IMPLEMENTASI ANIMASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN .

3y ago
45 Views
4 Downloads
721.81 KB
12 Pages
Last View : 6d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Mollie Blount
Transcription

Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj.Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, KhazriOsman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir FakultiPengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA ISBN978-967-5478-78-9IMPLEMENTASI ANIMASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBAHASA ARABNorhayati Che Hat,1 Shaferul Hafes Sha'ari,2Mohd Fauzi Abdul Hamid 3.1,2,3norhayatich@unisza.edu.myUniversiti Sultan Zainal Abidin.Abstrak: Implementasi animasi sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam pembelajaranbahasa Arab merupakan satu inovasi dalam mewujudkan suasana yang mampumempengaruhi pencapaian pelajar. Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesananpenggunaan animasi dalam pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar diploma diUniversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu. Seramai 66 orang pelajar diplomatahun pertama yang dipilih secara rawak telah dibahagikan kepada kumpulan eksperimen(n 33) dan kumpulan kawalan (n 33) . Keputusan yang diperolehi daripada data yangdikumpulkan dari ujian pra dan pasca bagi setiap kumpulan telah dianalisis denganmenggunakan ujian-t dalam SPSS versi 17.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapatperbezaan statistik yang signifikan (t 8.789, df 64, p 0.05) antara pencapaian kumpulaneksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Nilai perbezaan skor min kumpulaneksperimen dan kumpulan kawalan adalah 33.03. Ini menunjukkan terdapat perbezaansignifikan dalam pencapaian bahasa Arab berdasarkan kumpulan. Perbezaan ini menunjukkanbahawa penggunaan animasi dalam sesi pembelajaran menyumbang kepada pencapaianpelajar dalam bahasa Arab. Kajian ini menyokong idea bahawa aplikasi animasi bolehdiintegrasikan dalam kelas-kelas pembelajaran bahasa bukan sebagai cara alternatif tetapisebagai salah satu bahan bantu mengajar yang menyumbang secara positif kepada pencapaianpelajar, suasana kelas pembelajaran dan motivasi pelajar.Kata Kunci: Implementasi, inovasi, animasi, bahan bantu mengajar, pembelajaran BahasaArab.PENGENALANPengajaran dan pembelajaran (P&P) berasaskan multimedia semakin berkembang pesat padamasa kini. Animasi adalah salah satu elemen multimedia yang turut diaplikasikan dalamproses P&P kerana elemen ini mampu menzahirkan sesuatu fantasi manusia ke alam realiti.Menurut Norazamudin (2005), perkataan animasi adalah berasal daripada Latin yangmembawa erti ‘dihidupkan’ ataupun ‘bring to life’ yang merujuk kepada suatu prosesmenjadikan sesuatu objek yang pada dasarnya adalah statik agar kelihatan hidup. Duniaanimasi bukan hanya bertumpu kepada hiburan, pelancongan dan perniagaan sahaja, bahkanjuga dalam bidang pendidikan. Dalam dunia pendidikan, animasi memainkan peranan pentingsebagai daya penarik minat pelajar untuk belajar dan dapat membantu guru-guru untukmemotivasikan pelajar ke arah pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Kenyataan ini turutdisokong oleh (Aminordin, 2007; Abd Rashid et al., 2012), yang menyatakan bahawa1

animasi merupakan cara yang efektif untuk menarik perhatian dan berpotensi menjadikanpembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Selain daripada dapat menarik perhatianpelajar, animasi juga dapat menyampaikan mesej dengan lebih pantas berbandingpenggunaan media yang lain. Menurut Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2003), animasidapat menyampaikan konsep yang kompleks secara visual dan dinamik. Ini memudahkanpenerangan konsep ataupun demonstrasi sesuatu kemahiran dapat difahami dan diingatidengan mudah oleh pelajar. Selain itu, animasi digital juga dapat meningkatkan motivasi danmerangsang pemikiran pelajar supaya dapat mengurangkan beban kognitif pelajar dalammenerima isi pelajaran. Hal ini konsisten dengan kajian Baharuddin et al. (2003) yangmenyatakan bahawa bahan multimedia interaktif yang mempunyai visual grafik, teks, muzik,video serta animasi, mampu meningkatkan kadar penerimaan pelajar mengenai sesuatu bahanyang diajar sebanyak 30% lebih daripada pelajar yang menggunakan kaedah pembelajarantradisional. Ia membolehkan pelajar memanfaatkan lebih banyak deria dalam mengumpulmaklumat. Ini secara tidak langsung mempercepatkan dan meningkatkan proses pemahaman(Ko, S & Rossen, S., 2008) serta mengekalkan maklumat tersebut dalam tempoh masa yanglebih lama dalam ingatan (Paivio, 1986).Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui peranan dan keberkesanan animasidalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam bahasa Arab. Kajian ini memfokuskan kepadapencapaian pelajar kumpulan eksperimen (kaedah pembelajaran menggunakan bahan bantuanimasi) dan kumpulan kawalan (kaedah pembelajaran secara konvensional). Ini bertujuanuntuk membandingkan pencapaian mereka selepas mengikuti sesi pembelajaran mengikutkaedah pengajaran masing-masing. Diharapkan hasil kajian ini dapat memberi rangsangandan galakan kepada para pensyarah untuk memahirkan diri menggunakan teknologi untukdiaplikasikan di dalam kelas supaya kaedah pengajaran dapat dipelbagaikan dari semasa kesemasa mengikut kesesuaian peringkat umur, objektif pengajaran dan sebagainya.ANIMASI DALAM PEMBELAJARANPelbagai kajian telah dijalankan untuk mengetahui peranan dan keberkesanan animasi dalamproses pengajaran dan pembelajaran. Kajian awal tentang keberkesanan penggunaan animasisebagai bahan pembelajaran telah dijalankan oleh King, 1975 (Saw, 1999). Dalam kajianKing, hasil kajian mendapati skor ujian pos bagi ketiga-tiga corak persembahan pembelajaraniaitu persembahan animasi, rajah statik dan teks sahaja tidak menunjukkan perbezaan yangsignifikan. Dengan itu, King berpendapat animasi kurang sesuai digunakan bagi bahanpembelajaran berbentuk kefahaman dan konsep. Beliau berpandangan animasi lebih sesuaidigunakan untuk tugas yang melibatkan masa dan pergerakan. Manakala Large (1996)berpendapat animasi berkesan apabila pelajar dikehendaki mempelajari satu siri langkahlangkah. Ini menunjukkan mungkin sifat kandungan bahan pembelajaran turut mempengaruhikeberkesanan animasi.Hasil kajian Spangenberg (1973) mendapati prestasi pelajar yang memerhatikan pitavideo (animasi) dalam sesi pembelajaran adalah lebih baik daripada prestasi pelajar yangmemerhatikan siri imej statik. Kajian ini selari dengan dapatan kajian yang telah dilakukanoleh (Mayer & Anderson, 1991; Mayer & Sims, 1994). Kajian Baek & Layne (1988)menunjukkan bahawa skor min pasca ujian bagi pelajaran Matematik yang mengandungigrafik animasi lebih tinggi berbanding pelajaran yang menggunakan grafik statik atau tekssahaja. Baek & Layne juga mendapati pelajar dalam kumpulan grafik animasi menggunakanmasa yang lebih singkat untuk belajar. Dapatan kajian ini disokong dengan hasil kajian Park& Gittelman (1992) yang mendapati persembahan grafik animasi lebih efektif berbandingpersembahan grafik statik bagi mengajar kemahiran berteraskan komputer. Menurut Park &Gittelman, animasi dapat membantu ilustrasi struktur yang kompleks, fungsi dan prosedur2

perkaitan antara objek dan gerakan. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian ChanLin (2001)yang mendapati penggunaan animasi lebih berkesan berbanding dengan pembelajaran secarastatik. Hasil kajian Mayer dan Moreno (2002) berkaitan penggunaan animasi sebagai bahanbantu mengajar (BBM) kepada pembelajaran multimedia, mendapati bahawa terdapat kesanyang sangat konsisten terhadap penggunaan animasi dalam proses pembelajaran multimediaberbanding dengan teknik tradisional iaitu sekadar menyampaikan maklumat secara verbal(syarahan). Kajian ini menegaskan penggunaan persembahan multimedia seperti animasidalam proses pembelajaran menjadikan proses itu lebih bermakna dan efektif.Terdapat juga beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan pembelajaran bahasamenerusi perisian animasi. Boswood (1997) dalam kajiannya mendapati bahawa penggunaananimasi dalam proses pembelajaran bahasa yang disifatkannya sebagai edutainment(pembelajaran secara berhibur) membawa keseronokandan menukarkan suasanapembelajaran itu menjadi lebih kondusif. Hasil kajian Kayaoglu et al. (2011) mendapati,terdapat peningkatan yang signifikan terhadap keputusan ujian pos pelajar yangmenggunakan animasi dalam pembelajaran mereka berbanding dengan ujian pra. Dapatan iniselari dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Lin & Tseng (2012) ke atas 88 orang pelajaryang mempelajari perkataan sukar bahasa Inggeris di sekolah tinggi junior di utara Taiwan.Hasil kajian mereka menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara ketiga-tigakumpulan, di mana pencapaian kumpulan pelajar yang mempelajari perkataan bahasaInggeris melalui video animasi dan teks mengatasi kumpulan yang menggunakan teks dangambar, dan teks sahaja. Hasil kajian yang dijalankan oleh Abdul Rasid et al. (2012) bagimengenal pasti persepsi 56 orang guru bahasa Melayu di sekolah rendah daerah Sepangterhadap penggunaan animasi dalam pengajaran penulisan karangan bahasa Melayumendapati penggunaan animasi memberi kesan positif dalam mewujudkan suasanapembelajaran yang seronok dan dapat mempengaruhi emosi pelajar walaupun tahapkesedaran terhadap penggunaannya masih rendah dalam kalangan guru. Justeru, kajian-kajiantersebut menyokong idea untuk mengintegrasikan aplikasi animasi dalam kelas-kelaspembelajaran bahasa. Namun aplikasi tersebut bukan sebagai cara alternatif tetapi sebagaisatu cara tambahan atau bahan bantu untuk menyumbang secara positif terhadap pencapaianpelajar dan juga kepada suasana kelas pembelajaran dan motivasi pelajar.Implementasi animasi tidak hanya terhad kepada pembelajaran bahasa Inggeris sahajamalah turut digunakan dalam pembelajaran bahasa Arab. Kajian terhadap penggunaanteknologi animasi berasaskan web dalam pembelajaran bahasa Arab telah dijalankan olehJanudin Sardi (2009). Hasil kajian tersebut mendapati beberapa kelebihan aplikasi dapatdikenalpasti, antaranya fleksibiliti pengguna dalam mengakses aplikasi, tarikan pembelajaranyang menarik melalui persembahan elemen multimedia khususnya penggunaan teknologianimasi, di samping pengguna juga mudah menerokai semua pautan dalam aplikasi. Oleh itu,aplikasi ini merupakan satu inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.Hasil kajian yang dijalankan oleh Norhayati (2013) ke atas 20 orang pelajar diploma diUniversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu, mendapati bahawa pelajarmempunyai persepsi yang tinggi dan memberi respons positif terhadap penggunaan animasidalam pembelajaran bahasa Arab dengan nilai purata 4.34.METODOLOGI KAJIANReka Bentuk KajianBagi meninjau sejauh mana keberkesanan animasi dalam pembelajaran bahasa Arab dalamkalangan pelajar maka satu kajian telah dilakukan ke atas para pelajar bahasa Arab. Kajian inimelibatkan 66 orang pelajar diploma tahun pertama daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan& Perakaunan, Fakulti Reka Bentuk dan Teknologi Kejuruteraan, Universiti Sultan Zainal3

Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak. Kesemua sampel adalah pelajar yang tidakmempunyai asas bahasa Arab. Ini dikenalpasti melalui ujian yang dilaksanakan sebelumkajian dijalankan. Sampel kajian dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan(mengikuti pembelajaran secara tradisional) dan kumpulan eksperimen (pembelajaranmenggunakan bahan bantu animasi). Para pelajar telah mengikuti kelas pembelajaran bahasaArab selama lapan (8) minggu. Rajah 1 berikut menjelaskan prosedur kajian.Pemilihan Sampel KajianPengagihan secara rawakKumpulan KawalanKumpulanEksperimenUjian praUjian praPembelajaranbahasa Arab tidakmenggunakananimasiPembelajaranbahasa ArabmenggunakananimasiUjian pascaUjian pascaAnalisis perbezaan prestasi ujianantara kumpulanRajah 1: Kerangka prosedur kajianSelepas melakukan pemilihan sampel secara rawak, kesemua sampel menduduki ujian praiaitu selama satu jam untuk menilai tahap penguasaan mereka. Selepas melaksanakan ujianpra, sampel mengikuti sesi pembelajaran selama lapan (8) minggu.Bahan pengajaran diubah suai daripada modul kursus UBA 1012 untuk disesuaikandengan tahap pelajar. Bahan-bahan tersebut terdiri daripada tiga teks perbualan yang telahdiintegrasikan dengan elemen animasi dan tiga bentuk latihan. Kesemua kandungan tadidipersembahkan dalam bentuk animasi. Rajah di bawah menunjukkan beberapa snapshotyang diambil daripada perisian yang digunakan dalam kajian.4

Rajah 2: Paparan kandungan pelajaranRajah 2 menunjukkan paparan kandungan pelajaran yang akan dipelajari oleh pelajar.Paparan ini mengandungi pautan pantas ke paparan teks pertama, kedua dan ketiga. Padapaparan ini juga terdapat pautan ke latihan satu, dua dan tiga.Rajah 3: Paparan pelajaran pertamaRajah 4: Paparan pelajaran kedua5

Rajah 5: Paparan pelajaran ketigaRajah 3 hingga 5 menunjukkan paparan pelajaran yang telah diintegrasikan dalam bentukanimasi. Pelajaran pertama menceritakan suasana pada hari pendaftaran kemasukan keuniversiti, pelajaran kedua pula menceritakan suasana di asrama manakala pelajaran ketigaperbualan di perpustakaan. Kesemua paparan disediakan sarikata bagi memudahkan pelajaruntuk mengikuti atau mengajuk perbualan yang diutarakan.Rajah 6: Paparan bentuk soalan suai atau padankan.6

Rajah 7: Paparan bentuk soalan susun huruf berpandukan gambarRajah 8: Paparan bentuk soalan pilih jawapan yang betulRajah 6 hingga 8 memaparkan beberapa bentuk soalan latihan yang terdapat dalam perisiantersebut. Rajah 6 memerlukan pelajar memadankan jawapan yang sesuai dengan betul. Rajah7 pula menghendaki pelajar menyusun huruf agar menjadi perkataan yang betul berpandukangambar. Manakala Rajah 8 menunjukkan pelajar hanya perlu memilih jawapan yang sesuaiberdasarkan pilihan yang telah disediakan.Setelah tamat sesi pembelajaran, sampel kajian akan menjalani ujian pasca selamasatu jam. Soalan ujian pasca menghendaki sampel untuk menjawab semua soalan sepertimana7

yang telah dilakukan semasa ujian pra. Ujian-ujian disemak dan diteliti berdasarkan markahyang dicapai oleh setiap sampel kajian bagi mengenal pasti tahap pencapaian pelajar.Instrumen KajianBagi mendapatkan data, kajian ini menggunakan ujian pra dan pasca bagi mengenalpastikeberkesanan pengajaran ini. Kedua-dua kumpulan menduduki ujian pra bagi menilai tahappencapaian awal bahasa Arab mereka. Ujian tersebut dijalankan sebelum mengikutipembelajaran bahasa Arab. Selepas melaksanakan ujian pra, sampel akan mengikuti kelaspembelajaran bahasa Arab selama lapan (8) minggu. Ujian pasca dijalankan setelah selesaisesi pembelajaran tersebut bagi mengenal pasti tahap pencapaian sampel setelah mengikutiproses pembelajaran.Analisis DataKeputusan ujian yang dijalankan pada akhir pembelajaran dianalisis dengan menggunakanSPSS versi 17.0. Ujian t telah dijalankan untuk mengetahui sama ada wujud perbezaansignifikan dalam pencapaian bahasa Arab berdasarkan kumpulan kawalan dan eksperimen.Perbezaan peningkatan pencapaian di antara kumpulan kawalan dan eksperimen turut diuji.DAPATAN KAJIANJadual 1 melaporkan keputusan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan pasca bagi pelajarkumpulan kawalan. Keputusan menunjukkan skor min ujian pra adalah sebanyak 37.82peratus dan skor min ujian pasca adalah sebanyak 40.79 peratus.Jadual 1: Statistik pencapaian kumpulan kawalan dalam ujian pra dan Ujian Pra3337.8212.333-1.24632.222Ujian Pasca3340.7914.439Daripada keputusan ini didapati skor min ujian pasca bahasa Arab melebihi min ujian prabahasa Arab. Peningkatan skor min ujian pasca bahasa Arab adalah sebanyak 2.97 peratus.Keputusan ujian t-berpasangan adalah tidak signifikan (t -1.246, df 32, p 0.05).Keputusan ini menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan di antara pencapaianujian pra dan pasca bahasa Arab bagi kumpulan kawalan.Jadual 2: Statistik pencapaian kumpulan eksperimen dalam ujian pra dan onnUjian Pra3333.9716.433-12.11132.000Ujian Pasca3373.8216.050Jadual 2 menunjukkan keputusan ujian pra dan pasca bahasa Arab bagi kumpulaneksperimen. Skor min bagi ujian pra adalah sebanyak 33.97 manakala ujian pasca 73.82peratus. Ini menandakan skor ujian min pasca bahasa Arab bagi kumpulan eksperimen turutmelebihi ujian pra. Peningkatan skor min ujian pasca bahasa Arab adalah sebanyak 39.85peratus. Keputusan ujian t-berpasangan adalah signifikan di mana nilai signifikan kurangdaripada nilai alpha (0.05) dengan nilai t -12.111, df 32. Keputusan ini menunjukkan8

bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara pencapaian ujian pra dan pasca bahasaArab bagi kumpulan eksperimen.Hasil analisis yang telah dijalankan, didapati berlaku peningkatan pencapaiankumpulan kawalan dan eksperimen dalam ujian pra dan pasca. Namun peningkatan bagikumpulan eksperimen lebih tinggi berbanding peningkatan yang berlaku bagi kumpulankawalan. Di sini dapatlah disimpulkan bahawa implementasi animasi dalam pembelajaranlebih meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran.Kajian ini juga bertujuan untuk melihat sama ada wujud perbezaan signifikan diantara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan setelah mengikuti pembelajaran bahasaArab. Oleh itu, ujian t telah dijalankan dan keputusan analisis seperti Jadual 3.Jadual 3: Ujian t pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalamujian pasca95% Confidence Intervalof the DifferenceKumpulanEksperimen&KawalanPencapaian UjiantDfSig. (2tailed)8.78964.000MeanDifference33.030Std. ErrorDifference3.758Lower25.523Upper40.538Setelah menjalankan analisis ujian-t sampel tak bersandar, dapatan dalam Jadual 3menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan, (t 8.789, df 64, p 0.05) antarapencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Inimenunjukkan nilai skor min kumpulan eksperimen (73.82) mengatasi nilai skor kumpulankawalan (40.79) secara signifikan. Nilai perbezaan skor min kumpulan eksperimen dankumpulan kawalan adalah 33.03. Oleh itu, keputusan ini melaporkan bahawa terdapatperbezaan signifikan dalam pencapaian bahasa Arab berdasarkan kumpulan.PERBINCANGANKeputusan kajian telah menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian bahasa Arab yangtinggi bagi pelajar UniSZA setelah menggunakan animasi dalam pembelajaran. Inimembuktikan bahawa animasi mampu membantu pelajar untuk meningkatkan pencapaianmereka tanpa mempunyai latar belakang penguasaan bahasa Arab. Kajian ini adalah selaridengan beberapa kajian lain yang telah dilakukan (Norhayati 2011; Kayaoglu et al. 2011).Justeru, kajian ini menyokong idea untuk mengintegrasikan aplikasi multimedia sepertianimasi dalam kelas-kelas pembelajaran bahasa sebagai elemen alternatif yang menyumbangsecara positif terhadap suasana pembelajaran dalam kelas dan memberi motivasi kepada parapelajar.Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi peningkatan markah ujian pasca bagikumpulan eksperimen dalam kajian ini. Antara faktor utama yang mungkin mendorongpeningkatan pencapaian tersebut ialah persembahan kandungan dalam bentuk animasi yanglengkap dengan elemen multimedia lain seperti gambar, video, suara dan lagu yang sesuaidengan kandungan pelajaran, berjaya menarik perhatian pelajar. Faktor ini konsisten denganpandangan Bright dan Prokosch (1995) serta Kumar (1995) yang menyatakan bahawapenggunaan perisian multimedia yang melibatkan pelbagai media mampu menambahkantempoh perhatian pelajaran seseorang pelajar dan juga dapat memotivasikan pelajar untukterus mempelajari bahan pembelajaran tersebut. Selain itu, animasi juga dapat menyampaikanmesej dengan lebih pantas berbanding penggunaan media yang lain. Di samping itu juga,animasi membantu pelajar mempercepatkan proses pemahaman serta mengekalkan maklumattersebut dalam tempoh masa yang lebih lama dalam ingatan pelajar (Jamalludin Harun dan9

Zaidatun Tasir, 2003). Hal ini dijelaskan dengan teori “Dual Coding” (Paivio, 1986).Menurut teori ini, sistem kognitif manusia terdiri dua sub sistem : sistem verbal dan sistemgambar (visual). Kata dan kalimat biasanya hanya diproses dalam sistem verbal (kecualiuntuk materi yang bersifat konkrit), sedangkan gambar diproses melalui sistem gambarmahupun sistem verbal. Jadi dengan adanya gambar dalam teks dapat

1 IMPLEMENTASI ANIMASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB Norhayati Che Hat,1 Shaferul Hafes Sha'ari,2 Mohd Fauzi Abdul Hamid 3. norhayatich@unisza.edu.my 1,2,3 Universiti Sultan Zainal Abidin. Abstrak: Implementasi animasi sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam pembelajaran bahasa Arab merupakan satu inovasi dalam mewujudkan suasana yang mampu

Related Documents:

b. Animasi Margue Animasi margue banyak dilihat pada situs web, yaitu suatu teks yang muncul dari bagian kanan layar, lalu begerak menuju ke kiri layar dan menghilang, begitu seterusnya. c. Animasi Transparan Animasi transparan adalah anim

Menurut Madcoms (2007:1) aplikasi Macromedia Flash Profesioanl 8 merupakan sebuah program animasi yang telah banyak digunakan oleh para animator untuk menghasilkan animasi yang professional. Diantara program-program animasi, program macromedia Flash Profesional 8 merupakan program yang paling fleksibel dalam pembuatan animasi, seperti Animasi

amalan pengajaran dan kesediaan dalam penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) akan menyebabkan kelemahan dalam pengajaran bahasa Arab. Nik Mohd Rahimi & Kamarulzaman (2006) mendapati bahawa pengamalan teknik pengajaran berada pada tahap rendah; tahap penggunaan BBM juga berada pada rendah, tahap pencapaian

EDU 3105: Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Shafie B Vahidi Ainul Basirah Bt Gadius Pengintegrasian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran . Pemprosesan Perkataan

EDU3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Modul Pembelajaran Kendiri 1 SINOPSIS Tajuk ini mengandungi konsep teknologi, konsep pengajaran, konsep teknologi pengajaran, peranan teori pembelajaran, mengenalpasti domain teknologi pengajaran, dan menjelaskan fungsi domain tersebut. Tajuk ini juga

Anime yang merupakan jenis film yang dianalisis dalam penelitian ini merupakan film animasi produksi Jepang. Sementara animasi itu sendiri adalah “art of motion, and art in motion (Sorensen, dalam Kallen, 2015)”. Animasi merupakan film yang melebih-lebihkan realita – exaggerate reality (Kallen, 2015).

TAHAP KESEDIAAN GURU MENGGUNAKAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN Oleh . Penggunaan ICT dalam pengajaran di sekolah. Kertas kerja dibentangkan dalam Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke-16 (ICT dalam Pendidikan dan Latihan: Trend dan Isu), di City Bayview Hotel Melaka, 13-16

Proposed installation of underground storage tank (USTs) within groundwater protection zones (GPZs) has led to some conflict between the EA and developers in the past. Although standards for