Konflik Nelayan Pantai Di Pulau-pulau Di Sekitar Mersing

3y ago
67 Views
4 Downloads
449.87 KB
13 Pages
Last View : 23d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Ryan Jay
Transcription

EKOMARJournal of TropicalMarine Ecosystem Journal of Tropical Marine Ecosystem 1(2012):31-43www.ukm.my/jtmeKonflik nelayan pantai di pulau-pulau di sekitar Mersing(Challenges of small-scale coastal fishermen in the islands around Mersing)Azima Abdul Manaf, Mohd Samsudin, Suhana Saad, Kamariah MokhtarojiFakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MalaysiaReceived 1 Mac 2012; accepted 15 April 2012ABSTRAKKajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana nelayan pantai di pulau-pulau disekitar Mersing mengalamikonflik sosio-ekonomi bagi tujuan kelansungan hidup. Konflik sosio-ekonomi nelayan pantai wujud setelahpihak kerajaan mengumumkan penubuhan taman –taman Laut. Penubuhan taman-taman telah mengazetkanbeberapa akta antaranya termasuklah Akta Taman Laut 1985. Akta tersebut telah mengariskan beberapaperuntukan tertentu yang akhirnya memberi implikasi yang besar terhadap keadaan sosio-ekonomi penduduksetempat. Bagi menjelaskan wujudnya konflik nelayan pinggir pantai di kawasan kajian maka metod kajiansecara kualitatif telah digunakan. Tembual mendalam dengan nelayan pantai yang terlibat telah dijalankan.Analisis mendapati terdapat beberapa peruntukan yang menimbulkan konflik sosio-ekonomi penduduksetempat antaranya rekabentuk rezab taman laut, kesejahteraan dan keselesaan masyarakat setempat sertazon perikanan seperti mana yang termaktub dalam peruntukan yang sedia ada. Konflik nelayan kecil inimenjelaskan bahawa wujudnya kepentingan yang berbeza antara peruntukan taman laut dengan keperluanpenduduk setempat.Katakunci: Taman laut, konflik, nelayan pantai, kelansungan hidup, sosio-ekonomi nelayanABSTRACTThis study aims to evaluate the extent of socio-economic conflicts for the survival livelihood faced by thefishermen at the Mersing Islands. These conflicts existed since the announcement of the establishment ofMarine Park by Malaysian government. The establishment of marine parks introduces a number of acts,included the Marine Park Act 1985. This act outlines several specific provisions that ultimately have wideimplications for the socio-economic interest of the residents. This study uses qualitative method to obtaininformation that can be used to explain the socio-economic challenges confronting coastal fishermen. In-depthinterviews with the affected fishermen were conducted. The analysis found that there were several provisionsthat have created socio-economic problems among local people. These include the design of marine parkreserve, the well-being and comfort of the local community and fisheries zone as per the existing provisions.The findings of the study show that there is therefore a conflict between the need to introduce marine parkprovisions and the need and interests of small scale fishermen.Keywords: Marine Park, conflicts, coast fishermen, survival, socio-economic life of fishermen 2012 Published by EKOMAR, FST, Universiti Kebangsaan Malaysia, MALAYSIA.*Corresponding author: azima@ukm.my

Azima Abdul Manaf et al. 201232PENGENALANPada tahun 1983 Kementerian Pertanian Malaysia melalui Jabatan Perikanan telahmenubuhkan Taman Laut Negara. Tujuan penubuhannya timbul ekoran daripada kesedaranbahawa sumber perikanan daripada laut telah mula mengalami penyusutan. Sehubungan itubeberapa usaha telah dilakukan bagi mempertingkatkan sumber perikanan, kawasanterumbu karang yang merupakan tempat membiak perlu dipelihara dan dilindungi bagimemastikan hasil laut boleh dinikmati oleh generasi seterusnya. Justeru pada tahun 1994dianggarkan 40 buah pulau diseluruh Malaysia telah digazetkan sebagai taman lautantaranya termasuklah Kepulauan Pulau Tinggi di Johor. Namun demikian pewartaan tamanlaut yang diperuntukan di bawah seksyen 41 hingga 45 telah menimbulkan konflik sosioekonomi nelayan di kawasan sekitar pulau-pulau Mersing.Antara masalah sosio-ekonomi penduduk setempat yang dikenalpasti merangkumikesukaran untuk mendapatkan hasil laut yang dulunya merupakan pekerjaan tradisi utamamereka. Keadaan ini akhirnya membelenggu nelayan-nelayan kecil yang di kawasan yangtelah digazetkan. Keadaan ini seterusnya mencetuskan konflik nelayan pantai sama adamahu terus berada di pulau yang telah digazetkan atau mula mengorak langkah keluar danberhijrah ke kawasan lain. Pengezonan perairan laut sejauh 2 batu nautika terhadap pulaupulau yang telah digazetkan menyebabkan punca rezeki nelayan pantai menjadi semakinkurang. Batasan ruang untuk menjalankan aktiviti menangkap ikan akhirnya mencetuskankonflik sosio-ekonomi nelayan pantai di kawasan perairan Mersing seperti kemiskinan.Konflik nelayan pantai di kawasan yang digazetkan sebagai taman laut di Malaysiadidapati selari dengan dapatan kajian oleh Pomeroy et.al (2006) yang menjelaskan bahawakomuniti pinggir pantai di kebanyakan lokasi yang diwartakan sebagai kawasanperlindungan marin berhadapan dengan masalah antaranya kemiskinan. Fenomena iniberkait rapat dengan masalah kebergantungan yang tinggi penduduk pulau terhadapsumber semulajadi yang terdapat di kawasan yang telah digazetkan. Penelitian yang samajuga diperoleh oleh Azima et. al (2011), Pomeroy et.al (2006), Indab (2004), Cinner.R (2003),Nick & Bridgid (2003), Irene (2002) dan James et. al (2002) di mana dapatan hasil kajianmenunjukkan bahawa wujudnya impak negatif terhadap penduduk apabila sesebuahkawasan pulau diisytiharkan sebagai Kawasan Perlindungan Marin (Marine Protected Area(MPA). Justeru itu, kajian ini akan mengupas beberapa peruntukan/akta taman laut yangmenjadi faktor penghalang kepada penduduk setempat untuk meneruskan kelangsunganhidup. Keadaan ini akhirnya mencetuskan konflik kepada nelayan pantai di kawasan sekitarpulau-pulau Mersing.METODOLOGIKajian ini melibatkan pengumpulan maklumat dengan menggunakan metod temubualsecara bersemuka dan mendalam dengan nelayan pantai di Pulau Balang, Pulau Tinggi danPulau Aur. Temubual dengan nelayan pantai ini di pulau berkenaan amat terhad keranaramai di kalangan nelayan pantai di pulau berkenaan telah pun berhijrah keluar ke pekanMersing. Selain itu, temubual dengan pegawai yang berkaitan seperti Pejabat Daerah jugaturut dikendalikan bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung konflik nelayan pantaidan kaitannya dengan penghijrahan mereka ke pekan Mersing dan kawasan sekitarnya.

Jour. Trop. Mar. Ecosyst.33KonflikBerasal daripada perkataan Latin conflictus yang membayangkan lahirnyaketidaksetujuanterhadap sesuatu perkara disamping mewujudkan pergeseran dan perselisihan antara ahlidalam kumpulan. Antara lain konflik juga disebabkan oleh perbezaan fahaman dan ideologiantara inidividu dalam kumpulan (Hewatone et.al 2001). Tahap-tahap dalam konflik padaperingkat awalnya melibatkan krisis, ketegangan, salah faham yang akhirnya menjuruskepada ketidakselesaan inividu yang berada dalam sesebuah kumpulan.Situasi ini bersesuaian dengan pandangan Oberschall (1973) yang menyatakankonflik merupakan warisan kehidupan sosial yang boleh berlaku dalam pelbagai keadaanakibat berbangkitnya keadaan ketidaksetujuan, kontroversi dan pertentangan di antara duapihak atau lebih secara berterusan. Sehubungan itu, konflik sentiasa berpusat padabeberapa penyebab utama, yakni melibatkan tujuan yang hendak dicapai, lokasi sumbersumber yang dibahagi, keputusan yang diambil, mahupun perilaku setiap pihak yang terlibat(Klandermans 1997).Konflik merujuk kepada pertentangan, ketidaksetujuan, salah faham sertaperselisihan yang akhirnya akan membangkitkan pertentangan antara dua pihak yangberkepentingan. Pertentangan, salah faham mahupun perselisihan antara nelayan pantaidengan pihak yang bertanggungjawab dalam menyedia akta mahupun peruntukan tertentudilihat telah menjadi faktor pencetus kepada nelayan di kawasan terbabit. Hal ini akhirnyatelah memberi implikasi yang besar terhadap kelangsungan hidup nelayan pantai di sekitarkepulauan Mersing. Kajian oleh Azima et al. (2011), Pomeroy et al. (2006), Indab (2004),Irene (2002), Nick & Bridgid (2003), Cinner (2003) dan James et al. (2002) menjelaskanwujudnya konflik dalam konteks kelangsungan hidup apabila rata-rata nelayan di kawasanpengazetan berada dalam keadaan miskin dan terpinggir. Sehubungan itu kajian ini jugaakan menumpu kepada faktor yang mendorong wujudnya konflik nelayan pantai dikawasan kajian.HASIL DAN PERBINCANGANKonflik nelayan pantai yang melibatkan ketidaksetujuan, salah faham serta perselisihanpenduduk setempat tercetus sebaik sahaja pulau berkenaan di wartakan sebagai taman lautpada tahun 1986. Cetusan ketidaksetujuan, salah faham serta perselisihan penduduk dipulau-pulau berkenaan lebih menjurus kepada kekangan beberapa peruntukan yang telahdibentuk bagi membangunkan serta melindungi kawasan taman laut. Hambatan peraturanmahupun peruntukan yang digunakan bagi melindungi pewartaan taman laut telahmenyebabkan nelayan pantai semakin terhimpit. Kewujudan beberapa peruntukan telahmenyebabkan wujudnya batasan terhadap keperluan survival nelayan pantai di kawasanperairan Mersing. Pemerhatian di beberapa buah pulau dan temubual dengan beberapaorang nelayan pantai sekitar Mersing mendapati terdapat beberapa peruntukan yang telahmendorong berlakunya konflik antaranya rekabentuk rezab laut, zon perikanan,kesejahteraan dan keselesaan penduduk serta Akta Perikanan 1985 (Akta 317).Konflik penduduk dengan rekabentuk rezab lautAkta perikanan diwujudkan untuk menjadikan industri perikanan negara mampan.Sehubungan itu, beberapa perkara yang terdapat pada akta perikanan telah diwujudkan.

34Azima Abdul Manaf et al. 2012Antaranya merangkumi pengeluaran lesen, pengisytiharan taman laut atau rezab laut danZon Ekonomi (autonomi) Ekslusif (ZEE). Pemakaian MPA adalah bertujuan untuk melindungidan mengekalkan proses semula jadi, kepelbagaian sumber laut, dan habitatnya. Kawasanyang telah digazetkan sebagai MPA ini mempunyai peraturan dan undang-undang tertentuyang telah ditetapkan pada awal penubuhannya. Terdapat beberapa aktiviti yang dilarangdilakukan di kawasan ini seperti memancing, pengambil khazanah laut, perlombongan,pengambilan pasir, pembuangan sampah, dan lain-lain lagi (Ballantine 1999 ).Menurut Ngugi (2002) pemakaian MPA telah menyebabkan hasil pendapatanpenduduk terutama golongan nelayan semakin berkurangan. Langkah pihak kerajaandengan mengambil sebahagian daripada kawasan yang menjadi lokasi kegiatan nelayantelah menyebabkan aktiviti nelayan menjadi semakin terhad. Hal ini telah menyebabkannelayan terpaksa mencari kawasan lain, jauh daripada pantai atau luar daripada MPA yangtelah ditetapkan untuk menjalankan aktiviti menangkap ikan dan mengambil karangan laut.Pemakaian MPA telah menyebabkan ramai golongan nelayan terpaksa berhentimenjadi nelayan dan mencari pekerjaan lain kerana kekurangan peralatan yangberteknologi untuk menangkap ikan. Jarak tangkapan yang semakin jauh menyebabkanmereka memerlukan penggunaan bot besar, alat General Packet Radio Service (GPRS) untukmengesan lubuk ikan, peti penyimpanan ikan, jaring, enjin bot berkuasa tinggi, peralatantangkapan ikan dan lain-lain lagi. Menurut Ngugi (2002), golongan nelayan ini tidakmempunyai peluang pekerjaan yang banyak selain menjadi nelayan. Hal ini keranakebanyakkan daripada nelayan kurang mempunyai kemahiran selain menangkap ikan.Tambahan pula kajian oleh Mustafa et al. (2011) menunjukkan kebanyakkan mereka jugamempunyai taraf pendidikan yang rendah. Ketiadaan pekerjaan mahupun kemahiran lainmenyebabkan pendapatan isi rumah semakin berkurangan. Implikasinya kehidupan nelayanpantai menjadi semakin terhimpit.Temubual dengan beberapa orang nelayan menjelaskan bahawa kehidupan nelayankecil kini semakin susah terutama sebaik sahaja kawasan rezab laut diwujudkan. MantanPengerusi Perikanan Mersing menjelaskan bahawa Akta Taman Laut Peringkat awal adalahuntuk mengelakkan penggunaan pukat tunda. Keadaan ini menyebabkan pengistiyharantersebut mendapat sokongan daripada nelayan kerana sememangnya pada sebelumpengisytiharan para nelayan memang menghadapi masalah dengan nelayan yangmenggunakan pukat tunda.Namun sebaik sahaja pewartaan mereka mendapati matlamat utama penubuhantaman laut adalah untuk melindungi, memelihara dan mengurus secara berterusanekosistem marin terutamanya terumbu karang serta flora dan fauna. Perlindungan tersebutbertujuan berkaitan agar ekosistem marin sentiasa terpelihara daripada gangguan dankerosakan generasi akan datang. Keadaan ini menjelaskan bahawa rekabentuk Taman Lauthanya memberikan penekanan terhadap ekosistem semulajadi hidupan marin tanpamemberikan perhatian terhadap keperluan pulau-pulau yang berpenghuni.Temubual dangan beberapa orang nelayan pantai daripada Pulau Aur menjelaskanbahawa taman laut telah menjejaskan kebebasan nelayan di kawasan terbabit untukmemperoleh gamat yang menjadi sumber pendapatan utama penduduk di Pulau Aur.Walaupun mereka dibenarkan untuk mengutip gamat dengan cara mendapatkan lesenterlebih dahulu tetapi larangan menperoleh gamat di kawasan taman laut menyebabkankeadaan penduduk menjadi semakin terhimpit. Ada kalanya mereka terpaksa melanggarsyarat taman laut dan akhirnya dikenakan denda oleh pasukan marin yang bertugas.Keadaan ini sekali lagi menjelaskan bahawa rekabentuk taman laut yang tidak prihatin

Jour. Trop. Mar. Ecosyst.35dengan nasib nelayan pantai pulau menyebabkan sebahagian besar daripada mereka keluarberhijrah ke kawasan darat Mersing. Masalah yang sama juga dihadapi oleh nelayan kecildaripada Pulau Balang dan Sibu yang turut dilawati oleh pengkaji.Konflik penduduk dengan zon perikananTerdapat empat zon perikanan yang telah diwujudkan melalui perlesenan di mana ianyaberdasarkan jenis alatan ikan, ikan dan kelas vesel. Pembahagian kepada empat zonbertujuan menyediakan kawasan yang sesuai serta mengelakkan konflik antara perikanantradisional dan komersial. Zon A- kurang daripada 5 batu nautika daripada pantai, hanya untuk perikanan kecilkecilan dengan menggunakan kaedah tradisional dan dioperasikan oleh empunyavesel. Zon B – lebih daripada 5 batu nautika daripada pantai. Dioperasikan oleh veselkomersial yang kurang daripada GRT. Enjin dalam pengggunaan GRT penggunaanpukat tarik dan tunda dibenarkan. Zon C – melebihi 12 batu nautika daripada pantai. Vesel perikanan lebih 40 GRTsecara komersial beroperasi. Pukat tarik dan tunda dibenarkan. Zon C2 – lebih daripada 30 batu nautika daripada pantai. Vesel perikanan laut dalam70 GRT dan ke atas dibenarkan beroperasi.Berdasarkan zon perikanan yang ditelah dikeluarkan, garis panduan menjelaskan bahawaseharusnya tidak wujud konflik antara penduduk tempatan dengan zon perikanan. Setiapzon jelas mengambarkan jenis keterlibatan nelayan dan jenis peralatan yang bolehdigunakan.Namun demikian, temubual dengan beberapa nelayan yang mempunyai peralatanuntuk jarak aktiviti kurang daripada 5 batu nautika menjelaskan bahawa merekamempunyai masalah dengan nelayan pukat tarik dan pukat tunda. Mereka mendakwa,kapal nelayan ini akan memasuki kawasan perairan kurang daripada 5 batu nautika jikasekiranya mereka mendapati tiada pegawai daripada taman laut. Selain itu, mereka jugamendakwa ada di antara perahu tersebut yang akan memasuki perairan pada waktu malam.Keadaan ini benar-benar mengecewakan nelayan yang berada dalam zon A iaitu kurang 5batu nautika. Apabila hasil laut telah dibawa oleh pukat tunda dan pukat tarik sudah pastitidak ada hasil laut lagi yang tinggal untuk mereka. Fenomena ikan yang semakinberkurangan akibat daripada kegiatan pukat tunda diakui sendiri oleh responden daripadaPulau Aur. Katanya;“Ikan yang semakin berkurangan di kawasan perairan kurang daripada 5batu nautika kerana adanya kegiatan bot pukat tunda dilakukan olehwarga asing berhampiran dengan kawasan taman laut”.

36Azima Abdul Manaf et al. 2012Beliau mendakwa bot kecil tidak dapat pergi ke kawasan laut dalam kerana bot dankelengkapan memancing yang tidak canggih dan bersesuaian dengan klasifikasi zon yangtelah digariskan. Walaupun telah banyak aduan dibuat namun tiada apa-apa tindakan yangtelah dilakukan oleh pihak berkuasa.Kesukaran menjalankan kegiatan perikanan memaksa nelayan yang terlibat untukmencari rezeki di lokasi lain seperti ke Kuala Pengaleh ataupun meninggalkan terus usahamencari rezeki sebagai nelayan. Masalah yang dihadapi mempengaruhi golongan nelayan dipulau-pulau di sekitar Mersing seperti Pulau Aur, Balang mahupun Sibu menerima tawarandaripada pihak kerajaan untuk menyertai tanah rancangan FELDA (Mustaffa et al. 2011).Konflik kesejahteraan dan keselesaan penduduk.Sebaik sahaja pulau-pulau di sekitar Mersing digazetkan sebagai taman laut seharusnyakesejahteraan dan keselesaan penduduk setempat semakin baik daripada keadaansebelumnya. Namun keadaan sebaliknya berlaku terhadap penduduk yang tinggal dikawasan yang telah digazetkan sebagai kawasan taman laut.Umumnya terdapat tiga kategori pulau yang telah digariskan oleh Bahagian PiawaianPerancangan Pembangunan Fizikal Pulau-Pulau di Malaysia.1. Kategori 1 - Pulau Pembangunan yang merangkumi pulau-pulau yang mempunyaikriteria atau salah satu daripada kriteria seperti berikut:1.1 mempunyai keluasan lebih daripada 90 kilometer persegi dan bilangan pendudukmelebihi 20 ribu orang,1.2 merupakan pulau-pulau terpenting yang menjadi “impetus” kepada ekonominegara dan mempunyai berbagai rancangan pembangunan untuk meningkatkanekonomisetempat dan negara. Contoh Pulau Pinang, Pulau Labuan dan PulauLangkawi.2. Kategori 2 – Pulau Peranginan atau Pulau destinasi pelancongan yang bermaksud pulauyang mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai sebuah pusat pelanconganantarabangsa dan tempatan yang diwartakan sebagai Pulau peranginan oleh pihakberkuasa negeri. Ciri-ciri pulau kategori ini ialah;2.2 pulau-pulau di mana sebahagian besar asas ekonomi setempat bergantungkepada sektor pelancongan,2.3 terkenal di dalam dan luar negara dan menjadi tumpuan pelancongan,2.4 mempunyai sumber-sumber semulajadi dan daya tarikan pelancongan sepertikesan sejarah, warisan dan lain-lain produk pelancongan. Contoh Pulau Langkawi,Pulau Pinang , Pulau Pangkor, Pulau Ketam, Pulau Besar, Pulau Sibu, Pulau Redang,Pulau Sipadan, Pulau Tioman dan sebagainya.

Jour. Trop. Mar. Ecosyst.373.Kategori 3 – Pulau Taman Laut dan Pulau dilindungi. Pulau yang diwartakan dibawah Establishment of Marine Parks Malaysia Order 1994 yang dikeluarkan olehJabatan Perikanan bagi tujuan pemeliharaan dan pelancongan. Had pembangunanbagi taman laut ialah 2 batu nautika (3.2 km) ke sebelah laut dari paras minima airpasang penuh. Contoh Pulau Payar, Pulau Kapas,Pulau Seri Buat, Pulau Harimau danPulau Kuruman.Pulau yang dilindungi pula diklasifikasikan di bawah Fisheries (Prohibited Areas)Regulations 1994. Bagi kepulauan ini pemungutan kerang, siput dan batu karang adalahdilarang. Contoh Pulau Nyireh dan Pulau Tenggol di Terengganu, Pulau Talang-Talang Besar,Pulau Talang-Talang kecil dan Pulau Satang Besar di Sarawak.Jika diperhalusi didapati klasifikasi pulau taman laut dan pulau yang dilindungi secarajelasnya memberikan tekanan terhadap pulau yang berpenghuni berbanding denganklasifikasi pulau peranginanan dan pulau pembangunan.Sekatan dan peruntukan undang-undang terhadap pulau taman laut dan pulaudilindungi telah memberi implikasi terhadap konflik pembangunan kepada pulau-pulau yangberpenghuni. Had pembangunan yang telah ditetapkan menyebabkan pulau ini memerlukanstrategi pembangunan yang mengambilkira lima parameter asas sebagai penentuanpiawaian. Salah satu daripada asas penentuan piawaian tersebut termasuklah penyediaankemudahan untuk kesejahteraan dan keselesaan penduduk setempat. Antaranyatermasuklah kemudahan tempat ibadat, kemudahan masyarakat, kemudahan pekerjaandan perniagaan, kemudahan rekreasi dan alam yang bersih.Penelitian pengkaji di Pulau Aur, Pulau Balang, Pulau Tinggi dan Pulau Sibumendapati tidak banyak kemudahan yang disediakan untuk kemudahan penduduk.Kemudahan yang paling ketara yang tidak disediakan adalah sekolah menengah. Hal inimenyebabkan penduduk terpaksa keluar daripada pulau untuk mendapatkan pendidikanbagi anak-anak mereka. Ha

Zon C – melebihi 12 batu nautika daripada pantai. Vesel perikanan lebih 40 GRT secara komersial beroperasi. Pukat tarik dan tunda dibenarkan. Zon C2 – lebih daripada 30 batu nautika daripada pantai. Vesel perikanan laut dalam 70 GRT dan ke atas dibenarkan beroperasi.

Related Documents:

meningkatkan kesejahteraan masyarakat nelayan. Namun dalam perkembangannya pelabuhan tersebut tidak dapat dimanfaatkan dengan maksimal oleh para nelayan. Hal tersebut dihadapkan oleh rendahnya kualitas SDM khususnya para nelayan setempat. Selain itu, masyarakat nelayan di Desa Dadap merupakan kelompok masyarakat

kendala pemberdayaan masyarakat nelayan di desa Air Payang yaitu, sulitnya merubah pola pikir dan paradigma masyarakat nelayan, Adanya keterbatasan dana, dan Tingkat pendidikan rendah dan kurang terampilnya masyarakat nelayan dalam melakukan inovasi dan kreasi terhadap pengelolaan sumber perikanan.

Peneliti berhasil melakukan FGD bersama masyarakat nelayan diantaranya Roqib (42), Mulin (46), Mutasam (40), Cemat (43), Yanto (26) dan Khoirul (30) di depan kantor RN untuk menganalisis kondisi yang terjadi pada masyarakat nelayan yaitu mengenai musim-musim penangkapan yang dilalui para nelayan. 18 Adi fahrudin.

kualitatif. Hasil Pengembangan obyek wisata pantai Embe memberikan dampak positif terhadap aktivitas perekonomian masyarakat. Sebelum pengembangan wisata pantai Embe, sebagian besar masyarakat bekerja sebagai petani dan nelayan, namun sesudah pengembangan obyek wisata pantai aktivitas ekonomi meningkat.

sebelumnya misalnya pengelolaan konflik akan mencakup pencegahan dan penyelesaian konflik. Sementara Minnery (1980:220) menyatakan bahwa manajemen konflik merupakan proses, sama halnya dengan perencanaan kota merupakan proses. . Jika

Petunjuk Teknis Analisis Spasial Konflik Tenurial di Kawasan Konservasi ini dibuat dengan maksud untuk mendukung percepatan penanganan konflik tenurial di kawasan konservasi. Adapun tujuan tersebut antara lain : 1. Membangun basisdata spasial konflik tenurial di kawasan konservasi yang up to date oleh pengelola kawasan/ unit pelaksana teknis 2.

2 Ekologi, Manfaat & Rehabilitasi Hutan Pantai Indonesia perubahan iklim mikro, dan turunnya nilai produktivitas hayati di ekosistem pantai. Pada tahun 1997 tercatat lebih dari 60 lokasi pantai dan muara di 17 propinsi telah terjadi bencana abrasi pantai diantaranya di seluruh panta i u

Rumki Basu, Public Administration, Concepts and Theories, New Delhi, sterling Publishers Pvt Ltd, 2008. . Public Administration and Democracy: Meaning and Nature 2. Democratic Theories 3. Functions and Tools of Democratic Governments Unit-II 4. Political Institutions and Public Administration 5. Administrative Organisation; Judicial Institutions: Towards Reforms 6. The Public in Public .