PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN: PERBANDINGAN KOS .

3y ago
82 Views
2 Downloads
272.06 KB
31 Pages
Last View : 1m ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Casen Newsome
Transcription

www.ijms.uum.edu.myIJMS 14 (1), 212-244 (2007)PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN:PERBANDINGAN KOS, KEBOLEHPASARANDAN PENDAPATAN PELATIHABD HAIR AWANGFakulti Sains Sosial dan KemanusiaanUniversiti Kebangsaan MalaysiaAZIMI HAMZAH, JEGAK ULI & ASMA AHMADFakulti Pengajian PendidikanUniversiti Putra MalaysiaRAHMAH ISMAILFakulti Ekonomi dan Pengurusan PerniagaanUniversiti Kebangsaan MalaysiaABSTRAKPelaburan awam terhadap latihan kemahiran meningkat pesat berbandingdekad yang lampau bagi mengukuhkan lagi perlaksanaan ekonomi berasaskanpengetahuan, industrialisasi, memajukan teknologi dan produktiviti. Kerajaandan agensi antarabangsa menyarankan agar institusi latihan kemahiran awamwajar selalu dinilai untuk meningkatkan keberkesanan program latihankemahiran yang dikendalikan. Oleh itu, kajian ini bertujuan membandingkankeberkesanan kos latihan kemahiran institusi latihan awam di negara ini.Artikel ini meneliti kos dan keberkesanan program latihan yang dikendalikanoleh ILP dan IKM. “Longitudinal follow-up survey“ dan temubual mendalamdilakukan untuk mencapai objektif kajian ini. Responden kajian dipilihmengikut kadar dan distratakan mengikut lokasi institusi latihan. Hasil kajianmenunjukkan lepasan IKM mempunyai kadar memperoleh pekerjaan,kerelevanan latihan dan pendapatan semasa yang lebih tinggi berbandinglepasan ILP.Kata kunci: Kos; Pendapatan; Kebolehpasaran.ABSTRACTOver the last several decades, public investment in vocational training hasincreased substantially is strengthening implementation of a knowledge basedIJMS 14 (1), 189-212 (2006)213

www.ijms.uum.edu.myeconomy, industrialisation, technology advancement and productivity. Thegovernment and international agencies proposed that the public vocationaltraining institutions should be reviewed regularly to enhance the effectivenessof vocational traning programmes. Therefore, the main purpose of this studywas to compare the costs and effectiveness of the public vocational traininginstitutions in Malaysia. This paper examines the costs and effectiveness ofvocational training progmmes organised by ILPs and IKMs. Longitudinalfollow-up survey and in-depth interviews were used to achieve the centralobjective of this study. Respondents were selected using the proportionsampling technique and stratified according to the location of each type ofinstitutions. The results indicated that graduates from IKMs had higheremployment rates, job relevancy and current salary than graduates of ILPs.Keywords: Costs; Earning; Marketability.PENGENALANDengan beralih kepada ekonomi berasaskan pengetahuan, Malaysiasemakin menyedari hakikat kepentingan memiliki pekerja mahir dansepara mahir untuk menguasai teknologi dan produktiviti bagimeningkatkan daya saing dan terus menarik pelaburan langsung asing(Kanapathy, 1997; Malaysia, 2001a, 2001b; Tan & Gill, 2000). Langkah– langkah yang diambil oleh kerajaan seperti menambah pengambilanpelajar, institusi latihan, pembaikkan dan penyelenggaraan institusilatihan sedia ada selari dengan pembangunan ekonomi berasaskanpengetahuan. Namun demikian institusi latihan kemahiran sedia adaperlu terus meningkatkan kecekapan dan keberkesanannya. Cohn(1979), Simkims (2000) dan Teh Wei Hu (1980) menyarankan agarpenilaian keberkesanan latihan digunakan untuk membantu mengenalpasti program manakah yang mencapai objektif latihan pada kosminimum.Lewin (1993) turut menegaskan penilaian keberkesanan latihan pentinguntuk membandingkan strategi manakah yang lebih berkesan dalammemberikan latihan untuk mencapai objektif yang sama. Penilaiankeberkesanan latihan juga dapat membantu membuat keputusankhususnya dalam mengagihkan sumber–sumber yang terhad untukpelaburan latihan (Dearden, McIntosh, Myck, & Vignoles, 2002). Sekalipun terdapat penilaian latihan yang dilakukan di negara ini sepertiLee Kiong Hock (1989), Laporan Jawatankuasa Kabinet MengenaiLatihan (Malaysia, 1991b), Ridzwan dan Pillai, (1995), Tan dan Gill(2000), World Bank (1995) dan Wan Abdul Aziz (1995) hanya memberifokus kepada keberkesanan latihan dan tidak membuat perbandingan214IJMS 14 (1), 212-244 (2006)

www.ijms.uum.edu.mysecara langsung keberkesanan di antara institusi latihan kemahiranawam. Katselis (1998) menyatakan intitusi latihan kemahiran awamdi Negara Sedang Membangun (NSM) sering beroperasi pada kos yangtinggi dan tidak berkesan. Wood dan Lange, (2000) turut menyelarinstitusi latihan kemahiran awam kerap gagal menyediakan beliadengan kemahiran kerja yang diperlukan oleh pasaran sama ada diUnited Kingdom (UK) mahupun di negara lain.Antara saranan yang dikemukakan ialah tenaga kerja masa kinimemerlukan kemahiran dan ketrampilan yang baru dan meluasmerentasi pelbagai fungsi di tempat kerja berbanding masa lampau(Holton & Trott, 1996; ILO, 2003). Jacinto (2001), Kerre (1997) danWellington (dalam Kraak, 1991) juga menegaskan latihan kemahiranspesifik semata–mata tidak menjamin pekerjaan, tetapi denganmemuatkan kemahiran “generic” boleh membantu pelatih memperolehpekerjaan. ILO (2003), Masri (1999), Schmidt (1999) dan Thomas (1990)menyarankan agar latihan kemahiran bukan sahaja memberikankemahiran spesifik, malah kemahiran boleh kerja yang melancarkanlagi proses transisi belia daripada alam persekolahan kepada pekerjaansebenar. Kemahiran boleh kerja bersifat umum yang merangkumibimbingan kerjaya, keusahawanan, teknologi maklumat dankomunikasi (ICT), penyelesaian masalah, kerja berpasukan,interpersonal dan personaliti wajar diintegrasikan (ILO, 2003; Jacinto,2001; IAEVG, 1999; Schmidt, 1999). Menurut ILO (2001) dan Thomas(1995) lagi langkah ini boleh menghasilkan tenaga kerja yang fleksibelterhadap permintaan pasaran buruh semasa.Sekalipun menerima kritikan, institusi latihan kemahiran awam terusberfungsi sebagai pembekal utama tenaga kerja mahir dan separamahir dengan menawarkan pelbagai program latihan kemahiran.Dengan mengambil satu contoh program kemahiran pendawaianelektrik, Institut Kemahiran MARA (IKM) mengambil langkahmenggunakan pendekatan menyepadukan pelbagai kemahiran bolehkerja secara langsung dalam kurikulumnya. Sedangkan Institut LatihanPerindustrian (ILP) pula menggunakan pendekatan menyepadukankemahiran tersebut secara tidak langsung menerusi aktivitikokurikulum dan kursus sampingan singkat. Malah IKM menawarkantahap kemahiran teknikal lebih tinggi secara relatif, tetapi dengantempoh latihan dan kelayakan masuk yang hampir sama dengan ILP.Persoalan yang timbul berkait dengan dua buah institusi latihan iniialah adakah terdapat perbezaan kos, kebolehpasaran dan pendapatandi kalangan pelatih lepasan institusi latihan kemahiran awam ini?.Sejauhmanakah faktor berkaitan pelatih, faktor institusi latihan, hasilpembelajaran dan faktor pasaran mempengaruhi kebolehpasaranpelatih program latihan kemahiran berkenaan.IJMS 14 (1), 212-244 (2006)215

www.ijms.uum.edu.myOBJEKTIF KAJIAN1.Meninjau dan membandingkan kos, kebolehpasaran danpendapatan yang dinikmati oleh pelatih program kemahiran.2.Mengenal pasti faktor berkaitan pelatih, faktor institusi latihan,hasil pembelajaran dan faktor pasaran yang mempengaruhikebolehpasaran pelatih.KERANGKA KAJIANProgram latihan kemahiran dilihat sebagai sistem latihan yangmengandungi input, proses dan hasil (Al-Khayyat & Elgamal, 1997;ANTA, 2000; Barnard, Veldhuis & Van Rooij, 2001; Dumbrell, 2000;Gabbard, 1981; Gasskov, 2000; Grubb & Ryan, 1999; Hanushek, 1986,1997, 2000; Kim & Harris, 1976; Lynton & Pareek, 2000; McCaslin, 1990;Nelson, 1993; Teh Wei Hu, 1980; Ziderman, 1997). Input latihankemahiran terdiri daripada pelatih dan pengajar, bahan pengajaran,peralatan dan kemudahan fizikal. Proses latihan merupakan enjinutama latihan yang berfungsi memberi perkhidmatan memprosesinput-input kepada hasil latihan. Pada tahap inilah proses pengajarandan pembelajaran berlaku iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikapditerapkan kepada pelatih. Hasil latihan meliputi hasil pembelajarandan hasil pasaran buruh. Faktor berkaitan pelatih seperti keupayaan,personaliti, motivasi, pengalaman lampau pelatih, kualitiperkhidmatan institusi latihan dan kualiti latihan amali turutmempengaruhi hasil pembelajaran dalam bentuk penguasaan pelatihterhadap pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap yangdisampaikan sepanjang tempoh latihan. Hasil latihan apabila pelatihmemasuki pasaran buruh pula merangkumi pendapatan, peluangpekerjaan, kestabilan pekerjaan dan keluasan pilihan peluangpekerjaan. Kejayaan pelatih di pasaran buruh turut dipengaruhikejayaan sistem latihan ini.Model penentu kebolehpasaran pelatih pula diasaskan daripada modelCatterall (1984). Kajian ini menggunakan empat kemungkinankebolehpasaran pelatih iaitu, melanjutkan pelajaran, menganggur,bekerja bukan mengikut bidang kemahiran dan bekerja mengikutbidang kemahiran sebagai petunjuk kejayaan atau kegagalan pelatihdalam pasaran buruh. Model kebolehpasaran pelatih disesuaikanberpandukan kepada kombinasi teori modal manusia (Becker, 1994 ),teori kepadanan kerja (Arrow & Spence in Tachibanaki, 1994), sistemlatihan kemahiran (Al–Khayyat & Elgamal, 1997; ANTA, 2000;Barnard, Veldhuis & Rooij, 2001; Dumbrell, 2000; Glewwe, 2000; Gray216IJMS 14 (1), 212-244 (2006)

www.ijms.uum.edu.my& Warrander, 1992; Kim & Harris, 1976; Kivinen & Silvennoineen,2002; Lynton & Pareek, 2000; McCaslin, 1990), fungsi pengeluaranpendidikan (Hanushek, 1986; 1997; 2000) dan fungsi guna tenaga(Affrassa 2000; Arriagada, 1990; Dyrenfurth, 2000; Frantz, Inkmann,Pohlmeier & Zimmermann, 1997) seperti Rajah 1. Faktor berkaitanpelatih, faktor kualiti perkhidmatan institusi latihan dan latihan amali,hasil pembelajaran dan faktor pasaran dikenal pasti sebagai penentukepada kebolehpasaran pelatih.Pemboleh ubah BebasPemboleh ubah BersandarA. Faktor Berkaitan Pelatih- Ciri Demografi- Status sosio-ekonomiB. Faktor Institusi Latihan- Kualiti perkhidmataninstitusi latihan- Kualiti perkhidmatanlatihan amaliC. Hasil Pembelajaran- Kemahiran Teknikal- Kemahiran Akademik- Teknologi Maklumatdan Komputer- Bahasa InggerisKebolehpasaran Pelatih-Melanjutkan pelajaran-Menganggur-Bekerja bukan mengikutbidang-Bekerja mengikut bidangD. Faktor Pasaran- Zon Pertumbuhan- Bandar dan Luar BandarSKOP DAN METODOLOGI KAJIANPelatih-pelatih di dua buah institusi latihan kemahiran awam (ILP danIKM) dipilih untuk kajian ini. Seramai 180 daripada 329 pelatihsemester akhir kursus kemahiran pendawaian dipilih sebagairesponden kajian ini. Teknik persampelan berkadar dan distratakanmengikut lokasi setiap institusi latihan berkenaan digunakan dalamkajian ini. Teknik “longitudinal follow-up survey” dan temudugamendalam digunakan untuk mencapai objektif utama kajian ini. Dataprimer dikumpul melalui dua peringkat. Soal selidik peringkatIJMS 14 (1), 212-244 (2006)217

www.ijms.uum.edu.mypertama diedarkan di akhir program latihan (akhir Mei dan awal Jun2002) untuk mengutip data berkaitan latar belakang pelatih dankeluarga, kos latihan, kualiti perkhidmatan institusi latihan dan latihanamali, serta penguasaan kemahiran boleh kerja. Peringkat kedua, datadikutip menerusi telefon dan soal selidik secara pos selepas setahunpelajar tamat latihan (akhir Jun 2003). Sebanyak 98% (176) respondenmemberikan maklum balas pada peringkat pertama dan 89% (160)responden di peringkat kedua pengutipan data.Petunjuk–petunjuk keberkesanan kos program latihan kemahirandigunakan mengikut alat pengukuran berikut. Kos latihan yang dikajihanya meliputi kos yang di tanggung oleh pelajar sahaja. Perbandingankos yang tanggung oleh pelajar dianggarkan mengikut kaedah yangdikemukakan oleh Campbell (1994), Fowler (1999), Simkins (2000) danTsang (1988, 1997, 1999, 2000) serta Levin (2001). Ia meliputi koslangsung yang terdiri daripada yuran latihan, buku dan material,perbelanjaan perjalanan dan pengangkutan, dan perbelanjaan lain ditolak dengan biasiswa atau bantuan kewangan, elaun latihan dan lain–lain bantuan. Kos tidak langsung pula merupakan kos lepas individusemasa menjalani latihan iaitu gaji pokok yang dilepaskan jika merekabekerja semasa latihan. Perbandingan kebolehpasaran dan pendapatanmerupakan perbandingan hasil pasaran buruh. Hasil meliputikebolehpasaran pelatih, keseragaman latihan-pekerjaan danpendapatan daripada pekerjaan semasa. Pengukuran hasil pasaranburuh berpandukan kerangka McCaslin (1990) dan dikombinasikandengan penyelidik lain termasuklah ANTA, (2000), Dumbrell (2000),Gabbard (1981), Gasskov (2000), Grubb dan Ryan (1999), Kim danHarris (1976), Teh Wei Hu (1980) dan Ziderman (1997).Kualiti perkhidmatan institusi latihan dan kualiti latihan amali diukurberasaskan kepada pengukuran SERVQUAL yang dikemukakan olehParasuraman, Ziethaml dan Berry (1988, 1991, 1994) dan kualitiperkhidmatan pendidikan khususnya oleh Ka-shing Woo (1998), Kwandan Ng (1999) dan Kam dan Ka-shing Woo, (1997). Hasil pembelajarandaripada program latihan terdiri daripada kemahiran teknikal dankemahiran boleh kerja. Kemahiran teknikal terdiri daripada tahapkekompetenan pendawaian. Tahap kekompetenan pendawai inidiukur menerusi pencapaian peperiksaan akhir yang dikendalikan olehSuruhanjaya Tenaga Malaysia. Pengukuran kemahiran boleh kerja pulaberasaskan kepada tinjauan kajian – kajian lalu terutamanya ANTA(2000), Brodelhewt (1999), Leon dan Borchers (1998), McNabb (1997),SCANS (1991, 1994), The Conference Board of Canada (1998) dan Zirkle(2002).218IJMS 14 (1), 212-244 (2006)

www.ijms.uum.edu.myMin dan peratusan digunakan untuk menjelaskan profail pelatih, latarbelakang keluarga dan profail majikan. Ujian khi kuasadua (χ2) puladigunakan untuk membandingkan kebolehpasaran pelatih dan ujiant pula membandingkan pendapatan antara pelatih ILP dan IKM.Penentuan bilangan dan peratusan sel juga digunakan untuk mengujipra-syarat ujian khi kuasa dua (χ2). Regressi logistik multinomialdigunakan untuk menjelaskan pengaruh penentu empat bentukkebolehpasaran pelatih (menganggur, melanjutkan pelajaran, bekerjabukan mengikut bidang kemahiran dan bekerja mengikut bidangkemahiran) yang meliputi faktor berkaitan pelatih, latar belakangkeluarga, institusi latihan dan pasaran buruh semasa.PENEMUAN DAN PERBINCANGANLatar Belakang PelatihHasil kajian mengenai jantina yang ditunjukkan oleh Jadual 1mendapati program latihan kemahiran ini masih didominasi olehlelaki. Hanya 11.4% pelatih yang dikaji adalah wanita. Penyertaanwanita dalam program kemahiran ini secara relatif tinggi di IKM iaitu17.8% berbanding hanya 4.7% di ILP. Sesuai dengan peranan MARAyang membuka peluang kepada bumiputera, kajian mendapatikeseluruhan pelatih di IKM adalah pelatih Melayu. ILP turut membukapeluang latihan kepada semua kaum di negara ini. Namunkemasukkan pelatih bukan bumiputera secara relatif masih rendah.Hanya 2.3% pelatih yang dikaji berbangsa Cina menjalani latihan diILP. Secara keseluruhan 62% pelatih sama ada di ILP mahupun di IKMJadual 1Latar Belakang Demografi (n ur19 - 20 tahun21 - 22 tahunlebih 23 JMS 14 (1), 212-244 (2006)219

www.ijms.uum.edu.myberumur sekitar 19 hingga 20 tahun dan 32.4% lagi berumur 21 hingga22 tahun. Keseluruhan pelatih yang dikaji memiliki SPM. Penemuanini selari dengan hasrat kerajaan untuk menyerap masuk lepasan SPMke institusi latihan kemahiran awam bagi memperoleh kemahiran.Perbandingan Kos LatihanUjian t dalam Jadual 2 menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan(t(174) 0.14, p .05) jumlah perbelanjaan bersih oleh pelatih terhadapprogram latihan di antara kedua-dua institusi latihan yang dikaji. Inibermakna pelatih ILP menanggung jumlah kos yang sama denganpelatih IKM selama dua tahun latihan. Kos tak langsung merupakanpendapatan yang dikorbankan kerana mengikuti latihan juga tidakmenunjukkan perbezaan yang signifikan. Kajian Kostakis (1990) diGreece juga menunjukkan tiada perbezaan kos tak langsung dikalangan pelatih institusi latihan kemahiran awam. Walaupun pelatihILP membayar kos langsung yang terdiri daripada yuran latihan, bukudan alat tulis, penginapan, barang tahan lama (seperti motosikal,komputer dan radio), perjalanan dan perhubungan serta keperluanperibadi lebih tinggi berbanding pelatih IKM, namun perbezaan initidak signifikan (t(174) 0.26, p .05). Namun demikian pelatih IKMmenerima jumlah subsidi kerajaan (biasiswa dan elaun latihan) danelaun syarikat yang lebih tinggi serta signifikan (t(174) 4.16, p .001)berbanding pelatih ILP.Jadual 2Perbezaan Perbelanjaan Latihan oleh Pelatih (n 176)Jenis kosSisihan Nilai tNilaiEta2Piawai (SP)SignifikanInstitusiLatihannMin(M)Kos 430.256.7980.0004Kos tak 8.361.055.2930.0001Subsidi danelaun 44.163Jumlah perbelanjaanbersih oleh 8.960.138Nota:2201.0001*** .0906.8910.0001Jumlah perbelanjaan bersih kos langsung kos tak langsung – subsidi danelaun. Eta2 t2 / t2 (n1 n2 - 2)*** Signifikan (dua hujung) pada p .001IJMS 14 (1), 212-244 (2006)

www.ijms.uum.edu.myPERBANDINGAN KEBOLEHPASARANTerdapat empat bentuk kebolehpasaran pelatih iaitu sama ada pelatihtersebut, menganggur, melanjutkan pelajaran, bekerja bukan mengikutbidang kemahiran yang diikuti atau bekerja mengikut bidangkemahiran yang mereka telah peroleh. Tinjauan terhadap peratusankebolehpasaran lepasan program latihan kemahiran menunjukkanperbezaan yang signifikan antara lepasan ILP dan IKM apabila nilaikhi kuasa dua (c2(3,N 160) 8.95) dan signifikan pada p .05. Jadual 3menunjukkan lepasan IKM lebih berjaya di pasaran berbandinglepasan ILP.Jadual 3Kebolehpasaran Pelatih (n 160)KebolehpasaranKekerapanPeratusanILP IKM Jumlah ILPa) Menganggurb) Melanjutkan pelajaranc) Kepadanan Latihan-Pekerjaani) Bekerja bukan bidangii) Bekerja sama bidangJumlahIKM 2.846.811.149.416.948.17981160100.0 100.0100.0Nota: Khi kuasa dua (χ2) 8.947, df 3, p .030.MenganggurKajian mendapati (rujuk Jadual 3) hanya 8% lepasan programkemahiran ini menganggur ketika pengutipan data fasa kedua (Julai2003) dijalankan. Secara relatif pengangguran lepasan program latihankemahiran ini lebih rendah berbanding kajian oleh Middleton,Ziderman dan Adam (1993) dan Ziderman (1997) yang mendapatikebolehpasaran lepasan begitu rendah di Mozambique, Kenya, Niger,Benin dan Tanzania kerana penawaran berlebihan dan kemerosotanpasaran buruh. Kajian Paul (1990) juga mendapati 49.3% lepasanprogram kemahiran di Cameroon dan 29.1% di Togo menganggur,manakala kajian Tzannatos dan Sayed (2000) di Indonesia, 50%menganggur lebih enam bulan, serta kajian Paleocrassas, Rousseas danVretakou(2002) di Greece, sekitar 11%. Sedangkan kajian Godfrey (2000) diHungray hanya 6% dan Gill dan Ihm (2000) di Korea, 10% lepasanprogram latihan kemahiran menganggur.IJMS 14 (1), 212-244 (2006)221

www.ijms.uum.edu.myWalaupun peratusan menganggur rendah, peratus lepasan ILP yangmenganggur lebih tinggi berbanding lepasan IKM. Pengganggurandi kalangan lepasan ILP, 11.4% lebih tinggi berbanding 4.9% lepasanIKM. Kajian JTR pula mendapati hanya 9% lepasan ILP menganggur.Dapatan kajian ini bertentangan dengan penemuan Tan dan Gill, (2000)dan World Bank (1995) yang mendapati peratusan lepasan IKM yangmenganggur lebih tinggi berbanding lepasan ILP. Jadual 4menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan (p .05) tempohmenganggur antara kedua-dua lepasan institusi latihan ini.Psacharopoulos (1997) menjelaskan pengangguran di kalangan lepasanprogram latihan kemahiran merupakan fenomena biasa kerana tidaksemestinya pelatih terus memperoleh pekerjaan sebaik sahaja tamatlatihan.Jadual 4Tempoh Menganggur Mengikut Institusi Latihan (n 13)Tempoh ilaisignifikanILPIKM947.725.3869.5021.5.307Nota: Mann-Whitney U 11.500, Z - 1.021, p .05Jadual 5 menunjukkan sebahagian besar (69.2%) penganggur pernahbekerja. Di kalang

Universiti Putra Malaysia RAHMAH ISMAIL Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia . keberkesanan kos latihan kemahiran institusi latihan awam di negara ini. . merentasi pelbagai fungsi di tempat kerja berbanding masa lampau (Holton & Trott, 1996; ILO, 2003). Jacinto (2001), Kerre (1997) dan .

Related Documents:

4 SKOP LATIHAN 4.1 Ya Tidak 4.2 Keutamaan bidang latihan yang ingin ditempatkan (Nyatakan sekurang-kurangnya 2 bidang latihan) 4.3 Nyatakan objektif latihan 4.4 Nyatakan secara ringkas methodologi latihan (jika berkaitan) 4.5 Nyatakan samada objektif dan skop

aktiviti kemahiran bahasa. Jadual 1 berikut menerangkan perkara tersebut; Jadual 1: Fokus KSSM al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu’asirah Tingkatan 1 dan 2 Tingkatan 3, 4 & 5 Kemahiran mendengar Kemahiran bertutur Kemahiran memb

Personal trainer akan membantu members baru dalam memperoleh bimbingan, pendampingan latihan serta pembuatan program latihan yang harus dilakukan pada saat melakukan latihan beban. Hal tersebut diharapkan, supaya tujuan dari . 3 berlatih beban dapat tercapai dengan baik untuk program penurunan berat

Pemantapan Kolaborasi strategik dengan IPTA, IPTS dan Industri 2c Perkongsian kemahiran antara agensi 2. Pemantapan kemahiran ICT warga MPK 3a Pembangunkan Pelan Latihan ICT untuk warga MPK 3b Melaksanakan latihan ICT kepada warga kerja MPK 3c Perkongsian maklumat ilmu/teknologi baru 3. Penglibatan warga kerja dalam persekitaran ICT

PANITIA SERTIFIKASI GURU RAYON XII UNIVERSITAS NEGERI SEMARANG TAHUN 2008 . Analisis Butir Soal Secara Kualitatif Analisis Butir Soal Secara Kuantitatif Tingkat Kesukaran (TK) . E. Latihan Soal BAB III KEGIATAN BELAJAR 2 A. Kompetensi Dan Indikator. B. Uraian Materi C. Latihan D. Latihan Soal.

NOTE: In this manual, F.A.S.T.-key (Free-hand Advanced Security Transmitter) is described as Keyless Operation System (KOS). The Keyless Operation System (KOS) enables the driver to unlock all the doors*and the liftgate by just pulling the front door outside handle or operating the liftgate lock release handle, without taking the key out

Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan menyelenggarakan kegiatan Penyusunan Bahan Latihan Soal Kemahiran Berbahasa Indonesia yang mencakup kemahiran mendengarkan, membaca, menulis, dan pemahaman kaidah bahasa. Buku ini merupakan buku

Answer Key A Beast / Post-Reading / Activity 1 Hand out the worksheets to your students. Ask them to draw and describe the beast. When they finish, ask the students to walk around the class, find a partner, and then show and say what they have written. Display their worksheets on the bulletin board. Possible answer: The beast has got a very long body with brown spots A Beast / Post-Reading .