IMPAK KURSUS DIGITAL ENTREPRENEURSHIP KEPADA

3y ago
124 Views
2 Downloads
429.00 KB
14 Pages
Last View : 1m ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Mika Lloyd
Transcription

IMPAK KURSUS DIGITAL ENTREPRENEURSHIP KEPADA PELAJARKOLEJ KOMUNITI WILAYAH SELANGORAzila Binti BaharuddinNurul Hayati Binti ShamsuriIsrul Hasrita Binti IsmailKolej Komuniti Kuala LangatABSTRAKSeiring dengan lonjakan satu (1), Pelan Pembangunan Pendidikan TinggiNegara (2015-2025) dan aspirasi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti“Doing Business While Study”, kursus Digital Entrepreneurship (DE)telah dibangunkan bertujuan merealisasikan impian tersebut dalamkalangan pelajar kolej komuniti. Kursus DE telah mula diterapkan dalampengajaran dan pembelajaran bermula Julai 2016 kepada pelajarsemester satu setiap program pengajian di Kolej Komuniti. Kandungankursus ini bagi menyediakan pelajar dengan kemahiran menggunakanmedium pemasaran digital dalam perniagaan. Kursus ini jugamenawarkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untukmembangunan usahawan digital di mana pelajar didedahkan denganpelbagai jenis media online, media sosial dan lain-lain platform yangdigunakan oleh usahawan digital masa kini. Objektif Kajian ini adalahuntuk mengenalpasti tahap kemahiran yang diperolehi pelajar dalamkandungan kursus, melihat hubungan diantara kursus dengankecenderungan pelajar terhadap keusahawanan, mendapatkan maklumatpendapatan yang diperolehi semasa mereka mengikuti kursus sertamengetahui pengaruh kursus kepada kecenderungan pelajar terhadapkeusahawanan. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yangdiedarkan kepada 320 pelajar yang telah mengambil kursus DE pada sesiJulai 2016 di tujuh (7) buah Kolej Komuniti Wilayah Selangor. Dapatanmenemukan walaupun tahap kemahiran pelajar dalam kandungan kursusserta tahap kecenderungan pelajar terhadap keusahawanan adalahsederhana, namun wujud hubungan yang signifikan di antara kedua-duaaspek yang dikaji tersebut. Malahan, hasil kajian turut mendapatikandungan kursus mempunyai pengaruh yang signifikan kepadakecenderungan pelajar terhadap keusahawanan. Selain itu, walaupunpendapatan yang dijana melalui perniagaan semasa mengikuti kursussecara keseluruhannya adalah kecil, namun terdapat peningkatanperatusan pelajar sebanyak 19 peratus yang menjalankan perniagaan atastalian selepas mengikuti kursus.Kata Kunci : Digital Entrepreneurship, usahawan digital, medium pemasaran digital,media sosial1.0PENDAHULUANDi bawah Rancangan Malaysia Ke-11, pembangunan modal insan melalui aktivitikeusahawanan telah dikenalpasti sebagai agenda penting dalam menyokong peralihan

sektor-sektor ekonomi kepada aktiviti berintensif pengetahuan dan inovasi. Sehubunganitu, Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) perlulah proaktif dalam mentransformasikan sistempenyampaian mereka agar lebih bersifat fleksibel dan bercirikan keusahawanan, sertamenepati kehendak lokal namun bersifat global untuk mewujudkan sistem pendidikantinggi yang mampu melahirkan insan yang holistik, seimbang dan mempunyai mindakeusahawanan yang berupaya bertindak sebagai penjana pekerjaan (job creator) sepertiyang dihasratkan di bawah Lonjakan 1, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20152025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM(PT). Program keusahawanan IPT yang berstrukturdan holistik memberi peluang kepada pelajar untuk menjana pendapatan semasa dalampengajian, di samping berupaya meningkatkan tahap employabiliti mereka.1.1Pernyataan MasalahSeiring dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025(Pendidikan Tinggi) atau PPPM(PT), Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti mengambilpelbagai langkah dan inisiatif untuk menawarkn subjek -subjek baru di Kolej Komunitiuntuk memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan ilmu pendidikan dan kemahiranseluas yang boleh.Kursus Digital Entrepreneurship (DE) merupakan kursus wajib kolej komuniti yang barudiperkenalkan bermula sesi Julai 2016 kepada pelajar semester satu bagi setiap programpengajian. Kursus ini menerapkan pembelajaran berasaskan pengalaman di mana pelajardikehendaki menjalankan perniagaan atas talian sepanjang 13 minggu sesi pembelajarandengan mengaplikasikan kandungan kursus. Tujuan Kursus DE diperkenalkan adalah bagimenyediakan pelajar dengan kemahiran menggunakan medium pemasaran digital dalamperniagaan. Kursus ini juga menawarkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukanuntuk membangunan usahawan digital di mana pelajar didedahkan dengan pelbagai jenismedia online, media sosial dan lain-lain platform yang digunakan oleh usahawan digitalmasa kini.Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengetahui impak kursus dari aspek tahap kemahiranpelajar dalam kandungan kursus, hubungkait dan pengaruh kursus dengan kecenderunganpelajar terhadap keusahawanan serta pendapatan yang dijana daripada perniagaan semasamengikuti kursus.1.2Objektif KajianKajian ini dijalankan adalah untuk memenuhi objektif berikut.a) Mengenalpasti tahap kemahiran pelajar dalam kandungan kursus DEsetelah mengikuti kursus.b) Menentukan sama ada wujud hubungan yang signifikan di antara kursusDE dengan kecenderungan pelajar terhadap keusahawanan.c) Mengenalpasti jumlah pendapatan yang dijana daripada perniagaan pelajarsemasa mengikuti kursus.d) Mengenalpasti sejauh mana kursus DE mempengaruhi kecenderunganpelajar terhadap keusahawanan.

2.0SOROTAN KAJIAN2.1Konsep Usahawan Dan KeusahawananAhli – ahli sarjana melihat daripada pelbagai perspektif sama ada perspektif ekonomi,pegurusan ataupun kemanusiaan untuk mendefinisikan usahawan dan keusahawanan. Farid(2007), menyatakan usahawan adalah individu yang memiliki tenaga dan semangat tinggi,lebih bertoleransi daripada orang lain terhadap risiko dan ketidakpastian, mendambakanautonomi dan kecekalan mencapai matlamat disebalik pelbagai cabaran dan kekurangansumber. Usahawan mempunyai wawasan dan mengembangkan perniagaan untukkemakmuran masyarakat. Usahawan juga adalah seorang yang mengambil risikomemulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan mengusahakannya.Kesimpulannya boleh kita nyatakan bahawa usahawan adalah seseorang yang inginkankebebasan dalam perniagaan, membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atasusaha sendiri.Keusahawanan pula merupakan satu proses mebuat keputusan dan tindakan yangberterusan daripada memulakan sehingga mengurus sesuatu perniagaan (Mahmood etal.2008).Sementara itu, Kuratko dan Hodgetts (2004) memfokus kepada inovasi. Merekamentakrifkan keusahawanan sebagai satu proses inovasi dan penciptaan perniagaan baru,melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, persekitaran dan proses, dibantu olehjaringan kerjasama kerajaan, pendidikan dan institusi–institusi. Semua posisi makro danmikro pemikiran keusahawanan perlu dipertimbangkan sementara mengenalpasti danmendapatkan peluang-pelunag yang boleh ditukar ke idea persaingan untuk perlaksanaanekonomi sekarang. Maka, kemahiran keusahawanan bolehlah dirumuskan sebagai minatdan keupayaan untuk meneroka peluang dan membangunkan kesedaran terhadap risiko,kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan (Hussaini danAhmad, 2009).Menurut Barringer dan Ireland (2006), tiga faktor utama yang mendorong seseorangindividu membuat keputusan untuk menjadi usahawan ialah untuk menjadi bos, untukmeneruskan idea mereka dan untuk mencapai imbuhan kewangan. Bagi usahawan yangbaru memulakan perniagaan, tuntutan daya kreatif dan inovatif diperlukan bagimembolehkan perniagaan berkembang dengan baik, mudah dikenali dan mendapat tempatdalam pasaran serta dapat bersaing dengan pesaing-pesaing yang telah lama bertapak(Kadir, 2010).Untuk menjalankan sesebuah perniagaan dan memastikan perniagaan tersebut bergerak kearah mencapai matlamat bukanlah satu perkara yang mudah. Pelbagai bentuk ilmupengetahuan dan kemahiran tentang perniagaan perlu dikuasai dan dipelajari olehusahawan. Selain pengetahuan pengurusan perniagaan seperti pengurusan pemasaran danpengurusan organisasi, usahawan juga perlu menguasai pelbagai kemahiran bagimemastikan perniagaannya maju, berdaya saing, berkembang dan bertahan lama. Antarakemahiran yang perlu dikuasai oleh usahawan ialah kemahiran berkomunikasi, kemahirankepimpinan, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran kerja berpasukan.2.2Keusahawanan DigitalKemunculan internet di seluruh dunia telah menyumbang kepada pelbagai alat perantaraanuntuk melakukan perniagaan. Sebenarnya, Internet adalah prasyarat kepada kewujudankeusahawanan digital yang telah memberi impak yang besar dalam kaedah pemasaranmasa kini. Ia dilihat lebih banyak mendatangkan kebaikan berbanding kekurangan

(Noornizam bin Ramli, 2006). Kalau dahulu masalah kos dan masa membataskan aktivitiperdagangan. Kos seperti pengangkutan, penyelenggaraan dan pengiklanan dapatdikurangkan apabila keusahawanan digital mula digunakan. Faktor masa yang berbeza zonwaktu tidak lagi membawa masalah untuk berurusan keusahawanan digital merupakankaedah atau mekanisme yang membantu aktiviti perdagangan dengan lebih pesat. Justeru,dengan perkembangan ini maka timbul satu konsep perniagaan baru yang telah meluasdigunakan iaitu keusahawanan digital (e-commerce). Selain keusahawanan digital, istilahlain yang digunakan untuk menggambarkan urusniaga melalui Internet ialah iCommerce,Internet Commerce dan Digital Commerce (Lawrence et al., 1998).Dengan pelbagai aplikasi yang dapat diakses melalui internet, ia menjadikan sesebuahperniagaan itu berkembang secara global . Melalui keusahawanan digital ini ramai peniagaatau usahawan menggunakan aplikasi atas talian seperti blog, facebook, instagram dan jugaaplikasi e-perniagaan untuk meningkatkan capaian urusan perniagaan dan jugamemudahkan urusan jual beli barangan . Mostafa Wheeler dan Jones (2006) mendapatiusahawan yang mempunyai orientasi internet yang tinggi juga menunjukkan peningkatandalam memperluaskan hasil perniagaan mereka. Justeru perkembangan teknologimaklumat dan komunikasi dilihat sebagai pemangkin kepada perluasan perniagaanterutamanya dalam perniagaan atas talian.Musbri Mohamed (2011), mengatakan bahawa perdagangan elektronik atau keusahawanandigital adalah merujuk kepada sektor yang merangkumi bidang perniagaan atauperdagangan yang menggunakan peralatan serta infrastruktur teknologi komunikasi danmaklumat sebagai medium untuk tujuan komunikasi dan juga trasaksi. Menurut beliau lagi,Deklarasi World Trade Organization (WTO) mendefinisikan e-commerce sebagai “theproduction, distribution, marketing, sale or delivery of goods and services by electronicmeans”.Dari perspektif perniagaan pula, Dewire (1998) menyatakan bahawa keusahawanan digitalmerupakan satu bentuk perniagaan yang dijalankan di antara rakan kongsi perniagaanmelalui internet dan rangkaian persendirian yang lain. Perniagaan ini akan melibatkanjualan maklumat, produk dan perkhidmatan melalui rangkaian komputer masa kini.Menurut Lawrence (1998), komunikasi sangat penting urusniaga keusahawanan digital daninternet menjadi medium utamanya.Menurut Mustafa Omar (2004), keusahawanan digital dari sudut pandangan islam,mempunyai definisi yang hampir sama dengan pandangan konvensional. Beliaumengatakan, apa yang membezakannya ialah sesetengah peraturan dan prinsipnya mestilahmengikut landasan islam. Hal ini, termasuklah kesahihan kawalan maklumat data,kesahihan keselamatan urusniaga, kesahihan dalam mempromosikan barangan dankejujuran di dalam menerima bayaran dan penghantaran barangan. Keadaan ini adalahmenyamai peraturan di dalam islam, pengguna mestilah mengikut beberapa peraturan yangditetapkan oleh syariah.2.3Perniagaan Atas TalianPerniagaan atas talian bermaksud mengeksploitasi teknologi dan aplikasi untukmenghubungkan sistem perniagaan yang kritikal secara terus kepada pelanggan, pekerja,dan pembekal melalui intranet , extranet dan world website, tak kira saiz, lokasi dan jenis

perniagaan. Antara syarat e-dagang memerlukan pengemaskinian maklumat dalam prosespentadbiran dan perniagaan. Maka wujudlah perniagaan yang dijalankan secara atas talianpada hari ini dikenali dengan pelbagai nama seperti e-business, internet marketing, edagang , perniagaan internet dan digital entrepreneurship.Perniagaan atas talian merupakan satu pendekatan medium atau lokasi perniagaan yangmerupakan aplikasi teknologi kearah pengautomasian transaksi dan aliran kerjaperniagaan. Menurut Abdul Jalil (2011) kemudahan teknologi dalam aspek elektronikpembelajaran, secara amnya terdiri daripada tiga kompenan utama iaitu perkakasankomputer termasuklah sistem ‘server’, system rangkaian dan komputer pengguna , perisianserta aplikasi e-pembelajaran dan pelbagai kategori pengguna .Mengikut kajian yang dijalankan oleh Internet World Sat, kebanyakan pengguna internetmenggunakan internet sebagai sumber maklumat dan hiburan sahaja. Namun selain itu,internet juga menawarkan peluang dan nlai tambah kepada perniagaan yang bolehmemberi pulangan yang lumayan jika diuruskan dengan baik.2.4Media Sosial Sebagai Medium Pemasaran Digital Dalam PerniagaanMedia sosial dianggap sebagai satu nilai penggerak perniagaan di seluruh dunia. Malaysiajuga sebagai negara yang menekankan perniagaan digital menggalakkan usahawanmenggunakan kaedah media sosial sebagai pemangkin perniagaan. Menurut tinjauansocialmediaexaminer.com, ramai usahawan setuju bahawa media sosial memainkanperanan penting dalam memasarkan produk mereka kepada pelanggan yang dikenali dantidak dikenali. Internet merupakan salah satu aspek penting dalam berhubungan dalamaplikasi sosial media, internet telah merangkul dunia yang memegang peranan manusiadalam kehidupan manusia. Internet juga boleh di katakan menjadi rakan manusia untukberkomunikasi dalam sosial media, melalui internet manusia mendapat berbagai maklumatdan panduan untuk melakukan sesuatu yang baru. Melalui internet manusia melakukanaktiviti perniagaan dan perusahaan tanpa mengira di mana berada dan berapa jauh jarakantara peniaga dan pelanggan. Selain itu, melalui media masa atau sosial manusia dapatmenjalinkan hubungan sosial antara satu sama lain tanpa mengira tempat, asal, danketurunan. Kebergantungan manusia terhadap media sosial menyebabkan mereka menciptaberbagai – bagai laman sosial seperti facebook, myspace, instagram blog dan seumpamadengannya. Melalui teknologi ini semua golongan dapat menjalankan aktiviti perniagaanatau perusahaan samada di pejabat ataupun di rumah khususnya untuk suri rumah yangmencari pendapatan tambahan dan mengisi masa lapang mereka3.0METODOLOGI KAJIANKajian ini adalah berbentuk deskriptif dan rekabentuk kajian yang dipilih adalah bagimencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Analisa data dijalankan denganmenggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22 bagimencapai objektif kajian yang ditetapkan.3.1Instrumen KajianInstrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah soal selidik yang terdiri daripada tiga(3) Bahagian. Kajian rintis yang dijalankan menunjukkan soal selidik kajian mempunyainilai kebolehpercayaan yang tinggi. Maklumat soal selidik dan nilai kebolehpercayaanitem ditunjukkan seperti Jadual 3.1 berikut.

KandunganBahagian ABahagian BBahagian CPerkaraBilanganItem3 item20 itemNilai AlphaCronbachMaklumat diri respondenTahap kemahiran pelajar berkaitan kandungankursusKecenderungan pelajar terhadap15 itemkeusahawananMaklumat hasil pendapatan semasa kursus4 itemdan pelajar yang meneruskan perniagaanselepas mengikuti kursusJadual 3.1 Maklumat Instrumen Kajian0.7800.8673.2Responden KajianResponden kajian adalah terdiri daripada 320 orang pelajar Kolej Komuniti WilayahSelangor yang telah mengikuti kursus DE pada sesi pengajian Julai 2016.KK Shah AlamKK Hulu SelangorKK Hulu SelangorKK Tanjung KarangKK Sabak BernamKK SelayangKK Kuala LangatJantina Responden3141JantinaNama Kolej KomunitiKolej Komuniti Responden9836Lelaki195Perempuan31251470050 100 150 200Bilangan RespondenRajah 3. 1 Taburan responden mengikutkolej komunitiRajah 3.2jantina100200300Bilangan RespondenBilangan responden mengikutRajah 3.1 menunjukkan taburan responden mengikut kolej komuniti. Responden kajian iniadalah terdiri daripada 31 orang pelajar dari Kolej Komuniti Shah Alam, 4 orang dariKolej Komuniti Hulu Selangor, 1 orang dari Kolej Komuniti Hulu Selangor, 98 orang dariKolej Komuniti Tanjung Karang, 36 orang dari Kolej Komuniti Sabak Bernam, 3 orangdari Kolej Komuniti Selayang dan 147 orang dari Kolej Komuniti Kuala Langat.Maklumat jantina responden pula ditunjukkan di dalam Rajah 4.1 yang mana respondenkajian terdiri daripada 195 orang pelajar lelaki dan 125 orang pelajar perempuan.

4.04.1DAPATAN KAJIANPengalaman Responden Dalam Perniagaan Atas Talian Sebelum MengikutiPengajian Di Kolej Komunitiya13%tidak87%Rajah 4.1 Responden yang mempunyai pengalaman dalam perniagaan atastalian sebelum mengikuti pengajian di Kolej Komuniti.Rajah 4.1 menunjukkan peratusan responden yang mempunyai pengalaman menjalankanperniagaan atas talian sebelum mengikuti pengajian di kolej komuniti. Dapatanmenunjukkan 13% responden pernah atau sedang menjalankan perniagaan atas talianmanakala 87% responden tidak pernah menjalankan perniagaan atas talian sebelummengikuti pengajian di kolej komuniti.4.2Tahap Kemahiran Responden Dalam Kandungan KursusAspek DikajiNSkor MinSisihanPiawaiTafsiranTahapTahap Kemahiran dalam3202.940.43Sederhanakandungan kursusJadual 4.1 Skor Min Bagi Kemahiran Responden Secara Keseluruhan.Jadual 4.1 menunjukkan analisis skor min bagi mengukur tahap kemahiran pelajar dalamkandungan kursus secara puratanya mencatatkan nilai 2.94 yang mana menunjukkan tahapkemahiran responden dalam kandungan kursus secara umumnya adalah sederhana.Walaubagaimanapun dari aspek kandungan yang melibatkan kemahiran dalam membinadan mengendalikan media sosial seperti Facebook dan Instagram, komunikasi di mediasosial dan pengetahuan tentang trend digital masa kini menunjukkan skor min yang tinggiiaitu di antara nilai 3.02 sehingga 3.11. Skor min yang terendah adalah kemahiranmenggunakan teknik Search Engine Optimization (SEO) dengan nilai 2.69.4.3Hubungkait Di Antara Kursus Digital EntrepreneurshipKecenderungan Pelajar Terhadap Keusahawanan4.3.1DenganTahap Kecenderungan Responden Terhadap KeusahawananSisihanTafsiranAspek DikajiNSkor MinPiawaiTahapKecenderungan terhadap3202.850.49Sederhanakeusahawanan

Jadual 4.2 Skor Min Bagi Kecenderungan Responden Terhadap KeusahawananSecara KeseluruhanAnalisis tahap kecenderungan responden terhadap keusahawanan secara keseluruhan pulamencatatkan nilai skor min 2.85 iaitu pada tahap yang sederhana seperti yang ditunjukkandalam Jadual 4.2. Kesemua skor min bagi item yang dikaji menunjukkan dapatan nilaiyang sederhana iaitu di antara 2.75 sehingga 3.00. Skor min yang terendah dicacat padaitem berkaitan dengan kesanggupan menghabiskan banyak masa untuk perniagaanmanakala nilai skor min tertinggi adalah dari segi mempunyai hubungan komunikasi yangbaik dengan orang lain.4.3.2 Dapatan Analisis Korelasi PearsonAnalisis korelasi pearson dijalankan pada aras keyakinan 95% di antara tahap kemahiranresponden dalam kandungan kursus dengan tahap kecenderungan responden terhadapkeusahawanan. Analisis dijalankan bagi menentukan sama ada wujud hubungan yangsignifikan di antara kedua-duanya.Analisis Korelasi PearsonKecenderungan TerhadapKeusahawananKandungan KursusPearson Correlation0.791**Sig. (2-tailed)0.000N320**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).Jadual 4.3 Dapatan Analisa Korelasi PearsonJadual 4.3 menunjukkan dapatan analisis korelasi pearson yang dijalankan di antarakandungan kursus dengan kecenderungan responden terhadap keusahawanan. Dapatanmenunjukkan nilai r atau Pearson correlation adalah 0.791. Hasil analisis inimenggambarkan bahawa kandungan kursus DE mempunyai hubungan yang kuat dengankecenderungan responden terhadap keusahawanan. Nilai signifikan (2-tailed) yangdiperolehi menunjukkan bacaan kurang 0.05 yang bermaksud wujud hubungan yangsignifikan di antara kandungan kursus dengan kecenderungan responden terhadapkeusahawanan pada aras keyakinan 95%.4.4Maklumat Pendapatan Respoden Daripada Perniagaan Semasa KursusTidak16%RM501 RM10007%Ya84%RM1001 RM20001%kurangRM50092%Rajah 4.2 Responden yang menjana Rajah 4.3 Jumlah pendapatan yang dijanapendapatan s

Kursus DE telah mula diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bermula Julai 2016 kepada pelajar semester satu setiap program pengajian di Kolej Komuniti. . pelbagai langkah dan inisiatif untuk menawarkn subjek -subjek baru di Kolej Komuniti . mikro pemikiran keusa

Related Documents:

a. Kursus A.I dan P.D (Asas) Siri 2 Penternak b. Kursus A.I (Advance Level) Siri 1 8 - 9 Ogos Penternak c. Kursus A.I (Advance Level) Siri 2 15-16 Ogos Penternak e. Kursus Pengurusan dan Pemeriksaan Semen di Lapangan Kakitangan DVS 6. Bahagian Diagnostik dan Kepastian Kualiti a. Kursus Post Mortem Dan Persampelan Avian (Mvk Bt) Ogos Kakitangan .

4.1.3 Kajian Penentuan Data Asas (Baseline Study) 4-21 4.1.4 Jangkaan Impak Dan Penilaian Impak 4-22 4.1.5 Mitigasi 4-39 4.1.6 Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) 4-40 4.2 Pemantauan 4-42 4.3 Penilaian Dan Audit 4-43 5.0 PENILA

29 kursus pengurusan tanah peg. bidang khas 29-31 mac 2021 30 kursus mandatori: pengurusan tanah siri 1 peg. pert. daerah 31 mei -3 jun 2021 8-11 mac 2021 31 kursus mandatori: pengurusan tanah siri 2 peg. pert. daerah 5-8 jul 2021 2-5 ogos 2021 16-19 ogos 2021 32 kursus mandatori: pengenalan biosekuriti tumbuhan

Setiap calon yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) wajib melaksanakan kerja kursus. Wajaran markah kerja kursus ini adalah sebanyak 20%. Markah kerja kursus ini akan diambil kira bersama-sama dengan markah ujian bertulis penggal 1, 2, dan 3 bagi tujuan penggredan mata pelajaran. .

Dasar hukum untuk pembuatan Kurikulum Kursus dan Pelatihan bagi Pekarya Kesehatan adalah seperti di bawah ini, dan Kurikulum untuk Bahasa Inggris bagi Pekarya Kesehatan bersifat melengkapi Kurikulum Kursus dan Pelatihan bagi Pekarya Kesehatan: 1. Undang-Undang No. 20 Tahun 2003 tentang Sistem Pendidikan Nasional 2.

Penilaian berterusan digunakan bagi menggantikan peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan akhir semester. Bagi menjayakan objektif pengajaran dan pembelajaran kursus Perkamusan Arab, tiga komponen penilaian diwujudkan sebagaimana dijelaskan dalam jadual di bawah: Jadual 1: Komponen Penilaian Berterusan Kursus PPPJ1143 Perkamusan Arab .

Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4) Penggal 2 Tahun 2014 PERINGATAN: Manual ini khusus kegunaan guru atau pemeriksa dan calon sahaja. . 5 Format Penulisan 12 13 6 Struktur Penulisan 13 7 Borang PBS 14 17 8 Tema PBS Sejarah 18 20. TERHAD TERHAD 3 1 PENGENALAN Kerja kursus bagi kertas Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sejarah STPM (940/4) .

“Am I my Brother’s Keeper?” You Bet You Are! James 5:19-20 If every Christian isn’t familiar with 2 Timothy 3:16-17, every Christian should be. There the Apostle Paul made what most believe is the most important statement in the Bible about the Bible. He said: “All Scripture is breathed out by God and profitable for teaching, for reproof, for correction, and for training in .