E-PEMBELAJARAN: EVOLUSI INTERNET DALAM PEMBELAJARAN .

3y ago
76 Views
2 Downloads
191.37 KB
10 Pages
Last View : 17d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Adalynn Cowell
Transcription

E-PEMBELAJARAN: EVOLUSI INTERNET DALAMPEMBELAJARAN SEPANJANG HAYATZahiah Binti Kassim & Abdul Razaq Bin AhmadUniversiti Kebangsaan Malaysiazahiahkassim@yahoo.comAbstrakGlobalisasi membawa perubahan teknologi kepada masyarakat. Ledakan maklumat dankeupayaan hebat teknologi terutamanya kuasa digital dan pengkomputeran telah mencabarsistem pendidikan termasuk teori pembelajaran untuk turut berubah. Kini konsep ruang siberdan universiti maya menyediakan persekitaran pembelajaran secara jarak jauh atau atas talian(online) melalui World Wide Web (WWW) dengan bantuan alat teknologi maklumat dankomunikasi. Alatan ini merupakan simulasi yang membolehkan pelajar mengalamipengalaman pembelajaran sebenar dan dapat berinteraksi dengan individu lain tanpa perlubersemuka. Kemudahan ini menjadi agen sosialisasi terbaik yang menuntut individu sentiasamengemaskini ilmu, pengetahuan dan kemahiran di sepanjang hayat mereka. Namun kajianmendapati ia masih lagi mempunyai isu dan cabaran yang perlu ditangani dengan bijak.Kertas konsep ini meneroka peranan dan cabaran e-pembelajaran menerusi internet terhadappembelajaran sepanjang hayat orang dewasa.AbstractGlobalisation brings technological changes to people. The huge amount of information andthe power of technology especially the digital power and computerisation have threatenedthe education system including the educational theories to go along with the changes. Nowthe concepts of cyberspace and virtual university provide distance learning environment oronline learning via World Wide Web (WWW) empowerd by information and communicationtechnology. These tools are helpful simulations which enable students to feel the reallearning experience dan enable them to interact with each other virtually. These facilitieshave became the best socialisation agents which require students to update their knowledgedan skills through a lifelong learning. But several research findings showed that there areissues and challenges that need to be handled intelligently. This concept paper is to explorethe role and challenges of e-learning via the internet on the lifelong learning especially toadult education.GLOBALISASI, TEKNOLOGI DANPEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT:Pengenalan:Kepimpinan negara menekankan pentingnya modal insan kelas dunia untuk meningkatkan dayasaing negara dalam era global berteraskan ilmu pengetahuan. Dua ciri utama ekonomi berteraskanilmu yang sedang berlaku di seluruh dunia adalah tentang pantasnya aplikasi ilmu dan evolusiteknologi komunikasi yang secara signifikan mengubah masyarakat moden. Kini, revolusitransmisi maklumat membentuk masyarakat digital dan nettizen (net citizen) yang semakin pantasdan lebih ―dekat‖, yang hidup dalam ledakan maklumat, berinteraksi tanpa batas geografi fizikaldan tiada had ruang masa. Komunikasi berasaskan komputer bukan hanya memperhebatkanrevolusi maklumat, malah potensi teknologi itu sendiri berkembang menjadi lebih canggih untukProceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010209

menyedia, mencipta, mengumpul, memproses dan menyebarkan maklumat serta pengetahuan.Justeru, pada abad ke 21 ini, teknologi internet dan World Wide Web (WWW) memainkan perananutama sebagai agen komunikasi, interaksi, pendidikan dan sosialisasi masyarakat dunia.Sesebuah negara yang mahu terus berjaya dalam ekonomi berteraskan ilmu, harusmenyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada modal insannya sehingga menjadi satubudaya hidup. Pencarian ilmu yang berterusan adalah penting kerana ilmu dan kemahiran yangdiperolehi di sekolah dan universiti akan menjadi lapuk selepas satu tempoh yang tertentu.Terutamanya, kini aktiviti ekonomi telah berubah kepada berasaskan pengetahuan atau di panggilk-economy. K-economy memerlukan k-pekerja kerana pendekatan aktiviti ekonomi yangmenggunakan ilmu pengetahuan, modal intelek dan teknologi maklumat.E-pembelajaranmerupakan asas kepada ekonomi bermaklumat dan ekonomi berpengetahuan (k-economy).Penggunaan jaringan teknologi terutamanya internet adalah satu evolusi yang menjana kekayaanmaklumat dalam pembelajaran dengan kuasa membawa maklumat dan kemahiran tertentu untukmengupaya pekerja, pelajar dan setiap individu yang benar-benar memerlukannya.E-PEMBELAJARAN: EVOLUSI INTERNETSejarah telah membuktikan bahawa perindustrian dan perkembangan teknologi mampu mengubahsesebuah masyarakat. Perkembangan teknologi terutamanya evolusi internet telah mencabarkonsep dan teori pendidikan tradisional, terutamanya terhadap konsep bilik darjah serta metodpengajaran dan pembelajaran (Hunt, 2004; Resnick dan Wirth, 1996.)Pembelajaran berbantukan komputer telah mencipta universiti maya yang semakin popular padamasa kini. Universiti maya menyediakan modul-modul kursus serta komunikasi interpersonal yanghanya memerlukan pelajar mempunyai kebolehan pembelajaran arahan kendiri, serta kemudahankomunikasi sinkroni dan asinkroni sebagai syarat asas.Salah satu kaedah pendidikan sepanjang hayat ialah pendidikan secara jarak jauh (PJJ) yangdiupayakan oleh jaringan elektronik dan konsep elektronik pembelajaran (pembelajaran melaluielektronik) atau e-pembelajaran. E-pembelajaran juga dikenali sebagai m-pembelajaran ataumobile learning.Kemudahan pengurusan maklumat membolehkan individu belajar dalampelbagai pengalaman pembelajaran menerusi internet. Ia boleh dilakukan dalam dua cara iaitudalam ruang kerja peribadi dan ruang kerja kolaboratif yang memerlukan pelajar bertukarmaklumat secara sinkroni (synchronous) atau asinkroni (asynchronous) dalam global village yangdibina oleh laman-laman sesawang (web) sehingga membolehkan sesiapa sahaja dihubungkan.E-pembelajaran bermula dengan kebolehan mengakses laman-laman sesawang di internetyang menjadi akses kepada pelbagai sumber e-pembelajaran, termasuklah laman-laman capaianmaklumat, program dan pelbagai pilihan pembelajaran berasaskan hipermedia yang menggunakanatribut dan sumber dari laman web WWW supaya berlaku suasana pembelajaran yang sebenar(Rozinah 2007; Rosenberg 2001; Talesra et al 2003, Smith dan Ragan 1993). E-pembelajaranboleh berlaku samada secara formal iaitu dengan mengikuti program khas yang dikendalikan olehpihak institusi dan universiti secara maya atau pun merupakan sumber pengurusan maklumatsecara tidak formal sebagai lokasi perbincangan maya. Maka, PBW memberi peluang kepadaorang dewasa meneruskan pembelajaran sepanjang hayat secara jarak jauh. Infrastruktur epembelajaran secara asasnya memerlukan item-item berikut:Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010210

OBJEK PEMBELAJARANKandungan: data/maklumat, proses, dokumen,alatSumber: arkib,internet, intranetFormat: video, grafik, teks, jaran:AsinkronasidansinkronasiLatihan online,Pengurusan pengetahuan,Proses bimbingan,Polisi & garispanduan,Bantuan prestasi,Bantuan kerja/belajar(sumber: Rosenberg 2001)Rajah 1: Kerangka Infrastruktur Proses E-pembelajaranTeori E-pembelajaran (e-learning) dan Teori AndragogiTeori e-pembelajaran berpendapat bahawa pelajar dapat mengawal pembelajaran merekadengan lebih baik melalui peluang pembelajaran secara kolaboratif, interaktif dan persendiriankerana media elektronik menyediakan persekitaran pembelajaran berdasarkan prinsip ―just-intime‖ dengan kompetensi ―anywhere, anytime, anyone‖ (Talesra et al. 2003, Karoulis et al, 2004).Konsep ini sangat sesuai dengan teori andragogi iaitu orang dewasa belajar dengan motivasikendiri mengikut kesesuaian peribadi (Knowles et al . 2005; Mazanah, 2001 ; Merriam &Caffarella., 1999;Baddeley dan Hitch pada tahun 1974 telah mengemukakan teori working memory yangmenyatakan bahawa pembelajaran melalui multimedia menyebabkan otak berfungsi secaralangsung mengenkod dua jenis maklumat iaitu stimulasi audio dan stimulasi visual. Kajianpsikologi membuktikan bahawa maklumat verbal akan lebih mudah diingati jika disertai denganimej visual. Teori tersebut kemudiannya di aplikasikan oleh Richard Mayer yang memperkenalkanteori dua koding multimedia, menurut teori ini pelajar lebih mudah memindahkan pembelajaranmereka melalui arahan multimedia yang memberi kesan kepada kognitif (Cognitive Theory ofMultimedia Learning).Teori pembelajaran dewasa boleh disesuaikan dengan metodologi e-pembelajaran ini.Apabila teori ini diintegrasikan dalam persekitaran pembelajaran, ia mampu mencipta pelajaranatau program kursus yang sesuai dengan teknologi terkini dan pada masa sama berfokus kepadakehendak dan keperluan orang dewasa supaya mereka dapat meneruskan pembelajaran disepanjang hayat mereka.Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010211

Pengaplikasian online dan laman web telah memulakan evolusi komunikasi jarak jauh yangmemberi peluang pembelajaran dilaksanakan secara kolaboratif dan kerja projek dari pelbagailokasi. Evolusi ini bukan sahaja mampu membentuk masyarakat bermaklumat, malah memberipeluang kepada orang dewasa untuk meningkatkan kemahiran sepanjang hayat, dalam dua elemeniaitu elemen pembelajaran kendiri (self study) menerusi penggunaan, pengurusan maklumatberasaskan media seperti bahan kursus (courseware) dan mencipta entiti pembelajaran melaluipelayaran capaian maklumat dengan bantuan media maklumat elektronik.Pembelajaran interaktif berperanan meningkatkan pembelajaran pelajar melaluipengalaman melakukan eksplorasi kendiri mengikut pelbagai pendekatan pengajaran danpembelajaran, dan penemuan baru semasa proses penyelesaian masalah. Oleh kerana notapengajaran syarahan dan tutorial dapat disampaikan secara komunikasi asinkroni dan sinkroni,maka media komunikasi telah mengubah caragaya pelajar dan guru (tutor) melakukan kajian,membaca dan menulis. Kini, terdapat pelbagai kaedah kajian, pembacaan dan penulisan yangmelibatkan konsep-konsep seperti hiperteks, dan penulisan kolaboratif. Dalam pembelajarandewasa, teknologi diintergrasikan sebagai kaedah untuk penyampaian pengetahuan dan arahantugas sehingga membolehkan orang dewasa mempunyai privasi untuk membuat latihan disampingdapat memperkembangkan konsep pembelajaran arahan kendiri yang dapat disesuaikan denganmod individu.Tekonologi juga mengubah generasi dan bentuk hubungan sosial (Talesra et al 2003;),apabila program software dipertingkatkan, sebenarnya ia meningkatkan interaktiviti, meningkatkankomunikasi, meningkatkan kebolehan adaptasi, menambah perkongsian dan meningkatkanpengalaman pembelajaran (Zoraini Wati, 2008; Robertson, 1992). Maka, teknologi menciptamasyarakat dunia baru yang saling berinteraksi dan berkuasa bukan hanya sebagai alatperhubungan malah menjadi alat pendidikan. Disamping itu, perkongsian meluas dapatmenggalakkan individu termasuk ahli akademik berkongsi kurikulum dan sumber di serata dunia.PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)Pengenalan:Pembelajaran sepanjang hayat adalah proses memperkayakan modal intelek yang semakin menjadisebahagian daripada cara hidup. Ia boleh dilakukan dalam pelbagai konteks, pelbagai situasi danuntuk semua orang pada semua peringkat umur atau tempoh hayat. PSH juga dikenali sebagaipembelajaran terbuka yang memberi masyarakat satu kapasiti untuk belajar dan terus belajarterutamanya berdasarkan arahan kendiri (Hargreaves,. 2004; Aspin et al, 2001; Gelpi, E. 1995)Idea tentang pembelajaran sepanjang hayat ini telah diperkenalkan oleh UNESCO lebih 30tahun yang lalu. Idea asalnya dikaitkan dengan harapan membentuk masyarakat yang mempunyaikualiti kehidupan yang lebih tinggi. Namun begitu, pada generasi kedua, idea tersebut mulaberkembang sebagai satu usaha memenuhi keperluan tenaga buruh berkemahiran danberkompetensi. Iaitu pembelajaran sepanjang hayat dikaitkan dengan elemen teori modal ekonomimanusia (Toth, 2002).Akhirnya, ia menjadi satu pendekatan berintegrasi dengan progam yang lebih konkrit telahdiimplementasikan pada tahun 2001. Pendekatan berintegrasi ini terhasil dari satu persidangannegara-negara Eropah iaitu The Lisbon European Council pada Mac 2000. Komisyen persidangantersebut telah mengeluarkan memorandum ―A Memorandum of Lifelong Learning‖ yangmendefinisikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai semua aktiviti pembelajaran yangProceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010212

dilaksanakan sepanjang kehidupan dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahirandan kompetensi dalam perspektif peribadi, sivik, sosial dan/atau pekerjaan.―all learning activity undertaken throughout life, with the aim of improvingknowledge, skills and competences within a personal, civic, social and/oremploymen-related perspective‖(A Memorandum of Lifelong Learning)Definisi dan Konsep Pendidikan Sepanjang Hayat:Pembelajaran sepanjang hayat ialah pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau profesionalyang dilakukan sepanjang masa, sukarela dan atas motivasi kendiri. Ia juga pembangunan potensimanusia melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individumenguasai ilmu, menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat dan meluasi pengalamanhidup supaya individu mengambil tanggungjawab dalam berbagai peranan dan keadaan denganyakin serta kreatif menghadapi segala cabaran hidup (Ibrahim Ahmad Bajunid 2006; Hargreaves,.2004; Aspin et al,2001; Gelpi, E. 1995). Ini bermakna seseorang akan menghadapi perubahandalam peringkat kehidupan, maka keperluan belajar menjadi penting, tetapi jenis maklumat, ilmudan fokusnya adalah berbeza pada setiap peringkat. Selain itu, ia selari dengan kehendak sosialdan ekonomi sezaman, yang memaksa individu menjadi aktif untuk kebaikan diri sendiri. Ini telahmenyedarkan masyarakat terutamanya golongan dewasa bahawa pendidikan formal yangdiperolehi semasa muda tidak lagi sesuai di sepanjang hayat mereka (Hargreaves,. 2004; Aspin etal,2001; Gelpi, E. 1995; Long,1990).Terdapat beberapa konteks dan konsep pembelajaran sepanjang hayat iaitu: home schoolingyang melibatkan pembelajaran tidak formal di rumah; pendidikan dewasa iaitu usaha pembelajaranformal dan berstruktur untuk mendapatkan sijil atau kelayakan dan kemahiran kerja untukkehidupan seterusnya; menyambung pelajaran adalah progam pembelajaran formal dan berstrukturiaitu usaha meneruskan pengajian atau menghadiri kursus anjuran institusi pendidikan tinggi;latihan dalam perkhidmatan (on-the-job training) meliputi perkembangan profesional dan latihankerja, samada dilakukan atas usaha peribadi atau anjuran organisasi; Pembelajaran maya (onlinelearning) adalah persekitaran pembelajaran peribadi atau pembelajaran arahan kendiri samadasecara formal atau tidak formal melalui pelbagai sumber dan alat multimedia secara atas talian(online).Model Pembelajaran Sepanjang HayatPendidikan jarak jauh telah lama wujud di kebanyakan negara dan telah dianggap sebagaisuatu model pendidikan yang dapat memajukan dasar PSH. Ciri utama PSH ialah fleksibilitiprogram yang membolehkan pembelajaran berlaku pada masa dan tempat yang sesuai denganpelajar. Ciri-ciri pelajar juga telah berubah dari segi umur yang semakin meningkat dan kiniterdapat pelbagai mod cara belajar tanpa batasan masa dan tempat. Antara kumpulan sasaran utamaPSH ialah golongan dewasa yang bekerja, suri rumah dan warga emas yang mahu memberikansumbangan kepada negara, menambah baik diri dan mempelbagaikan kemahiran .Penggunaan format media terkini seperti fail MP3 dan MP4 telah membolehkan bahantutorial dimuatturun dalam bentuk video, audio, imejan dan slaid digital. Selain itu, kaedahpembelajaran ini tidak mendatangkan masalah kerana bahan pembelajaran adalah direka denganarahan kendiri (self-instructional), interaktif, mesra-pelajar (leaner friendly) dan sistematik(Zoraini Wati, 2008; Rozinah 2007; Rosenberg 2001; Talesra et al 2003) . Sehubungan itu, ZorainiWati (2008) telah mengemukakan satu teori pembelajaran global yang dibentuk oleh Siemen(2005). Menurut teori tersebut, pada masa akan datang, sistem pendidikan akan menggunakan alatperhubungan online sosial seperti laman web, blog, wikipedia dan ruang sosial seperti My SpaceProceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010213

dan Facebook. Ini bermakna pembelajaran masa kini dan akan datang adalah satu proses aktif diantara bahan pembelajaran, interaksi sosial dan kompetensi teknologi.Berikut adalah model pembelajaran sepanjang hayat yang dikemukakan oleh Garrison (1997).Mengenali diri( Kesedaran Kendiri)Penilaian Pembelajaran( Pemantauan Kendiri)PelajarSepanjangHayatPerancangan UntukBelajar( Pengurusan Kendiri)Memahami CaraBelajar( Meta Belajar)RAJAH 2: Model Pembelajaran Sepanjang Hayat (Garrison, 1997)Rajah 2: Model tersebut menunjukkan pembelajaran sepanjang hayat adalah proses berkitardengan empat tonggak utama:(a) Kesedaran kendiri (Self awareness) pelajar mengenalpastikan identiti dan autonomimereka. Pelajar yang berautonomi mempunyai nilai dan kepercayaan sendiri, secara tidaklangsung akan mempengaruhi mereka semasa belajar (Candy 1991; Knowles et al., 2005).(b)Merancang Pembelajaran - Planning for learning (Self management) :penetapan objektif dan perancangan untuk mencapai objektif tersebut.(c)Sedar apa yang perlu dipelajari - Understanding how to learn (Meta-learnig);Menggambarkan kesedaran pelajar tentang kaedah yang berbeza semasa belajar danpelbagai cara belajar.(d) Penilaian pembelajaran - Evaluating learning (Self monitoring): Menunjukkan analisissistematik terhadap pelaksanaan belajar. Garrison mendefinisikan self monitoring ialahtanggunjawab seseorang untuk menilai pengurusan pembelajaran mereka sendiri.Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010214

PERBINCANGAN KAJIANE-pembelajaran : Isu dan CabaranBerdasarkan teori dan sorotan literatur terutamanya tentang pembelajaran berasaskan web (PBW),dapat disimpulkan bahawa e-pembelajaran adalah evolusi pembelajaran yang memudahkan orangdewasa meneruskan proses pembelajaran sepanjang hayat. Pembelajaran arahan kendiri secarajarak jauh dan cross border education didapati lebih relevan, fleksibel dan memberi kebebasankepada pelajar untuk memulakan pembelajaran pada bila-bila masa berdasarkan keperluanperibadi serta kesesuaian dengan komitmen terhadap keluarga, kerja dan kehidupan sosial mereka(Zoraini Wati, 2008; Rozinah 2007; Rosenberg 2001; Talesra et al 2003, Smith dan Ragan 1993).Namun apa yang penting ialah universiti maya perlu mengekalkan kualiti dan legitimasiprogram akademik yang ditawarkan. Maka cabaran kepada pendidik adalah untuk menyediakanruang siber bagi menjayakan transformasi pengalaman pembelajaran dari persekitaran sebenarkepada persekitaran pembelajaran secara maya.Salah satu prinsip teori pembelajaran dewasa adalah peranan tutor hanya membantu pelajaruntuk mampu berdikari dan mempunyai arahan kendiri supaya bertanggungjawab berhadappengalaman pembelajaran mereka sendiri. Namun begitu pembelajaran kendiri tetap mempunyaimasalah. Seandainya pelajar lewat atau kurang mendapat maklumbalas dari tutor, maka merekatidak dapat maju dalam proses pembelajaran kendiri mereka. Ini kerana guru atau tutor masih lagimerupakan orang yang pakar dan berautomi dari segi bahan kursus pembelajaran. Maka, tutorperlu merekabentuk bahan dan aktiviti pembelajaran yang benar-benar dapat membimbing pelajarkepada situasi pembelajaran persendirian secara online. Selain itu konsep pembelajaran kendiridan berautonomi bukan bermakna individu belajar secara terasing dari tutor dan pelajar lain.Sebaliknya ia merupakan konsep pembelajaran yang memberi kuasa kepada individu untukbertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka bersendirian dan pada masa sama terlibat secaraaktif dengan tutor dan pelajar lain.Dari aspek sosioemosi, pembelajaran secara online terutamanya secara asinkroni bukansahaja mengubah peranan guru, tetapi sangat berfaedah kepada golongan pelajar yang pendiam danpemalu. Orang yang pendiam dan pemalu mungkin tidak berpeluang untuk memberi pendapat dibilik darjah tradisional, sebaliknya mereka boleh turut serta secara aktif dalam forum perbincanganmaya, terutamanya di dalam forum e-kumpulan berbentuk asinkroni.Bagi golongan

E-PEMBELAJARAN: EVOLUSI INTERNET Sejarah telah membuktikan bahawa perindustrian dan perkembangan teknologi mampu mengubah sesebuah masyarakat. Perkembangan teknologi terutamanya evolusi internet telah mencabar konsep dan teori pendidikan tradisional, terutamanya terhadap konsep bilik darjah serta metod pengajaran dan pembelajaran (Hunt, 2004; Resnick dan Wirth, 1996.) Pembelajaran berbantukan .

Related Documents:

Nurhikma, 2020, Model pembelajaran Inkuiri Terbimbing Dalam Pembelajaran Fisika, Skripsi. Jurusan Pendidikan Fisika Fakultas Keguaran dan Ilmu Pendidikan Universitas Muhammadiyah Makassar. Penelitian ini bertujuan untuk : (1) Bagaimana konsep penerapan model pembelajaran inkuiri terbimbing dalam proses pembelajaran fisika, (2)

A. Pengertian Multimedia dalam desain pembelajaran B. Elemen – elemen multimedia dalam desain pembelajaran C. Aplikasi multimedia dalam pelaksanaan desain pembelajaran III. EVALUASI A. Pre test B. Tugas C. Post test IV. DAFTAR BACAAN Azhar Arsyad,.1997. Media Pembelajaran, Jakarta: CV Rajawali Arief S. Sadiman,dkk, .1986.

Diagram 1; Taksonomi Variabel Pembelajaran (dikutip dalam Degeng, 1989) a. Kondisi Pembelajaran Kondisi pembelajaran didefinisikan sebagai faktor yang mempengaruhi metode dalam meningkatkan hasil pembelajaran. Kondisi pembelajaran tersebut akan berinteraksi dengan metode pembelajaran, dan pada hakekatnya tidak dapat dimanipulasi. b.

Panduan Pendidikan Karakter di Sekolah Menengah Pertama BAB II: PELAKSANAAN PENDIDIKAN KARAKTER SECARA TERINTEGRASI DI DALAM PROSES PEMBELAJARAN 39 A. Pembelajaran Kontekstual 39 B. Integrasi Pendidikan Karakter di Dalam Pembelajaran 45 1. Perencanaan Pembelajaran 45 2. Pelaksanaan Pembelajaran 51 3. Evaluasi Pencapaian Pembelajaran 59 4.

audara pokok bahasan Hakikat Strategi Pembelajaran Bahasa ini merupakan materi awal pengajaran keterampilan berbahasa. Pokok bahasan ini mencakup: (1) konsep umum strategi pembelajaran, (2) pendekatan pembelajaran, (3) metode pembelajaran, (4) teknik pembelajaran, dan (5) teori yang melandasi berbagai strategi pembelajaran bahasa.

Pembelajaran dapat dipandang sebagai suatu sistem, pembelajaran terdiri dari sejumlah komponen yang terorganisi antara lain tujuan pembelajaran, materi pembelajaran, strategi dan metode pembelajaran, media pembelajaran atau alat 7 Ibid, h. 27, 8 Hamdani, Op.Cit., h. 23.

Reigeluth & Merill (dalam Sudana Degeng, 1989:12) Klasifikasi variabel2 pembelajaran dimodifikasi mjd: 1. Variabel Kondisi Pembelajaran 2. Variabel Metode Pembelajaran 3. Variabel Hasil Pembelajaran. VARIABEL KONDISI PEMBELAJARAN Faktor yg mempengaruhi efek penggunaan metode (termasuk media)

The API Standard 2000 5th Edition takes into account Tank Volume, Liquid Flow, and Temperature Change. It was written as a basis for the pressure control of hydrocarbons, and considered industrial tanks as well. It is this 5th Edition that is probably in widest use today. In 2009, this was updated to the API Standard 2000 6th Edition.