Motif Peserta Dalam Sukan Triathlon

3y ago
228 Views
75 Downloads
340.35 KB
8 Pages
Last View : 1m ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Abram Andresen
Transcription

Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPsiKS)2019, Vol. 3, 16–23 2019 Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosiale-ISSN: 2600-7819Motif Peserta Dalam Sukan TriathlonParticipant Motives in TriathlonMohamad Nizam NazarudinUniversiti Malaysia SabahZakiah NoordinInstitut Pendidikan Guru Kampus Gaya, SabahCorresponding author: drnizam.ums@gmail.comDihantar: 2 September 2019 / Diterima: 1 Disember 2019Received: 2 September 2019 / Accepted: 1 December 2019Sukan Triathlon telah menjadi semakin popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan adalah antara sukanyang paling pesat berkembang di dunia. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji motif penglibatan dalam acaraTriathlon. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik Motivations of Marathoners Scales (α .71 hingga .86). Ia ditadbir kepada 120 peserta (min umur 37.19 7.27 tahun, BMI 22.76 4.21, 60 lelakidan 60 wanita) yang mengambil bahagian dalam Putrajaya International Triathlon 2019. Statistik deskriptifdan inferensi (ujian-t dan Anova sehala) digunakan untuk menganalisis data. Motif psikologi, kesihatan fizikaldan pencapaian adalah pada tahap sangat tinggi tetapi motif sosial hanya pada tahap tinggi. Tidak terdapatperbezaan yang signifikan antara jantina kecuali motif keahlian, pencapaian matlamat peribadi dan kehidupanbermakna. Nilai min motif keahlian, pencapaian matlamat peribadi dan kehidupan bermakna wanita adalahlebih tinggi berbanding lelaki. Terdapat perbezaan yang signifikan antara kategori acara kecuali motifpencapaian matlamat peribadi dan persaingan. Terdapat perbezaan motif keprihatinan berat badan yangsignifikan di antara indeks jisim badan (BMI). Kesimpulannya adalah penyelidikan pada masa hadapan perlumengkaji keberkesanan penglibatan motivasi dalam meningkatkan penyertaan dalam acara Triathlon.Kata kunci: motivasi, triathlon, psikologi sukanTriathlon has become increasingly popular in recent years and is now among the fastest growing sport in the world.This study aims to examine participant’s motives in a triathlon event. The instrument used in the study is theMotivations of Marathoners Scales (α . 71 to. 86). It is administered to 120 participants (mean age 37.19 7.27years, BMI 22.76 4.21, 60 men and 60 women) who participated in 2019 Putrajaya International Triathlon.Descriptive and inferential statistics (T-test) were used to analyse data. Psychological, physical health andachievement motives are at very high levels, but social motives are only at high level. There is no significantdifference between gender, except affiliation, personal goal achievement, and life meaning motives. The mean valueof woman's affiliation, personal goal achievement and life meaning motives are higher than men. There is a significantdifference between the event category except for personal goal achievement and competition motives. There is asignificant difference in weight concern motives between the Body Mass Index (BMI). In conclusion, future researchshould study the effectiveness of motivational involvement in increasing participation in a triathlon event.Keywords: motivation, triathlon, sports psychologyDari segi fisiologi, penyertaan di dalam sukan iovaskular, mengelakkan penyakit kencing manis danmencegah obesiti manakala dari segi psikologi pula, latihanfizikal berkait rapat dengan penurunan dalam kebimbangandan tekanan individu. Tambahan pula, penyertaan sukandapat meningkatkan harga diri seseorang dan menawarkanruang untuk melakukan hubungan sosial (World HealthOrganization, 2010). Sukan triathlon semakin popularsejak kebelakangan ini dan ia adalah antara sukan jarakjauh yang paling pesat berkembang di dunia (MalchrowiczMośko, Młodzik, Banio, & Omorczyk, 2019). Sukantriathlon juga telah diberikan publisiti yang besar danpengiktirafan sejajar dengan beberapa manfaat penyertaanyang diterima oleh para peserta, seperti faedah fisiologi,psikologi dan sosial.Sukan Triathlon melibatkangabungan tiga kecekapan berenang, berbasikal dan berlari.(Lamont & Kennelly, 2012; Lepers, Knechtle & Stapley,2013; Smith, 2010).Kajian terhadap peserta Triathlon telah dilakukanbertahun-tahun lamanya. Pada awalnya, kajian dibuatterhadap penyesuaian fisiologi dan trauma peserta (Millett,Bentley, & Vleck, 2007). Kajian menumpukan terhadapaspek kaedah latihan, pengukuran kuasa, dan tempohpemulihan. Kajian sebegini diteruskan apabila populasipeserta triathlon terus berkembang. Terdapat beberapakajian telah dijalankan oleh penyelidik sukan yangmengkaji peserta triathlon dari perspektif motivasi. Namuntidak banyak kajian yang dilakukan di Malaysia khususnyabagi acara triathlon yang menjadikan tumpuan.16

Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPsiKS)2019, Vol. 3, 16–23 2019 Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosiale-ISSN: 2600-7819Terdapat beberapa acara pertandingan triathlon yangsering dianjurkan di Malaysia dan antara yang menjaditumpuan adalah Putrajaya International Triathlon.Pertandingan ini melibatkan dua acara iaitu acara jarakOlimpik (berenang 1500 meter, berbasikal 40km dan larian10km) dan acara jarak pecut (berenang 750 meter,berbasikal 20km dan larian 5km) untuk lelaki dan wanita.Tujuan kajian ini adalah untuk motif penglibatan dalamacara triathlon di Putrajaya International Triathlon 2019.Sorotan LiteraturKajian Lovett, Barnes, dan Marley (2018) cubamemahami lebih lanjut lagi berkenaan motif yang khususmendorong peserta melanggan produk, perkhidmatan danmenyertai acara triathlon. Kajian dijalankan semasa acarapecutan dengan menggunakan Motives of MarathonersScale (MOMS). Responden terdiri daripada 165 peserta(lelaki 98, wanita 67) yang menyertai dua kejohanantriathlon pecut di Texas dan satu kejohanan triathlon pecutdi Florida. Dapatan kajian mendapati terdapat perbezaanyang signifikan (k 0.5) dalam keahlian, makna kehidupandan pencapaian matlamat peribadi berdasarkan jantina. Submotif tersebut pada wanita adalah lebih tinggi berbandinglelaki. Kajian turut mendapati terdapatnya perbezaan yangsignifikan motif keahlian dan persaingan berdasarkan umurdi mana umur dua puluhan lebih tinggi dari tiga puluhan.Terdapat juga perbezaan yang signifikan berdasarkan arasaktiviti (persaingan) dan aras pengalaman. Peserta wanitaberumur empat puluhan mempunyai motif penghargaankendiri lebih tinggi berbanding lelaki.Besomi et al. (2017) menjalankan kajian menggunakanlaman sesawang terhadap pelari yang berumur 18 tahun keatas di tiga kawasan riadah, dua acara larian dan empatkelab larian sekitar bandar Santiago. Kadar pulangan soalselidik adalah 46.6% (n 241) di mana 47.3% adalahwanita, purata berumur 28 tahun, purata Body Mass Index(BMI) adalah 28 kg/m2 dan 49.8% pelari mempunyai lebihdari 18 tahun pendidikan formal. Berdasarkan analisis datadari soal selidik MOMS-34, lelaki mempunyai motiforientasi kesihatan umum, makna kehidupan, penghargaankendiri, pencapaian matlamat peribadi dan persaingan yanglebih tinggi berbanding wanita. Motif paling rendah bagikedua-dua jantina adalah pengiktirafan. Perbandinganantara pelari jarak jauh, pelari marathon ultra dan pelaridenai (trail) pula, mendapati motif makna kehidupan,penghargaan kendiri dan daya tindak psikologi adalahmotif yang utama. Motif motivasi yang paling pentingkepada semua pelari adalah orientasi kesihatan dan yangpaling rendah pula adalah pengiktirafan.Kajian Ferrer et al. (2015) yang turut menggunakan soalselidik MOMS terhadap responden yang mempunyaipengalaman sebagai pelari ultra marathon (n 9). Dapatanmenunjukan bahawa tidak terdapat perbezaan yangsignifikan (k 0.05) antara jantina dan umur namun pelarilebih tua adalah lebih bermotivasi untuk berlari bagimendapatkan faedah fizikal melalui latihan ultra marathondan perlumbaan (r 0.91, k 0.001). Kajian turut mendapatisemakin meningkat umur peserta maka semakin tinggipertimbangan terhadap kebaikan fizikal (seperti kesihatandan berat) melalui penyertaan dalam larian ultra marathon.Peserta yang bermotivasi secara fizikal dapat menamatkanjarak yang lebih jauh dan mencapai prestasi yang lebihbaik.The Motivations of Marathoners Scales (MOMS), yangdibangunkan oleh Masters, Ogles dan Jolton (1993), adalahsalah satu daripada skala paling komprehensif yangdigunakan secara meluas untuk mengukur motif ketahananpeserta acara sukan. Selanjutnya, MOMS telah digunakanuntuk menilai motivasi dalam pelbagai konteks sukan laintermasuk berbasikal (LaChausse, 2006), larian (Bell &Stephenson, 2014), larian ultra (Krouse, Ransdell, Lucas, &Masalah KajianPenyertaan dalam sukan triathlon yang melibatkanketahanan memerlukan pertimbangan terhadap kos yangbesar dari aspek sosial, ekonomi, fizikal dan psikologi(Ogles & Masters, 2003). Latihan untuk sukan triathlonmemberi kesan sosial yang serius pada para peserta (Croft,et al., 1999; Kok & Reynolds III, 2017). Penglibatan dalamsukan triathlon memerlukan satu usaha serius yangmelibatkan jangka masa latihan berbulan-bulan lamanya.Seperti sukan lasak lain, peserta sukan triathlon sukaruntuk mencari rakan pelatih (Ogles & Masters, 2003). Olehitu, ramai peserta sukan triathlon boleh bertahanmengharungi sesi latihan yang panjang secara bersendirian.Latihan persediaan menghadapi pertandingan triathlontidak sama dengan latihan kecergasan dan sukan biasadimana ia adalah lebih terancang dan memerlukan masayang lebih panjang (Blair, et al., 1996; Jordalen & Lemyre,2015). Ini bermakna bahawa jadual bekerja, bersamakeluarga, dan agenda sosial mungkin perlu diubah untukmenampung masa latihan (Croft, Gray, & Duncan, 2007).Peralatan yang diperlukan untuk bersaing dalam sukantriathlon juga banyak dan melibatkan kos yang tinggiseperti kasut, pakaian dan basikal. Di samping itu, pesertatriathlon turut membelanjakan wang untuk berlatihbersama kelab, membayar keahlian profesional, membayaryuran penyertaan pertandingan, kos perjalanan danpenginapan.Faktor kesan fizikal dan psikologi bagi acara ketahananseperti triathlon perlu diambil kira kerana peserta mungkinmengalami keletihan akibat latihan dan peningkatan risikomengalami kecederaan (Ogles & Masters, 2003). Ini turutmelibatkan kos perubatan, cuti sakit, cuti rehat dan khidmatpemulihan. Dari segi psikologi pula, latihan seringmembosankan kerana mereka sentiasa mengulangi rutinyang hampir sama. Seperti juga atlet lain, peserta triathlonsering menetapkan jangkaan yang tidak realistik danakhirnya jangkaan tidak tercapai (Masters, Ogles, & Jolton,1993).Faktor kekurangan tidur, pengunaan tenaga yangmaksimum, tabiat makan yang diubah, kegelisahan prapertandingan, dan keputusan penyertaan yang tidakmenentu, boleh memberi kesan dari segi mental dan emosipeserta (Edwards & Loprinzi, 2018; Ogles & Masters,2003). Ahli psikologi sukan berminat untuk mengkajifaktor pendorong orang yang masih berlatih danmengambil bahagian dalam sukan triathlon.17

Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPsiKS)2019, Vol. 3, 16–23 2019 Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosiale-ISSN: 2600-7819Pritchard, 2011), pengembaraan (Doppelmayr &Molkenthin, 2004), dan triathlon (Rundio, Heere &Newland, 2014).Terdapat pelbagai skala yang lain telah dibangunkanuntuk mengukur motif yang berkaitan dengan sukanpenyertaan namun begitu, MOMS adalah yang palingkomprehensif dan sesuai kepada acara Triathlon. Skalayang lain mengukur motivasi peserta sukan adalah sepertiLeisure Motivation Scale (Beard & Ragheb, 1983), TheSport Motivation Scale (Pelletier, Fortier, Vallerand,Tuson, & Bilas, 1995), dan The Behavioral Regulation inSport Questionnaire (Lonsdale, Hodge & Rose, 2008)namun ia adalah agak umum dan gagal untuk mengukurmotif yang berkaitan dengan kesihatan, pengurangan beratbadan, matlamat, dan persaingan (Zach, et al., 2017).Kajian ini bertujuan untuk memahami motivasi pesertadalam Putrajaya International Triathlon berdasarkan duapersoalan kajian yang telah dibina sebagai garis panduankepada penyelidik untuk menjalankan kajian iaitu: Apakahmotif penglibatan peserta Putrajaya InternationalTriathlon? dan apakah perbezaan motif penglibatan antarajantina, indeks jisim badan (BMI) dan kategori acara?telah diminta untuk menjawab soal selidik. Para pesertatelah disediakan dengan semua maklumat yang berkaitankajian dan mereka telah mengambil bahagian secarasukarela. Para peserta telah dimaklumkan bahawa tidakada jawapan yang betul atau salah, digalakkan untukmenjawab secara jujur dan diberi jaminan terhadapkerahsiaan data.ProsedurSoal selidik terdiri daripada dua bahagian utama iaitudemografi dan MOMS. Data dikumpulkan di PutrajayaInternational Triathlon 2019. Item demografi digunakanuntuk menilai kategori acara, jantina peserta dan indeksjisim badan. MOMS mengandungi 56 item di bawah empatfaktor utama dan sembilan sub faktor motivasi (Masters etal. 1993): orientasi kesihatan umum (enam item),keprihatinan berat badan (empat item), keahlian (enamitem), pengiktirafan (enam perkara), persaingan (empatitem), pencapaian matlamat peribadi (enam item), dayatindak psikologi (sembilan item), penghargaan kendiri(lapan item) dan makna kehidupan (tujuh item). Semuaitem dinilai pada skala tujuh mata (1 Tiada sebab untuk 7 Sebab yang paling penting), sehingga pesertamenganggap itu sebagai alasan untuk melibatkan diri dalamacara. Ketekalan dalaman yang mencukupi (julat alphaCronbach 0.71-0.86) dan kebolehpercayaan ujian semula(intraclass R range 0.71-0.84).Objektif KajianObjektif kajian ini adalah seperti di bawah untuk mencapaitujuan:1. Untuk mengenal pasti motif penglibatan dalamkalangan peserta Putrajaya International Triathlon.2. Untuk membandingkan motif penglibatan pesertaPutrajaya International Triathlon antara jantina,kategori acara dan BMI.Analisis StatistikData dianalisis menggunakan perisian IBM SPSSStatistics 20.0. Min dan sisihan piawai diperoleh bagi setiappemboleh ubah. Perbezaan jantina peserta dianalisis secaraberasingan dengan menggunakan ujian-t tidak bersandar(independent sample t-test). Perbezaan dalam BMI dankategori perlumbaan dianalisis menggunakan ANOVAsehala.MetodeReka bentuk KajianKajian ini merupakan kajian kuantitatif yangmenggunakan reka bentuk kajian tinjauan bagi mengenalpasti motif peserta Putrajaya International Triathlon 2019.KeputusanPesertaCiri Demografi dan Antropometri Peserta SukanTriathlonSampel kajian terdiri daripada 120 peserta (60 lelaki dan60 wanita) di Putrajaya International Triathlon 2019.Prosedur kelulusan etika penyelidikan telah diberikan olehinstitusi pengkaji untuk kajian ini. Sehari sebelumperlumbaan, peserta telah dihubungi di tapak ekspo ketikamereka sedang mengambil pakej perlumbaan mereka, danMin umur peserta adalah 37.19 7.27 tahun dan minBMI adalah 22.76 4.21. Ciri-ciri demografi danantropometri peserta adalah seperti Jadual 1.Jadual 1Ciri-Ciri Demografi dan Antropometri PesertaCiri-ciriUmurBMILelaki(n 60)38.20 7.8722.70 3.15Wanita(n 60)35.97 6.2722.83 5.2518Kesemua peserta(n 120)37.19 7.2722.76 4.21

Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPsiKS)2019, Vol. 3, 16–23 2019 Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosiale-ISSN: 2600-7819tahap tinggi. Berdasarkan nilai min didapati, motifpenghargaan kendiri adalah sub motif yang paling tinggimanakala keprihatinan berat badan adalah paling rendah.Min dan tahap motif penglibatan peserta triathlon adalahseperti dalam Jadual 2.Min dan Tahap Motif Penglibatan Peserta SukanTriathlonPenglibatan peserta triathlon yang disebabkan olehmotif psikologi, pencapaian dan sosial adalah pada tahapsangat tinggi namun motif kesihatan fizikal hanya padaJadual 2Min Dan Tahap Motif Penglibatan Peserta TriathlonKategori atau skalaMotif psikologi Daya tindak psikologi Penghargaan kendiri Makna kehidupanMotif kesihatan fizikal Orientasi kesihatan umum keprihatinan berat badanMotif sosial Keahlian PengiktirafanMotif pencapaian Persaingan Pencapaian matlamat 5.7238TahapSangat tinggiSangat tinggiSangat tinggiSangat tinggiTinggiSangat tinggiTinggiSangat tinggiSangat tinggiSangat tinggiSangat tinggiSangat tinggiSangat tinggiSangat tinggi(t 1.231, dk 238, k .05) dan pencapaian matlamatperibadi (t 0.618, dk 238, k .05). Perbezaan nilai minmenunjukkan bahawa motif keahlian, pencapaian matlamatperibadi, kehidupan bermakna bagi wanita adalah lebihtinggi berbanding lelaki. Motif penglibatan peserta sukantriathlon berdasarkan jantina adalah seperti di dalam Jadual3.Motif Penglibatan Peserta Triathlon antara JantinaBerdasarkan ujian-t didapati bahawa tidak terdapatperbezaan yang signifikan antara jantina bagi semua motifdan sub motif penglibatan peserta triathlon kecuali submotif makna kehidupan (t 0.536, dk 238, k .05),keahlianJadual 3Motif Penglibatan Peserta Sukan Triathlon Berdasarkan JantinaMotif dan Sub MotifMotif psikologi Daya tindak psikologi Penghargaan kendiri Makna kehidupanMotif kesihatan fizikal Orientasi kesihatan umum Keprihatinan berat badanMotif sosial Keahlian PengiktirafanMotif pencapaian Persaingan Pencapaian matlamat 38238238238238Sig. .296.190.037.792Mean 90-.11700.38699.08526-.17643-.28977.30087.02864

Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPsiKS)2019, Vol. 3, 16–23 2019 Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosiale-ISSN: 2600-7819pencapaian matlamat individu, F(3, 236) 2.630, k .05.Jadual 4 menunjukkan motif penglibatan peserta sukanTriathlon berdasarkan kategori acara.Motif Penglibatan Peserta Sukan Triathlon BerdasarkanKategori AcaraTerdapat perbezaan yang signifikan antara kategori acarabagi motif penglibatan peserta sukan triathlon kecuali motifJadual 4Motif Penglibatan Peserta Sukan Triathlon Berdasarkan Kategori Jarak Pecut dan Jarak OlimpikPemboleh ubahMotif psikologi Daya tindak psikologi Penghargaan kendiri Makna kehidupanMotif kesihatan fizikal Orientasi kesihatan umum Keprihatinan berat badanMotif sosial Keahlian PengiktirafanMotif pencapaian Persaingan Pencapaian matlamat peribadiKeseluruhanJumlah Kuasa 333Min Kuasa 886.060.000Motif PsikologiMotif SosialTerdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulanberdasarkan ujian ANOVA Sehala F(3,236) 10.806, k .05) iaitu daya tindak psikologi F(3,236) 6.478, k .05),penghargaan kendiri F(3,236) 9.194, k .05), dan maknakehidupan F(3,236) 8.103, k .05. Ujian Tukey post hocmenunjukkan motif psikologi adalah secara signifikan lebihtinggi dalam kategori olimpik lelaki dan wanita berbandingkategori jarak pecut wanita dan lelaki. Tidak terdapatperbezaan yang signifikan antara kategori jarak Olimpikwanita dengan Olimpik lelaki dan kategori jarak pecutlelaki dengan jarak pecut wanita.Terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulanberdasarkan ujian ANOVA F(3,236) 36.088, k .05) iaitukeahlian, F(3,236) 12.714, k .05, dan pengiktirafanF(3,236) 38.989, k .05). Ujian Tukey post hocmenunjukkan motif sosial adalah secara signifikan lebihtinggi dalam kategori Olimpik lelaki dan wanita berbandingkategori jarak pecut wanita dan lelaki. Tidak terdapatperbezaan yang signifikan antara kategori jarak Olimpikwanita dengan Olimpik lelaki dan kategori jarak pecutlelaki dengan jarak pecut wanita.Motif PencapaianMotif Kesihatan FizikalTidak terdapat perbezaan yang signifikan antarakumpulan berdasarkan ujian ANOVA.Terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulanberdasarkan ujian ANOVA Sehala F(3,236) 36.088, k .05) iaitu Orientasi Kesihatan Umum, F(3,236) 12.714, k

memberi kesan sosial yang serius pada para peserta (Croft, et al., 1999; Kok & Reynolds III, 2017). Penglibatan dalam sukan triathlon memerlukan satu usaha serius yang melibatkan jangka masa latihan berbulan-bulan lamanya. Seperti sukan lasak lain, peserta sukan triathlon sukar untuk mencari rakan pelatih (Ogles & Masters, 2003). Oleh

Related Documents:

PENGADIL LOMPAT JAUH 1. Ramlee bin Karim 2. Arni binti Norbin Seorang guru dari setiap rumah sukan PEGAWAI PELEPAS Guru rumah sukan masing-masing PENCATAT MASA 1. Serena Fiona Fred (K) Seorang guru dari setiap rumah sukan PENGADIL LONTAR PELURU 1. Manjuin Rashid (K) 2. Ez

The British Triathlon Federation (British Triathlon) is affiliated to World Triathlon and, as such, World Triathlon rules are applicable to all international events either hosted by the British Triathlon or its constituent Home Nation Associations, at which Home Nation Association members compete (e.g., European and World Championships).

1. ITU Level 1 Triathlon Coach 2. ITU Level 2 Triathlon Coach 3. ITU Performance Development Triathlon Coach (L2 Extension Programme - invitation only) ITU Coach Education Programmes - Level Descriptors ITU Level 1 Triathlon Coach ITU Level 1 coaches will be able to deliver triathlon sessions to groups of triathletes without supervision.

Triathlon Canada may use substitutions to align with the priority selections as per the attached schedules. This substitution may be used in the following cases but is not limited to: 1. To prioritize an athlete with a better World Triathlon Individual Olympic Ranking (for Olympic

The Triathlon Tritanium baseplate is designed to be similar to the Triathlon Primary baseplate . It offers the same profile and insert locking mechanism . The Triathlon Tritanium baseplate features four cruciform pegs . The Triathlon Tritanium baseplate features Stryker’s Tritanium 3D porous metal technology on the

2 itu world triathlon grand final rotterdam itu world triathlon grand final rotterdam 3 Rotterdam is proud being host to the ITU World Triathlon Grand Final, one of the most important triathlon events in the world and a great addition to the list of top sporting events organized here.

The financial obligations required to host Europe Triathlon Sprint Championships Events is: Event Fee Prize Money Europe Triathlon Sprint Triathlon Championships 20,000 40,000 * * 30.000 prize money for the combined Elite/U23 Championships individual Event and 10.000 for the mixed relay

2nd Grade . ELA Priority Standards Grade 2 CCSS PA Core Foundational Skills RF.2.3 CC.1.1.2.D Know and apply grade level phonics and word analysis skills in decoding words. Distinguish long and short vowels when reading regularly spelled one- syllable words. Decode two-syllable words with long vowels and words with common prefixes and suffixes. Read grade level high-frequency .