TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN KESEDIAAN PELAJAR TINGKATAN .

3y ago
90 Views
3 Downloads
338.60 KB
10 Pages
Last View : 26d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Wade Mabry
Transcription

ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 1 (Mei 2018): 53-6253Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ)TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN KESEDIAAN PELAJAR TINGKATAN 4TERHADAPPENGGUNAAN PEMBELAJARAN PERSEKITARAN MAYA VLE FROGDALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU(The Level of Knowledge, Attitudes and Readiness Form 4 Students to the Using ofVirtual Learning Environment VLE Frog in Malay Language Learning)SUMARNI LAPAMMUSMK. WakubaKementerian Pendidikan Malaysiasumarnizulkifly@gmail.comZAMRI MAHAMODFakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysiad-zam@ukm.edu.myDihantar pada:20 November 2017Diterima pada:24 April 2018Koresponden:d-zam@ukm.edu.myAbstrak: Kajian tinjauan ini bertujuan untuk meninjau penggunaanpersekitaran pembelajaran maya atau virtual learning environment (VLEFrog) dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini melihat tahappengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap penggunaan VLE Frogdalam Bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan 240 orang pelajar tingkatan 4di empat buah sekolah di daerah Tawau, Sabah. Dalam kajian ini, instrumensoal selidik dengan lima skala Likert digunakan bagi tujuan pengumpulandata. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 30 orang pelajar bagimenentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian dan hasil nyaikebolehpercayaan yang tinggi dan kekal digunakan dalam kajian sebenar.Statistik deskriptif digunakan untuk melihat analisis min, sisihan piawai,kekerapan dan peratusan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakanprogram SPSS 22.0. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistikdeskriptif dan statistik infrensi. Analisis deskriptif mendapati ketiga-tigamin, iaitu pengetahuan (4.10), sikap (4.27) dan kesediaan (4.32) pelajarterhadap penggunaan VLE Frog berada pada tahap tinggi. Hal inimenunjukkan bahawa pelajar mempunyai minat yang tinggi terhadappenggunaan VLE Frog dalam PdPc mereka. Penggunaan bahan berteraskanteknologi maklumat dan komunikasi seperti VLE Frog dapat menarik minatpelajar untuk belajar Bahasa Melayu.Kata kunci: Pengetahuan, sikap, kesediaan, persekitaran pembelajaranmaya, pembelajaran Bahasa MelayuAbstract: Thus study aims to review the use of Frog VLE in the learning of MalayLanguage. The study also looked at the level knowledge, attitudes and studentsreadiness to the Frog VLE in Malay Language. The study involved 240 form 4students from four schools in Tawau District, Sabah. In this study, researchers usedquestionnaire with five Likert scale for the purpose of collecting data. A pilot studywas conducted on 30 students to ensure the validity and accountability of theinstrument and the results of the pilot study showed that the instruments used havehigh reliability and was used in the actual study. Descriptive statistics were used toanalyze the mean, standard deviation, frequency and percentage. Data were analyzedusing the SPSS 22.0 program. The findings were analyzed using descriptive statisticsand statistical inference. Descriptive analysis found that the three mean, that isknowledge (4.10), attitude (4.27) and willingness (4.32) of students on the use FrogVLE is at a high level. This shows that students have high interest on the usage ofFlog VLE in their learning. The use of information and communication technologybased materials such as VLE Frog can attract students to learn Malay Language.Keywords: Knowledge, attitudes, readiness, virtual learning environment, MalayLanguage learningFakulti Pendidikan, UKM @ Mei2018

ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 1 (Mei 2018): 53-62PENGENALANPada era globalisasi kini, sistem pendidikan diMalaysia mula berkembang seiring denganperkembangan dalam bidang Teknologi Maklumatdan Komunikasi (TMK). Terdapat pelbagai kaedahyang baharu telah diperkenalkan dan diguna pakaiuntuk menjadikan pengajaran guru lebih berkesandan pembelajaran mudah serta menyeronokkan.Menurut Zamri dan Mohamed Amin (2008)menyatakan bahawa kemampuan multimediadalam menyampaikan sesuatu maklumat dengancepat, tepat dan mampu menjadi daya tarikan bagimewujudkansuasanapembelajaranmenyeronokkan. Justeru, dalam bidang pendidikanpenggunaan TMK dilihat saling berkait antara satusama lain. Hal ini menunjukkan bahawa TMKsangat memberi impak yang besar kepadaperubahan dalam sistem pendidikan di seluruhdunia khasnya kepada negara-negara membangun.PenggunaanTMKmembolehkanpelajarmengakses maklumat yang berkaitan denganmenggunakan Internet serta dapat berkongsimaklumat tersebut bersama rakan-rakan dan guru.Burnett (2010) berpendapat bahawa kanakkanak pada masa kini dibesarkan dalam textuallandscape yang membolehkan mereka terdedahdengan pelbagai cara untuk berinteraksi danbermain secara aktif dalam persekitaran digitalseperti permainan komputer, telefon bimbit dalamdunia maya. Hal ini menunjukkan bahawapenggunaan TMK dalam pemelajaran sangatberkesan untuk meningkatkan kebolehan pelajarberfikir secara kreatif dan kritis. Pelajar akanmenjadi lebih berinovatif untuk mencapai sesuatuilmu. Oleh itu, sikap berdikari pelajar akanmengurangkan kebergantungan mereka terhadapguru. Kajian Alessi dan Trollip (2001)menunjukkan bahawa pengintegrasian TMK dalampembelajaran boleh memberikan kelebihan iaitubahan pembelajaran boleh dicapai pada bila-bilamasa dan di mana sahaja, boleh dirangkaikandengan pelbagai sumber pembelajaran lain diseluruh dunia, pengurusan dan pengemaskinianbahan pembelajaran menjadi lebih cepat, mudah,dan sistematik, serta pelbagai bentuk komunikasiboleh digunakan untuk kegunaan guru dan pelajar.Hasil daripada kajian Alessi dan si dalam pendidikan di Malaysia. KPMtelah berinisiatif dengan menyediakan platform54persekitaran maya atau Virtual LearningEnvironment (VLE) untuk kegunaan semuapelajar, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.Langkah ini dilihat sebagai satu langkah yangpositif ke arah menjadikan Pendidikan di Malaysiasetaraf dengan pendidikan di negara-negara majudi dunia. Oleh itu, bagi mencapai matlamat ke arahpendidikan bertaraf antarabangsa maka VLE Frogdiperkenalkan di Malaysia. VLE Frog telahdibangunkan sejak 13 tahun yang lalu di UnitedKingdom.VLEFrogadalahplatformpembelajaran maya yang telah memenangianugerah dan mudah digunakan, selain direka khasuntuk mesra pengguna. VLE Frog dibangunkan diUnited Kingdom dengan rekod pencapaian selama13 tahun, VLE Frog akan berfokus kepada usahauntuk memudahkan kehidupan guru dan pelajarsekali gus untuk mempertingkatkan teknikpengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selainitu, VLE Frog juga disepadukan dengan rakankandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa,termasuklah Google Apps untuk Khan AcademyEducation untuk memajukan lagi teknikpembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).Matlamat utama VLE Frog jaran guru. Penyampaian guru akan menjadilebih menarik dan mudah diakses di mana-manasahaja oleh pelajar melalui capaian Internet.Kaedah dan teknik pengajaran ini juga lebihberkesan berbanding kaedah tradisional yangdiamalkan oleh guru. Melalui VLE Frog, guruboleh menyediakan tugasan kepada pelajar,membuatpenyemakandanmemberikanpemarkahan dengan cepat. Pelajar pula bolehmenyiapkan tugasan mereka dari rumah sahaja.Selain itu, ibu bapa juga boleh memantauperkembangan pembelajaran anak-anak merekasecara maya melalui aplikasi VLE Frog. Disamping itu, ibu bapa juga boleh melihat aktivitiaktiviti yang dijalankan di sekolah kanrakyatMalaysiayangberpengetahuan luas dan mampu bersaingan diperingkat antarabangsa. Justeru, VLE Frog dibinaagar dapat membantu guru dan pengurusansekolah melaksanakan tugas dengan lebih efisiendan menjimatkan masa. VLE Frog juga dapatmembantu mewujudkan hubungan dan kolaborasiantara pendidik di seluruh negara. Hal ini

ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 1 (Mei 2018): 53-62membolehkan guru berkongsi idea dan sumberuntuk meningkatkan bidang pendidikan. Oleh itu,kajian ini dilakukan untuk melihat sejauh manakahVLE Frog mampu mencapai matlamatnyaberdasarkan pengetahuan, sikap dan minat pelajarterhadap VLE Frog dalam bahasa Melayu.PERNYATAAN MASALAHPendidikan secara tradisional lazimnya dikaitkandengan proses PdPc adalah sehala, iaitu gurusebagai penyampai dan pelajar sebagai penerimamaklumat sahaja. Dalam hal ini, seorang guruakan memainkan peranan utama sebagaipenyampai maklumat yang utama dan pelajarhanya bertindak sebagai pendengar sahaja. Rabeah(2006) menyatakan bahawa secara umumnya,proses PdPc di bilik darjah hanya bertumpu dalambentuk syarahan, iaitu guru menyampaikanpengajaran melalui syarahan. Justeru, kaedah inidilihat tidak lagi dominan diaplikasikan dalam erateknologi maklumat yang semakin berkembang.Hal ini kerana kaedah ini hanya akan menghalangpercambahan pemikiran pelajar.Seiring dengan perkembangan TMK dalambidang pendidikan mutakhir ini, kita perlu pekaterhadap keperluan pelajar dalam menggunakankemudahan ini. Kanak-kanak pada masa kinimembesar dalam textual landscape di manamereka mempunyai pelbagai cara untukberinteraksi dan bermain dengan aktif di dalampersekitaran yang dicipta melalui teknologi digitalseperti permainan komputer, telefon bimbit dandunia visual (Burnett, 2010). Oleh itu, untukmemastikan setiap pelajar mendapat manfaatdaripada kecanggihan teknologi yang sedia adapada hari ini aspek kesediaan pelajar dalammenggunakan kemudahan ini perlu diberiperhatian. Aspek kesediaan pelajar meliputipengetahuan dan kemahiran pelajar dalammenggunakan kemudahan TMK.Generasi pelajar pada hari ini merupakan‘Generasi Net’ yang lahir dan membesar seiringdengan persekitaran Internet dan TMK serta seringterdedah denganperkembanganteknologiberasaskan komputer dan peralatan elektronik(Oblinger & Oblinger 2007). Justeru itu, dapatdilihat sikap, minat dan pencapaian pembelajarangolongan generasi ini sangat dipengaruhi olehpenggunaan komputer dan Internet. Hal ini kerana,sudah menjadi kebiasaan kepada golongan pelajar55pada masa kini menggunakan Internet dalamsegala rutin harian (Altun & Cakun 2006). Internetkini telah menjadi kaedah yang paling mudah dandigemari oleh golongan pelajar untuk digunakanbagi mencari pelbagai maklumat berkaitanpendidikan khususnya tentang pembelajaranseperti mencari nota-nota rujukan tambahan,soalan-soalan tahun lepas, berkongsi pandangandan bertanya pendapat tentang sesuatu tugasanataupun latihan menerusi ruangan sosial di Internet(Arthur &Brafi 2013).Selain kesediaan pelajar, guru-guru juga perlumenguasai kemahiran TMK. Hal ini kerana masihterdapat guru-guru yang tidak mahir menggunakankemudahan TMK di sekolah. Situasi ini perluditangani segera agar matlamat a di sekolah dapat dicapai. KajianSuzlinaHilwanidanJamaludin(2015)menyatakan bahawa guru-guru Bahasa Melayutidak diberi penekanan tentang penggunaan bahanteknologi ini kepada PdPc di dalam bilik darjah.Pendapat ini turut disokong oleh kajian Norhiza etal. (2016) yang menyatakan bahawa kebanyakanguru tidak menggunakan komputer di sekolahmereka. Oleh itu, penekanan perlu diberikankepada guru agar mereka mengoptimumkanpenggunaan TMK dalam pengajaran mereka.Justeru, perkara ini menjadi persoalan menarikuntuk kajian ini dijalankan.Dalam mewujudkan suasana pembelajaranmaya atau pembelajaran atas talian mahupunpembelajaran secara Virtual Learning, terdapatbeberapa cabaran yang dilihat sebagai halanganuntuk memastikan kejayaan pengajaran secaramaya. Antara halangan utama yang dikenal pastiialah kemudahan capaian Internet. Norzilawati etal. (2013) menyatakan bahawa isu capaian Internetmerupakan satu halangan terutama kepadasekolah-sekolah di luar bandar dan di kawasanpedalaman yang mempunyai capaian Internet yangsangat terhad dan menghalang guru untukmenggunakan kemudahan ini dengan optimum.Hal ini menjadi dilema kepada pada para guruuntuk melaksanakan kemudahan ini.Selain itu, menurut MohdAizuddin (2013)dalam kajian beliau tentang peningkatanprofesionalisme guru dalam penggunaan VLEFrog mendapati bahawa guru yang menguasaipenggunaan VLE Frog akan lebih mudah dalammengendalikan aktiviti PdPc. Semua maklumat

ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 1 (Mei 2018): 53-62dan isi kandungan pelajaran dapat disampaikankepada pelajar dengan cepat dan sistematik.Namun begitu, beberapa faktor menjadipenghalang untuk guru seperti tiada bilik akseskomputer dan capaian Internet yang lemah.Akibatnyagurulebih cenderung untukmeneruskan kaedah tradisional dalam pengajaranmereka.Tujuan kajian ini dijalankan adalah untukmelihat sejauh mana pengetahuan pelajar terhadappenggunaan VLE Frog sebagai satu persekitaranpembelajaran maya dalam pembelajaran BahasaMelayu. Selain itu, kajian ini turut mengupas akansikap dan kesediaan pelajar terhadap sistem yangdiperkenalkan oleh pihak kementerian ini. Hasildapatan kajian ini penting untuk melihat sejauhmanakah VLE Frog ini telah mencapaimatlamatnya.OBJEKTIF KAJIANSecara khusus, kajian ini mempunyai tiga objektifyang ingin dicapai, iaitu:1. Mengenal pasti tahap pengetahuan pelajarterhadap pembelajaran maya VLE Frogdalam Bahasa Melayu.2. Mengenal pasti tahap sikap pelajar terhadappembelajaran maya VLE Frog dalam BahasaMelayu.3. Mengenal pasti tahap kesediaan pelajarterhadap pembelajaran maya VLE Frogdalam Bahasa MelayuSOALAN KAJIANSoalan-soalan kajian berikut digunakan bagimendapatkan maklumat mengenai kajian yangdijalankan.1. Apakah tahap pengetahuan pelajar terhadappembelajaran maya VLE Frog dalam BahasaMelayu?2. Apakah tahap sikap pelajar terhadappembelajaran maya VLE Frog dalam BahasaMelayu?3. Apakah tahap kesediaan pelajar terhadappembelajaran maya VLE Frog dalam BahasaMelayu?56METODOLOGIReka Bentuk KajianReka bentuk kajian ini merupakan jenis kuantitatifsecara tinjauan yang menggunakan borang soalselidik. Satu set soal selidik digunakan untuktujuan pengumpulan data. Menurut Elangkumaran(2009), set soal selidik mempunyai ciri-cirisaintifik, khusus dan dapat merangkumi jumlahpopulasi yang luas melalui sampel yang kecil danlojik. Data primerdigunakan untuk mengkaji tahappengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadappenggunaan persekitaran pembelajaran VLE Frogdalam Bahasa Melayu adalah melalui borang soalselidik. Manakala sumber daripada buku-bukurujukan dan bacaan daripada capaian akses internetdigunakan untuk memperoleh data sekunder.Lokasi, Populasi dan Sampel KajianKajian ini telah dijalankan di empat buah sekolahmenengah, iaitu dua buah sekolah di bandar dandua buah sekolah luar bandar di daerah Tawau,Sabah. Populasi kajian ialah pelajar Tingkatan 4 didaerah Tawau, Sabah. Seramai 240 orang pelajarsampel mewakili populasi Tingkatan 4 yang terdiridaripada aliran Sains dan Kemanusiaan yangdipilih sebagai sampel kajian ini. Saiz sampelditentukan dengan merujuk kepada jadual penentusaiz sampel Krejcie dan Morgan (1970).Instrumen KajianKajian ini menggunakan instrumen kaji selidikhasil adaptasi kajian terdahulu dan di petikdaripada Model Penerimaan Teknologi oleh Davis(1989). Seperti yang digunakan dalam kajian IkaDestiana et al. (2013), Saiful et al. (2014) dalamkajian ini penyelidik membina soal selidikberdasarkan kajian-kajian lepas. Selain itu, soalselidik dalam kajian ini juga diubahsuai sertaditambah baik mengikut kesesuaian selaras dengankehendak kajian. Dalam kajian ini, borang soalselidik yang digunakan mengandungi perkaraseperti berikut:1. Bahagian A: Maklumat demografi. BahagianA berkaitan jantina, kategori sekolah, aliranpersekolahan, dan pendapatan ibu bapa.2. Bahagian B: Pengetahuan pelajar terhadappersekitaran pembelajaran maya VLE Frog.

ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 1 (Mei 2018): 53-623.4.Bahagian B membincangkan tentangpengetahuan pelajar terhadap persekitaranpembelajaran maya VLE Frog yangpengetahuan pelajar tentang pembelajarantersebut.Bahagian C: Sikap pelajar terhadappersekitaran pembelajaran maya VLE Frog.Bahagian ini menguji tingkah laku pelajarsama ada seronok, bosan dan menguji samaada pembelajaran VLE Frog membantudalam tugasan sekolah.Bahagian D: Kesediaan pelajar terhadappersekitaran pembelajaran maya VLE Frog.Bahagian D berkaitan kesediaan pelajarterhadap pembelajaran VLE frog. Bahagianini menguji kesediaan pelajar dalampembelajaran maya tersebut.Kajian Rintis dan Kebolehpercayaan ItemKajian rintis dilakukan sebelum kajian sebenardijalankan. Mohd Majib (2000) menyatakanbahawa dalam setiap kajian adalah penting kajianrintis dilaksanakan terlebih dahulu kerana ia dapatmenentukan kesahan dan kebolehpercayaaninstrumen. Dalam kajian ini, kajian rintisdijalankan di sebuah sekolah berdekatan yangmempunyai makmal komputer dan menjalankanpembelajaran VLE Frog yang aktif dan respondenyang dipilih adalah bukan responden sebenar.Seramai 40 orang responden yang dipilih secararawak untuk terlibat dalam kajian rintis. PerisianSPSS versi 23.0 digunakan untuk mengujiketekalan dalaman instrumen. Hasil kajian yaan item ialah a 0.859. MenurutMohd Majid (2000), nilai alpha yang melebihi0.600 dikategorikan sebagai item yang mempunyaikebolehpercayaan yang tinggi.Prosedur Pelaksanaan KajianData kajian diperoleh oleh pengkaji melaluikerjasama pihak guru-guru di sekolah-sekolahyang terpilih untuk membantu mengagihkanborang soal selidik kepada pelajar di sekolahmasing-masing. Dalam kajian ini, pengkaji akanmengedarkan borang soal selidik kepada pelajaruntuk mengetahui tahapa pengetahuan, sikap dankesediaan pelajar terhadap pembelajaran MayaVLE Frog dalam kalangan pelajar menengah di57Tawau, Sabah. Masa yang diperuntukkan untukmemperoleh kembali maklum balas daripada soalselidik adalah selama satu bulan.Analisis DataKaedah kuantitatif dalam program The StatisticalPackages for the Social Sciences” (SPSS Windowversi 23.0 digunakan untuk menganalisis semuadata yang telah dikumpulkan. Kaedah deskriptifdan inferensi digunakan dan semua dapatan yangtelah dianalisis akan dipaparkan dalam bentukjadual yang menunjukkan peratusan, frekuensi,min dan sisihan piawai. Dalam kajian ini, analisisdeskriptif digunakan bagi menjawab keempatempat bahagian.Tahap persepsi pelajar bagi pengetahuan,sikap dan kesediaan mereka dalam pembelajaranmaya VLE Frog yang dikaji adalah menggunakankekerapan, peratus dan min seterusnya analisistahap interpretasi diambil kira daripada nilai limamata iaitu nilai tertinggi 5.00 di bahagikan kepadatiga tahap, iaitu rendah (min 1.00-2.33),sederhana (min 2.34-3.67) dan tinggi (min 3.685.00). Jadual 1 menunjukkan interpretasi min yangdigunakan dalam kajian Jamil (2002).JADUAL 1. Interpretasi minJulat derhanaTinggiDAPATAN KAJIANTahap Pengetahuan Pelajar terhadapPersekitaran Pembelajaran Maya VLE FrogJadual 2 menunjukkan skor min bagi tahappengetahuan pelajar terhadap VLE Frog dalamBahasa Melayu. Daripada jadual didapati semuaitem berada pada tahap tinggi dan nilai minkeseluruhan tahap pengetahuan pelajar terhadappersekitaran pembelajaran maya VLE Frog BahasaMelayu ialah min 4.10, iaitu berada pada tahaptinggi. Item 6 dan 8 merupakan yang memperolehmin tertinggi, sebanyak 4.18. Item 10 merupakanitem yang paling rendah nilai min, iaitu 3.96,tetapi masih berada pada tahap tinggi.Rumusannya, tahap pengetahuan pelajar tingkatan4 terhadap persekitaran pembelajaran maya VLE

ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 1 (Mei 2018): 53-62Frog adalah tinggi. Pelajar mengetahui akankepentingan VLE Frog dalam pembelajaranBahasa Melayu seperti dapat:1. Meningkatkan penguasaan Bahasa Melayumereka.2. Meningkatkan kemahiran menggunakankomputer dan Internet.3. Meningkatkan pengetahuan dalam memuatnaik dan memuat turun bahan pembelajarandaripada Internet.keseluruhan yang tinggi, dapat dirumuskanbahawa pelajar tingkatan 4 di empat buah sekolahmenengah di Tawau ini mempunyai sikap:1. Suka dan seronok belajar Bahasa Melayumenggunakan VLE Frog.2. Seronok mengakses dan mempelajaripembelajaran VLE Frog.3. Suka menggunakan VLE Frog untuk mencaribahan pembelajaran.4. Suka menggunakan VLE Frog untukberhubungan dengan rakan.JADUAL 2.Taburan min pengetahuan pelaj

min, iaitu pengetahuan (4.10), sikap (4.27) dan kesediaan (4.32) pelajar terhadap penggunaan VLE Frog berada pada tahap tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar mempunyai minat yang tinggi terhadap penggunaan VLE Frog dalam PdPc mereka. Penggunaan bahan berteraskan

Related Documents:

5.1 Tahap Kesediaan guru terhadap VLE1BestariNet Dari Aspek Sikap, Literasi, Fasiliti dan Akses Teknologi Berdasarkan Jadual 1 di bawah, didapati tahap kesediaan guru terhadap VLE1BestariNet dari aspek sikap dan literasi adalah tinggi dengan nilai mean bersamaan 4.14 dan 3.73 masing-

mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap kesediaan dalam penggunaan e-learning dengan min sebanyak 4.14 dan sikap pelajar terhadap kesediaan dalam penggunaan e-learning adalah positif dengan min sebanyak 3.67 tetapi tahap motivasi pelajar adalah pada tahap yang sederhana iaitu dengan min sebanyak 3.38.

penggunaan, kesediaan, pengetahuan dan pra sarana. Hubungan korelasi antara tahap penggunaan dengan persekitaran pdp maya meliputi kesediaan, pengetahuan dan pra sarana serta pemboleh ubah yang boleh menjadi peramal terbaik kepada tahap penggunaan. 6.1. Analisis Deskriptif Tahap Persekitaran PDP Maya VLE FROG

kesediaan yang tinggi dalam menggunakan MOOC sebagai platform pembelajaran yang baharu (min 3.87). Kesemua item dalam Jangkaan Prestasi mencatat tahap jangkaan kesediaan tinggi manakala kesemua item dalam Jangkaan Usaha mencatatkan min tahap kesediaan yang sederhana. Nilai min tertinggi dalam Pengaruh Sosial adalah 4.01 berdasarkan

keseluruhannya tahap kesediaan guru (min 3.67) menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap tinggi secara bererti (t 4.01, p 0.01) berbanding dengan tahap kesediaan pelajar (min 3.44) menggunakan komputer dalam

Tahap kesediaan penggunaan teknologi mudah alih guru-guru pendidikan Islam di sekolah rendah daerah Mersing menunjukkan tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa guru-guru pendidikan Islam memiliki tahap penggunaan teknologi mudah alih yang tinggi sama ada lelaki ataupun wanita.

kelebihan ICT dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahkan di kalangan guru-guru . Imran, 2000). Untuk lebih mendalami tentang kajian ini yang akan mengupas berkenaan apakah tahap kesediaan guru dalam mengintegrasikan ICT di dalam Pengajaran. Berdasarkan situasi tersebut, kajian ini . Jadual 3 Tahap pengetahuan dalam aspek penggunaan .

cengage.com.au/university/education 5 Readable and thorough, this text and supporting materials provide a comprehensive approach to designing, implementing, and .