AMANAT TAHUN BAHARU 2013

3y ago
34 Views
3 Downloads
4.24 MB
39 Pages
Last View : 1m ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Laura Ramon
Transcription

AMANAT TAHUN BAHARU 2013YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDINMENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIABERTEMPAT DI DEWAN PLENARIPUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC)JAM 9.00 PAGI, SELASA, 29 JANUARI 2013.“PENGAJIAN TINGGI PEMACU DAYA SAING MALAYSIA”1.Pertamanya, sukalah saya menzahirkan rasa penuh kesyukurankehadrat Allah SWT kerana dengan limpah, kurnia dan izin-Nya, makadapat kita bersama di majlis Amanat Tahun Baharu 2013 pagi ini.Amanat tahun baharu ini telah menjadi satu acara tahunan kementeriandi mana kita berpeluang bukan sahaja menghimpunkan satu membangunkan sektor pengajian tinggi negara, tetapi membolehkankita mendapat gambaran hala tuju sektor ini bagi tahun 2013 yangsewajarnya menjadi panduan dan rujukan oleh semua pihak. Padamasa yang sama, peluang ini diharap dapat menjelaskan kepadamasyarakat dan semua pemegang taruh, apakah perancanganperkembangan haluan sektor pengajian tinggi negara khususnya dalamPage 1

pendpatan tinggi menjelang tahun 2020.2.Amanat saya pada tahun ini akan memberikan tumpuan kepadasumbangan pengajian tinggi dalam memacu daya saing Malaysia. Halini penting kerana pengajian tinggi bertujuan bukan sahaja memenuhituntutan dan kepentingan dalaman negara semata-mata, tetapimenentukan apakah Malaysia mampu mengekalkan daya saingnyadalam pentas global. Saya percaya, daya saing Malaysia dankelestariannya amat bergantung kepada sejauhmanakah negaramenjayakan kemampuannya menggerakkan ekonomi inInstitusiPengajian Tinggi yang berkualiti, membangunkan mahasiswa IPTsebagai bakat negara dan mengoptimakan peranan pengajiantinggi di peringkat global. Dan inilah asas dalam peranan sektorpengajian tinggi yang akan menentukan daya saing Malaysia masakini dan akan datang.3.Seperti kita sedia maklum, cabaran dan perubahan lanskappengajian tinggi amatlah dinamik dan perlu ditangani dengan bijaksana.Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita melihat timbulnyakeprihatinan yang lebih tinggi orang ramai akan kepentingan pengajiantinggi untuk pengukuhan ekonomi, pengembangan sosio-budaya danPage 2

pembangunan masa depan masyarakat, yang pada asasnya bermuladari penguasaan ilmu seseorang individu. Dalam era perkembanganilmu yang pesat, penghasilan inovasi serta tahap interaksi padaperingkat global yang tinggi, kita perlu memikirkan bagaimana sistempengajian tinggi dapat meningkatkan kapasiti rakyat negara ini, agarmenjadi modal insan yang dapat menyumbang kepada pembangunannegara sekaligus memantapkan tahap persaingan global Malaysia.4.Lebih penting, fungsi baharu institusi pengajian tinggi dalammerakyatkan ilmu memerlukan perubahan paradigma yang akanmemberi kesan kepada cara kita berfikir, mengatur strategi danberoperasi. Justeru itu, fungsi baharu ini juga perlu diintegrasikandengan fungsi asas pengajian tinggi iaitu pencarian ilmu danmeningkatkan tahap intelek rakyat serta juga perlu mengambil kira akantransformasi dasar pendidikan pada peringkat pra-sekolah dan sekolahserta dasar-dasar lain yang berkaitan. Kesemua cabaran inimendorong kementerian untuk menilai semula pelan, polisi erelevanan teras utama dan Indeks Prestasi Utama (KPI) dalamPelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).5.Sehubungan dengan itu, suka saya maklumkan bahawaPSPTN yang dilancarkan pada tahun 2007 akan dikaji semula. IniPage 3

bertujuan menambahbaik dan menyusun mengikut keperluansemasa dan akan datang melalui inisiatif baharu yang berimpaktinggi, keberhasilan yang lebih jelas, berupaya dilaksanakansecara bijaksana sehingga mampu melonjakkan lagi pengajiantinggi negara ke tahap kegemilangan. Kajian PSPTN ini akanbermula bulan ini dan dijangka selesai bulan September akandatang dan hasil kajian boleh dilaksanakan mulai tahun 2014.Insya Allah.Tuan-tuan dan Puan-puan,PERTAMA: MEREKAYASA PERANAN INSTITUSI PENGAJIANTINGGI6.Apabila masyarakat menyatakan 'Universiti sebagai GedungIlmu', ia mempunyai pengertian yang mendalam. Universiti bukansekadar pusat pengajian tinggi atau menara gading, tetapi adalahinstitusi pencinta ilmu atau menara ilmu, tempat di manapengetahuan dikumpul dan yang baharu diterokai, lbagaiDibidangberkumpul dan sentiasa mengabdikan diri kepada ilmu dan merekamenjadikan ilmu sebagai pegangan untuk membawa masyarakatnyamaju ke hadapan.Page 4

7.Negara tidak mampu menampung Institusi Pengajian Tinggi (IPT)yang tidak relevan. Sehubungan dengan itu, IPT perlu berganjakdaripada paradigma menara gading ke menara ilmu. Universititempatan mesti melakukan perubahan atau transformasi sesuai denganperedaran zaman dan kehendak semasa agar tidak terkebelakang danterperangkap dalam corak pemikiran yang sama dan kaku. Bagimencapai tujuan ini, IPT perlu keluar daripada tradisi lama yang hanyamemberi perhatian kepada pengajaran dan penyelidikan dengan jugamemberi penekanan kepada kepentingan Polisi Awam selari denganperanan ketiganya iaitu perkhidmatan untuk masyarakat. Pendekatanyang memperlihatkan peralihan set minda dari ‘ilmu untuk ilmu’ kepada‘ilmu untuk masyarakat dan negara’ ini akan membawa banyak manfaatkhususnya menyokong usaha IPT dalam mentransformasikan komuniti.8.Dalam hal ini, setiap universiti diminta untuk mewujudkan ommunityTransformation Centre (UCTCs) berasaskan nic masing-masingdengan menggerakkan sumber intelektual dan infrastruktur fizikaluniversitiuntuk mentransformasikankomuniti. Pendekatan yangmenggunakan strategi Lautan Biru ini akan mengoptimakan kewujudanIPTA dan prasarananya dalam pembangunan komuniti yang inovatif. Inidapat dilakukan dengan menghubungkan tenaga akademik danmahasiswa dengan komuniti dalam konteks mewujudkan kursus-Page 5

kursus praktikal yang boleh menangani persoalan komunitisetempat, mempromosi keusahawanan, menghubungkan UCTCdengan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan PusatTransformasi Bandar (UTC), membenarkan penggunaan prasaranauniversiti oleh komuniti dan penyelidikan pembelajaran sepanjanghayat. Ini akan menjadikan program jalinan atau libatsamakomuniti semakin tersusun, kukuh dan memberi impak yang lebihbesar.9.Kementerian mahu menilai setiap program jalinan ataulibatsama komuniti berupaya memberi impak dan mempunyai nilaikeberhasilan yang tinggi dalam mentransformasikan komuniti.Oleh itu, penilaian perlu dibuat ke atas setiap program jalinan ataulibatsama komuniti tersebut. Dalam hal ini, kementerian telahmengambil inisiatif membangunkan Guide to Assessing APEXSpecial Project-Community Engagement untuk menilai programjalinan dan libatsama komuniti dalam empat aspek iaitu perancangan,proses, keberhasilan dan impak. Kementerian akan menggunakaninstrumen yang mula dilaksanakan di Universiti Sains Malaysia (USM)ini pada semua IPT yang lain bagi mengukur program libatsamakomuniti mereka.Page 6

Tuan-tuan dan Puan-puan,KEDUA: MENJANA EKONOMI BERINOVASI10.Malaysia yang maju dan berpendapatan tinggi bergantungkepada usaha menjana ekonomi yang berinovasi. Sebagai hab inovasinegara, IPT mempunyai peranan penting dalam menjana pendapatandan pertumbuhan ekonomi negara melalui aktiviti penyelidikan,pembangunan dan pengkomersilan dengan menghasilkan paten,penerbitan berimpak tinggi dan mengeluarkan graduan pascasiswazah.Kita harus melangkah kehadapan menentukan idea-idea baharu dandinamik yang dapat memperkukuhkan lagi rantaian penyelidikankhususnya dalam aspek sisemuainstitusipengajian tinggi perlulah diperkemaskan lagi. Ini dapat dilakukanantaranya dengan menggalakkan penggabungan harta intelek darisemua IPT bagi menghasilkan produk baharu atau produk nilai tambah.Oleh itu, kementerian sedang menimbang untuk menyediakan platformberpusat dengan membentuk bank harta intelek IPT. Semua hartaintelek yang dihasilkan oleh IPT Malaysia perlu didaftar dalam bank kpenyebaran dan perkongsian maklumat tentang harta intelek yang andPage 7

Connection Bank" (I2C Bank) ini akan dikendalikan secara profesionaldalam memperkukuhkan usaha mengalirkan hasil intelek berpotensi kepasaran global.12.Bagi memperkukuhkan lagi sumbangan universiti penyelidikan,kementerian menyarankan agar kelima-lima universiti ganResearchUniversity Network (MRUN) yang akan dipengerusikan secarabergilir antara mereka. Jaringan ini akan berperanan sebagai sinergikepada kegiatan penyelidikan dalam mengoptimumkan penggunaankepakaran dan sumber, menonjolkan MRUN sebagai satu jaringanyang mantap di peringkat kebangsaan, serantau dan tipenyelidikan,pembangunan, pengkomersilan dan keusahawanan (RDCE) danmembimbing dan bekerjasama secara kolektif dengan IPT lain dalamdan luar negara, dan dengan industri dalam usaha memupuk danmeningkatkan budaya penyelidikan.13.Langkah menubuhkan Aeropsace Malaysia Innovation iyangmemperlihatkan kerjasama dalam bidang aerospace antara IPT diketuaioleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan penyertaan UniversitiPage 8

Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Teknikal MalaysiaMelaka (UteM), industri teknologi tinggi seperti Composites TechnologyResearch Malaysia (CTRM) dan Malaysian Industry-Government Groupfor High Technology (MIGHT) bersama syarikat teknologi tinggiantarabangsa seperti European Aeronautic Defence and SpaceCompany (AEDS) dan Rolls Royce. Saya percaya, jaringan MRUNakan membolehkan tumpuan diberikan kepada bidang-bidang utamapenyelidikan negara yang lain juga.14.IPT mempunyai banyak makmal penyelidikan dalam nic yangsama. Contohnya, nic Nanoteknologi mempunyai 16 buah makmal,Bioteknologi 41 buah makmal dan Automatif 84 buah makmal di seluruhnegara. Kerjasama makmal penyelidikan merentasi IPT bersamaindustri adalah perlu jika kita ingin melihat keberhasilan yang berimpaktinggi. Sehubungan dengan itu, kementerian ingin memperkenalkanprogram Central Lab Management (CLM) atau Makmal PengurusanBerpusat dengan peruntukan sebanyak 80 juta ringgit. Program kmalpenyelidikan IPT bersama industri ke arah memajukan nic strategikyang dikenalpasti seperti Nanoteknologi, Bioteknologi dan Automatifsekaligus membantu kemajuan industri negara khususnya Industri Kecildan Sederhana (IKS). Kerjasama ini besar ertinya apabila ia bukanPage 9

sahaja mempereratkan hubungan antara makmal IPT dan industri,tetapi turut membangunkan teknologi tempatan pada masa yang sama.15.Beberapa tahun terakhir ini, saya telah meminta supaya semuaUniversiti Komprehensif mencari nic penyelidikan dan inovasi masingmasing sehingga menjadi Universiti Komperhensif Berfokus yang unikdan mempunyai kekuatan tersendiri. Saya gembira melihat telahmuncul beberapa Universiti Komperhensif Berfokus seperti yangberfokuskan pengurusan, pendidikan, keusahawanan, pertahanan dankeselamatan, sains kelautan dan sains Islam. Kini telah tiba masanyakita memberikan tanggungjawab dan kepercayaan kepada UniversitiKomperhensif Berfokus untuk menentukan hala tuju, strategi danpengurusan Penyelidikan dan Inovasi mereka supaya lebih berkesandan berimpak tinggi. Kementerian akan menyalurkan terus danapenyelidikan dan inovasi kepada universiti ini berasaskan perancanganjangka sederhana (lima tahun) dan keperluan dana penyelidikan secaratahunan. Sehubungan dengan itu mulai tahun ini, dana khaspenyelidikan sebanyak sepuluh juta ringgit disediakan ifBerfokus membangunkan bidang tujahan mereka.16.Selain itu, bagi meningkatkan lagi kecemerlangan penyelidikan diIPT, satu sistem pengurusan geran-geran penyelidikan secaraPage 10

online akan diperkenal dan dilancarkan hari ini. Sistem yangdilengkapi dengan ciri-ciri laman sosial serta akses kepada bahanbahan penyelidikan melalui Portal Penyelidikan MyGRANTs akan dapatmembantu penyelidik dalam kerja-kerja penyelidikan dengan lebihmudah. Lebih penting, dengan adanya sistem MyGRANTs ini,kolaborasi antara penyelidik dari pelbagai IPT juga akan khasilpenyelidikan juga akan dapat diakses oleh pihak industri untuk prosespengkomersialan. Ia juga dilengkapi dengan keupayaan untuk membuatanalisis kepada data-data penyelidikan bagi membantu pengurusanatasan membuat pemantauan dan keputusan dasar.17.Kejayaan dalam menjana ekonomi berinovasi turut bergantungkepada jumlah graduan pascasiswazah yang dianggap sebagai modalinsan berpengetahuan tinggi. Berdasarkan rekod kementerian padatahun 2012, jumlah enrolmen pascasiswazah di Institusi PengajianTinggi Awam (IPTA) adalah seramai 79,633 orang manakala 20,267orang di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).Ini bermaknaterdapat jurang yang besar antara IPTA dan IPTS. Justeru itu, sayaberharap IPTS khususnya dapat memperkukuhkan lagi programpengajian pascasiswazah mereka dan menambah jumlah pelajar diperingkat tersebut.Page 11

asiswazah perlulah lebih jelas dan tersusun. Sistem sokonganpengurusan pengajian ini mestilah diperkemaskan agar lebihcekap khususnya di universiti baharu. Selain itu, konsep kontinumprogram pra dan pascasiswazah juga boleh diperkenalkan. Inibermakna, pelajar-pelajar prasiswazah yang cemerlang bolehdiserap terus ke program pascasiswazah dengan dan pascasiswazah.19.Selain itu, kementerian juga akan melaksanakan pelaksanaanaudit program pascasiswazah di IPTA. Audit ini mempunyai beberapatujuan iaitu pertama, memastikan kelayakan Sarjana dan DoktorFalsafah dari IPTA yang telah diluluskan dan dianugerahkan sebelumpenubuhan Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian QualificationsAgency, MQA) pada 1 November 2007, diakreditasikan oleh MQAseperti mana program yang ditawarkan oleh Institusi Pengajian TinggiSwasta (IPTS). Kedua, membolehkan semua kelayakan Sarjana danDoktor Falsafah dari IPTA diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) dan disenaraikan di dalam Daftar Kelayakan Malaysia (MalaysianQualifications Register [MQR]). Ketiga, menyemak dan menilai amalan,dasar dan pencapaian pengendalian program pascaijazah semasaIPTA, menanda aras (benchmark) standard dan kualiti pengendalianPage 12

program pascasiswazah IPTA dengan amalan terbaik universitiuniversiti terkemuka di luar negara. Dan keempat, melaksanakananalisis jurang (gap analysis) dan analisis masalah. Lawatan AuditProgram Pascasiswazah IPTA ini dijangka bermula pada awal tahun2013.Tuan-tuan dan Puan-puan,KETIGA: KUALITI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI20.Kualiti adalah jantung kepada kecemerlangan dan kewibawaanInstitusi Pengajian Tinggi. Agenda memperkukuhkan kualiti IPT dalamsemua aspek meliputi pengurusan institusi, program akademik danpenyelidikan, tenaga akademik, pelajar baharu dan graduan yangdihasilkan akan dipergiatkan. Saya percaya IPT sentiasa memberiperhatian utama kepada soal kualiti dan tidak hanya memberikantumpuan kepada aspek kuantiti sahaja.21.Hasil daripada pelbagai usaha dan inisiatif yang dilaksanakanoleh pihak kerajaan dalam meningkatkan aksesibiliti dan ekuitipengajian tinggi, jumlah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) diMalaysia telah berkembang secara dinamik. Sehingga 30 Novembertahun lalu, terdapat 37 buah Universiti Swasta; 20 buah KolejUniversiti Swasta, tujuh buah Kampus Cawangan Universiti LuarPage 13

Negara. Pada masa ini juga, negara mempunyai 414 buah KolejSwasta yang aktif menawarkan sijil dan diploma dalam pelbagaibidang. Namun demikian, dalam keghairahan untuk meningkatkankadar aksesibiliti dan mengurus kepesatan perkembangan sektorpengajian tinggi negara, usaha-usaha pemerkasaan dan peningkatankeupayaan serta kualiti IPTS sedia ada perlu dilaksanakan secaraberkesan dan garatelahmencukupi untuk menampung permintaan pengajian tinggi sama adadari dalam dan luar negara. Walaupun permohonan ke IPT masihtinggi, terdapat tanda-tanda menunjukkan bahawa IPT mengeluarkangraduan melebihi kehendak pasaran. Oleh itu, bilangan IPTS yangditubuhkan pada ketika ini wajar dikawal untuk memberi fokus kepadausaha memantapkan kualiti dan kelestarian IPT.23.Dengan ini sukalah saya mengumumkan MORATORIUM(pembekuan) ke atas penubuhan IPTS baharu berstatus universiti,kolej universiti, dan kolej yang akan dilaksanakan bagi tempoh duatahun bermula 1 Februari 2013. Walau bagaimanapun, pengecualianmoratorium diberikan kepada permohonan IPTS yang sedangdiproses, IPTS sedia ada yang mohon dinaiktaraf, kampusPage 14

cawangan luar negara yang mempunyai ranking terbaik dunia dandibina dalam hab pendidikan.24.Selaras dengan perkembangan sektor pengajian tinggi negarayang dinamik khususnya pengajian tinggi swasta pada hari ini,kementerian perlu lebih terbuka dalam menyemak semula semuaperaturan dan garis panduan semasa agar lebih bersifat holistik.Perkara ini adalah bagi menyokong kepada pelaksanaan dasarliberalisasi pengajian tinggi yang bakal menjadikan sektor pengajiantinggi di Malaysia lebih berdaya saing dan kualitinya setanding dengannegara maju yang lain. Sehubungan dengan itu, inisiatif semakansemula terhadap peraturan-peraturan dan garis panduan di bawahAkta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] adipengerusikan oleh Prof. Dato’ Dr. Hassan Said, Naib CanselorTaylor University. Jawatankuasa ini akan bermula bulan Februaridan dijangka inisiatif semakan semula ini dapat diselesaikan padatahun ini akanmemperkenalkan semakan kelestarian terhadap 10 buah IPTS setiaptahun. Pemilihan IPTS yang disemak kelestariannya akan dibuatberdasarkan aduan-aduan yang diterima oleh orang ramai mengenaiperkhidmatan dan prestasi IPTS tersebut atau pemilihan yang dibuatPage 15

secara rambang. Langkah ini bertujuan mengenalpasti IPTS-IPTS yangmempunyai risiko dan memberi peluang kepada mereka langkahpenambahbaikan.26.Pada tahun lalu, lima buah universiti penyelidikan telahdianugerahkan autonomi dalam empat bidang iaitu Governan Institusi,Kewangan dan Penjanaan Kekayaan, Pengurusan Sumber Manusiadan Pengurusan Akademik serta Kemasukan Pelajar. Pada tahun ini,selepas selesai proses audit menggunakan instrumen Code ofUniversity Good Governance (CUGG) dan University GoodGovernance Index (UGGI), saya ingin mengumumkan dua omi.Universiti-universiti tersebut adalah Universiti Islam Antarabangsa(UIA) dan Universiti Utara Malaysia (UUM). Tahniah saya melaksanakan tanggungjawab baharu selaras dengan penurunankuasa kepada mereka demi kecemerlangan IPT.27.Sebagai tambahan kepada usaha berterusan meningkatkankecemerlangan IPT melalui inisiatif SETARA, MyRA dan MyQuest,Sistem Penarafan Disiplin Pengajian (Discipline-Based Rating System,Page 16

D-SETARA) ke atas universiti dan kolej universiti di Malaysia telahdilaksanakan. Fokus D-SETARA adalah terhadap kualiti pengajarandan pembelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam empatdisiplin pengajian iaitu Kejuruteraan, Pelancongan dan Hospitaliti,Perubatan, Pergigian dan Farmasi serta Sains Kesihatan.28.Pemilihan disiplin pengajian ini secara tidak langsung menyokonginisiatif Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Area,NKEA) dalam kluster Pendidikan yang mensasarkan pembangunanbeberapa kelompok disiplin

sebagai peneraju dan perintis dalam aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan dan keusahawanan (RDCE) dan membimbing dan bekerjasama secara kolektif dengan IPT lain dalam dan luar negara, dan dengan industri dalam usaha memupuk dan meningkatkan budaya penyelidikan. 13.

Related Documents:

majelis wali amanat universitas gadjah mada peraturan majelis wali amanat universitas gadjah mada nomor 1 tahun 2021 tentang rencana induk kampus universitas gadjah mada tahun 2017—2037 dengan rahmat tuhan yang maha esa majelis wali amanat universitas gadjah mada, menimbang : bahwa guna melaksanakan ketentuan dalam pasal 57 ayat (3)

The Amanat Business 32-35 Timeline 36-37 The Amanat Portfolio 38-41 SECTION IV THE LEADERSHIP TEAM The Board 44-47 Management 48-49 SECTION V CORPORATE GOVERNANCE AND COMPLIANCE 52-55 SECTION VI CONSOLIDATED FINANCIALS 58-114 TABLE OF C ONTENT S 3. SECTION I Amanat Annual Report 2018.

Amanat acquired 16.34% in an education portfolio through Taaleem Holdings PSC (formerly, Madaares PJSC) for AED 145.8 million. Amanat shareholders approved 1.5% dividend at company's first Annual GeneralMeeting. November. Amanat agreed to participatein a loan with an amount up to AED 92.5mn

4. Penambahan Tempoh Polisi Asas / Faedah Tambahan. Pelan/Faedah Tambahan Tempoh Lama Tempoh Baru Pelan/Faedah Tambahan Tempoh Lama Tempoh Baru . 5. Penukaran Premium (Untuk Polisi Rangkaian Pelaburan sahaja) Premium Asas Berkala Baharu Premium Tambahan Berkala Baharu Jumlah Premium Berkala Baharu. Bahagian A: Butiran Gaya Hidup Orang yang

02 AMANAT HOLDING CRPRATE GOVERNANCE REPRT 2019 AMANAT HOLDING CRPRATE GOVERNANCE REPRT 2019 03 Mr. Mr. Hamad Rashed Nehail Alnuaimi Position: Board Director Category: Non-Executive Experience: Mr. Alnuaimi is a UAE national. He holds several executive posi-tions and serves as a Board Member on numerous leading investment, real estate

B. Amanat Develops a Trading Strategy to Earn Rebates During the first quarter of 2002, Amanat was working on computer programs for various trading strategies, including arbitrage programs, pairs trading, and what he described as mirror trading. In early to mid-March 2002, he began modifying an arbitrage program he had designed

PEDOMAN PENYUSUNAN, PENGENDALIAN DAN EVALUASI RENCANA KERJA PEMBANGUNAN DAERAH TAHUN 2014. TAHAPAN DAN TATACARA PENYUSUNAN RKPD TAHUN 2014 DAN PERUBAHAN RKPD TAHUN 2014 I. PENDAHULUAN Sesuai dengan amanat Undang-undang Nomor 25 Tahun 2004 tentang Sistem Perencanaan Pembangunan Nasional dan Undang-Undang Nomor 32 Tahun 2004 tentang

EDUQAS A LEVEL - COMPONENT 1 BUSINESS OPPORTUNITIES AND FUNCTIONS SUMMER 2018 MARK SCHEME SECTION A Q. Total 1 Give one example of a business using batch production and describe two benefits of this method of production. Award 1 mark for an appropriate example. AO1: 1 mark Indicative content: A baker making loaves of bread; a clothing manufacturer making batches of a particular garment; a .