Konsep Kepuasan Diri Menurut Al-Ghazali Dan Maslow: Satu .

3y ago
176 Views
12 Downloads
339.75 KB
7 Pages
Last View : 17d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Jayda Dunning
Transcription

PROCEEDING OF INTERNATIONAL CONFERENCE ON EMPOWERING ISLAMICCIVILIZATION, 7-8 OKTOBER 2017Proceeding of International Conference of Empowering Islamic CivilizationEditors: Rahimah Embong, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Hanif Md Lateh @ Junid,Fadzli Adam & Syed Hadzrullathfi Syed Omar Research Institute for Islamic Product and Malay Civilization (INSPIRE)Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)ISBN 978-967-0899-70-1 (2017), http: //www.inspire.unisza.edu.myKonsep Kepuasan Diri Menurut Al-Ghazali Dan Maslow:Satu Kajian PerbandinganNorhashimah Yahya1, Syed Hadzrullathfi Syed Omar2 & Mohd Shahril Othman31Calon Doktor Falsafah Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam,Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu2Ph.D Profesor Madya, Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Produk Dan Ketamadunan Islam,Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu- Pengarang Penghubung3Pensyarah Kanan (Ph.D), Fakulti Pengajian Kontemporari Islam,Universiti Sultan Zainal Abidin, .edu.mymohdshahril@unisza.edu.myAbstrak: Konsep kepuasan diri merupakan suatu elemen penting yang perlu dibincangkan bagi melahirkanindividu yang tenang jiwanya dalam setiap aspek kehidupan yang dilaluinya. Antaranya berkaitan soalrumahtangga, hal anak-anak, urusan kerjaya dan sebagainya. Akan tetapi, konsep kepuasan diri yangdikemukakan Maslow, salah seorang tokoh psikologi barat sekitar (1970) hanya dapat diperolehi setelahmanusia mencapai kesempurnaan kendiri yang merupakan peringkat paling atas dalam hierarki keperluanhidup yang ditonjolkan Maslow. Oleh itu, kedudukan konsep kepuasan diri yang harus dimiliki oleh setiapindividu, menjadi suatu keutamaan diketengahkan dalam kajian akademik. Kajian ini bertujuan untukmenganalisis persamaan dan perbezaan konsep kepuasan diri menurut tokoh psikologi Islam iaitu al-Ghazalidan Maslow. Kajian berbentuk kualitatif ini mengguna kaedah analisis kandungan (content analysis),menerusi pengumpulan data daripada sumber primer tokoh kajian dan sumber sekunder berautoriti yangberkaitan. Kajian mendapati bahawa di antara persamaan yang dinyatakan kedua-dua tokoh kajian ialahmanusia mempunyai unsur rohani dan jasmani untuk memberi tindak balas terhadap tingkahlaku bagimencapai kepuasan diri. Perbezaan yang didapati ialah al-Ghazali lebih menumpukan aspek iman dan wahyudalam melahirkan sifat ikhlas untuk mencapai kepuasan diri. Manakala, Maslow pula lebih memberiperhatian kepada tercapainya konsep penyempurnaan kendiri bagi memperolehi kepuasan diri. Hasil kajianini diharap dapat memberi input berguna terutama dalam usaha memperolehi kepuasan diri bagi mencapaihalatuju untuk merencanakan kehidupan harian bagi menuju kebahagiaan akhirat. Selain memberisumbangan besar dalam bidang psikologi Islam.Kata Kunci: Kepuasan diri, al-Ghazali, MaslowPENGENALANDalam Islam, manusia merupakan makhluk ciptaan Allah swt yang dijadikan dengan sebaik-baik kejadian(al-Tin, 95: 4). Adapun manusia merupakan semulia-mulia kejadian, namun manusia tetap mempunyaikelemahan dan keterbatasan diri (Sapora & Ruhaya, 2013: 223). Antaranya ialah sifat pelupa (ghaflah)(Taha, 20: 115). Ini membuktikan bahawa manusia juga mempunyai ketidak sempurnaan dan tidak semuaperkara manusia mampu melakukannya. Ianya mempunyai keterbatasan terutama sebagai seorang muslim,pastinya setiap yang dilakukan adalah berlandaskan syariat Islam yang telah ditetapkan oleh Allah swt.Manalaka, menurut Darwin (1809) yang mempelopori teori evolusi menyatakan bahawa manusiaberasal daripada haiwan yang terjadi akibat daripada evolusi alat tubuh yang mana dengan perkembanganbersahaja sampai kepada tingkat haiwan dan akhirnya rupabentuk manusia itu wujud (Roslee & MohamedSharif, 2003: 2)Menurut tokoh psikologi barat pula manusia adalah sejenis makhluk yang positif, rasional, danrealistik serta sentiasa bergerak maju menuju ke arah kesempurnaan kendiri (Rogers, 1980: 32).34

PROCEEDING OF INTERNATIONAL CONFERENCE ON EMPOWERING ISLAMICCIVILIZATION, 7-8 OKTOBER 2017Adapun demikian, manusia tetap untuk mencari kesempurnaan hidup dan dalam memenuhi usaha tersebut,ianya sudah pasti melalui proses kepuasan diri. Malahan, sudah pasti kepuasan diri yang terdapat padamanusia tidak sama di antara satu sama lain. Ada segelintir manusia, yang boleh mencapai kepuasan diridisebabkan pengaruh persekitaran samaada faktor budaya, keluarga, norma masyarakat, harta kekayaan dansebagainya. Adapun dalam Islam, seseorang mukmin sudah pasti mempunyai keterbatasan dalam usahamemenuhi kepuasan diri. Perkara ini akan dibincangkan penulis dengan terperinci.Penulisan ini juga memfokuskan persamaan dan perbezaan konsep kepuasan diri menurut tokohilmuan Islam yang masyhur al-Ghazali, dan tokoh psikologi barat iaitu Maslow.METODOLOGIReka bentuk penulisan ini adalah secara kualitatif. Pada kebiasaannya, pendekatan kualitatif digunakanapabila penumpuan penyelidikan lebih kepada analisis kandungan sesuatu dokumen dan pemerhatian samaada secara bersama-sama atau berasingan (Ahmad Sunawari Long, 2005: 24).Dari aspek pengumpulan data pula penulis menggunakan metode kepustakaan. berasaskan sumberprimer iaitu kitab asal hasil nukilan al-Ghazali dan Abraham Maslow. Manakala sumber sekunder puladiperolehi daripada bahan-bahan bacaan sama ada buku, majalah, surat khabar, internet dan sebagainya yangmembincangkan berkaitan konsep kepuasan diri menurut al-Ghazali dan Maslow serta latarbelakang keduadua tokoh yang dikaji.Seterusnya dari sudut analisis data pula penulis menggunakan metode analisis dokumen iaitupenganalisisan kandungan bagi sesuatu naskhah dengan merujuk kepada ayat-ayat, makna, idea, tema atausebarang mesej yang digunakan untuk berkomunikasi.Bagi melancarkan lagi proses analisis, penulis menggunakan tiga kaedah dalam penulisan ini.i. Metode InduktifMetode ini bermaksud satu pola berfikir untuk membuktikan hal-hal bersifat khusus kepada hal-hal bersifatumum (Barnadib, 1982:51). Dengan kata lain, pengkaji akan menganalisis dengan cara menghalusi setiapfakta atau sebahagian besar daripadanya dan selanjutnya menyimpulkan kepada suatu kesimpulan yangbersifat umum atau global.ii. Metode DeduktifKaedah deduktif ini ialah membuat kesimpulan dari maklumat yang umum kepada yang lebih khusus secaraterperinci (Sidek, 2002: 5). Data yang digunakan kebiasaannya membuktikan kebenaran. Contohnya,pengkaji menggunakan data yang diperolehi berkaitan konsep kepuasan diri menurut Maslow dan dianalisissupaya bersesuaian dengan kajian pengkaji.iii. Metode Perbandingan Kostan (constant comparative method)Kaedah ini adalah membandingkan sesuatu ketegori, segmen dan dimensi fenomena yang dikaji. Teori barumula terbentuk apabila penyelidik mengesan idea dan tema baru timbul daripada apa yang diperkatakan olehsubjek kajian atau daripada peristiwa yang telah diperhatikan (Othman, 2017: 104).Penulis menggunakan metode ini untuk menganalisis persamaan dan perbezaan konsep kepuasan dirimenurut al-Ghazali dan Maslow.RIWAYAT HIDUP TOKOHAl-GhazaliPenulis menyatakan secara ringkas tentang riwayat hidup kedua-dua tokoh yang menjadi tumpuan dalampenulisan ini. Hal ini kerana, telah banyak kajian mahupun penulisan ilmiah yang membincangkan tentanglatar belakang al-Ghazali (Muhammad Nasir Nasution: 1987, Kamal Abd Manaf: 1997, Anshari Ismail:2001, Yatimah Sarmari: 2005, Ali Badron: 2000, Mohd Fuad Mokhtar: 2006, Nurul Asiah Fasehah: 2010,Mohd Hasrul: 2014, Wan Hisyamuddin: 2014). Manakala, Maslow pula sebagaimana yang dinyatakan(Frank: 1970, McLeod: 2016, Morgen.W, 2003).Sebagaimana yang difahami, al-Ghazali merupakan ilmuan Islam yang masyhur dalam pelbagaibidang keilmuan. Gelaran hujjatul Islam yang disandarkan kepada beliau membuktikan lagi kealiman dankehebatan ilmu yang dimilikinya. Malahan kemasyhuran beliau sebagai salah seorang pemikir Islam amatdiiktiraf masyarakat sehingga satu festival iaitu Festival al-Ghazali di Damsyik, Syria pada 27-31 Mac 1961,telah dilancarkan bersempena dengan 900 tahun kelahiran beliau (Mohd Fauzi Hamat, 2005: xiii).35

PROCEEDING OF INTERNATIONAL CONFERENCE ON EMPOWERING ISLAMICCIVILIZATION, 7-8 OKTOBER 2017Nama sebenar beliau ialah Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Bin Ahmad al-Ghazali. Beliau jugadikenali dengan gelaran al-Tusi yang dinisbahkan kepada nama tempat iaitu al-Tus sebuah Bandar diKhurasan dimana tempat beliau dilahirkan (Al Ghazali, 1975: 1). Beliau diberi gelaran al-Ghazzaliditashdidkan huruf zai ( )ز sempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal benang (alGhazzal) (Muhammad ʽAqil, 1993: 172). Kadang kala dipanggil juga al-Ghazali satu zai ( )ز yangdinisbahkan kepada nama kampung tempat kelahiran beliau iaitu Ghazalah (Ibnu Rusn, 1998: 9).Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450H (Al-Ghazali, 1975: 1) bersamaan 1058M. Beliau danabangnya Ahmad merupakan anak yatim kerana bapa beliau meninggal ketika usia mereka masih kecil. Diawal usia beliau telah berguru dengan Ahmad Bin Muhammad al-Razkani (Al-Ghazali, 1975: 1). Pada usiabeliau mencecah 15 tahun, al-Ghazali telah mengembara ke Jurjan untuk belajar dan berguru dengan AbuNasr al-Ismaiʽili (Al-Ghazali, 1975: 1). Manakala semasa usia 19 atau 20 tahun, beliau bermusafir ke Nisaburdan berguru dengan al-Juwayni sehingga usia beliau 28 tahun. Semasa berada di Nisabur, al-Ghazali telahbelajar ilmu teologi, hukum dan falsafah (Sibawayh, 2004: 36).Malahan beliau juga pernah berguru dengan Imam al-Haramayn (w 478H) (Abu al-Fida, 1998).Kehebatan beliau dalam bidang ilmu dapat dikesan apabila beliau boleh menguasai pelbagai cabang bidangkeilmuan iaitu falsafah, akidah, tasawwuf, feqah, pendidikan, politik, dan teologi (Abdul Salam, 2015: 13).Oleh kerana kealiman beliau dalam pelbagai cabang keilmuan juga, beliau telah diberi gelaran Hujjatul Islam(Pembela Islam), Zayn al-Din (Hiasan Agama) Bahr Mugriq (Bahtera yang Menghanyutkan) (Ibnu Rusn,1998: 9).Al-Ghazali meninggalkan banyak karya hasil tulisan beliau sendiri. Ada yang menyatakan lebihkurang 457 hasil karya-karya beliau (Kamran As’ad: 2003: xiii). Antara karya-karya masyhur beliau ialahkitab Ihya’ Ulum al-Din (Menghidupkan Kembali Ilmu-ilmu Agama), kitab ini merupakan karyanya yangterbesar yang dikarangnya selama beberapa tahun dalam keadaan berpindah-pindah antara Damaskus,Yerussalem, Hijaz, dan Thus yang berisi panduan antara feqah, tasawuf, dan falsafah.Di antara elemen kesufian yang didapati pada diri beliau ialah sifat zuhud yang dimilikinya. Hal inikerana apabila beliau sanggup meletakkan jawatan setelah berkhidmat selama 4 tahun di al-Madrasah alNizamiyyah Baghdad kerana beliau bimbang terpengaruh dengan kemewahan dan habuan dunia (al-Ghazali,1988: 59). Beliau dapat merasakan bahawa beliau tidak menyumbangkan ilmu secara ikhlas kerana AllahSWT apabila namanya begitu masyhur dan sentiasa disebut serta bait-bait kata-katanya sentiasa didengari.Justeru beliau nekad untuk meninggalkan kemasyhuran dan kemewahan tersebut dengan memilih jalankezuhudan (tariq al-zuhud) (al-Ghazali, 1989: 10-12).Di samping itu, sifat zuhud yang dimiliki beliau juga terserlah apabila beliau enggan menerima hartakekayaan dunia, malahan berpada dengan kadar yang boleh memelihara agamanya dan tidak memerlukannyauntuk meminta atau mendapatkan daripada orang lain (Abdul Salam, 2015: 16).Beliau juga pernah berhijrah ke Damsyiq. Ketika berada di sana, seorang guru al-Madrasah alAminiyyah, Damsyiq sangat mengiktiraf keilmuan beliau. Beliau telah membuat keputusan untukmeninggalkan Damsyiq kerana bimbang dirinya dihantui dengan sifat ujub. Begitu kuat iman serta teguhpendirian beliau sehingga apabila dirasakan sifat mazmumah mula ingin memasuki dirinya, beliau terusberusaha untuk mengelakkan sifat-sifat tersebut cuba mempengaruhi dirinya (‘Abd al-Qadir, 1990: 132).Beliau meninggal dunia pada 14 Jamadi al-Akhir 505H, hari isnin dan dikebumikan di Tus. Padaketika itu, usia beliau 55 tahun (Abu al-Fida’, 1998: 213-214, Shihab al-Din, 1989: 18-19). Makam beliaubersebelahan dengan makam penyair besar yang terkenal, iaitu Firdausi (Abdul Salam, 2015: 15). Pemergianbeliau sudah tentu merupakan suatu kehilangan yang besar dalam bidang keilmuan. Malahan tiada tolakbandingnya kehebatan beliau sebagai salah seorang cendekiawan Islam yang mana setiap bait-bait mutiarailmu yang disampaikan sudah pasti memberi manfaat buat ummah.Abraham MaslowTokoh psikologi barat yang menjadi tumpuan penulis ialah Abraham Maslow. Maslow pula merupakan salahseorang tokoh psikologi Barat yang mashyur sekitar tahun (1970). Nama sebenar beliau ialah AbrahamHarold Maslow dilahirkan pada 1 April 1908 di Brooklyn, New York. Beliau lebih terkenal denganpanggilan Abraham Maslow. Beliau merupakan anak sulung dari tujuh orang adik beradik (Frank, 1970: 20).Kedua ibu bapa beliau terlalu menekankan aspek pendidikan kepada anak-anak. Dengan sebab itu,semua adik-beradik beliau didorong untuk belajar. Maslow yang merupakan anak pertama diberi penekananyang paling keras dalam belajar kerana beliau dilihat berintelektual sejak kecil lagi (McLeod, 2016: 35).Teori psikologi yang diperkenalkan oleh Maslow juga terkenal dengan teori humanistik (HumanisticPsychology) (Maslow, 1970: 32, Frank, 1987: 45). Istilah humanistik diperkenalkan oleh sekelompok ahlipsikologi yang telah bekerjasama di bawah pimpinan beliau.36

PROCEEDING OF INTERNATIONAL CONFERENCE ON EMPOWERING ISLAMICCIVILIZATION, 7-8 OKTOBER 2017Mereka berusaha mencari alternatif dari dua teori yang berpengaruh atas pemikiran intelektual dalampsikologi. Kedua teori yang dimaksudkan ialah psikoanalisis dan behaviorisme. Maslow menyatakan bahawapsikologi humanistik adalah sebagai “kekuatan ketiga” (a third force).Meskipun, tokoh-tokoh humanistik memiliki pandangan yang berbeza-beza, akan tetapi merekamempunyai pemikiran yang sama mengenai manusia yang berprinsip pada salah satu aliran falsafah modeniaitu, eksistensialisme. Manusia menurut falsafah eksistensialisme merupakan individu yang memilikikebebasan untuk memilih tindakan, menentukan sendiri nasib, serta bertanggungjawab di atas setiap pilihandan tindakan yang dilaksanakan (Maslow, 1970: 38).Antara konsep humanistik menurut Maslow (1943) ialah apabila seseorang itu mencapaikesempurnaan kendiri iaitu dapat mengecapi potensi diri yang bermakna. Hal ini kerana, Maslowberpandangan bahawa manusia mempunyai kuasa dalaman untuk menghasilkan potensi diri yang maksimumyang dikenali sebagai kesempurnaan kendiri (self-actualization) (Khalim Zainal, 2008: 48).Pada pengakhiran hidup beliau menghabiskan tempoh persaraan di California dan meninggal duniapada 8 Jun 1970 kerana serangan jantung (Maslow: 1970: 21).PERBANDINGAN KONSEP KEPUASAN DIRI MENURUT AL-GHAZALI DAN MASLOWSebelum penulis menghuraikan tentang konsep kepuasan diri menurut al-Ghazali, penulis menjelaskanterlebih dahulu pandangan al-Ghazali tentang manusia.Al-Ghazali berpandangan bahawa manusia bersifat kompleks, kebendaan, sayangkan dunia sertasukakan kecantikan. Selain itu, manusia dilihat daripada 3 sifat iaitu kemalaikatan, kehaiwanan dankesyaitanan. Sifat kesyaitanan akan membawa manusia ke lembah maksiat. Manakala sifat kehaiwanan pulamenunjukkan fungsi haiwan hidup untuk makan, tidur dan sebagainya. Sifat kemalaikatan pula adalahapabila manusia berjaya menentang sifat kesyaitanan yang akan menyebabkan manusia tunduk dan sujudkepada perintah Allah swt (Roslee & Mohamad Sharif, 2003: 4).Penulis memahami konsep kepuasan diri bagi manusia menurut al-Ghazali akan selesai apabilamanusia mencapai aktualitasi kendiri dengan merasai kemanisan dalam keimanan. Dengan kata lain, imandan wahyu menjadi tunjang utama yang perlu diwujudkan dalam diri setiap mukmin bagi mencapai kepuasandiri. Hal ini kerana apabila iman telah menguasai diri, manusia akan dapat mengawal setiap tindakan agartidak terpesong ke arah perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya.Di samping itu, iman juga perlulah sentiasa dibajai dengan sifat ikhlas dan benar. Sebagaimanapandangan al-Ghazali bahawa ikhlas yang sebenar-benarnya ialah apabila seseorang individu itumengabdikan diri semata-mata kepada Allah SWT dan tidak menjadi hamba kepada diri dan nafsu. Iaistiqamah mematuhi segala perintah Allah SWT dan meninggalkan laranganNya (al-Ghazali, 2015: 27).Manakala, berkaitan sifat al-sidq pula, al-Ghazali membahaskan berkaitan kelebihan dan hakikat sifatini dengan jelas dalam Kitab Ihya’ Ulum al-Din. Al-sidq bermaksud benar dan lawannya ialah dusta (kidhb).Al-Jurjani menyatakan bahawa al-sidq mempunyai kaitan dengan al-ikhlas kerana al-sidq merupakan asaldan permulaan, manakala al-ikhlas adalah cabang kepada al-sidq (al-Jurjani 1985: 12-13, Mohd Hasrul,2015: 46).Al-Ghazali meneliti lafaz al-sidq kepada enam makna iaitu benar pada perkataan (al-sidq fi al-qawl),benar pada niat dan kehendak (al-sidq fi al-niat wa KM), benar pada azam (al-sidq fi al-ʽazm), benar padamenepati janji dengan keazaman (al-sidq fi wafa’ bi al-ʽazm ), benar pada perbuatan (al-sidq fi al-‘amal),benar pada tingkatan keagamaan (al-sidq fi tahqiq maqamat al-din). Sesiapa yang boleh memilikikesemuanya ia layak digelar al-siddiq iaitu orang yang benar dan merupakan mubalaghah bagi kalimah alsidq (al-Ghazali, 2015: 38).Oleh yang demikian, iman dan wahyu merupakan tonggak utama kepada setiap manusia dalammencapai kepuasan diri. Pengkaji mendatangkan contoh kepuasan manusia dari segi kerjaya. Setiap kerjayang dilaksanakan dengan ikhlas kerana Allah dan melaksanakan tanggungjawab serta amanah yangdiberikan dengan niat ibadat juga akan menghasilkan kepuasan diri. Akan tetapi, jika sebaliknya sudah pastikerja yang dilakukan tersebut adalah lebih kepada paksaan atau bukan dengan kerelaan diri sendiri dansekaligus manusia tidak mencapai kepuasan diri dalam bekerja.Selain itu, teori kaunseling al-Ghazali (1998) yang menjelaskan bahawa aspek kerohanian manusiamempunyai pengaruh yang kuat terhadap kehidupan manusia. Malahan teori ini juga mengandaikan bahawajika kerohanian manusia tinggi, maka individu tersebut akan terangsang secara dalaman untuk melaksanakanperbuatan baik dan secara tidak langsung manusia akan mencapai kepuasan diri (Tengku Elmi Azrlina &Shazarina, 2015: 5)Manakala pengkaji mendapati aspek kepuasan diri menurut Maslow adalah apabila manusia telahmencapai konsep penyempurnaan kendiri. Dengan kata lain, apabila manusia telah berjaya memenuhiperingkat fisiologi, keselamatan, sosial, dan kendiri, baru lah manusia akan memperolehi kepuasan dalamdiri. Dalam hierarki keperluan hidup yang dikemukakan Maslow, penyempurnaan kendiri merupakan37

PROCEEDING OF INTERNATIONAL CONFERENCE ON EMPOWERING ISLAMICCIVILIZATION, 7-8 OKTOBER 2017peringkat yang paling atas. Manusia akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu untuk mencapaiaktualitasi kendiri.Rogers juga berpandangan sungguhpun manusia sentiasa bergerak menuju ke arah kesempurnaankendiri, ada kalanya mereka tidak pasti tentang keupayaan dan potensi diri mereka sendiri. Malahan ada jugasegelintir manusia yang akan menggunakan helah bela diri jika perlu dalam melindungi keperluan dirimereka. Helah bela diri yang keterlaluan akan menyebabkan keadaan jadi negatif dalam diri mereka (Roslee& Mohamad Sharif, 2003: 3)Selain itu, penulis juga meneliti bahawa kepuasan diri yang dinyatakan Maslow lebih didorongdengan nafsu dan akal. Seperti yang sedia maklum, manusia merupakan makhluk yang istimewa keranadikurniakan akal fikiran. Akan tetapi, akal juga mempunyai keterbatasannya. Bukan semua perkara mampuditaakulkan dengan logik akal semata-mata.Sebagai contoh, akal manusia tidak mampu menjangkau alam akan datang kerana sifatnya yang relatifdan terbatas. Selain itu, akal fikiran manusia juga dipengaruhi oleh perasaan, nafsu, dan sentimen-sentimentertentu seperti kekeluargaan, keagamaan dan sebagainya dalam membuat sesuatu peraturan (Mohd Shahril,2013: 151).Di samping itu, akal bukan sahaja dipandang sebagai suatu alat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan,akan tetapi akal juga merupakan faktor penggerak kepada tingkahlaku manusia (Ahmad Arisatul, 2015: 288).Dengan makna, akal juga menjadi punc

primer iaitu kitab asal hasil nukilan al-Ghazali dan Abraham Maslow. Manakala sumber sekunder pula diperolehi daripada bahan-bahan bacaan sama ada buku, majalah, surat khabar, internet dan sebagainya yang membincangkan berkaitan konsep kepuasan diri menurut al-Ghazali dan Maslow serta latarbelakang kedua-dua tokoh yang dikaji.

Related Documents:

ASUHAN KEPERAWATAN JIWA PASIEN DENGAN HARGA DIRI RENDAH A. MASALAH UTAMA Gangguan konsep diri : Harga Diri Rendah B. PROSES TERJADINYA MASALAH 1. Definisi Harga diri rendah adalah perasaan tidak berharga,tidak berarti dan rendah diri yang berkepanjangan akibat evaluasi yang negatif terhadap diri sendiri atau kemampuan diri.

Laporan Kajian Kepuasan Bekerja JANM Tahun 2012 JANM Page 4 4.0 KEPUTUSAN KAJIAN KEPUASAN BEKERJA JANM TAHUN 2012 Analisis keputusan soal selidik kepuasan bekerja ini adalah berdasarkan kepada tiga aspek utama iaitu mengenai iklim organisasi, kepuasan kerja serta kelengkapan pejabat dan kemudahan fizikal lain yang terdapat di pejabat.

Oleh itu, terdapat banyak definisi kepuasan bekerja telah dalam cara yang berbeza (Omar, 2013). Long and Thean, (2011) menyatakan bahawa kepuasan bekerja adalah penting terhadap majikan kerana kepuasan hati para pekerja menjadikan mereka cenderung untuk bekerja dan mempunyai tahap prestasi yang lebih tinggi. Kepuasan kerja adalah keadaan emosi yang

A. Kepuasan Kerja 1. Pengertian Kepuasan Kerja Kepuasan kerja merupakan suatu perasaan positif tentang pekerjaan, yang dihasilkan dari suatu evaluasi pada karakteristik-karakteristiknya. Seseorang dengan tingkat kepuasan kerja yang tinggi memiliki perasaan yang positif mengenai pekerjaannya,

kerana kepuasan bekerja kakitangan akan menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan. Takrifan kepuasan bekerja adalah reaksi seseorang individu terhadap pengalaman kerja mereka (Berry, 1997) manakala menurut Ahmadi dan Alireza (2007), kepuasan kerja adalah tahap seseorang menyukai kerjanya.

1. Pengaruh Kepuasan Kerja Terhadap OCB Menurut Titisari, (2014:14) kepuasan kerja merupakan sikap umum inidividu terhadap pekerjaannya. Kepuasan kerja lebih mencerminkan sikap dari para pelaku. Keyakinan bahwa karyawan yang puas lebih produktif dari pada karyawan yang tidak puas menjadi prinsip dasar para manajer

organisasi. Kepuasan kerja yang tinggi menunjukkan bahwa sebuah organisasi telah mengelola kebutuhan karyawan dengan baik melalui manajemen yang efektif. Menurut Elviera Sari (2009) mengemukakan bahwa kepuasan kerja dipengaruhi oleh iklim organisasi, dibuktikan bahwa kepuasan kerja diperoleh

Days 1 to 5 PREDNISOLONE 40 mg/m2 PO daily. (Give first dose before rituximab as pre-med). * Vincristine 1 mg in patients over 70 years of age. Pretreatment with steroids: Some older patients may benefit from a steroid pre-phase consisting of 7 days of oral prednisolone at a dose of 50-100 mg daily. G-CSF primary prophylaxis: Consider if patient is over 70 years of age or is immunosuppressed .