BAB 5 ANALISIS PERBANDINGAN DAPATAN KAJIAN 5.0 Pengenalan

3y ago
24 Views
2 Downloads
987.85 KB
17 Pages
Last View : 1m ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Dani Mulvey
Transcription

BAB 5ANALISIS PERBANDINGAN DAPATAN KAJIAN5.0PengenalanBab ini membandingkan dan akan merumuskan dapatan keseluruhan kajianmengenai kefahaman pelajar terhadap penggunaan tekara, toki dan tara di antarapelajar bahasa Jepun Indonesia (PBJI) dan pelajar bahasa Jepun Malaysia (PBJM).Perbezaan dalam peratusan yang diperolehi daripada dapatan bagi soal selidik BahagianI, soalan objektif dan Bahagian II, soalan penyelesaian ayat akan dianalisis untukmengenal pasti perbezaan di antara kedua-dua kumpulan pelajar dalam penggunaanketiga-tiga kata hubung tersebut dan kekeliruan yang berlaku.5.1Pemerhatian Soal Selidik Soalan Objektif ke atas PBJI dan PBJMDapatan keseluruhan daripada soal selidik Bahagian I, soalan objektif antaraPBJI dan PBJM mengenai penggunaan tekara, toki dan tara akan dibandingkan danperbezaan dalam peratusan dirumuskan untuk mengenal pasti perbezaan pembelajaranketiga-tiga kata hubung tersebut di antara kedua kumpulan pelajar.5.1.1 Penggunaan tekaraRajah 5.1 berikut menunjukkan keputusan keseluruhan bagi soal selidikBahagian I, soalan objektif antara PBJI dan PBJM mengenai penggunaan kata hubung tekara. Secara keseluruhan, pencapaian kedua-dua kumpulan pelajar dalammemahami penggunaan tekara melalui soalan-soalan yang diberikan dalam kategoriini adalah agak rendah dan ini menunjukkan permasalahan yang dihadapi PBJI danPBJM dalam mengenal pasti peraturan penggunaan tekara dengan baik.99

Merujuk kepada Rajah 5.1, terdapat perbezaan yang agak ketara dalampencapaian bilangan peratus jawapan tepat di antara PBJI dan PBJM bagi soalan Q.21dan Q.92 di mana peratus jawapan tepat PBJM untuk soalan Q.2 lebih tinggi berbandingPBJI. Manakala peratus jawapan tepat pada soalan Q.9, PBJI adalah lebih tinggiberbanding PBJM. Hal ini menjadi suatu yang menarik disebabkan oleh kedua soalanQ.2 dan Q.9 adalah daripada kategori soalan tekara dengan makna yang sama, iaitu‘sejak/semenjak’.Kegagalan sebahagian besar daripada PBJI dalam mengenal pasti tekara padasoalan Q.2 besar kemungkinan disebabkan oleh kecuaian pelajar dalam meneliti ayatsoalan. Pelajar berfikir ringkas dan menterjemahkan kandungan ayat Q.2 kepada tekara ‘setelah’, (mulai belajar bahasa Jepang setelah datang ke Jepang) ataupun tara ‘jika/bila’, (mulai belajar bahasa Jepang apabila datang ke Jepang) yang manakedua-duanya boleh diterima pakai dan lazim digunakan di dalam bahasa Indonesia.Manakala penterjemahan kandungan ayat Q.9 ke dalam bahasa Indonesia denganRajah 5.1: Peratus Jawapan Tepat tekara PBJIberbanding PBJMmenggunakan tara ‘jika/bila’, (minggu lalu, apabila saya terkena flu kondisi badanterus tidak baik) menjadikannya kedengaran agak aneh. Hal ini menjelaskan peratus12Sila rujuk Jadual 4.2: Soalan Soal Selidik (Bahagian I, Soalan Objektif), muka surat 40Sila rujuk Jadual 4.2: Soalan Soal Selidik (Bahagian I, Soalan Objektif), muka surat 40100

ayat tepat soalan Q.9 yang lebih tinggi berbanding soalan Q.2 pada PBJI.Di sisi lain, ayat Q.2 yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu denganmenggunakan ‘selepas/setelah’ ataupun ‘jika/bila’, membawa maksud yang samadengan terjemahan ayat ke dalam bahasa Indonesia, tetapi lebih ramai PBJM yangmemilih tekara berbanding PBJI.5.1.2 Penggunaan tokiRajah 5.2: Peratus Jawapan Tepat toki PBJIberbanding PBJMRajah 5.2 merujuk kepada penggunaan toki, peratus jawapan tepat dalamkalangan PBJI dan PBJM. Secara keseluruhan, pencapaian kedua kumpulan pelajardalam mengenal pasti toki pada soalan-soalan yang diberikan adalah baik walaupunterdapat peratus jawapan tepat yang agak berbeza mengikut soalan. Perbezaan dalambilangan peratus jawapan tepat yang agak ketara di antara kedua kumpulan pelajar dapatdilihat pada soalan Q.12.3 Perolehan peratusan jawapan tepat pada PBJM lebih tinggiberbanding PBJI yang mana peratus jawapan tepat PBJM mencecah hingga 93%. Halini menjelaskan penguasaan dan kefahaman PBJM yang matang mengenai perbezaankaedah aturan penggunaan di antara toki dan tara pada ayat Q.12, dan turutmenyumbang kepada peratus jawapan tepat yang tinggi.3Sila rujuk Jadual 4.2: soalan Soal Selidik (Bahagian I, Soalan Objektif), muka surat 40101

Sebaliknya, bagi kategori soalan yang sama, walaupun penggunaan toki jelaslebih natural berbanding tara, penggunaan kata kerja yang menyerupai bentuk lampaunetara (jika tidur) pada ayat pertama dan kata kerja bentuk kala lampau shimemashita(telah menutup) pada ayat kedua telah mengelirukan PBJI hingga memilih tarasebagai jawapan.Merujuk kepada rajah di atas, dapat diketahui bahawa kedua-dua kumpulanpelajar memperoleh bilangan peratus jawapan tepat yang paling rendah pada soalanyang sama, iaitu Q.16.4 Penggunaan ‘ketika’ dan ‘jika/bila’ yang boleh diterima pakai didalam bahasa ibunda PBJI dan PBJM telah memberi kesan kepada peratus jawapantepat bagi soalan tersebut. Secara keseluruhan, kadar pencapaian PBJI dan PBJM dalamsoalan bagi kategori toki adalah baik. Walaubagaimanapun, kedua kumpulan pelajardidapati masih mengalami kesukaran untuk mengenal pasti toki, sekiranya katahubung tara (jika/bila) diterima pakai di dalam ayat-ayat bahasa ibunda PBJI danPBJM.5.1.3 Penggunaan taraPerbandingan mengenai perbezaan dalam menggunaan kata hubung tara antaraPBJI dan PBJM dijelaskan dan dirumuskan menjadi dua bahagian, iaitu pada bahagianpilihan jawapan tara berbanding tekara dan bahagian tara berbanding toki.5.1.3.a Soalan Objektif dengan Pilihan Jawapan tara berbandingdengan tekaraRajah 5.3 menunjukkan peratus jawapan tepat dalam kalangan PBJI dan PBJM,untuk soalan yang melibatkan pemilihan [ tara dan tekara]. Merujuk kepada rajahtersebut, pencapaian kedua kumpulan pelajar dalam kategori soalan ini adalah padatahap yang paling rendah berbanding kategori soalan lain sebelum ini pada beberapa4Sila rujuk Jadual 4.2: Soalan Soal Selidik (Bahagian I, Soalan Objektif,) muka surat 40102

soalan tertentu. PBJI menunjukkan pencapaian kurang 50% pada soalan Q.7, Q.8 danQ.10. Manakala PBJM menunjukkan peratusan kurang 50% pada soalan Q.4, Q.7, Q.8dan Q.10. Hal ini menunjukkan pemahaman PBJI dan PBJM mengenai tara padasoalan-soalan tersebut adalah tidak matang dan kedua kumpulan pelajar menghadapiRajah 5.3: Peratus Jawapan Tepat tekara berbanding taraantara PBJI dan PBJMmasalah dalam mengenal pasti peraturan penggunaan tara dengan baik.Terdapat perbezaan yang ketara dalam perolehan peratus jawapan tepat antaraPBJI dan PBJM bagi soalan Q.45 dan Q.7.6 Bilangan peratus PBJI yang memilih taralebih tinggi berbanding PBJM bagi kedua-dua soalan ini. Sekiranya kedua kumpulanpelajar menterjemahkan ayat Q.4 ke dalam bahasa ibunda mereka, penggunaan ‘selepas’dan ‘jika/bila’ boleh diterima pakai. Tetapi, penggunaan ‘jika/bila’ lebih lazim dansering digunakan bagi konteks kandungan ayat seperti pada ayat Q.4 berbanding‘selepas’ di dalam bahasa Indonesia. Sebaliknya, penggunaan ‘selepas’ mungkin lebihkerap digunakan berbanding ‘jika/bila’ di kalangan PBJM. PBJM mungkin kelirudengan perkataan dekitekara (selepas jadi) dan dekitara (bila sudah jadi) yang manaianya kedengaran hampir sama di dalam penulisan ataupun pengucapan.Di sisi lain, peratus jawapan tepat pada PBJI dan PBJM adalah rendah pada soalan5Sila rujuk Jadual 4.2: Soalan Soal Selidik (Bahagian I, Soalan Objektif), muka surat 406Sila rujuk Jadual 4.2: Soalan Soal Selidik (Bahagian I, Soalan Objektif), muka surat 40103

Q.7. Kata hubung tekara dipelajari lebih awal berbanding tara dan ini mungkinmenyebabkan perkataan tekara lebih kerap digunakan oleh PBJI dan PBJM hinggakedua kumpulan pelajar mudah keliru dengan penggunaan kata hubung tekara.Manakala soalan Q.5 7 menunjukkan bilangan peratus jawapan tepat tertinggiPBJI dan PBJM walaupun terdapat jurang bilangan peratus yang agak ketara di antarakedua kumpulan pelajar. Peratus jawapan tepat yang tinggi pada soalan Q.5 dapatdijangkakan kerana soalan ini kerap digunakan sebagai ayat contoh pengunaan frasaandaian tara di dalam buku-buku teks bahasa Jepun. Walaubagaimanapun, pencapaianPBJI untuk soalan ini yang kurang daripada 70%, menunjukkan kecuaian pelajar dalammembaca dan memahami ayat Q.5, kerana menganggap ia soalan mudah.5.1.3.b Soalan Objektif dengan Pilihan Jawapan tara berbandingdengan tokiRajah 5.4 merujuk peratus jawapan tepat PBJI dan PBJM untuk soalan yangmelibatkan pemilihan [ toki dan tara]. Secara keseluruhan, kedua kumpulanRajah 5.4: Peratus Jawapan Tepat tara berbanding tokiantara PBJI dan PBJMmenunjukkan perbezaan dalam pencapaian peratus yang agak ketara pada setiap soalan.7Sila rujuk Jadual 4.2: Soalan Soal Selidik (Bahagian I, Soalan Objektif), muka surat 40104

Pada soalan Q.11,8 kedua kumpulan pelajar menunjukkan peratus jawapan tepat yangrendah iaitu, 36% (PBJI) dan 23% (PBJM). Bilangan peratus jawapan tepat yang rendahini menunjukkan kadar kefahaman yang rendah mengenai konsep penggunaan tarauntuk soalan ini. Kekeliruan kedua kumpulan pelajar mengenai penggunaan perkataan‘selsema’ di dalam bahasa Jepun dan penggunaan kata kerja nemasu (tidur) dalambentuk kala kini di akhir ayat, agak mengelirukan pelajar dan mungkin menjadi faktorpenyumbang kepada penghasilan ayat silap. Pelajar mungkin berfikir kata kerja padaayat pertama dan kedua adalah perkara yang belum terjadi hingga memilih tokisebagai jawapan.Soalan Q.19 9 juga menunjukkan perbezaan pencapaian yang agak ketara diantara PBJI dan PBJM. Kecenderungan PBJI untuk berfikir dalam bahasa Indonesiamenyebabkan pelajar lebih mudah memilih tara ‘jika/bila’ berbanding toki.Manakala PBJM lebih mudah keliru mengenai bentuk kata kerja kala lampau diakhirayat pertama dan kedua, dan cenderung memilih toki berbanding tara.Dapatan ini juga menunjukkan kekeliruan pelajar mengenai peraturan di dalamtatabahasa bahasa Jepun yang telah dipelajari sebelumnya ketika menjawab Q.11 danQ.19.Di sisi lain, peratus jawapan tepat untuk soalan Q.1710 dalam kedua kumpulanpelajar adalah tinggi. Walaubagaimanapun, PBJM menunjukkan kefahaman yang lebihmatang berbanding PBJI. Sekiranya kedua kumpulan pelajar menterjemahkan soalanQ.17 ke dalam bahasa ibunda mereka, penggunaan ‘jika/bila’ adalah lazim onteksayatQ.17.Walaubagaimanapun, terdapat kemungkinan frekuensi penggunaan yang rendah dalam8Sila rujuk Jadual 4.2: Soalan Soal Selidik (Bahagian I, Soalan Objektif), muka surat 409Sila rujuk Jadual 4.2: Soalan Soal Selidik (Bahagian I, Soalan Objektif), muka surat 4010Sila rujuk Jadual 4.2: Soalan Soal Selidik (Bahagian I, Soalan Objektif), muka surat 40105

kalangan PBJI menyebabkan peratus dapatan agak berbeza.5.1.4 Pemerhatian Keputusan Secara Keseluruhan Soal Selidik BahagianI, Soalan Objektif pada PBJI dan PBJMJadual 5.1. Peratus Jawapan Soalan Objektif tekaraNoQ.1Q.2Q.6Q.9Butiran �い。Peratus jawapantepatPBJIPBJM tekara66%54% tekara50%65% tekara tekara59%61%60%46%Merujuk kepada Jadual 5.1 dan berdasarkan kepada kenyataan analisisperbandingan penggunaan tekara di kalangan PBJI dan PBJM di atas, peratus jawapantepat PBJI lebih tinggi berbanding PBJM untuk soalan Q.1 (66%) dan Q.9 (61%), danperatus jawapan tepat PBJM lebih tinggi berbanding PBJI untuk soalan Q.2 (65%) danQ.6 ( 60%). Walaupun soalan-soalan ini daripada kategori yang sama, terdapatperbezaan peratus pada beberapa soalan yang menunjukkan perbezaan pemahamanpelajar dalam memahami konsep penggunaan pada setiap ayat soalan.Jadual 5.2. Peratus Jawapan Soalan Objektif tokiNoButiran SoalanJawapanTepatPeratusjawapan ��た。 toki81%93% たら)、ホテルに泊まりました。 � �た。 toki81%75%Q.12Q.13Jadual 5.2 menunjukkan pencapaian keseluruhan PBJI dan PBJM ketikamenjawab soalan mengenai penggunaan toki. Secara keseluruhan, peratus pencapaianpelajar lebih baik berbanding dengan soalan mengenai tekara. Hal ini menunjukkanpemahaman pelajar mengenai toki lebih baik berbanding tekara.106

Kedua kumpulan pelajar menunjukkan jawapan yang hampir sama untuk soalanQ.18 dan Q.20. Walaubagaimanapun, perbezaan yang jelas dapat dilihat pada soalanQ.12 dan Q.16 di mana PBJM menunjukkan peratus jawapan tepat yang lebih tingiberbanding PBJI bagi soalan Q.12 dan Q.13. Manakala pencapaian PBJI lebih tinggiberbanding PBJM pada soalan Q.16. PBJI cenderung memilih tara untuk soalan Q.12dan Q.13 berdasarkan terjemahan ke dalam bahasa Indonesia yang bermakna ‘jika/bila’,dan ianya tidak sesuai digunakan dalam ayat soalan tersebut. Walaubagaimanapun,disebalik kefahaman yang kukuh, PBJM juga mengalami kekeliruan ketika memilih tara bagi soalan Q.16, kerana menganggap perbuatan ホテルに泊まりまし た hoteru ni tomarimashita (menginap di hotel) adalah andaian sekiranya pergi ke Tokyo.Jadual 5.3. Peratus Jawapan Soalan Objektif tara (pilihan jawapan tara berbanding tekara)NoQ.3Q.4Q.5Q.7Q.8Q.10Butiran にも1まいください。10 apanTepatPeratus jawapantepatPBJIPBJM tara64%71% tara61%37% tara tara69%39%82%20% tara39%28% tara46%42%Jadual 5.3 menunjukkan dapatan keseluruhan peratus jawapan tepat PBJI danPBJM untuk soalan penggunaan tara. Berbanding dengan kategori soalan tekara dan toki, kedua kumpulan pelajardidapati menghadapi kesukaran ketika menjawabsoalan-soalan dari kategori ini. Pencapaian PBJI untuk soalan Q.7, Q.8 dan Q.10 adalahkurang daripada 50% manakala PBJM menunjukkan pencapaian yang sangat rendahpada soalan Q.4, Q.7, Q.8, dan Q.10. Selain daripada faktor perbezaan bahasa, pelajarmungkin kurang jelas tentang penggunaan tara dan kurang latihan menggunakan107

contoh-contoh ayat kata hubung tara adalah antara faktor penyumbang kepada peratuskesilapan yang tinggi. Kedua kumpulan pelajar menghadapi masalah yang sama ketikamenyelesaikan soalan Q.7, Q.8 dan Q.10 kerana kekeliruan bahawa tara disini sebagaifrasa andaian.Di sisi lain. walaupun makna tara pada soalan Q.4 (jika/bila) adalah berbezadengan soalan Q.7, Q.8 dan Q.10 , peratus jawapan tepat PBJM sebanyak 37%menunjukkan tahap kekeliruan yang agak serius antara frasa tekara dan tara.Jadual 5.4. Peratus Jawapan Soalan Objektif tara (pilihan jawapan tara berbanding toki)NoJawapanTepatButiran SoalanPeratus ��。 ら)、行きません。 ます。 tara56%65% ��ら)、花が咲きました。 tara76%33%Q.17Q.19Jadual 5.4 yang merujuk kepada pencapaian PBJI dan PBJM dalam penggunaan tara dengan pilihan jawapan tara berbanding toki. Selain daripada soalan Q.11 danQ.19, pencapaian kedua kumpulan pelajar untuk kategori ini agak memuaskan. Hal inimenunjukkan kefahaman PBJI dan PBJM mengenai tara pada soalan-soalan tersebutadalah matang (Q.14 dan Q.17). Kata hubung tara pada soalan Q.14 dan an‘jika/bila’.Walaubagaimanapun, peratus pencapaian kedua kumpulan pelajar menunjukkanperbezaan yang agak ketara.Peratus jawapan tepat PBJM untuk soalan Q.14 adalah lebih rendah berbandinguntuk soalan Q.17 walaupun tara pada kedua-dua soalan mempunyai makna dankaedah aturan penggunaan yang sama. Kecuaian PBJM dalam membaca soalan Q.14108

adalah antara faktor yang menyumbang kepada peratus jawapan silap. Manakala ayattambahan, すぐ迎えに行きます。 Sugu mukaeni ikimasu. (Saya akan segera ambil)adalah merupakan pembayang yang jelas untuk penggunaan tara dalam ayat ini.PBJM juga menunjukkan kekeliruan ketika menjawab soalan Q.19. Pelajarmungkin terlepas pandang perkataan 毎日 mainichi (setiap hari) yang menjadi kuncijawapan ayat ini. Ayat 水をやったとき、花が咲きました。 mizu o yattatoki, hana gasakimashita. (bunga berkembang ketika diberi air) boleh diterima pakai baik dalambahasa Jepun atau bahasa Melayu.Secara keseluruhan, berdasarkan keputusan peratusan jawapan tepat padabahagian soal selidik Bahagian I, (soalan objektif) dan analisis yang telah dinyatakan,didapati bahawa terdapat PBJI dan PBJM yang tidak menyedari makna yang laindaripada tekara, iaitu ‘sejak’ sehingga peratus kesilapan bagi soalan berkaitan agakrendah (Q.2, Q.6 dan Q.9). Pelajar juga menghadapi masalah mengenal pastipenggunaan tara dengan maksud ‘setelah’ kerana lebih cenderung menganggap tarasebagai kepada frasa andaian yang telah dipelajari sebelumnya. Hal ini dapat dilihatmelalui peratus jawapan tepat yang rendah untuk soalan Q.7, Q.8 dan Q.10, pelajarmenghadapi kesukaran untuk mengenal pasti tara dengan makna ‘ketika’. PBJMcenderung menitik beratkan pada peraturan di dalam tatabahasa bahasa Jepun yanglebih dahulu dipelajari.5.2Pemerhatian Soal Selidik Penyelesaian Ayat antara PBJI dan PBJMBahagian berikut adalah pemerhatian secara keseluruhan mengenai soal selidikpenyelesaian antara PBJI dan PBJM yang dirumuskan menjadi bahagian-bahagianseperti berikut.109

5.2.1 Penggunaan tekaraJadual 5.5. Peratus Jawapan Soalan Penyelesaian Ayat tekaraNoButiran ��勉強してから、Katahubung tekaraPeratus ayat tepatPBJI26%53%54%PBJM47%79%65%Peratus ayatkeliruPBJIPBJM50%41%34%19%21%19%Jadual 5.5 di atas menunjukkan keputusan keseluruhan tekara mengikutkategori ayat tepat dan ayat keliru oleh PBJI dan PBJM untuk soal selidik Bahagian II,penyelesaian ayat. Pencapaian PBJI dan PBJM dalam menyelesaikan ayat-ayat tekaradalam kategori ini untuk soalan Q.1.a adalah kurang dari 50%. Perbezaan dalam peratusayat tepat di antara kedua kumpulan pelajar juga agak ketara, yang mana peratus ayattepat PBJM adalah lebih tinggi berbanding PBJI. Hal ini menunjukkan keupayaan yangtinggi dan kadar kematangan PBJM yang lebih baik berbanding PBJI dalammenyelesaikan ayat tekara.Jika dilihat keputusan keseluruhan peratus ayat-ayat tepat pada soalan tekara,bilangan peratus ayat tepat bagi soalan Q.1.a PBJI juga PBJM adalah pada tahap yangrendah, menunjukkan kedua kumpulan pelajar menghadapi kesukaran ketikamelengkapkan ayat ini. Manakala untuk soalan Q.4.a dan Q.5.a dengan sedikitperbezaan pada peratus jawapan tepat PBJM yang lebih tinggi berbanding PBJI.Walaupun semua ayat soalan ini daripada kategori yang sama, perbezaan latarbelakang budaya di dalam ayat Q.1.a ternyata berbeza berbanding ayat Q.4.a dan Q.5.ayang sangat dekat dengan aktiviti harian pelajar. Tambahan pula, aktiviti お酒をたくさん飲んでから、 Osake o takusan nondekara, (Selepas minum banyak Sake(alkohol), adalah perkara yang tidak lazim dalam budaya PBJI dan PBJM. Ini jugaboleh menjadi faktor utama menyumbang peratus jawapan keliru yang tinggiberbanding soalan lain.110

Walaubagaimanapun, perbezaan peratus ayat keliru untuk soalan Q.4.a di antaraPBJI dan PBJM agak ketara. PBJI jelas menunjukkan cenderung melengkapkan ayat tekara dalam soalan (Q.4.a) dengan ayat yang lebih sesuai menggunakan kata hubung kara (kerana) yang menunjukkan hubungan sebab-akibat, dan frasa andaian tara(jika/bila) manakala PBJM tidak menhadapi masalah khusus melengkapkan ayat ini.5.2.2 Penggunaan tokiJadual 5.6 di bawah menunjukkan dapatan keseluruhan peratus ayat tepat danayat keliru yang dihasilkan oleh PBJI dan PBJM ketika melengkapkan soalanmenggunakan kata hubung toki. Kedua kumpulan pelajar tidak mengalami kesukaranuntuk melengkapkan ayat Q.2.a, sebaliknya kebanyakan PBJI dan PBJM agak keliruketika melengkapkan ayat toki pada soalan Q.3.a dan Q.5.b. Berdasarkanperbincangan sebelum ini, ternyata kedua kumpulan pelajar mengalami kekeliruanketika mengenal pasti bentuk kata kerja yang digunakan sebelum toki. Hal inimenjadikan ayat yang dihasilkan pelajar tidak natural.Di sisi lain, peratus ayat tepat pada soalan Q.3.a menunjukkan adanya perbezaanperatus ayat tepat yang agak tinggi di antara kedua kumpulan pelajar. Peratus ayat silapyang dihasi

dan Q.92 di mana peratus jawapan tepat PBJM untuk soalan Q.2 lebih tinggi berbanding PBJI. Manakala peratus jawapan tepat pada soalan Q.9, PBJI adalah lebih tinggi berbanding PBJM. Hal ini menjadi suatu yang menarik disebabkan oleh kedua soalan Q.2 dan Q.9 adalah daripada kategori soalan tekara dengan makna yang sama, iaitu

Related Documents:

Buku Keterampilan Dasar Tindakan Keperawatan SMK/MAK Kelas XI ini disajikan dalam tiga belas bab, meliputi Bab 1 Infeksi Bab 2 Penggunaan Peralatan Kesehatan Bab 3 Disenfeksi dan Sterilisasi Peralatan Kesehatan Bab 4 Penyimpanan Peralatan Kesehatan Bab 5 Penyiapan Tempat Tidur Klien Bab 6 Pemeriksaan Fisik Pasien Bab 7 Pengukuran Suhu dan Tekanan Darah Bab 8 Perhitungan Nadi dan Pernapasan Bab .

bab ii penerimaan pegawai . bab iii waktu kerja, istirahat kerja, dan lembur . bab iv hubungan kerja dan pemberdayaan pegawai . bab v penilaian kinerja . bab vi pelatihan dan pengembangan . bab vii kewajiban pengupahan, perlindungan, dan kesejahteraan . bab viii perjalanan dinas . bab ix tata tertib dan disiplin kerja . bab x penyelesaian perselisihan dan .

Bab 24: Hukum sihir 132 Bab 25: Macam macam sihir 135 Bab 26:Dukun,tukang ramal dan sejenisnya 138 Bab 27: Nusyrah 142 Bab 28: Tathayyur 144 Bab 29: Ilmu nujum (Perbintangan) 150 Bab 30: Menisbatkan turunnya hujan kepada bintang 152 Bab 31: [Cinta kepada Allah]. 156 Bab 32: [Takut kepada Allah] 161

bab iii. jenis-jenis perawatan 7 . bab iv. perawatan yang direncanakan 12 . bab v. faktor penunjang pada sistem perawatan 18 . bab vi. perawatan di industri 28 . bab vii. peningkatan jadwal kerja perawatan 32 . bab viii. penerapan jadwal kritis 41 . bab ix. perawatan preventif 46 . bab x. pengelolaan dan pengontrolan suku cadang 59 . bab xi.

B (amalan kepimpinan transformasional) adalah 0.967 manakala nilai pekali kebolehpercayaan bagi item soal selidik Bahagian C (efikasi kendiri guru) adalah 0.920. 4 Dapatan 4.1 Analisis Tahap Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar Hasil analisis deskriptif merumuskan dapatan kajian seperti di jadual 3 menjawab persoalan

BAB 1 Akuntansi Keuangan & Standar Akuntansi Keuangan 1 BAB 2 Laporan Laba Rugi, Neraca dan Arus Kas 11 BAB 3 Pengawasan Terhadap Kas 25 BAB 4 P i u t a n g 33 BAB 5 Wesel dan Promes 47 BAB 6 Persediaan Barang Dagang 53 BAB 7 Penilaian Persediaan Berdasarkan Selain Harga Pokok 71 BAB 8 Amortisasi Aktiva Tak Berwujud 81 . Modul Akuntansi Keuangan 1 Dy Ilham Satria 1 1 AKUNTANSI KEUANGAN DAN .

FISIKA DASAR I (Edisi Revisi) Oleh Dr.Eng. MIKRAJUDDIN ABDULLAH, M.Si. PROGRAM STUDI FISIKA . Daftar Isi Bab 1 Gerak Dua Dimensi 1 Bab 2 Gerak Peluru 17 Bab 3 Gerak Melingkar 36 Bab 4 Hukum Newton dan Dinamika 50 Bab 5 Hukum Gravitasi 81 Bab 6 Usaha Energi 99 Bab 7 Elastisitas Bahan 131 .

Albert woodfox Arthur Kinoy Award A Message from NYU PILC At every NLG #Law4thePeople Convention, we honor members and friends of the Guild whose exemplary work and activism capture the spirit of “law for the people,” and speak to the Guild’s philosophy of human rights over property interests. Please join us in congratulating our 2016 honorees! Workshops Tentative Schedule Felon .