UNSUR SUPERNATURAL DALAM CERITA TRADISIONAL WAYANG KULIT .

3y ago
254 Views
37 Downloads
549.56 KB
9 Pages
Last View : 9d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Cannon Runnels
Transcription

5656-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, MalaysiaProceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st CenturyeISBN: 978-967-13705-0-6UNSUR SUPERNATURAL DALAM CERITA TRADISIONAL WAYANGKULIT MASYARAKAT MELAYU KELANTANWan Nor Jazmina Wan Ariffin & Ramle AbdullahFakulti Sains Sosial Gunaan, Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia.wannorjazmina@gmail.comAbstrakKepercayaan masyarakat Melayu tradisional banyak bersandarkan kepada elemen kuasasupernatural yang mana kuasa ini mengawal dan menguasai alam sekeliling (Winstedt1981). Mengikut sejarah, masyarakat Melayu melalui beberapa fasa perubahan yangmempengaruhi sistem kepercayaan mereka bermula dengan kepercayaan Animisme,Buddhisme, Hinduisme dan Islam. Mohd Taib Osman (1981) menggariskan beberapa bentukkepercayaan dalam kalangan masyarakat Melayu yang terdiri daripada kepercayaan kepadaAllah dan Rasulullah SAW, kitab al-Quran, elemen-elemen magis dan kuasa supernatural.Kepercayaan ini dimanifestasikan secara jelas dalam beberapa persembahan keseniankebudayaan termasuklah wayang kulit yang terkenal di negeri Kelantan. Oleh itu, kertaskerja ini bertujuan untuk menghuraikan perincian mengenai kepercayaan terhadap wujudnyakuasa supernatural melalui cerita-cerita tradisional yang dipersembahkan dalam wayang kulitKelantan. Dalam sasaran ini, penyelidik menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitutemu bual, pemerhatian ikut serta, analisis dokumen. Kajian yang dijalankan di Pasir MasKelantan mendapati masyarakat Melayu mempunyai persepsi yang tersendiri mengenaielemen supernatural dalam kehidupan seharian mereka khususnya dalam persembahanwayang kulit. Kepercayaan dan pengenalan tentang elemen tersebut dalam pemikiranmasyarakat Melayu seperti roh orang mati, hantu, dewa dan semangat jin terpancar dalamcerita-cerita tradisional wayang kulit. Ternyata, kepercayaan tentang kuasa supernaturalmasih wujud dalam pemikiran masyarakat Melayu dan boleh dilihat dalam aktiviti senikebudayaan yang masih diadakan sehingga ke hari ini.Kata Kunci: Kebudayaan Melayu, Kepercayaan, Melayu Tradisional, Supernatural, Wayangkulit.1.PENGENALANKebudayaan dan masyarakat memiliki perkaitan antara satu sama lain.Masyarakat hidup dengan budaya yang mereka sepakati bersama. Oleh itu, budayaakan mencerminkan siapa dan bagaimana masyarakatnya. Melalui budaya juga,pemikiran dan kepercayaan yang dipegang oleh sesebuah masyarakat boleh dikenalpasti. Pemikiran dan kepercayaan merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkandan terbahagi kepada tiga iaitu pemikiran tentang diri, alam dan ketuhanan (HaronDaud 1996; Ezhar Tamam 2001). Ia amat berkait rapat dengan sejarah pertumbuhandan perkembangan tamadun masyarakat Melayu yang telah menyaksikan pelbagaipengaruh luar yang meresap masuk ke dalam budaya masyarakat Melayu.Animisme, Hindu-Buddha dan agama Islam memberi pengaruh yang besar dalamperkembangan budaya terutama dalam konteks kepercayaan masyarakat Melayu.Tamadun Melayu yang bermula dalam bentuk animisme (Mohd GhouseNasuruddin 1993) telahpun berkembang menjadi sebuah zaman yang gemilang.Namun begitu, terdapat beberapa unsur animisme yang masih menjadi kepercayaan

5666-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, MalaysiaProceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st CenturyeISBN: 978-967-13705-0-6segelintir masyarakat Melayu. Kepercayaan tentang adanya satu kuasa yang luarbiasa ataupun lebih dikenali sebagai supernatural masih wujud dalam mindamasyarakat Melayu dan telah dijelmakan dalam seni persembahan kebudayaanMelayu. Wayang kulit yang merupakan salah satu seni kebudayaan warisan jugamemiliki unsur-unsur supernatural dalam persembahannya. Walaupun kinipementasan seni wayang kulit turut mengalami perubahan kesan daripada aruskemodenan, elemen tradisional pada penceritaan yang dibawa oleh Tok Dalangmasih lagi dikekalkan dan diwarisi oleh generasi muda terutama yang bergiat dalamkesenian tradisional ini.2.SKOP DAN METODOLOGI KAJIANKertas kerja ini mensasarkan cerita-cerita tradisional wayang kulit yangdipersembahkan di negeri Kelantan. Dalam proses mengumpul data, pengkaji telahmengikuti dua kumpulan wayang kulit yang bergiat aktif iaitu kumpulan Suara Emasdan kumpulan Sri Campuran. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, terdapatsebelas kumpulan wayang kulit yang berdaftar dengan Jabatan Kebudayaan NegeriKelantan. Namun hanya dua kumpulan yang paling aktif mengadakan persembahandipilih sebagai kumpulan utama dalam kajian ini. Kumpulan Suara Emas dari daerahBachok diketuai oleh Nik Mat Ludin atau Pok Nik manakala kumpulan kedua adalahkumpulan Sri Campuran yang berasal dari daerah Pasir Mas yang diketuai oleh tokdalang berbangsa cina iaitu Eyo Hock Seng atau lebih dikenali sebagai Pak Cu olehpenduduk tempatan.Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif yang melibatkantiga teknik utama iaitu pemerhatian ikut serta, temubual dan kajian dokumen. Dalamusaha mendekati sesuatu budaya memerlukan penyelidik berada dalam duniamasyarakat yang mengamalkan budaya tersebut. Pemerhatian ikut serta dantemubual melalui kerja lapangan adalah cara yang efektif bagi memperolehimaklumat deskriptif daripada responden menerusi penelitian, penilaian dan rumusanmengenai fenomena kajian (Wan Salihin Wong Abdullah & Mohd Shaladin Muda2004). Oleh itu, kaedah kualitatif dilihat amat bertepatan dengan objektif kertas kerjayang dilakukan. Selain daripada pemerhatian ikut serta, teknik pemerhatian banyakdigunakan oleh penyelidik sepanjang kajian dijalankan. Teknik pemerhatianmempunyai kelebihan yang tersendiri dari segi kemampuan untuk mendapatmaklumat yang tepat. Melalui pemerhatian, maklumat yang diperolehi adalahdaripada pengalaman terus yang dialami penyelidik serta mampu memperolehimaklumat-maklumat yang di luar jangkaan.Pengkaji telah mengikuti beberapa persembahan wayang kulit yang dimainkan.Dalam setiap persembahan, perkara yang menjadi tumpuan adalah cerita yangdisampaikan dalam persembahan tersebut. Pada peringkat awal pemerhatian,penyelidik akan membuat penilaian sendiri tentang apa yang dilihat. Setelahdijalankan temubual, barulah penilaian sebenar akan diperolehi.Temubual merupakan salah satu kaedah utama dalam menjalankan penyelidikanberbentuk kualitatif. A conversation with a purpose atau temubual merupakan satuteknik penting bagi mengutip data kualitatif (Marohaini Yusuff 2004). Kaedahtemubual dapat menghasilkan makumat yang lebih tepat daripada maklumat yangdidapati daripada kaedah-kaedah pengumpulan data yang lain (Rohana Yusuf 2004).Temubual dalam kajian ini tertumpu kepada individu penting dalam persembahaniaitu Tok Dalang serta beberapa individu lain yang berkait secara langsung atau tidak

5676-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, MalaysiaProceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st CenturyeISBN: 978-967-13705-0-6langsung. Bagi kajian ini, maklumat daripada Tok Dalang adalah amat pentingkerana Tok Dalang yang mengetahui dengan mendalam mengenai cerita yangdisampaikan olehnya apabila melakukan persembahan lantas membantu penyelidikdalam menganalisis data kajian.Metodologi ketiga yang digunakan ialah kajian dokumen. Kajian dokumen jugamerupakan salah satu kaedah yang berfungsi untuk menambah maklumat danmenyokong dapatan data yang telah diperolehi sepanjang kajian dijalankan.Perbincangan mengenai isu-isu yang dicetuskan dalam kertas kerja ini banyakdibincangkan dalam kajian-kajian yang lepas. Oleh itu bahan-bahan seperti buku,artikel, tesis, laporan kajian dan jurnal telah dijadikan sebagai rujukan yang bagimenyokong dan mengukuhkan hasil kajian yang diperolehi.3.WAYANG KULITWayang kulit adalah satu hiburan luar yang telah diserap masuk ke dalambudaya Melayu. Menurut J.M Gullick (1987) terdapat dua kategori wayang yangdimainkan iaitu wayang Siam dan wayang Jawa. Wayang Siam dimainkan diKelantan, Kedah dan sebahagian tempat di Terengganu. Manakala wayang Jawalebih dimainkan di sebelah Barat Semenanjung. Pada asalnya wayang kulit bukanlahdipersembahkan sebagai hiburan tetapi lebih kepada unsur pemujaan danperubatan. Namun kini Tok Dalang kebiasaannya dijemput untuk membuatpersembahan bagi tujuan-tujuan tertentu yang bertujuan menghiburkan tetamu ataupenonton. Sebagai contoh, dalam sesebuah majlis seperti perkahwinan dan keraianlain, penduduk kampung akan menjemput Tok Dalang untuk mengadakanpersembahan wayang kulit.Permainan wayang kulit mengalami perubahan bentuk dan juga isi setelahdipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu. Cerita-cerita yang dimainkan oleh Tok Dalangadalah bersumberkan kepada epik Ramayana dan Mahabrata (Abdul Rahman HajiAbdullah, 2006). Menelusuri sejarah wayang kulit akan membawa bersama sejarahperkembangan drama dan teater Melayu. Pada peringkat awal, drama Melayumempunyai pertalian yang erat dengan perlakuan dan tatacara keagamaan yangbersifat spiritual (Said Halim Said Nong 1988). Pementasan drama atau teaterMelayu ini bukan bertujuan memberi hiburan tetapi lebih kepada tujuan spiritualseperti untuk menenangkan roh-roh nenek moyang yang telah meninggal dunia.Ketika ini, kepercayaan terhadap wujudnya semangat pada setiap benda sehinggamemerlukan kepada pemujaan masih menebal dalam diri masyarakat Melayu. Olehsebab inilah, banyak upacara-upacara spiritual yang dipercayai perlu bagimenghubungkan antara dunia nyata dan alam ghaib yang dikenali sebagai upacaramagico ritual.Wayang kulit adalah salah satu budaya yang mempamerkan pengaruh Hinduyang menyerap pemikiran masyarakat Melayu sekitar kurun ke-4 Masihi. Ketika inikesusasteraan dipenuhi dengan falsafah-falsafah sengsara, moksha, dewa-dewadan dewi-dewi yang menyebabkan cerita-cerita yang terhasil dipenuhi unsur-unsuryang tidak munasabah dan tidak logik (Kamaluddin Ab Rahman 2007). Satu ketikadahulu wayang kulit dimainkan bagi memanggil atau berhubung dengan roh-roh yangtelah mati. Ini dibuktikan amalan masyarakat Jawa yang memainkan persembahanwayang kulit bagi tujuan menghubungi roh nenek moyang melalui patung-patungkulitnya. Mereka mempersembahkan cerita wayang kulit sebagai satu percubaanatau usaha untuk memanggil roh-roh untuk mendapatkan bantuan. Begitu juga

5686-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, MalaysiaProceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st CenturyeISBN: 978-967-13705-0-6dengan wayang kulit Murwakala yang digunakan untuk menghalau roh-roh yangmengganggu kanak-kanak yang lemah semangat (Said Halim Said Nong 1988).Lama-kelamaan secara perlahan-lahan ia menjadi kegemaran masyarakat Melayudan akhirnya persembahan yang diadakan sebagai upacara ritual ini menjadipenggerak kepada kegiatan seni masyarakat Melayu.4.UNSUR SUPERNATURAL DALAM KEPERCAYAAN MELAYUKepercayaan merupakan salah satu item kebudayaan yang amat penting dalamsesebuah institusi masyarakat. Terdapat pelbagai bentuk kepercayaan dalammasyarakat Melayu yang telah berkembang dan berubah mengikut arusperkembangan tamadun. Meskipun kini agama Islam menjadi tunggak kepercayaanmasyarakat Melayu, masih terdapat cebisan-cebisan kepercayaan lain yang beradadalam pemikiran masyarakat Melayu. Dalam sesetengah aspek, masyarakat melayumasih mempercayai akan wujudnya satu bentuk kekuatan ghaib yang tidakmempunyai peribadi tetapi memainkan peranan yang penting dalam kehidupanmanusia (Mohd Pozi Hj Masurori 2004). Oleh kerana sifat semulajadi manusia yangingin tahu tentang alam sekeliling dan percubaan untuk menjelaskan fenomenafenomena yang berlaku menyebabkan timbulnya andaian yang berunsurkansupernatural dalam kehidupan seharian. Apabila manusia tidak dapat menjelaskankenapa terjadinya hujan, panas, ribut, gempa bumi dan seumpamanya, mereka mulaberfikir bahawa wujudnya satu unsur kuasa luar biasa yang menguasai alamsekeliling (Mohd Pozi Hj Masurori 2004).Supernatural sering dikaitkan dengan tingkahlaku kejadian luar biasa ataupunsesuatu yang memiliki kuasa luar biasa (Maurice N.Richter 1987; Joseph Julian1966). Ia merupakan satu kuasa atau entiti yang tidak boleh dilangkaui olehkeupayaan manusia biasa. Dalam masyarakat Melayu, kepercayaan tentangwujudnya kuasa supernatural ini merupakan sebahagian daripada kepercayaananimisme yang menjadi pegangan masyarakat Melayu satu ketika dahulu (MohdKoharuddin Mohd Balwi 2005). Ia sering dikaitkan dengan adanya roh orang mati,semangat, makhluk alam ghaib yang dipercayai mempunyai kuasa yang luar biasa,membatasi keupayaan manusia. Kemudian kedatangan pengaruh Hindu-Buddhadalam perkembangan budaya masyarakat Melayu turut membawa elemen-elemensupernatural ini dalam kehidupan seharian. Pengaruh Hindu-Buddha telahmenjadikan institusi raja dan golongan pembesar dikaitkan dengan unsur-unsursupernatural. Sosiopolitik masyarakat Melayu ketika era pengaruh Hindu-Buddhamenyaksikan Raja dalam masyarakat Melayu diletakkan di kedudukan yang teratas.Konsep Devaraja yang menganggap pemerintah sebagai tuhan di duniamenyebabkan raja diletakkan di kedudukan paling atas dalam stratifikasi masyarakatMelayu tradisional. Mereka dianggap pemerintah suci yang mempunyai sifat sucidiraja (Ishak Saat 2006; S. Singaravellu 1993) dan turut mempunyai kuasa-kuasasupernatural kerana mereka dianggap jelmaan dewa di muka bumi.5.UNSUR SUPERNATURAL DALAM CERITA WAYANG KULITPersembahan wayang kulit membentangkan cerita-cerita epik Ramayana danMahabrata serta bercantum dengan budaya setempat untuk membentuk satupersembahan yang asas (S.Singaravelu 1993). Epik Ramayana telah menjadisebahagian daripada kesusasteraan Melayu apabila manjadi saduran kepadaHikayat Seri Rama yang turut menjadi nadi kepada cerita-cerita wayang kulit. Cerita

5696-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, MalaysiaProceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st CenturyeISBN: 978-967-13705-0-6wayang kulit boleh dipecahkan kepada dua kategori iaitu cerita moden dan jugacerita tradisional. Cerita moden berpandukan kepada tema yang dikehendaki olehpenganjur persembahan. Kebiasaannya cerita-cerita moden ini tidak dipengaruhijalan cerita daripada Hikayat Seri Rama dan membawa genre komedi namun masihmengekalkan status watak-watak dalam wayang kulit. Berbeza pula dengan ceritatradisional yang banyak bersumberkan Hikayat Seri Rama. Cerita-cerita tradisionaldalam wayang kulit adalah sesuatu yang dipelajari dan diwarisi oleh Tok Dalang. TokDalang begitu mengenali dan faham tentang sejarah setiap watak dan perwatakandalam plot cerita wayang kulit.Watak-watak dalam cerita tradisional merupakan ilham daripada Hikayat SeriRama. Raja Seri Rama, Laksamana, Siti Dewi, Hanuman, Maharaja Rawana,merupakan watak utama dan diinspirasi daripada hikayat tersebut. Merekadikategorikan sebagai watak kelas atasan yang tinggal di istana. Setiap satudaripada mereka mempunyai ciri-ciri luar biasa dan kesaktian yang hebat. Watakwatak kelas bawahan pula adalah seperti Pak Dogol, Wak Long, Samad dan Saidmerupakan ilham daripada kebudayaan setempat. Watak mereka lebih berperanansebagai unsur humor dalam cerita. Namun, watak Pak Dogol dan Wak Long jugamempunyai asal usul yang mempunyai ciri supernatural dan dalam sesetengahcerita, mereka turut mempunyai kuasa sakti seperti watak-watak kelas atasan.6.WATAK-WATAK UTAMASeri Rama, Laksamana, Siti Dewi, dan Hanuman merupakan watak-watakpenting dan sentiasa ada dalam cerita wayang kulit. Seri Rama atau Raja Seri Ramaakan memegang watak utama dalam setiap cerita yang dipersembahkan. Watak inimerupakan anak kepada Sirat Maharaja yang menguasai seluruh Tanah Jawa dandiberi kuasa untuk menjaga negeri Kuala Dua. Seri Rama mempunyai seorang adikbernama Raja Muda Laksamana, dan dua orang anak iaitu Hanuman dan RadenLakjuna. Sebagai watak yang utama, Seri Rama digambarkan sebagai seorang rajayang gagah, handal tetapi mempunyai sifat yang garang. Seri Rama mempunyaikehandalan yang luar biasa. Watak Seri Rama itu sendiri dipenuhi dengankehandalan dan kesaktian yang melangkaui batas keupayaan manusia.Digambarkan bahawa Seri Rama mempunyai kekuatan sehingga boleh bertarungdengan naga, serta roh-roh jahat. Menurut Tok Dalang, patung Seri Rama hanyaboleh digunakan untuk watak Seri Rama sahaja. Jika ingin menukar watak sekalipun,patung Seri Rama hanya boleh memegang watak raja kerana dalam Wayang kulit,watak Seri Rama dan patungnya mempunyai nilai yang tinggi.Raja Seri Rama mempunyai isteri yang bernama Siti Dewi. Mengikut sejarahyang dipercayai oleh Tok Dalang, Siti Dewi atau Puteri Sita Dewi dipercayai anakkepada musuh utama Seri Rama iaitu Botol Maharaja Wana (Maharaja Rawana)dengan Tuan Puteri Mandodari. Tetapi disebabkan sewaktu dalam kandunganibunya, Maharaja Rawana mendapat nasihat ahli nujum supaya membuang anakdalam kandungan ke dalam laut kerana anak ini akan membawa malang kepadanya.Maka sebaik sahaja Siti Dewi dilahirkan, Maharaja Rawana mengurung Siti Dewiyang masih kecil ke dalam peti dan membuangnya ke dalam laut. Setelahdihanyutkan dalam satu tempoh yang lama, peti tersebut dijumpai oleh Tok MurshiKala Mata Api yang tinggal di Wat Tujuh Kerdi Beremas. Tok Murshi merupakanorang yang berilmu tinggi (digelar wali oleh Tok Dalang) dan mempunyai kuasa yang

5706-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, MalaysiaProceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st CenturyeISBN: 978-967-13705-0-6amat hebat. Dia telah membela Siti Dewi sehingga besar dan akhirnya berkahwindengan Raja Seri Rama.Gambar 1: Patung Siti DewiGambar 2: Patung Seri RamaWatak Laksamana merupakan adik kepada Seri Rama. Dari segi ukiran patung,Laksamana tidak banyak bezanya dengan patung Seri Rama. Perbezaan yangketara adalah pada warna patung tersebut. Seri Rama bewarna hijau kebiruanmanakala laksamana bewarna merah coklat (seperti warna kayu). Menurutkepercayaan Tok Dalang, Laksamana bukanlah manusia biasa. Laksamana atauRaja Muda Laksamana diperbuat daripada kayu serai dan ditiupkan semangat danroh oleh Tok Murshi Kala Mata Api yang tinggal di Wat Tujuh Kerdi Beremas yangmepunyai sakti (dianggap wali) dianggap sebagai anak angkat (anak kedua) SiratMaharaja. Laksamana dicipta untuk menemani Seri Rama yang ketika itu merupakananak tunggal kapada Sirat Maharaja. Laksamana juga dikenali sebagai bujanglaksamana kerana tidak boleh berkahwin. Laksamana mempunyai kelebihan darisegi kekuatan dan kebijaksanaan berbanding Seri Rama. Ini dilihat dalam ceritacerita yang dikaji yang menunjukkan Laksamana banyak membantu Seri Ramadalam beberapa pertarungan. Laksamana juga digambarkan sebagai seorang yangtenang dan tidak bertindak mengikut emosi.Watak Hanuman adalah anak kepada Seri Rama dengan Sita Dewi. MenurutTok Dalang, Hanuman adalah manusia yang dizahirkan dalam bentuk seekor kera.Sejarah Hanuman yang dilahirkan dalam rupa paras seekor kera adalah akibatdaripada sumpahan oleh Maharaja Wana yang marahkan Seri Rama kerana berjayamendapatkan Siti Dewi. Apabila Seri Rama boleh melepasi beberapa syarat untukbersama dengan Siti Dewi, Maharaja Wana telah memasang perangkap ditengahtengah jalan dengan mencipta dua kolam air yang salah satunya jernih tetapiberacun, manakala satu lagi keruh tetapi tidak beracun. Laksamana yangmempunyai kebijaksanaan yang luar biasa dapat mengetahui bahawa kolam yangjernih itu telah diracuni oleh Maharaja Wana telah menghalang Seri Rama darimeminum air kolam yang jernih. Seri Rama dan Sita Dewi yang berdegil tetapmeminum air tersebut dan akhirnya terkena sumpahan menjadi kera. Sita Dewi yangmengandungkan Hanuman ketika itu telah melahirkan Hanuman dan kekallah

5716-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, MalaysiaProceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st CenturyeISBN: 978-967-13705-0-6Hanuman dalam berupa kera. Manakala Seri Rama dan Sita Dewi disembuhkan olehLaksamana dan kembali ke bentuk asal.Menurut Tok Dalang lagi, Hanuman tidak tinggal di istana dan b

dalam wayang kulit adalah sesuatu yang dipelajari dan diwarisi oleh Tok Dalang. Tok Dalang begitu mengenali dan faham tentang sejarah setiap watak dan perwatakan dalam plot cerita wayang kulit. Watak-watak dalam cerita tradisional merupakan ilham daripada Hikayat Seri

Related Documents:

Penerapan Komunikasi Bisnis 5 C. Unsur-unsur dan Proses Komunikasi Bisnis 1. Unsur-unsur Komunikasi Untuk menjalin komunikasi, maka kita membutuhkan unsur-unsur di dalam berkomunikasi. Unsur-unsur tersebut adalah: 1) Komunikator (Communicator) Komunikator diartikan sebagai orang yang menyampaikan

(b) cerita bergambar tanpa kata-kata, yakni cerita yang hanya berupa gambar tetapi memiliki urutan kegiatan yang jelas. Cerita bergambar ini tidak memiliki balon dialog dalam bentuk teks tetapi berupa gambar atau bahkan tidak ada sama sekali. 3) Fungsi Cerita Bergambar Cerita bergambar juga merupakan media komunikasi yang kuat.

ditampilkan dalam cerita lewat tokoh-tokohnya (Kenny, dalam Nurgiyantoro, 2000:321). Dalam cerita, melalui sikap, dan tingkah laku para tokohnya diharapkan pembaca dapat mengambil hikmah dari ajaran moral yang disampaikan. Budi Pekerti pada Nilai Moral Individu dalam Cerita Rakyat

PERANCANGAN BUKU ILUSTRASI CERITA RAKYAT BERDIRINYA KOTA PRABUMULIH . Ruwahyudi . 0811771024 . Cergam cerita rakyat ini merupakan suatu cerita legenda yang diangkat dari kisah nyata cerita daerah. Diceritakan 400 tahun yang lalu ada seorang kesatria yang bernama Kriye Budin selaku kepala adat dusun. Dalam kisah

dan jati diri daerah asal cerita itu dalam kebhinekaan Indonesia. Untuk menghidupkan kembali kecintaan mereka terhadap cerita rakyat, maka buku ini hadir dan menyajikan cerita lokal dari Kabupaten Manggarai Barat yang sarat dengan nilai budaya, pesan moral, dan penanaman budi pekerti pada anak-anak. Cerita MULA DESA GOLO NGGELANG ASAL yang

PEDOMAN CARA PEMBUA TAN OBAT TRADISIONAL YANG BAlK i. PENDAHULVAN 1.1. Latar 8elakang Obat tradisional merupakan produk yang dibuat dari bahan alam yang jenis dan . selumh aspek pembuatan obat tradisional dalam industri obat tradisional tersebut selalu mel11enulu CPO'lH.

Lompat jauh terdiri dari beberapa unsur, diantaranya ; awalan, tumpuan, melayang, dan mendarat. Keempat unsur merupakan suatu kesatuan yaitu unsur gerakan lompat yang tidak putus (Djumidar A. Widya, 2004). Seorang pelompat jauh yang baik dapat melakukan unsur-unsur gerakan dasar dalam

PK-2 Next Generation ELA Standards at a Glance . PK-2 Reading Standards (Literary and Informational Text) Review the . PK, K, 1. st, and 2 nd grade ELA introductions for information regarding: guidance and support, range of student reading experiences, text complexity, English language learners/multilingual learners, and students with disabilities. Key Ideas and Details PK K 1 2 PKR1 .