NOR HAYATI FATMI TALIB, MARZUKI SEPIAAIL, AHMAD TARMIZI .

3y ago
42 Views
4 Downloads
800.47 KB
15 Pages
Last View : 12d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Bria Koontz
Transcription

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia67KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH UNIT AGAMA,JABATAN PENGAJIAN AM DI POLITEKNIK KPTM ZON UTARADAN TENGAHNOR HAYATI FATMI TALIB, MARZUKI SEPIAAIL,AHMAD TARMIZI TALIB, BANI HIDAYAT MOHD SHAFIE& JAMIL AHMADABSTRAKKepuasan bekerja merupakan salah satu aspek yang penting dalam memastikankualiti sesuatu perkhidmatan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahapkepuasan bekerja dan faktor-faktor kepuasan bekerja dalam kalangan pensyarahunit agama di politeknik zon Utara dan zon Selatan. Kajian ini melibatkan 73 orangpensyarah daripada populasi 105 orang pensyarah unit agama. Instrument yangdigunakan adalah adaptasi daripada soal selidik Hasbullah (2012), juga merujukkepada kajian Jazmi (2009) dan Thurayya (2000) dengan nilai alpha Cronbanch0.919 bagi aspek kepuasan bekerja dan 0.875 bagi aspek faktor kepuasan bekerja.Data dianalisis menggunakan kiraan frekuensi, peratusan, min, sisihan lazim danujian t. Hasil kajian mendapati tahap kepuasan bekerja adalah sederhana secarakeseluruhannya (skor min 3.20, SP 0.44). Faktor rakan sekerja merupakan faktoryang berada pada tahap tinggi menyumbang kepuasan bekerja (skor min 3.68,SP 0.80), faktor-faktor lain kesemuanya berada pada tahap sederhana. Dapatankajian juga memperlihatkan bahawa tidak ada perbezaan yang signifikan tahapkepuasan bekerja dalam kalangan pensyarah berdasarkan zon politeknik dan gender.Kajian lanjutan boleh dilaksanakan di politeknik zon Tengah dan Timur. Dapatankajian ini telah menghasilkan beberapa aspek yang perlu dibuat penambahbaikanuntuk meningkatkan tahap kepuasan dan sekali gus kualiti perkhidmatan dari semasake semasa.Kata Kunci: Kepuasan Bekerja, Faktor Kepuasan Bekerja, Pensyarah Unit AgamaPoliteknikABSTRACTJob satisfaction is one of the important aspects in ensuring the quality of service.This study aims to identify the level of job satisfaction and job satisfaction factorsamong lectures in the religious units of North zone and South zone polytechnics. Thestudy involved 73 people from a population of 105 lecturers of the religious units. Theinstrument used is an adaptation of questionnaires by Hasbullah (2012), also refersto the study Jazmi (2009) and Thurayya (2000) with Cronbanch alpha value of 0.919for job satisfaction and 0.875 for job satisfaction factors. Data were analyzed usingfrequency counts, percentages, means, standard deviation and t-test. The study foundthat the level of job satisfaction is moderate overall (mean score 3.20, SD 0.44).

68Malaysian Journal of Youth StudiesFellow colleagues contributed the highest to job satisfaction, while all of the otherfactors are moderate. The study also showed that there was no significant differencein the level of job satisfaction across polytechnics zones and gender. Further researchcan be carried out in Central and Eastern zones of polytechnics. The findings of thisstudy has resulted in a number of aspects need to be improved to increase the level ofsatisfaction and thereby the quality of service from time to time.Keywords: Job Satisfaction, Job Satisfaction Factors, Lectures In The ReligiousUnits of PolytechnicsPENDAHULUANKonsep bekerja dalam Islam berasal daripada perkataan Arab ‘amala’ dan ‘kasb’yang bermaksud kerja atau usaha yang dilakukan oleh manusia. Islam menyuruhdan menekankan kepada umatnya supaya bekerja dan aktiviti bekerja dipandangtinggi oleh Allah swt. Melalui pekerjaan manusia mendapat sumber rezeki untukmenanggung diri sendiri, kaum keluarga dan membantu manusia yang lain. FirmanAllah swt.Yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu,Maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagiandari rezki-Nya. dan Hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah)dibangkitkan” (Surah al-Mulk: ayat 15)Pekerja merupakan salah satu aset yang terpenting dalam setiap organisasiyang menawarkan sebarang produk atau perkhidmatan. Menurut Halimatus Saadiah(2008), bagi memastikan pencapaian objektif dan matlamat sesuatu organisasi,penelitian terhadap keperluan pekerja amat penting. Abdul Rahim (2001) menyatakanbahawa pekerja yang tekun dan produktif terjana antaranya disebabkan oleh faktorkepuasan kerja. Kesetiaan pekerja terhadap organisasi juga bergantung pada kepuasanbekerja. Lim (1995) menerangkan kepuasan bekerja adalah suatu aspek yang bolehmenyebabkan seseorang itu ingin datang untuk bekerja, mereka gembira dan senanghati mengenai kerjaya mereka dan membuat keputusan untuk kekal dalam jawatanmereka, antara faktor kepuasan bekerja adalah gaji, suasana tempat kerja, penyeliaan,aktiviti kemajuan dan sebagainya. Kepuasan bekerja menurut Mahmood Nazar(2001) adalah sikap dan perasaan positif yang ada pada pekerja terhadap kerja-kerjayang mereka lakukan. Kepuasan bergantung pada faktor-faktor tertentu dan berbeza

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia69antara seorang individu dengan individu yang lain. Robbins (2003) pula menjelaskankepuasan bekerja merujuk kepada sikap umum seseorang individu terhadappekerjaannya. Seseorang yang mempunyai tahap kepuasan bekerja yang tinggi akanmenunjukkan sikap yang positif terhadap kerjanya, manakala seseorang yang tidakmempunyai kepuasan bekerja menunjukkan sikap yang negatif.Faktor kepuasan bekerja pula, terdapat banyak faktor yang dikenal pastimemberikan kepuasan bekerja sama ada faktor dalaman atau faktor luaran. Antarafaktor dalaman adalah berkaitan dengan motivasi dan rasa tanggungjawab terhadapkerja. Bishay (2004) menyatakan bahawa salah satu faktor yang mempengaruhikepuasan bekerja adalah rasa tanggungjawab terhadap tugas. Seseorang pekerja yangmempunyai rasa tanggungjawab mencapai kepuasan bekerja lebih tinggi berbandingdengan pekerja lain.Chang (2004) juga berpandangan bahawa antara faktorpendorong yang memotivasikan dan memberi kepuasan bekerja adalah perasaantanggungjawab terhadap kerja. Pensyarah Unit Agama di Jabatan Pengajian Am(JPA) di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kajian inimerujuk kepada pensyarah yang mengajar kursus Pendidikan Islam, PendidikanMoral, Tamadun Islam, Tamadun Islam Tamadun Asia dan kursus elektif BahasaArab. Jabatan Pengajian Am merupakan Jabatan sokongan yang wujud di setiappoliteknik KPTM. Kesemua kursus yang ditawarkan oleh JPA adalah kursus teras dimana kesemua pelajar mesti mendaftar dan lulus untuk bergraduasi kecuali kursuselektif Bahasa Arab. Kajian ini melibatkan pensyarah Unit Agama dari dua kategorizon iaitu zon Utara dan zon Selatan.OBJEKTIF KAJIANSecara umumnya, kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kepuasan kerja danfaktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan bekerja dalam kalangan pensyarah UnitAgama, Jabatan Pengajian Am di Politeknik zon utara dan zon tengah, KementerianPengajian Tinggi Malaysia. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:1.2.3.4.Mengenal pasti tahap kepuasan bekerja dalam kalangan pensyarah Unit Agama,Jabatan Pengajian Am di Politeknik zon utara dan zon selatan.Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan bekerja dalamkalangan pensyarah Unit Agama, Jabatan Pengajian Am di Politeknik zon utaradan zon selatan.Mengenal pasti perbezaan tahap kepuasan bekerja dalam kalangan pensyarahUnit Agama, Jabatan Pengajian Am di Politeknik berdasarkan zon utara dan zontengah.Mengenal pasti perbezaan tahap kepuasan bekerja dalam kalangan pensyarahUnit Agama, Jabatan Pengajian Am di Politeknik berdasarkan demografi

70Malaysian Journal of Youth StudiesPERSOALAN KAJIANDalam kajian ini, pengkaji ingin menjawab beberapa persoalan berikut:1.2.3.4.Apakah tahap kepuasan bekerja dalam kalangan pensyarah Unit Agama, JabatanPengajian Am di Politeknik zon utara dan zon selatan?Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan bekerja dalam kalanganpensyarah Unit Agama, Jabatan Pengajian Am di Politeknik zon utara dan zonselatan?Adakah terdapat perbezaan tahap kepuasan bekerja dalam kalangan pensyarahUnit Agama, Jabatan Pengajian Am di Politeknik berdasarkan zon utara dan zonselatan?Adakah terdapat perbezaan tahap kepuasan bekerja dalam kalangan pensyarahUnit Agama, Jabatan Pengajian Am di Politeknik berdasarkan gender?KERANGKA KONSEPTUAL KAJIANKerangka kajian ini adalah seperti dalam Rajah 1 di bawah:Rajah 1: Kerangka Konseptual KajianPensyarahUnit Agama(Zon & Gender)KepuasanBekerjaPrestasi KerjaFaktor Kepuasan BekerjaMETODOLOGI KAJIANKajian ini merupakan kajian berbentuk tinjauan, melibatkan 73 orang pensyarahdaripada 6 buah politeknik, iaitu tiga di zon utara (Politeknik Seberang Perai,Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Politeknik Tuanku SyedSirajuddin) dan tiga di zon selatan (Politeknik Port Dickson, Politeknik MerlimauMelaka dan Politeknik Ibrahim Sultan). Soal selidik diedarkan kepada semuapopulasi pensyarah yang mengajar di 6 buah politeknik yang menjadi lokasi kajianiaitu seramai 105 orang tetapi hanya 73 orang responden yang mengembalikan soalselidik iaitu 69.5% . Menurut Babbie (1992), kadar pemulangan 50% sudah memadaiuntuk dibuat analisis dan dilaporkan.

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia71Maklumat yang diperoleh dalam kajian ini adalah sepenuhnya berdasarkanmaklum balas melalui borang soal selidik yang dibentuk dengan menggunakan 5skala Likert. Soal selidik adalah adaptasi daripada soal selidik Hasbullah (2012),juga merujuk kepada kajian Jazmi (2009) dan Thurayya (2000). Soal selidik terdiridaripada tiga bahagian iaitu bahagian A (latar belakang), bahagian B (kepuasanbekerja) dan bahagian C (faktor-faktor kepuasan bekerja).Data yang diperoleh dianalisis menggunakan program ‘Statistical Packagefor Sosial Science (SPSS)’ versi 18.0. Skor bagi item-item yang dinyatakan dalambentuk negatif telah di kod semula sebelum dianalisis bagi menggambarkan skormin sebenar. Data diuji nilai signifikannya pada satu tahap ke ertian yang ditetapkan(p 0.05) bagi mengurangkan risiko melakukan ralat sebagaimana yang dicadangkanoleh Cohen dan Cohen (1975). Pekali alpha Koeffisien Cronbach yang digunakantelah diklasifikasikan mengikut indeks kebolehpercayaan oleh Norizan (2003) danAzhar (2006) seperti berikut:Jadual 1: Pekali Alpha Koefissien CronbachIndikatorNilai Alpha CronbachSangat TinggiTinggiSederhanaRendah0.90 ke atas0.70 – 0.890.30 – 0.690.29 ke bawahSumber: Norizan (2003) dan Azhar (2006)Soal selidik yang digunakan adalah mempunyai nilai alpha Cronbanch 0.919bagi aspek kepuasan bekerja iaitu berada pada tahap sangat tinggi dan 0.875 bagiaspek faktor kepuasan bekerja iaitu berada pada tahap tinggi. Klasifikasi nilai alphaCronbach ini juga digunakan dalam menganalisis data inferensi ujian-t. Data kajiandipersembahkan secara deskriptif dan inferensi. Bagi data deskriptif, analisis yangdigunakan ialah frekuensi, peratus, skor min dan sisihan piawai. Min yang diperolehditafsirkan menggunakan cara interpretasi dapatan statistik yang dicadangkan olehSumarni (2000) dan Jamil (2002) seperti berikut:Jadual 2: Interpretasi Tahap Skor MinSkor MinInterpretasi1.00 – 2.332.34 – 3.663.37 – 5.00RendahSederhanaTinggiSumber: Sumarni (2000) dan Jamil (2002)Bagi data inferensi pula, analisis yang digunakan ialah ujian-t.

72Malaysian Journal of Youth StudiesDAPATAN KAJIANDapatan kajian ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Bagi analisis datadeskriptif, kajian ini menggunakan frekuensi, peratusan, skor min dan sisihan piawaimanakala data inferensi menggunakan ujian-t.HASIL KAJIANa.Profil Responden KajianSeramai 73 orang sampel telah terlibat dalam kajian ini daripada populasi pensyarahseramai 105 orang. Sampel telah diklasifikasikan kepada jantina, pengalaman kerjadan zon. Secara keseluruhannya, responden pensyarah lelaki adalah seramai 36 rang(49.3%) manakala perempuan 37 orang (50.7%). Kebanyakan pensyarah adalahpensyarah yang mempunyai pengalaman kerja melebihi 5 tahun iaitu seramai 60orang (82.2%) manakala 13 orang pensyarah lagi mempunyai pengalaman kerjakurang dari 5 tahun (17.8%). Jadual 3 di bawah memperincikan profil sampel kajian:Jadual 3: Profil Sampel KajianPerkaraJantinaPengalaman puan363749.3%50.7%Kurang 5 tahun5 tahun ke atas136017.8%82.2%Zon UtaraZon Selatan304241.67%58.33%Sumber: Kajian Lapanganb.Tahap Kepuasan Bekerja Pensyarah Unit Agama di Politeknik Zon Utaradan SelatanAnalisis deskriptif tahap kepuasan pensyarah adalah berdasarkan pandangan Sumarni(2000) dan Jamil (2002) dan dipaparkan dalam Jadual 4.

73Institut Penyelidikan Pembangunan Belia MalaysiaJadual 4: Tahap Kepuasan Bekerja Pensyarah Unit Agamadi Politeknik Zon Utara dan SelatanItemKekerapan Skala (N 38284.270.67T420222073.081.08SPeluang kenaikan pangkat ke jawatanyang lebih tinggi grednya adalahterbatas515281783.111.07SHubungan saya dengan rakan sejawatlain adalah baik--131414.550.53TSekiranya mendapat peluang kerjayalain yang tawaran gajinya lebih baik,saya bercadang untuk meninggalkanjawatan sekarang5161424143.361.22SAktiviti yang dijalankan di bawah unitAgama JPA sangat membebankan saya517381122.840.87SSaya menerima layanan yang kurangmemuaskan apabila berurusan denganpentadbiran akademik di peringkatpoliteknik saya102429912.550.93SJika berpeluang, saya ingin menukarkerja ke jawatan lain1216191972.901.24SSaya tidak diberi peluang menghadirimana-mana kursus242321412.110.98RKepakaran yang saya ada tidak diberipeluang untuk dikembangkan1117321122.671.00S12345Pensyarah Unit Agama JPA dipandangtinggi di politeknik462633Kerjaya sebagai pensyarah Unit AgamaJPA selalunya tidak menyeronokkan172621Sebagai pensyarah Unit Agama JPA,saya berpeluang membantu masyarakat2-Pensyarah Unit Agama JPA sentiasamembuat kerja-kerja perkeranian darisemasa ke semasa-Kerjaya sebagai pensyarah UnitAgama JPA sangat mencabar sehinggamenghalang saya daripada memajukandiri sendiri

74Malaysian Journal of Youth StudiesKekerapan Skala (N 07S20231222.511.09S-1828364.360.73TSaya rasa kerjaya saya tidak menariklagi1120241442.731.11SSaya akan menepati tempoh waktukerja sepenuhnya1-736294.260.75T3.200.44S12345Jika diberi peluang kedua, saya tidakakan memilih kerja sebagai pensyarahUnit Agama JPA di antikan pensyarah lain yangtidak hadir bertugas.121920Saya juga ditugaskan menghadirimesyuarat yang tidak berkaitan dengantugas saya420Kerjaya sebagai pensyarah Unit AgamaJPA di politeknik sangat membosankan16Pensyarah Unit Agama JPA dipoliteknik tidak sepatutnya dibebankandengan tugas-tugas perkeranianKeseluruhanSumber: Kajian LapanganJadual 4 menunjukkan bahawa daripada 20 item kepuasan bekerja, kedudukanskor min adalah antara skor min 2.11 (SP 0.98) bagi item saya tidak diberi peluangmenghadiri mana-mana kursus hingga skor min 4.55 (SP 0.53) bagi item hubungansaya dengan rakan sejawat lain adalah baik. Terdapat 13 item berada pada tahapsederhana, 1 item berada pada tahap rendah dan 6 item berada pada tahap tinggi.Secara keseluruhannya pula skor min adalah 3.20 (SP 0.44) iaitu berada pada tahapsederhana.Dapatan ini dilihat sebagai kurang memberangsangkan di mana skor min adalahpada tahap sederhana bagi item pensyarah didapati menganggap bidang kerjayanyatidak menyeronokkan, kekurangan ruang untuk memajukan diri dan kenaikan pangkat,pensyarah ingin memilih kerjaya lain jika berpeluang, pensyarah juga menganggapkerjaya sekarang membebankan, membosankan dan tidak menarik lagi. Pengkajiberpandangan, pensyarah sepatutnya mempunyai pandangan yang lebih baik supayadapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti.

75Institut Penyelidikan Pembangunan Belia MalaysiaTerdapat juga aspek yang dianggap perlu diberikan perhatian yang sewajarnyauntuk meningkatkan tahap kepuasan bekerja pensyarah iaitu aspek pensyarahkurang dilibatkan dengan kursus dan mesyuarat yang berkaitan dengan bidangtugas. Pensyarah berkemungkinan dilibatkan dengan pelbagai kursus tetapi kurangtertumpu secara khusus kepada bidang tugas. Aspek lain yang dilihat perlu diberikanperhatian yang sewajarnya juga adalah beban tugas perkeranian. Pensyarah dilihatsangat terbeban dengan tugas-tugas perkeranian dan perlu diberi perhatian olehpihak yang bertanggungjawab untuk meneliti kewajaran melibatkan pensyarahdengan tugas-tugas perkeranian. Politeknik di masa akan datang mempunyaisasaran untuk melalui fasa transformasi ke arah menjadi universiti atau bertahapuniversiti, pensyarah sewajarnya tidak lagi dilibatkan dengan tugas-tugas perkeraniantetapi lebih kepada aktiviti-aktiviti akademik seperti penulisan, penyelidikan,pembentangan, inovasi dan sebagainya. Tugas-tugas perkeranian menyebabkan masadan komitmen pensyarah akan terarah kepada aspek yang boleh dilaksanakan olehpihak lain. Walau bagaimanapun kajian ini mendapati terdapat beberapa aspek dilihatsangat memberangsangkan iaitu kerjaya ini dipandang tinggi, berpeluang membantumasyarakat, mempunyai hubungan rakan sekerja yang sangat baik dan pensyarahdengan penuh komitmen menepati tempoh waktu bekerja sepenuhnya.c.Faktor-faktor Kepuasan Bekerja Pensyarah Unit Agama di Politeknik ZonUtara dan SelatanAnalisis deskriptif faktor kepuasan pensyarah juga berdasarkan pandangan Sumarni(2000) dan Jamil (2002) dan dipaparkan dalam jadual 5 di bawah:Jadual 5: Faktor-faktor Kepuasan nggungjawab kerja berbandingtanggungjawab keluargaKekerapan Skala (N 73)123453630259KeseluruhanKenaikan PangkatSaya berpuas hati dengan sistem yangdigunakan untuk menilai prestasipensyarah di politeknikSayaberpuashatidenganpeluang kenaikan pangkat/kuasa/tanggungjawab di 314252012.751.09S514223023.140.99S2.940.94S

76ItemMalaysian Journal of Youth StudiesKekerapan Skala (N 52563.221.02S3.350.46S12345362534Pihak pentadbir memuji/mengiktirafhasil kerja saya4629Saya berpuas hati dengan kadar gajiyang diterima sekarang35Gaji yang diterima tidak setimpaldengan kerja yang saya lakukan413PenyeliaanProses penyeliaan/pemantauan yangdilaksanakan meningkatkan mutu kerjasayaKeseluruhanRakan SekerjaRakan sekerja membantu saya dalammencapaikemajuan/meningkatkanmutu kerja1-1048144.010.68THubungan sosial saya dengan rakansekerja adalah amat baik--640274.290.61TRakan sekerja membantu sayamengingatkanperihalkerja/tanggungjawab kerja-1950134.030.60TSuasana persekitaran tempat PersekitaranSaya berpuas hati dengan persekitarantempat kerja saya25184353.600.83SAktiviti yang dijalankan di tempatkerja saya menarik17293513.380.74SPersekitaran tempat kerja memberikansaya peluang merapatkan hubungandengan rakan sekerja-5184643.670.69TSaya berpeluang mengemukakan ideaidea untuk menambah baik kerja di JPA24144853.680.80TPihak Pentadbir menjadi teladan yangbaik kepada pensyarah32363113.340.75S

77Institut Penyelidikan Pembangunan Belia MalaysiaKekerapan Skala (N 81S214143.520.88S3.460.58S12345tegas152936Pihak pentadbir prihatin terhadapkeperluan di Jabatan9632Pihak pentadbir bekerjasama denganaktiviti di Jabatan27Keadaan di JPA politeknik secarakeseluruhannya memuaskan43Pihak Pentadbirterhadap pensyarahbersikapKeseluruhanSumber: Kajian LapanganTerdapat enam faktor yang kepuasan bekerja yang difokuskan dalam kajianini berdasarkan instrumen yang digunakan iaitu aspek tanggungjawab, kenaikanpangkat, penyeliaan, rakan sekerja dan persekitaran bekerja. Berdasarkan Jadual5, kajian mendapati hanya faktor rakan sekerja merupakan faktor kepuasan bekerjayang berada pada tahap tinggi dalam kalangan pensyarah politeknik di lokasi kajianiaitu pada skor min 3.68 (SP 0.80), faktor kedua dan seterusnya berada padatahap sederhana adalah faktor persekitaran pada skor min 3.46 (SP 0.58), faktortanggungjawab pada skor min 3.42 (SP 0.96), faktor penyeliaan pada skor min 3.35(SP 0.46) dan faktor kenaikan pangkat pada skor min 2.94 (SP 0.94). Dapatan inimemperlihatkan wujudnya pasukan rakan sekerja yang sangat baik yang menjadifaktor penyum

0.919 bagi aspek kepuasan bekerja dan 0.875 bagi aspek faktor kepuasan bekerja. Data dianalisis menggunakan kiraan frekuensi, peratusan, min, sisihan lazim dan ujian t. Hasil kajian mendapati tahap kepuasan bekerja adalah sederhana secara keseluruhannya (skor min 3.20, SP 0.44). Faktor rakan sekerja merupakan faktor

Related Documents:

For I am convinced that neither death nor life, nor angels, nor rulers, nor things present, nor things to come, nor powers, nor height, nor depth, nor anything else in all creation, will be able to separate us from the love of God in Christ Jesus our Lord. (Romans 8:38) Do not fear, for I am with y

For I am convinced that neither death, nor life, nor angels, nor rulers, nor things present, nor things to come, nor powers, nor height, nor depth, nor anything else in all creation, will be able to separate us from the love of G

For I am convinced that neither death, nor life, nor angels, nor rulers, nor things present, nor things to come, nor powers, nor height, of death will fear no evil for hou art with me nor depth, nor anything else in all creation, will be able to separate us from the love of od in

I am convinced that neither death, nor life, nor angels, nor rulers, nor things present, nor things to come, nor powers, nor height, nor depth, nor anything else in all creation, will be able to separate us from the love of God in Christ Jesus our Lord. Romans 8.38,39

For I am convinced that neither death, nor life, nor angels, nor rulers, nor things present, nor things to come, nor powers, nor height, nor depth, nor anything else in all creation, will be able to separate us from the love of G

For I am convinced that neither death, nor life, nor angels, nor principalities, nor present things, nor future things, nor powers, nor height, nor depth, nor any other creature will be able to separate us from the lo

For I am convinced that neither death, nor life, nor angels, nor rulers, nor things present, nor things to come, nor powers, nor height, nor depth, nor anything else in all creation, will be able to separate us from the love of God in Christ Jesus our Lord. Do not let your h

appropriate strategies to solve problems. Mathworld.com Classification: Number Theory Diophantine Equations Coin Problem 02-02. 14 AMC 8 Practice Questions Continued -Ms. Hamilton’s eighth-grade class wants to participate intheannualthree-person-teambasketballtournament. The losing team of each game is eliminated from the tournament. Ifsixteenteamscompete, howmanygames will be played to .