GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENOLONG PENYELIDIK DI UNIVERSITI .

3y ago
87 Views
2 Downloads
886.15 KB
15 Pages
Last View : 17d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Gideon Hoey
Transcription

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENOLONGPENYELIDIK DI UNIVERSITI MALAYAIsi Kandungan1.TUJUAN. 22.TAKRIF . 23.KELAYAKAN CALON . 24.TARAF LANTIKAN . 25.PELANTIKAN . 25.1Tempoh lantikan. 26.PELANJUTAN / PELANTIKAN SEMULA . 37.GAJI POKOK/ELAUN SARA HIDUP . 37.1Julat gaji . 37.3Caruman KWSP dan PERKESO . 48.KOS OPERASI . 49.MASA BEKERJA DAN PEMANTAUAN KEHADIRAN. 510.PEMBAYARAN GAJI . 610.1Pembayaran gaji Penolong Penyelidik . 610.2Pembayaran Gaji Tunggakan . 611.FAEDAH DAN KEMUDAHAN . 612.PRESTASI UTAMA /KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) . 713.PROSEDUR PELANTIKAN . 713.1Permohonan Pelantikan . 713.2Surat Tawaran. 813.2Pelanjutan . 814PENERIMAAN TAWARAN. 815.PENAMATAN PERKHIDMATAN . 915.1Penamatan perkhidmatan . 915.2Barangan yang perlu dipulangkan . 915.3Cukai Pendapatan (calon bukan wargenegara sahaja) . 916.PERKARA-PERKARA LAIN . 1016.1Imigresen. 1016.2Pengeluaran Kad Kampus . 1016.3Kebenaran Perjalanan (Dalam Negeri). 1016.4Syarat-Syarat Lain . 10Lampiran 1 . 11Lampiran 2 . 13Lampiran 3 . 14Garis Panduan Pelantikan Penolong Penyelidik Di Universiti MalayaTarikh kemaskini:18 Februari 20201

1.TUJUANGaris Panduan Pelantikan Penolong Penyelidik secara sepenuh masa ini adalah untukditerimapakai dalam urusan pelantikan bagi perkhidmatan tersebut di Pusat Tanggungjawab(PTj) di Universiti Malaya.2.TAKRIFMerujuk kepada individu yang dilantik secara rasmi dan sepenuh masa bagi membantu dalamprojek penyelidikan yang didaftarkan dengan Institut Pengurusan dan PerkhidmatanPenyelidikan (IPPP) (warganegara dan bukan warganegara) seperti membantu dalammenjalankan penyelidikan, pencarian maklumat penyelidikan, tinjauan literature, pengumpulandata, mengurus peralatan penyelidikan dan urusan-urusan lain yang berkaitan denganpenyelidikan.3.KELAYAKAN CALONSyarat lantikan calon adalah sepertimana yang dinyatakan bagi setiap kategori jawatan:KATEGORI JAWATANKELAYAKAN MINIMACalon yang dilantik hendaklah mempunyai sekurangkurangnya Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian ataukelayakan yang setaraf dengannya atau kepakaranyang diperlukan atau kepakaran yang diperlukanPenolongPenyelidikNota Penting:i.4.Pelajar Ijazah Dasar yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Malaya TIDAKLAYAK dilantik ke jawatan ini.TARAF LANTIKANSemua pelantikan adalah bertaraf kontrak.5.PELANTIKAN5.1Tempoh lantikanTempoh pelantikan bagi Penolong Penyelidik adalah seperti berikut:5.1.1Tempoh minimum pelantikan bagi calon warganegara Malaysia dan bukanwarganegara Malaysia hendaklah sekurang-kurangnya empat (4) bulan.5.1.2 Tarikh tamat pelantikan adalah tertakluk kepada tarikh tamat geranpenyelidikan. Bagi calon bukan warganegara Malaysia, tarikh tamat pelantikanjuga tertakluk kepada tarikh tamat visa (yang mana terdahulu).Garis Panduan Pelantikan Penolong Penyelidik Di Universiti MalayaTarikh kemaskini:18 Februari 20202

6.PELANJUTAN / PELANTIKAN SEMULAPelanjutan tempoh pelantikan Penolong Penyelidik boleh dipertimbangkan tertakluk kepada:6.1.1 Permohonan pelanjutan kontrak hendaklah dimulakan sekurang-kurangnya DUA(2) bulan sebelum tarikh tamat kontrak melalui sistem permohonan. Ini adalahuntuk mengelakkan kelewatan dalam pembayaran gaji.6.1.2 Ketua Penyelidik hendaklah mengemukakan dan mengesahkan rekod kehadirandalam sistem e-attandance.6.1.3 Tempoh maksimum pelanjutan bagi calon warganegara Malaysia dan bukanwarganegara adalah tidak melebihi 12 bulan pada satu-satu masa.6.1.4 Prestasi perkhidmatan adalah memuaskan dan diperakukan oleh KetuaPenyelidik untuk menyambung perkhidmatan Penolong Penyelidik.6.1.5 Peruntukan dalam vot gaji geran penyelidikan hendaklah mencukupi bagi tujuanpembayaran gaji.6.1.6 Penolong Penyelidik boleh dipertimbangkan kenaikan gaji/elaun atas kadar 3% 10% daripada gaji maksimum dengan syarat tidak melebihi had maksimum gajiyang ditetapkan. Kenaikan gaji hanyalah bagi bulan semasa sahaja.6.1.7 Bagi Penolong Penyelidik yang telah mencapai julat gaji maksimum, kadarkenaikan gaji adalah ditetapkan pada 3% daripada gaji maksimum.6.1.8 Justifikasi perlu diberikan sekiranya kadar kenaikan gaji adalah melebihi jumlahyang ditetapkan di perenggan 6.1.6.7.GAJI POKOK/ELAUN SARA HIDUP7.1Julat gaji7.1.1 Julat gaji pokok adalah GAJI BERSIH setelah caruman KWSP and PERKESObagi calon sepenuh masa adalah seperti berikut:JAWATANPenolongPenyelidikKELAYAKANJULAT GAJIBERSIHJULAT GAJIKASAR (Gajibersih carumanpekerja)Ijazah SarjanaMudaRM 1,200.00 –RM 3,000.00RM 1,338.00 – RM3,345.00Ijazah SarjanaRM 2,000.00 –RM 4,000.00RM 2,230.00 – RM4,460.00PhDRM2,500.00 –RM 6,000.00RM 2,787.50 – RM6,679.75.00JULAT KOMITMENDARIPADA GERAN(Gaji bersih carumanpekerja dan majikan)RM 1,515.60 – RM3,789.00RM 2,526.00 – RM5,052.00RM 3,157.50 – RM7,468.80*Nota: Jadual gaji terperinci sila rujuk Lampiran 17.1.2 Bayaran hendaklah dibuat di bawah peruntukan vot 11000 (gaji dan upahan).Garis Panduan Pelantikan Penolong Penyelidik Di Universiti MalayaTarikh kemaskini:18 Februari 20203

7.1.3 Bagi calon bukan warganegara Malaysia, julat gaji juga tetakluk kepada syaratsyarat yang ditetapkan oleh pihak imigresen Malaysia.7.3Caruman KWSP dan PERKESO7.3.1Caruman KWSP dan PERKESO adalah diwajibkan.7.3.2Caruman bulanan KWSP adalah wajib mengikut Akta KWSP, manakalacaruman PERKESO adalah dilaksanakan mengikut Akta Keselamatan SosialPekerja 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Sosial Pekerja 1971, AktaKeselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) dan Akta SistemInsurans Pekerjaan 2017 (Akta 800)7.3.3Kadar caruman KWSP dan PERKESO hendaklah dibayar mengikut jadual yangditetapkan oleh pihak KWSP (Lampiran 2) dan PERKESO (Lampiran 3).7.3.4Calon bukan warganegara hendaklah diberi pilihan untuk mencarum KWSP.Nota Penting:i.Calon yang dilantik tidak boleh dibayar dari mana-mana sumber peruntukan sebagaitambahan kepada gaji/elaun sedia ada kecuali:a. Terdapat keperluan untuk menjalankan tugas lebih masa (overtime), Sabtu, Ahad, danCuti Umum dengan perakuan Ketua Penyelidik dan kelulusan Ketua PTj.b. Terdapat keperluan untuk membantu dalam menjalankan kerja mengikut bidangkepakaran masing-masing dengan perakuan Ketua Penyelidik dan kelulusan KetuaPTj. Ketua Penyelidik perlu memperakukan bahawa tiada isu pertindihan tugas dantanggungjawab dan tidak menjejas perlaksanaan tugasan harian calon tersebut.c. Mendapat kelulusan dan memenuhi syarat-syarat semasa yang ditetapkan oleh pihakpemberi dana atau pengesyoran Ketua Penyelidik dan kelulusan Penolong NaibCanselor (P&I), IPPP.ii.Calon BOLEH dipertimbangkan gaji/elaun MELEBIHI daripada julat yang dibenarkantertakluk kepada:a. Kelulusan dan syarat-syarat semasa yang ditetapkan oleh pihak pemberi dana ataukelulusan Penolong Naib Canselor (P&I), IPPP.b. Baki semasa vot gaji bagi peruntukan geran penyelidikan yang diluluskan adalahmencukupi untuk membiayai gaji sepanjang tempoh pelantikan calon, termasukcaruman majikan kepada agensi-agensi seperti KWSP dan PERKESO.c. Justifikasi daripada Ketua Penyelidik.8.KOS OPERASIKetua Penyelidik adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan kos operasi bagipelantikan calon adalah mencukupi. Bagi memastikan pengurusan penyelidikan yang efektif,Garis Panduan Pelantikan Penolong Penyelidik Di Universiti MalayaTarikh kemaskini:18 Februari 20204

Ketua Penyelidik diminta untuk membuat pengiraan yang tepat bagi penggajian PenolongPenyelidik.9.MASA BEKERJA DAN PEMANTAUAN KEHADIRAN9.1Rekod kehadiran9.1.19.2Penolong Penyelidik hendaklah merekodkan kehadiran ke tempat kerjamengikut masa yang telah ditetapkan oleh Ketua Penyelidik melaluipenggunaan sistem kehadiran (e-attendance) yang digunapakai.Rekod dan laporan butiran aktiviti9.2.1Penolong Penyelidik perlu mengemaskini butiran aktiviti luar sepertimenjalankan kerja lapangan di luar kampus atau menghadiri persidanganmelalui sistem yang disediakan. Dokumen sokongan bagi penglibatan dalamaktiviti yang dinyatakan hendaklah dikemukakan bagi tujuan pengesahan olehKetua Penyelidik. Bagi setiap aktiviti yang telah disahkan oleh Ketua Penyelidik,masa/hari tersebut akan diambilkira dalam kehadiran Penolong Penyelidik.9.3Sekiranya Penolong Penyelidik tidak dapat hadir bertugas atas sebab-sebab peribadiatau kesihatan, Penolong Penyelidik perlu mengemukakan alasan yang kukuh bagiketidakhadiran bertugas dan Ketua Penyelidik/Penyelia perlu mengesahkan sama adamenerima atau menolak alasan ketidakhadiran berkenaan.9.4Ketua Penyelidik adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam memantau kehadiranPenolong Penyelidik ke tempat kerja. Sekiranya kehadiran Penolong Penyelidik tersebuttidak memenuhi bilangan hari bekerja atau waktu kumulatif dalam sebulan, KetuaPenyelidik berhak untuk menolak jumlah sejumlah bayaran bagi ketidakhadirantersebut.9.5Ketua Penyelidik perlu melaporkan masalah disiplin calon atau ketidakhadiran PenolongPenyelidik (jika ada) kepada pihak IPPP untuk diambil tindakan.9.6Masa bekerja yang telah ditetapkan untuk Penolong Penyelidik mengikut kategorijawatan adalah seperti jadual berikut:KATEGORI JAWATANPenolong PenyelidikMASA BEKERJAFleksibel 5 hari seminggu termasuk Sabtu,Ahad dan Cuti Umum dengan masa bekerjasekurang-kurangnya 8 jam sehari. Waktukumulatifbekerjaadalahsekurangkurangnya 40 jam seminggu.8.00 pg – 5.00 ptg ATAU 8.30 pg – 5.30 ptg5 hari bekerja tidak termasuk hari Sabtu, Ahaddan Cuti Umum.Garis Panduan Pelantikan Penolong Penyelidik Di Universiti MalayaTarikh kemaskini:18 Februari 20205

10.PEMBAYARAN GAJI10.1Pembayaran gaji Penolong PenyelidikBayaran gaji bulanan kepada Penolong Penyelidik adalah tertakluk kepada syaratsyarat berikut:10.1.1 Sekiranya rekod kehadiran Penolong Penyelidik tidak memuaskan tanpajustifikasi yang kukuh, Ketua Penyelidik berhak untuk memotong gaji PenolongPenyelidik sama ada mengikut peratusan (%) ketidakhadiran atau bilangan haritidak hadir.10.1.2 Bayaran gaji penuh akan dibuat sekiranya tiada arahan pemotongan ke atas gajiPenolong Penyelidik diterima daripada Ketua Penyelidik.10.1.3 Ketua Penyelidik berhak untuk menahan gaji Penolong Penyelidik di atasjustifikasi yang kukuh dengan memaklumkan pihak IPPP. Pembayaran gajihanya akan dibuat selepas mendapat pengesahan daripada Ketua Penyelidik.10.1.4 Bagi tujuan Perenggan 10.1.2 dan 10.1.3 di atas, Ketua Penyelidik bolehmenyemak statistik kehadiran Penolong Penyelidik masing-masing melaluisistem yang disediakan seterusnya memaklumkan kepada IPPP untukpemotongan gaji sekiranya kehadiran Penolong Penyelidik adalah tidakmemuaskan.10.1.5 Gaji bulanan akan diproses mengikut Jadual Pembayaran Gaji yang dipaparkandalam portal UM. Hanya surat penerimaan tawaran dan penamatan yangditerima sebelum dari tarikh hari pembayaran gaji akan diproses oleh IPPP padabulan semasa. Selepas daripada tempoh tersebut, pembayaran gaji akandiproses pada bulan berikutnya.10.2Pembayaran Gaji Tunggakan10.3.1 Penolong Penyelidik boleh dipertimbangkan untuk pembayaran gaji secaratunggakan tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh surat lantikan.10.3.2 Ketua Penyelidik adalah bertanggungjawab untuk memantau kehadiranPenolong Penyelidik tersebut dengan menggunakan buku log makmal ataupuntimesheet seperti di Lampiran 5 sebagai bukti tarikh permulaan berkhidmat.10.3.3 Sebarang pembayaran tunggakan yang melebihi 3 bulan Ketua Penyelidikadalah diminta untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak IPPP dengansegera.11.FAEDAH DAN KEMUDAHANKemudahan dan faedah yang diberikan adalah sepertimana dinyatakan:PerubatanPENOLONGPENYELIDIKTiada kemudahan perubatan kepada Penolong PenyelidikCuti rehatMengikut kadar 12 hari setahunCuti SakitMengikut kadar 12 hari setahunPERKARAGaris Panduan Pelantikan Penolong Penyelidik Di Universiti MalayaTarikh kemaskini:18 Februari 20206

Tuntutan PerjalananCukai PendapatanGanjaranMengikut syarat dan kadar yang terpakai di Universiti MalayaMengikut syarat dan kadar yang berkuatkuasa semasa berdasarkanAkta Cukai Pendapatan 1967TiadaBonus/Bantuan Khas TiadaLain-Lain Insentif12.TiadaPRESTASI UTAMA /KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI)Ketua Penyelidik adalah bertanggungjawab untuk memantau KPI calon sepertimana dinyatakandalam jadual berikut:PENOLONGPENYELIDIKJAWATANKPIMemenuhi keperluan kehadiran ke tempat bertugas dalam waktu yangditetapkan.Aktiviti kajian ilmiah yang dijalankan adalah mengikut ’milestone’Menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan oleh KetuaPenyelidik/Ketua Pusat Penyelidikan mengikut tempoh yang ditetapkan13.PROSEDUR PELANTIKAN13.1Permohonan PelantikanPermohonan untuk melantik calon hendaklah dikemukakan oleh Ketua Penyelidikmelalui sistem atas talian UMPortal, Research Assistant Recruitment System (RARS).Pemprosesan dan kelulusan akan dijalankan secara atas talian.Garis Panduan Pelantikan Penolong Penyelidik Di Universiti MalayaTarikh kemaskini:18 Februari 20207

13.2Surat TawaranSurat tawaran/kelulusan pelantikan akan ditandatangan oleh Penolong Naib Canselor(P&I), IPPP dan mengandungi perkara-perkara berikut:(a) Butiran yang merangkumi:(i)nama jawatan yang ditawarkan(ii)taraf pelantikan jawatan(iii) tempoh pelantikan(iv) nama projek(v) gaji/elaun yang ditawarkan(vi) kemudahan cuti tahunan dan cuti sakit(vii) keperluan kehadiran (e-attendance)(viii) penamatan(ix) maklumat berkaitan dengan urusan Jabatan Imigresen Malaysia (bagibukan Warganegara)(x) Kenyataan berkaitan keperluan untuk menyerahkan semua pertanggungjawabkan kepada Ketua Penyelidik/Ketua PusatPenyelidikan/Ketua PTj sebelum menamatkan perkhidmatan masingmasing.(b) Perjanjian Perkhidmatan yang perlu ditandatangani oleh calon dan pihakIPPP sebelum melapor diri di Universiti Malaya.13.2 PelanjutanPermohonan pelanjutan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) bulan sebelum tarikhtamat kontrak oleh Ketua Penyelidik melalui sistem atas talian UMPortal, ResearchAssistant Recruitment System (RARS).14PENERIMAAN TAWARAN14.1 Ketua Penyelidik bagi pelantikan yang mana berkenaan perlu melaporkan tarikhPenolong Penyelidik mula bertugas kepada IPPP bagi membolehkan pembayaran gajiPenolong Penyelidik diuruskan.Garis Panduan Pelantikan Penolong Penyelidik Di Universiti MalayaTarikh kemaskini:18 Februari 20208

14.2 Bagi calon bukan warganegara, tarikh lapor diri adalah tertakluk kepada pihak BerkuasaImigresen Malaysia mengeluarkan visa dan pas yang sah tempoh. Oleh itu, tarikh lapordiri hendaklah mengikut tarikh pengeluaran visa dan pas.14.3 Calon mengembalikan surat penerimaan tawaran beserta senarai semak yang lengkap.14.4 Senarai semak:(i)Pendaftaran UMmail(ii)Pendaftaran e-kehadiran (e-attendance)(iii)Kad Kampus15.PENAMATAN PERKHIDMATAN15.1Penamatan perkhidmatan15.1.1 Pelantikan ini boleh ditamatkan oleh kedua-dua pihak dengan memberi tigapuluh (30) hari notis bertulis atau membayar sebulan gaji ganti notis bertulis.Walau bagaimanapun Ketua Penyelidik boleh menamatkan perkhidmatanPenolong Penyelidik dengan serta merta tanpa memberi apa-apa sebab denganmembayar sebulan gaji sebagai pengganti notis.15.2Barangan yang perlu dipulangkan15.2.1 Kad Kampus kepada Pengarah Keselamatan, Pejabat Keselamatan UniversitiMalaya.15.2.2 Semua maklumat dan data-data yang berkaitan dengan penyelidikan yangdijalankan/tugas yang dipertanggungjawabkan kepada Ketua Penyelidiksebelum menamatkan perkhidmatan di Pusat Penyelidikan/PusatTanggungjawab masing-masing.15.3Cukai Pendapatan (calon bukan wargenegara sahaja)Bagi calon Bukan Warganegara, surat penyelesaian cukai pendapatan daripadaLembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mesti diperolehi terlebih dahulu bagi maksudpembayaran gaji terakhir.Nota penting:Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Penyelidik bagi pelantikan yang mana berkenaanuntuk melaporkan ke Pejabat PNC (P&I), IPPP sekiranya terdapat calon tidak hadirbertugas tanpa kebenaran untuk membolehkan tindakan sewajarnya diambil.Garis Panduan Pelantikan Penolong Penyelidik Di Universiti MalayaTarikh kemaskini:18 Februari 20209

16.PERKARA-PERKARA LAIN16.1ImigresenCalon atau Ketua Penyelidik dikehendaki berurusan sendiri dengan pihak Imigresenuntuk mendapatkan Pas Penggajian. Segala perbelanjaan yang berbangkit hendaklahditanggung sendiri oleh calon. Calon hanya boleh mula berkhidmat setelah mendapatPas Penggajian daripada pihak Berkuasa Imigresen Malaysia.16.2Pengeluaran Kad KampusSurat akuan akan dikeluarkan oleh IPPP kepada Pusat Teknologi Maklumat untukmembolehkan calon membuat Kad Kampus.16.3Kebenaran Perjalanan (Dalam Negeri)Penolong Penyelidik hendaklah menghantar borang permohonan yang lengkap ditaipke pejabat IPPP tidak

Garis Panduan Pelantikan Penolong Penyelidik Di Universiti Malaya Tarikh kemaskini:18 Februari 2020 10. PEMBAYARAN GAJI 10.1 Pembayaran gaji Penolong Penyelidik Bayaran gaji bulanan kepada Penolong Penyelidik adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut: 10.1.1 Sekiranya rekod kehadiran Penolong Penyelidik tidak memuaskan tanpa

Related Documents:

Jadual 1. Jadual 1: Kaedah Pengambilan dan Pelantikan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (1971-2012) Tahun Kaedah Pelantikan PTD 1971-1999 Kaedah Pengambilan Kadet PTD dan Kaedah Pelantikan Sementara. Bermula tahun 1976, Kursus DPA (Latihan Asas PTD) sepenuh masa dijalankan. Pegawai dilantik tetap setelah lulus dengan jayanya dalam Kursus DPA

bangun ruang prisma segi empat lengkap beserta diagonal bidangnya, sebutkan kedudukan garis apa saja yang terdapat pada bangun ruang tersebut! Sebuah garis memotong salah satu garis sejajar. Maka garis tersebut memotong garis sejajar yang lain. Tunjukkan dengan gambar sifat garis tersebut! Dua buah kardus di tumpuk.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KULIAH BAGI SEMESTER 1 SESI 2020/2021 FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL Tujuan garis panduan ini disediakan adalah untuk edaran dalaman kepada staf akademik . ditetapkan dalam buku Panduan Akademik UTHM, dengan mengisi Borang Pengecualian Kredit Kursus. Manakala, bagi pelajar dari program Ijazah Sarjana

1.0 TUJUAN Garis panduan ini menerangkan cara dan kaedah pengurusan dan keselamatan makmal/bengkel pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan di UPM. 2.0 TANGGUNGJAWAB Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Pengarah PPKKP (PGH) dan Ketua PTJ adalah bertanggungjawab memastikan garis panduan ini dipatuhi.

1 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN KEGIATAN PELAJAR 1.0 TUJUAN Garis panduan menerangkan tatacara pengurusan kewangan kegiatan pelajar. 2.0 GLOSARI HEP-UKM Pusat Hal Ehwal Pelajar iSTAR Sistem Integrasi Bakat, Aktiviti & Resume Pelajar UKPEL Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari PTJ Pusat Tanggungjawab – HEP-

Garis panduan ini bertujuan untuk membantu majikan menentukan amaun Potongan Cukai Bulanan (PCB) dengan betul dan tepat selari dengan Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan daripada Saraan) 1994 [P.U.(A) 507/1994] (selepas ini dirujuk sebagai “KKCP PDS”) dan undang-undang yang berkuat kuasa pada tarikh garis panduan ini diterbitkan.

Sistem koordinat bujur-lintang (atau dalam bahasa Inggris disebut Latitude-Longitude), terdiri dari dua komponen yang menentukan, yaitu : 1. Garis dari atas ke bawah (vertikal) yang menghubung-kan kutub utara dengan kutub selatan bumi, disebut juga garis lintang (Latitude). 2. Garis mendatar (horizontal) yang sejajar dengan garis

academic writing setting and culture in their respective learning establishments do not prepare them for the conventions of English writing. Abbas (2011) investigated metadiscourse terms and phrases to understand the socio-cultural variances of Arabic and English-speaking researchers. Abbas analysed seventy discussions of linguistic academic journals composed by native speakers of Arabic as .