Al-Qarinah: Antara Kekuatan Dan Keperluan Dalam .

3y ago
111 Views
2 Downloads
812.38 KB
17 Pages
Last View : 1m ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Adele Mcdaniel
Transcription

International Journal of Islamic ThoughtISSN 2232-1314Vol.2: (Dec.) 2012Al-Qarinah: antara Kekuatan dan Keperluan dalam MensabitkanKesalahan Jenayah (Zina)Al-Qarinah: between the Strength and Requirements to Convict Crime (Adultery)LUKMAN ABDUL MUTALIB* & WAN ABDUL FATTAH WAN ISMAIL1ABSTRACTJustice is the ultimate objective of any judiciary system. The absolute justice isonly belongs to Islamic judiciary system. However it is highly dependent on thequality of the implementation methodology that man could produce. In theIslamic judiciary system, especially to convict a zina, there are variousmethods in establishing evidence. Some of the methods are unanimouslyaccepted while some others are not unanimously accepted. Al-qarinah isamong those which are not unanimously accepted by the Islamic jurists. TheIslamic law is actually dynamic. The dynamism lies on its flexibility, which isthe main characteristic of the law itself. It is because the fiqh law is notisolated from reality, but derived from the analysis on the contemporaryenvironments. The development in science and technology has changed thehuman civilisation and perception towards life. The development of knowledgein producing evidence scientifically such as DNA test, fingerprint etc. coupledwith the more complex criminal behaviour, demand us to take a detailed andin-depth study to determine the status of al-qarinah in the contemporaryIslamic judiciary system in order to make sure an Islamic law is relevant andeffort to give a justice and positive perception among nation toward Islam.Keywords: Islamic law, hudud, evidence, maslahat, al-qarinah.Seorang hakim memerlukan tiga perkara. Tanpa tiga perkara ini sesuatu penghakiman tidakakan sempurna iaitu mengetahui dalil, sebab dan keterangan. Mengetahui dalil bermaksudmengetahui nas syar’ie. Mengetahui sebab pula ialah tahu bagaimana perkaitan antara dalildan masalah atau kes. Manakala keterangan pula ialah kaedah atau cara untuk menzahirkankeadilan dalam proses perbicaraan. Apabila wujud kesilapan dalam salah satu dari tigaperkara tersebut maka berlakulah kesilapan dalam penghakiman. Banyak kesilapan hakimadalah berpunca dari tiga perkara tersebut atau salah satu daripadanya (Ibn al-Qayyim alJawzi 1996). Al-Qarinah dan pemakaiannya di dalam undang-undang keterangan Islamadalah skop yang menarik untuk dikaji. Ini kerana perubahan masa dan perkembangan ilmupengetahuan telah mengubah kedudukannya dari bukti keterangan yang tidak begitupenting pada suatu masa dahulu telah menjadi sangat penting pada hari ini. Al-Qarinah darisudut bahasa bererti melazimi atau sentiasa bersama (al-Syawkany: t.th.). Firman Allah:Lukman Abdul Mutalib*(Corresponding author). Ph.D. and Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Ph.D.Lecturer at Faculty of Syariah and Laws, Universiti Sains Islam Malaysia, 71809 Bandar Baru Nilai,Negeri Sembilan Darul Khusus. Email: .2.2012.00438Received: 02 July 2012Accepted: 18 August 2012e-ISSN 2289-6023

Al-Qarinah dalam Mensabitkan ZinaLukman Abdul Mutalib & Wan Abdul Fattah Wan Ismail َوَم ْن يَ ُك ِن الشَّْيطَا ُن لَهُ قَ ِرينًا فَ َساءَ قَ ِرينًا Maksud:Sesiapa yang menjadikan syaitan itu sebagai rakan baik yang sentiasabersama dengannya, maka itulah seburuk-buruk rakan (al-Quran al-Nisaa’,4:38).Dari sudut istilah pula, para fuqaha’ silam mendefinisikannya sebagai amarah atautanda. Mereka tidak mendefinisikannya secara jitu (takrif yang jami’ dan mani’) mungkinkerana ia adalah perkataan yang sedia difahami dengan mudah, justeru tidak perlu kepadatakrif yang lengkap. Namun setelah ilmu ini berkembang dan semakin penting untukdiketahui oleh orang ramai maka wujudlah satu takrif yang jami’ dan mani’. Oleh itu qarinahmengikut definisinya yang jitu ialah suatu nyataan yang zahir ada hubungan dengannyataan yang tersembunyi. Melalui hubungan tersebut, ia membawa kepada suatu maksudtertentu yang menjadi fakta kes (‘Adnan Hasan ‘Azayizah 1990). Sebagai contoh dalam kespeminangan anak dara, sebagaimana yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w tanda persetujuannyaialah diam (tidak membantah). Diam adalah nyataan zahir, namun bukan itu yangdikehendaki dalam kes ini. Apa yang dikendaki ialah diam bermaksud tidak membantah,tidak membantah bermaksud setuju (nyataan yang tersembunyi). Justeru, diam adalahqarinah tanda setuju.Qarinah mempunyai berbagai jenis dilihat dari aspek yang berbeza. Iaitu aspeksumber terdiri dari qarinah qanuniyyah dan qada’iyyah, dari aspek fizikal qarinah haliahdan maqaliah, dari aspek hubungkait dengan fakta kes qarinah ‘aqliyyah dan ‘urfiyyah(‘Adnan Hasan ‘Azayizah 1990). Setiap al-qarinah mempunyai darjah kekuatannya masingmasing, kerana itu tidak semuanya diterima sebagai dalil keterangan. Sebaliknya hanyayang bersifat qat iyyah (kuat) sahaja yang boleh dijadikan hujah. Lazimnya, al-qarinahmerupakan himpunan kaitan-kaitan peristiwa yang boleh menarik kepada satu kesimpulan.Berasaskan kepada kaitan-kaitan peristiwa yang banyak ini ia membentuk satu kesimpulanyang kukuh dan boleh mencapai ke tahap yakin.2 Ia boleh diibaratkan sebagai seutas taliuntuk menggantung sesuatu objek. Dengan hanya seutas tali tindakan ini mungkin tidakmemadai, tetapi dengan lima utas tali yang bergabung ia akan menjadi lebih kuat danbegitulah seterusnya.Dengan bersandarkan kepada hanya satu al-qarīnah sahaja tidak memadai untukmenyabitkan sesuatu kesalahan. Lazimnya dalam perbahasan ulama fikah mengenai al-qarīnah, iasama-sekali tidak menggambarkan konsep ini secara jelas. Mereka mengkaji al-qarīnah dari sudutyang terpisah antara satu al-qarīnah dengan al-qarīnah yang lain, walaupun dalam kes yang sama.Contohnya sabitan terhadap tuduhan meminum arak, ia dibuktikan melalui al-qarīnah bau atau alqarīnah muntah. Dalam kes zina ia dibuktikan melalui mengandung tanpa suami. Pada pandanganpenulis hakikatnya tidak demikian, dalam kes zina umpamanya Sayidina cUmar tidak mungkin hanyabersandarkan kepada al-qarīnah mengandung semata-mata sebaliknya pasti ada bukti-bukti lainyang menyokong tuduhan tersebut, walau bagaimanapun mengandung adalah al-qarīnah yang palingkukuh, kerana itu ia difokuskan. Secara logiknya sebelum sesuatu hukuman itu dijatuhkan pasti adaperbicaraan (pertuduhan dan pembelaan), malangnya ia tidak dinukilkan oleh 9

e-ISSN 2289-6023International Journal of Islamic ThoughtISSN 2232-1314Vol.2: (Dec.) 2012Kepentingan Bukti dan KeteranganMelaksanakan proses kehakiman yang adil dan saksama adalah satu tuntutan. Terdapatbanyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang memerintahkan kita agar menegakkan keadilan.Antaranya firman Allah s.w.t:ِِِ ي الن َّاس أَ ْن ََْت ُك ُموا بِالْ َع ْد ِل إِ َّن اللَّهَ نِعِ َّما َ ْ َ إِ َّن اللَّهَ يَأْ ُمُرُك ْم أَ ْن تُ َؤُّدوا الَ َمانَات إِ َل أ َْهل َها َوإِ َذا َح َك ْمتُ ْم ب ِ يعِظُ ُكم بِِه إِ َّن اللَّه َكا َن ََِسيعا ب ص ًريا ََ ًْ َMaksud:Sesungguhnya Allah memerintah kamu menyampaikan amanah kepada yangberhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila memutuskan sesuatupengadilan sesama manusia agar kamu memutusnya dengan adil.Sesungguhnya Allah s.w.t memberi sebaik-baik pengajaran kepadamu.Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mendengar lagi Maha Melihat (al-Quran, alNisa’ 4: 58).Menurut Imam al-Qurtuby, ayat di atas merupakan prinsip asas syariat Islam, iaitumanusia diseru agar bersifat amanah dan berlaku adil. Kedua-dua sifat ini adalah tunjangkepada keharmonian hidup manusia di dunia malah ia menjadi sebab utama untuk manusiamenikmati kesejahteraan hidup di akhirat (al-Qurtuby 1964). Dalam menegakkan keadilandan kesaksamaan ini, ia memerlukan kepada beberapa perkara, antaranya ialah keperluanterhadap satu sistem undang-undang yang adil dan saksama, kaedah perlaksanaan yangcekap dan sempurna serta bukti keterangan yang tepat dan benar. Dalam mencarikebenaran, keterangan adalah sangat penting khususnya dalam setiap prosidingkehakiman. Kelancaran dan keberkesanan sesuatu perbicaraan tertakluk sejauh mana buktidan keterangan yang berjaya diperoleh oleh mahkamah. Dengan keterangan, seorang hakimakan dapat membezakan antara yang benar dari yang salah, bahkan setiap hukuman yangdiputuskan oleh hakim mestilah berdasarkan kepada keterangan dan bukti tersebut.Rasulullah s.a.w bersabda:ِ َ ع ن أُم س لَم َ ق قَالَ ِ ََِسع َس ِ َ ول ِ إِنَّ ُك م َ ْت ُ وس لَّم ق يَ ُم َّ ص ُمو َن إِ ََّ َولَ َع َْ ول ا َ لَّه ا َعلَي ه َُ ُ َْْ َ ٍٍَِِِِِِِِِِْ َْلَ ُن ِبُ َّجته م ْن بَ ْع ْ ض ُك ْم أ ْ ض فَأَقْض َي لَهُ بِنَ ْح ٍو ِمَّا أ َ ضْي ُ لَهُ بِ َش ْيء م ْن َحق أَخيه فَال َ َ ََسَ ُع مْنهُ ق فَ َم ْن ق َ بَ ْع .َِ يَأْ ُخ ْذه فَِإََّّنَا أَقْطَ ُع لَهُ قِطْ َع ً ِم َن النَّا Maksudnya:Dari Ummi Salamah. beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda;kamu telah bertikai dihadapanku, mungkin ada di antara kamu yang lebihpetah berhujah (memberi keterangan) dari yang lain, lalu aku menghukumberdasarkan dari apa yang aku dengar darinya. Sesiapa yang telah akuhukumkan (berikan) untuknya sesuatu dari hak saudaranya ( yang ia tidakhttps://doi.org/10.24035/ijit.2.2012.00440

Al-Qarinah dalam Mensabitkan ZinaLukman Abdul Mutalib & Wan Abdul Fattah Wan Ismailberhak tetapi diperoleh lantaran hujahnya yang petah) janganlah iamengambilnya kerana dengan itu aku telah memotong untuknya sekepingapi neraka (al-Nawawy 1991).Sabda Baginda lagi:ِ ٍِِِ ي َعلَه َم ْن ٌ َّاس بِ َد ْع َو ُاه ْم الَ َّد َعه َِ َج َ ال أ َْم َو َال قَ ْوم َود َماءَ ُه ْم َولَك َّن الْبَي نَ َ َعلَه الْ ُمدَّعه َوالْيَم ُ لَ ْو يُ ْعطَه الن أَنْ َكَر Maksudnya:Andainya semua orang boleh diberikan hukuman semata-mata kerana adanyadakwaan, pastilah semua orang akan membuat dakwaan terhadap harta dandarah orang lain tetapi sebaliknya setiap pendakwa mestilah mendatangkanketerangan dan yang engkar mestilah bersumpah (al-Bayhaqy 1993).Melalui ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w di atas dapat kita fahami bahawaketerangan dan bukti adalah asas terpenting dalam menegakkan keadilan. Oleh itu ia perlutepat dan jelas. Tanpa keterangan yang tepat dan benar sudah pasti keadilan tidak dapatditegakkan. Lantaran itu, kita melihat syariat Islam memberikan satu garis panduan yangketat dalam menilai kesahihan sesuatu keterangan yang diberi seperti memperincikankelayakan seseorang saksi yang layak dibawa ke mahkamah dan sebagainya (MahmudSaedon 1990).Keterangan (al-Bayyinah)Dalam undang-undang keterangan Islam, bukti atau keterangan ini dikenali dengan istilahal-bayyinah (Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 1994 negeri Perak). Dari segipenggunaan bahasa al-bayyinah bererti terang, jelas dan nyata. Oleh itu penggunaannya didalam undang-undang keterangan Islam merujuk kepada sesuatu yang menjelaskan ataumenerangkan sesuatu hak atau kepentingan. Manakala pengertiannya menurut istilahsyarak pula terbahagi kepada dua pendapat (Muhammad Ra’fat 1992). Pendapat yangpertama ialah al-bayyinah bermaksud kesaksian (al-syahadah). Pendapat ini di dokong olehkebanyakan ulama (jumhur ulama’). Pendapat yang kedua pula ialah al-bayyinahbermaksud bukti keterangan. Iaitu bukti, hujah dan dalil. Pendapat kedua ini menerima albayyinah sebagai apa sahaja bentuk keterangan yang dapat membantu, menjelaskan,menerangkan, atau membuktikan sesuatu kes yang dibicarakan dalam proses menegakkankebenaran dan keadilan yang dituntut. Pendapat ini didokong oleh Ibn Taimiyyah dan Ibnal-Qayyim serta ulama yang sependapat dengannya. Manakala dalam Enakmen KeteranganMahkamah Syariah di Malaysia, al-bayyinah ditafsirkan sebagai keterangan. Dalam enakmenini kedudukan al-bayyinah telah dibezakan dengan al-syahadah secara jelas.3 Ini3 Seksyen 3 (1) Enakmen Keterangan (Mahkamah Syariah) 1994-Perak Darul Ridwan.Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 1991 (Kelantan) Demikian juga Akta Keterangan 1950.Undang-Undang Malaysia 1956.https://doi.org/10.24035/ijit.2.2012.00441

e-ISSN 2289-6023International Journal of Islamic ThoughtISSN 2232-1314Vol.2: (Dec.) 2012menunjukkan, sungguhpun pendapat kedua merupakan pendapat minoriti, tetapi dalampendekatannya menangani keadilan seiring dengan perubahan masa dan kemajuanteknologi telah membuktikan bahawa pentafsiran yang diguna pakai olehnya adalah lebihrelevan dengan dunia moden hari ini. Menegakkan keadilan adalah matlamat utama sistemkehakiman. Terlalu banyak dalil yang memerintah agar berlaku adil dan mengelak dariperbuatan zalim. Bahkan konsep keadilan tidak terhad hanya kepada sesama Islam tetapijuga meliputi seluruh manusia dan haiwan. Bukti keterangan adalah salah satu elementerpenting di dalam menegakkan keadilan. Sesuatu dakwaan yang tidak didokong oleh buktidan hujah tidak akan memberikan apa-apa kesan dalam sistem kehakiman, bahkan segalakeputusan hakim adalah tertakluk sepenuhnya kepada sejauh mana bukti yang diperoleh.Kenyataan ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w sendiri. Justeru, perkataan albayyinah yang membawa erti ‘keterangan’ hakikatnya tidak terbatas kepada pengertianshahadah semata-mata. Sebaliknya ia adalah sebarang hujah atau dalil yang dapatmenzahirkan kebenaran tidak kira dalam apa jua bentuknya. Sabda Rasulullah s.a.w:ِِ َّعه َعلَْي ِه َ ي َعلَه الْ ُمد ُ الْبَ ي نَ ُ َعلَه الْ ُمدَّعه َوالْيَم Maksudnya:Pihak pendakwa hendaklah mendatangkan keterangan/bukti sementarapihak tertuduh hendaklah bersumpah(Al-Bayhaqy 1344H).Meletakkan makna al-bayyinah kepada semata-mata shahadah sebenarnyamenyempitkan usaha menegak keadilan. Ini kerana ia akan mengabaikan sabitan melaluiqara’in al-ahwal yang mana kadangkala hujahnya lebih kuat dari shahadah. Sebagai contoh,Rasulullah s.a.w pernah memerintahkan al-Zubair mengambil pengakuan bapa saudaraHuyai b. Ahtab (sekalipun dengan cara menyiksa) yang dituduh menyembunyikan hartamilik Huyai walaupun ia menafikannya. Ia semata-mata berasaskan qarinah masa yangterlalu singkat. Rasulullah s.a.w telah bersabda: والمال كثير ، العهد قريب yang bermaksud masaterlalu singkat sedangkan harta terlalu banyak (masakan ia boleh habis) (Ibn Farhun 1986;al-Buty 1980; Ibn Qayyim1991). Demikian juga dalam kisah penghakiman nabi AllahSulaiman terhadap dua orang wanita yang mengaku hak terhadap seorang anak. MenurutIbn al-Qayyim, Allah s.w.t Maha Bijaksana tidak akan menetapkan suatu kaedah tertentusebagai keterangan tetapi kemudiannya dinafi dengan petunjuk lain yang lebih kuat,malangnya petunjuk itu tidak dapat dijadikan sebagai dalil keterangan. Ini sudah tentubercanggah dengan sistem keadilan Islam. Dalam mendokong pendapatnya, Ibn Qayyimtelah membawa beberapa contoh dari ayat al-Quran. Antaranya:ِ َ لَ َم ْد أََسلْنَا َسلَنَا بِالْب ي ن ات َ ُُ َْMaksudnya:Dan sesungguhnya kami, [Allah (s.w.t)] telah mengutuskan rasul-rasul kamidengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata (al-Quran, alHadid 57:35).https://doi.org/10.24035/ijit.2.2012.00442

Al-Qarinah dalam Mensabitkan ZinaLukman Abdul Mutalib & Wan Abdul Fattah Wan Ismailِ َُِّ َ اب إَِّال ِم ْن بَ ْع ِد َما َجاءَتْ ُه ُم الْبَ ي ن َ َ ين أُوتُوا الْكت َ َوَما تَ َفَّر َق الذ Maksudnya:Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi kitab (Taurat dan Injil)itu tidak berpecah belah melainkan setelah datang kepada mereka buktiyang jelas nyata (al-Quran, al-Bayyinah 98:4). قُ ْ إِِّن َعلَه بَي نَ ٍ ِم ْن ََّب Maksudnya:Katakanlah: sesungguhnya aku tetap berada diatas (kebenaran yangberdasarkan) bukti-bukti yang nyata (al-Quran) dari Tuhanku (al-Quran, alAn’am 6:57).Keseluruhan ayat di atas sama sekali tidak memberi makna ‘al-bayyinah’ sebagaisaksi, ini menunjukkan bahawa perkataan tersebut digunakan oleh syarak mengikutpengertiannya yang umum iaitu keterangan, hujah, bukti dan dalil. Apa yang jelas, pendapatini menerima apa sahaja bentuk keterangan yang dapat membantu menjelaskan,menerangkan, atau membuktikan sesuatu kes yang dibicarakan dalam proses menegakkankebenaran dan keadilan yang dituntut. Jelasnya, matlamat penghakiman ialah untukmenegakkan keadilan sesama manusia. Oleh kerana itu, mana-mana dalil atau petunjukyang dapat menzahirkan keadilan dan kebenaran, ia sebenarnya adalah ajaran Islam itusendiri dan sama sekali tidak bercanggahan dengannya. Jelasnya al-bayyinah mengikutpengertiannya yang sebenar ialah hujah, dalil atau keterangan yang jelas. Pemahaman iniadalah sejajar dengan penggunaannya dalam konteks semasa kanun perundangan.Al-Qarinah dan Permasalahan ZinaSebagaimana yang telah kita maklumi al-qarinah bukanlah merupakan dalil keteranganyang disepakati oleh para fuqaha. Ini kerana segelintir mereka menolak penggunaannya,antaranya ialah Imam al-Khayr al-Ramly (al-Khayr al-Ramly 1974), Imam al-Jassas (alJassas 1993) dan Imam al-Qarafy (al-Qarafy t.th.). Sungguhpun demikian kebanyakan ulamamenerimanya sebagai dalil keterangan, malah boleh dikatakan semua mazhabmengamalkan al-qarinah kecuali dalam beberapa masalah tertentu seperti masalah hudud.Kedudukan al-qarinah sebagai dalil keterangan secara umum seakan tidak perludidatangkan hujah, ini kerana pemakaiannya dikalangan ulama amat meluas dan ketara.Sekalipun kita menyedari penggunaan al-qarinah tidak disepakati umum, namun dari sudutpengamalan ia menunjukkan sebaliknya. al-Khayr al-Ramly dari mazhab Hanafi dan alQarafi dari mazhab Maliki sekalipun terang-terangan menolak penggunaan al-qarinahtetapi dalam beberapa masalah fikah, mereka telah menggunakannya. Sebagai contohnyaImam al-Qarafi turut beramal dengan al-qafah, nukul dan al-qasamah (sumpah bunuh)sedangkan kesemua hujah-hujah tersebut berasaskan kepada al-qarinah (al-Qarafy t.th.)Begitu juga dengan imam al-Shafii sendiri yang menolak penggunaan al-qarīnah telahhttps://doi.org/10.24035/ijit.2.2012.00443

e-ISSN 2289-6023International Journal of Islamic ThoughtISSN 2232-1314Vol.2: (Dec.) 2012menggunakannya lebih daripada 100 masalah fikah di dalam mazhabnya (Ibn Qayyim1968). Ringkasnya, boleh dikatakan keseluruhan ulama menerima penggunaan al-qarīnahsebagai dalil keterangan namun begitu mereka tetap berselisih pendapat mengenai sejauhmanakah ruanglingkup penggunaan dalil tersebut khususnya di dalam permasalahan hududdan qisas.Permasalahan hudud melibatkan tujuh jenis kesalahan jenayah, iaitu: kesalahanzina, qazaf (menuduh orang berzina) minum arak, mencuri, murtad, merompak danmemberontak. Sekalipun jenis kesalahan yang terlibat adalah sedikit namun kekerapanjenayah yang berlaku mengikut kategori kesalahan ini adalah terlalu tinggi iaitu mencapai80% (al-Qi’ie 1988). Sebagai contohnya dalam satu statistik yang telah dikeluarkan olehjabatan siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, jumlah laporanterhadap kecurian harta benda pada tahun 1986 ialah sebanyak 82 314 kes dan yangberjaya diselesaikan hanyalah 10.6% dari jumlah tersebut. Ini tidak termasuk jenayah kolarputih yang melibatkan kewangan yang sangat besar yang ada kalanya menggugat danmencemarkan kewibawaan sistem kawalan kewangan negara di kalangan masyarakat diMalaysia dan antarabangsa seperti kes BMF di Hongkong yang melibatkan kerugianmelebihi RM2 bilion dan Perwira Habib Bank yang menanggung kerugian sebanyak RM673juta akibat manipulasi sistem oleh pegawai dan pelanggan bank tersebut (Muhd Reduan1990). Di samping kekerapan tersebut, ia juga menyentuh kepentingan asas kehidupanmanusia. Lantaran itu ia sangat memberi kesan ke atas pembangunan dan keruntuhansesebuah masyarakat.Dalam memelihara kepentingan yang besar ini Islam telah mengenakan hukumanyang berat dan mandatori di atas setiap kesalahan yang dilakukan. Sehubungan dengan itu,kaedah pensabitannya juga adalah lebih ketat berbanding dengan hukuman-hukuman yanglain. Oleh kerana itu, kita melihat ada di kalangan ulama yang mengharuskan penggunaanal-qarinah sebagai dalil keterangan dalam masalah takzir, telah menolak penggunaannya didalam masalah hudud. Secara umumnya pendirian ulama terhadap permasalahan initerbahagi kepada dua golongan, iaitu: pertamanya, golongan yang menerima al-qarīnahsebagai dalil keterangan. Pendapat ini didokong oleh sebahagian besar ulama mazhabMaliki (Malik 1992; al-Kasynawy t.th.), Ibn al-Ghurs al-Hanafī, Ibn Taimiyyah (IbnTaymiyyah t.th.) dan Ibn Qayyim

Al-Qarinah: antara Kekuatan dan Keperluan dalam Mensabitkan Kesalahan Jenayah (Zina) Al-Qarinah: between the Strength and Requirements to Convict Crime (Adultery) LUKMAN ABDUL MUTALIB* & WAN ABDUL FATTAH WAN ISMAIL1 ABSTRACT Justice is the ultimate objective of any judiciary system. The absolute justice is only belongs to Islamic judiciary system.

Related Documents:

Ilmu al-Qur’an dan Tafsir. . Rangkaian kata-kata dalam doa bapak dan ibu adalah kekuatan terindah dan terbaik bagi . Ilmu pengetahuan hakim, dan Qarinah-qarinah yang dapat dipergunakan.4 Alat-alat bukti dalam perkara hukum pidana memiliki peran yang penting dalam

KEKUATAN ALAT BUKTI . kepadanya.Meskipun demikian dapat dijadikan sebagai Qarinah/ persangkaan dalam kasus tersebut.Dan atau boleh saja dijadikan dasar untuk memutus suatu perkara asalkan keterangan persaksian itu saling berhubungan antara satu alat

jarimah zina juga berlaku untuk jarimah syurb al-khamr .Imam Abu Hanifah dan Imam Abu Yusuf mensyaratkan pengakuan tersebut sebelum kadaluarsa. akan tetapi, imam-imam lain tidak mensyaratkan.26 c. Qarinah Jarimah syurb al-khamr juga bisa dibuktikan dengan qarinah atau tanda. Qarinahtersebut antara lain: 1) Bau Minuman

Takdir semata?Apa yang kau ketahui tentang takdir, Marjoso? Tuhan memberikan kebaikan-kebaikan kepada kita, Tuhan memberikan kekuatan-kekuatan kepada kita. Tuhan memberikan kekuatan-kekuatan untuk melawan keburukan-keburukan pada kita. Tuhan memberikan alat-alat yang kita perlukan untuk

baik diperlukan faktor penunjang, salah satunya adalah daya ledak otot tungkai. Daya ledak otot tungkai merupakan hasil dari kombinasi kekuatan dan kecepatan untuk melakukan kerja maksimum dengan waktu yang sangat cepat. Kekuatan disini diartikan sebagai kemampuan otot

2.1.3 Mekanisme dan Fisiologi Daya Ledak Otot Tungkai Daya ledak otot dapat didefinisikan sebagai kekuatan jarak / waktu atau kekuatan kecepatan (William dan David, 2012). Force (kekuatan) memainkan peran kunci dalam produksi daya l

Gambar 2.1 Grafik hubungan antara nilai opsi jual-beli dan harga saham . 16 Gambar 2.2 Grafik hubungan antara nilai opsi jual-beli dan harga penyerahan 16 Gambar 2.3 Grafik hubungan antara nilai opsi jual-beli dan jangka waktu 17 Gambar 2.4 Grafik hubungan antara nilai opsi jual-beli terhadap Volatility . 18 Gambar 2.5 Grafik hubungan .

Massachusetts Curriculum Framework for English Language Arts and Literacy 3 Grade 5 Language Standards [L]. 71 Resources for Implementing the Pre-K–5 Standards. 74 Range, Quality, and Complexity of Student Reading Pre-K–5 . 79 Qualitative Analysis of Literary Texts for Pre-K–5: A Continuum of Complexity. 80 Qualitative Analysis of Informational Texts for Pre-K–5: A .