PENGGUNAAN KAEDAH BUCK DALAM MENYELESAIKAN MASALAH BERAYAT .

3y ago
184 Views
2 Downloads
361.56 KB
11 Pages
Last View : 18d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Maxton Kershaw
Transcription

Volume: 4 Issues: 31 [June, 2019] pp.56-66]International Journal of Education, Psychology and CounselingeISSN: 0128-164XJournal website: www.ijepc.comPENGGUNAAN KAEDAH BUCK DALAM MENYELESAIKANMASALAH BERAYAT MATEMATIKUSE OF BUCK METHOD MATHEMATICS PROBLEM SOLVINGMahaletchumy A/P KumarasamyFakulti Pendidikan, UKM(Email: mahaletchumykumarasamy@gmail.com)Accepted date: 04-11-2018Published date: 07-07-2019To cite this document: Kumarasamy, M. (2019). Penggunaan Kaedah Buck dalamMenyelesaikan Masalah Berayat Matematik. International Journal of Education, Psychologyand Counseling, 4 (31), 56-66.DOI: 10.35631/IJEPC.431006Abstrak: Penyelesaian masalah berayat matematik merupakan kemahiran matematik yangharus dikuasai oleh setiap pelajar. Kajian ini mengunakan kaedah BUCK untuk membantupelajar meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah berayat matematik bagi topik PecahanTahun 5. Kajian tindakan ini dijalankan terhadap 4 responden dari sebuah sekolah jeniskebangsaan tamil di Negeri Sembilan. Soalan penyelesaian masalah diberikan dan dianalisissecara kuantitatif. Dapatan menunjukkan responden tidak memahami maksud dan kehendaksoalan dan gagal menentukan operasi yang betul. Hasil kajian menunjukkan kaedah BUCKdapat meningkatkan kemahiran pelajar menyelesaikan masalah berayat matematik secarasistematik.Kata Kunci: Masalah berayat Matematik, Kaedah BUCKAbstract: Problem solving is a mathematical skill that must be mastered by every student.This study uses the BUCK method to enhanced students skills in solving Fraction wordproblems for Year 5 pupil. This study was conducted on 4 respondents from a Tamil nationalschool in Negeri Sembilan. Problem solving questions are given and analysed quantitatively.The findings showed that respondents did not understand the meanings and the questions andfailed to determine the correct operation. The results of the study showed that BUCK methodcan improve the skill of pupils solving mathematical problems systematically.Keywords: Mathematical problems; BUCK MethodPengenalanKemahiran menyelesaikan masalah merupakan antara aspirasi murid yang disenaraikandalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025. Kemahiranmenyelesaikan masalah merupakan satu proses yang kompleks dan sukar dipelajari (Roslinaet.al,2010). Kemahiran menyelesaikan masalah sering dikaitkan dengan pengetahuan abstrakdalam konsep matematik. Maka, strategi pengajaran yang melibatkan penggunaan masalah56

bukan rutin dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membina pemikiran aras tinggi(KBAT). Malang sekali, tidak semua pelajar mampu menyelesaikan masalah berayatmatematik kerana mereka menghadapi kesukaran dalam fasa-fasa tertentu yangdiperkenalkan oleh Polya (1973).Kesukaran pelajar menyelesaikan masalah berayat menyebabkan mereka gagal serta engganmenyelesaikan masalah berayat matematik yang terbukti dalam pencapaian Matematikpelajar Malaysia dalam pentaksiran antrabangsa seperti Trends in International Mathematicsand Science Study (TIMSS). Kajian Susanti et.al. (2014) mendapati pelajar sukar untukmenyelesaikan masalah berayat dan antara kesukaran yang dihadapi oleh mereka adalah, a)membaca dan menterjemahkan data, b) menentukan dan mewakilkan data dan c) membuatkesimpulan dan penghujahan. Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan (2011) menyatakan pelajarcenderung menyelesaikan masalah Matematik menggunakan teknik hafalan prosedur danistilah-istilah yang dikenali sebagai kata kunci. Amalan hafalan prosedur dan kata kuncidapat membantu pelajar menyelesaikan penyelesaian masalah rutin yang melibatkanalgoritma yang sudah dipelajari tanpa memahami masalah Matematik yang diberikan.Oleh itu, satu kaedah alternatif baru yang sistematik dan teratur harus diperkenalkan kepadapelajar untuk menyelesaikan masalah berayat matematik. Maka, kajian ini dijalankan untukmencari kaedah alternatif baru dalam membantu pelajar-pelajar sekolah rendahmenyelesaikan masalah berayat dalam tajuk Pecahan.Tujuan kajian ini ialah:1.Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menyelesaikanmasalah berayat matematik.2.Membantu meningkatkan kemahiran pelajar dalam menjawab masalah berayatmatematik dengan menggunakan kaedah BUCK.Tinjauan LiteraturPenyelesaian masalah Matematik dikaitkan dengan kemahiran hubungkait konsep Matematikdengan realiti (Boonen 2016). Menurut Yazgan (2016) menyatakan pelajar harus didedahkandengan strategi-strategi yang berkesan supaya pelajar tidak menghadapi masalahmenyelesaikan masalah berayat dalam Matematik.Nik Nur Fadhlillah Abd Razak et.al (2014) menyatakan bahawa terdapat pelbagai modelpenyelesaian masalah yang diperkenalkan oleh ahli-ahli Matematik bagi meningkatkankemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar. Antara model yang diperkenalkanialah Model Polya (1945). Model ini sering digunakan dalam buku teks Matematikpendidikan Malaysia. Rajah 1 menunjukkan model ini mengariskan empat fasa penyelesaianmasalah iaitu memahami masalah, merancang strategi, melaksanakan strategi dan menyemaksemula jawapan.57

Memahami MasalahMenyediakan RancanganPenyelesaianMelaksanakan RancanganRancanganBerhasil?MenyemakTamatRajah 1: Proses Penyelesaian Masalah Model Polya (1945)Model Polya telah dikaji dalam banyak kajian penyelesaian masalah matematik. Fasa atauperingkat dalam Model Polya sering disenaraikan secara umum. Tahap pelajar dalampenyelesaian masalah bukan rutin menggunakan Model Polya berada pada tahap sederhanadimana pelajar sering menghadapi masalah kefahaman soalan dan transformasi (NorulbiahNgah dan Effandi Zakaria 2016; Azurah Mohd Johar dan Effandi Zakaria 2015; Johari binHassan dan Yeong Wai Chung 2010). Kajian-kajian lepas memberi pelbagai pandangan yangberbeza mengenai kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dalam menyelesaikan masalahmatematik. Namun, harus diberi perhatian bahawa kegagalan menyelesaikan masalah berayatmatematik ialah kegagalan pelajar memahami soalan kerana pelajar tidak dapat mengkaitkansoalan dengan konsep Matematik yang sesuai.Maka, ‘Youtube’ Bahagian Pendidikan mempunyai satu video yang bertajuk “Easy system tosolve word problems” (Smartatmath, 2011). Video ini menggunakan kaedah ‘BUCK’ iaitubersamaan dengan istilah wang dalam Bahasa Inggeris untuk menyelesaikan masalah berayatmatematik. Kaedah ini mengikut strategi parafrasa yang diutarakan oleh Montague (2005)dan strategi Subgol oleh Aida Suraya (1989) dalam konteks yang lebih mudah dan menarikperhatian pelajar-pelajar sekolah rendah. Kaedah ini lebih berfokus kepada maklumatmaklumat yang boleh membantu pelajar memahami masalah-masalah bukan rutin dalammatematik.58

Metodologi KajianRekabentuk KajianKajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang diperkenalkan oleh Jean Mc Niff(2003) yang melibatkan satu kitaran. Rajah 2 menunjukkan kitaran Jean Mc Niff.Rajah 2: Model Jean Mc NiffKitaran pertama merupakan fasa memperkenalkan kaedah BUCK untuk meyelesaikanmasalah berayat matematik. Pendekatan kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dankualitatif untuk menganalisis hasil dapatan instrumen seperti analisis dokumen latihan awal,latihan akhir, pemerhatian, temubual dan senarai semak.Intervensi Kaedah BUCKKaedah BUCK ditemui dalam ‘Youtube’ Bahagian Pendidikan bertajuk “Easy system tosolve word problems” (Smartatmath, 2011). Video ini menggunakan kaedah ‘BUCK’ iaitubersamaan dengan istilah wang dalam Bahasa Inggeris untuk menyelesaikan masalah berayatmatematik.Huraian singkatan ‘BUCK’ ialah:B Box the question / Kotakkan soalanU Underline important information / Gariskan maklumat yang pentingC Circle the keyword / Bulatkan kata kunciK Knock out unnecessary information / Potong maklumat yang tidak perluEasy system to solve word problem (Smartatmath, 2011)59

Penyelesaian menggunakan kaedah ‘BUCK’ adalah seperti berikut:Contoh soalan:Kajian menunjukkan daripada murid bermain bola sepak takraw. daripada murid yangbermain bola sepak takraw juga bermain badminton. Jika terdapat 132 orang murid, berapabilangan murid yang bermain bola sepak takraw dan badminton?Kajian menunjukkan daripada murid bermain bola sepak takraw. daripada murid yangbermain bola sepak takraw juga bermain badminton. Jika terdapat 132 orang murid,berapa bilangan murid yang bermain bola sepak takraw dan badminton?Responden KajianKajian ini dijalankan terhadap pelajar Tahun 5 di salah sebuah Sekolah Jenis KebangsaanTamil (SJKT) di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Teknik persampelan bertujuandigunakan untuk memilih responden yang menghadapi masalah dalam menyelesaikanmasalah berayat matematik tetapi mempunyai kemahiran operasi asas matematik yang baik.Seramai 4 responden dipilih berdasarkan pemerhatian dan analisis dokumen buku latihan dankertas ujian. Didapati pelajar-pelajar ini mahir dalam pengiraan matematik tetapi tidak dapatmenyelesaikan masalah berayat matematik.Responden kajian terdiri daripada 2 pelajar lelaki dan 2 pelajar perempuan dalam kelas yangsama supaya tidak diskriminasi jantina. Mereka merupakan pelajar-pelajar yang tidak dapatmenyelesaikan masalah berayat kerana tidak faham kehendak soalan.InstrumentasiTriangulasi data analisis dokumen latihan awal, latihan akhir dan temubual respondenmenyelesaikan masalah berayat sebelum dan selepas kaedah BUCK dianalisis secarakuantitatif dan kualitatif untuk mendapatkan maklumat tentang masalah yang dihadapi olehresponden dan cara mereka menyelesaikan masalah berayat. Set soalan yang digunakan60

dalam kajian ini ialah empat soalan subjektif dalam topik Pecahan yang telah digunakan olehAbdul Halim Abdullah (2015). Soalan-soalan ini telah dibina oleh Abdul Halim Abdullahdan Liyana Zainal Abidin. Soalan temu bual separa berstuktur digunakan selepas ujian awaldan ujian akhir bagi menilai kaedah BUCK dalam membantu murid menjawab masalahbukan rutin dengan tepat.Dapatan KajianSoalan Kajian 1Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menyelesaikan masalah berayatmatematik?Hasil pemerhatian awal mendapati empat responden kajian menghadapi masalah sepertiberikut semasa menyelesaikan masalah berayat matematik bagi topik pecahan:i.ii.Tidak faham kehendak soalan.Meneka operasi matematik bagi menyelesaikan masalah berayat matematik.Hasil dapatan temubual bersama responden kajian menyatakan bahawa dua pelajar menekaoperasi matematik bagi setiap soalan yang diberikan. Terdapat dua responden yang tidak tahuoperasi matematik yang sesuai dan meninggalkan soalan-soalan berayat tidak terjawab.Soalan Kajian 2Adakah terdapat perbezaan pencapaian responden dalam menyelesaikan masalah bukan rutinsebelum dan selepas kaedah BUCK diperkenalkan?Selepas intervensi dijalankan, didapati bahawa responden kajian dapat menjawab masalahberayat dengan lebih baik iaitu petakkan soalan, gariskan informasi penting, bulatkan katakunci dan pangkah informasi yang tidak perlu dapat membantu responden menyelesaikanmasalah berayat matematik. Kaedah BUCK juga membantu responden-responden kajianmemahami masalah berayat matematik. Rajah 3 dan 4 menunjukkan contoh penyelesaianmasalah berayat responden kajian 3 dalam latihan awal dan latihan akhir.Rajah 3: Jalan kerja Responden Kajian 3 dalam latihan awal61

Rajah 4: Jalan kerja Responden Kajian 3 dalam latihan akhirResponden kajian 3 telah berjaya mengaplikasikan penggunaan kaedah BUCK dalammenyelesaikan masalah bukan rutin. Kedua-dua contoh hasil analisis iaitu rajah 3 dan 4menunjukkan perbezaan responden kajian menyelesaikan masalah berayat menggunakankaedah BUCK.Rajah 5 merupakan hasil kerja responden kajian 2 menggunakan Kaedah BUCK untukmenyelesaikan masalah bukan rutin. Responden kajian 2 telah menggunakan petakkan soalandan gariskan informasi bagi membantunya memilih operasi yang betul untuk menyelesaikanmasalah bukan rutin. Bentuk lazim yang ditulis oleh responden kajian 2 adalah kemas danteratur.Rajah 5: Hasil Kerja Responden Kajian 2 dalam Latihan Akhir62

Pemerhatian dalam latihan akhir menunjukkan responden kajian sangat suka menyelesaikanmasalah berayat matematik berbanding dengan latihan awal. Kaedah BUCK dapat membantupeserta kajian memahami dan menyelesaikan masalah berayat matematik secara sistematikdan tepat. Dapatan kajian ini dikukuhkan lagi dengan temubual bersama responden kajian.Hasil temu bual menyatakan bahawa responden kajian telah menggunakan kaedah BUCKuntuk membantu mereka memahami masalah berayat matematik dan pada masa yang sama,mereka dapat memilih operasi yang betul bagi menyelesaikan masalah berayat yangdiberikan dalam latihan akhir.Responden kajian didapati dapat menunjukkan peningkatan dalam menjawab masalahberayat matematik. Berdasarkan jadual 1, responden kajian dapat memperoleh markah penuhuntuk beberapa masalah berayat matematik. Pencapaian responden kajian telah meningkatdalam latihan akhir yang dijalankan oleh pengkaji.Jadual 1: Pencapaian Peserta Kajian mengikut Soalan dalam Latihan Awal danLatihan AkhirSoalan 1(3 markah)Soalan 2(3 markah)Soalan 3(3 markah)Soalan 4(3 markah)Jumlah(12 03010PK302030203010PK403030303012Oleh itu, kaedah BUCK telah berjaya menyelesaikan masalah responden kajian iaitu tidakmemahami soalan berayat matematik. Mereka sangat gembira dengan markah yang diperoleholeh mereka dalam latihan akhir.PerbincanganKajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid dalam menjawabmasalah berayat dengan menggunakan kaedah BUCK. Empat soalan berayat berkaitandengan topik Pecahan telah diedarkan kepada responden kajian. Pencapaian responden kajiandalam latihan awal adalah sangat menyedihkan kerana hanya responden kajian 1 yangmendapat markah 1 daripada 12, manakala responden kajian 2,3 dan 4 tidak dapat sebarangmarkah bagi empat soalan berayat matematik. Namun, latihan akhir menunjukkanpeningkatan yang cemerlang dalam kalangan responden kajian. Responden kajian 4 telahmendapat markah penuh, manakala responden kajian yang lain mendapat markah 10 dan 11.63

Pencapaian ini menunjukkan bahawa responden kajian dapat memahami masalah berayatmatematik dan menyelesaikan masalah berayat menggunakan kaedah BUCK.Kepentingan KajianPenyelesaian masalah berayat diterapkan dalam diri pelajar untuk mengenali pelajar yangmampu menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Chong Siew Ha dan RoslindaRosli (2017) menyatakan bahawa penyelesaian masalah berayat merupakan satu kemahiranasas yang perlu dipelajari oleh pelajar supaya mereka dapat menyelesaikan masalahkehidupan rutin dan bukan rutin dengan pelbagai strategi penyelesaian. Kajian ini pentinguntuk membantu pelajar menyelesaikan masalah berayat supaya mereka sentiasa sediamenghadapi masalah dalam kehidupan seharian.Kajian ini penting untuk membantu pelajar memahami soalan berayat supaya mereka dapatmembentuk ayat matematik yang betul untuk menyelesaikan soalan berayat. Kenyataan sayadisokong oleh kajian Boonen (2016) yang menyatakan kefahaman pembacaan teks matematikdimana pelajar menghadapi kesukaran dalam menterjemah masalah matematik berayat dalambentuk persamaan dan simbol. Maka, langkah pertama dalam kaedah BUCK merupakan satulangkah pemahaman soalan berayat matematik.Garelick (2013) menyatakan bahawa teknik pengajaran guru matematik banyak mendorongpelajar untuk menyelesaikan masalah matematik. Justeru itu, kaedah BUCK merupakan satukaedah baru yang membantu murid-murid Tahun 5 memahami dan menyelesaikan masalahberayat matematik. Penyelesaian masalah berayat matematik memberi keyakinan kepadapelajar untuk mempelajari, menguasai dan menggunakan ilmu Matematik dengan betul.Implikasi KajianKajian ini memberi implikasi yang positif kepada diri responden kajian kerana respondenkajian telah mendapat satu pengetahuan dan pengalaman yang baru. Kajian ini telahmembantu mengenal pasti masalah pelajar serta cara-cara mengatasi masalah pelajarmenyelesaikan masalah berayat.Responden kajian juga menunjukkan peningkatan dalam menyelesaikan masalah berayatmatematik. Selain itu, mereka juga lebih bermotivasi dan berkeyakinan untuk menyelesaikanmasalah berayat matematik.Selain itu, guru-guru Matematik yang lain juga boleh menggunakan kaedah BUCK dalampengajaran penyelesaian masalah. Kaedah ini akan membantu pelajar memahami masalahberayat dan membantu pelajar menulis ayat matematik yang betul.Cadangan Kajian LanjutanKajian lanjutan daripada kajian ini ialah kajian boleh dijalankan di sekolah-sekolah laindengan responden kajian yang berbeza intelektual untuk meninjau keberkesanan kaedahBUCK membantu pelajar menyelesaikan masalah berayat matematik.RumusanSecara kesimpulan, intervensi yang sesuai harus diterokai oleh guru-guru untuk membantupelajar menyelesaikan masalah. Kajian ini berjaya meningkatkan pemahaman soalan berayatdalam kalangan murid Tahun 5 dan membantu mereka menggunakan operasi yang betuluntuk menyelesaikan masalah berayat matematik. Kajian ini telah berjaya memperkenalkansatu kaedah baru yang boleh digunakan untuk penyelesaian masalah berayat sama adamasalah rutin mahupun masalah bukan rutin. Oleh itu, pelbagai kaedah atau teknik harus64

diperkenalkan kepada murid supaya ilmu yang ingin disampaikan dapat difahami oleh muridmurid.RujukanAbdul Halim Abdullah et al. (2014). Non-routine Mathematical Problems among In-Serviceand Pre-Service Mathematics Teachers. Proceedings of IEEE InternationalConference on Teaching, Assessment and Learning for Engineering: Learning for theFuture Now, TALE 2014, Disember: 18-24.Abdullah, A. H., Abidin, N. L. Z., & Ali, M. (2015). Analysis of Students’ Errors in SolvingHigher Order Thinking Skills (HOTS) Problems for the Topic of Fraction. AsianSocial Science, 11(21), 133.Aida Suraya Hj. Md. Yunus (1989). Pendekatan Dalam Penyelesaian Masalah Matematik.Berita Matematik, 35, 13 -19.Azurah Mohd Johar & Effandi Zakaria (2015). Analisis Kesilapan Bagi Tajuk PecahanDalam Kalangan Murid Tahun Empat. Jurnal Pendidikan Matematik, 3(2): 1-17.Boonen, A. J. H., Reed, H. C., Schoonenboom, J., & Jolles, J. (2016). It’s Not a MathLesson--We’re Learning to Draw! Teachers’ Use of Visual Representations inInstructing Word Problem Solving in Sixth Grade of Elementary School. FrontlineLearning Research, 4(5), 55–82. https://doi.org/10.14786/flr.v4i5.245Siew, C., & Pengarang, H. (2017). Penggunaan Kaedah Cubes Dalam Penyelesaian MasalahMatematik Berayat Tahun 6, 42–56.Garelick, B. (2013). Problem Solving: Moving from Routine to Nonroutine andBeyond. Notices of the American Mathematical Society, 60(10), eijer, K., Stephan, M., Julie, C., Lin, F. L., & Ohtani, M. (2017). What MathematicsEducation May Prepare Students for the Society of the Future? International Journalof Science and Mathematics Education, 15, 105–123. https://doi.org/10.1007/s10763017-9814-6Johari Bin Hassan & Chung Y.W. (2010). Keupayaan dan Kelemahan ingkatanLima.http://eprints.utm.my/10316/2/Yeong Wai Chung.pdf (7 April 2018)Montague, M. (2005). Math problem-solving for upper elementary students with g 20Elementary.pdf (23 April 2018)Nik Nur Fadhlillah Abd Razak et al. (2014). Keupayaan Penyelesaian Masalah MatematikDalam Kalangan Pelajar Tingkatan 2. Jurnal Pendidikan Matematik, 2(2): 1-13.Norulbiah Ngah & Effandi Zakaria (2016). Keupayaan Pelajar Dalam Menjana Masalah,Menyelesaikan Masalah Matematik dan Sikap Pelajar Terhadap PenyelesaianMasalah. Jurnal Pendidikan Matematik, 4(1): 1-16.Roslina Radzali, T. Subahan Mohd Meerah & Effandi Zakaria (2010). Hubungan antarakepercayaan matematik, metakognisi dan perwakilan masalah dengan kejayaanpenyelesaian masalah Matematik. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (2), 1-7.Saleh, S., & Aziz, A. (2012). Teaching practices among secondary school teachers inMalaysia. International Proceedings of Economics Development and Research, 47,63-67.Smartatmath (2011, Mac 11). Easy system to solve word problems [Video file].http://www.you

Abstrak: Penyelesaian masalah berayat matematik merupakan kemahiran matematik yang harus dikuasai oleh setiap pelajar. Kajian ini mengunakan kaedah BUCK untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah berayat matematik bagi topik Pecahan Tahun 5. Kajian tindakan ini dijalankan terhadap 4 responden dari sebuah sekolah jenis

Related Documents:

(a) pelaksanaan PCB di bawah kaedah 3 Kaedah-Kaedah PCB; (b) contoh penentuan amaun saraan yang layak yang tertakluk kepada PCB; (c) cara pengiraan PCB secara manual; dan (d) Jadual Potongan Cukai Bulanan 2016. 3. KAEDAH PELAKSANAAN PCB 3.1. Penentuan amaun PCB adalah berdasarkan formula berikut: (a) Jadual Potongan Cukai Bulanan; atau

BAB 1: -Kaedah takhrij-Tatacara kerja dalam takhrij hadis-Mukaddimah awal dalam meneliti keadaan hadis serta penentuan kaedah termudah dalam takhrij. Fasal 3: Kaedah Takhrij-Kaedah Pertama: Takhrij menerusi lafaz gharib atau penting. - Jenis kitab kaedah ini - Pengenalan al-Mu’jam al-Mufahras - Peringkat takhrij menerusi

Many different window and door buck materials and installation methods are available: NUDURA Easy Buck Wood Buck EPS End Caps (Windows) Vinyl Buck Steel Buck Openings Wood Buck Options: Inside form Cut exterior form edge Over full form * Bottom of buck must be left open for concrete placement Openings

Jika anda mengkaji apakah kesan pengajaran guru terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains, maka kaedah pengajaran guru merupakan pembolehubah bebas. Ini adalah kerana kaedah pengajaran guru boleh dimanipulasi – kaedah berpusatkan guru atau kaedah berpusatkan pelajar.

Jadual 1. Jadual 1: Kaedah Pengambilan dan Pelantikan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (1971-2012) Tahun Kaedah Pelantikan PTD 1971-1999 Kaedah Pengambilan Kadet PTD dan Kaedah Pelantikan Sementara. Bermula tahun 1976, Kursus DPA (Latihan Asas PTD) sepenuh masa dijalankan. Pegawai dilantik tetap setelah lulus dengan jayanya dalam Kursus DPA

dalam penggunaan ICT demi memantapkan pengajaran dan pembelajaran. Dengan kajian ini juga masalah- masalah yang dihadapi oleh para guru dalam penggunaan ICT akan dapat dikenalpasti. Ini untuk meningkatkan motivasi para guru dalam penggunaan ICT pada masa akan datang. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengkaji : 1.

melalui komunikasi verbal, nonverbal, dan atau paralinguistic. Strategi pesan . abel 21 Penggunaan Bahasa Jawa Dalam April 2011 79 abel 22 Penggunaan Bahasa Prokem Dalam disi April 2011 80 abel 23 Penggunaan Bahasa Asing Dalam " Edisi April 2011 80 abel 24 Penggunaan Bahasa Serapan Dalam .

AngularJS, and honestly, I cannot imagine writing this same application using another kind of technology in this short period of time. I was so excited about it that I wrote an article on using AngularJS with Spring MVC and Hibernate for a magazine called Java Magazine. After that, I created an AngularJS training program that already has more than 200 developers who enrolled last year. This .