DASAR PERUMAHAN NEGARA 2018 - 2025 - Prime Minister Of Malaysia

1y ago
3 Views
3 Downloads
7.38 MB
164 Pages
Last View : 1m ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Rosemary Rios
Transcription

Jabatan Perumahan NegaraKementerian Perumahan dan Kerajaan TempatanDASAR PERUMAHANNEGARA (2018 - 2025)“ R U M A H B E R K U A L I T I H A R A PA N R A K YAT ”

DASARPERUMAHANNEGARA(2018 - 2025)JABATAN PERUMAHAN NEGARAKementerian Perumahandan Kerajaan Tempatan

DASAR PERUMAHAN NEGARA(2018-2025)Diterbit oleh:Jabatan Perumahan Negara,Kementerian Perumahan dan Kerajaan TempatanCetakan Pertama, 2018 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar-ulang mana-manabahagian artikel dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dandengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada JabatanPerumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

DASARPERUMAHANNEGARA(2018 - 2025)

PHOTO

PERUTUSANPERDANA MENTERI MALAYSIAAdalah menjadi harapan Kerajaan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dan kurangkemampuan untuk memiliki tempat tinggal yang selesa. Kerajaan mahu menyediakan tempat tinggal yangmempunyai persekitaran yang selamat, sihat dan sejahtera. Di samping itu, pembangunan perumahanperlu disediakan kemudahan awam yang lengkap beserta kemudahan taman rekreasi yang bermutu.Untuk mencapai objektif ini, sektor swasta perlu diberi kepercayaan untuk memacu industri perumahannegara. Sektor awam pula berperanan membantu melancarkan proses tersebut dan meningkatkan sistempenyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberipenekanan terhadap penyediaan perumahan mampu milik untuk golongan yang berpendapatan rendah.Pelancaran Dasar Perumahan Negara (DRN) (2018–2025) adalah penting untuk menangani cabaran yangdihadapi oleh industri perumahan negara. DRN (2018–2025) juga memberi tumpuan kepada pembangunanyang seimbang iaitu penggunaan konsep pemajuan dan pembinaan perumahan yang mesra alam sertaaplikasi teknologi dan inovasi baharu dalam sektor perumahan.Kerajaan mahu supaya fokus dan strategi yang digariskan DRN(2018–2025) dapat menjadi landasan bagi memperkukuhkan industriperumahan di Malaysia. Dengan pelaksanaan dasar ini kelak, sayapercaya, sektor perumahan akan dapat menyumbang secara signifikankepada pertumbuhan ekonomi negara dan secara langsung membantuMalaysia mencapai hasrat menjadi sebuah negara yang mempunyaitahap kemajuan dan kualiti kehidupan seperti negara maju.Terima kasih.Tun Dr. Mahathir bin Mohamadperdana menteri malaysiaDasar Perumahan Negara (2018 - 2025)I

PHOTO

PERUTUSANMENTERI PERUMAHAN DANKERAJAAN TEMPATANKerajaan komited ke arah memastikan penyediaan rumah kediaman yang mencukupi, berkualiti dan mampudimiliki bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah. Komitmen ini dapat dicapai melaluistrategi yang memberi keseimbangan kepada permintaan dan penawaran, memperkenalkan industriperumahan yang cekap dan mampan serta menyediakan kemudahan awam dan persekitaran yang bersih.Dalam hubungan ini, adalah mustahak bagi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan sektor swasta bekerjasamauntuk mewujudkan industri perumahan yang berdaya saing dan mampan. Kerjasama ini akan memberimanfaat kepada pemilik rumah dan juga pemaju perumahan. Dalam hal ini, pembentukan Dasar PerumahanNegara (DRN) (2018-2025) adalah tepat pada masanya bagi memacu agenda perumahan negara danmemberi garis panduan kepada setiap pihak terlibat bagi mencapai matlamat menyediakan perumahanyang mencukupi dan mampu dimiliki bagi kelompok rakyat yang memerlukan.Untuk memastikan sektor perumahan mencapai kemajuan yang diharapkan dan menyumbang secarapositif kepada pertumbuhan ekonomi negara secara berterusan, DRN (2018-2025) dijangkakan mampumenyelesaikan masalah dan cabaran yang berkaitan dengan aspek pembinaan, kualiti perumahan,ketidaksepadanan penawaran dan permintaan perumahan serta keupayaan memiliki atau menyewa rumahmelalui sistem pengagihan yang efektif terhadap perumahan mampu milik secara amnya dan ProgramPerumahan Awam secara khususnya.Oleh hal yang demikian, adalah diharapkan DRN (2018-2025), denganlima (5) fokus utama dan enam belas (16) strategi dapat menyediakanhala tuju yang jelas kepada agensi Kerajaan di peringkat persekutuan,negeri dan penggiat industri hartanah ke arah perancangan danpembangunan sektor perumahan yang maju dan berdaya saing.YB PUAN HAJAH ZURAIDA KAMARUDDINMenteri Perumahan dan Kerajaan TempatanDasar Perumahan Negara (2018 - 2025)III

PHOTO

PRAKATAKETUA SETIAUSAHAKEMENTERIAN PERUMAHAN DANKERAJAAN TEMPATANDasar Perumahan Negara (DRN) (2018-2025) diwujudkan untuk menggariskan hala tuju serta dijadikanasas dalam perancangan dan pembangunan sektor perumahan di peringkat persekutuan, negeri dantempatan. Matlamat DRN (2018-2025) adalah untuk memandu arah sektor perumahan negara denganmenekankan perancangan, pembangunan dan pengurusan perumahan yang sistematik, berkualiti, inklusif,cekap dan mampu dimilik oleh rakyat bagi menjana habitat yang mampan dan berdaya huni.DRN (2018-2025) juga diperkenalkan untuk menangani isu dan cabaran yang dihadapi oleh industriperumahan pada masa kini. Isu-isu yang kompleks dan mencabar ini memerlukan penyelesaian yangcekap bagi menjamin pertumbuhan industri perumahan negara yang sihat dan mampan. Justeru, untukmerealisasikan matlamat dan objektif DRN (2018-2025), satu pelan tindakan telah dirangka untukmenggariskan langkah-langkah strategik selaras dengan matlamat dan fokus Dasar Perumahan Negara.Kejayaan dalam melaksanakan DRN (2018-2025) ini pastinyamemerlukan kerjasama dan komitmen daripada pelbagai pihak dalamindustri perumahan di negara ini. Sehubungan itu, kerjasama yangerat di antara sektor awam dan sektor swasta amatlah penting dalammenangani pelbagai isu dan cabaran serta melaksanakan langkahlangkah strategik demi mencapai matlamat agenda perumahan negara.Saya yakin kejayaan pelaksanaan DRN (2018-2025) akan memberisumbangan yang signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara.DATO’ SRI HAJI MOHAMMAD BIN MENTEKKetua Setiausaha Kementerian Perumahandan Kerajaan TempatanDasar Perumahan Negara (2018 - 2025)V

ISI KANDUNGANDASAR PERUMAHAN NEGARA (2018-2025)VIIPERUTUSANPerdana Menteri MalaysiaIIIPERUTUSANMenteri Perumahan dan Kerajaan TempatanVPRAKATAKetua SetiausahaKementerian Perumahan dan Kerajaan TempatanVIIISINGKATAN NAMA1PERKEMBANGAN DASARPERUMAHAN DI MALAYSIA15SENARIOPERUMAHAN DI MALAYSIA37ISU DAN CABARANPERUMAHAN DI MALAYSIA45MATLAMATDASAR PERUMAHAN NEGARA (2018-2025)49OBJEKTIFDASAR PERUMAHAN NEGARA (2018-2025)53FOKUS, STRATEGI DAN PELAN TINDAKANDASAR PERUMAHAN NEGARA (2018-2025)

ISI KANDUNGANDASAR PERUMAHAN NEGARA (2018-2025)57FOKUS 1Memastikan perumahan yangberkualiti untuk semua81FOKUS 2Menambah baik aksesibiliti dan tahapkemampuan memiliki rumah99FOKUS 3Memastikan kejiranan yangberkualiti dan kohesif113FOKUS 4Menambah baik koordinasi antarapembangunan perumahan dan pengangkutanuntuk kualiti kehidupan yang lebih baik121FOKUS 5Memperkukuh keupayaan institusiuntuk melaksanakan DRN (2018-2025)137JADUAL PELAKSANAAN PELAN TINDAKANDASAR PERUMAHAN NEGARA (2018-2025)138GARIS MASA PELAN TINDAKANDASAR PERUMAHAN NEGARA (2018-2025)140KLUSTER PELAN TINDAKANDASAR PERUMAHAN NEGARA (2018-2025)142PENGHARGAANVII

SINGKATAN PDRNKPWKMKWPLHDNMAMPUMCVIII: Association of Islamic Banking Institutions Malaysia: Bahagian Dasar dan Inspektorat, KPKT: Bank Negara Malaysia: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia: Pesuruhjaya Bangunan: Jabatan Perangkaan Malaysia: Dasar Perumahan Negara: Unit Perancang Ekonomi: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan: Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri: The Institution of Engineers Malaysia: Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Institut Penilaian Negara: Institut Tadbiran Awam Negara: Institut Pengajian Tinggi Awam: Institution of Surveyors Malaysia: Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung: Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian: Jabatan Kerja Raya: Jabatan Kerajaan Tempatan: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia: Jabatan Perdana Menteri: Jabatan Perumahan Negara: Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional: Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta: Jabatan Standard Malaysia: Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia: Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli: Kementerian Pembangunan Luar Bandar: Kementerian Kerja Raya Malaysia: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Jawatankuasa Pemantauan dan Penilaian Dasar Perumahan Negara: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Kementerian Wilayah Persekutuan: Lembaga Hasil Dalam Negeri: Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia: Perbadanan Pengurusan

SINGKATAN NMalaysiaPTGSPADSPNBUPEN: Kementerian Pertahanan: Pertubuhan Perancang Malaysia: Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani: Kementerian Kewangan Malaysia: Malaysian Valuation Standard: Pertubuhan Arkitek Malaysia: Pihak Berkuasa Tempatan: Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang: Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia: Pejabat Tanah dan Galian: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat: Syarikat Perumahan Negara Berhad: Unit Perancang Ekonomi NegeriTEKNIKALJMBNAPICPPAMPPBPR1MA: Badan Pengurusan Bersama: Pusat Maklumat Harta Tanah Negara: Perumahan Penjawat Awam Malaysia: Piawaian Perumahan Berkualiti: Perumahan Rakyat 1MalaysiaIX

PHOTO

PERKEMBANGANDASAR PERUMAHANDI MALAYSIAPerumahan Awal Kemerdekaan (1957 - 1970)Perumahan untuk Mengatasi Kemiskinan (1970 - 1985)Perumahan Berfokuskan Pasaran (1986 - 1997)Perumahan untuk Menyelesaikan Setinggan (1998 - 2011)Perumahan Mampu Milik (2012 - 2017)“Rumah Berkualiti Harapan Rakyat”1

PHOTO

PERKEMBANGANDASAR PERUMAHAN DIMALAYSIAPerkembangan dasar perumahan di Malaysia semenjak merdeka boleh dibahagikan kepada 5 fasa iaituFasa Perumahan Awal Kemerdekaan (1957 - 1970), Perumahan untuk Mengatasi Masalah Kemiskinan(1970 - 1985), Perumahan Berfokuskan Pasaran (1986 - 1997), Perumahan untuk Menghapuskan Setinggan(1998 - 2011) dan Perumahan Mampu Milik (2012 hingga kini). Setiap fasa pembangunan perumahanlazimnya berkait rapat dengan keadaan sosial, politik dan ekonomi negara semenjak merdeka. Keadaan inimenjadikan dasar dan program perumahan yang digubal di Malaysia adalah unik selaras dengan keperluansemasa negara ini. Malah kejayaan dan pencapaian program perumahan di Malaysia sejak merdeka seringdijadikan rujukan oleh banyak negara membangun lain.1957 - 1970Fasa Perumahan AwalKemerdekaan1970 - 1985Perumahan untuk MengatasiMasalah Kemiskinan1986 - 1997Perumahan BerfokuskanPasaran1998 - 2011Perumahan untukSetinggan2012 - KiniPerumahan Mampu MilikPERKEMBANGAN DASAR PERUMAHAN DI MALAYSIA“Rumah Berkualiti Harapan Rakyat”3

Perumahan Awal Kemerdekaan (1957 - 1970)Flat Kos Rendah di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur yang dibina pada tahun 1958 olehLembaga Perumahan - Arkib Negara MalaysiaSelepas mencapai kemerdekaan, tumpuan awal kerajaan adalah untuk menyediakan kemudahan infrastrukturdan pembangunan di kawasan luar bandar terutama kawasan pertanian yang menjana sumber ekonomikepada negara. Sehubungan itu program perumahan berskala besar tidak menjadi keutamaan kepada pihakkerajaan. Program perumahan untuk rakyat di teruskan oleh Lembaga Perumahan Persekutuan TanahMelayu (Housing Trust Federation of Malaya) yang diwujudkan oleh pihak British sebelum Negara mencapaikemerdekaan melalui Kertas Putih No. 70 1949. Setelah merdeka Lembaga Perumahan meneruskanfungsi utamanya menyediakan perumahan kos rendah terutama di kawasan bandar. Penubuhan LembagaPerumahan di lihat menjadi titik tolak campurtangan kerajaan di dalam penyediaan perumahan rakyat dinegara ini. Walau bagaimanapun, kekangan kewangan, kekurangan kakitangan dan kemahiran teknikalselepas negara mencapai kemerdekaan menyebabkan penyediaan perumahan kos rendah dalam jumlahyang kecil. Bagi tempoh 1956 hingga 1965 hanya 7,431 unit telah dibina atau purata 826 unit setahun.Bilangan unit yang dibina terlalu rendah berbanding keperluan perumahan semasa terutama di kawasanbandar pada masa tersebut.Namun setelah penubuhan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan pada tahun 1964, terdapatpeningkatan yang ketara di dalam penyediaan perumahan kos rendah. Antara langkah yang diambil olehkerajaan termasuklah mengarahkan Kerajaan Negeri menyediakan tanah yang dijual pada harga nominalkepada Lembaga Perumahan untuk pembangunan rumah kos rendah, dan mewujudkan “a Committee ofStandards” bagi merangka standard minimum untuk pembangunan rumah kos rendah yang pada masayang sama untuk mengurangkan kos pembinaan.4Dasar Perumahan Negara (2018 - 2025)PERKEMBANGAN DASAR PERUMAHAN DI MALAYSIA

Perumahan Awal Kemerdekaan (1957 - 1970)Skim Perumahan Lembaga Perumahan di Petaling Jaya pada tahun 1960-an - Arkib Negara MalaysiaPeningkatan ketara dapat dilihat dari segi bilangan unit disiapkan selepas itu di mana pada tahun 1967hingga 1969 sebanyak 14,175 unit rumah kos rendah atau purata 4,725 unit setahun melalui ‘HousingCrash Programme’ yang diperkenalkan oleh Kementerian pada tahun 1967 (MLGH 1968). Teras utamaprogram perumahan yang diperkenalkan adalah untuk menyediakan rumah kos rendah dalam tempoh yangsingkat di dalam skim perumahan yang bersaiz kecil. Pengenalan kaedah sistem pembinaan berindustriturut dilakukan di dalam pembinaan skim perumahan baru seperti Flat Pekeliling di Kuala Lumpur dan RifleRange di Pulau Pinang pada tahun 1969.Rumah Teres Satu Tingkat di Petaling Jaya - Arkib Negara MalaysiaPERKEMBANGAN DASAR PERUMAHAN DI MALAYSIA“Rumah Berkualiti Harapan Rakyat”5

Perumahan untuk Mengatasi Kemiskinan (1970 - 1985)Setelah Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada tahun 1970, dasar dan strategi perumahan diNegara ini lebih menjurus kepada pencapaian dua objektif utama DEB, iaitu menghapuskan kemiskinandengan meningkatkan pendapatan rakyat dan meningkatkan peluang pekerjaan tanpa mengira kaum sertamenghapuskan pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi. Kerajaan mengenal pasti penyediaanperumahan bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah kekurangan rumah di kalangan rakyat tetapijuga sebagai langkah untuk menghapuskan kemiskinan selain menstruktur semula penduduk di kawasanbandar. Semenjak tahun 1970-an Kerajaan telah mengadakan pelbagai program perumahan dalam usahamencapai objektif DEB. Tanggung jawab untuk penyediaan rumah terutama untuk golongan berpendapatanrendah terletak di bawah kerajaan Persekutuan dan Negeri. Kerajaan seterusnya memperkenalkan programPerumahan Awam Kos Rendah (PAKR) yang dilancarkan pada tahun 1976. Melalui program perumahan ini,tanggungjawab untuk membina rumah diberikan kepada Kerajaan Negeri dengan peruntukan kewangandari Kerajaan Persekutuan. Antara tahun 1976 hingga 1990 sejumlah 121,855 unit PAKR telah berjayadibina oleh pihak Kerajaan di seluruh negara.Flat Pekeliling di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur yang siap dibina pada tahun 1969 untuk golongan berpendapatan rendah.6Dasar Perumahan Negara (2018 - 2025)PERKEMBANGAN DASAR PERUMAHAN DI MALAYSIA

Perumahan untuk Mengatasi Kemiskinan (1970 - 1985)Flat Pekeliling di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur yang siap dibina pada tahun 1969 untukgolongan berpendapatan rendah.Selain itu, agensi pembangunan ekonomi negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak (PKENP) turut diwujudkan bagi merealisasikan hasratkerajaan bagi membina rumah untuk rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhanaterutama di kawasan bandar. Pembangunan berbentuk bandar baru yang terancang dengan perumahanuntuk semua golongan pendapatan turut di laksanakan di seluruh Negara dalam usaha mencapai hasratkerajaan menggalakkan pemilikan rumah di kalangan kaum bumiputera.Dasar Kerajaan yang menghendaki pembinaan rumah kos rendah sebanyak 30 peratus di dalam setiappembangunan perumahan swasta mula diperkenalkan pada tahun 1981. Manakala harga rumah kos rendahyang perlu dibina oleh pihak swasta telah ditetapkan tidak melebihi RM25,000. Dasar yang diperkenalkanini jelas menunjukkan penglibatan pihak swasta di dalam penyediaan perumahan, termasuklah kepadagolongan yang berpendapatan rendah, mula diberi penekanan. Pendekatan ini berjaya menambah stokperumahan kos rendah dengan mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada kerajaan untukmenyediakan perumahan untuk rakyat. Dengan peningkatan pemilikan rumah dalam kalangan pendudukberpendapatan rendah ini secara tidak langsung meningkatkan ekuiti pemilikan hartanah, terutamanyagolongan Bumiputera sejajar dengan objektif DEB.PERKEMBANGAN DASAR PERUMAHAN DI MALAYSIA“Rumah Berkualiti Harapan Rakyat”7

Perumahan Berfokuskan Pasaran (1986 - 1997)Semenjak pertengahan tahun 1980-an, kerajaan mula memikirkan semula strategi campur tangan dalam halehwal pasaran selaras dengan trend global. Namun, campur tangan kerajaan dalam pasaran perumahandikatakan antara punca ekonomi sukar untuk terus berkembang dan penyebab berlakunya kegawatanekonomi pada tahun 1986 hingga 1987. Dasar perumahan pada masa tersebut lazimnya mengikut sarananyang dikemukakan oleh agensi antarabangsa seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF)yang mempromosikan dasar pasaran terbuka, termasuk mengurangkan campur tangan kerajaan dalamurusan perniagaan.Skim Perumahan Moden yang dimajukan oleh pemaju swasta di Putrajaya8Dasar Perumahan Negara (2018 - 2025)PERKEMBANGAN DASAR PERUMAHAN DI MALAYSIA

Perumahan Berfokuskan Pasaran (1986 - 1997)Selaras dengan dasar pengurangan campur tangan pihak kerajaan di dalam penyediaan perumahan,peruntukan oleh kerajaan dalam penyediaan perumahan kepada rakyat semakin berkurangan sejak awaltahun 1990an. Sebaliknya tanggungjawab penyediaan perumahan untuk golongan berpendapatan rendahdan sederhana sebahagian besarnya diserahkan kepada pemaju swasta. Peranan pihak swasta berterusansehingga kini di dalam penyediaan perumahan. Sebanyak 3.7 juta unit rumah telah berjaya dibina olehpemaju swasta dari 1971 hingga 2017 termasuk 1.2 juta unit rumah kos rendah yang dibina sepenuhnyaoleh pemaju swasta tanpa bantuan kewangan dari kerajaan. Peranan yang di mainkan oleh sektor swastadi dalam penyediaan dan pembangunan perumahan amat penting demi mencapai hasrat kerajaan untukmemastikan setiap golongan rakyat memiliki rumah sendiri.Pelbagai jenis perumahan bertanah dan berstrata dibangunkan oleh pemaju swasta bagi memenuhikeperluan penduduk di Tanjung Bungah, Pulau PinangPERKEMBANGAN DASAR PERUMAHAN DI MALAYSIA“Rumah Berkualiti Harapan Rakyat”9

Perumahan untuk Setinggan (1998 - 2011)Pembangunan ekonomi yang pesat semenjak awal 1990-an secara tiba-tiba berubah apabila krisis ekonomimelanda rantau Asia pada tahun 1997. Dalam usaha menyelesaikan kemelut ekonomi pada masa tersebutpihak Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi membericadangan untuk menangani krisis ekonomi negara. Antara strategi yang dicadangkan oleh MTEN bagimeningkatkan ekonomi negara termasuklah penyediaan perumahan untuk rakyat serta kenaikan hargasiling rumah kos rendah dari RM25,000 kepada RM42,000 seunit. MTEN berpendapat bahawa pembinaanrumah untuk golongan berpendapatan rendah bukan sahaja penting untuk menjana aktiviti ekonomiterutamanya sektor pembinaan, tetapi pada masa yang sama dapat mengatasi masalah penempatansetinggan yang semakin meruncing pada tahun 1990-an. Terdapat seramai 571,261 bilangan ahli isi-rumahsetinggan pada tahun 1999 yang memerlukan kerajaan mengambil langkah drastik untuk mengatasinya.Jadual 1: Struktur Harga Rumah dan Kumpulan Sasaran, 2006Sumber: KPKT, 200610Dasar Perumahan Negara (2018 - 2025)PERKEMBANGAN DASAR PERUMAHAN DI MALAYSIA

Perumahan untuk Setinggan (1998 - 2011)Sehubungan itu, MTEN telah mencadangkan pembinaan sebanyak 52,496 unit perumahan awam di seluruhnegara yang dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat (PPR) MTEN bermula tahun 1998. KejayaanPPR MTEN mendorong Kerajaan Persekutuan meneruskan program tersebut dan memansuhkan programPAKR yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri semenjak tahun 1976. Menjelang tahun 2002, PPR DasarBaru diperkenalkan bagi menggantikan PAKR sepenuhnya. Antara elemen penting di dalam pelaksanaanPPR adalah pemilihan pembeli yang layak menerusi Sistem Pendaftaran Terbuka Berkomputer (SPT),sewa bulanan serendah RM124 atau harga jualan RM35,000, dan keutamaan kepada golongan setingganuntuk membeli atau menyewa rumah PPR.Dalam tempoh 1998 sehingga 2016 sejumlah 102,630 unit rumah PPR untuk dijual dan disewa telah disiapkanoleh KPKT dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Dalam tempoh tersebut juga PPR telah menempatkansejumlah 35,566 isi rumah setinggan di seluruh negara selain perumahan kos rendah yang dibina olehpemaju swasta. Hasilnya bilangan isi rumah setinggan telah menurun dengan ketara dari 571,261 isi rumahpada tahun 1999 kepada hanya 52,503 pada Jun 2018 atau pengurangan sebanyak 91% dalam tempohtersebut. Kejayaan program PPR dan perumahan kos rendah oleh pemaju swasta merupakan titik tolakpenting dalam sejarah perumahan negara di mana ia bukan sahaja membantu pembangunan ekonominegara semasa krisis ekonomi, tetapi juga strategi berkesan dalam menangani masalah setinggan.Pendekatan yang dilaksanakan secara tidak langsung menghalang kewujudan penempatan baru setinggandi kawasan bandar serta mampu meningkatkan kualiti hidup rakyat secara keseluruhannya.Pembangunan semula secara “in-situ” kawasan setinggan di Taman Dato’ Harun, Petaling Jayauntuk pembinaan PPR pada tahun 2002PERKEMBANGAN DASAR PERUMAHAN DI MALAYSIA“Rumah Berkualiti Harapan Rakyat”11

Perumahan Mampu Milik (2012 Hingga Kini)Dalam usaha kerajaan untuk memastikan rakyat di Negara ini mampu untuk memiliki rumah, pelbagaistrategi dan langkah telah di ambil oleh pihak kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri. Penyediaanrumah mampu milik adalah antara langkah utama di bawah strategi kerajaan dalam menangani kos sarahidup yang semakin meningkat.Langkah tersebut juga diterjemahkan di dalam penyediaan Dasar Perumahan Negara (2013-2017)dengan objektif menyediakan perumahan yang mencukupi dan berkualiti lengkap dengan kemudahan danpersekitaran yang kondusif, meningkatkan akses dan keupayaan rakyat untuk memiliki atau menyewarumah, dan memastikan hala tuju kemampanan sektor perumahan di masa hadapan.Kerajaan sedar bahawa kenaikan kos pembinaan dan pelbagai faktor lain yang menyumbang kepadapeningkatan harga rumah, perlu ditangani. Fokus kerajaan semenjak tahun 1970-an kepada penyediaanperumahan kos rendah telah menyebabkan wujudnya jurang di dalam pasaran rumah kos sederhana.Golongan berpendapatan sederhana atau M40 semakin sukar untuk memiliki rumah dan sebahagiannyaterpaksa untuk terus tinggal di rumah yang sepatutnya dikhaskan untuk golongan berpendapatan rendah(B40). Di samping itu, peningkatan pendapatan rakyat dan gaya hidup menyebabkan permintaan terhadapperumahan mampu milik terus meningkat.Program Perumahan Rakyat Tehel, Melaka yang dilengkapi dengan sistem teknologi hijau iCycle12Dasar Perumahan Negara (2018 - 2025)PERKEMBANGAN DASAR PERUMAHAN DI MALAYSIA

Perumahan Mampu Milik (2012 Hingga Kini)Untuk meningkatkan penawaran perumahan mampu milik, Kerajaan Persekutuan dan Negeri telahmenubuhkan pelbagai agensi dan memperkenalkan program khusus untuk membolehkan golongan M40ini memiliki rumah. Di peringkat persekutuan antaranya dengan mewujudkan Perbadanan Perumahan1Malaysia atau PR1MA, Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) di bawah Kementerian WilayahPersekutuan, Rumah Mesra Rakyat (RMR) oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di bawahKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Perumahan Penjawat Awam Malaysia(PPAM) di bawah Jabatan Perumahan Negara (JPN), KPKT. Manakala di peringkat negeri termasuklahpenyediaan dasar rumah mampu milik seperti Rumah Selangorku (Selangor), Rumah Mampu Milik Johor(Johor) dan PR1MA Pahang (Pahang). Tumpuan perumahan mampu milik ini adalah golongan M40 iaitumereka yang berpendapatan antara RM2,500 hingga RM7,500 sebulan. Manakala harga yang ditawarkankepada pembeli golongan ini adalah dalam lingkungan RM100,000 hingga RM300,000 seunit.Program Perumahan Rakyat Krubong, Melaka yang mempunyai 600 unit rumah merupakanperumahan mesra OKUPERKEMBANGAN DASAR PERUMAHAN DI MALAYSIA“Rumah Berkualiti Harapan Rakyat”13

photo

SENARIO PERUMAHANDI MALAYSIAPermintaan dan Penawaran PerumahanPenawaran bagi Pasaran PerumahanKemampuan Memiliki RumahAnalisis SpatialPemantauan dan Penilaian“Rumah Berkualiti Harapan Rakyat”15

photo

SENARIO PERUMAHANDI MALAYSIA1.1 PERMINTAAN DAN PENAWARAN PERUMAHANPermintaan terhadap perumahan dipengaruhi oleh kemampuan isi rumah membayar harga rumah dipasaran. Walau bagaimanapun, kemampuan isi rumah boleh dibahagikan kepada dua, iaitu isi rumah yangmampu membeli rumah di pasaran terbuka dan isi rumah yang memerlukan bantuan kerajaan bagi memilikirumah.Golongan isi rumah yang mampu membeli rumah dengan pinjaman perbankan akan memberi kesanlangsung terhadap permintaan perumahan di sesebuah kawasan tanpa perlu campur tangan dari pihakkerajaan. Walau bagaimanapun, terdapat juga golongan yang mengalami kesukaran untuk mendapatkanpinjaman perbankan dan mereka ini memerlukan bantuan serta campur tangan pihak kerajaan untukmemiliki rumah. Oleh itu, analisis dan pembentukan dasar perumahan yang strategik perlu digubal denganmenyasarkan kepada keperluan golongan ini. Pelan-pelan tindakan yang bersesuaian akan dilaksanakanbagi memberi tumpuan campur tangan kerajaan kepada golongan yang sukar untuk mendapat pinjamanbank bagi membeli rumah. Dalam kata lain, tanggungjawab untuk memenuhi keperluan perumahan kepadagolongan yang mampu haruslah diserahkan kepada pasaran swasta bagi memastikan dana awam dapatdigunakan untuk membantu golongan sasaran yang lebih memerlukan bantuan kerajaan.Program Perumahan Rakyat jenis teres satu tingkat yang dilengkapi dengan pelbagaikemudahan untuk kesenangan rakyatSENARIO PERUMAHAN DI MALAYSIA“Rumah Berkualiti Harapan Rakyat”17

Keutamaan penawaran perumahan di masa hadapan adalah untuk memastikan rakyat mampu memilikidan mendiami perumahan yang berkualiti. Bagi menentukan penyediaan perumahan yang berkualiti untukrakyat, kerajaan akan membentuk Piawaian Perumahan Berkualiti (PPB) bagi menilai kualiti perumahansedia ada dan yang akan dibina. Piawaian perumahan sedia ada (CIS 1,2,3 dan 4) akan dikaji semula danpelbagai aspek berkaitan budaya, corak demografi, iklim dan bahan tempatan akan diambil kira dalampenyediaan PPB kelak. Proses mendapatkan maklum balas dari orang ramai dan pihak yang berkepentinganakan turut dilaksanakan agar PPB mengambil kira keperluan dan aspirasi rakyat.Bagi perumahan baharu, penentuan standard minimum akan disediakan dengan lebih menumpukan kepadakawalan kualiti unit rumah yang akan dibina. Manakala bagi perumahan sedia ada, piawaian khusus akandibangunkan bagi memastikan kerja naik taraf dan penyelenggaraan perumahan tersebut lebih sistematikdan berkualiti.Program Perumahan Rakyat yang disasarkan kepada penghuni setinggan dan golonganberpendapatan rendah18Dasar Perumahan Negara (2018 - 2025)SENARIO PERUMAHAN DI MALAYSIA

Bagi memastikan hanya golongan sasaran mendapat bantuan perumahan dari pihak KerajaanPersekutuan ataupun Negeri, penilaian kelayakan pemohon akan merujuk kepada beberapa faktor sepertipendapatan isi rumah, bilangan isi rumah, jenis pekerjaan dan status perkahwinan. Pihak Kerajaan Negeribertanggungjawab memberi kelulusan dan menentukan keperluan perumahan di negeri masing-masing.Penentuan tahap kemampuan memiliki rumah dan harga rumah mampu milik di peringkat tempatandan negeri akan dijadikan asas dan panduan oleh pihak berkuasa dalam merancang dan meluluskanpermohonan projek-projek perumahan oleh pemaju swasta dan awam.Komponen FokusKeperluanPerumahanKecukupanAdakah unitperumahan memadaiuntuk isi rumah?Rajah 1: Skematik Mengenai KriteriaPenilaian Keperluan yang DicadangkanYAKesesuaianAdakah unitperumahan sesuaiuntuk isi rumah?TIDAKYAKemampuanAdakah unitperumahan mampudimiliki oleh isi rumah?TIDAKKriteria KelayakanAdakah isi rumah memenuhi kriteria kelayakan?(Adakah pendapatan isi rumah di bawah 60% daripadaPendapatan Median Kawasan HANSEKTOR AWAMRajah 1 di atas menunjukkan skematik kriteria penilaian kelayakan pemohon perumahan awam. Penilaianini adalah penting bagi memastikan bantuan kerajaan dapat disasarkan kepada golongan yang benarbenar memerlukannya.Analisis yang dijalankan di dalam kajian DRN (2018-2025) mendapati terdapat jurang di dalam data semasayang mengehadkan keupayaan kerajaan untuk merancang pembangunan perumahan bagi menepatikeperluan pelbagai golongan rakyat. Jurang ini merangkumi antara lain, data yang tidak lengkap, data yangtidak tepat dan data yang tidak dapat diakses. Sehubungan itu, dalam tempoh pelaksanaan DRN (20182025), indikator dan kaedah yang jelas bagi menentukan garis panduan analisis Penilaian Permintaan danKeperluan Perumahan (Housing Demand and Needs Assessment - HDNA) yang selaras dengan garispanduan serta definisi keperluan negara akan disediakan. Analisis HDNA akan dapat membantu KerajaanNegeri dan Pihak Berkuasa Tempatan mengenal pasti jurang dan ketidaksesuaian dalam sektor yangberkaitan dengan pasaran perumahan.SENARIO PERUMAHAN DI MALAYSIA“Rumah Berkualiti Harapan Rakyat”19

Rajah 2: Isi rumah Malaysia mengikut jenis pemilikan perumahan, 2016Sumber: DOS (2017c)Dalam konteks Malaysia, penyewaan rumah juga harus dilihat sebagai satu pilihan bagi memenuhikeperluan isi rumah yang tidak mampu untuk memiliki rumah sama ada yang dibina oleh pihak kerajaanataupun swasta. Penyewaan harus dipromosikan kepada golongan sasaran sebelum mereka mampudan bersedia untuk memiliki rumah dari segi kewangan dan memenuhi keperluan keluarga. Langkah inibukan sebagai persaingan kepada dasar pemilikan ru

Kerajaan mahu supaya fokus dan strategi yang digariskan DRN (2018-2025) dapat menjadi landasan bagi memperkukuhkan industri . Kementerian Pertahanan: Pertubuhan Perancang Malaysia: Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan . Range di Pulau Pinang pada tahun 1969. Perumahan Awal Kemerdekaan (1957 - 1970)

Related Documents:

Dasar Keluarga Negara ini yang menyokong dan melengkapi dasar-dasar yang sedia ada seperti Dasar Sosial Negara, Dasar Wanita Negara dan Dasar Kanak-kanak Negara turut berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan matlamat Wawasan 2020. Di samping itu, dasar ini turut merujuk secara khusus kepada tanggungjawab

Dasar-dasar Agribisnis Produksi Tanaman 53. Dasar-dasar Agribisnis Produksi Ternak 54.Dasar-dasar Agribisnis Produksi Sumberdaya Perairan 55. Dasar-dasar Mekanisme Pertanian 56. Dasar-dasar Agribisnis Hasil Pertanian 57. Dasar-dasar Penyuluhan Pertanian 58. Dasar-dasar Kehutanan 59. PertanianDasar-dasar Administrasi

Penubuhan Jawatankuasa Induk Pelantikan Jawatankuasa Perumahan dan Pembayaran elaun khas Tanggungjawab dan tugas semua ahli Jawatankuasa Perumahan JAWATANKUASA YANG BERTANGGUNGJAWAB 1. Jawatankuasa Induk Rumah Kerajaan 2. Jawatankuasa Perumahan Bandaraya Kota Kinabalu DAERAH Jawatankuasa Kecil Perumahan

Dasar Hukum 78 2. Asas-Asas Pemerintahan Daerah 79 BAB VII : BENDA-BENDA MILIK NEGARA 82 . DAFTAR PUSTAKA 90. iv . v iii . 1 BAB I HUKUM ADMINISTRASI NEGARA 1. Pengertian dan istilah Pengertian dan istilah Hukum Administrasi Negara. Sejarah dari Hukum Administrasi Negara dari Negara Belanda yang disebut Administratif recht atau Bestuursrecht .

dasar-dasar akuakultur atau dasar-dasar budidaya, pengantar agribisnis perikanan dan kelautan atau pengantar ekonomi perikel 270 1710714320012 rusmai trianti statistik, 9 rp75,000 rp675,270 dasar-dasar akuakultur atau dasar-dasar budidaya, ikhtiologi, 271

maritim dan pertahanan yang lebih nyata dalam Dasar Tindak Timur. Dasar Pandang Timur India (India's Look East Policy) Pada sekitar tahun 1940-an sehingga 1970-an, banyak negara-negara Asia Tenggara masih berada dalam keadaan lemah kerana baru mencapai kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua. Pada waktu itu, India tidak begitu

Ilmu negara adalah ilmu yang menyelidiki asas-asas pokok dan pengertian-pengertian pokok mengenai negara dan hukum tata negara.14 Oleh karena itu, ilmu negara merupakan ilmu pengetahuan untuk mempelajari ilmu Hukum Tata Negara, ilmu Hukum Administrasi Negara dan juga ilmu Hukum Internasional Publik.

11th August 2020 Please ensure your microphone is muted throughout the presentation The slides today will be presented with the opportunity for the audience to post questions during the presentation using the chat function. Questions submitted through the chat function will be recorded and responses will be provided after the event. Responses will be posted on CCS website page and will be .