Jurnal Psikologi Kaunseling Perkhidmatan Awam 2018

3y ago
142 Views
3 Downloads
1.01 MB
231 Pages
Last View : 3m ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Rafael Ruffin
Transcription

iJurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2018, Bil. 13, 2229-810XJurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJUN 2018BILANGAN 13ISSN: 2229-810XSidang EditorPenaung:Datuk Seri Borhan DolahKetua Pengarah Perkhidmatan Awam MalaysiaPenasihat I:Datuk Dr. Ruziati Mior Ahamad AriffinPenasihat II:Dr. Abdul Jalil HassanKetua Editor:Zuraini IsmailEditor:Dr. Amran HassanDr. Hjh. Rusni A. GhaniFauzi SaadSadli OsmanLau Pek JinPanel Wasit:Prof. Dr. Haslee Sharil Lim AbdullahProf. Madya Dr. Salleh AmatProf. Madya Dr. Siti Aishah HassanDr. Fatimah Wati HalimDr. Nasrudin SubhiDr. Abdul Jalil HassanDr. Amran HassanDr. Christopher AbasDr. Sarah MahfuzPenyelaras:Ami Haji PatolaGrafik:A. Rahman Md. Yasim

iiJurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJUN 2018BILANGAN 13ISSN: 2229-810XIsi KandunganiSidang EditoriiIsi KandunganivDari Meja Editor1-16Keperluan Indeks Kesejahteran Psikologi Dalam PerkhidmatanAwam: Satu Tinjauan UmumRuziati Mior Ahamad Ariffin, Abdul Jalil Hassan, AmranHassan, Zuraini Ismail, dan Ami Haji Patola17-34Tinjauan Faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi KepuasanKerja Penjawat Awam Di Dalam Perkhidmatan AwamRuziati Mior Ahamad Ariffin, Amran Hassan, Zuraini Ismail,dan Shamila Banu Hisamudin35-58Cabaran Perantis Kerja Sosial Gerontologi Dalam MemberiPerkhidmatan Penjagaan Pesakit Warga Emas KronikNur Hanis Hazlan, Mardiah Abdull Rhaman dan KhadijahAlavi59-82Pengurusan Modal Insan : Faktor Demografi Trait PersonalitiKehematan, Keterbukaan, Ekstraversi Dan Kesetujuan DanHubungannya Dengan Kecerdasan EmosiNurul Hudani Md. Nawi dan Puteri Hayati Megat Ahamad83-103Kesediaan Kaunselor Dan Pendekatan Yang Diguna PakaiDalam Pengendalian Kaunseling Kes Gay Dan Lesbian : SatuKajian RintisSiti Hajar Jamal, Nasrudin Subhi dan Salleh Amat

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2018, Bil. 13, 2229-810Xiii104-127Penilaian Psikometrik: Kebolehpercayaan Dan KesahanInstrumen Kajian Kepuasan Bekerja Kementerian PendidikanTinggiNoor Jumaaton Razikin, Siti Hajar Wahab dan Nurrul AzwaMohd Kassim128-141Konflik Peranan Kerja-Keluarga Dan Stres DalamKalangan Penjawat Awam Di Pejabat Setiausaha KerajaanNegeri SelangorRinatho Nunchi dan Abu Yazid Abu Bakar142-162Hubungan Di Antara Kesejahteraan Kewangan DenganKesejahteraan Psikologi Dalam Kalangan Penjawat Awam DiKementerian Sumber ManusiaNazuha Shamshuddin, Haikal Anuar Adnan dan AhmadKhairuddin Mohd Ghazi163-180Pengaruh Faktor Personaliti Ke Atas Kepimpinan BeretikaDan Hubungannya Terhadap Kepercayaan OrganisasiAhmad Badruddin Abdullah, Fatimah Wati Halim dan NurulAzza Abdullah181-207Pendekatan Art Therapy Dalam Kalangan Kanak-KanakMangsaPencerobohan Pengganas Lahad Datu: Satu KajianKesMohd. Makzan Musa208-218Stress Among Staff At Ministry Of Works MalaysiaAswandi Omar, Rahmansyahputra Afrizal, Mohamad Afiq FaizMohamad Amin dan Mohd Aizuddin Abd Jalil

ivDari Meja EditorJurnal Psikologi dan Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia iniditerbitkan buat kali ketiga belas setelah pertama kalinya diterbitkan padatahun 2006. Tujuan jurnal ini diterbitkan ialah untuk memberi peluangkepada penyelidik-penyelidik dalam bidang psikologi dan kaunselinguntuk mengetengahkan dan mengembangkan hasil kajian dalam konteksperkhidmatan awam di Malaysia. Penerbitan jurnal sebegini semestinyamenjadi satu inspirasi dan sumber rujukan, terutamanya dalam melihatskop perkhidmatan psikologi dan kaunseling sektor awam bergerak seiringdengan kemajuan sesebuah negara.Jurnal Psikologi dan Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia tahun2018 ini memuatkan sebanyak 11 artikel, yang meliputi pelbagai aspekkajian sama ada secara kuantitatif dan kualitatif di dalam perkhidmatanawam. Kesemuanya berkisarkan kepada isu-isu yang wujud dalamperkhidmatan awam yang melibatkan persoalan psikologi dan kaunseling.Artikel pertama bertajuk ‘Keperluan Indeks Kesejahteraan PsikologiDalam Perkhidmatan Awam: Satu Tinjauan Umum’ adalah berkaitandengan keperluan mewujudkan Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia(IKPM) dalam perkhidmatan awam. Dapatan kajian menunjukkan bahawaIKPM ini sangat perlu untuk diwujudkan, selaras dengan keperluankeadaan kesihatan mental dan psikologi manusia masa kini. Artikel kedua‘Tinjauan Faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi Kepuasan KerjaPenjawat Awam Di Dalam Perkhidmatan Awam’ pula berkisarkan tentangtinjauan faktor persekitaran yang mempengaruhi kepuasan kerja di dalamperkhidmatan awam. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawafaktor rakan sekerja sebagai elemen yang kuat mempengaruhi persekitaransesebuah organisasi serta mencapai kepuasan kerja yang diharapkan.Artikel bertajuk ‘Cabaran Perantis Kerja Sosial Gerontologi DalamMemberi Perkhidmatan Penjagaan Pesakit Warga Emas Kronik: KajianKes Di Rumah Ehsan Kuala Kubu Baharu’ pula menyentuh tentang cabaranperantis kerja sosial gerontologi dalam memberi perkhidmatan penjagaanpesakit warga emas. Penglibatan perantis kerja sosial gerontologi dapatmenarik minat golongan muda dalam penjagaan warga emas.

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2018, Bil. 13, 2229-810XvPenerbitan jurnal ini juga mengetengahkan beberapa isu tentang pengurusansumber manusia seperti artikel keempat bertajuk ‘Pengurusan Modal Insan:Faktor Demografi Trait Personaliti Kehematan, Keterbukaan, EkstroversiDan Kesetujuan Dan Hubungannya Dengan Kecerdasan Emosi’ yangmelihat hubungan antara aspek yang disebutkan tadi, dalam kalanganpendidik. Hasil kajian menunjukkan dimensi kehematan sebagai domainyang paling kuat berhubungan dengan kecerdasan emosi. Bagi artikelkelima pula, berkaitan kesediaan kaunselor dan pendekatan yang digunapakai dalam pengendalian kaunseling kes gay dan lesbian. Hasil kajiankualitatif ini menunjukkan 3 tema utama dikenalpasti iaitu keterbukaankaunselor, kefahaman kaunselor dan penerimaan tanpa syarat. Manakalateori dan pendekatan yang digunakan adalah teori Rogers, teori RationalEmotive Behavior Therapy (REBT) dan teknik seni terapi.Artikel keenam yang bertajuk ‘Penilaian Psikometrik: KebolehpercayaanDan Kesahan Instrumen Kajian Kepuasan Bekerja’ mengkajikebolehpercayaan dan kesahan instrumen kajian kepuasan bekerjadi Kementerian Pengajian Tinggi. Hasil kajian menunjukkan nilaipsikometrik instrumen dari sudut kebolehpercayaan dan kesahan didalam proses pengukuran kepuasan bekerja adalah signifikan. Selain itu,isu konflik peranan kerja-keluarga turut dikupas dalam artikel bertajuk‘Konflik Peranan Kerja-Keluarga dan Stres dalam Kalangan PenjawatAwam di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor’. Konflik peranankerja-keluarga diukur dengan menggunakan dua dimensi iaitu konflikkeluarga-kerja dan konflik kerja-keluarga. Dapatan menunjukkan tahapstres dan konflik peranan kerja-keluarga adalah pada tahap rendah. Artikelkelapan yang bertajuk ‘Hubungan Di Antara Kesejahteraan KewanganDengan Kesejahteraan Psikologi Dalam Kalangan Penjawat Awam DiKementerian Sumber Manusia menunjukkan terdapat hubungan positifyang lemah dan signifikan di antara kesejahteraan kewangan dengankesejahteraan psikologi dan dimensinya. Secara umumnya, terdapat sedikitperkaitan antara individu yang mempunyai kesejahteraan kewangan yangbaik dapat meningkatkan kesejahteraan psikologi mereka.

viArtikel kesembilan dalam jurnal ini berkaitan kajian pengaruh faktorpersonaliti ke atas kepimpinan beretika dan hubungannya terhadapkepercayaan organisasi. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah analisisStructural Equation Modelling (SEM) untuk menerangkan hubunganantara pelbagai pemboleh ubah. Penemuan dalam kajian ini amat pentingkepada semua pihak dalam usaha untuk meningkatkan kualiti kepimpinandan persekitaran penjawat awam. Selain itu, pendekatan Art Therapyjuga turut dimuatkan dalam artikel kali ini. Kajian ini menggunakanpendekatan kajian kes yang menggunakan pendekatan Art Therapy iaitumelukis, melakar dan mewarna. Kajian ini memperlihatkan pendekatan ArtTherapy sebagai kaedah meluah permasalahan psikologikal yang di alamioleh kanak-kanak mangsa pencerobohan. Artikel yang kesebelas iaituyang terakhir adalah artikel Bahasa Inggeris yang mengkaji tahap BurnOut dan Job Related Tension di kalangan kakitangan Kementerian KerjaRaya. Dapatan artikel ‘Stress Among Staff At Ministry Of Works Malaysia’menunjukkan tahap Burn-Out dan Job Related Tension kakitangan adalahpada tahap sederhana dan didapati bahawa stres kakitangan juga adalahsederhana. Kesemua sebelas artikel ini adalah perkongsian ilmu dalamkalangan ahli akademik dan pegawai perkhidmatan awam .Oleh itu, besar harapan saya agar kesemua pembaca di dalam JurnalPsikologi dan Kaunseling Perkhidmatan Awam Tahun 2018 ini akanmendapat manfaat sepenuhnya dalam pembinaan ilmu. Saya juga inginmerakamkan jutaan terima kasih kepada semua penulis dan pengkaji yangmenyumbangkan artikel penyelidikan di dalam jurnal ini sama ada secaralangsung atau secara tidak langsung. Tidak lupa juga kepada semua sidangeditor yang bekerjasama dalam menerbitkan jurnal ini. Semoga denganpenerbitan jurnal sebegini akan membuka banyak ruang kebaikan kepadasemua, demi memartabatkan perkhidmatan awam menjadi lebih berdayasaing dan berprestasi tinggi di peringkat global masyarakat masa kini.Datuk Dr. Ruziati Mior Ahamad AriffinPengarah Bahagian Pengurusan PsikologiJabatan Perkhidmatan Awam Malaysia2018

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2018, Bil. 13, 2229-810X1KEPERLUAN INDEKS KESEJAHTERAANPSIKOLOGI DALAM PERKHIDMATAN AWAM:SATU TINJAUAN UMUMRuziati Ahamad Ariffin, PhDAbdul Jalil Hassan, PhDAmran Hassan, PhDZuraini IsmailAmi Haji PatolaJabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaABSTRACTThe current state of community well-being needs to be addressed. Inthis regard, a study to show the need for an index that measures thepsychological well-being which portrays the views of civil servants, ingeneral, was conducted. This study was conducted to see the need for thePsychological Well-being Index in the Public Service. This quantitativestudy was conducted using a survey of 4869 respondents, comprisedof civil servants from different ministries, state secretarial offices, andagencies. The findings showed that 94% of the respondents stated thatthe index is needed, 69% admitted to having general knowledge onpsychological well-being, 94% agreed that psychological well-beingis significant to happiness in life, 89% acknowledged that the indexwill influence one’s life in general and 89% accepted that the indexmay influence the lives of others. Respondents also suggested thedimensions needed in the measurement which should measure the levelof awareness in terms of social, emotional, cognitive, work wellbeing,finance, mental health, behavior, integrity, and civic-mindedness.The findings of this study can be used by policymakers to develop thePsychological Wellbeing Index to measure and monitor the state ofpsychological well-being in our society.

2PENGENALANMasyarakat hari ini berhadapan dengan pelbagai isu yang melibatkanelemen fizikal dan juga mental. Isu-isu ini telah memberi kesan kepadaseseorang individu sehingga menjejaskan tahap kesejahteraan mereka.Dapatan ini juga boleh menjadi panduan dalam pelaksanaan programprogram intervensi yang dirancang bagi mencapai kesejahteraanpsikologi masyarakat. Walaubagaimanapun, kesejahteraan psikologimanusia ini sebenarnya sesuatu yang sangat subjektif untuk di buatpenilaian (Ryff, 1989; Yahaya, 2002; Rohany & Fatimah, 2006).Ini kerana kesejahteraan dan kebahagiaan yang ingin di capai olehseseorang manusia itu adalah berbeza. Ada segelintir masyarakat yanglebih memikirkan tentang kerjaya sebagai suatu yang memberikankesejahteraan, sebaliknya ada juga yang melihat perkembangankeluarga sebagai sesuatu yang menjadikan seseorang itu mencapaikesejahteraan. Subjektifnya elemen kesejahteraan ini telah mengambilkira pelbagai aspek kepuasan dan keadaan luaran serta dalamanseseorang individu mengikut acuan yang tersendiri.Elemen kesejahteraan psikologi merupakan satu elemen yang sangatluas. Penilaiannya juga adalah berbeza mengikut pengetahuan,kemahiran dan tingkah laku yang wujud oleh seseorang manusiamengikut budaya sesebuah negara. Namun, objektifnya hanyalah satuiaitu kebahagiaan sama ada secara dalaman atau luaran. Justeru, ramaipengkaji melihat aspek-aspek ini dalam keadaan yang berbeza-beza.Keadaan ini membuktikan bahawa kepekaan dalam kesejahteraanpsikologi oleh seseorang individu itu bergantung kepada bagaimanaseseorang itu mengendalikan dirinya secara bijaksana. World HealthOrganisation (WHO) melihat kesejahteraan psikologi sebagaimempunyai perkaitan rapat dengan penyakit mental yang dikatakanakan berada di tempat kedua selepas penyakit jantung pada tahun 2020(WHO, 2012; Noradilah & Mansor, 2009).

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2018, Bil. 13, 2229-810X3Ekoran daripada itu, peningkatan mereka yang mengalami penyakitmental ini semakin ketara dan ini disokong oleh Persatuan PsikiatrikMalaysia (2010) bahawa 2.6 juta penduduk atau 11% mengalamipermasalahan psikologi dan kemurungan secara serius. Kesihatanmental ini pula turut dikaitkan dengan kesejahteraan psikologi seseorangmanusia yang sukar untuk dinilai kerana ianya lebih bersifat keperluanindividu secara dalaman dan luaran.PERMASALAHAN KAJIANRentetan daripada Persidangan Psikologi Modal Insan tahun 2017yang telah di rasmikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan PerdanaMenteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, keperluanuntuk diwujudkan satu Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia bagimelihat kesejahteraan psikologi rakyat secara keseluruhan (BeritaHarian, 10 Oktober 2017). Cadangan yang di usulkan oleh TimbalanPerdana Menteri Malaysia ini adalah dengan tujuan untuk menilai tahapkesihatan psikologi setiap modal insan di negara ini. Indeks ini bolehdijadikan satu ukuran yang lengkap memandangkan isu-isu kesihatanmental dan kesejahteraan psikologi masyarakat di Malaysia dikatakanagak membimbangkan.Menurut kenyataan daripada Menteri Kesihatan, YB Dr. S.Subramaniam, pada tahun 2016 sebanyak 76,061 kes yang mendapatkanrawatan sakit mental sama ada di klinik kesihatan dan juga hospitalkerajaan (The Malaysian Highlight, 14 November 2017). Jumlah inimenunjukkan peningkatan sebanyak 1% berbanding tahun 2015 danperbandingan dengan tahun 2006 ialah peningkatan sebanyak 11.2%(The Malaysian Highlight, 14 November 2017). Data ini menunjukkanbahawa kita amat memerlukan satu kayu ukur yang jelas bagi melihatisu kesejahteraan psikologi di kalangan rakyat amnya dan penjawatawam khasnya.

4Biarpun data yang dipilih menunjukkan bahawa wujudnya keperluanuntuk dibangunkan satu indeks kesejahteraan psikologi, namunadakah rakyat atau penjawat awam merasai adanya keperluan dalammewujudkan indeks tersebut? Adakah mereka mengetahui perkaitankesejahteraan psikologi ini dengan kebahagian hidup mereka danindividu di kalangan mereka? Inilah antara skop-skop yang jelas perludilihat ke atas kajian ini secara keseluruhannya.Model Ryff (1989) melihat suatu model yang berdasarkan kepadarealisasi potensi diri yang sebenar. Ini termasuklah beberapa elemenyang terkandung di dalam model Ryff ini iaitu autonomi, pengawalanpersekitaran, perkembangan kendiri, hubungan positif dengan oranglain, matlamat kehidupan dan juga penerimaan kendiri. Inilah yangmenjadi pengukuran kepada kesejahteraan psikologi seseorangindividu terhadap kekuatan dan kelemahan yang sedia ada. Malah,elemen-elemen inilah yang di asaskan kepada pembinaan keperluanIndeks Kesejahteraan Psikologi dalam kalangan penjawat awamdi Malaysia. Asas pembentukan ini dijadikan pengukuran secarakeseluruhan, terutama dalam menilai dan membuat rumusan bahawaelemen kesejahteraan psikologi bukanlah sesuatu yang menjadi bahanyang harus diketepikan oleh kesemua pihak.MODEL KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI RYFFTerdapat beberapa dimensi yang menjadi asas kepada pembinaanIndeks Kesejahteraan Psikologi dalam perkhidmatan awam. Salahsatunya ialah asas daripada Model Kesejahteraan Psikologi Ryff (1989;2013). Antaranya ialah meliputi 6 dimensi utama iaitu autonomi,pengawalan persekitaran, perkembangan kendiri, hubungan positifdengan orang lain, matlamat kehidupan dan juga penerimaan kendiri.Kesemua dimensi ini menjadi pengukuran utama bagi asas kepada teorikesejahteraan yang dibina khusus mengikut item-item yang diciptakanoleh Ryff (1989;2013) ini.

5Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2018, Bil. 13, 2229-810XBagi autonomi, pengukurannya berkisarkan kepada penilaian terhadapstandard peribadi yang kuat, tidak bergantung kepada orang lain danbersedia dengan segala cabaran dalam hidup. Manakala, dimensi keduaialah penguasaan persekitaran iaitu lebih berarah kepada pengawalanpersekitaran yang baik dan membuat sesuatu secara afektif mengikutkesesuaiannya. Dimensi bagi hubungan positif dengan orang lainmerujuk kepada suka berhubungan dengan orang lain, empati, danmemahami perhubungan dalam satu elemen yang baik.Begitu jugadengan dimensi perkembangan kendiri yang melibatkan perasaanyang sentiasa berkembang serta bersedia untuk mencari sesuatu yangterbaharu dalam hidup. Dimensi matlamat dalam kehidupan pulamerujuk kepada mempunyai matlamat hidup yang jelas dengan penuhobjektif kehidupan. Akhir sekali ialah dimensi penerimaan kendiriyang membawa maksud tingkah laku dan sikap yang positif dalamkehidupan. Inilah 6 dimensi yang mendasari kesejahteraan psikologiseseorang manusia berdasarkan kepada Model Kesejahteraan PsikologiRyff. Gambarajah 1 menunjukkan dimensi Model KesejahteraanPsikologi Ryff yang diadaptasi daripada Ryff (2013);Gambarajah 1: Model Kesejahteraan Psikologi uasaanPersekitaranPerkembanganKendiriHubungan PositifDengan Orang Lain

6OBJEKTIF KAJIANKajian ini secara umumnya ialah untuk mengkaji keperluan mewujudkanIndeks Kesejahteraan Psikologi terhadap modal insan di Malaysia.Objektif khusus bagi kajian ini ialah:i)Mengenal pasti perbezaan persepsi-persepsi penjawat awamterhadap kefahaman tentang keperluan mewujudkan IndeksKesejahteraan Psikologi mengikut demografiii)Mengkaji persepsi penjawat awam terhadap kefahaman umumtentang keperluan mewujudkan Indeks Kesejahteraan Psikologidalam kehidupaniii) Mengenal pasti dimensi yang diperlukan dalam IndeksKesejahteraan PsikologiMETODOLOGI KAJIANKajian ini merupakan kajian survei (tinjauan peringkat awal) yangdijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan soalan atau itemitem yang bersesuaian bagi melihat keperluan indeks kesejahteraanpsikologi. Item-item yang dibina adalah berdasarkan kepada soalansoalan survei lepas dan juga daripada sorotan kajian lepas yang dirujuk.Item-item tersebut berbentuk umum yang merangkumi penilaianpersepsi penjawat awam terhadap sesuatu isu yang diusulkan. Malah,diadakan juga satu perbincangan bersama dengan Pengurusan TertinggiBahagian terhadap elemen yang hendak dikaji. Soalan tersebutdi edarkan melalui ‘google doc survey’ kepada kesemua Kementeriandan Agensi-agensi kerajaan termasuklah Pejabat Setiausaha KerajaanNegeri. Seramai 4869 orang responden telah memberikan responkepada soal selidik persepsi terhadap keperluan mewujudkan indeks inisecara populasi sepenuh (total population). Kebanyakan mereka terdiridaripada pelbagai skim, bangsa, agama dan kumpulan perkhidmatan

Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam MalaysiaJun 2018, Bil. 13, 2229-810X7termasuklah dari gred-gred yang berbeza yang menjadi respondenkepada kajian ini.Alat kajian ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian A mengandungidemografi responden yang terdiri daripada kementerian / agensi,jantina, bangsa, kumpulan perkhidmatan, gred jawatan, umur, tempohperkhidmatan dan juga bidang tugas responden. Manakala, bahagian Bmeliputi 6 item yang dibina berdasarkan kepada kesesuaian item bagimelihat keperluan indeks ini. Jawapan “ya” dan “tidak” kepada item 1hingga 5. Antara contoh item tersebut ialah ‘adakah penting diwujudkansatu indeks kesejahteraan psikologi?’ Soalan yang keenam berbentuksubjektif yang memerlukan respon

Perkhidmatan Penjagaan Pesakit Warga Emas Kronik Nur Hanis Hazlan, Mardiah Abdull Rhaman dan Khadijah Alavi 59-82 Pengurusan Modal Insan : Faktor Demografi Trait Personaliti Kehematan, Keterbukaan, Ekstraversi Dan Kesetujuan Dan Hubungannya Dengan Kecerdasan Emosi Nurul Hudani Md. Nawi dan Puteri Hayati Megat Ahamad

Related Documents:

Skim Perkhidmatan Perkhidmatan-perkhidmatan yang fungsinya bertanggungjawab dalam bidang tertentu mengikut klasifikasi perkhidmatan yang telah ditetapkan oleh JPA. Contoh Skim Perkhidmatan Kewangan (W) Senarai Skim Perkhidmatan di bawah Klasifikasi W: Skim Perkhidmatan Jenis Skim Perkhidmatan Gred Juruaudit Pengurusan & Profesional

Kaunseling Kelompok Pendekatan Pemusatan Insan (n 18) (ii) Kaunseling Kelompok Pendekatan Psikologi Kognitif Ad-Din (n 19) dan (iii) kumpulan kawalan (n 18). Setiap kumpulan rawatan menjalani sesi kaunseling

Buku Psikologi Sastra ini berisikan tentang (1) studi psikologi dalam studi sastra, (2) psikologi kepribadian, (3) psikologi sosial, (4) psikologi perkembangan, (5) psikologi komunitas, (6) psikologi konsumerisme, (7) psikologi ekologi, dan (8) teknik penyusunan proposal peneliti

psikologi dan sastra, juga di bagian mana kedua disiplin ilmu itu akan bertemu, sehingga melahirkan pedekatan atau tipe kritik sastra yang disebut psikologi sastra. B. Hubungan antara Psikologi dan Sastra 1. Psikologi Sebelum menguraikan hubungan antara psikologi dan sastra, yang melahirkan pendekatan psikologi sastra,

KATA PENGANTAR DEKAN FAKULTAS PSIKOLOGI Dengan memanjatkan puji dan syukur kehadirat Tuhan Yang Maha Esa, maka telah dapat diterbitkan Buku Pedoman Pendidikan Doktor Psikologi, . PSC721 Psikologi Klinis Anak dan Remaja 2 Konsentrasi Psikologi Klinis 6. PSC722 Psikologi Klinis Komunitas 2 7. PSC723 Stres dan Kecemasan 2 8. PSC724 Psikologi .

Pengantar Psikologi : . Cabang dari psikologi yang perhatiannya tertuju pada penyelidikan perilaku dalam setting kerja dan penerapan prinsip-2 psikologi utk mengubah perilaku kerja tersebut Psikologi Industri & organisasi : . Psikologi klinis . Psikologi Industri dan Organisasi

psikologi sosial. Tahun 1970 dan 1980-an merupakan puncak masa pendewasaan psikologi sosial. Ragam topik penelitiannya meluas. Misalnya, kita temui atri- busi, sikap, perbedaan gender, psikologi lingkungan, psikologi massa, psikologi

Unit-1: Introduction and Classification of algae (04L) i) Prokaryotic and Eukaryotic algae ii) Classification of algae according to F. E. Fritsch (1945), G.W. Prescott and Parker (1982)