METODOLOGI PENULISAN HADITH HUKUM: KAJIAN

2y ago
18 Views
2 Downloads
835.89 KB
192 Pages
Last View : 11d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Gia Hauser
Transcription

METODOLOGI PENULISAN HADITH HUKUM:KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA KITAB ALMUNTAQA DENGAN BULUGH AL-MARAMSITI SARAH BINTI IBRAHIMJABATAN AL-QURAN DAN AL-HADITHAKADEMI PENGAJIAN ISLAMUNIVERSITI MALAYAKUALA LUMPUR2011

METODOLOGI PENULISAN HADITH HUKUM:KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA KITAB ALMUNTAQA DENGAN BULUGH AL-MARAMSITI SARAH BINTI IBRAHIMDISERTASI INI DIKEMUKAKANUNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGIIJAZAH SARJANA USULUDDIN BAHAGIAN II(SECARA KURSUS DAN DISERTASI)JABATAN AL-QURAN DAN AL-HADITHAKADEMI PENGAJIAN ISLAMUNIVERSITI MALAYAKUALA LUMPUR2011

ABSTRAKImam Majd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalanimerupakan dua orang tokoh hadith yang terkenal di dalam ilmu hadith hukum patdihadithdalamyanghadith.Walaubagaimanapun, tiada kajian yang membincangkan ilmu tersebut secara khusus.Berdasarkan keperluan ini, kajian ini dijalankan untuk menganalisis personaliti dansumbangan Imam Majd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah dan Imam Ibn Hajaral-‘Asqalanidalam bidang hadith hukum (Hadith Ahkam) melalui metodologipenulisan kedua-dua tokoh tersebut di dalam kitab al-Muntaqa Min Akhbar al-MustafaSolla Allah ‘Alayh Wasallam dan kitab Bulugh al-Maram Min Adillah al-Ahkam. Kajianini juga bertujuan untuk memperkenalkan biografi Imam Majd al-Din ‘Abd al-SalamIbn Taymiyyah dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani bagi menyingkap sejarah kemunculandan perkembangan ilmu hadith hukum (Hadith Ahkam). Seterusnya penulis membuatperbandingan di antara kedua-dua kitab tersebut. Perbandingan ini meliputikeistimewaan, kelemahan, persamaan, perbezaan dan metodologi atau kaedah penulisanyang digunakan di dalam kedua-dua kitab yang masyhur ini. Dalam kajian ini, penulismenggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan (Library Research) sepenuhnya. Hasilkajian ini menunjukkan kedua-dua kitab tersebut adalah sumbangan yang tingginilainya di dalam ilmu hadith hukum (Hadith Ahkam).Ia membuktikan kaedahpenulisan Imam Majd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah dan Imam Ibn Hajaral-‘Asqalani adalah penulisan yang lebih sistematik, tersusun, terkini dan lebihmenepati sebagai rujukan yang lengkap untuk koleksi-koleksi hadith hukum (HadithAhkam). Di dalam kedua-dua kitab tersebut terdapat himpunan hadith-hadith hukum(Hadith Ahkam). Hadith-hadith tersebut telah dirujuk daripada kitab-kitab yang

berautoriti seperti kitab Sohih Bukhari, Sohih Muslim, Musnad Imam Ahmad binHanbal, Jami’ Abi Isa al-Tarmidhi, Sunan al-Nasa’i, Sunan Abi Dawud dan Sunan IbnMajah.

ABSTRACTImam Majd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah and Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani aretwo well-known figures in the tradition of legal science of hadith (Hadith Ahkam).Science is an integral part of the hadith that discusses the laws found in the hadith.However, no studies that specifically discuss the science. Based on these requirements,the study is to analyze the personalities and contributions of Imam Majd al-Din ‘Abd alSalam Ibn Taymiyyah and Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani in the field of legal traditions(Hadith Ahkam) through a methodology of writing the two characters are in the alMuntaqa Min Akhbar al-Mustafa Solla Allah ‘Alayh Wasallam and the book Bulughal-Maram Min Adillah al-Ahkam. This study also aims to introduce the biography ImamMajd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah and Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani touncover the history of the emergence and development of legal science traditions(Hadith Ahkam). Next the writer makes a comparison between the two scriptures. Thiscomparison includes features, weaknesses, similarities, and differences in methodologyor method of writing used in both this famous book. In this study, the authors use themethods of research library (Library Research) in full. The study showed that both thesebooks are valuable contributions to the science of law tradition (Hadith Ahkam). Itproves the method of writing Imam Majd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah andImam Ibn Hajar al-‘Asqalani is writing a more systematic, orderly, timely and morefaithful as a complete reference to the law hadith collections (Hadith Ahkam). In boththese books are a collection of legal traditions (Hadith Ahkam). Traditions that havebeen referred to the books as books Sohih berautoriti Sohih Bukhari, Sohih Muslim,Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, Jami’ Abi Isa al-Tarmidhi, Sunan al-Nasa’i, SunanAbi Dawud and Sunan Ibn Majah.

PENGHARGAANAlhamdulillah segala puji-pujian bagi Allah s.w.t yang telah mengurniakan nikmatdan hidayah kepada penulis yang akhirnya mampu untuk menunaikan amanahakademik ini yang bertajuk ‘Metodologi Penulisan Hadith Hukum : KajianPerbandingan Antara Kitab al-Muntaqa Dengan Bulugh Al-Maram.Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. yang muliadan para sahabat baginda yang istiqamah dalam menegakkan agama Islam danmemartabatkan agama Allah s.w.t.Di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhinggakepada semua pihak yang terlibat di dalam penulisan ini samada secara langsungataupun tidak langsung. Bantuan, kerjasama dan sokongan yang dihulurkan amatlahdihargai.Justeru terima kasih penulis lakarkan kepada yang dimuliakan Prof. Madya Dr.Fauzi Deraman selaku pensyarah dan penyelia di atas kesabaran, ketabahan dankesungguhan beliau membimbing penulis sepanjang penulis menuntut ilmu denganbeliau dan ketika menyiapkan penulisan ini. Semoga Allah s.w.t mengurniakan beliauanugerah yang tidak ternilai di dalam dunia akademik.Penghargaan khusus buat para pensyarah di Jabatan al-Qur’an dan al-Hadith,Akademi Pengajian Islam Unversiti Malaya, khususnya Prof. Madya Dr. Abdul RashidAhmad dan Prof Madya Dr. Zulkifli Hj. Mohd Yusof yang sentiasa memberi dorongan

dan motivasi kepada penulis. Sekalung penghargaan kepada semua pensyarah dankakitangan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur yang banyakmembantu penulis di dalam menyiapkan penulisan ini.Selautan kasih istimewa buat bonda Dalilah bt Ab Hamid, ayahanda Ibrahim b.Razali, bonda mertua Sa’diah bt. Syariff dan ayahanda mertua Mohamad Rais b. Rashidyang mendidik dan membimbing penulis tanpa jemu serta sentiasa mendoakan kejayaanpenulis. Tidak dilupakan juga adik beradik yang disayangi, salam sayang atas sokonganyang diberikan.Khusus untuk suami tercinta Muhamad Maududi b. Mohamad Rais yang sudimenemani penulis dalam menuntut ilmu ini, terima kasih di atas segala bantuan,dorongan dan motivasi yang dihulurkan. Penghargaan khusus juga buat anakandaanakanda yang dikasihi dan dicintai, Muhammad Muzaffar dan Syamilah Sofiyah.Semoga kejayaan mama hari ini menjadi pembakar semangat untuk anak-anak mamalebih berjaya di masa hadapan. Terima kasih yang tidak terhingga di atas pengorbananyang kalian lakukan.Buat sahabat-sahabat seperjuangan terutama sekali, Siti Aisyah, Kak Fazlida, KakSalmah dan sahabat-sahabat seangkatan, syukran diucapkan di atas sokongan danbantuan kalian serta lakaran kenangan yang tidak mungkin dilupakan buat selamalamanya.

Akhirnya, semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat dan dianugerahkan ganjaran diatas segala kerjasama, bimbingan dan dorongan yang diberikan samada secara langsungmahupun tidak langsung. Amin.SITI SARAH BINTI IBRAHIMNO. 90, LORONG DELIMA 4B,BANDAR PARKLANDS,PANDAMARAN, 41200 KLANGSELANGOR DARUL EHSAN28HB FEBRUARI 2011

ISI rgaanvIsi kandunganviiiSenarai JadualxvSenarai KependekanxviJadual lah Kajian30.3Objektif Kajian40.4Kepentingan Kajian50.5Skop Kajian50.6Huraian Istilah60.7Ulasan Penulisan (Review Of Literature)90.8Metodologi Atau Kaedah Penyelidikan120.8.1Metode Penentuan Subjek Atau Persampelan120.8.2Metode Pengumpulan Data12

0.8.30.9(a) Metode Historis12(b) Metode Dokumentasi13Metode Penganalisaan Data140.8.3.1 Metode Kualitatif14(a) Metode Induktif15(b) Metode Deduktif15(c) MetodeKomparatif160.8.3.2 Metode Kuantitatif16Sistematika Penulisan170.9.1 Bab Satu170.9.2 Bab Dua180.9.3 Bab Tiga180.9.4 Bab Empat180.9.5 Bab Lima19BAB 1 :PENGENALAN DAN KRONOLOGI PERKEMBANGAN ILMU HADITHHUKUM (HADITH AHKAM)1.1Pengenalan201.2Pengajian‘Ulum al-Hadith211.3(( حديث رواية 1.2.1Hadith Riwayah1.2.2Hadith Dirayah (( دراية حديث 2122Kedudukan al-Sunnah Sebagai Sumber Kedua Perundangan Islam 23

1.4Pengenalan Dan Kronologi Perkembangan Ilmu Hadith Hukum(Hadith Ahkam)1.4.132Kitab-kitab Mengenai Ilmu Hadith Hukum (Hadith Ahkam)1.4.1.1 Kitab al-Muntaqa Min Akhbar al-Mustafa SollaAllah ‘Alayh Wasallam331.4.1.2 Kitab Nayl al-Autar Syarh Muntaqa al-AkhbarMin Ahadith Sayyid al-Akhyar1.4.1.3 Kitab Bulugh al-Maram Min Adillah al-Ahkam34341.4.1.4 Kitab Subul al-Salam Syarh Bulugh al-MaramMin Adillah al-Ahkam1.5341.4.1.5 Kitab Ihkam al-Ahkam Syarh ‘Umdah al-Ahkam351.4.1.2Kitab Koleksi Hadis-Hadis Hukum361.4.1.3Kitab Tawdih al-Ahkam Min Bulugh al-Maram37Kesimpulan38BAB 2 :BIOGRAFI MAJD AL-DIN ‘ABD AL-SALAM IBN TAYMIYYAH DAN IBNHAJAR AL-‘ASQALANI2.1Biografi Imam Majd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah2.1.1Nama Dan Keturunan Imam Majd al-Din ‘Abd al-SalamIbn Taymiyyah392.1.2Kelahiran Imam Majd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah412.1.3Tempat Kelahiran Imam Majd al-Din ‘Abd al-SalamIbn Taymiyyah41

2.1.4Latar Belakang Keluarga Imam Majd al-Din ‘Abd al-SalamIbn Taymiyyah2.1.5Sejarah Pendidikan Dan Pengembaraan Imam Majd al-Din‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah Dalam Mencari Ilmu492.1.6Guru-guru Imam Majd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah512.1.7Murid-murid Imam Majd al-Din ‘Abd al-Salam IbnTaymiyyah2.1.82.1.92.353Hasil-hasil Karya Imam Majd al-Din ‘Abd al-SalamIbn Taymiyyah2.1.1052Pandangan Atau Pujian ‘ulama’ Terhadap Imam Majd al-Din‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah2.24455Kewafatan Imam Majd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah 56Biografi Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani2.2.1Nama Dan Keturunan Imam Ibn Hajar al-Asqalani572.2.2Kelahiran Imam Ibn Hajar al-Asqalani582.2.3Pengembaraan Mencari Ilmu Imam Ibn Hajar al-Asqalani592.2.4Pendidikan Dan Guru-Guru Imam Ibn Hajar al-Asqalani622.2.5Murid-murid Imam Ibn Hajar al-Asqalani642.2.6Pandangan Atau Pujian ‘ulama’ Terhadap Imam IbnHajar al-Asqalani652.2.7Hasil-hasil Karya Imam Ibn Hajar al-Asqalani662.2.8Jawatan Yang Disandang Oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani672.2.9Kewafatan Imam Ibn Hajar al-Asqalani68Kesimpulan69

BAB 3 :PENGENALAN KITAB AL-MUNTAQA MIN AKHBAR AL-MUSTAFA SOLLAALLAH ‘ALAYH WASALLAM DAN KITAB BULUGH AL-MARAM MINADILLAH AL-AHKAM SEBAGAI KITAB HADITH HUKUM (HADITHAHKAM)3.1Kitab al-Muntaqa Min Akhbar al-Mustafa SollaAllah ‘AlayhWasallam3.1.1Pengenalan Kitab al-Muntaqa Min Akhbar al-Mustafa SollaAllah ‘Alayh Wasallam3.1.278Metodologi Penulisan Kitab al-Muntaqa Min Akhbaral-Mustafa Solla Allah ‘Alayh Wasallam3.276Isi Kandungan Kitab al-Muntaqa Min Akhbar al-MustafaSolla Allah ‘Alayh Wasallam3.1.675Kitab Syarh Bagi Kitab al-Muntaqa Min Akhbar al-MustafaSolla Allah ‘Alayh Wasallam3.1.573Sumber Rujukan kitab al-Muntaqa Min Akhbar al-MustafaSolla Allah ‘Alayh Wasallam3.1.471Pujian ‘ulama’ Terhadap kitab al-Muntaqa Min Akhbaral-Mustafa Solla Allah ‘Alayh Wasallam3.1.37178Kitab Bulugh al-Maram Min Adillah al-Ahkam3.2.1Pengenalan Kitab Bulugh al-Maram Min Adillah al-Ahkam3.2.2Sumber Rujukan kitab Bulugh al-Maram Min Adillahal-Ahkam9496

3.2.3Kitab Syarh Bagi Kitab Bulugh al-Maram Min Adillahal-Ahkam3.2.497Isi Kandungan Kitab Bulugh al-Maram Min Adillahal-Ahkam3.2.599Metodologi Penulisan Kitab Bulugh al-Maram Min Adillahal-Ahkam3.399Kesimpulan112BAB 4 :KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA KITAB AL-MUNTAQA MIN AKHBARAL-MUSTAFA SOLLA ALLAH ‘ALAYH WASALLAM DENGAN KITABBULUGH AL-MARAM MIN ADILLAH AL-AHKAM SEBAGAI KITAB HADITHHUKUM (HADITH AHKAM)4.1Persamaan Antara Kitab al-Muntaqa Min Akhbar al-MustafaSolla Allah ‘Alayh Wasallam Dan Kitab Bulugh al-MaramMin Adillah al-Ahkam4.2115Perbezaan Antara Kitab al-Muntaqa Min Akhbar al-MustafaSolla Allah ‘Alayh Wasallam Dan Kitab Bulugh al-MaramMin Adillah al-Ahkam4.3127Keistimewaan Dan Kelemahan Kitab al-Muntaqa Min Akhbaral-Mustafa Solla Allah‘Alayh Wasallam142

4.3.1Keistimewaan Kitab al-Muntaqa Min Akhbar al-MustafaSollaAllah‘AlayhWasallam4.3.2Kelemahan Kitab al-Muntaqa Min Akhbar al-MustafaSolla Allah ‘Alayh Wasallam4.4143Keistimewaan Dan Kelemahan Kitab Bulugh al-Maram Min Adillahal-Ahkam4.4.1144Keistimewaan Kitab Bulugh al-Maram Min Adillahal-Ahkam4.4.2144Kelemahan Kitab Bulugh al-Maram Min Adillahal-Ahkam4.5142145Kesimpulan146BAB 5 :PENUTUP5.1Hasil Kajian1475.2Cadangan Dan Saranan1535.3Penutup156BIBLIOGRAFILAMPIRAN158

SENARAI JADUALHalamanJadual 3.1 : Isi Kandungan kitab al-Muntaqa Min Akhbar al-MustafaSolla Allah ‘Alayh Wasallam78Jadual 3.2 : Isi Kandungan kitab Bulugh al-Maram Min Adillahal-Ahkam99Jadual 4.1: Jadual perbezaan dari sudut persamaan maksud atau maknatetapi penggunaan istilah yang lain131Jadual 4.2: Jadual perbezaan dari sudut bilangan Kitab-kitab ( )كتاب atautajuk-tajuk perbahasan, Bab ( )باب dan hadith136

SENARAI KEPENDEKANAPIUMAkademi Pengajian Islam, UniversitiMalayaAbAbdulB. atau b.BinBtBintic.CetakanDBPDewan Bahasa dan bidIbidam (Rujukan sama seperti sebelum)padatempat, kitab, fasal halaman yang samajJilidjuz.Juzukk.w.Karramallah WajhahKitab al-MuntaqaKitab al-Muntaqa Min Akhbar al-MustafaSolla Allah ‘Alayh WasallamKitab Bulugh al-MaramKitab Bulugh al-Maram Min Adillah alAhkamno.Nombor

op. cit.Opera Citato (Rujukan berselang bagikarya tersebut)Prof.Profesorr.a.Radhi Allah ‘Anhus.a.wSallallahu ‘Alaihi Wasallams.w.t.Subhanahu wa ta’alaSdn. Bhd.Sendirian Berhadt. tmptTanpa tempat terbitt.tTanpa tarikhterj.TerjemahanUMUniversiti Malaya&Dan

JADUAL TRANSLITERASIHURUF ARAB ء , ا ب ت ث ج ح خ د ذ ر ز س ش ص ض TRANSLITERSIa, hamzahBTThJHKhDDhRZSSySDHURUF ARAB ط ظ ع غ ف ق ك ل م ن و ه ي ة VOKAL PANJANGHURUF ARAB آ و ى TRANSLITERSIAuiVOKAL PENDEKHURUF YH

DammahKasrahuiDIFTONGHURUF ARAB او اى TRANSLITERSIAwAyHURUF ARAB ي ّ ّو TRANSLITERSIiy / iuwwSumber: Buku Panduan Penulisan Tesis / Disertasi Ijazah Tinggi 2001), AkademiPengajian Islam Universiti MalayaPENDAHULUAN0.1PengenalanMemaparkan ketokohan dan sumbangan ‘ulama’ silam yang terlibat di dalamperkembangan dan pengukuhan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Islam. Di antaraaspek ilmu yang dimaksudkan ialah hadith dan cabang-cabang ilmu yang berkaitandengannya. Berhubung dengan perkembangan ilmu hadith para ‘ulama’ silamkhususnya telah mengembeling usaha dan tenaga bagi memastikan kedudukan hadithsebagai salah satu sumber rujukan umat Islam tetap terpelihara dan terus berkembang.

Berdasarkan komitmen inilah, penulis berusaha untuk memaparkan ketokohandan sumbangan dua orang tokoh ‘ulama’ yang masyhur dan terkenal. Kedua-dua tokohyang dimaksudkan itu ialah Imam Majd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah danImam Ibn Hajar al-‘Asqalani. Ketokohan dan sumbangan mereka khususnya di bidangilmu-ilmu lain seperti pemikiran Islam dan Fiqh dapat dibuktikan melalui pemikirandan hasil karya mereka yang banyak di dalam bidang tersebut. Di sini penulis cubauntuk menskopkan kepada sumbangan mereka di dalam bidang ilmu Hadith hukum(Hadith Ahkam).Kajian ini akan menumpukan terhadap biodata atau latar belakang kehidupanImam Majd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalanibagi meneliti proses pendidikan dan persekitaran yang telah menjadikan mereka sebagaisalah seorang tokoh ‘ulama’ hadith yang terkenal di zaman mereka.Bagi membuktikan ketokohan dan sumbangan Imam Majd al-Din ‘Abd al-SalamIbn Taymiyyah dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam bidang Hadith hukum (HadithAhkam), tumpuan akan diberikan terhadap pemikiran mereka yang berhubung denganpersoalan-persoalan tertentu di dalam bidang ilmu Hadith hukum (Hadith Ahkam).Tujuan diberikan penumpuan terhadap aspek ini bagi memperlihatkan penelitian dananalisa Imam Majd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah dan Imam Ibn Hajaral-‘Asqalani terhadap pengajian ilmu hadith hukum (Hadith Ahkam).Bagi memperlihatkan secara khusus ketokohan dan sumbangan kedua-dua tokohhadith tersebut di dalam bidang pengajian ilmu Hadith Ahkam (hadith hukum) tumpuanakan difokuskan terhadap sebuah karya karangan mereka iaitu kitab al-Muntaqa MinAkhbar al-Mustafa Solla Allah ‘Alayh Wasallam dan kitab Bulugh al-Maram Min

Adillah al-Ahkam.Seterusnya penulis akan membuat perbandingan dari sudutpersamaan dan perbezaan kedua-dua kitab hadith hukum (Hadith Ahkam) tersebut.Adalah diharapkan melalui penulisan ini akan dapat memberikan sedikitsumbangan kearah memaparkan usaha di dalam memperkukuhkan dan memantapkanlagi kedudukan hadith hukum (Hadith Ahkam) di dalam Islam.Usaha ini secara langsung diharapkan juga akan dapat manjawab danmemantapkan tuduhan-tuduhan dari pihak-pihak yang meragui ketokohan dankewibawaan ‘ulama’-‘ulama’ silam di dalam memperkemaskan ilmu-ilmu yangberkaitan dengan al-Qur’an dan al-Hadith.0.2Masalah KajianBerhubung dengan perkembangan ilmu hadith, para ‘ulama’ silam telahmengembeling usaha dan tenaga bagi memastikan kedudukan hadith sebagai salah satusumber rujukan umat Islam tetap terpelihara dan terus berkembang.Oleh yangdemikian antara persoalan pokok yang dapat diperincikan sebagai masalah kajiankepada penyelidikan ini adalah sebagaimana berikut:-0.2.1Kepentingan mengkaji tokoh ‘ulama’ silam. Iaitu apakah biodata ataubiografi Imam Majd al-Din ‘Abd al-Salam Ibn Taymiyyah dan Imam IbnHajar al-‘Asqalani.

0.2.2Apakah bentuk dan corak pemilihan hadith di dalam kitab al-Muntaqa MinAkhbar al-Mustafa Solla Allah ‘Alaihi Wasallam dan kitab Bulugh alMaram Min Adillah al-Ahkam sebagai kitab ilmu Hadith Ahkam (hadithhukum).0.2.3Apakah metodologi penulisan dan penyusunan yang diaplikasikan olehkedua-dua tokoh ini di dalam menghasilkan kitab tersebut.0.2.4Apakah hasil kajian yang dapat dilihat dari sudut persamaan dan perbezaanyang terdapat pada kitab al-Muntaqa Min Akhbar al-Mustafa Solla Allah‘Alayh Wasallam dan kitab Bulugh al-Maram Min Adillah al-Ahkamsebagai suatu kajian perbandingan.0.3Objektif KajianDi antara objektif kajian bagi penulisan disertasi ini ialah:0.3.1Untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan Pengajian Kursus SarjanaUsuluddin di Akademi Pengaian Islam Universiti Malaysia.0.3.2Mengenali biografi atau biodata Imam Majd al-Din ‘Abd al-Salam IbnTaymiyyah dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dengan lebih dekat danmendalam lagi sebagai tokoh hadith yang telah memberi sumbangan besardi dalam bidang Hadith Ahkam (hadith hukum).

0.3.3Memperkenalkan lagi dengan lebih mendalam kepada pembaca mengenaikitab yang beroutoriti dan termasyhur di dalam bidang Hadith Ahkam(hadith hukum). Iaitu kitab al-Muntaqa Min Akhbar al-Mustafa SollaAllah ‘Alayh Wasallam dan kitab Bulugh al-Maram Min Adillah al-Ahkam.0.3.4Mengenalpasti dan mendedahkan metodologi penulisan atau penyusunanyang diaplikasikan di dalam penulisan kitab al-Muntaqa Min Akhbar alMustafa Solla Allah ‘Alayh Wasallam dan kitab Bulugh al-Maram MinAdillah al-Ahkam.0.3.5Menjelaskan aspek-aspek utama persamaan dan perbezaan yang terdapatpada kedua-dua karya tersebut.0.4Kepentingan KajianKajian ini akan menampilkan usaha dan sumbangan Imam Majd al-Din ‘Abd alSalam Ibn Taymiyyah dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani di dalam bidang ilmu HadithAhkam (hadith hukum). Sebagaimana yang telah dijelaskan bidang ini adalah salah satucabang pengajian yang terpenting di mana kedudukan institusi hadith itu sendiri sebagaisumber kedua perundangan Islam.Kajian ini mampu mempertengahkan Imam Majd al-Din ‘Abd al-Salam IbnTaymiyyah dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani sebagai contoh tokoh ilmuan di dalambidang ilmu Hadith Ahkam (hadith hukum).Sekaligus mencungkil kaedah danmetodologi yang digunakan oleh kedua-dua tokoh hadith tersebut di dalam menyelusuri

bidang pengajian ilmu Hadith Ahkam (hadith hukum). Seterusnya kajian ini akanmembuat perbandingan dari sudut persamaan dan perbezaan yang terdapat di dalamkedua-dua kitab hadith yang menjadi fokus kajian. Hasil daripada kajian ini seterusnyaakan menye

Min Ahadith Sayyid al-Akhyar 34 1.4.1.3Kitab Bulugh al-Maram Min Adillah al-Ahkam 34 1.4.1.4Kitab Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram Min Adillah al-Ahkam 34 1.4.1.5 Kitab Ihkam al-Ahkam Syarh ‘Umdah al-Ahkam 35 1.4.1.2 Kitab Koleksi Hadis-Hadis Hukum 36 1.4.1.3 Kitab Tawdih al-Ahkam Min

Related Documents:

0.4 Objektif Kajian 3 0.5 Kepentingan Kajian 3 0.6 Skop Kajian 4 0.7 Huraian Tajuk 4 0.8 Kajian Literatur 6 0.9 Metodologi Kajian 8 0.10 Sistematika Penulisan 12 . BAB SATU: PENGENALAN TERHADAP METODOLOGI MUHADD

Hukum sebagai ilmu pengetahuan 2. Hukum sebagai disiplin 3. Hukum sebagai kaedah 4. Hukum sebagai tata hukum 5. Hukum sebagai petugas (hukum) 6. Hukum sebagai keputusan penguasa 7. Hukum sebagai proses pemerintah 8. Hukum sebaga perikelakuan yang ajeg atau sikap tindak yang teratur 9. Hukum sebagai jalinan nilai-nilai

6. Hadith Topics: a. History of Hadith literature - Collection of Hadith from the time of the Prophet(SAW) to the period of the six authentic collectors of Hadith b. Authentication of Hadith i. Isnad (Asma’ur-rijal) ii. Matn iii. Classification of Hadith into Sahih Hassan and Da’if c. The relationship between Hadith and the Glorious Qur’an i.

PENGERTIAN, SUMBER DAN ASAS A. Pengertian Hukum Acara Perdata Menurut fungsinya, hukum dibedakan menjadi hukum materiil dan hukum formil atau hukum acara. Hukum acara perdata adalah hukum perdata formil, yang pada dasarnya berfungsi mempertahankan atau menegakkan hukum perdata materiil melalui pengadilan

Penelitian Hukum Empiris 60 a. Pengertian 60 b. Karakteristik 62 SOAL LATIHAN 66 REFERENSI 66 . Universitas Pamulang S2 Ilmu Hukum . Objek Kajian 68 a. Penelitian Asas-Asas Hukum 68 b. Penelitian Sistematika Hukum 70 c. Penelitian Taraf Sinkronisasi Hukum 71 d. Penelitian Perbandingan Hukum 73 e. Penelitian Sejarah Hukum 75 f. .

40 Hadith: An-Nawawi: Hadith 23 How to free oneself Lecture by Sister Eman al Obaid www.alhudasisters.wordpress.com This hadith will soften the heart and you can see everything about Allah subhana wa ta'ala in this hadith. On the authority of Abu Malik al-Harith bin Asim al-Asharee (may Allah be pleased with him) who said:

tentang teori-teori hukum yang berkembang dalam sejarah perkembangan hukum misalnya : Teori Hukum Positif, Teori Hukum Alam, Teori Mazhab Sejarah, Teori Sosiologi Hukum, Teori Hukum Progresif, Teori Hukum Bebas dan teori-teori yang berekembang pada abad modern. Dengan diterbitkannya modul ini diharapkan dapat dijadikan pedoman oleh para

1. Pengertian Hukum Agraria Sebutan agraria dalam arti yang demikian luasnya, maka dalam pengertian UUPA Hukum Agraria bukan hanya meru-pakan satu perangkat bidang hukum. Hukum agraria bukan hanya merupakan satu perangkat bidang hukum. Hukum agrar-ia merupakan suatu kelompok berbagai bidang hukum, yang