Jurnal Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu 2013

3y ago
77 Views
4 Downloads
850.34 KB
12 Pages
Last View : 14d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Samir Mcswain
Transcription

COREProvided by Universiti Teknologi MARA Institutional RepositoryMetadata, citation and similar papers at core.ac.uk

Jurnal Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu 2013 Institut Pemikiran Dan Kepimpinan MelayuHakcipta terpeliharaTidak dibenarkan mengulang dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa juga cara baik secaraelektronik, fotostat, mekanik, rakaman atau lain-lain, mana-mana bahagian kandungan penerbitan inisebelum mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah, Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu(IMPAK), Universiti Teknologi MARA, Blok 11, Aras 3, Intekma Resort & Convention Centre,40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Malaysia.Perpustakaan Negara Malaysia – Data Pengkatalogan – dalam – PenerbitanJurnal Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu 2013.Diterbitkan di Malaysia oleh:Institut Pemikiran Dan Kepimpinan MelayuBlok 11, Aras 3, Intekma Resort & Convention Centre,40450 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan Malaysia.Tel: 03-5522 5448 / 5515Fax: 03-5522 5489e-mail: impakuitm@salam.uitm.edu.myMengandungi Indeks: ISSN 2289-5744e-Printed oleh: INSTITUT PEMIKIRAN DAN KEPIMPINAN MELAYU (IMPAK)Pendapat yang dikemukakan oleh penulis-penulis dalam jurnal ini adalah pandangan peribadi merekadan tidak semestinya mewakili pandangan Insitut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) danUiTM. Sebarang ulasan, kemusykilan dan pertanyaan tentang artikel-artikel yang diterbitkanhendaklah dikemukakan kepada Sidang Editor.Sidang EditorialPengerusi:Prof. Madya Dr. Mohd Sazili Mohd ShahibiEditor Perunding :Y.Bhg Prof. Datuk Hj Abdul Halim SidekY.Bhg Prof. Dr. Kamaruddin Mohd SaidY.Bhg Prof. Dr. Sohaimi ZakariaY.Bhg Datuk Zaini HassanProf. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee AbdullahEn. Zulkifli Ab. RashidKetua Penyelaras Editorial:Prof. Madya Dr. Ghazali DaiminSidang Editor:Prof. Madya Dr. Muhammad Rozi MalimDr. Samsudin WahabProf. Madya Mat @ Muhammad bin YusoffTuan Haji Juwahir AliEn. Hassan AbdullahEn. Fairul Nazmie bin OsmanPn. Norhayati HussinGrafik:En. Mohd Husni Mohd SomEn. Hussien HarnisEn. Mohd Hafiz Ab SatarInstitut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)1

Jurnal Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu 2013Isi KandunganTajukM/sDasar Kepimpinan Najib: Model Transformasi Ke Arah Kesejahteraan GlobalSamsudin Wahab, Mohd Sazili Shahibi, Juwahir Ali, Hasan AbdullahInstitut Pemikiran Dan Kepimpinan MelayuUniversiti Teknologi MARA.3-10Konsep Satu Malaysia Sebagai Agenda Politik : Perlu Diteruskan Atau DifikirKembali?Ismail SualmanFakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM.11-28Persepsi Terhadap Kredibiliti Maklumat Politik Di Internet Dalam KalanganGenerasi MudaMohd Sazili Shahibi, Nurhayati Hussin, Hamka Mohd Noor dan Muhammad SaufiMohd HanafiahInstitut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)Universiti Teknologi MARA (UiTM)29-35Indeks Kemampuan Pengurusan PKS Melayu/Bumiputera di Malaysia 2012Muhammad Rozi Malim, Mohd Sazili Shahibi, Ghazali DaiminInstitut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), UiTM.36-52Model Integrasi Indeks Utama Prestasi (MIIUPA-KPIAs) Agensi PayungIndustri Homestay Melayu MalaysiaHasan Abdullah, Samsudin Wahab, Mohd Sazili Shahibi, Muhammad Rozi Malim,dan Juwahir AliInstitut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), UiTM.53-71Tahap Keyakinan Diri dan Pencapaian Atlet BumiputeraVincent A. Parnabas dan Yahaya MahamoodFakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM.Faculty of College of Art and Science, University Utara Malaysia (UUM)72-77Bahasa Melayu Benteng Islam dan MelayuAzman Che MatUniversiti Teknologi MARA78-82UiTM dan Destini MelayuProf Madya Dr Ghazali B. DaiminFakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR), UiTM.83-86Bangkitlah Wahai Remaja MelayuLeylawati Binti JoremiFakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM.87-92Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)2

Jurnal Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu 2013DASAR KEPIMPINAN NAJIB: MODEL TRANSFORMASI KEARAH KESEJAHTERAAN GLOBALSamsudin Wahab, Mohd Sazili Shahibi, Juwahir Ali, Hasan AbdullahInstitut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)Universiti Teknologi MARAEmail: samsudinw@puncakalam.uitm.edu.myABSTRAKKajian konsep ini melihat pendekatan model transformasi dalam amalan politik dan pentadbiranNajib. Pendekatan ini bermula sejak era pemerintahan Tun Razak, dimantapkan lagi pada eraTun Mahathir menampakkan model transformasi ini menjadi popular berbanding beberapa teoriawal seperti altruisme. Model transformasi mempunyai paradoksi tersendiri yang akan akhirnyamembawa kepada sistem pemerintahan baru yang berkesan dan sesuai dengan keperluanzaman. Kertas ini membuat rumusan mengenai model politik transformasi Najib yang lebihmenampakkan variasi yang menyeluruh kepada pembangunan modal insan, pembangunanekonomi yang merupakan teras kepada kekuatan pentadbiran. Transformasional Najib telahberjaya memikat pelaburan asing, meningkatkan pusingan wang dalam ekonomi sertamenyakinkan rakyat terhadap kemampuan kerajaan sedia.Kata-Kunci: Altruism, transformasi, kepimpinan berkesan.1.0PENGENALANPerubahan pucuk pimpinan negara dari Tun Mahathir kepada Abdullah dan kemudian kepada NajibTun Razak telah menjadi harapan sebahagian besar birokrat yang ingin melihat perubahan kepimpinanpolitik pentadbiran negara. Kepekaan, keprihatinan dan komitmen di kalangan rakyat pada awalnyalesu kini semakin meningkat dan kesedaran mereka semakin tinggi kepada pemimpin yang bersih darisegi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.Namun begitu setelah beberapa negeri telah jatuh ke tangan pembangkang dan peralihan kuasadaripada Abdullah kepada Najib menjadikan isu stail kepimpinan peribadi pemerintah di Malaysiasemakin menarik dan unik. Antara menjadi fokus ialah bagaimana Najib perlu memikirkan penilaiankepimpinan politik pentadbiran yang sesuai dengan kehendak rakyat kerana sebarang kesan yangberlaku sudah pasti akan memberikan impak kepada parti yang diwakili terutamanya wakil BarisanNasional yang dipimpin oleh beliau.Secara umumnya, objektif kertas ini akan melihat corak kepimpinan politik pentadbiran Najib sebagaipemimpin negara ini bermula dari acuan model transformasi yang telah dibina oleh tokoh-tokohsebelumnya di era Tun Razak dan Tun Mahathir.2.0ULASAN KARYA2.1MODEL ALTRUISME, KEPIMPINAN SERVANT DAN KEPIMPINAN ISLAMBoleh dikatakan gelagat pentadbiran Najib telah menepati ciri-ciri seorang pemimpin Altruisme.Penekanan yang diberikan dalam dasar-dasar transformasi sekarang memberi penekanan kepadakeseimbangan kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum. Konsep altruism itu sendiri mengkehendakiseseorang pemimpin berkorban untuk rakyat yang diperintah. Sifat-sifat kepimpinan ini amat pentingInstitut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)3

Jurnal Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu 2013dalam memberikan kesaksamaan dan keadilan bagi sebuah negara moden atau nation state. Kontraksosial yang mengikat perjanjian di antara kerajaan dan rakyat bukan sahaja perlu dipatuhi olehpemimpin tetapi juga perlu dihayati, amanah yang diberikan sebenarnya adalah satu tanggungjawabyang berat. Dari segi definisi, kewujudan negara moden pada masa akan datang akan memerlukanseorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan mendokong aspirasi rakyat.Semangat altruism Najib turut menepati apa yang diperkatakan oleh John Broadly Rawls. Rawlsmengutarakan kesaksamaan, keadilan dan kebebasan yang bukan sahaja dinikmati oleh sesebuahmasyarakat atau kerajaan tetapi juga sebuah unit keluarga dalam masyarakat. Rawls jugamemperjuangkan kebebasan politik, hak sama rata di antara lelaki dan wanita dan juga sifat-sifatpemimpin yang boleh memberikan kesaksamaan dan keadilan bagi masyarakat dan negara tersebut.Dalam bukunya A Theory of Justice, beliau memperjuangkan sifat-sifat pemimpin yang bermoral danberetika iaitu akauntabiliti dan integriti yang mampu memaparkankan dua nilai yang amat diperlukanoleh manusia iaitu kesaksamaan dan keadilan. Tetapi, ianya perlu diiringi dengan idea-idea kebebasanpolitik dan pendemokrasian dalam sesebuah kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang lebihprogresif dan maju.Paterson (2003) telah meletakkan nilai etika seseorang pemimpin sebagai elemen sangat pentingdalam tingkah laku yang akan digunakan. Sebanyak lebih dari 50 Kajian empirikal mengesahkanbahawa pemimpin yang berdasarkan nilai etika dalam kepimpinan telah berjaya meningkatkanmotivasi pengikut dan prestasi kerja (Fry, 2003). Kebanyakan ahli sains sosial bersetuju bahawaaltruisma mempunyai ciri-ciri persamaan yang tertentu dengan kepimpinan servant khususnyaberkaitan dengan kepimpinan etika. Kepimpinan servant adalah diasaskan oleh ahli falsafah barat,Robert Greenleaf pada tahun 1970 dalam bukunya yang bertajuk “Servant Leadership”.Kepimpinan Najib juga boleh dikaitkan dengan model kepimpinan servant yang mempunyai sepuluhciri iaitu integriti, altruisma, keadilan dan kesaksamaan, penurunan kuasa, agapao love, visi yangjelas, sifat kemanusiaan, penyayang, merendah diri dan kebolehpercayaan. Kesepuluh ciri tersebutboleh dibahagikan kepada dua kriteria yang melibatkan seseorang pemimpin. Ini dapat dibuktikandengan dua kriteria utama yang ada pada Najib untuk digolongkan sebagai pemimpin servant melaluinilai-nilai utama yang ditekankan oleh beliau dalam kepimpinannya. Mengimbas kembali gayakepimpinan beliau sepanjang kerjayanya adalah didapati bahawa sifat merendah diri dan sukaberkhidmat untuk kepentingan rakyat tidak pernah ditinggalkan oleh beliau.Najib mempunyai personaliti sebagai seorang yang tegas dan berani dalam membuat keputusan.Personalitinya adalah bersifat diplomasi dan menjurus kepada kepimpinan servant. Perwatakankepimpinan servant bercorakkan diplomasi boleh digambarkan seperti altruisma, integriti, keadilandan kesaksamaan, agapao love dan sifat kemanusiaan sesama insan. Beliau mempercayai orang dibawah kepimpinannya yang dianggap sebagai seorang yang matang dan boleh dipercayai. Al-Attasand Wan Daud (2007) menekankan kepentingan konsep ‘boleh dipercayai’ atau (amaanah) sebagaiasas untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab ‘responsibility’ (taklif) dan akauntabiliti(mas’uliyah) . Islam ialah satu cara hidup Ad-din yang perlu ditafsirkan secara menyeluruh. Al-Qurantelah menerangkan dengan jelas bahawa setiap manusia itu dijadikan sebagai khalifah yangditurunkan ke atas dunia bagi memimpin kearah kebaikan sejagat.Pendekatan Pembangunan Modal Insan adalah bertujuan melahirkan generasi yang berpengetahuandan mempunyai nilai jati diri yang tinggi dalam menjalani kehidupan yang berkelas pertama dunia.Manakala, Pelan Integriti Nasional adalah melahirkan pekerja-pekerja yang mempunyai ketelusan,kebertanggungjawaban dan keintegritian dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pekerja. Inidikhususkan kepada golongan pekerja sektor awam yang dikemukakan oleh Sivamurugam Pandian(2007). Dengan yang demikian semenjak Pelan Integriti Nasional dilaksanakan di bawah pimpinanAbdullah telah memperlihatkan satu asas ke arah mempertingkatkan imej sektor awam. Walaupunramai yang sangsi akan keberkesanan Pelan Integriti Nasional tersebut pada awalnya tetapi padadasarnya dewasa ini ia telah menampakkan hasilnya selepas beberapa tahun kemudian. Perbicaraandan penahanan pegawai-pegawai sama ada di peringkat pengurusan tinggi mahupun peringkatInstitut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)4

Jurnal Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu 2013bawahan telah dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Ini telah melonjakkan namaNajib di peringkat nasional mahupun luar negara sebagai seorang pemimpin yang tegas dalammembanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa.2.2MODEL TRANSFORMASI DALAM KEPIMPINANSecara umumnya, transformasi dalam pemerintahan membawa maksud peranan yang dimainkan olehpemimpin bagi menukar organisasi yang dipimpin kepada visi dan misi yang hendak dicapai olehorganisasi berkenaan. Sebagaimana yang banyak dibincangkan dalam karya kpeimpinan, pemimpintransformasi boleh dijelaskan dalam banyak aspek ( misalnya Akata, 2008; Aabed, 2006; Johnson,2008; Manners, 2008). Perspektif ini berubah daripada tahap penglibatan seseorang pemimpin danpengikut secara bersama dalam keadaan yang terdorong untuk mencapai matlamat organisasi yangidealistik (Northouse, 2004; Elsegeiny, 2005; Akata, 2008) melalui tindakan kerjasama danpersekitaran yang kondusif (Strodl and Johnson, 1994) dan memerlukan perubahan dalam tujuan dansumber bagi mencapai perhubungan yang baik antara ketua dan pengikut-pengikut (Leithwood, 1996).Menyingkap sistem kepimpinan Najib, transformasi yang dilaksanakan dalam pentadbirannyamempunyai kaitan dengan pencapaian yang hendak dicapai. Target dan sasaran ini telah dikongsibersama dengan rakyat melalui idea dan strategi baru yang dijelaskan melalui NKRA, MBE dangagasan 1Malaysia yang dilancarkan selepas mengambil alih tampuk pemerintahan dari Tun AbdullahBadawi. Dalam transformasi ini Najib telah dengan jelas mahukan sokongan yang tidak berbelah bagirakyat untuk sama-sama membantu dalam menjayakan transformasi yang dilaksanakan. Hasrat danmatlamat transformasi telah disampaikan dengan jelas melalui ucapan-ucapan berkala kepadaberbagai kelompok masyarakat di seluruh negara.Dalam pada itu Burns (1978) telah menjelaskan kepimpinan transformasi sebagai satu konsepperhubungan yang dijalinkan antara ketua dan pengikut-pengikutnya. Ciri-ciri yang ada pada Najibyang sentiasa turun padang untuk berjumpa rakyat adalah menjadi bukti kepada parlaksanaantransformasi seperti yang ditakrifkan oleh Burns. Bass dan Avolio (1997) telah mengembangkan teoritransformasi dengan menyenaraikan 4 komponen penting dalam kepimpinan transformasi iaitu:stimulasi intelek yang mengajak pengikut berfikir secara kreatif dan inovatif; pertimbangan individudengan mendapat sokongan dari ketua sebagai satu bentuk galakan; inspirasi motivasi yangmementingkan kearah pencapaian tertentu yang jelas dan dikongsi bersama dengan ketua; pengaruhideal iaitu ketua bertindak sebagai model utama dalam perubahan. Kesemua empat ciri tambahan inidapat dijelaskan dalam gagasan-gagasan yang telah diperkenalkan oleh Najib dalam pemerintahannyaseperti yang dijelaskan dibawah;(i)Gagasan 1MalaysiaGagasan 1Malaysia merupakan satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysiayang berbilang kaum. Ia berteraskan kepada beberapa nilai penting. Konsep keadilan yang inimenampakkan kesanggupan kerajaan untuk mencapai keadilan secara sama rata antara kaum namunkebebasan yang diberikan masih tertakluk kepada prinsip-prinsip rukun Negara dan perlembagaan.Tidak ada mana-mana individu akan dipinggirkan.Perpaduan menjadi agenda penting kerana ia merupakan kunci kepada pembangunan negara. Inibermakna dasar keadilan baru yang akan digunapakai boleh melibatkan pindaan kepada undangundang sedia ada di mana sesuai kecuali perkara 156 yang berkaitan dengan hak istimewa orangorang Melayu. Prinsip rukun negara dan perlembagaan masih diguna pakai.Gagasan ini juga menekankan perlunya nilai-nilai aspirasi pada masyarakat. Nilai ini penting keranaia boleh menyiapkan rakyat negara ini supaya menjadi tenaga kerja yang mampu bersaing. Nilai baruyang berdaya maju kepada sumber manusia seperti budaya inovasi, prestasi tinggi, berilmu, bijaksana,integriti, setia dan tabah menjadi budaya baru dikalangan masyarakat. Nilai murni seperti yang telahInstitut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)5

Jurnal Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu 2013ditekankan oleh pemimpin sebelum ini terus dipahatkan termasuklah nilai hormat menghormati, nilairendah diri, kesederhanaan dan berbudi bahasa.(ii)Model Baru Ekonomi (MBE)Satu model pembangunan ekonomi telah dibentuk bagi memperbaiki taraf ekonomi penduduk diMalaysia. MBE yang dirangka lebih menitikberatkan kepada penjanaan pendapatan kepada Negarayang akan refleks kepada kesejahteraan rakyat. Projek-projek yang berdaya maju akan diberikankeutamaan sesuai dengan persekitaran persaingan yang dihadapi oleh negara-negara dunia ketiga.Hanya projek pelaburan yang menepati kriteria tertentu sahaja akan diberi keutamaan. Aktivitimenggerakkan ekonomi dan pelaburan dalam negeri juga diberi keutamaan kerana ia merupakan teraskepada kesejahteraan dan pembangunan rakyat sejagat.Model ini juga melibatkan penyusunan semula sektor swasta melalui pewujudan pusingan ekonomitempatan serta peningkatan sumber bagi memastikan sumbangan sektor ini dapat ditingkatkan semula.Selain ini MBE juga mementingkan elemen inovasi semangat tunggak kepada kejayaankeusahawanan di Malaysia. Seperti kita semua sedia maklum, SME merupakan penyumbang utamakepada ekonomi negara oleh itu prasarana inovatif perlu diwujudkan bagi menyokong pemantapanindustri tempatan dalam menyahut persaingan global. Peningkatan kualiti dalam perkhidmatan awamjuga tersenarai dalam MBE, susunan semula struktur perkhidmatan awam penting supaya iabersesuaian dengan budaya kualiti sebagaimana yang diamalkan oleh negara maju seluruh dunia.Matlamat MBE juga menumpukan kepada pengurangan jurang perbezaan pendapatan isu rumah.Objektif terakhir MBE ialah untuk melihat supaya segala perancangan yang dibuat bagi mencapai visidapat direalisasikan melalui inisiatif-inisiatif yang selari dengan program 1Malaysia, perancanganbajet tahunan dan RMK10.(iii)Program Transformasi Kerajaan (PTK)Penetapan target dan sasaran yang lebih sesuai dengan persekitaran semasa adalah penekanan baruyang diambilkira dalam program transformasi kerajaan. Pengemaskinian dan penambahbaikan dalampentadbiran dibuat secara menyeluruh di semua jabatan dimana eleman penting yang dititik beratkanialah keberkesanan perkhidmatan melalui penetapan KPI baru yang lebih relevan dengan permintaansemasa.Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib TunRazak pada bulan April 2009, dan akan diterajui oleh beliau. Dua objektif GTP adalah: pertama,untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan danbertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan kedua, memacuMalaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standardkehidupan yang tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan2020 untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.(iv)Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Lonjakan InovasiPrestasi setiap kementerian dan jabatan diukur melalui petunjuk Indek Prestasi KPI. Demi menjanapembangunan Negara dan kemakmuran rakyat Pelan Transformasi Ekonomi dilaksana denganpelaburan ratusan billion. Pelaksanaan RMK10 dan NKRA serta Pelan Trasformasi kerajaan sedangberjalan dengan telah disusun dengan baik dan dijalankan secara berkala bagi memperbaiki sertamenambahbaik pentadbiran negara selaras dengan matlamat positif yang ingin dicapai. Perengganseterusnya akan menyenaraikan sepuluh komponen NKRA dan mengaitkan setiap program denganmodel altruism, servant dan Islam sebagaimana yang telah dipilih sebagai asas kepada integrasi modelpimpinan Najib pada era pemerintahannya sekarang.Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)6

Jurnal Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu 2013a)Matlamat mengurangkan kadar jenayahHasrat untuk mengurangkan kadar jenayah di dalam negara merupakan tanggungjawab seorangpemimpin. Hanya pemimpin yang mempunyai kuasa untuk membuat pindaan dalam mekanismakawalan jenayah di dalam sesebuah negara. Dalam hal ini usaha telah dilakukan dalam aspekkeselamatan negara dengan merombak struktur pentadbiran keselamatan negara termasuk polis,tentera dan susunan semula sumbangan pasukan rela dalam aktiviti-avktiviti awam. Usaha Najibdalam membanteras jenayah merupakan satu usaha yang boleh dikaitkan dengan hasrat untukmewujudkan negara yang aman yang mana boleh membantu untuk mewujudkan masyarakat yangsaling hormat menghormati, membantu dan beretika dalam kehidupan. Aspek menjaga kebajikanrakyat amat sinonim dengan model kepimpinan Altruism.b)Memerangi rasuahKerajaan dibawah pimpinan Najib amat komited dalam usaha memerangi rasuah. Seperti mana yangkita semua tahu, gejala rasuah haruslah dibendung sebelum ianya terus menjadi barah. Badanantarabangsa iaitu Transparency International dalam Corruption Perception Index mereka,meletakkan Malaysia d

berkaitan dengan kepimpinan etika. Kepimpinan servant adalah diasaskan oleh ahli falsafah barat, Robert Greenleaf pada tahun 1970 dalam bukunya yang bertajuk “Servant Leadership”. Kepimpinan Najib juga boleh dikaitkan dengan model kepimpinan servant yang mempunyai sepuluh

Related Documents:

Kepimpinan sekolah yang dibincangkan dalam kajian ini berdasarkan kepada teori kepimpinan Transformasional yang diutarakan oleh Bass dan Avolio (1995). Teori kepimpinan ini terdiri daripada tiga kelompok utama iaitu kepimpinan Transformasional, kepimpinan Transaksional dan kepimpinan Laissez-faire.

GAYA KEPIMPINAN 1.0 Pengenalan 1.1 Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti “keupayaaan memimpin” dan kepemimpinan pula “keupayaan sebagai

3. Mengenal pasti hubungan di antara amalan kepimpinan tranformasional guru besar dengan kepuasan kerja guru. Persoalan Kajian 1. Apakah tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan guru besar sekolah di daerah Kuala Langat? 2. Apakah tahap kepuasan kerja guru? 3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi kepimpinan

kepimpinan, komitmen, dan pencapaian petunjuk prestasi utama. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan budaya kerja, kepimpinan dan komitmen organisasi dalam kalangan pegawai pendidikan daerah adalah penting dalam meningkat perubahan dan pencapaian sekolah di Negeri Kedah khususnya dan Malaysia amnya.

Amalan kepimpinan transformasional yang bersesuaian dengan situasi . mewujudkan ikatan dan persetujuan dalam kalangan pemimpin, dan subordinat untuk mencapai matlamat yang disasarkan. Rajah 2 menunjukkan model kepimpinan transformasional Slocum dan Hellriegel (2007). 33

1.2 Bahasa Melayu Kuno 1.2.1 Konsep Bahasa Melayu Kuno Berkembang di Nusantara Penuturnya tinggal Dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit pada abad ke-7 hingga di sekitar kerana : abad ke-13 Semenanjung Tanah i) pengaruh Hindu- Buddha Melayu, Kepulauan ii) bahasa Sanskrit ialah Riau, dan Sumatera bahasa bangsawan yang bertamadun tinggi

Pada tahun 1983, bahasa Melayu telah menjadi bahasa penghantar di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi secara berperingkat sehingga hari ini. Bahasa Melayu yang telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia Perkara 152, Fasal 1(a) dan Fasal 3 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

Basic Description Logics Franz Baader Werner Nutt Abstract This chapter provides an introduction to Description Logics as a formal language for representing knowledge and reasoning about it. It first gives a short overview of the ideas underlying Description Logics. Then it introduces syntax and semantics, covering the basic constructors that are used in systems or have been introduced in the .