Pemikiran Strategik Dasar Luar India: Dari Dasar Pandang Timur Ke Dasar .

1y ago
7 Views
1 Downloads
718.34 KB
22 Pages
Last View : 12d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Averie Goad
Transcription

Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol. 44 (2) (December 2017): 51-72@ History, Politics & Securities Research Centre, UKM; ISSN 2180-0251 (electronic), 0126-5644 (paper)RAVICHANDRAN MoorthyKAVARAMMA SubramaniamUniversiti Kebangsaan MalaysiaPEMIKIRAN STRATEGIK DASAR LUAR INDIA:DARI DASAR PANDANG TIMUR KE DASAR TINDAK TIMURINDIAN FOREIGN POLICY STRATEGIC THINKING:FROM LOOK EAST TO ACT EAST POLICYKebangkitan India sebagai kuasa ekonomi dan langkah strategikuntuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi telah membawa kepadaperubahan dasar luar India daripada Look East Policy (DasarPandang Timur) kepada Act East Policy (Dasar Tindak Timur). Dasarbaru inidilihat sebagai satu pendekatan yang diambil oleh India untukmenghadapi perubahan senario global. Dasar Tindak Timurmemberitumpuan kepadapembinaan strategi bagi pertumbuhan ekonomi,politik, keselamatan dan pertahanan India, melalui pelanjutanhubungan baik dengan negara -negara di Asia Tenggara dan AsiaTimur. Mulai 2014, pimpinan Narendra Modi telah memperkenalkanDasar Tindak Timuryang dilihat sebagai satu pendekatan Indiauntuk mencapai kepentingan ekonomi dan geostrategik. Walaupunkedua-dua dasar ini menjurus kepada hubungan dengan negaranegara di bahagian timur India, di Asia Tenggara dan Asia Timur,namun kedua-dua dasar ini menampakkan beberapa perbezaan danpersamaan. Artikel ini, menjawab persoalan samada Dasar TindakTimurini merupakan satu polisi baru India ataupun kesinambungandaripada polisi sedia ada iaitu Dasar Pandang Timur. Ataupun, polisibaru ini hanya merupakan retorik politik semata-mata.Kata kunci: Dasar Tindak Timur, Dasar Pandang Ke Timur, Dasar luar, India,Pemikiran strategik, Kepentingan nasional.The rise of India as an economic power and the strategic measures tosustain economic growth has led to a transformation in India’s foreignpolicy from the Look East Policy to the Act East Policy. This newpolicy is seen as an approach taken by India to deal with the changingglobal scenario. Act East Policy focuses on building a strategy for thegrowth of economy, politics, security and defense of India, throughthe extension of relations with the countries of Southeast Asia andin East Asia. In2014, Prime Minister Narendra Modi introduced theAct East Policy, aimed to achieve India’s economic and geo-strategicinterests. Although both of these policies lead to better relationsJebat Volume 44 (2) (December 2017) Page 51

Article: Ravichandran Moorthy and Kavaramma Subramaniamwith the countries in the eastern part of India, namely in SoutheastAsia and East Asia, these policies appearto bear some differencesand similarities. This article, will answer the question whether theAct East Policy is a new policy of India or the continuation of theexisting Look East Policy, or is it a mere political rhetoric of the newadministration.Keywords: Look East Policy, Act East Policy, Foreign policy, India, Strategicthinking, National interests.PendahuluanSejak kemerdekaan daripada Britain pada tahun 1947, India telah mempunyaiaspirasi bagi menjadi sebuah negara yang gemilang, khususnya demimengembalikan status India sebagai salah satu kuasa besar dunia.1 Bagimerealisasikan aspirasi ini, India telah menjalankan dasar luar yang pragmatik,dengan menjalinkan hubungan diplomatik yang rapat dengan negara-negaraBarat, serta hubungan strategik dengan sekutu Perang Dingin, khususnyadengan Rusia. Hubungan India dengan negara-negara di Timur, khususnyadengan Asia Tenggara, tidaklah menyerlah kerana India banyak dibelenguikonflik dengan Pakistan sejak kemerdekaannya. Walaupun mempunyaikecenderungan pro-Soviet, India telah menyokong gerakan kemerdekaandi negara-negara di Asia Tenggara dan mengetuai gerakan negara-negaraberkecuali (non-alignment) di Asia.Sejak tahun 1947, kemiskinan menjadi permasalahan utama diIndia, sehingga ianya telah dilabelkan sebagai negara miskin dan lemah.Pada awal tempoh pasca kemerdekaan, India telah dibayangi dengan fahamansosialisme. India telah mempraktiskan model pembangunan yang dikenali“Nehruvian” yang diasaskan oleh Perdana Menteri Pertama India, JawaharlalNehru pada tahun 1951 dan model ini juga digunakan sehingga tahun 1991.Model pembangunan ini meletakkan sistem ekonomi yang berpusat padapemerintah yang mana model ini selari dengan fahaman sosialisme.2 Modelyang bercorak ketidakterbukaan ekonomi ini nyata tidak mencapai hasil yangpositif – ekonomi India tidak kompetatif. Tambahan lagi, sikap berkecualiyang diamalkan oleh India dalam hal-ehwal geopolitik telah menyebabkanIndia terpinggir ketika ekonomi rantau Asia Pasifik mula meningkat. Sebagaicontohnya, pada sekitar tahun 1990-an, ekonomi China mula memecut kehadapan akibat reformasi ekonomi yang dilakukan oleh negara tersebut tetapiIndia masih dalam kemunduran walaupun India mempunyai kelebihan yangsama seperti China iaitu jumlah populasi penduduk yang tinggi.3Namun, mulai tahun 1991, liberalisasi ekonomi yang berlaku semasapemerintahan mantan Perdana Menteri P.V. Narasimha Rao, ekonomi Indiatelah mengubah wajah. India kini menjadi salah sebuah negara yang palingpesat berkembang di dunia, turut menambahkan pengaruhnya di peringkatserantau dan antarabangsa. Perubahan daripada konsep ekonomi bersifatsosialisme kepada amalan kapitalisme telah dapat merangsang pertumbuhanJebat Volume 44 (2) (December 2017) Page 52

Pemikiran Strategik Dasar Luar India: Dari Dasar Pandang Timur ke Dasar Tindak Timurekonomi yang tinggi dan perdagangan serta pengaliran masuk modal asingke India.4 Kepesatan ekonomi India turut diiringi dengan Polisi Pandang keTimur atau lebih dikenali Dasar Pandang Timur yang diperkenalkan semasapemerintahan P.V. Narasimha Rao. Polisi ini dilihat sebagai kebangkitan semulaminat India kepada interaksi pelbagai dimensi dengan rantau Asia Tenggara.Dasar Pandang Timur merupakan program reformasi yang dijalankan olehIndia untuk menjalinkan hubungan ekonomi dan strategik yang luas dengannegara-negara di Asia Tenggara dan Asia Timur.5 Polisi ini telah diteruskanoleh pengganti P.V Narasimha Rao iaitu Atal Bihari Vajpayee dan seterusnyaDr. Manmohan Singh.Selepas pilihanraya 2014, India dipimpin oleh Narendra Modi. Dalamera pentadbiran Narendra Modi, beliau memperkenalkan Dasar Tindak Timuruntuk menggantikan Dasar Pandang Timur.6 Sejak Narendra Modi mengambilalih sebagai Perdana Menteri India pada Mei 2014, beliau telah menjadikandasar luar sebagai asas utama kepada pentadbiran beliau. Dalam tempoh masadua tahun beliau telah melawat 38 negara, dan mempamerkan ketinggian dankewarasan diplomasi India di mata dunia. Majlis angkat sumpah Modi telahdihadiri oleh pemimpin-pemimpin dari negara jiran India. Dalam tempohdua tahun, beliau telah bertemu dengan mantan Presiden Amerika Syarikat,Barack Obama sebanyak tujuh kali, bahkan Obama menjadi tetamu utamapada sambutan Hari Republik India. Beliau juga telah bertemu denganPresiden China, Xi Jinping sebanyak tujuh kali dan telah bertemu PresidenRusia Vladimir Putin sekurang-kurangnya empat kali. Menurut Modi, dasarluar bukanlah berkenaan perubahan cara berfikir tetapi proses mencari titikpertemuan untuk kepentingan bersama. India perlu menerima hakikat bahawadunia bipolar telah berakhir, negara-negara kini saling bergantung antara satusama lain.7Melalui Dasar Tindak Timur, Modi berpendapat bahawa India perlubertindak lebih pragmatik dan progresif dalam mencapai pembangunanekonominya kerana India telah menghadapi persaingan hebat daripada Chinadan negara-negara lain. Kepesatan ekonomi telah menjadikan China sebagaisatu kuasa besar yang digeruni di rantau Asia.8 Dasar ini digubal untukmemastikan kedudukan dan kelangsungan India di rantau Asia dan untukmenjalinkan kerjasama dalam pelbagai sektor dengan negara-negara jiranterutamanya di Asia Tenggara dan Asia Timur. Tambahan lagi, kerjasamadiplomasi ketenteraan terutamanya dalam bidang keselamatan maritim diberipenekanan dalam Dasar Tindak Timur.Pada asasnya kedua-dua dasar menampakkan beberapa perbezaandan persamaan. Dalam artikel ini, penulis cuba menjawab persoalansamada Dasar Tindak Timurini merupakan satu polisi baru India ataupunkesinambungan daripada polisi sedia ada iaitu Dasar Pandang Timur. Ataupun,pengumuman polisi baru ini hanya merupakan retorik politik semata-mata.Sehubungan itu, penulis mengkaji ciri-ciri dan fokus utama Dasar TindakTimurberbanding Dasar Pandang Timur. Walaupun pertumbuhan ekonomimerupakan pertimbanganutama dalam kedua-dua dasar luar ini, namunterdapat agenda-agenda lain yang turut difokuskan dalam Dasar Tindak Timur,Jebat Volume 44 (2) (December 2017) Page 53

Article: Ravichandran Moorthy and Kavaramma Subramaniamyang dihujahkan dalam artikel ini. Antaranya adalah kerjasama keselamatanmaritim dan pertahanan yang lebih nyata dalam Dasar Tindak Timur.Dasar Pandang Timur India (India’s Look East Policy)Pada sekitar tahun 1940-an sehingga 1970-an, banyak negara-negaraAsia Tenggara masih berada dalam keadaan lemah kerana baru mencapaikemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua. Pada waktu itu, India tidak begitumementingkan keperluan untuk menjalinkan hubungan bilateral dengannegara-negara Asia Tenggara. Nanum, senario ini berubah selepas berakhirnyaPerang Dingin dengan kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1989. NegaraIndia mula melihat kepentingan untuk menjalinkan hubungan dengan negaranegara di Asia Tenggara dan Asia yang mengalami perubahan ekonomi yangpositif. India kehilangan rakan strategiknya iaitu Kesatuan Soviet yang selamaini menjadi rakan perdagangan. Kesatuan Soviet adalah rakan dagang Indiayang terbesar yang mana India mengeksport barang makanan dan ubat-ubatan.Manakala, Kesatuan Soviet pula mengeksport barangan jentera, minyak mentahdan peralatan pertahanan. Kejatuhan Kesatuan Soviet telah menyebabkanekonomi India gagal menjana pendapatan. Keadaan ini diterangkan oleh RajaMohan (2012) dalam India’s Foreign Policy Transformation seperti berikut:“The Cold War’s end made it exceedingly difficult for India to continuewith its policies of non-alignment and Third World solidarity. Yetstructure alone cannot fully explain the changes that came about.Unless key individuals at critical junctures had chosen to undertakedifferent pathways and seize opportune moments, India would havefaced the distinct possibility of marginalization in the emergent globalorder” (Raja Mohan 2012)Ini ditambahkan lagi dengan krisis minyak mentah akibat Perang Telukyang berlaku pada tahun 1991. Sehubungan itu, India memahami keperluanuntuk negara tersebut meningkatkan profil ekonomi serta diplomasinya dengannegara-negara lain. Maka, India telah mengambil insiatif untuk menjalinkanhubungan kerjasama dan ini mendorong India menggubal dasar dan polisiyang mengambil kira kepentingan negara-negara serantau terutamanya negaranegara Asia Tenggara. Pada waktu itu, negara-negara seperti Singapura,Malaysia dan Thailand yang dikenali sebagai “East Asian Tiger Economies”sedang mengalami pertumbuhan ekonomi yang amat memberangsangkan.Sehubungan itu, satu polisi baru yang dikenali Dasar Pandang Timu rtelahdiperkenalkan hasil daripada reformasi tersebut.Sreekumar (2004) telah menyatakan bahawa Dasar Pandang Timuradalah satu pendekatan bijak yang diambil oleh India untuk menghadapiperubahan senario global selepas Perang Dingin. Kejatuhan Kesatuan Soviettelah menjadi asas kukuh bagi reformasi dasar luar India menyebabkan Indiaterpaksa mencari lokasi atau rantau alternatif untuk menjalinkan kerjasamaekonomi. Beliau juga menyatakan bahawa di sudut lain pula, negara-negaraJebat Volume 44 (2) (December 2017) Page 54

Pemikiran Strategik Dasar Luar India: Dari Dasar Pandang Timur ke Dasar Tindak Timuryang berada dalam rantau Asia Tenggara sedang mengalami pertumbuhan dalampembangunan ekonominya. Maka India melihat negara-negara Asia Tenggaraberpotensi dalam pertumbuhan ekonomi dan menguntungkan lalu ia menjadipilihan pertama India dalam mengembangkan jaringan kerjasama ekonominya.Selain Asia Tenggara, Dasar Pandang Timurturut memperkukuhkan hubunganIndia dengan negara-negara di Asia Timur dan Asia Pasifik.Sehingga tahun 1990-an, dunia masih memandang India sebagaisebuah negara miskin dengan populasi penduduk kedua terbesar di dunia iaituseramai 1.28 bilion. Mulai tahun 1991, kebanyakan negara di Asia (termasukIndia) turut mengalami krisis ekonomi yang amat serius. Pada waktu itu,International Monetary Funds (IMF) telah menawarkan bantuan untukmemulihkan keadaan ekonomi India. IMF bersedia membantu India dengansyarat India perlu setuju untuk membuat beberapa agenda reformasi di bidangekonomi. Melalui bantuan IMF, India melaksanakan Structural AdjusmentPrograms. Ini telah membuka ruang kepada syarikat-syarikat multinasional(MNC) untuk masuk ke pasaran India. Program ini juga mengintegrasikannegara miskin ini ke dalam sistem ekonomi global. Ini menunjukkan mulanyareformasi ekonomi India selepas tahun 1991 melalui liberalisasi ekonomi India(Sundaram 2013).Pentadbiran Narasimha Rao, Atal Bihari Vajpayee dan ManmohanSingh terus mempromosikan reformasi ekonomi India melalui strategi DasarPandang Timur, iaitu dengan mengubah pola pembangunan ekonomi Indiayang berbentuk pasif dan tertutup menjadi lebih terbuka dan aktif dalammembangunkan hubungan dengan negara-negara asing. Dasar PandangTimurmemiliki agenda yang cukup luas, khususnya dalam merancang ekonomiIndia untuk terus berkembang di peringkat global. Menurut Amith Baruah(2000) terdapat tiga tujuan utama dalam pembentukan Dasar Pandang Timur,iaitu (i) mereformasi dan meliberalisasikan ekonomi India – bertujuan untukmembantu India bersaing dalam pasaran global dengan mengembangkanekonomi India; (ii) mempercepatkan pertumbuhan ekonomi melalui pelaburandan kerjasama ekonomi daripada negara-negara lain; dan (iii) membentukrantau ekonomi (economic region) dengan negara-negara yang berada dikawasan Asia terutamanya Asia Tenggara. India berpendapat bahawa rantauAsia merupakan pasaran perdagangan terbesar di dunia dan adalah pentingbagi India untuk menjalinkan hubungan ekonomi dengan negara-negara dirantau ini.Dasar Pandang Timur telah menjadikan ekonomi India semakinberintegrasi dengan dunia global. Peningkatan ekonomi tersebut terusditunjukkan dengan adanya perbandingan pertumbuhan ekonomi yang hanya3.5% pada tahun 1960-1980-an telah menjadi 6% selepas reformasi ekonomipada tahun 1991. Fasa pertama Dasar Pandang Timurdari tahun 1991 sehingga2003 telah fokuskan kepada kerjasama perdagangan dan pelaburan dengannegara-negara di Asia Tenggara. Fasa kedua pula melibatkan kerjasama denganASEAN-India yang lebih komprehensif di mana program kerjasama yangmelibatkan sains dan teknologi, pembangunan sumber manusia, pengangkutandan infrastruktur serta kesihatan dan farmaseutikal. India telah menandatanganiJebat Volume 44 (2) (December 2017) Page 55

Article: Ravichandran Moorthy and Kavaramma Subramaniamkerjasama jangka panjang untuk keamanan dan kemakmuran “Long TermCooperative Partnership for Peace and Prosperity” dengan ASEAN. Indiajuga menandatangani Perjanjian Bebas ASEAN-India (ASEAN-India FreeTrade Agreements) pada Ogos 2009 (Bhattacharyya & Mandal 2014).Melalui Dasar Pandang Timur, India telah berusaha untukmewujudkan kerjasama dengan organisasi serantau seperti ASEAN, EAS, Bayof Bengal Initiative for Multi-Sectoral Technical and Economic Cooperation(BIMSTEC) dan The Mekong-Ganga Cooperation (MGC). Bentuk kerjasamaini telah menguatkan lagi hubungan bilateral India dengan negara-negarayang terletak di kawasan Asia Selatan dan Asia Tenggara. India telah menjadirakan dialog ASEAN pada tahun 1992 dan kemudian menjadi rakan dialogpenuh pada tahun 1995. Seterusnya menjadi anggota ASEAN Regional Forum(ARF) pada tahun 1996. Pelaksanaan India-ASEAN Summit yang pertamayang diadakan pada 5 November 2002 di Phnom Penh, Kemboja merupakanantara langkah permulaan yang signifikan bagi India dalam memainkanperanannya secara mendalam dengan negara-negara ASEAN. Hasil daripadapersepakatan tersebut beberapa kerjasama telah diadakan di antara Indiadengan ASEAN antaranya ialah “Framework Agreement on ComprehensiveEconomic Cooperation Between ASEAN and India” yang ditandatangani olehpara pemimpin negara ASEAN dan Perdana Menteri Atal Bihari Vajpayeepada tahun 2003 (Morarji 2012).Selain itu, terbentuk pula mekanisme pertemuan, India-ASEANBusiness Summit yang diadakan pada tahun 2002 di New Delhi dengan tujuansupaya forum ini dapat memperluaskan jaringan kerjasama dan komunikasi.Komitmen positif yang berterusan antara India-ASEAN ditambahkan lagidengan persetujuan membentuk kawasan perdagangan bebas (Free Trade AreaFTA) antara India-ASEAN. Pada masa yang sama, negara-negara ASEANturut menyedari kepentingan kedudukan India sebagai satu kuasa yang bangkitdi rantau Asia. Selain itu, kerjasama ekonomi antara India dan negara-negaraASEAN juga menunjukkan perkembangan positif sejak Dasar Pandang Timurdiperkenalkan pada tahun 1991 (Chandrima Sikdar & Biswajit Nag 2011).Pendekatan ekonomi India terhadap ASEAN telah menyebabkanhubungan India-ASEAN telah berkembang dengan baik dan ini menyebabkankerjasama baru dalam bidang lain seperti keselamatan, politik, pembangunaninfrastruktur (jaringan fizikal melalui pembinaan jalan dan landasan keretapi)(Hoakip 2011). Hasil daripada kerjasama tersebut, India telah membina IndoMyanmar Friendship Road sepanjang 165 kilometer yang menghubungkanUtara Myanmar dengan lebuhraya utama India yang dikenali NationalHighway 39. Selain itu, India juga terlibat dalam pembinaan infrastrukturiaitu lebuhraya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, Trans AsianHighway, jaringan keretapi India-Myanmar dan saluran paip gas MyanmarIndia-Bangladesh.Selain daripada sektor ekonomi, hubungan kerjasamaIndia-ASEAN juga berterusan dalam bidang keselamatan (Acharya 2001).Antara kerjasama yang diadakan dalam bidang keselamatan ialah (i) ASEANIndia Joint Declaration for Cooperation to Combat International Terrorism(2003) (ii) Treaty of Amity and Cooperation (TAC) (2003) (iii) ASEANJebat Volume 44 (2) (December 2017) Page 56

Pemikiran Strategik Dasar Luar India: Dari Dasar Pandang Timur ke Dasar Tindak TimurIndiaPartnership For Peace, Progress and Shared Prosperity (2004) dan(iv) Plan of Action to Implement the ASEAN –India Partnership for Peace,Progress and Shared Prosperity.Selain itu, India turut melihat kepentingan terlibat dalam satu kumpulansub-serantau yang dikenali Bay of Bengal Initiative for Multi Sectoral Technicaland Economic Cooperation (BIMSTEC) yang dianggotai Bangladesh, Bhutan,India, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Thailand. Bagi India, mekanisme kerjasamaBIMSTEC adalah pintu masuk untuk menjalinkan kerjasama yang lebih eratdengan Myanmar serta Thailand. Teluk Bengal merupakan sebuah teluk yangbesar yang membentuk bahagian timur laut Lautan Hindi, dan bersempadandengan India, Sri Lanka, Bhutan, Bangladesh, Myanmar, Thailand, KepulauanAndaman dan Nicobar di timurnya. Kedudukan Teluk Bengal ini mempunyaikesan geopolitik dan geo-ekonomi yang besar, khususnya terhadap keselamatanmaritime. Bagi India, Teluk Bengal sangat penting daripada aspek sumberair, pertanian, ekonomi, keselamatan maritim. Memahami potensi strategikTeluk Bengal, India telah mengadakan jaringan kerjasama dengan organisasisub-regional ini. (BIMSTEC 2016). BIMSTEC telah membentuk kawasanperdagangan bebas yang disebut BIMSTEC-Free Trade Area yang mana nilaiperdagangan India dengan negara anggota BIMSTEC mencapai 3% secarakeseluruhan. Peningkatan perdagangan tersebut dapat dilihat pada tahun 2007yang mana jumlah eksportnya telah mencapai USD7.8 juta dan pada tahun2013 ia terus meningkat menjadi USD19 juta (Rajiv Rajan 2016).Di samping itu, India telah membentuk forum kerjasama MekongGanga Cooperation Initiative (MGCI) pada 10 November 2000, di Vientiene,Laos. MGCI adalah salah satu usaha India untuk menjalinkan hubungandengan negar-negara ASEAN di tanah besar Asia Tenggara, khususnyanegara Cambodia, Loas, Myanmar and Vietnam. MGCI merupakan satu lagikerjasama penting organisasi sub-serantau bagi India. Organisasi ini memberipeluang kepada India untuk bekerjasama dengan negara-negara “GreaterMekong Subregion”. Sungai Gangga (The Ganges) dan Mekong adalah duasungai terbesar di Asia. MGCI memberi tumpuan dalam empat sektor iaitupelancongan, kebudayaan, pendidikan, pengangkutan dan komunikasi. Dalamsektor pendidikan, India telah menawarkan seratus biasiswa pada tahun 2003dan 300 fellowship dalam sektor teknologi maklumat (IT). Di samping itu,India juga menaja kursus Bahasa Inggeris (Swaran Singh 2007). Sektorpengangkutan diberi keutamaan dalam projek ini dan tujuannya adalah untukmembangunkan rangkaian pengangkutan termasuk Koridor Timur-Barat danHighway ASEAN. Teras asas MGCI adalah untuk menjalankan pembangunanekonomi rantau Mekong dengan membangunkan kemudahan infrastruktur.Bagi India, MGCI menawarkan skop yang besar dengan mewujudkanhubungan baik dengan negara-negara sekitar sungai Mekong. Secara tidaklangsung ia akan menyediakan akses strategik untuk memasuki kawasantengah Asia Tenggara. Ini akan membantu pertumbuhan ekonomi India danmembuka peluang untuk pelaburan di rantau ini (Julien Levesque 2007).Namun, ada juga program-program yang dijalankan di bawahkerjasama ini berjalan agak perlahan. Sebagai contohnya, The Hanoi ProgramJebat Volume 44 (2) (December 2017) Page 57

Article: Ravichandran Moorthy and Kavaramma Subramaniamof Action yang diperkenalkan pada tahun 2001 telah mengambil selamaenam tahun untuk dilaksanakan. Selain itu, India juga menunjukkan minatuntuk menyertai Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) atau KerjasamaEkonomi Asia Pasifik seawal tahun 1991 walaupun pada waktu kini, Indiabelum lagi menjadi ahli APEC. Pemimpin-pemimpin negara APEC masihbelum sebulat suara menerima India menjadi ahli APEC dan antara sebabadalah negara-negara barat risau sekiranya India dibenarkan menganggotaiAPEC imbangan kuasa di dalam forum tersebut akan lebih kepada Asia.Indiamenyedari keperluan menjadi anggota dalam APEC kerana dengan ini Indiaboleh mempercepatkan proses liberalisasi perdagangannya sehingga rantauAsia Pasifik.Dasar Tindak Timur India (India’s Act East Policy)Kerajaan yang diterajui Narendra Modi yang berkuatkuasa pada tahun 2014masih memberi keutamaan kepada Dasar Pandang Timuryang diperkenalkansemasa era kepimpinan Narashima Rao. Dalam kenyataan perasmian padaSidang Kemuncak ASEAN Ke-12, Modi telah menekankan kepentingan blokASEAN yang dianggotai 10 negara dalam era baru ekonomi iaitu pembangunan,perdagangan, pelaburan dan perindustrian. Ia memberi isyarat kepada duniabahawa India bukanlah semata-mata “Looking East” tetapi kini “Acting East”dan dengan itu, India telah menyemak semula polisinya daripada Dasar PandangTimurkepada Dasar Tindak Timur. Tetapi kali ini, hubungan kerjasama Indiadalam pelbagai bidang bukan sahaja tertumpu kepada Asia Selatan dan AsiaTenggara malah diperluaskan kepada Asia Timur dan juga Australia. Modidilihat sebagai seorang pragmatik dan dipercayai mampu mengubah Indiakepada “serious strategic player” (Rajendram 2014). Sehubungan itu, beliaurasa perlu ada satu polisi yang boleh menjurus pembangunan mampan Indiadan polisi tersebut perlunya selaras dengan keperluan semasa. Berikut adalahkenyataan Modi yang dinyatakan dalam The Indian Express (2014) berhubungpembentukan Dasar Tindak Timur sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN Ke-12pada tahun 2014: the intensity and the momentum with which we have enhanced ourengagement in the East, is a reflection of the priority that we give tothis region A new era of economic development, industrializationand trade has begun in India. Externally, India’s ‘Look East Policy’has become ‘Act East Policy’. (The Indian Express 2014)Pada dasarnya, kandungan Dasar Tindak Timurini adalah selaridengan Dasar Pandang Timur dan ia adalah satu langkah ke hadapan danmenggalakkan peranan proaktif India terhadap semangat kejiranan timur.Asasnya masih mengutamakan pertumbuhan ekonomi dengan memberitumpuan untuk membina strategi bagi membangunkan ekonomi India denganpelanjutan hubungan ekonomi dengan negara -negara di Asia Tenggara dan AsiaTimur. Selain itu, kerajaan sebelum ini tidak begitu memfokuskan keselamatanJebat Volume 44 (2) (December 2017) Page 58

Pemikiran Strategik Dasar Luar India: Dari Dasar Pandang Timur ke Dasar Tindak Timurmaritim India sebagai salah satu agenda utama dalam Dasar Pandang Timur,akan tetapi dalam Dasar Tindak Timur, keselamatan maritim terutamanya diLautan Hindi (Indian Ocean) dan keperluan untuk memperluaskan kerjasamapertahanan India dengan negara-negara Asia yang lain telah menjadi salahsatu objektif polisi tersebut (Suba Chandran 2014). Pada masa yang sama, halhal berkaitan keselamatan geopolitik India di rantau Asia juga dititikberatkandalam polisi ini. Ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha negaratersebut untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai salah sebuah kuasa besarbagi rantau ini dan seterusnya sebuah kuasa yang menyeimbang kuasa China(balance of power) di rantau Asia Pasifik.Menurut sarjana Dr. A .Sundaram (2013), India melalui Dasar PandangTimur telah berusaha mengukuhkan ekonomi, politik dan keselamatan denganseluruh Asia dalam dua dekad ini namun dalam usaha untuk menangani dengankegawatan kewangan global dan juga keperluan kini, India perlu menjadilebih mahir dan berterusan dalam memperkukuhkan hubungannya dengannegara lain di Asia iaitu bukan sahaja Asia Tenggara malah Asia Timur jugaperlu diutamakan. Ini akan mengukuhkan kapasiti untuk memenuhi cabaranpembangunan negara. Dalam usaha menyempurnakan tugasan ini, India perlumembangunkan kepakaran jauh lebih besar dalam geo-ekonominya denganmempunyai sumber dana yang mencukupi. Pada masa yang sama, India jugaperlu mencari sumber (resources) untuk pembangunannya. Sehubungan itu,India memerlukan satu dasar yang lebih pragmatik dan berwawasan untukmencapainya (Mahapatra 2014). Kerajaan Modi menganggap pelaksanaanpolisi barunya iaitu Dasar Tindak Timur mampu membangunkan India sebagaisebuah negara yang maju dan juga kuasa yang disegani di rantau Asia.Menurut Modi, rantau Asia mempunyai banyak persamaanberbanding perbezaan. Rantau ini berkongsi nilai-nilai budaya, agama, danmempunyai peratus kolektif besar daripada jumlah penduduk global dengandemografi yang sama. Persamaan ini mendorong India bekerjasama dengannegara-negara di rantau Asia. Polisi barunya iaitu Dasar Tindak Timurtelahdiperkenalkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN di Myanmar pada November2014. Dalam konteks ASEAN-India pula, Modi mempercayai polisi DasarTindak Timur mampu mengukuhkan hubungan ASEAN-India. Modi dalamSidang Kemuncak East Asia Summit (EAS) pada tahun 2014 juga pernahmenerangkan keperluan kerjasama India dengan forum-forum multilateral,seperti berikut (The Hindu 2014):“No other forum brings together such a large collective weight ofglobal population, youth, economy and military strength. Nor is anyother forum so critical for peace, stability and prosperity in AsiaPacific and the world”. (The Hindu 2014)Jalinan ini dikukuhkan lagi dengan ASEAN-India Trade in Servicesand Investment Agreement yang memperlengkapkan lagi Kawasan PerdaganganBebas ASEAN-India. ASEAN- India berhasrat untuk meningkatkanperdagangan dari USD76 bilion pada tahun 2013 kepada USD100 bilion padaJebat Volume 44 (2) (December 2017) Page 59

Article: Ravichandran Moorthy and Kavaramma Subramaniamtahun 2015 dan USD200 bilion menjelang 2022. Jadual di bawah menunjukkanperatus pertumbuhan perdagangan di antara negara-negara ASEAN, Indiadan China bagi tahun 2013 dan 2014. Trade Intensity Index antara ASEANdengan India dan China adalah sekitar 0.09-0.10 iaitu jumlah perdaganganantara kedua-dua negara tersebut menunjukkan signifikasi yang besar. Jumlahperdagangan ASEAN-China adalah sebanyak USD328.6 bilion dan ASEANIndia adalah sebanyak USD68.5 bilion bagi tahun 2014.Pertumbuhan Perdagangan Negara-Negara ASEAN, India Dan China.Pertumbuhan Perdagangan .93Brunei .0223.11Indonesia1.15-4.672.75-8.05Laos-4.11 .6512.1043.30130.06The 8121.9517.05Sumber: Asian Development Bank & Asia Regional Integration Centre, 2016Walau bagaimanapun, pada tahun 2014, enam daripada sepuluhnegara ASEAN iaitu Thailand, Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam,Kemboja dan Filipina mencatatkan jumlah pertumbuhan perdagangan yangagak lebih baik dengan India berbanding dengan China. Selain itu, Laos jugamempunyai pertumbuhan import yang lebih tinggi dengan India berbandingdengan China bagi tahun 2014. Ini menunjukkan India mencapai pertumbuhanekonomi yang tinggi walaupun nilai peratusnya lebih kecil daripada China.Sehubungan itu, boleh dikatakan Dasar Tindak Timur ini membantumembangunkan ekonomi India melalui kerjasama ASEAN-India dalam sektorperdagangan dan pelaburan. Sushma Swaraj (2014) dalam Mesyuarat IndiaASEAN Ke-12 pernah menyatakan keinginan India untuk meluaskan skopperdagangan –India would soon draft a five-year action plan starting 2016for enhancing connectivity and cooperation in diverse areas (The Hindu, 12November 2014).Tambahan lagi, Dasar Tindak Timur tidak semata-mata terhadkepada ASEAN. Kemajuan ekonomi menjadi keutamaan dalam KerajaanModi. Slogan yang diperkenalkan oleh Modi iaitu “Come Make in India”menunjukkan Kerajaan Modi memberi keutamaan dalam bidang perindustriandan pembuatan. Beliau mencontohi model ekonomi negara China dan jugaberminat untuk menjadikan India sebagai hab pembuatan. Ini memerlukanmodal dan teknologi dari negara maju. Selaras dengan keperluan ekonomi ini,Modi turut memberi keutamaan selain daripada negara-negera Asia TenggaraJebat Volume 44 (2) (December 2017) Page 60

Pemikiran Strategik Dasar Luar India: Dari Dasar Pandang Timur ke Dasar Tindak Timuriaitu Jepun, China, Australia dan juga Amerika Syarikat.Hubungan India-Jepun kini me

maritim dan pertahanan yang lebih nyata dalam Dasar Tindak Timur. Dasar Pandang Timur India (India's Look East Policy) Pada sekitar tahun 1940-an sehingga 1970-an, banyak negara-negara Asia Tenggara masih berada dalam keadaan lemah kerana baru mencapai kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua. Pada waktu itu, India tidak begitu

Related Documents:

Dasar-dasar Agribisnis Produksi Tanaman 53. Dasar-dasar Agribisnis Produksi Ternak 54.Dasar-dasar Agribisnis Produksi Sumberdaya Perairan 55. Dasar-dasar Mekanisme Pertanian 56. Dasar-dasar Agribisnis Hasil Pertanian 57. Dasar-dasar Penyuluhan Pertanian 58. Dasar-dasar Kehutanan 59. PertanianDasar-dasar Administrasi

DAN KOLABORASI STRATEGIK DALAM DAN LUAR NEGARA PELAN STRATEGIK MOT . TERAS LANGKAH STRATEGIK INISIATIF STRATEGIK 1 2 5 . perkhidmatan dalam industri 3. Perkongsian Strategik MOT - IPTA / IPTS (Strategic Partnership ) 7 Menghasilkan pekerja yang profesional dalam bidang pengangkutan Bilangan MoU/ Program

BAB II LANDASAN TEORI A. MANAJEMEN STRATEGIK 1. Pengertian Manajemen Strategik . B. ANALISIS SWOT 1. Pengertian Analisis SWOT Analisis situasi merupaka awal proses perumusan strategi. Selain itu, analisis situasi juga mengharuskan para manajer strategik untuk menemukan

Keputusan Menteri Luar Negeri Nomor SK.06/A/OT/VI/2004/I Tahun 2004 tentang Organisasi dan Tata Kerja Perwakilan Republik Indonesia di Luar Negeri sebagaimana telah beberapa kali diubah, terakhir dengan Peraturan Menteri Luar Negeri Nomor 9 Tahun 2015 tentang Perubahan Ketiga atas Keputusan Menteri Luar Negeri Nomor SK.06/A/OT/VI/2004/I Tahun 2004

Dasar Keluarga Negara ini yang menyokong dan melengkapi dasar-dasar yang sedia ada seperti Dasar Sosial Negara, Dasar Wanita Negara dan Dasar Kanak-kanak Negara turut berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan matlamat Wawasan 2020. Di samping itu, dasar ini turut merujuk secara khusus kepada tanggungjawab

dasar-dasar akuakultur atau dasar-dasar budidaya, pengantar agribisnis perikanan dan kelautan atau pengantar ekonomi perikel 270 1710714320012 rusmai trianti statistik, 9 rp75,000 rp675,270 dasar-dasar akuakultur atau dasar-dasar budidaya, ikhtiologi, 271

STUDI DASAR-DASAR PEMIKIRAN ISLAM Muhammad Husain Abdullah . Segi Keilmuan dan Penanganan Ilmu dan Para Ilmuwan 148 Lembaga Keilmuan Kaum Muslimin 150 Tata Cara Pembelajaran dan Etikanya 151 . Ini (al-Qu

CODE OF CIVIL PROCEDURE In force from 01.03. 2008 Part one. GENERAL RULES Chapter one. BASIC PROVISIONS Subject Matter Art. 1. This Code regulates proceedings on civil cases. Due Diligence in providing defence and assistance Art. 2. The courts shall be obliged to hear and decide each submitted to them motion to defend and assist personal and property rights. Good Faith Art. 3. The participants .