015/025/035 MATEMATIK - GuruBesar.my

3y ago
45 Views
2 Downloads
3.51 MB
42 Pages
Last View : 15d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Mia Martinelli
Transcription

015/025/035MATEMATIKINSTRUMEN PENTAKSIRANKod Mata PelajaranBentuk UjianMarkah PenuhMasa::::015 (SK), 025 (SJKC), 032 (SJKT)Ujian Subjektif4040 minitREKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRANKertas Matematik UPSR ini mengandungi 20 soalan respon terhad yang mesti dijawab. Markahyang diperuntukan ialah 40.Konstruk yang diukur ialah:a)Pengetahuan dan Pemahamanb)Kemahiran Mengendalikan Operasic)Kemahiran Asasd)Kemahiran menyelesaikan masalah harianPRESTASI KESELURUHANPrestasi calon tahun ini menunjukkan peningkatan dari segi mutu jawapan dengan langkahpengiraan yang tepat dan bersistematik. Pada keseluruhannya calon telah menunjukkan prestasipada tahap yang baik. Calon telah dapat memberi jawapan menepati tugasan item denganteratur. Kebanyakan calon dapat memberi jawapan memenuhi kehendak item dan menggunakankaedah yang betul dalam menyelesaikan tugasan item. Namun begitu terdapat sebahagian calonyang dapat melakukan proses pengiraan yang betul tetapi tidak mencapai jawapan yang jitu.Terdapat juga calon yang dapat menjawab mengikuti kehendak tugasan item tetapi telahmelakukan kesilapan pada penggunaan unit dan simbol. Segelintir calon yang tidak mencapaitahap penguasaan minima, mereka tidak dapat menjawab dengan betul dan banyak melakukankesilapan operasi atau kesilapan proses kerja.Terdapat juga calon yang tidak dapat mencapai jawapan kerana kecuaian memindahkan angkadaripada soalan ke langkah pengiraan.Matematik1Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALONKumpulan TinggiCalon telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Calon dapat memahami kehendak tugasanitem dan dapat mengolah data dalam item untuk menyelesaikan tugasan item. Calon dapatmengaplikasikan operasi asas dengan tepat dan teratur dalam menyelesaikan tugasan item.Calon dapat menggunakan rumus dan kaedah pengiraan dengan betul. Jawapan yang diberikantersusun dan kemas. Calon juga dapat menggunakan kaedah yang ringkas dan tersirat tetapijawapan menepati tugasan item.Kumpulan SederhanaCalon hanya dapat menjawab sebahagian daripada item yang dikemukakan. Calon kurangmemahami kehendak item dan kebanyakan jawapan yang dipamerkan tidak menepati kehendaktugasan. Persembahan jawapan yang kurang lengkap sama ada silap operasi atau cuai dalamproses pengiraan. Sebahagian daripada calon kumpulan ini dapat menjawab item yangmemerlukan lebih daripada satu langkah pengiraan tetapi terdapat juga sebilangan kecil calontersilap menyalin data daripada soalan ke langkah proses pengiraan dan juga kecuaianmemindah jawapan akhir dari pengiraan ke ruang jawapan.Kumpulan RendahCalon hanya berupaya menjawab item yang berbentuk mekanikal dan item aras pengetahuansahaja. Kebanyakan persembahan jawapan calon tidak menepati kehendak tugasan item.Calon juga tidak menguasai operasi asas Matematik. Calon dapat menjawab tetapi kurang tepatdan kaedah pengiraan tidak jelas sehingga menjejaskan prestasi calon. Calon juga menunjukkankelemahan yang ketara dalam menjawab item penyelesaian masalah yang memerlukan lebihdaripada satu langkah pengiraan.Matematik2KupasanMutuJawapan UPSR 2013

PRESTASI TERPERINCISOALAN1KEHENDAK SOALANItem ini memerlukan calon membundarkan nombor yang diberi kepada ribu yang terdekat. Untukmenyelesaikan tugasan item ini, calon perlu mengetahui nilai tempat dan konsep penghampirannombor.KEKUATAN CALONDi atas adalah contoh jawapan yang tepat.KEKUATAN CALONJawapan di atas menunjukkan calon telah membundarkan kepada nilai ribu yang betul tetapimengekalkan angka pada nilai tempat ratus, puluh dan sa.Matematik3KupasanMutuJawapan UPSR 2013

SOALAN 2KEHENDAK SOALANItem ini memerlukan calon membaca waktu yang ditunjukkan pada muka jam dan seterusnyamenyatakan waktu dalam sistem 12 jam.KEKUATAN CALONJawapan 7.50 a.m. adalah jawapan jitu. Calon dapat membaca waktu pada muka jam danmenulisnya dalam sistem 12 jam dengan betul.Matematik4KupasanMutuJawapan UPSR 2013

KELEMAHAN CALONJawapan di atas adalah salah kerana calon menunjukkan tempoh masa dan bukannya waktuseperti yang dikehendaki tugasan item.Jawapan di atas tidak menepati kehendak tugasan kerana calon menulis jawapan dalam sistem24 jam.Matematik5KupasanMutuJawapan UPSR 2013

SOALAN 3KEHENDAK SOALANItem ini memerlukan calon membaca senggat pada muka penimbang dengan betul. Calon jugadikehendaki melukis jarum pada muka penimbang tepat pada 650 gram.Matematik6KupasanMutuJawapan UPSR 2013

KEKUATAN CALONJawapan di atas menunjukkan calon dapat melukis jarum pada muka penimbang tepat pada 650gram daripada titik tengah muka penimbang.KELEMAHAN CALONContoh 1:Jawapan di atas adalah salah kerana calon telah melukis dua jarum pada muka penimbang iaitupada 600 gram dan 650 gram.Matematik7KupasanMutuJawapan UPSR 2013

Contoh 2:Jawapan di atas adalah salah kerana jarum tidak dilukis daripada titik tengah muka alatpenimbang walaupun jarum tepat menunjuk pada senggatan 650 gram.SOALAN 4KEHENDAK SOALANItem ini berkehendakan calon mengenal ciri-ciri bentuk tiga matra dan menamakan bentuk matradengan mengejanya dengan betul sama ada dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris ataubahasa ibunda.Matematik8KupasanMutuJawapan UPSR 2013

KEKUATAN CALONJawapan di atas menunjukkan calon menulis nama tiga matra tersebut dengan betul.KELEMAHAN CALONContoh 1:Jawapan di atas tidak tepat kerana calon hanya melukis bentuk tiga matra tanpa menamakanbentuk tersebut.Contoh 2:Jawapan di atas menunjukkan calon salah mengeja nama bentuk tiga matra.Matematik9KupasanMutuJawapan UPSR 2013

SOALAN 5KEHENDAK SOALANCalon dikehendaki membaca markah Matematik Farah bagi lima ujian bulanan dan menyatakanmod atau kekerapan yang terbanyak dalam data yang diberikan.KEKUATAN CALONJawapan di atasterbanyak.mempamerkan jawapan yang cemerlang iaitu markah kekerapan yangJawapan di atas menunjukkan calon menulis kekerapan markah 85 dan menyatakan 85 sebagaijawapan akhir.Matematik10KupasanMutuJawapan UPSR 2013

KELEMAHAN CALONContoh 1:Jawapan di atas menunjukkan calon tidak memahami konsep mod iaitu menjumlahkan ketigatiga bulan markah yang sama.Contoh 2:Jawapan di atas menunjukkan calon tidak memahami konsep mod dengan mencari purata.Matematik11KupasanMutuJawapan UPSR 2013

SOALAN 6KEHENDAK SOALANItem ini memerlukan calon mencari pecahan setara dengan penyebut yang sama dankemudiannya menjumlahkan kedua-dua pecahan tersebut.KEKUATAN CALONJawapan di atas menunjukkan calon dapat mengemukakan kaedah dengan betul dan tepat.KELEMAHAN CALONContoh 1:Jawapan di atas menunjukkan calon dapat mencari pecahan setara dengan betul tetapi salahmendarab.Matematik12KupasanMutuJawapan UPSR 2013

Contoh 2:Jawapan di atas menunjukkan calon telah berjaya mendapat pecahan setara dengan penyebutyang sama dan menjumlahkannya dengan betul. Calon tidak mendapat markah penuh keranatelah meneruskan langkah pengiraan dengan mencari pecahan termudah tetapi salah.SOALAN 7KEHENDAK SOALANCalon dikehendaki menyusun nilai tempat dengan betul dan menolak kedua-dua nombor denganbetul.KEKUATAN CALONJawapan di atas menunjukkan calon menyusun mengikut nilai tempat dan mencari jumlah keduadua nombor dengan betul. Titik perpuluhan pula ditulis dengan kemas.Matematik13KupasanMutuJawapan UPSR 2013

KELEMAHAN CALONContoh 1:Jawapan di atas menunjukkan calon dapat menyusun dengan betul dan telah menjalankanproses cubaan menolak dan jawapannya kurang daripada 43.52. Calon ini tidak mendapatmarkah penuh salah semasa operasi menolak.Contoh 2:Jawapan di atas menunjukkan calon salah menyusun nilai tempat dan memberikan jawapan yangtidak tepat.Matematik14KupasanMutuJawapan UPSR 2013

SOALAN 8KEHENDAK SOALANCalon dikehendaki mencari peratusan daripada nombor bulat yang diberikan.KEKUATAN CALONJawapan di atas menunjukkan calon dapat menguasai kemahiran mencari peratusan daripadanombor bulat dengan langkah pengiraan yang jitu.KELEMAHAN CALONJawapan di atas menunjukkan calon dapat memenuhi kehendak minima tugasan item iaitumenyatakan 17% sebagai17100dan mendarab dengan 2400. Akan tetapi calon telah silap dalamproses pengiraan.Matematik15KupasanMutuJawapan UPSR 2013

SOALAN 9KEHENDAK SOALANItem ini memerlukan calon mengetahui operasi tolak yang melibatkan wang dan pertukaran unitwang: ringgit kepada sen atau sen kepada ringgit, seterusnya calon perlu menyusun dan menolakdengan betul.KEKUATAN CALONJawapan di atas menunjukkan calon menukar unit sen kepada ringgit dan menyusun mengikutnilai tempat dengan betul dan seterusnya menolak. Jawapan yang dicapai itu tepat.KELEMAHAN CALONJawapan di atas menunjukkan calon salah menukarkan unit sen kepadaa ringgit dan salahmenyusun nilai tempat. Calon juga salah menolak dan memberikan jawapan yang salah.Matematik16KupasanMutuJawapan UPSR 2013

SOALAN 10KEHENDAK SOALANItem ini memerlukan calon menyusun mengikut nilai unit tahun dan bulan, seterusnya menambahdengan betul. Calon juga perlu menukarkan dan memindahkan unit bulan kepada tahun denganbetul.KEKUATAN CALONJawapan di atas menunjukkan calon mempamerkan langkah yang teratur dan memahami konseppertukaran unit bulan dan tahun.Matematik17KupasanMutuJawapan UPSR 2013

KELEMAHAN CALONContoh 1:Jawapan di atas menunjukkan calon dapat menyusun mengikut unit bulan dan tahun, danmenambah dengan betul tetapi tidak menukar dan memindahkan unit bulan kepada tahun.Contoh 2:Jawapan di atas menunjukkan calon langsung tidak menunjukkan langkah pengiraan dan terusmemberikan jawapan akhir yang betul. Langkah pengiraan mesti ditunjukkan.Matematik18KupasanMutuJawapan UPSR 2013

SOALAN 11KEHENDAK SOALANItem ini memerlukan calon mengetahui konsep operasi bergabung tolak dan tambah. Calon perlumenolak dahulu dan kemudiannya menambah. Calon juga boleh menambah dahulu danseterusnya menolak, sekiranya calon mengetahui konsep nombor positif dan negatif.KEKUATAN CALONContoh 1:Jawapan di atas menunjukkan calon menyusun dan menolak diikuti menambah dan memberikanjawapan yang betul.Contoh 2:Jawapan di atas menunjukkan calon menyusun dan menambah diikuti menolak dan memberikanjawapan yang betul.Matematik19KupasanMutuJawapan UPSR 2013

KELEMAHAN CALONJawapan di atas menunjukkan calon menyusun dengan betul tetapi jawapan yang salah.Sebahagian besar calon salah semasa operasi penolakan.SOALAN 12KEHENDAK SOALANItem ini memerlukan calon mengetahui operasi bahagi nombor perpuluhan yang melibatkan unitukuran panjang tanpa melibatkan pertukaran unit. Namun begitu, calon bebas memilih unit yangbetul dalam pengiraan dan jawapan akhir.KEKUATAN CALONJawapan di atas menunjukkan calon membahagi nombor perpuluhan dengan betul dan jugadalam unit yang dirujuk pada item.Matematik20KupasanMutuJawapan UPSR 2013

KELEMAHAN CALONJawapan di atas menunjukkan calon salah membahagi nombor perpuluhan.SOALAN 13KEHENDAK SOALANItem ini memerlukan calon mengetahui kaedah mencari julat skor iaitu beza skor tertinggi denganskor terendah.Matematik21KupasanMutuJawapan UPSR 2013

KEKUATAN CALONJawapan di atas menunjukkan calon mencari beza dengan menolak nilai skor tertinggi denganskor terendah dari data yang diberikan.KELEMAHAN CALONContoh 1:Jawapan di atas menunjukkan calon tidak memahami konsep julat. Calon sebenarnya mencarinilai purata.Contoh 2:Jawapan di atas menunjukkan calon langsung tidak memahami konsep julat dalam perwakilandata.Matematik22KupasanMutuJawapan UPSR 2013

SOALAN 14KEHENDAK SOALANItem ini memerlukan calon mengetahui kaedah mencari nilai pecahan daripada jisim keseluruhan.Calon perlu mendarab pecahan yang diberikan dengan jisim keseluruhan iaitu jisim tembikai bagimencari jisim betik dalam unit kilogram.Matematik23KupasanMutuJawapan UPSR 2013

KEKUATAN CALONContoh 1:Jawapan di atas menunjukkan calon mempamerkan jawapan dengan langkah pengiraan dankaedah yang jitu dan tepat.Contoh 2:Jawapan di atas menunjukkan calon mendarab pecahan dengan jisim keseluruhan dalam unitgram. Seterusnya menukarkan unit gram kepada kilogram .Matematik24KupasanMutuJawapan UPSR 2013

KELEMAHAN CALONJawapan di atas menunjukkan calon mendarab pecahan dengan jisim keseluruhan tetapi salahsemasa pertukaran unit kilogram kepada gram dan juga unit gram kepada kilogram.SOALAN 15KEHENDAK SOALANItem ini memerlukan calon mengetahui kaedah mencari nilai pecahan daripada keseluruhan yangmelibatkan unit wang. Calon juga perlu mendarab nilai pecahan dengan bilangan pen pada itemuntuk mendapatkan jumlah harga yang dikehendaki tugasan item.Matematik25KupasanMutuJawapan UPSR 2013

KEKUATAN CALONJawapan di atas menunjukkan calon mendarab pecahan dengan nilai keseluruhan untuk mencarinilai satu unit. Calon seterusnya mendarab nilai satu unit tersebut dengan bilangan yangdikehendaki tugasan item dan jawapannya betul.KELEMAHAN CALONContoh 1:Jawapan di atas menunjukkan calon hanya mendarab pecahan dengan nilai keseluruhan untukmencari nilai satu unit sahaja.Contoh 2:Jawapan di atas menunjukkan calon menggunakan kaedah mencari jumlah pen yang dibeli dalambentuk pecahan dan seterusnya mendarab dengan nilai keseluruhan untuk mendapat jawapanakhir. Namun begitu, calon meneruskan pengiraan, mendarab sekali lagi dengan bilangan yangdinyatakan dalam item. Ini membawa kepada jawapan akhir yang salah.Matematik26KupasanMutuJawapan UPSR 2013

SOALAN 16KEHENDAK SOALANItem ini memerlukan calon mencari ukuran panjang kayu “T”, dan kemudian mengenalpasti kayuyang terpanjang dan yang terpendek dan seterusnya mencari beza antara kedua-dua kayutersebut.KEKUATAN CALONJawapan di atas menunjukkan calon telah mencari ukuran kayu “T”, dan dapat mencari bezaukuran panjang kayu yang terpanjang dengan yang terpendek secara teratur.Matematik27KupasanMutuJawapan UPSR 2013

KELEMAHAN CALONContoh jawapan di atas mempamerkan jawapan calon yang tidak memahami tugasan item. Calonhanya mengolah angka-angka yang terdapat di dalam item. Calon tersebut hanya mencari bezadua kayu yang diberi ukurannya dalam item, tetapi menggunakan operasi yang tidak betul.Matematik28KupasanMutuJawapan UPSR 2013

SOALAN 17KEHENDAK SOALANItem ini memerlukan calon mencari pecahan berat gula dan tepung, dan seterusnyamenjumlahkan berat gula dan tepung yang digunakan untuk membuat kek. Calon perlumenguasai pengetahuan mencari pecahan daripada keseluruhan untuk menyelesaikan tugasanini.Matematik29KupasanMutuJawapan UPSR 2013

KEKUATAN CALONJawapan di atas menunjukkan calon telah mencari jisim gula dan tepung dengan kaedah danlangkah-langkah yang teratur.KELEMAHAN CALONJawapan di atas menunjukkan jawapan calon salah, yang hanya menambah pecahan dan beratgula dan tepung, seterusnya mencari sebahagian daripada jumlah kedua-dua jisim bahantersebut. Calon tidak tahu untuk mencari penyelesaian tugasan item ini.Matematik30KupasanMutuJawapan UPSR 2013

SOALAN 18KEHENDAK SOALANItem ini menguji kefahaman calon mengenai konsep peratus dalam ukuran isipadu. Calon perlumencari isipadu kordial oren yang digunakan untuk menyediakan minuman dan seterusnyamencari beza isipadu kordial yang ada dengan yang telah digunakan untuk mencari bakinya.Matematik31KupasanMutuJawapan UPSR 2013

KEKUATAN CALONJawapan di atas menunjukkan calon telah menguasai konsep peratus dengan baik. Calon telahdapat mencari isipadu kordial oren yang digunakan dan seterusnya mencari baki kordial orenyang dikehendaki dalam tugasan ítem.Contoh 1:Matematik32KupasanMutuJawapan UPSR 2013

Contoh 2:Contoh 3:Jawapan-jawapan di atas menunjukkan penguasaan calon yang mantap iaitu mencari baki dalamkonsep peratus. Calon telah menggunakan kaedah mencari baki peratus untuk mendapatkanbaki isipadu kordial oren yang dikehendaki dalam tugasan ítem.KELEMAHAN CALONContoh 1:Matematik33KupasanMutuJawapan UPSR 2013

Contoh 2:Jawapan-jawapan di atas menunjukkan terdapat calon yang telah menguasai konsep peratusdan boleh melakukan operasi darab yang berkaitan peratus dengan betul. Namun calon tidakmenyelesaikan tugasan ítem dengan sepenuhnya. Jawapan-jawapan di atas menunjukkan calonhanya mencari 25% daripada kordial oren asal tanpa mencari baki kordial oren.Jawapan di atas menunjukkan calon tidak menguasai penggunaan simbol peratus. Calon masihmenulis simbol peratus selepas menukarkan peratus kepada pecahan perseratus.Matematik34KupasanMutuJawapan UPSR 2013

SOALAN 19KEHENDAK SOALANItem ini memerlukan calon mengetahui ciri-ciri segiempat sama dan segiempat tepat. Calon jugadikehendaki mencari sisi “ST” yang tidak dinyatakan. Tugasan item ini adalah untuk mencari luaskawasan berlorek berbentuk segiempat sama.KEKUATAN CALONJawapan di atas menunjukkan calon dapat mencari sisi “ST” dengan betul. Calon meneruskanproses pengiraan mencari luas kawasan berlorek dengan menggunakan rumus mencari luas.Markah penuh diberi pada calon yang dapat menunjukkan jawapan yang betul.Matematik35KupasanMutuJawapan UPSR 2013

KELEMAHAN CALONContoh 1:Jawapan di atas menunjukkan calon dapat mencari sisi “ST” tetapi tidak mencari luas, sebaliknyacalon mencari perimeter kawasan berlorek.Contoh 2:Jawapan di atas menunjukkan calon salah mencari sisi “ST” dan tidak mencari luas kawasanberlorek. Sebaliknya calon mencari perimeter seluruh rajah.Matematik36KupasanMutuJawapan UPSR 2013

SOALAN 20KEHENDAK SOALANItem ini memerlukan calon mencari purata bilangan setem yang dikumpulkan oleh setiap orangmurid.KEKUATAN CALONContoh 1:Matematik37KupasanMutuJawapan UPSR 2013

Contoh 2:Jawapan-jawapan di atas menunjukkan calon yang dapat mengolah data dalam item untukmencari purata dengan mantap. Calon juga telah menunjukkan langkah kerja yang kemas danteratur. Calon telah menjumlahkan bilangan setem yang dimiliki oleh ketiga-tiga orang murid danseterusnya mencari purata yang dikehendaki.KELEMAHAN CALONContoh 1:Contoh 2:Matematik38KupasanMutuJawapan UPSR 2013

Contoh 3:Jawapan-jawapan di atas menunjukkan calon telah menguasai konsep mencari purata tetapitelah melakukan kesilapan dalam operasi bahagi iaitu tidak dapat membahagi dengan betul.Matematik39KupasanMutuJawapan UPSR 2013

SARANAN KEPADA CALON1.2.Sebelum menjawab, baca dengan teliti dan fahami kehendak item.Membaca dengan teliti supaya tidak salah menyalin angka atau simbol operasi daripadaitem. Jangan salin semula jawapan kerana adanya jawapan disalin semula adalah salah.3. Faham kehendak item dan boleh menterjemahkan item penyelesaian masalah kepadaayat matematik.4. Menguasai kemahiran asas dalam situasi dan konteks mengikut kehendak item.5. Persembahan jawapan haruslah menunjukkan langkah-langkah pengiraan yang teratur,kemas dan tepat.6. Calon harus mantap dan berkebolehan menganalisis dan menyelesaikan masalah.7. Bentangkan jawapan mengikut susunan yang teratur. Elakkan daripada memberi jawapantanpa menunjukkan langkah pengiraan.8. Calon harus mantap dalam penukaran unit, misalnya bulan kepada tahun, mℓ kepada ℓ,pastikan penggunaan operasi x atau untuk menukarkan sesuatu unit.9. Calon harus mantap hukum operasi bergabung supaya dapat menyelesaikan operasibergabung dengan betul.10. Semak jawapan selepas menjawab supaya tidak berlaku kesilapan seperti salahmenjumlah, salah memindah angka, tidak meletak titik perpuluhan dan memberi jawapandalam unit yang tidak menepati kehendak tugasan item.11. Memperbanyakkan latih-tubi untuk membiasakan diri dengan bentuk soalan UPSR.12. Memastikan pengurusan masa diuruskan dengan baik supaya dapat menjawab kesemuaitem dengan dengan masa yang diperuntukan.Matematik40KupasanMutuJawapan UPSR 2013

SARANAN KEPADA GURU1.2.3.4.5.6.7.8.9.10.11.12.13.Perkukuhkan penguasaan murid bagi fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi.Pelbagaikan kaedah dan strategi pengajaran mengikut keupayaan murid.Memastikan konsep dan kemahiran asas yang diajar dikuasai oleh murid sepenuhnyasebelum kemahiran yang lebih tinggi diajar mengikut hirakinya.Melatih murid dalam mentaksir maklumat dan memahami item.Memberi penekanan kepada penggunaan kaedah penyelesaian yang betul dan pelbagaikaedah khususnya hukum operasi bergabung, penukaran unit, luas dan perimeter sertaoperasi mencari peratusan dan nilai peratusan.Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru harus memberi

Matematik 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013 INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kod Mata Pelajaran : 015 (SK), 025 (SJKC), 032 (SJKT) Bentuk Ujian : Ujian Subjektif Markah Penuh : 40 Masa : 40 minit REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kertas Matematik UPSR ini mengandungi 20 soalan respon terhad yang mesti dijawab. Markah yang diperuntukan ialah 40.

Related Documents:

Clear aluminum Black anodized Item code Price Item code Price 1.34" SolarWorld SW230 015-09910 22 015-09911 27 1.4" Kyocera GX-LP 015-09916 22 015-09917 27 1.5" REC - PE 015-09951 22 015-09952 27 1.6" Evergreen ES-C 80/120 015-09920 22 015-09953 27 1.69" REC-AE-US 015-09925 22 015-09925 27

OLE Number Description 035/021/024 UC Mast 152x152x23kg x 2.4m 035/021/030 UC Mast 152x152x23kg x 3.0m 035/021/036 UC Mast 152x152x23kg x 3.6m 035/021/042 UC Mast 152x152x23kg x 4.2m 035/021/048 UC Mast 152x152x23kg x 4.8m 035/021/054 UC Mast 152x152x23kg x 5.4m 035/203/060 UC Mast 157x153x30kg x 6.0m Conc Bolted Base 035/203/064 UC Mast 157x153x30kg

A Steam Temp. Sensor Harness 015-1680-00 B Water Level Sensor Harness 015-1552-00 C Air Solenoid Valve Harness 015-1638-00 D Main Harness 015-1554-00 E Hi Limit Sensor Jumper Wire 015-1640-00 F Heating Element Harness 015-1639-00 G Door Motor Harness 015-1672-00 H F

1. Penyelesaian Masalah dalam Matematik Penyelesaian masalah adalah fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran perlu melibatkan kemahiran menyelesaikan masalah secara komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum. Perkembangan kemahiran

Penyelesaian Masalah Matematik 2.18.2 Proses Metakognitif Dalam Pembelajaran Matematik 2.18.3 Kemahiran Metakognitif D alam Penyelesaian Masalah Fizik 2.18.4 Penyelesaian Masalah Matematik Bukan Rutin 48 52 53 54 2.19 Rumusan kajian -kajian Lepas 55 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan 56 3.1 Populasi dan Sampel 57

Penyelesaian masalah merupakan jantung kepada matematik. Justeru, kemahiran menyelesaikan masalah perlu dikembangkan secara menyeluruh, bersepadu dan merentas keseluruhan kurikulum Matematik. Sesuai dengan kepentingan penyelesaian masalah, proses matematik ini menjadi tulang belakang dalam

Penyelesaian masalah merupakan jantung kepada matematik. Justeru, kemahiran menyelesaikan masalah perlu dikembangkan secara menyeluruh, bersepadu dan merentas keseluruhan kurikulum Matematik. Sesuai dengan kepentingan penyelesaian masalah, proses matematik ini menjadi tulang belakang dalam PdP

Banking Standard Implementation Requirements, PSD2, the RTS and the CMA Order. Where relevant, it provides a regulatory reference (as per the CMA Order, PSD2/PSRs and the RTS on SCA and CSC). These are marked as either mandatory, optional or conditional in line with the definitions used across the Open Banking Standards. For TPPs, certifying against the CEG Checklist is considered as a signal .