FAKULTI PERTANIAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

3y ago
15 Views
3 Downloads
1.33 MB
10 Pages
Last View : 11d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Camryn Boren
Transcription

BIL. 1/2014BULETIN TEKNOLOGI PERTANIANFAKULTI PERTANIAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAOLEH:UNIT PENGEMBANGAN PERTANIAN

2014BULETIN TEKNOLOGI PERTANIANDARI MEJA EDITORAssalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Syukur Alhamdullilah dengan izin Allah Subhanawataala memberi kesempatan kepada saya untukmenzahirkan kata-kata dalam edisi pertama Buletin Teknologi Pertanian terbitan Unit PengembanganPertanian, Fakulti Pertanian untuk menyalurkan maklumat dan pengetahuan pengembangan pertanian.Fakulti Pertanian merupakan tunjang utama pendidikan pertanian di Universiti Putra Malaysia, turutmemfokuskan aktiviti pengembangan dan khidmat masyarakat secara terus kepada orang awam. Beberapapendekatan untuk keberkesanan perlaksanaan program penyaluran maklumat, pengetahuan, teknologi daninovasi dalam sektor pertanian kepada pelbagai golongan masyarakat.Tujuan penerbitan Buletin Teknologi Pertanian ini adalah satu daripada medium penyaluran maklumatdan pengetahuan yang berkaitan dengan teknologi dan kepakaran yang sedia ada di fakulti. Topik penulisanberdasarkan kepakaran, pengalaman ataupun penyelidikan.Buletin Teknologi Pertanian ini akan diterbitkan setiap bulan dan diharap boleh menyumbang kepadapembangunan sektor pertanian negara.Akhir kata, setinggi penghargaan kepada jawatankuasa kerja yang berjaya menyempurnakan penerbitanbuletin ini.Sekian, terima kasih.PROF. MADYA DR. NORSIDA MANKetua/PenasihatJ/K Program PengembanganFakulti PertanianUniversiti Putra MalaysiaPage 2

BULETIN TEKNOLOGI PERTANIAN2014PenasihatProf Madya Dr. Norsida Mannorsida@upm.edu.myKetuaJabatan Teknologi PertanianKetua EditorDr. Salim Hassansalimhassan@upm.edu.mySIDANGRIDAKSIEditorDr. Martini Mohammad Yusoffmartinimy@upm.edu.myDr. Azizah Misranazizahm@upm.edu.myDr. Murni Marlina Abd. Karimmurnimarlina@upm.edu.myDr. Roslan Ismailroslanismail@upm.edu.myDr. Juwaidah Sharifuddinjuwaidah@upm.edu.myEn. Ghazali Mohd Satarmghazali@upm.edu.myPn. Mastura Hamitmastura h@upm.edu.myPage 3

BULETIN TEKNOLOGI PERTANIANRUMPUT TURF / SATIRIRumput Turf-Cynodon dactylon cv.SatiriPengenalanRumput merupakan tumbuhan berbungajenis monokotiledon yang di kelaskandalam keluarga Poaceae bersama tanamanlain seperti padi dan jagung. Keluargarumput ini mempunyai kepentingan yangsangat tinggi di dalam kehidupan sejagatdalam menyumbang kepada sumbermakanan asas penduduk dunia selaindaripada sumber foraj kepada haiwanternakan, hiasan landskap dan pelbagaikegunaan yang lain.Rumput turf adalah sejenis rumput yangmepunyai nilai tarikan kepada manusiasejagat melalui fungsi dan kecantikannyayang tersendiri. Rumput turf didefinisikansebagai tumbuhan yang menutupi sesuatukawasan yang dipotong rapat, tumbuhdengan padat dan mempunyai batang dandaun yang berangkai. Rumput turfdibangunkan oleh manusia di zamanmoden untuk meningkatkan kualitipersekitaran. Rumput turf sangat pentingdalam aktiviti manusia daripada aspek: a)Fungsi b) Rekreasi dan c) Hiasan.Daripada segi fungsi, rumput turfmempunyai pelbagai fungsi sepertimengawal angin dan hakisan tanah dandiperlukan dalam menghalang habuk dikawasan sekeliling rumah, kilang, sekolahdan tempat-tempat perniagaan. Tambahanlagi turf mempunyai kepentingan dalammengurangkan kesan silau, bunyi bising,pencemaran udara, peningkatan haba danmasalah pencemaran pemandangan. Turfyang ditanam di tepi jalan adalah pentingdalam keselamatan lebuhraya disebabkan2014turf berfungsi sebagai zon penstabil bagimemperlahankankereta yang hilangkawalan.Banyak aktiviti luar yangmenggunakan rumput turf termasuk bolalisut, kriket, hoki padang, bola sepak, golf,bowling padang, padang tenis, polo, danragbi. Selain itu, rumput turf memberikannilai kecantikan dan tarikan untuk aktivitimanusia. Kehijauan semulajadi rumput turfmenyejukkan mata memandang disampingmemberikan suasana persekitaran yangtenang dan ia jugasesuai digunakan untuktanaman rumput halaman rumah keranaciri-cirinya yang menyerupai permaidani.Padang golf merupakan contoh terbaikdalam penanaman rumput jenis rumputturf. Terdapat pelbagai jenis rumput turfuntuk kegunaan di padang golf yang bolehdikategorikan untuk kegunaan di kawasanhijau dan juga di kawasan lapangan ataufairway seperti Paspalum vaginatum,Agrostis palustris, Zostera japonica,Zostera matrella, Digitaria didcatyla danCynodon dactyloncv ‘Tifdwarf’. Satu lagirumput turf yang mempunyai kualiti yangtinggi dan adaptasi yang sangat baik dipadang golf di Malaysia khususnya dikawasan hijau adalah Cynodon dactyl cv‘Satiri’.Pengurusan penanaman rumput Satiri yangsistematik adalah sangat penting keranabagi pemain golf, rumput turf yangberkualiti di permukaan hijau akanmemberikankesanyangmemberangsangkan dalam permainangolf. Kawasan hijauyang diurus rapi denganpermukaan yang sekata menjadi tarikanutama kepada pemain golf.Page 4

2014BULETIN TEKNOLOGI PERTANIANRumput turf dan masalah di padang golfPenyelidikan Satiri di UPMRumput turf yang ditanam dikebanyakanpadang golf di Malaysia adalah spesiesyang diimport dari luar negara. Namunbegitu rumput turf yang diimport daripadaluar negara tidak dapat mengadaptasidengan keadaan cuaca di Malaysiamenyebabkan pertumbuhan rumput turfmenjadi perlahan dan kualitinya tidakmemuaskan. Selain itu pengusaha padanggolf mendapati rumput hijau (kawasan golfyang dilitupi rumput turf pada ketinggiantertentu merangkumi kawasan di sekitarlubang bagi membolehkan pemainmembuat pukulan tepat di atasnya) agakkasar dan terdapat rumput jenis lain yangtidak dikehendaki atau weedyang wujudsebagai tompok yang menyebabkanpermukaanhijau tidak cantik. Walaupunhijau merupakan hanya 2% dari keluasansuatu padang golf, tetapi lebih kurang 75%permainan golf dilakukan di atashijautempat di mana sukan golf dimainkan.Oleh itu, morfologi rumput turf sangatpentingbagipemainkeranaiamempengaruhi halaju bola golf.Masalah ini telah mencetuskan inisiatifdaripada penyelidik, Dr. Mohd. Said Saaddan Prof Dr. Abdul Shukor Juraimi dariFakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia(UPM) untuk menjalankan kajian secaraterperincibagimencaripenyelesaianterhadap masalah yang dihadapi oleh parapengusaha padang golf yang bermula padatahun 1997. Penelitian penyelidikpenyelidik ini mendapati banyak tompokyang terdapat di hijauini adalah terhasildaripadakewujudanweed,iaitupencemaran daripada spesies lain danrumput yang telah bertukar sifat. Dr. MohdSaid Saad menganggap “ia mungkinberlaku kerana perubahan genetik dan adadiantaranyasesuaipadakeadaanpersekitaran tempatan dan mampu untukterushidup”.Sejarahmengenaipenyelidikan rumput turf Satiri bermula dimana 117 sampel rumput daripadapelbagai jenis rumput turf telah diambil(Gambarajah 1).Kehadiran tompok weed menjadikanpermukaan hijau tidak cantikPage 5

BULETIN TEKNOLOGI PERTANIAN2014(9-12).Tambah beliau "kelajuan bolehdikurangkandenganmeningkatkanketinggian pemotongan, jika dipotongpada ketinggian antara 4.5-5 mm kelajuanturun kepada 8-9”.Gambarajah 1: Penyelidikan Satiri yangbermula pada tahun 1997-2008 dananalisis yang dijalankan pada setiap fasa.Daripada keseluruhan 117 sampel yangdiambil, 15 sampel telah disaring dan satujenis daripadanya telah diuji di padang golfUPM pada tahun 2004. Ternyata jenisrumput yang diuji pakai ini dapat tumbuhdengan baik khususnya di kawasan hijau.Rumput tersebut dinamakan Satiri iaitusejenis rumput turf varieti baru. Satirimerupakan hybrid antara Cynodondactylon x C. transvalensisyang merupakansampel weed yang diambil dari hijauyangterlibat.Mengenai sama ada ciri-cirirumputtersebutsesuaiuntukmeningkatkan kelajuan semasa putting, Dr.Said Saad berkata ‘rumput Satiri bolehdikawal dengan membuat pemotonganpada ketinggian berlainan’. Sebagai contohpemotongan pada ketinggian 3 mm dapatmemberikan kelajuan yang tinggiGambar 1: Satiri mempunyai sifat renek,warna hijau yang lebih pekat dan sistemakar yang lebih kuat.Satiri mempunyai sifat renek, internod(jarak antara ruas) yang lebih pendek, daunyang halus yang memberikan permukaanturf rata dan licin yang disifatkan sangatsesuai untuk hijaudi padang golf. Satiriboleh dipotong sehingga 3 mm dan masihmempunyai luas permukaan daun yangcukup untuk meneruskan pertumbuhan.Warna daunnya agak gelap, menjadikanhijau yang ditanam dengan rumput inimenarik, manakala akarnya pula panjangdan banyak.Ia merupakan rumput yanglebih halus dan kerdil berbanding rumputgolf sedia ada dan tahan kepada kekanganair dan lindungan.Page 6

2014BULETIN TEKNOLOGI PERTANIANPengurusan agronomi Pengairan dan Saliran/Perparitan Overhead Irrigation/Sprinkler HeadsBahan tanaman dan mediapenanaman- Biji benih- Bahan tampang sepertisprigging, stolon, pluggingMembekalkan air dalam bentuksemburan/renjisan seperti hujankepada turf pada had kawasantertentu. Diaplikasikan pada waktuawal pagi iaitu waktu yang sesuai dankurangnya serangan penyakit.sod,Penanaman rumput SatiriSoddingSpriggingSistem perparitan- Saiz paip utama – 6”diameterdengan jarak antara paipsaliran utama sejauh 30 mStolonizing-Paip Lateral – 4” diameter denganjarak antara paip saliran lateralsejauh 4-8 m-Kecerunan 1-3 % PluggingAmalan Kultura SatiriPengurusan Selepas MenanamJaring hitam (netting) Setelah aktiviti menanam selesaikawasan tersebut perlu ditutup denganjaring teduhan. Tujuannyaadalahuntukmenggelakkan stolon hanyut ketika hujan.Page 7

2014BULETIN TEKNOLOGI PERTANIANKawalan rumpaiPenuaian Rumput Satiri Pemotongan sod Rumpai merupakan masalah ged/plugged/stolonized.Kawalan rumpai boleh dilakukandengan menggunakan racun kimiaseperti2,4-D, Dicamba, MSMA,DSMA, Bentazon.Kawalan secara manual juga bolehdi kawasan kecil.Penyakit rumput turf Antraknos daripada kulatColletotrichum graminicola)Sod merujuk kepada kepingan, ketulan,serpihan, jaluran rumput turf bersamatanah (media) dan digunakan sebagaibahan tanaman. Kaedah penanaman sodlebih mahal tetapi lebih senang untukterus hidup kerana dituai bersama tanah.Untukitu,kaedahpenanamanmenggunakan sod akan menghasilkanlaman (lawn) dengan cepatdansekata. Sodyang dituai perlu ditanam secepat mungkin(24 – 48 jam) selepas dituai bagimenggelakkan kelayuan dan kematianakibat kehilangan air yang banyak.Jejerami(thatch)Gambar 2 : Pemotongan SodPenuaian Stolon Lumut/algaPenuaian stolon menggunakan mesinpenuai stolon (stolon harvester). Mesin iniberfungsi untuk menuai stolon sekaligusmembantu merangsang pertumbuhanrumputturf kerana apabila stolondipotong, akar dan pucuk baru akantumbuh lebih banyak.Page 8

BULETIN TEKNOLOGI PERTANIAN2014tarikan yang tinggi kepada pengusahapadang golf tetapi juga mempunyai nilaiterhadap kecantikan alam sekitar danrekreasi.Ciri-ciri Satiri seperti renek,internod (jarak antara ruas) yang lebihpendek, daun yang halus yang memberikanpermukaan rumput turf yang rata dan licin,warna daunnya agak gelap dan akarnyapanjang, banyak menjadi daya tarikankepada pengusaha-pengusaha padang golf.Gambar 3 : Penuaian stolonKepentingan dan potensi rumput SatiriSatiri telah dikenalpasti mempunyaipotensi yang sangat tinggi di pasaran. Satirimerupakan satu-satunya rumput turfpertama yang dihasilkan diMalaysiaselepas kajian hampir 10 tahun yangbertujuan untuk mengatasi kualiti dihijau.Universiti Putra Malaysia (UPM) telahmenandatangani memorandum perjanjian(MoA) antara UPM dan SaTiri Sdn. Bhd.iaitu sebuah syarikat ‘spin-off’ bagipelancaran varieti ini untuk pasaranpadang golf. Syarikat ini bertanggungjawabuntuk pengkomersilan Satiri. Selaindaripadamemberikankhidmatperundingan reka bentuk, syarikat ini jugaterlibat dalam pengurusan padang rumputturf. Beberapa buah syarikat pengusahapadang golf telah menggunakan khidmatSaTiri Sdn Bhd untuk memperbaiki kualitirumput turf di hijau.Kajian oleh penyelidik UPM terhadappenemuan Satiri telah memberikan impakyang besar terhadap industri turf diMalaysia. Satiri bukan sahaja mempunyaiPenemuan Satiri juga telah memberikanpeluang penerokaan penyelidikan yanglebih luas dari segi kaedah pengairan,kaedah penanaman, amalan penjagaanturf dan pengurusan perosak. PenyelidikanSatiri merupakan salah satu pencapaianyang sangat memberangsangkan keranahasil kajian ini dapat dimanfaatkan dalamindustri turf di Malaysia apatah lagipermainan golf menjadi semakin populardan banyak padang golf dibina. Namunbegitu, pengurusan yang rapi, pemotonganyang kerap menggunakan mesin khas,pengairan dan pengurusan penjagaan yangkhusus diperlukan di kawasan seperti lawnbowl, kawasan untuk bowling padang dandi halaman rumah sekiranya imanapun, fokus bukan sahajakepada padang golf di Malaysia malahanPage 9

BULETIN TEKNOLOGI pengusaha padang golf danlawn bowl di negara-negara tropika sepertiASEAN.Untuk mengetahui dengan lebih lanjutmengenai Satiri, boleh menghubungiSyarikat Satiri Sdn. Bhd. seperti di bawah:SATIRISdn. Bhd. (442765-X)4-A Lorong Bendahara 46-A, TamanMewah Baru41200 KLANG, Selangor, MalaysiaTel: 603 51628477 Fax 603 51618478Email: greenag@streamyx.comPage 10

Fakulti Pertanian merupakan tunjang utama pendidikan pertanian di Universiti Putra Malaysia, turut memfokuskan aktiviti pengembangan dan khidmat masyarakat secara terus kepada orang awam. Beberapa pendekatan untuk keberkesanan perlaksanaan program penyaluran maklumat, pengetahuan, teknologi dan

Related Documents:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PUTRA International Centre Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang, Malaysia MOBILITY INFO SHEET 2019 – 2020 Name of Institution: Universiti Putra Malaysia (UPM), Malaysia Vice Chancellor Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris Vice Chancellor Office of the Vice Chancellor

(Name of School / Institution) Tahun (Year obtained) Bidang pengkhusususan (Area of Specialization) DOCTOR OF PHILOSOPHY (Ph.D) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2016 EXTENSION EDUCATION (YOUTH DEVELOPMENT) MASTER OF SCIENCE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2010 EXTENSION EDUCATION (YOUTH DEVELOPMENT) BACHELOR OF SCIENCE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor, Malaysia Tel: 03-89464201 admission@putra.upm.edu.my For more information, please contact Deputy Dean Research and Post Graduate Studies Division, Faculty of Engineering, 43400 UPM Serdang, Universiti Putra Malaysia, Selangor Darul Ehsan. Malaysia. Tel : 03-8946 6266/6253, Fax : 03-8656

As a premier institution of learning, widely recognised for leadership in research and innovation, . Universiti Putra Malaysia was first established as the School of Agriculture in 1931. The school . studies to include the field of Science and Technology (S&T). In 1997, the name Universiti Pertanian Malaysia was changed to Universiti Putra .

Universiti Putra Malaysia 13. Universiti Sains Islam Malaysia 14. Universiti Sultan Zainal Abidin 15. . The institution is yet to submit application to change its new name in the MQR Current name : Universiti Sultan Azlan Shah 56. Universiti Teknologi Petronas 57. Universiti Tenaga Nasional . LIST OF DEGREE GRANTING INSTITUTIONS IN MALAYSIA .

Name with a Touch of Royalty Universiti Putra Malaysia (UPM) before April 1997, was known as Universiti Pertanian Malaysia. The change of name was timely. The country was developing rapidly and an institution of higher learning needed to evolve with the times. “Putra” serves as a tribute to the

Name of awards Title Award Authority Year 1 Excellent in Service Perkhidmatan Cemerlang Universiti Putra Malaysia 2014, 2015,16 2 Professional Engineer Professional Engineer Board of Engineers Malaysia 2014 3. Excellence in Service Sijil Perkhidmatan Cemerlang Universiti Putra Malaysia 2004, 2011, 2013

second grade levels J/K/L , feature series for readers to study character. Teachers will want to spend the time to set up the Teachers will want to spend the time to set up the classroom library to showcase characters, no matter the reading levels of their readers.