APLIKASI GIS DALAM PENENTUAN LOKASI RUMAH KOS RENDAH: KA .

3y ago
144 Views
4 Downloads
1,010.31 KB
35 Pages
Last View : 4d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Kian Swinton
Transcription

APLIKASI GIS DALAM PENENTUAN LOKASI RUMAH KOS RENDAH:KA IAN KES: GEORGE TOWN, PULAU PINANG,.AZURA BINTI ABDULLAHUNIVERSITI SAINS MALAYSIA2007

847734at11o(110.21 ;MJ-A9Cft)OutI

APLIKASI GIS DALAM PENENTUAN LOKASI RUMAH KOS RENDAHKAJIAN KES: GEORGE TOWN, PULAU PINANGOlehAZURA BINTI ABDULLAHLaporan Penyelidikan ini diserahkan kepadaPusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan PerancanganUniversiti Sains Malaysiauntuk memenuhi sebahagian keperluan bagiljazahSa anaSains PerancanganApril2007

PERAKUANProjek penyelidikan ini merupakan hasil daya usaha pelajar yang disampaikan dalambentuk kajian ilmiah bagi memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahanljazahSa anaSains Perancangan, Universiti Sains Malaysia. Projek penyelidikan inimerupakan hasil penyelidikan kecuali dinyatakan sumbemya.Projek penyelidikan ini belum pemah diserahkan' dan diterima sepenuhnya atausebahagian daripadanya bagi memenuhi mana-mana ijazah lain dan pada masa inibelum dikemukakan kepada mana-mana pihak untuk sebarang pengijazahan.(AZURA BINTI ABDULLAH)TarikhDisahkan oleh :(PROFESOR MADYA DR. ALIP RAHIM)PensyarahPusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan,Universiti Sains Malaysia,Pulau PinangAPRIL2007Tarikh

PENGHARGAANAhamdulillah dan bersyukur saya ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya kajianlapangan ini dapat saya siapkan pada masa yang ditetapkan. Kajian ini sebenamyaadalah hasil kerjasama daripada pelbagai pihak yang sentiasa peka membantu saya.Peluang ini saya gunakan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepadaProfesor Madya Dr. Alip Rahim selaku penyelia saya bagi kajian lapangan ini. Beliautelah banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar yang berguna sepanjang kajiandijalankan. Segala tunjuk ajar beliau saya jadikan panduan bagi menyiapkan kajianlapangan ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. AbdulGhapar selaku pensyarah Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan Dan Perancanganyang banyak memberi tunjuk ajar dalam menggunakan perisian GIS.Kajian lapangan ini juga tidak dapat dihasilkan tanpa dorongan dan kata-katasemangat daripada keluarga tercinta. Segala jasa dan kasih sayang yang dicurahkan,saya jadikan sebagai perisai untuk mengharungi semua dugaan yang menimpasepanjang kajian yang dijalankan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semuaahli keluarga saya di atas segala-galanya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelasdan pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan Dan Perancangansama ada mengajar saya atau tidak kerana sentiasa memberi galakan untukmenyiapkan kajian ini. Terima kasih saya ucapkan.Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang secaralangsung atau tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini. Diharap kajian ini dapatmembantu pihak-pihak yang berkenaan pada masa akan datang. Dengan adanyakajian ini ia sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk menggunakar'perisian GIS dalam menyiapkan tugasan. Segala kesilapan yang terdapat dalam kajianpenyelidikan ini, jika ada, adalah kesilapan saya sendiri.I

ABSTRAKKemajuan sains dan teknologi telah membuktikan keupayaan setiap teknologi dalammembantu memudahkan segala urusan manusia termasuklah dalam membuatkeputusan. Penggunaan teknologi Geographic Information System (GIS) dalam bidangpekerjaan telah banyak diaplikasikan di negara-negara maju. Tetapi penggunaannyatidak lagi meluas di negara kita iaitu hanya meliputi bidang kerja perancangan bandarsahaja. GIS mampu menganalisis data ruang, geografi, dan pelbagai data yangberkaitan dengannya untuk membantu manusia membuat keputusan. Dalam kajlan lni,pengkaji telah mengaplikasikan parisian GIS sebagai alat untukmen rilokasiperumahan kos rendah di bandar Goergetown, Pulau Pinang dengan menggunakanbeberapa kriteria yang telah ditetapkan. Hasil kajian menunjukkan beberapa modellokasi perumahan kos rendah untuk masa hadapan yang strategik berdasarkankriteria-kriteria yang ditetapkan dengan menggunakan analisis GIS.II

ABSTRACTScience and technology have been proving that technology is capable in helpinghuman activities more easily including making decision. The application of GeographicInformation System (GIS) in employment sector has been applied in many developedcountries. However, the GIS technology is not being used widely where as it is onlylimited to urban planning in Malaysia. GIS is capable to analyze the spatial data,geographic data and various data to help human in making decision. In this study,researcher was applying the GIS software based on several criteria to find the locationof low-cost housing in Georgetown, Penang. The output of this study shows severalstrategic location of low-cost housing for the future.

lSI KANDUNGANPENGHARGAANABSTRAKABSTRACTSENARAI JADUALSENARAIRAJAHSENARAI PELANBAB 1.0BAB MASALAHAN KAJIAN1.21.3OBJEKTIF KAJIAN1-31.4JUSTIFIKASI KAJIAN1-41.5METODOLOGI KAJIAN1-61.6LIMITASI KAJIAN1-12KAJIAN LITERATUR2-12.1PENDAHULUAN2-12.2LATAR BELAKANG PERU MAHAN KOS2-1RENDAH2.3DASAR PERUMAHAN KOS RENDAH2-22.4KRITERIA PENENTUAN LOKASI RUMAH2-4KOS RENDAHBAB 3.0APLIKASI GIS DALAM PERANCANGAN3-13.1PENGENALAN3-13.2GIS DALAM PERANCANGAN3-13.3GIS UNTUK PERUMAHAN3-33.4PERANAN SISTEM MAKLUMAT GIS3-43.5SEJARAH PEMBANGUNAN GIS3-63.6DEFINISI GIS3-83.7PANGKALAN DATA3-9

3.8PENDEKATAN PANGKALAN DATA3-103.9MODEL ANAUSIS SPATIAL GIS UNTUK3-11LOKASI PEMIUHAN3.9.1 OVERLAY3-113.9.2 INTERSECT3-123.9.3 QUERY BUILDER3-123.10 PERISIAN GISBAB4.03-123.10.1 GEODATABASE3-133.1 0.2 ANALISIS DAN PENGURUSAN3-133.10.3 STATISTIK3-143.1 0.4 PERPINDAHAN KE MOBIL3-143.11 KENAPA MENGGUNAKAN GIS3-143.12 MASA DEPAN GIS3-163.11.1 PIAWAIAN OGC3-173.11.2 PELAN WEB3-17HASIL PENEMUAN KAJIAN4-14.1ANALISIS TEMUBUAL4-14.2ANALISIS PEMILIHAN KRITERIA4-44.3ANALISIS PENEMUAN LOKASI4-124.4HASIL AKHIR PENEMUAN LOKASI4-134.5PERBANDINGAN DENGAN LOKASI RUMAH4-16KOS RENDAH SEDIA ADABAB 5.0RUMUSAN DAN CADANGAN5-15.1RUMUSAN5-15.2CADANGAN5-2

SENARAI JADUALJadual 1 : Senarai kriteria-kriteria penentuan lokasi perumahan kos4-4rendahJadual 2 : Bilangan Lot Yang Terpilih4-12Jadual3: Lot Yang Terpilih Dengan Faktor Keluasan4-12SENARAIRAJAHRajah 1 : Metodologi Kajian1-11Rajah 2 : Proses Analisis Data Layer4-10SENARAIPELANPelan 1 : Lokasi Kawasan Kajian1-5Pelan 2: Kriteria 1- Nilai Harga Tanah Semasa4-7Pelan 3: Kriteria 3- Pengangkutan Awam (Laluan Bas)4-8Pelan 4 : Kriteria 4 - Kemudahan Pendidikan4-9Pelan 5 : Hasil Analisis Overlay Dan Intersect4-11Pelan 6 : Hasil Kajian - Penemuan Lokasi Cadangan4-14Pelan 7 : Cadangan Lokasi Perumahan Mengikut Keutamaan4-15

BAB 1.01.1PENGENALANPENDAHULUANPerkembangan teknologi dan sains telah memberikan peluang yang luas untukmenguji pendekatan-pendekatan baru kepada pemprosesan data bersifat geografi.Pendekatan-pendekatan baru ini dapat menambah dimensi baru terhadap pengurusan,analisis dan persembahan data yang luas yang diperlukan dalam proses menentukankeputusan dalam perancangan. Sebagai mengikut arus pennodenan, penggunaanpelbagai teknologi membantu memudahkan segala urusan manusia. Tidak dinafikanaktiviti harian manusia banyak dipengaruhi dengan perkembangan penggunaanteknologi terutamanya dalam bidang pekerjaan.Dalam bidang perancangan, penggunaan Sistem Maklumat Geografi atau lebihdikenali sebagai Geographic Information System (GIS) bukanlah sesuatu perkara yangbaru. GIS bukan sekadar memaparkan pelan digital malah telah menunjukkanpeningkatan rasionaliti keputusan dengan membantu memperbaiki ketepatan danpencapaian data. GIS juga berfungsi sebagai pemantau pembangunan sesuatukawasan. Kebolehupayaan teknologi GIS dalam pelbagai bidang pekerjaan telahbanyak dibuktikan di negara-negara barat. Di Malaysia, penggunaan GIS hanya dalamperancangan. Dan yang terbaru perisian GIS telah diaplikasikan dalam bidangpengangkutan iaitu di lntergrated Transporl Information System (ITIS) yangberpengkalan di Kuala Lumpur sebagai pusat informasi kepada umum berkenaankeadaan trafik di sekitar Kuala Lumpur.Dalam kajian ini, penggunaan GIS adalah untuk membantu pengkaji dalammencari lokasi perumahan kos rendah yang strategik berdasarkan kriteria-kriteria yangditetapkan. Kriteria-kriteria yang digunakan ialah kriteria yang berbentuk fizikal dan

boleh dijadikan data ruangan atau data spatial. Aplikasi GIS dalam penyelidikan iniadalah untuk membuktikan keupayaan GIS menganalisis data sebagai membantupengkaji dalam membuat keputusan. Selain itu, penyelidikan ini tertumpu padapenggunaan GIS dalam perancangan dan penentuan perumahan.1.2PERMASALAHAN KAJIANSebagai membuktikan keupayaan Geographic lnfo!TT1ation System (GIS) dalam bidangPerancangan Bandar Dan Wilayah, pengkaji telah mengenalpasti isu semasa yangberkaitan untuk mengaplikasikan teknologi ini. Oalam kajian ini, teknologi GISbertindak sebagai membantu dalam membuat keputusan dan menganalisis data untukmanusia. Permasalahan semasa yang telah dikenalpasti ialah berkenaan denganlebihan bekalan perumahan yang gagal dijual di seluruh Malaysia.Berdasarkan permasalahan tersebut, menunjukkan salah satu punca kegagalanpenjualan rumah kos rendah adalah syarat-syarat untuk memiliki rumah tersebut.Hanya golongan yang berpendapatan kurang dari RM1 ,200 layak membeli rumah kosrendah. Namun jika dilihat dari persepsi lain, faktor utama kegagalan penjualan rumahkos rendah dipercayai berlaku kerana ia dibina di kawasan yang tidak strategikkerana ia jauh dari premis pekerjaan golongan tersebut. Dan ini akan melibatkan kospengangkutan jika mereka membeli rumah di kawasan ini. Secara umunya, golonganini bekerja di pusat bandar. Dan pengangkutan utama bagi mereka adalahpengangkutan awam. lni kerana kebanyakan dari golongan berpendapatan rendahtidak mampu memiliki kenderaan persendirian. Berikutan daripada fenomena ini,terdapat hampir 300,000 buah rumah kos rendah di seluruh negara gagal dijual padatahun 2004 dengan pelbagai masalah punca kegagalan dijual. Rumah kos rendahadalah untuk mereka yang berpendapatan rendah (Goodman, 1979). lni menjadi dasarKerajaan Persekutuan yang mesti diterima pakai oleh kerajaan negeri.

Berdasarkan permasalahan ini, pengkaji percaya bahawa penggunaanteknologi GIS mampu membantu para perancang dalam mencari lokasi perumahankos rendah untuk generasi akan datang. Dengan itu, dalam kajian ini pengkajimengaplikasi GIS sebagai penganalisis data dalam membuat keputusan berkenaanlokasi yang strategik untuk golongan yang berpendapatan rendah. Data-data yangdianalisis adalah data yang berkaitan dengan kriteria-kriteria yang ditetapkan olehpengkaji sebagai kriteria penentuan lokasi perumahan kos rendah. Kriteria-kriteriatersebut diperoleh daripada kajian-kajian lepas dan temubual dengan pemajuperumahan swasta dan Pihak Berkuasa Tempatan kawasan kajian pengkaji.1.3OBJEKTIF KAJIANPenyelidikan ini dilakukan bertujuan untuk mencari lokasi yang sesuai untukperumahan kos rendah pada masa akan datang menggunakan teknologi terkini iaituSistem Maklumat Geografi (GIS). Lokasi perumahan kos rendah yang dimaksudkandiperoleh berdasarkan kriteria-kriteria tertentu mengikut keadaan semasa. Seiringdengan perkembangan teknologi, Ia amat sesuai diaplikasikan secara praktikal kerariakaedah ini memberi banyak kebaikan kepada perancang bandar. Kebaikan yangdimaksudkan ialah menjimatkan masa, kos dan tenaga manusia dalam membuatpenentuan lokasi rumah kos rendah berbanding cara lama yang memerlukanperancang itu sendiri 'turun padang'.Dengan adanya kriteria-kriteria yang telah ditentukan oleh pengkaji, lokasirumah kos rendah yang bersesuaian akan dicari dengan menggunakan GIS di dalamkawasan yang telah dipilih. Lokasi-lokasi baru yang bakal ditemui oleh pengkaji iniadalah lokasi yang strategik untuk golongan berpendapatan rendah pada masa akandatang.1-3

Penyelidikan ini lebih menumpukan kawasan Seksyen 1, 2, 3 dan 4Georgetown, Pulau Pinang memandangkan kawasan ini adalah kawasan tumpuanpenduduk berikutan kawasan kajian tertetak di dalam kawasan pusat bandar (RujukPelan 1). Bandar Georgetown yang mempunyai 23 seksyen di mana pusat bandamyatertetak bersempadanan di antara Seksyen 10, 11, 12, 16 dan 17. Untuk mencari lokasirumah kos rendah yang sesuai di Pulau Pinang memertukan kos, masa dan tenagamanusia maka penggunaan GIS amat bersesuai memandangkan Majlis PerbandaranPulau Pinang sendiri menggunakan GIS sebagai salah satu komponen dalamperancangan.1.4JUSTIFIKASI KAJIANPenekanan penyelidikan perancangan ini ialah untuk mengaplikasikan SistemMaklumat Geografi (GIS) dalam penentuan lokasi rumah kos rendah berdasarkan ·kriteria-kriteria yang telah ditentukan oleh pengkaji. Melalui penyelidikan ini, ia bolehmembantu para perancang dalam menentukan lokasi rumah kos rendah yang strategikdengan cepat masa akan datang mengikut kriteria-kriteria yang telah ditentukan.Penyelidikan dibuat dengan membuat temubual secara tidak rasmi denganpemaju-pemaju swasta dan pemaju awam. Pengkaji akan mengeluarkan kriteriakriteria penentuan rumah kos rendah berdasarkan temubual tersebut. dan kajianliteratur. Seterusnya pengkaji akan menemukan lokasi rumah kos rendah yang baruberdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dengan menggunakan perisian GIS.Hasil daripada penyelidikan ini akan menghasilkan satu model yang menunjukkanlokasi-lokasi rumah kos rendah yang sesuai pada masa akan datang. Model ini bolehdigunakan oleh perancang-perancang bandar sebagai rujukan dalam menentukanlokasi pembangunan perumahan pada masa datang.1-4

LautSek.6PETUNJUKSempadan Kaw. Kajianhutanpemiagaanperumahanindustrirumah kampungkeagamaankem masyarakattaman, padangtanah kosongtmpt ltk kei'etautilitiawamSIDANG AKADEMIK 2006/2007UNIVERSITI SAINS MALAYSIAAPUKASI GIS DALAM PENENTUAN LOKASIRUMAH KOS RENDAH

1.5METODOLOGI KAJIANMetodologi kajian ini bertujuan menjadi garis panduan kepada pengkaji sepanjangmenjalankanpenyelidikanini.Metodologi disediakankepadapengkajiuntukmenyatakan proses-proses yang pertu dilalui oleh pengkaji mengikut urutan yang betul.Metodologi bagi penyelidikan ini merangkumi beberapa peringkat berikut:PERINGKAT 1KEPERLUAN KAJIANDalam kajian ini, hasil kajian pengkaji ialah sebuah model daripada GIS yangmenunjukkan cadangan lokasi rumah kos rendah pada masa depan. Model iniboleh digunakan oleh para perancang untuk membina rumah kos rendah diPulau Pinang. Kaedah ini menjimatkan masa dan kos serta tenaga.Blok perancangan mesti ditetapkan berdasarkan kesesuaian keadaansemasa kawasan berkenaan. Dalam kajian ini, blok perancangan adalah sekitarbandar Georgetown iaitu di Seksyen 1, 2, 3 dan 4. Georgetown adalah pusatbandar di Pulau Pinang mempunyai 23 seksyen. Pusat bandar Geogetowntertetak bersempadanan di antara Seksyen 10, 11, 12, 16 dan 17. Georgetownsebagai pusat bandar Pulau Pinang adalah tumpuan penduduk sebagai hanpembinaanperu mahan.Untuk menjalankan kajian ini, kajian-kajian lepas amat diperlukansebagai rujukan dan panduan. Kajian literatur adalah untuk mengetahui sejarahpembangunan rumah kos rendah dan kelebihan penggunaan GIS dalamperancangan. Melalui kajian literatur ini memudahkan pengkaji menjalankankajian berdasarkan hasil kajian-kajian lepas. Kriteria-kriteria penentuan lokasirumah kos rendah juga diperolehi berdasarkan kajian literatur kajian-kajianlepas yang pemah dijalankan oleh pengkaji lain sebelum ini. Kaedah

pelaksanaan juga telah ditentukan oleh pengkaji untuk melancarkan lagipe alananpenyelidikan mengikut masa yang telah ditetapkan.PERINGKAT2PENGUMPULAN MAKLUMATLangkah 1Pengumpulan maklumat berrnula dari kajian literatur dimana pengkaji akanmembuat kajian berkenaan dengan komponen tajuk yang dipilih. Sejarahpembangunan rumah kos rendah dan GIS akan dikaji semula. Pengumpulandata sekunder diperolehi melalui kajian-kajian lepas melalui jumal, Iaman web,suratkhabar, tesis, laporan dan bahan bacaan yang berkaitan dengan kajian.Daripada bacaan kajian-kajian lepas, pengkaji boleh mengenalpasti kriteriayang digunakan dalam memilih lokasi rumah kos rendah. Kriteria-kriteria iniakan disenaraikan untuk menyokong data-data primer yang akan diperolehioleh pengkaji.Langkah 2Seterusnya, temubual secara tidak rasmi dibuat dengan pemaju perumahanswasta dan sektor awam untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaanpemilihan lokasi rumah kos rendah. Sektor awam yang dimaksudkan ialahPegawai Perancang Bandar di Jabatan Perancangan · Dan Pembangunan diMajlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Dan pemaju perumahan yangditemubual secara tidak rasmi ialah pemaju perumahan Guthrie PropertiesDevelopment Holding Berhad dan Gamuda Berhad. Pemilihan pemajuperumahan ini sebagai responden adalah secara rawak dan berdasarkanpencapaian syarikat berkenaan dalam menyediakan perumahan kos rendah.Kaedah kualitatif digunakan berdasarkan keperluan kajian yangmemerlukan pendapat dan pengalaman para perancang bandar. Hasil

temubual ini akan membantu pengkaji menetapkan kriteria-kriteria lokasi rumahkos rendah untuk mencari lokasi rumah kos rendah pada masa akan datangselain daripada kajian literatur.Temubual secara tidak langsung ini hanya memakan masa tidak lebih10 minit. Temubual ini dijalankan bersekali dengan pengumpulan data-datasekunder yang dilakukan oleh pengkaji.Antara soalan yang dikemukakan oleh pengkaji kepada responden ialah:lokasi perumahan kos rendah sedia adalokasi perumahan kos rendah akan datangharga rumah kos rendah semasakriteria yang digunakan dalam menentukan lokasi rumah kos ·rendahperkara-perkara lain yang berkaitan dalam mempengaruhipenentuan lokasi perumahan kos rendahLangkah 3Setelah kriteria penentuan lokasi rumah kos rendah telah ditetapkan, pengkajimemerlukan pelan kawasan penyelidikan dalam bentuk hardcopy. Pelan inimengandungi data spatial dan data attribute untuk pembangunan GIS. Pelan iniboleh diperolehi dari Jabatan Perancangan Bandar di Majlis Perbandaran PulauPinang (MPPP). Data attribute seperti gunatanah, blok perancangan, dansebagainya boleh diperorehi dari Laporan Draf Rancangan Struktur PulauPinang (2005-2020) dan sumber-sumber lain berkaitan dengan pembangunanperumahan di Pulau Pinang.-8

PERINGKAT3PEMBANGUNAN DATAPeringkat 3 adalah peringkat parmulaan dalam menggunakan data yang telahdiperoleh iaitu pembangunan GIS. Pelan dalam bentuk hardcopy tadi yangmeliputi kawasan kajian akan didigitize menggunakan parisian GIS untukmenjadikan kawasan kajian berbentuk palan digital. Apabila kawasan kajiantelah menjadi pelan digital sepanuhnya, maklumat-maklumat data attribute akandimasukkan ke dalam palan digital tersebut dan akan berintegrasi dengan dataspatial.Kriteria-kriteria yang telah dipilih dalam kajian ini seterusnya akandimasukkan ke dalam parisian GIS. Setiap kriteria mempunyai layer masingmasing untuk memudahkan analisis dijalankan pada paringkat akhir. Kaedahanalisis yang akan digunakan ialah kaedah analisis overlay dan intersect.Analisis overlay berupaya untuk menyatukan layer dengan attribute yangberbeza untuk menjadi maklumat multi-layer dalam skala dan koordinat yangsama pada lokasi yang ditetapkan. Kaedah intersect pula digunakan kerana iamengambikira setiap layer yang bersilang dalam kawasan kajian. lni bermaknalokasi yang bakal ditemukan ialah lokasi yang memenuhi kriteria-kriteria yangditetapkan oleh pangkaji.PERINGKAT4PENEMUAN KAJIANHasil daripada analisis GIS, beberapa lokasi rumah kos rendah akan ditemui.Lokasi-lokasi ini akan dilihat pula kesesuaiannya berdasarkan keluasan yangdimiliki. Untuk mencari keluasan yang sesuai dengan pambinaan parumahankos rendah, pangkaji menggunakan kaedah query builder. Query builder adalahsatu carian secara spatial dan attibute di mana pengkaji parlu memasukkansyarat-syarat carian. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah querybuilder untuk mencari lot-lot tanah yang mempunyai keluasan minimum untuk

pembinaan perumahan kos rendah. Lot-lot tanah yang mempunyai keluasanyang telah ditetapkan akan terpilih. Lot-lot tanah yang tidak mempunyaikeluasan yang minimum tidak akan terpilih.Untuk memantapkan lagi hasil penemuan, lot-lot tanah

tarikh tarikh . penghargaan . 2.4 kriteria penentuan lokasi rumah kos rendah bab 3.0 aplikasi gis dalam perancangan 3.1 pengenalan 3.2 gis dalam perancangan 3.3 gis untuk perumahan 3.4 peranan sistem maklumat gis 3.5 sejarah pembangunan gis 3.6 definisi gis 3.7 pangkalan data ii ill vi vi vi 1-1 1-1 1.2 1-3 1-4

Related Documents:

wawancara, dan kuesioner. Hasil aplikasi ini yaitu aplikasi dilengkapi dengan gambar, suara, dan kuis. Serta pengguna bisa menggunakan aplikasi dengan mudah. Aplikasi diimplementasikan menggunakan software eclipse [3]. Ali dan Patambongi (2016) memuat aplikasi pembelajaran kepada anak-anak tentang ilmu pembelajaran membaca. Aplikasi .

yang dijadikan dasar perhitungan berasal dari Aplikasi Gaji Pegawai Pusat. Hasil backup dari aplikasi GPP kita masukkan dalam aplikasi RKAKL. File backup aplikasi GPP berbentuk PSxxxxxx.DJA. Cari file backup di Lokasi File, dengan klik tombol titik 3 sebelah kanan. Arahkan pada direktori yang menampung file backup. Klik tombol OK.

1 CHAPTER 1 INTRODUCTION 1.1 GIS? 1.1.1 Components of a GIS 1.1.2 A Brief History of GIS 1.1.3 GIS Software Products Box 1.1 A List of GIS Software Producers and Their Main Products 1.2 GIS Applications Box 1.2 Google Maps, Microsoft Virtual Earth, and

Membuat Aplikasi Implementasi Dengan Cara pembuatan aplikasi dijelaskan secara detail disertai gambar. Bermanfaat untuk programer pemula yang ingin mengetahui dan belajar tentang aplikasi database Disertai CD Master Intaller, Program Aplikasi jadi, Source Code Aplikasi serta Kamus IT Dipakai Dalam Lingkungan

2 Design mode - untuk membangun aplikasi Run mode - untuk menjalankan aplikasi Break mode - aplikasi berhenti sementara dan debugger muncul Form Window merupakan pusat untuk membangun aplikasi Visual Basic. Tempat dimana kita menggambar aplikasi kita. Toolbox adalah menu yang berisi kontrol-kontrol yang digunakan di dalam aplikasi kita. Properties Window digunakan untuk menempatkan .

Background –Chris Owen . 2004 - MACECOM 911 hires GIS to provide them road and addressing data 2005 / 2006 - new GIS Technicians and Analysts hired 2007 - GIS was moved from Public Works Road Fund and made an "Enterprise Fund" 2008 / 2009 - GIS Manager quits. GIS Manager position is not rehired.

MIT 11.188/11.520 Web Service Notes 1 Internet GIS and Geospatial Web Services Introduction Section 1 -- What is Internet GIS? Section 2 -- Internet GIS: state of practice Section 3 -- Future development of Internet GIS Section 4 -- Function comparisons of current Internet GIS programs Section 5 -- Internet GIS applications Section 6 – I

Tulang hyoid (1) bersama dengan cartilages menyusun rangka dari larinx. Hyoid terletak pada dasar lidah dan melekat pada dasar tl tengkorak (skull) dengan bantuan ligaments. Source: Wesley Norman, PhD, DSc (1999 ), Homepage for the Anatomy Lesson.html . THE STERNUM STERNUM (1) : berbentuk palang terletak di tengah dada. Bersama dgn tulang rusuk (rib) menyusun rongga Thorax. The sternum .