Bab Vi Perusahaan Perikanan Selepas Brunei Mencapai Kemerdekaan . - Um

1y ago
18 Views
2 Downloads
3.12 MB
115 Pages
Last View : 2d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Jewel Payne
Transcription

BAB VIPERUSAHAAN PERIKANAN SELEPASBRUNEI MENCAPAI KEMERDEKAAN (1984-2008)6.1Pentadbiran Brunei Selepas MerdekaSetelah lebih kurang 25 tahun menjalankan sistem Pentadbiran Berkerajaan Sendiri,Brunei telah berjaya mendapatkan kuasa pemerintahan sepenuhnya apabila memperolehkemerdekaan pada 1 Januari 1984. Penaungan British ke atas Brunei selama lebih kurang95 tahun telah berakhir sepenuhnya, yang sekali gus membolehkan Brunei menguasaisemula tanggungjawab antarabangsanya. Kejayaan ini diperoleh melalui satu PerjanjianPersahabatan dan Kerjasama Brunei-British pada 7 Januari 1979 yang jelas menyatakan:“The existing special treaty relations between the UnitedKingdom and the State of Brunei, which are inconsistent with fullinternational responsibility as a sovereign and independent State,shall terminate with effect from five years from 31 December1978”(Terminating The Special Treaty Relations, 1979).Untuk memantapkan corak pentadbiran agar dapat diterima oleh rakyat dan masyarakatantarabangsa, sistem Pentadbiran Berkerajaan Sendiri telah diubah suai, dikemas kini danseterusnya dipertingkatkan.Ini jelas apabila Brunei telah melaksanakan sistemberkementerian seperti yang diamalkan oleh majoriti negara di dunia.Walaubagaimanapun, pemerintahan Beraja yang telah diwarisi sejak abad ke-14 tetapdikekalkan sebagai asas kepada sistem berkementerian, dengan kata lain dijadikan asassistem politik Brunei setelah mencapai kemerdekaan (Muhammad, 1997: 258). Inimenunjukkan bahawa corak pentadbiran Brunei setelah mencapai kemerdekaanmerupakan satu adunan antara sistem tradisi (Beraja) dengan sistem moden(berkementerian).

Dalam struktur pentadbiran sistem berkementerian Brunei yang baru, ketuatertinggi dipegang oleh Sultan selaku ketua pemerintah yang juga memegang jawatanPerdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Padaperingkat awal pelaksanaan sistem berkementerian, 10 buah kementerian telah dibentukbagi membolehkan satu kabinet pentadbiran kerajaan dilaksanakan, iaitu Jabatan PerdanaMenteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, KementerianPertahanan, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Kebudayaan, Belia danSukan, Kementerian Undang-Undang, Kementerian Pendidikan dan Kesihatan,Kementerian Perhubungan dan Kementerian Pembangunan.Di bawah pentadbiransesebuah kementerian diserapkan beberapa buah jabatan kerajaan yang sebelumnyaberdiri sendiri. Misalnya Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan,Jabatan Perhutanan, Jabatan Elektrik, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Ukur,Jabatan Kemajuan Perumahan dan Jabatan Tanah diletakkan di bawah KementerianPembangunan (Brunei Darussalam, 1983-1984: 20-26).Di setiap kementerian yang dibentuk diketuai oleh seorang Menteri yangdibantu oleh Timbalan Menteri dan Setiausaha Tetap. Pelantikan jawatan ini adalah dibawah kuasa mutlak dan budi bicara Sultan selaku ketua kerajaan dan Perdana Menteri.Perkara ini jelas termaktub dalam Perlembagaan 1959;“The constitution provides for a Prime Minister who is appointedby, and holds office during the pleasure of, His Majesty the Sultanand Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. The Prime Ministeris responsible to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan ofBrunei Darussalam for the exercise of the executive authority. HisMajesty also appoints other Cabinet Ministers” (BruneiDarussalam, 1983-1984: 27).Dalam usaha memantapkan pelaksanaan sistem berkementerian dan memenuhi keperluanpembangunan dan kepentingan negara dari semasa ke semasa, beberapa rombakan ataupenambahan dalam sistem berkementerian telah dilakukan.Pada tahun 1986 satu377

rombakan dilakukan, dengan pembentukan Kementerian Hal Ehwal Agama danpengasingan Kementerian Pendidikan dan Kesihatan menjadi kementerian yangberasingan (Brunei Darussalam, 1985-1986: 13-14).Sementara itu, dalam usahameningkatkan kegiatan perindustrian dan perusahaan yang produktif demi kesejahteraandan kemakmuran negara serta untuk memaju dan mempercepatkan programmempelbagaikan ekonomi dengan aktiviti perindustrian dan sumber-sumber utama yangdinamik, berdaya tahan, kompetitif dan mesra alam, sebuah kementerian baru yangdikenali sebagai Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama telah dibentukpada tahun 1989. Tiga buah jabatan dan sebuah badan yang berstatus jabatan iaitu JabatanPerikanan, Jabatan Pertanian, Jabatan Perhutanan dan Badan Kemajuan Industri Bruneitelah diserap di bawah kementerian baru ini (Laporan Tahunan KPSSU, 2002: 4-6).Sama seperti yang dilakukan pada zaman Brunei Berkerajaan Sendiri, jenterapentadbiran kerajaan selepas mencapai kemerdekaan juga mengadakan beberapa RKNlima tahun sebagai asas kepada pembangunan negara. Bermula dari tahun 1986 hinggatahun 2005, sebanyak empat RKN lima tahun telah dapat diadakan iaitu RKN lima tahunyang kelima 1986-1990, RKN lima tahun yang keenam 1991-1995, RKN lima tahun yangketujuh 1996-2000 dan RKN lima tahun yang kelapan 2001-2005. Dalam empat RKNlima tahun ini, usaha pembangunan tertumpu kepada matlamat untuk memperbaiki kualitikehidupan rakyat dan penduduk; mempergunakan dengan maksimum sumber negaradengan sebaik-baiknya; mempermajukan perusahaan-perusahaan bukan minyak;mempercepatkan kemajuan sumber tenaga manusia bagi memenuhi permintaan negaradalam keadaan ekonomi yang semakin canggih; mempertahankan gunatenaga penuh danmeningkatkan tahap daya pengeluaran; mempertahankan inflasi pada kadar yangsederhana; memupuk sebuah masyarakat yang lebih berdisplin, berdikari danpemedulian; menggalakkan dan membimbing rakyat Melayu menjadi pemimpin dalam378

bidang industri dan perniagaan; dan mewujudkan suasana alam sekitar yang bersih dansihat (Wawasan Brunei 2035, OSPD 2007-2017, RKN 2007-2012: 3)Sementara itu, bagi memantapkan lagi pembangunan negara satu wawasanjangka panjang yang dikenali sebagai Wawasan Brunei 2035 telah diadakan pada tahun2007. Hasrat utama wawasan 2035 tersebut ingin menjadikan Brunei dikenali seluruhdunia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berpendidikan, berkemahirantinggi dan berjaya diukur melalui piawaian tertinggi antarabangsa; kualiti kehidupan yangtinggi dalam kalangan 10 negara teratas dunia; dan ekonomi yang dinamik dan berdayatahan di antara 10 negara teratas dari segi pendapatan per kapita. Untuk mencapai hasrattersebut Rangka Strategi dan Dasar bagi Pembangunan (OSPD) 2007-2017 dan RKN limatahun yang kesembilan 2007-2012 telah diadakan sebagai panduan dalam perancangandan pelaksanaan pembangunan negara yang berasaskan kepada Wawasan Brunei 2035.1Dengan adanya corak pentadbiran yang sedemikian rupa, ia bukan sahajadapat mempengaruhi pembangunan negara tetapi juga menyuntik perkembanganekonomi Brunei.Keadaan ini juga secara tidak langsung telah mempengaruhiperkembangan perusahaan perikanan melalui Jabatan Perikanan yang diletakkan dibawah Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama yang bertanggungjawabdalam memaju dan mengembangkan perusahaan perikanan. Ini jelas apabila beberapalangkah dan strategi untuk membangunkan perusahaan perikanan dari tiga sektor utamaiaitu sektor tangkapan, akuakultur dan pemprosesan telah dirancang dan dilaksanakan.Perbincangan lanjut mengenai pembangunan perusahaan perikanan akan dijelaskan padabahagian lain dalam bab ini.1Untuk lebih lanjut lihat Perencanaan Kemajuan Jangka Panjang Negara Brunei Darussalam, WawasanBrunei 2035, Rangka Strategi dan Dasar Bagi Kemajuan Pembangunan (OSPD) 2007-2017, RKN limatahun kesembilan 2007-2012.379

6.2Perkembangan Ekonomi Brunei Selepas MerdekaPertumbuhan ekonomi Brunei selepas mencapai kemerdekaan berkembang agak perlahanberbanding tempoh sebelum ini. Pada tahun 1984, KDNK dianggarkan berjumlah 9.1bilion dan pada tahun 2008 meningkat kepada 20.4 bilion. Walaupun nilai KDNKmeningkat, namun kadar purata pertumbuhannya hanya 3.4 peratus setahun. Kadarpurata pertumbuhan ini jauh lebih kecil berbanding kadar purata pertumbuhan tempohsebelum ini sebanyak 14.7 peratus setahun. Keadaan ini sangat berkait rapat dengankemerosotan sumbangan sektor minyak yang menjadi penyumbang utama KDNK sekitartahun 1980an dan 1990an. Walaupun pada tahun 1990an sektor bukan minyak yangdiberi tumpuan oleh pihak kerajaan telah mengalami pertumbuhan yang menggalakkansehingga mengatasi peratus sumbangan sektor minyak pada tahun 1993 hingga 1999,namun ia tidak dapat mengimbangi sepenuhnya kemerosotan sumbangan sektor minyak(lihat Jadual 6.1). Ini menunjukkan sektor minyak masih menjadi asas utama ekonomiBrunei walaupun telah mencapai kemerdekaan.6.2.1Sektor MinyakJadual 6.1 memperlihatkan perkembangan sumbangan sektor minyak selepas Bruneimencapai kemerdekaan. Berdasarkan jadual tersebut, jelas menunjukkan sumbangansektor minyak telah mengalami penurunan pada 15 tahun pertama (1984 - 1999) padakadar purata 3.9 peratus setahun iaitu daripada 6.8 bilion pada tahun 1984 kepada 3.7bilion pada tahun 1999. Penurunan ini disebabkan oleh dasar kerajaan dalam penjimatanpengeluaran minyak dan ketidakstabilan harga pasaran waktu itu (RKN 1991-1995: 4;RKN 2001-2005: 32; Brunei Shell Companies Annual Report, 1998: 35-36). Setelahbeberapa buah padang minyak dan defosit minyak dan gas baru ditemui serta hargapasaran mula melambung naik pada tahun 2000, barulah sumbangan sektor minyakmeningkat begitu pesat sekitar purata 11.6 peratus setahun daripada 5.9 bilion pada380

Jadual 6.1: Sumbangan dan Anggaran Keluaran Dalam Negeri Kasar Mengikut SektorPada Harga Semasa Bagi 1984-2008 (Perangkaan Jabatan Perancangan dan KemajuanEkonomi, Brunei; Perancanaan Kemajuan Jangka Panjang Negara BruneiDarussalam; Annual National Accounts 2000-2004, 2006 & 2007)Tahun1984Sektor MinyakB JutaPeratus6,80275.0Sektor Bukan MinyakB JutaPeratus2,26225.0KDNKB 070.16,097.929.920,397.9381

tahun 2000 kepada 14.3 bilion pada tahun 2008 (RKN 2001-2005:75; RKN 2007-2012:88; BDSYB 2007: 137). Walaupun sumbangan sektor minyak mengalami perkembanganyang tidak konsisten pada peringkat awal tempoh ini, namun tiga komoditi yang terdapatdalam sektor ini, iaitu minyak mentah, gas asli dan keluaran petroleum merupakankomoditi eksport terpenting dan sumber utama kepada pendapatan negara. Ini jelasapabila antara 83.3 peratus hingga 98.7 peratus daripada jumlah keseluruhan nilai eksportBrunei diperoleh daripada nilai eksport ketiga-tiga komoditi ini.6.2.1.1Minyak MentahKepentingan minyak mentah sebagai tulang belakang ekonomi Brunei pada tempohsebelum ini berterusan hingga ke zaman Brunei mencapai kemerdekaan. Walaupun nilaieksport minyak mentah sering mengalami kadar pertumbuhan turun naik pada tahuntahun 1980an dan 1990an, namun ia masih menjadi komoditi pertama dan keduaterpenting sepanjang tempoh ini.Pada tahun 1984, nilai eksport minyak mentahberjumlah lebih kurang 3.8 bilion telah menurun kepada lebih kurang 1.9 bilion padatahun 1999 (lihat Jadual 6.2). Keadaan ini disebabkan oleh dasar penjimatan pengeluaranminyak yang diperkenal dan dikuatkuasakan oleh kerajaan secara beransur-ansur ke paras150,000 tong sehari serta ketidakstabilan harga pasaran (RKN 1991-1995: 4). Ini jelas,nilai eksport minyak mentah telah menjunam jatuh sehingga mencecah 1.1 bilion apabilaharga pasaran minyak dunia jatuh dengan teruk pada tahun 1998.2Untuk mengimbangi kejatuhan nilai eksport minyak mentah, usaha cari galiminyak dipergiat melalui beberapa tawaran penerokaan kepada beberapa buahkonsortium bagi meningkatkan pengeluaran minyak daripada 157,000 kepada 215,0002Harga minyak dunia telah jatuh daripada purata US 30 setong pada tahun 1984 kepada US 11 setongpada tahun 1998 akibat berlakunya pembekalan minyak mentah berlebihan di pasaran dunia. LihatRancangan Kemajuan Negara Yang Kelapan 2001-2005, 32 dan Brunei Shell Companies Annual Report1998, 35-36.382

Jadual 6.2: Nilai Eksport Minyak Mentah, Gas Asli dan Keluaran Petroleum Tahun1984-2008 (BDSYB 1996/1997, 1999, 2000/2001, 2002, 2003 & 2008)Minyak Mentah1984B Ribu3,840,137B Ribu2,852,385KeluaranPetroleumB nGas AsliJumlahKeseluruhanB Ribu6,728,236383

tong sehari (RKN 2007-2012: 88). Usaha ini mendatangkan hasil apabila lima buahpadang minyak baru telah diteroka dan beberapa buah deposit baru minyak dan gas telahditemui (RKN 2001-2005: 75; RKN 2007-2012: 88). Keberhasilan usaha ini secaralangsung telah meningkatkan dengan drastik nilai eksport minyak mentah daripada lebihkurang 1.9 bilion pada tahun 1999 kepada lebih kurang 7.9 bilion pada tahun 2008(lihat Jadual 6.2). Selain itu, peningkatan ini juga dipengaruhi oleh kenaikan hargapasaran minyak dunia daripada USD33.53 setong pada tahun 2000 kepada USD100.99setong pada tahun 2008 (RKN 2001-2005: 32; BDSYB 2007: 137, 2008: 136).6.2.1.2Gas AsliSama seperti minyak mentah, nilai eksport gas asli hanya mula mengalami pertumbuhanyang menggalakkan pada tahun 2000. Pada tahun-tahun sebelumnya kadar pertumbuhannilai eksport gas asli sering mengalami keadaan turun naik. Kecuali pada tiga tahunpertama tempoh ini, nilai eksport gas asli hanya berjumlah dalam lingkungan antara 1.4bilion hingga 1.8 bilion sahaja (lihat Jadual 6.2). Keadaan ini disebabkan harga pasarandan jumlah penjualan gas asli yang sering mengalami keadaan yang tidak menentu.Misalnya krisis ekonomi yang melanda Jepun dan Korea yang menjadi pengimport utamagas asli telah memberi tekanan ke atas jumlah isi padu penjualan gas asli. Kedua-duanegara tersebut telah mempraktikkan ‘Downward Quantity Tolerance’ ke atas kontrakmereka yang menyebabkan jumlah eksport gas asli menurun (RKN 2001-2005: 32).Pada tahun 2000, barulah nilai eksport gas asli mula meningkat denganjumlah lebih kurang 2.5 bilion. Nilai eksport ini terus meningkat dengan drastik padakadar purata pertumbuhan 12.9 peratus setahun pada tahun 2008. Nilai eksport gas aslipada tahun tersebut telah mencatatkan sebanyak lebih kurang 6.7 bilion, iaitu nilaieksport tertinggi pada tempoh ini (lihat Jadual 6.2). Peningkatan drastik ini disebabkan384

kenaikan harga gas asli di pasaran dunia yang berkait langsung dengan harga pasaranminyak mentah (RKN 2007-2012: 88). Selain itu, penubuhan sebuah syarikat baruBrunei Gas Carries Sendirian Berhad pada tahun 1999 yang mengendalikan kapal tangkibaru gas asli dengan muatan 135,000 meter padu (RKN 2001-2005: 76). Di samping itu,pada tahun 2002, eksport gas asli telah memasuki pasaran Sepanyol dan Amerika yangtelah menambahkan jumlah kuantiti eksport gas asli (BDSYB 2007: xxii).6.2.1.3Keluaran PetroleumKeluaran petroleum yang diusahakan semenjak zaman Berkerajaan Sendiri jugaditeruskan pada zaman Brunei mencapai kemerdekaan. Beberapa produk baru daripadakeluaran petroleum telah dikeluarkan pada tempoh ini antaranya motor gasolin, diesel,kerosin, jet A-1 dan gas cecair petroleum (RKN 2001-2005: 76). Walaupun semakinbertambah produk yang dihasilkan namun nilai eksport keluaran petroleum masih jauhlebih kecil berbanding nilai eksport minyak mentah dan gas asli. Pada masa yang sama,nilai eksport keluaran petroleum sering mengalami pertumbuhan turun naik dari setahunke setahun sepanjang tempoh ini. Nilai eksport tertinggi keluaran petroleum hanyaberjumlah 225.2 juta yang dicatatkan pada tahun 1990 (lihat Jadual 6.2). Keadaan initelah menyebabkan kedudukan keluaran petroleum sebagai komoditi eksport ketigaterpenting telah diambil alih oleh komoditi pakaian pada tahun 1998.Berbeza dengan minyak mentah dan gas asli, nilai eksport keluaran petroleumtelah mengalami kemerosotan yang sangat teruk pada tahun-tahun terakhir tempoh ini.Ini jelas apabila nilai eksport keluaran petroleum yang berjumlah 157.3 juta pada tahun2000 telah jatuh dengan teruk kepada 71 ribu pada tahun 2005. Walaupun padapenghujung tempoh ini nilai eksport keluaran petroleum mengalami peningkatan, namunia hanya dalam jumlah yang agak kecil iaitu 104 ribu sahaja (lihat Jadual 6.2).385

Berdasarkan kepada kemerosotan pada tahun-tahun terakhir tempoh ini, dijangkakeluaran petroleum akan hilang kepentingan pada masa akan datang.6.2.2Sektor Bukan MinyakPerkembangan sektor bukan minyak pada zaman kemerdekaan ini lebih terserlahberbanding zaman sebelum ini. Nilai sumbangan sektor bukan minyak terhadap KDNKmemperlihatkan peningkatan yang memberangsangkan selepas Brunei mencapaikemerdekaan. Pada tahun 1984, sumbangan sektor bukan minyak terhadap KDNKdianggarkan berjumlah lebih kurang 2.3 bilion dan pada tahun 2008 sumbangannya telahmeningkat kepada lebih kurang 6.1 bilion (lihat Jadual 6.1).Pertambahan yangmenggalakkan ini berhubung rapat dengan dasar mempelbagaikan ekonomi bagimengurangkan kebergantungan kepada sektor minyak yang diberi tumpuan oleh pihakkerajaan.Pada masa yang sama, perkembangan ini telah dapat mengimbangipertumbuhan negatif sektor minyak walaupun dalam kadar yang perlahan. Ini jelasapabila pada tahun 1993 hingga tahun 1999 peratus sumbangan sektor bukan minyaktelah mengatasi sumbangan sektor minyak. Bagaimanapun, antara 77.3 hingga 88.9peratus daripada keseluruhan sumbangan sektor bukan minyak terhasil daripada sektorperkhidmatan. Manakala sektor-sektor lain yang menjurus kepada aktiviti pengeluarandan pembuatan seperti perindustrian, pertanian, perhutanan dan perikanan masih jauhketinggalan.6.2.2.1Sektor PerkhidmatanSama seperti tempoh sebelum ini, sektor perkhidmatan merupakan penyumbang pertamaterpenting dalam sektor bukan minyak. Sumbangan sektor ini terhadap KDNK telahmeningkat daripada lebih kurang 2.0 bilion pada tahun 1984 kepada lebih kurang 5.1bilion pada tahun 2008. Secara umum, sektor ini telah meningkat pada kadar purata 4.0386

peratus setahun. Nilai tertinggi sektor ini dicatatkan pada tahun 2007 sebanyak lebihkurang 5.2 bilion (lihat Jadual 6.3).Sebahagian besar sumbangan sektor inidisumbangkan daripada aktiviti ekonomi perkhidmatan kerajaan. Pada tahun 1985,perkhidmatan kerajaan telah menyumbangkan sebanyak lebih kurang 779 juta terhadapKDNK, sumbangan ini telah meningkat dengan pesatnya pada tahun 2008 sebanyak lebihkurang 2.2 bilion iaitu pada kadar purata 4.5 peratus setahun3 (Akaun Negara Tahunan,2000-2004: 86).Ini memperlihatkan bahawa kegiatan ekonomi di Brunei masihbergantung kepada sumbangan dan rangsangan daripada pihak kerajaan.6.2.2.2Sektor PerindustrianSektor perindustrian merupakan salah satu sektor yang sangat diberi perhatian oleh pihakkerajaan untuk menyumbang kepada perkembangan ekonomi Brunei.Pelbagairancangan dan bantuan telah dilaksanakan namun sumbangan sektor perindustrian masihbelum mencapai ke tahap yang dikehendaki. Walaupun sumbangan sektor perindustriansepanjang tempoh ini (1984-2008) mengalami kadar purata pertumbuhan 5.4 peratussetahun, namun dari segi nilai sumbangannya tidak pernah mencapai angka bilion. Nilaisumbangan tertinggi hanya berjumlah 846 juta yang dicatatkan pada tahun 1997 dan2006 (lihat Jadual 6.4).Keadaan ini disebabkan hanya komoditi pakaian daripada enam komoditi lainyang tersenarai menjadi komoditi eksport utama Brunei memperlihatkan perkembanganyang menggalakkan. Nilai eksport komoditi pakaian yang mula dieksport pada tahun1988 sentiasa meningkat setiap tahun. Pada tahun 1988 nilai eksport pakaian berjumlahlebih kurang 5.2 juta telah mencapai kemuncaknya pada tahun 2003 dengan nilai lebihkurang 398.3 juta. Namun pada lima tahun terakhir tempoh ini nilai eksport pakaian3Data daripada Jabatan Perangkaan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Brunei.387

Jadual 6.3: Nilai dan Peratus Sumbangan Sektor Perkhidmatan TerhadapKeluaran Dalam Negeri Kasar Pada Harga Semasa Tahun 1984-2008(Perangkaan Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Brunei;Perancanaan Kemajuan Jangka Panjang Negara Brunei Darussalam;Annual National Accounts 2000-2004, 2006 & 2007)1984KDNKB .45,169.428.0200820,397.95,150.725.3TahunSektor PerkhidmatanB JutaPeratus1,99922.1388

Jadual 6.4: Nilai dan Peratus Sumbangan Sektor Perindustrian TerhadapKeluaran Dalam Negeri Kasar Pada Harga Semasa Tahun 1984-2008(Perangkaan Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Brunei;Perancanaan Kemajuan Jangka Panjang Negara Brunei Darussalam;Annual National Accounts 2000-2004, 2006 & 2007)1984KDNKB 0820,397.9817.54.0TahunSektor PerindustrianB JutaPeratus2302.5389

mula mengalami penurunan sehingga mencecah 121 juta pada tahun 2008. Manakalanilai eksport komoditi ais krim; besi, tembaga, aluminium, sisa dan buangan; batu-bata,tembikar bangunan; perabot dan ganti; dan simen menunjukkan perkembangan yangnegatif. Misalnya nilai eksport komoditi perabot dan ganti telah jatuh merosot daripada 185 ribu pada tahun 1984 kepada hanya 18 ribu pada tahun 1998. Malahan selepastahun tersebut tiada catatan tentang eksport komoditi ini (lihat Jadual 6.5)6.2.2.3Sektor PertanianSejak mencapai kemerdekaan, pelbagai rancangan dan langkah telah dilaksanakan untukmeningkatkan pengeluaran pertanian bagi mendukung dasar keselamatan pemakanannegara. Keadaan ini telah membolehkan sumbangan sektor pertanian meningkat daripada 16.8 juta pada tahun 1984 kepada 76.1 juta pada tahun 2008 (lihat Jadual 6.6).Walaupun sumbangan sektor pertanian sering mengalami pertumbuhan positif setiaptahun, namun pada relatifnya pertumbuhan tersebut hanya dalam jumlah yang kecil untukmendukung dasar keselamatan pemakanan negara.Misalnya, sumbangan sektorpertanian pada tahun 1984 bernilai 16.8 juta, hanya meningkat kepada 19.5 juta padatahun 1985. Begitu juga dengan peratus sumbangan sektor pertanian terhadap KDNK,hanya mencatatkan antara 0.2 hingga 0.7 peratus sepanjang tempoh ini (lihat Jadual 6.6).Perkembangan yang kurang menggalakkan ini berhubung rapat dengankemerosotan yang berlaku terhadap tiga komoditi eksport sektor ini. Komoditi getah asliyang pernah menjadi komoditi eksport pertama terpenting pada zaman PentadbiranResiden British I hanya berjaya dieksport semula pada tahun 1984, 1985 dan 1990 dalamnilai yang sangat rendah. Begitu juga keadaannya dengan nilai eksport komoditi ladahitam dan lada putih yang hanya dapat dieksport pada tahun-tahun awal tempoh ini.Walaupun komoditi kulit lembu atau kerbau dapat dieksport hingga ke penghujung390

Jadual 6.5: Nilai Eksport Ais Krim, Besi/ Tembaga/ Aluminium Sisa danBuangan, Batu-Bata/ Tembikar, Perabot dan Ganti, Pakaian dan Simen Tahun1984-2008 (BDSYB 1996/1997, 1999, 2000/2001, 2002, 2003 & 2008)Ais KrimTahun1984B Ribu296Besi/ Tembaga/AluminiumSisa danBuanganB Ribu1,489Batu-Bata/TembikarPerabot danGantiPakaianSimenB Ribu1,149B Ribu185B Ribu-B 07,715-2007--45-175,625-2008--45-121,031-391

Jadual 6.6: Nilai dan Peratus Sumbangan Sektor Pertanian Terhadap KeluaranDalam Negeri Kasar Pada Harga Semasa Tahun 1984-2008 (PerangkaanJabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Brunei; Annual NationalAccounts 2000-2004, 2006 & 2007)1984KDNKB 4200820,397.976.10.4TahunSektor PertanianB JutaPeratus16.80.2392

tempoh ini tetapi nilainya sering mengalami turun naik. Nilai eksport tertinggi komoditikulit lembu atau kerbau hanya berjumlah 381 ribu sahaja yang dicatatkan pada tahun2004. Kemerosotan nilai eksport komoditi-komoditi ini disebabkan harga pasaran yangkompetitif, kurangnya minat penduduk dalam menceburi bidang ini sebagai matapencarian, produk-produk yang dihasilkan tidak tahan lama dan masalah dalammemasarkan produk-produk yang dihasilkan (RKN, 2001-2005: 91).6.2.2.4Sektor PerhutananSumbangan sektor perhutanan terhadap KDNK merupakan sumbangan terendah sekalidalam sektor bukan minyak. Sumbangan tertinggi sektor ini dicatatkan pada tahun 1997yang bernilai sebanyak 7.6 juta sahaja. Manakala 0.11 peratus merupakan peratussumbangan tertinggi sektor perhutanan terhadap KDNK. Walaupun nilai dan peratusansumbangan sektor ini secara relatifnya sangat kecil, namun dari tahun 1984 hingga 2008,nilai sumbangan sektor ini telah mengalami pertumbuhan pada kadar purata 2.6 peratussetahun iaitu daripada 3.6 juta pada tahun 1984 kepada 6.6 juta pada tahun 2008 (lihatJadual 6.7)Keadaan ini disebabkan dasar perhutanan negara yang mengehadkanpemotongan 100,000 meter padu setahun bagi memelihara dan melindungi sumber hutansemula jadi yang kaya dengan sumber biodiversity dari kemusnahan untuk kepentingangenerasi akan datang (Laporan Tahunan KPSSU, 2002: 63). Dasar ini secara tidaklangsung telah menjejaskan keperluan tempatan terhadap hasil pengeluaran perhutanan.Hasil-hasil pengeluaran perhutanan seperti kayu balak, kayu api, bakau, arang dan rotanhanya boleh menampung 30 peratus daripada keperluan tempatan, manakala selebihnyadidatangkan daripada luar negara (RKN 2001-2005: 98). Dari segi eksport, hanyakomoditi kayu balak bergergaji telah berjaya dieksport dan tersenarai dalam komoditi393

Jadual 6.7: Nilai dan Peratus Sumbangan Sektor Perhutanan TerhadapKeluaran Dalam Negeri Kasar Pada Harga Semasa Tahun 1984-2008(Perangkaan Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Brunei; AnnualNational Accounts 2000-2004, 2006 & 2007)1984KDNKB 3200820,397.96.60.03TahunSektor PerhutananB JutaPeratus3.60.04394

eksport utama Brunei tetapi pada beberapa tahun awal tempoh ini sahaja.6.2.2.5Sektor PerikananSektor perikanan merupakan salah satu sektor bukan minyak yang giat dimajukan dalamusaha mempelbagaikan ekonomi bagi mendukung dasar keselamatan pemakanan negara.Pelbagai rancangan dan langkah dilaksanakan yang dapat mewujudkan aktiviti yangmenghasilkan pendapatan, membuka peluang pekerjaan dan dapat menarik PelaburanLangsung Asing (Foreign Direct Investment) (RKN 2001-2005: 98-99). Keadaan initelah menambahkan sumbangan sektor ini terhadap KDNK setiap tahun. Pada tahun1984, sektor perikanan telah menyumbangkan sebanyak 12.3 juta (0.1 peratus) dan padatahun 2005 talah bertambah kepada 86.4 juta (0.5 peratus) (lihat Jadual 6.8). Walaupunpada tiga tahun terakhir, sumbangan sektor ini telah mengalami sedikit penurunan namunbeberapa produk keluaran sektor ini dapat dieksport ke luar negara (BDSYB 2008: 102).Walaupun sumbangan sektor ini kepada KDNK meningkat, namun jumlahsumber perikanan yang didaratkan atau dihasilkan masih belum dapat memenuhisepenuhnya permintaan sumber perikanan yang semakin meningkat setiap tahun. Untukmemenuhi peningkatan permintaan ini, Brunei terpaksa mengimport sumber perikanandari luar negara seperti dari Sabah, Sarawak dan Singapura. Perbincangan mengenaiperkembangan sektor perikanan akan dijelaskan lebih lanjut pada bahagian lain dalambab ini.6.3Peningkatan Bilangan Penduduk Selepas Brunei MerdekaPenumpuan pihak kerajaan dalam mempelbagaikan ekonomi, te

Pada peringkat awal pelaksanaan sistem berkementerian, 10 buah kementerian telah dibentuk bagi membolehkan satu kabinet pentadbiran kerajaan dilaksanakan, iaitu Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Kebudayaan, Belia dan .

Related Documents:

NAUTIKA 2015 PERIKANAN LAUT PUSAT PENDIDIKAN KELAUTAN DAN PERIKANAN BADAN PENGEMBANGAN SUMBER DAYA MANUSIA DAN PEMBERDAYAAN MASYARAKAT KELAUTAN DAN PERIKANAN 2015 NAUTIKA PERIKANAN LAUT MODUL MEL AKUKAN PEN AN G AN AN IKAN PEL A GIS KECIL DIKAP Pusat Pendidikan Kelautan dan Perikanan AL A-PDF Watermark DEMO: Purchase from www.A-PDF.com to .

Gambaran umum perusahaan digunakan untuk mengetahui berbagai macam hal-hal yang berhubungan dengan perusahaan, diantaranya adalah sejarah perusahaan, visi dan misi perusahaan, logo perusahaan, struktur perusahaan dan layanan yang ditawarkan perusahaan. 2.1 Sejarah Perusahaan PT.

menteri kelautan dan perikanan republik indonesia keputusan menteri kelautan dan perikanan nomor : kep. 26 /sj-kkp/kp.430/vii/2016 tentang pemberhentian dan pengangkatan dari dan dalam jabata pengawas setara eselon iv dan eselon v di lingkungan direktorat jenderal perikanan tangkap kementerian kelautan dan perikanan

KEPUTUSAN MENTERI KELAUTAN DAN PERIKANAN REPUBLIK INDONESIA NOMOR KEP.06/MEN/2010 TENTANG ALAT PENANGKAPAN IKAN DI WILAYAH PENGELOLAAN PERIKANAN NEGARA REPUBLIK INDONESIA MENTERI KELAUTAN DAN PERIKANAN REPUBLIK INDONESIA, Menimbang : a. bahwa sebagai tindak lanjut Pasal 7 ayat (1) huruf f Undang- Undang Nomor 31 Tahun 2004 tentang Perikanan .

SUPM Teknika Perikanan Laut/SUPM Mesin Perikanan/SMK Teknika/ SMK Teknika Kapal Penangkap Ikan/ D-lll Mesin Dan Peralatan Perikanan/ Teknika SUPM Nautika Perikanan Laut/ SUPM Penangkapan Ikan/ SMK Nautika/ SMK Nautika Kapal Penangkap Ikan/ D-lll Teknologi Penangkapan Ikan/ Nautika S-2 Pariwisata/Manajemen Ekowisata dan Jasa Lingkungan/Kajian .

Dr. Simon Masengi (Ditjen Pengolahan dan Pemasaran Hasil Perikanan KP) Dr. Chandra Nainggolan (Sekolah Tinggi Perikanan) Dr. Priyanto Raharjo (Sekolah Tinggi Perikanan) Yuliati H. Sipahutar S.Pi, MM (Sekolah Tinggi Perikanan) Staff Editor : Maria Goreti, M.MPi Ir Asriani Mardiono, MM Rahmad Surya Hadi Saputra S.St.Pi, M.Sc

Buku Ajar “MANAJEMEN AGRIBISNIS PERIKANAN”, oleh: Zainal Abidin, S.Pi, MP, M.BA Program Studi Agribisnis Perikanan, FPIK, Universitas Brawijaya BAB I. KONSEP AGRIBISNIS PERIKANAN 1.1 Konsep Agribisnis Di Indonesia, kegiatan agribisnis sudah dilakukan sejak zaman dahulu, namun demikian popularitas

Buku Keterampilan Dasar Tindakan Keperawatan SMK/MAK Kelas XI ini disajikan dalam tiga belas bab, meliputi Bab 1 Infeksi Bab 2 Penggunaan Peralatan Kesehatan Bab 3 Disenfeksi dan Sterilisasi Peralatan Kesehatan Bab 4 Penyimpanan Peralatan Kesehatan Bab 5 Penyiapan Tempat Tidur Klien Bab 6 Pemeriksaan Fisik Pasien Bab 7 Pengukuran Suhu dan Tekanan Darah Bab 8 Perhitungan Nadi dan Pernapasan Bab .