab Maths danSainsWakil AJK SekuritiWakil AJK KafeteriaWakil Unit Sistem Teknologi MaklumatWakil Unit KokurikulumWakil Unit Penyelenggaraan dan Pemb.Wakil KamsisPegawai PerubatanJawatan di PolimasPengarahPensyarahTimb.Pengarah (Akademik)Timb. Pengarah (SokonganAkademik)Ketua Jabatan Kej AwamKetua Jabatan Kej ElektrikKetua Jabatan KejMekanikalPeg Eksekutif rahPensyarahPensyarahPegawai ITKetua Unit KokurikulumJuruteraPengurus KamsisPembantu PerubatanFungsi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan PekerjaanFungsi Jawatankuasa adalah seperti dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan(Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan) 1996 di dalam AktaKeselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 514 (1994).Fungsi-fungsi tersebut termasuklah: Membantu dalam pembangunan kaedah-kaedah keselamatan dankesihatan, sistem kerja yang selamat dan kajian semula keberkesananprogram keselamatan dan kesihatan. Untuk menjalankan penyiasatan ke atas mana-mana perkara keselamatandan kesihatan dan untuk membawanya ke perhatian majikan. Menjalankan kajian tentang trend kemalangan, kemalangan nyaris, kejadianberbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan yang berlaku ditempat kerja. Untuk memeriksa tempat kerja sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

GARIS PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN Untuk membincangkan pemerhatian semasa pemeriksaan tempat kerja danmembuat cadangan kepada majikan mengenai langkah-langkah pemulihanyang perlu diambil tentang perkara yang boleh memberi kesan kepada orangdi tempat kerja. Melaporkan kepada majikan tentang keadaan atau amalan-amalan yangtidak selamat dan tidak sihat di tempat kerja bersama cadangan-cadanganuntuk langkah pemulihan. Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja danmembuat cadangan kepada majikan bagi sebarang penyemakkan dasar itu. Untuk membantu majikan dalam sebarang pertandingan berkaitan dengankeselamatan dan kesihatan, mengadakan ceramah keselamatan dankesihatan dan kegiatan lain yang diadakan untuk menggalakkan perjalanankerja yang selamat di tempat kerja. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu setaradengan risiko yang dihadapi di tempat kerja dan ciri-ciri kerja tetapi hendaklahbermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan. Jawatankuasa mestilah mempelawa mana-mana orang yang terlibat ataumempunyai pengetahuan tentang sebarang kemalangan, kemalangan nyaris,kejadian berbahaya, keracunan dan penyakit pekerjaan yang berlaku membincangkannya. Mereka boleh mempelawa mana mana orang untuksebarang mesyuaratnya untuk membincangkan perkara yang berkaitandengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Di bawah peraturan ini majikan dikehendaki untuk menyediakan latihan danmaklumat kepada ahli-ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan. Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan dari semasa ke semasa akanmemberikan cadangan-cadangan kepada majikan tentang perkara-perkarayang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan.1.9Tanggungjawab Mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan PekerjaanPihak berikut mempunyai bertanggungjawab dalam aspek Keselamatan danKesihatan Pekerjaan bagi mengujudkan tempat kerja selamat. Kakitangan PolimasPelajar Polimas

GARIS PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1.10KontraktorPelawatPemakaian Garis PanduanBuku Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini adalah menjadirujukan kepada pihak berikut: 1.11Kakitangan PolimasPelajar PolimasKontraktorPelawatKonsep Pelaksanaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PolimasBagi mengujudkan situasi tempat kerja selamat, konsep berikutdigunakan dikalangan semua pihak. Pengaturan Kendiri (Self-Regulation)Kerjasama dari semua pihakPerundingan dikalangan semua pihakSetakat Yang Praktik

GARIS PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAANBAHAGIAN 2.0: TANGGUNGJAWAB WARGA POLIMAS2.1Tanggungjawab KakitanganKakitangan akademik dan pentadbiran serta sokongan merupakan pekerja di dalamPolimas. Menurut seksyen sedia ada dalam akta berkaitan pekerja mempunyaitanggungjawab dalam hal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja.2.2a.Membaca dan memahami Dasar Keselamatan dan KesihatanPekerjaan Polimas.b.Memberi perhatian setakat yang praktik tentang keselamatan dirinyadan orang lain yang berada di sekelilingnya semasa bekerja.c.Mematuhi keperluan perundangan serta prosedur kerja Polimas ditempat kerja semasa bertugas, termasuk tempat kerja di luar kawasankampus.d.Menggunakan atau memakai PPE yang sesuai semasa melaksanakankerja di tempat kerja.e.Melibatkan diri dalam program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.f.Melaporkan sebarang hazad, kemalangan, kejadian berbahaya,keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan.Tanggungjawab PelajarPelajar merupakan kumpulan yang mudah terdedah dengan hazad terutamasemasa menjalani sesi amali makmal, bengkel dan kerja lapangan. Maka adalahperlu pelajar mempunyai tanggungjawab bersama dalam mengurangkan insidensemasa melakukan aktiviti pembelajaran.a.Membaca dan mematuhi peraturan keselamatan Polimas semasaberada di dalam kawasan kampus.b.Memberi perhatian setakat yang praktik semasa berada di kampusterhadap keselamatan dirinya dan orang lain.c.Menggunakan atau memakai PPE yang sesuai semasa melaksanakanaktiviti.d.Melaporkan hazad dan insiden kepada kakitangan.e.Melibatkan diri dalam program keselamatan

GARIS PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN2.3Tanggungjawab KontraktorSemua kontraktor yang dilantik dan beroperasi di premis Polimas mempunyaitanggungjawab dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.Antaranya: 2.4Mematuhi arahan serta peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaanyang dikeluarkan oleh pihak Polimas.Mematuhi peraturan kerja, garispanduan dan COP yang ditentukan oleh pihakDOSH.Melaporkan sebarang insiden semasa menjalankan kerja di dalam premisPolimas.Membekal dan memastikan pekerja kontraktor memakai PPE yang sesuai.Memastikan semua pekerja di bawah seliaan mereka adalah kompeten untukmenjalankan tugasTanggungjawab PelawatPelawat atau orang luar yang memasuki premis Polimas mestilah mematuhi arahanatau peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ada.Antaranya: Mematuhi arahan papan-tanda keselamatan yang ada di premis Polimas.Mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan pada masa itu.Tidak pergi ke tempat yang tidak berkaitan dengan tujuan lawatannya.

GARIS PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAANBAHAGIAN 3.0: PERATURAN KESELAMATAN3.1Tanggungjawab Penyelia makmal / bengkel: 3.2Mengenalpasti hazad dan menilai risiko serta bahaya serta melakukankawalan.Memastikan papan-tanda keselamatan yang sesuai sahaja ditampal.Melaporkan sebarang insiden dan kerosakan.Memastikan kekemasan dan kebersihan makmal / bengkel.Memastikan persekitaran selamat seperti pengudaraan, pencahayaan.Mematuhi arahan dan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.Memastikan punca bekalan air, elektrik dan gas ditutup sebelum keluarmakmal/bengkel.Tanggungjawab Staf Akademik di makmal / bengkel: 3.3Menerangkan arahan aktiviti yang akan dijalankan di makmal dan bengkel.Mengenalpasti hazad dan menilai risiko serta bahaya serta melakukankawalan.Memastikan pelajar tidak ditinggalkan tanpa sebarang pengawasan.Mematuhi peraturan keselamatan dan kesihatan semasa menjalankan aktiviti.Membekal dan memastikan penggunaan PPE yang betul mengikut jenisaktiviti.Memantau sebarang perlakuan dan keadaan tidak selamat.Melaporkan sebarang kemalangan semasa aktiviti kepada pihak pengurusan.Memastikan punca bekalan air, elektrik dan gas ditutup sebelum keluarmakmal/bengkel.Asas Tindakan Selamat Memasuki Bengkel dan Makmal Baca arahan keselamatanPakai PPEBaca SOP alatanGuna alat yang betul dan selamat3.3.1 Peraturan Keselamatan di Bengkel dan Makmal Jangan bersikap sambil lewa semasa berada di makmal/bengkel dan sentiasaberhati-hati terhadap sebarang sumber bahaya.Gunakan peralatan keselamatan dan alat perlindungan diri (PPE) yang sesuaidengan sumber bahaya semasa berada atau bekerja di makmal/bengkelseperti baju bengkel, kasut keselamatan dan sarung tangan keselamatanapabila mengendalikan asid pelekat atau seumpamanya.

GARIS PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 3.4Setiap kemalangan mesti dilaporkan dan disiasat segera kepadapensyarah/penyelia yang berkenaan. Setiap kecederaan perlu dirawatsegera.Dilarang makan/minum, membawa atau menyimpan makanan/minuman didalam makmal/bengkel.Dilarang berlari atau bermain-main semasa berada makmal/bengkel.Pastikan pintu/laluan kecemasan tidak terhalang dan dapat dibuka denganmudah apabila berlaku sebarang kec

3.91 Bengkel Kerja Kayu 3.92 Bengkel Mesin Larik 3.93 Makmal Hidraulik 3.10 HIRARC – Hazard Identification Risk Assessment and Risk Control 3.11 Latihan Keselamatan Bahagian 4.0: Pelan Tindakan Kecemasan Polimas 4.1 Tujuan Prosedur Kecemasan 4.2 Pengguna Prosedur Kecemasan 4.3 Prosedur Am Semasa Kecemasan 4.4 Prosedur Insiden KebakaranFile Size: 716KB

Related Documents:

1.0 TUJUAN Garis panduan ini menerangkan cara dan kaedah pengurusan dan keselamatan makmal/bengkel pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan di UPM. 2.0 TANGGUNGJAWAB Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Pengarah PPKKP (PGH) dan Ketua PTJ adalah bertanggungjawab memastikan garis panduan ini dipatuhi.

1) Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri 2) Bahagian Cara Kerja, Kementerian Kesihatan 3) Bahagaian Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan 4) Jabatan Tenaga, Jabatan Perdana Menteri OHD Jabatan Perkhidmatan Kesihatan HSSE Jabatan Tenaga HSE Jabatan Kerja Raya WSHD Jabatan Buruh

1.4 Skop kajian 9 1.5 Kepentingan Kajian 9 1.6 Metodologi kajian 10 1.6.1 Kajian Literatur 10 1.6.2 Pendapat Pakar 11 1.7 Susunatur Bab 13 . ix 2 KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PEKERJAAN DALAM SYARIKAT PEMBINAAN KECIL 2.1 Pengenalan 15 2.2 Keselamatan, Kesihatan dan Pe

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KULIAH BAGI SEMESTER 1 SESI 2020/2021 FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL Tujuan garis panduan ini disediakan adalah untuk edaran dalaman kepada staf akademik . ditetapkan dalam buku Panduan Akademik UTHM, dengan mengisi Borang Pengecualian Kredit Kursus. Manakala, bagi pelajar dari program Ijazah Sarjana

bangun ruang prisma segi empat lengkap beserta diagonal bidangnya, sebutkan kedudukan garis apa saja yang terdapat pada bangun ruang tersebut! Sebuah garis memotong salah satu garis sejajar. Maka garis tersebut memotong garis sejajar yang lain. Tunjukkan dengan gambar sifat garis tersebut! Dua buah kardus di tumpuk.

Garis panduan ini bertujuan untuk membantu majikan menentukan amaun Potongan Cukai Bulanan (PCB) dengan betul dan tepat selari dengan Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan daripada Saraan) 1994 [P.U.(A) 507/1994] (selepas ini dirujuk sebagai “KKCP PDS”) dan undang-undang yang berkuat kuasa pada tarikh garis panduan ini diterbitkan.

taraf kesihatan rakyat dengan menawarkan pelbagai bantuan kesihatan serta menaik taraf kemudahan kesihatan sedia ada. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM21,914 juta pada tahun 2015 bagi menampung perbelanjaan mengurus sektor kesihatan berbanding perbelanjaan disemak tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM20,338 juta pada

menerbitkan Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah untuk Anggota Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, Edisi Kedua. Penerbitan buku ini adalah sebagai . kepada anggota farmasi termasuklah gaji pokok, imbuhan tetap, bayaran insentif dan elaun bulanan lain 5. Ketua jabatan