Wajah Terbuka Dan Hidup Tertutup: Gender Dan Seksualiti .

3y ago
30 Views
2 Downloads
271.00 KB
18 Pages
Last View : 15d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Oscar Steel
Transcription

Sari Gender24 (2006)73Seksualiti- 90Wajah Terbuka dan Hidup Tertutup:dan73Wajah Terbuka dan Hidup Tertutup: Gender dan Seksualitidalam Karya Sastera Melayu Riau Pinggir Abad ke 19DING CHOO MINGABSTRAKHimpunan Gunawan Bagi Laki-Laki dan Perempuan adalah panduan tentangmagik berahi. Ia ditujukan khas kepada kaum wanita, walaupun sasarannyaadalah lelaki dan wanita seperti yang dinyatakan dalam judulnya. Teks iniditulis Khatijah Terung, yang dipercayai telah lahir di Pulau Penyengat pada1885. Walaupun asal usulnya tidak diketahui, tetapi beliau berkemungkinanbesar adalah orang biasa. Beliau berkahwin dengan Raja Haji Abdullah binRaja Hassan, sebagai isterinya yang keempat, bermula daripada kekagumanRaja Haji Abdullah tentang reputasi Khatijah Terung sebagai bomoh yangmahir yang pernah menjadi orang gaji di rumah isteri Raja Haji Abdullahyang ketiga, Cik Yam. Khatijah Terung tidak menceritakan bagaimana beliaumempelajari ilmunya, selain mengakui pernah mendapatnya daripada WanMah. Namun demikian, karya beliau meninggalkan kesan keindividualannya.Beliau memuja nilai kebahagiaan suami isteri kepada wanita. Sebanyak 4/5teks ini menceritakan cara-cara untuk meningkatkan hubungan kelamin dalamperkahwinan.Kata kunci: Kelab Rusydiah, Khatijah Terung, Raja Aisyah Sulaiman, RajaHaji Abdullah bin Raja Hassan, Pulau PenyengatABSTRACTHimpunan Gunawan Bagi Laki-Laki dan Perempuan is a manual of love magic.It is almost exclusively for women’s use, despite its title that it is addressed tomen and women. Written by Khatijah Terung, who is believed to have beenborn on Pulau Penyengat in 1885. She was most likely a commoner, thoughher true origins were unknown. She married Raja Haji Abdullah bin RajaHassan to be his fourth wife. It is said that his curiosity about Khatijah’sreputation as an adept in magic that attracted him to her when she was in theservice of his third wife, Cik Yam. She tells us nothing of how she learned herart, apart from a brief acknowledgement that one spell was given to her by aWan Mah. Nevertheless, her work bears the stamp of her individuality. Shecelebrates the value of good conjugal relations to women. Four fifths of thebook are devoted to means to enhance sexual relations within marriage.

74Sari 24Key words: Kelab Rusydiah, Khatijah Terung, Raja Aisyah Sulaiman, RajaHaji Abdullah bin Raja Hassan, Pulau PenyengatPENGANTARPerbezaan gender antara wanita dan laki-laki bukan sahaja daripada segi anatomi,biologi dan fisiologi, tetapi juga budaya, politik dan ekonomi. Hubungan genderyang ditentukan secara hirarki turun temurun itu mempunyai pengaruh besar keatas kesemua aspek kehidupan sosial manusia, termasuk pemikiran yang berbezaantara dan juga terhadap wanita dan laki-laki, maka telah mewujudkan satu siribinarisme, seperti “active/ passive, presence/ absence, universal/ particular” (Pollock 1996). Walaupun dapat dikatakan wanita mempunyai kedudukan yang lebihrendah berbanding dengan laki-laki dalam masyarakat feudal, tetapi gender dansektualiti bukanlah pantang (taboo) dalam karya sastera Melayu, Jepun, India,Burma, Thailand, lebih-lebih lagi Eropah dan Amerika Syarikat. Kedua-dua perkaraitu telah banyak disentuh dalam sastera Melayu lama. Antaranya Hikayat SultanIbrahim ibn Adham, Hikayat Maharaja Ali, Syair Bidasari, Hikayat BayanBudiman, Hikayat Raja Jumjumah, Tajul-Salatin, Bustan ul- Salatin, SejarahMelayu, Hikayat Raja-Raja Pasai, Hikayat Derma Ta’aia dan juga Hikayat AbuSamah. Selain itu, karya-karya sastera baru seperti Hikayat Faridah Hanum, SalahAsuhan, Siti Nurbaya, Belenggu, Azab dan Sengsara, Bilik 69 dan Rumah ituDunia Ku, misalnya, turut mengungkapkan kedua-dua persoalan tersebut. Dalamsastera Jepun, karya Murasaki Shikibu yang bertajuk The Tale of Genji jugamengisahkan perasaan cinta wanita pada era Heian pada abad ke 8-11 Masihi.Ketika itu, wanita Jepun juga tidak mempunyai kehidupan sosial. Seperti wanita diEropah dan Melayu, mereka terkurung dengan kuasa yang dipunyai laki-lakiberdasarkan kedudukan, jawatan dan adat resam.Sehubungan itu, dapat dikatakan juga bahawa kajian gender dan sektualitiadalah kajian silang-budaya dan antara-disiplin. Sebab ia menjadi kajian silangbudaya ialah ia diperkatakan dalam sastera semua bangsa. Sebagai kajian antaradisiplin, ia melibatkan teori kritikal, psikoanalisis, Marxisme, Foucalisme danstrukturalisme, antara yang lain. Selain itu, ia juga lahir dan berkembang daripadateori feminis yang mengatakan gender adalah istilah relasional untuk meliputiwanita dan laki-laki. Memandangkan seksualiti adalah kelakuan manusia yangditentukan gender dan kelakuan itu pula telah dan akan menentukan bentukkomunikasi yang tertentu antara wanita dan laki-laki, maka banyak universititelah menawarkan kursus kajian gender dan seksualiti. Pada asasnya, kajian itumemberi perhatian dalam menganalisis teks yang berasaskan jantina, keranaingin mengkaji perkembangan estetika wanita yang teristimewa dalam karya yangdikarang wanita atau juga perwakilan wanita dalam teks yang dikarang laki-laki.Perhatian diberi kepada yang dianggap yang unggul berhubung dengan sifatkelakian (masculinity) dan sifat kewanitaan (feminity), pada sekitar imej wanita

Wajah Terbuka dan Hidup Tertutup: Gender dan Seksualiti75stereotaip, seksualiti, perkahwinan, kehidupan rumah tangga, diskriminasi seks,perjuangan wanita mendapatkan hak dan kebebasan. Kajian itu juga berkembangdaripada penglibatan manusia untuk mendapatkan keadilan sosial untuk wanitauntuk selanjutnya membentuk pemahaman yang lebih baik tentang diri kita,dunia, kehidupan, pengetahuan dan juga kesenian.Dalam masyarakat feudal, wanita dianggap subodinat kepada laki-laki.Peranan dan kedudukan mereka ditentukan masyarakat, agama dan adat yangdikuasai laki-laki. Mereka tidak boleh membuat kerja yang tidak dilakukan wanitayang lain secara turun-temurun. Mereka dikehendaki berkurung di rumah, selaintidak berpeluang untuk keluar seorang diri, lebih-lebih lagi untuk menunjukkankehebatan, kreativiti dan citarasa mereka. Mereka akan dikahwinkan pada usia13 atau 14 tahun setelah tahu memasak, menjahit dan menjaga diri serta melayanorang lain. Pendidikan yang mereka terima rata-ratanya tertumpu kepada kerjayang berkaitan secara langsung dengan peranan mereka sebagai ibu, isteri danmenantu. Mereka terpaksa membuat lebih banyak kerja, termasuk membantingtulang empat kerat bersama-sama suami di bendang dan sawah, selain mengurusrumah tangga, memasak, menjaga anak dan lain-lain, tetapi hanya boleh berehatdan makan setelah seisi keluarganya sudah berehat dan makan. Dalam hal ini,Slatkin (1985) menyimpulkan keadaan itu dengan mengatakan:There was no room for independent female figures in the public eyes. Women weresupposed to be quiet and unassuming. Few men wanted their wives spending time onfrivolous endeavors, such as writing, when there was so much housework to be done.Even if a man allowed his wife to practice art, he would have most likely kept her fromgoing public with it. Men who allowed their wives this freedom were assumed to beunable to control their woman, and were often labeled as cuckolds.Oleh sebab tidak tahu membaca dan menulis, wanita tidak meninggalkandokumen bertulis tentang penderitaan, penganiayaan, diskriminasi dan sakityang mereka tanggung. Setelah membaca karya tentang pengurusan diri wanitadan hal-hal biasa yang dilakukan mereka secara turun-temurun, tidak kira yangditulis orang laki-laki atau wanita, tanggapan umum tentang wanita pada masasilam ialah olah-olah semua wanita mempunyai pengalaman, harapan, jangkaan danmasalah yang sama. Tidak ada “individualism” dan juga tidak timbul perbezaan“sex / culture, work / home, men / women” (Kelso 1956). Perkembangan itu adakena mengena dengan kritikan Kelso (1956: 59) seperti yang dipetik di bawah ini: suppressing all individuality, fostering both few of offense and complete dependenceupon the will of her husband for all her comforts, and contentedness to live with the orbitof the house nothing must be allowed in the training of her mind that would encourageor enable her to compete on even ground with men.Akan tetapi, suatu yang luar biasa telah berlaku di Pulau Penyengat padapinggir abad ke 19 berikutan gerakan pemodenan, defeudalisasi, pembaharuandan pendemokrasian yang dibawa dari Timur Tengah (Matheson 1989; Ding1999: 78-81). Peluang pekerjaan kepada wanita Melayu di Riau terbuka dengan

76Sari 24lebih luas berbanding yang ditawarkan di tempat yang lain. Ada yang menjadibomoh profesional, selain lebih banyak wanita sudah menjadi pengarang, lebihlebih lagi pengarang ekpresif, yang berani meluahkan perasaan dan memperkatakanapa yang dikehendaki mereka sendiri. Ada dua orang pengarang wanita telah berbuatdemikian. Mereka adalah Khatijah Terung dan Raja Aisyah Sulaiman.Sehubungan itu, perbincangan tentang gender dan seksualiti dalam sasteraMelayu boleh juga dibuat dengan merujuk kepada karya mereka yang lahir, membesardan mengarang di Pulau Penyengat, Riau. Pada pinggir abad ke 19, pulau yang kecilitu sudah muncul sebagai pusat budaya, sastera dan bahasa Melayu yang hebat(Abu Hassan Sham 1979 & 1983; Ding 1999; Hamidy 1985; Matheson 1983, 1985,1987 & 1989). Kehebatannya sukar ditandingi tempat lain daripada segi bilanganpenulis, jumlah karya dan keanekaragaman isi kandungan karya, lebih-lebih laginafas pembaharuan yang dibawa beberapa orang penulisnya. Daripada segi jumlah,Hamidy (1985) telah mendokumentasi 137 buah karya daripada kira-kira 70 orangpenulis. Perkembangan itu ada kaitan dengan pengaruh dari keluarga bangsawanRaja Ali Haji, selain peranan yang dimainkan Kelab Rusydiah, payung seni danbudaya Riau dari tahun 1895 hingga 1905 (Abu Hassan Sham 1979). Segala-galanyatelah berubah mulai awal tahun 1910-an berikutan banyak bangsawan dan penulisPulau Penyengat melarikan diri ke tempat lain, akibat pergolakan politik antarakerajaan Belanda dengan kerajaan Melayu yang berpusat di pulau itu.Oleh sebab apa yang diceritakan/ dinyatakan dalam karya itu mempunyaikesan yang konkrik dalam pandangan pembaca, maka nonsymmetrical malefemale binaries bukan saja menerangkan, tetapi juga telah memperkuatkanpenindasan wanita dalam kehidupan yang sebenar. Sistem sosial itu susah diubah.Untuk mengubahnya, sasterawan perlu berusaha kuat untuk mengkritik struktursosiolinguistik yang ada di satu pihak, dan mencipta model/ jalan alternatif untukmenulis dan membaca karya yang ada dan yang baru nanti di pihak yang lain.Pada peringkat awal, gerakan dualan itu memberi perhatian khas kepada isuwanita. Dengan meningkatnya bilangan pengarang wanita, seperti yang berlakudi Pulau Penyengat pada pinggir abad yang ke 19, telah muncul banyak pengarangfeminis wanita – pengarang yang memperjuangkan kebebasan dan hak wanita.Sementara itu, kerajaan Aceh di Sumatera Utara pernah diperintah empatorang raja perempuan dari tahun 1641 hingga 1699. Demikian juga empat orangraja perempuan telah memerintah di Pattani dari abad ke 15 hingga abad ke 17,selain raja perempuan pernah juga berkuasa di Sukadana, Kelatan, Solor danJawa. Pemerintahan raja perempuan di negara Islam tidak dicabar ulama.Sehubungan itu, pemerintahan raja perempuan bukanlah perkara yang luar biasadalam percaturan politik di dunia Melayu. Dalam Tajul Salatin, yang bermaksudcermin atau panduan untuk putera, karya Bukhari al-Jauhari pada 1604, untukdipersembahkan kepada Aladin Riayat Shah, moyang kepada raja perempuanAceh yang pertama (Braginsky 2004), telah diberi sebab wanita tidak wajar menjadiraja atau public figure. Tetapi, dalam Bustan al-Salatin, Seri Sultan Taj al-AlamSafiyyat al-Din Shah Berdaulat telah digambarkan mempunyai sifat yang

Wajah Terbuka dan Hidup Tertutup: Gender dan Seksualiti77sempurna seperti bermurah hati, cantik, bijak, suka ilmu dan bertakwal, sifat-sifatraja yang sempurna (Jelani Harun 1996).KHATIJAH TERUNG (1885 –1955)Khatijah Terung (Foto 1) masih diingati orang tua di Pulau Penyengat sebagaibomoh. Dia adalah “a public figure” dan kerap diundang ke majlis perkahwinan.Kehadirannya di majlis itu penting tidak sahaja boleh menyerikannya, tetapijuga dapat mendindingi raja sehari daripada dikacau orang halus, polong danhantu, maka majlis itu dapat berjalan dengan lancar. Khatijah menjadi lebih terkenalsetelah berkahwin dengan Raja Haji Abdullah bin Raja Hassan, cucu kepadaRaja Ali Haji (1809-1872), antara tahun 1908 dan 1911, ketika berusia antara 23hingga 26 tahun. Perkahwinan itu adalah kali yang kedua baginya kerana diapernah berkahwin dengan seorang tukang gunting rambut sebelum itu.Perkahwinannya dengan Raja Haji Abdullah telah membuat orang ramai di PulauPenyengat memberi perhatian lebih kepadanya, sekaligus mengubah kedudukansosialnya. Tetapi, bagi orang di luar Pulau Penyengat masa kini, Khatijah Terungdikenali sebagai pengarang Perhimpunan Gunawan bagi Laki-Laki danPerempuan yang telah dikarangnya pada tahun Masihi 1911, bersamaan 5 Rejabtahun Hijrah 1329 di Pulau Penyengat.Sebelum melanjutkan perbincangan, elok dinyatakan sebab-sebab KhatijahTerung dikahwini Raja Haji Abdullah sebagai isteri yang ke empat. Pertama, RajaHaji Abdullah yang juga seorang tabib dan yang pandai dalam ilmu sihir ituingin mengetahui kehebatan ilmu polong, pengasih, tangkal dan lain-lain yangdipunyai Khatijah. Kedua, Khatijah mempunyai bakat menulis, mengarang,berpantun, bergurindam, bersyair, selain tahu bahasa Arab. Ketiga, Khatijahyang pandai memasak, menekat dan menjahit itu telah mengambil hati Raja HajiAbdullah, yang jauh lebih tua daripadanya. Keempat, hubungan mereka telahberputik sejak Khatijah menjadi orang gaji di rumah Cik Yam, isteri ketiga kepadaRaja Haji Abdullah. Setelah kematian Raja Haji Abdullah pada tahun 1926,Khatijah Terung yang pada ketika itu sudah berusia kira-kira 41 tahun ituberkahwin lagi, walaupun perkahwinan kali ini cuma bertahan setahun dua.Walaupun mengajar ilmu kepada orang lain untuk mendapat anak, tetapi Khatijahsendiri tidak dikurniakan anak daripada kesemua perkahwinannya. Ini menepatinasihatnya yang diulangi dalam karyanya:segala-galanya mesti diberkati dan direstui Tuhan, Allah kerana ‘manusia hanya bolehberusaha, tetapi Tuhan yang menentukan’.Walau bagaimanapun, Khatijah menggambarkan diri dengan kata-katasedemikian di hujung teks tersebut:Adapun yang empunya kitab ini seorang hamba Allah ta’ala yang amat lemah bagi miskin,tiada daya dan upaya, senentiasalah di dalam dukacita dan murung, yaitulah hamba yanghina Khatijah Terung

78Sari 24Dengan mengahwini Raja Haji Abdullah, Khatijah Terung dengan sendirinyamemiliki kebebasan untuk memanfaatkan bahan bacaan di perpustakaan miliksuaminya sebelum ia terbakar pada malam tujuh likur bulan Ramadhan tahun1923 (Matheson 1980). Kesempatan membaca dan menelaah kitab tentang ilmudan petua, termasuk bahan bacaan tentang gender dan seksualiti dari Eropahtelah memberi ilham kepada Katijah untuk membukukan ilmu yang diketahuinya.Penulisan petua itu juga dipengaruhi tradisi penulisan pengarang wanita yanglain, lebih-lebih lagi kebebasan dan keberanian yang ditunjukkan Raja AisyahSulaiman (Ding 1999) dan juga Raja Kalzum (Wieringa, 1997). Tidak keterlaluanjika dikatakan Katijah juga sudah mengenali pengarang wanita yang lain semasa,termasuk Raja Zaleha, Raja Safiah, Salmah Ambar dan Badariah MuhammadTahir. Selain itu, mungkin Khatijah Terung telah mendapat galakan daripadasuaminya untuk mengarang teks yang diperkatakan ini. Untuk mengetahui kisahhidup Khatijah Terung dengan lebih baik, perlu diketahui serba sedikit kisahhidup Raja Haji Abdullah bin Raja Haji Hassan (- 1926). Terkenal sebagai tabibyang pakar dalam ilmu rohani dan pukau, dia juga termasyur dengan namatimangan: Engku Haji Lah. Perkara lain yang menarik pada Raja Haji Abdullahialah dia pernah dilantik sebagai hakim landard dan kadi syariah. Walaupunjawatan yang pertama itu disandangnya cuma beberapa tahun, tetapi telahmembuatnya dikenali sebagai hakim. Setelah dihantar ke negara-negara Arabuntuk melanjutkan pelajaran, penguasaannya ke atas bahasa Arab sudahmembolehkannya menterjemah dan mengadaptasikan karya-karya sastera Arabke dalam bahasa Melayu. Dia juga pandai berbahasa Perancis dan Belanda.Pendek kata, dia mempunyai banyak bakat, maka boleh dikatakan seorang yangserba boleh. Walaupun mengarang, melukis, mengukir dan membuat patungadalah perkara biasa bagi hakim dan kadi yang berjiwa seni, tetapi agakkontroversial jika mereka didapati menampal gambar wanita Eropah yang telanjangyang dikerat daripada bahan bacaan dari Eropah, lebih-lebih lagi melukis alatkelamin wanita dalam karyanya. Model wanita bogel dan yang menunjukkanbuah dada yang menjadi objek utama seni lukis dan ukir di Eropah sejak zamanRenaissance itu boleh didapati dalam Cempaka Putih dan Pahlawan Ferhad,dua buah karya lain daripada Raja Haji Abdullah. Sifat kontroversial yang lainpada dirinya ialah dia tidak meninggalkan karya agama atau undang-undang,walaupun pernah menjadi hakim dan kadi, tetapi telah mewariskan kepada kitasembilan buah karya tentang tatabahasa Melayu, karya sastera kreatif terjemahan/saduran dan juga karya ilmu perubatan.ISI HIMPUNAN GUNAWAN BAGI LAKI-LAKI DAN PEREMPUANTeks ini bermula dengan amaran dan nasihat Khatijah Terung: petua ilmu jangandisalahgunakan kerana padah akibatnya. Dalam teks sepanjang 52 halaman itu(Ding 2002) telah dicatatkan sebanyak 53 ilmu (Mukherjee 1997: 36): bagaimana

79Wajah Terbuka dan Hidup Tertutup: Gender dan Seksualitimenguatkan tubuh suami, bagaimana membuat suami tertarik kepada isteri,bagaimana membuat jimak yang menyeronokkan, bagaimana membuat suamisetia kepada isteri dan bagaimana wanita membuat dirinya cantik dipandang.Pada halaman 23, Khatijah Terung menyatakan ilmu-ilmu itu didapatinya daripadabanyak guru, termasuk Wan Mah, dan pada halaman 2 dinyatakan “segala rahsiaitu tidak dituliskan di dalam kitab yang amat pendek ini”. Ini bermakna yangditulisnya itu cuma sedikit daripada yang diketahuinya. Kalau demikian, wajarlahnasihatnya bahawa ilmu itu tidak boleh diamalkan kerana tidak akan berkesanjika tidak diketahui petuanya dengan betul, lebih-lebih lagi jika tidak berguru.Namun demikian, sebahagian besar ilmu dalam petua itu telah disenaraikan dalamrajah yang berikut, mengikut urutannya yang disampaikan:BilIlmu/ Petua/ CaraKaliHalaman1234Memilih haribulan yang baik untuk belayarMengetahui hal orang yang belayar jauhMengetahui sama ada isteri boleh beranakMengetahui sama ada suami mengasihi isterinyaatau yang sebaliknyaIlmu pengasihMemelihara kasih sayang antara suami isteriMendamaikan dua orang yang berbencianMenahan air mani supaya tidak cepat keluarBerjimak1111334481118Selusuh mengeluarkan anak/ uriMembuat wanita cantik dipandangMenundukkan suamiMemanggil suami untuk bersetubuhAzimat perempuan khianat pada suamiMelepaskan diri daripada kepungan musuhMendapatkan rezeki dengan mudahMenyingkap rahsia orang lainMembuat orang taat kepada kitaMemuja bunga melorMenjaga bunga perhiasanMendindingi diri supaya tidak kena sihirMenjamu selera pusara pukiMenyeru semangat suamiMenyuburkan tubuh suamiMengeraskan anggota suami15331111121111114, 8, 23, 32 , 298668, 10, 18, 18,20, 25, 4471, 3, 18, 20, 4414, 22, 2718, 2456789101112131415161718192021222324252425262931, 41324347515152Walaupun secara keseluruhan teks itu lebih berupa panduan kepada wanitauntuk membuat laki-laki atau suami merasa berahi terhadap mereka, tetapi iabukanlah karya erotika (Mukherjee 1997: 36). Tidak kira apa juga pandangan

80Sari 24orang kini terhadapnya, mungkin inilah kali pertama pengarang wanita Melayupada pinggir abad ke 19 menyatakan secara terus terang apa yang boleh merekalakukan untuk membuat laki-laki atau suami mereka merasa berahi danmenyayangi mereka. Walaupun teks semacam ini jarang, malahan luar biasa,tetapi tidaklah boleh dikatakan ia adalah satu-satunya dalam sastera Melayulama, kerana masih banyak lagi manuskrip Melayu belum diketemui dan dikaji.Tanggapan umum sedemikian disebabkan ilmu dan pengetahuan seumpama itudianggap sulit dan larangan ketika itu. Akan tetapi, Khatijah Terung me

Wajah Terbuka dan Hidup Tertutup: Gender dan SeksualitiSari 24 (2006) 73 - 90 73 Wajah Terbuka dan Hidup Tertutup: Gender dan Seksualiti dalam Karya Sastera Melayu Riau Pinggir Abad ke 19 DING CHOO MING ABSTRAK Himpunan Gunawan Bagi Laki-Laki dan Perempuan adalah panduan tentang magik b

Related Documents:

Pengukuran Poligon tertutup dan Poligon terbuka dengan kontrol tidak sempurna (hanya dikontrol oleh koordinat awal dan koordinat akhir) Bentuk Poligon a. Poligon Tertutup (loop) Poligon tertutup adalah rangkaian titik-titik yang titik awal dan akhirnya sama dalam satu titik yang telah diketahui koordinatnya, dengan cara mengukur sudut mendatar dan jarak mendatar. b. Poligon Terikat Poligon .

BAB II TINJAUAN PUSTAKA MENGENAI LINGKUNGAN HIDUP DAN PENCEMARAN LINGKUNGAN HIDUP A. Lingkungan Hidup 1. Pengertian Lingkungan Hidup Kehidupan manusia di bumi tidak bisa dipisahkan dari lingkungannya, begitu juga dengan kehidupan manusia dengan makhluk hidup lainnya seperti hewan dan tumbuhan.

majalah-majalah porno, televise dan lainnya. Kedua: Keluarnya wanita dengan wajah yang terbuka dan berdandan menuju pasar-pasar, terbukannya wajah wanita yang bersolek adalah pintu besar yang mengarahkan seseorang kepada z

KETERAMPILAN SISWA DALAM BERPIKIR DAN MENULIS KREATIF Universitas Pendidikan Indonesia repository.upi.edu perpustakaan.upi.edu Secara umum ada dua jenis angket yakni angket terbuka dan angket tertutup. Angket terbuka berisi pertanyaan-pertanyaan atau pernyataan-pernyataan pokok yang bisa dijawab oleh responden secara bebas. Sementara

Poligon tertutup. Pada poligon tertutup : a. Garis-garis kembali ke titik awal, jadi membentuk segi banyak. b. Berakhir di stasiun lain yang mempunyai ketelitian letak sama atau lebih besar daripada ketelitian letak titik awal. Poligon tertutup memberikan pengecekan pada sudut-sudut dan jarak tertentu, suatu pertimbangan yang sangat penting. Titik sudut yang pertama titik sudut yang terakhir .

Poligon tertutup memiliki bentuk yang tertutup (kring) sehingga membentuk segi banyak atau n (n adalah banyaknya titik poligon). Syarat geometris dari poligon tertutup adalah : a. syarat sudut ukuran : β (n-2).180o apabila yang diukur/dipakai sudut dalam β (n 2).180o apabila yang diukur/dipakai sudut luar b. Syarat absis dan ordinat : d sin α 0 d cos α 0 5. Toleransi .

kerusakan struktur dan fungsi jantung secara tidak langsung mempengaruhi kualitas hidup pasien tetapi sudah diawali saat timbulnya tanda dan gejala penyakit. Tujuan Penelitian: Mengetahui gambaran kualitas hidup pada penderita gangguan fungsi dan struktur jantung di Komunitas Peduli Jantung dan Pembuluh Darah Kota Malang.

NORTH & WEST SUTHERLAND LOCAL HEALTH PARTNERSHIP Minutes of the meeting held on Thursday 7th December 2006 at 12:00 Noon in the Rhiconich Hotel, Rhiconich. PRESENT: Dr Andreas Herfurt Lead Clinician Dr Moray Fraser CHP Medical Director Dr Alan Belbin GP Durness Dr Anne Berrie GP Locum Dr Cameron Stark Public Health Consultant Mrs Sheena Craig CHP General Manager Mrs Georgia Haire CHP Assistant .