PENULISAN SURAT RASMI 5

3y ago
134 Views
3 Downloads
5.86 MB
65 Pages
Last View : 13d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Giovanna Wyche
Transcription

PENULISAN SURAT RASMI 3

PENULISAN SURAT RASMI 4

Pejabat Pendaftar UTMKL adalah penerima:1. Anugerah Emas Konvensyen Team Excellence APIC 2017, PeringkatKebangsaan2. Anugerah Perak dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)Peringkat IPTA Kali ke-13 20173. Anugerah Emas dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)Wilayah Tengah 20174. Anugerah Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHE) dalam MajlisAnugerah Permata Gemilang UTM 20165. Anugerah Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Terbaik KIEP Kali ke-2 2016UTM Johor Bahru6. Anugerah Fasilitator Terbaik Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KIEPKali ke-2 2016 UTM Johor Bahru7. Anugerah Emas dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)Wilayah Selatan 20158. Anugerah Emas dalam Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif(KIK) Wilayah Tengah 20159. Anugerah Emas dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)UTM ke-10 Tahun 2014PENULISAN SURAT RASMI 5

Edisi Pertama, 2017Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-manabahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentukdan cara sama ada melalui kaedah elektronik, fotokopi, mekanik atau caralain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.Garis Panduan Penulisan dan Pengurusan Surat Rasmi UTMISBN 978-983-44732-8-0Diterbitkan Oleh :Seksyen Pengurusan Organisasi (SPO)Pejabat Pendaftar, Universiti Teknologi MalaysiaJalan Sultan Yahya Petra, 54100 Kuala LumpurTel. : 03 - 2615 4830Faks.: 03 - 2693 4344Website : http://kl.utm.my/pendaftarE-mel : registrar.kl@utm.myPENULISAN SURAT RASMI 6

Sidang RedaksiPenaungYBhg. Dato’ Wan Mohd. Zawawi bin Wan Abd RahmanPengerusiSiti Salamah binti Mohd ShihabKetua EditorEditor::Pembaca Pruf:GrafikPercetakan::Mohd Najib bin MasroomHasanuddin bin OthmanLatifah binti Md YatimRabiah binti AliasNoorhafiza binti NoordinErni Azreena binti AffendiAzrul Hesyam bin WagiranSiti Zulaikha binti ZakariaKuntum binti Md AriffRashidah binti SaripSyarifah Syaliyana binti Syed AliRohani binti ParmanNoraini binti RamliMohd Shahrol bin Abdul GhaniPENULISAN SURAT RASMI 7

ISI KANDUNGANBIL.MUKASURATPERKARAKata Aluan 1-2APengenalan.3-4BPenyediaan Surat Rasmi.4-5CFormat Surat Rasmi.5 – 24DPendaftaran dan Pengedaran Surat.25 – 27EPengurusan Surat Terperingkat.28FTatabahasa Dalam Surat Rasmi.28 – 33GPanggilan Hormat dan KaedahPenggunaannya.34 – 42HPenutup.43ILampiran.44 – 57Bibliografi.58PENULISAN SURAT RASMI 8

Aluan PendaftarAssalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera,Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabaskepada Pejabat Pendaftar UTM Kuala Lumpur kerana telah mengambilinisiatif untuk menerbitkan buku ini.Buku Garis Panduan Penulisan Surat Rasmi UTM ini merupakan satu usahake arah memantapkan lagi gaya penulisan surat rasmi warga UTM. Justeru,buku ini hendaklah dijadikan sebagai rujukan dan panduan utama dalamusaha menghasilkan sepucuk surat rasmi yang tepat dan bercirikan gayaUTM.Sesungguhnya sepucuk surat itu bukan sahaja memperihalkan tujuan iaditulis, malah menggambarkan reputasi sesebuah jabatan itu secaraumumnya. Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh warga UTM supayasentiasa peka semasa menyediakan surat agar surat yang terhasil nantibercirikan UTM sebagai sebuah institusi ilmu yang hebat.Sekian terima kasih.DATO’ WAN MOHD. ZAWAWI BIN WAN ABD RAHMANPendaftarPENULISAN SURAT RASMI 1

Kata Alu-Aluan Ketua PentadbiranAssalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Hormat,Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah dan kurnia-Nyamaka Buku Garis Panduan Penulisan Surat Rasmi UTM dapat disiapkandengan jayanya pada tahun 2017. Tahniah dan syabas juga saya ucapkankepada staf Pejabat Pendaftar UTM (PPKL) yang telah terlibat sama adasecara langsung atau tidak dalam menyiapkan buku ini.Sebelum buku ini diterbitkan, warga UTM menggunakan gaya penulisan danformat surat rasmi yang pelbagai, oleh itu wujud keperluan untukmenggerakkan usaha menyeragamkan format penulisan surat agar ia bukansahaja seragam malah berimej korporat dan sesuai dengan keperluansemasa.Buku ini mengandungi format penulisan surat rasmi, panduan asastatabahasa dan contoh-contoh surat yang diolah menggunakan bahasa yangmudah difahami untuk semula lapisan staf. Semoga buku ini akan dapatmeningkatkan pengetahuan serta memberi manfaat yang besar kepadasemua staf yang terlibat secara langsung mahupun tidak.Sekian, selamat maju jaya.SITI SALAMAH BINTI MOHD SHIHABKetua PentadbiranUTM Kuala LumpurPENULISAN SURAT RASMI 2

A.PENGENALANUTM sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi perlu sentiasa meningkatkanprestasi dan kualiti perkhidmatan sejajar dengan keperluan pelanggan. Oleh yangdemikian, maka wujudlah keperluan untuk berkomunikasi secara berkesan antarajabatan, agensi luar, serta orang perseorangan.Dalam hal ini, surat merupakan antara saluran komunikasi yang utama dan pentingantara agensi kerajaan dan orang awam. Surat disediakan bagi menyampai ataumendapatkan maklumat, arahan, keputusan dan pandangan. Surat yangdisediakan oleh pihak UTM bukan sahaja merupakan salah satu dokumen danrekod rasmi, malah ia merupakan bukti wujudnya penyaluran maklumat telahberlaku. Urusan surat-menyurat mempunyai tatacara khusus yang perlu diketahuidan diamalkan oleh semua warga UTM.Garis Panduan Penulisan dan Pengurusan Surat Rasmi UTM ini diterbitkansebagai garis panduan asas kepada warga UTM dalam menyediakan surat rasmimengikut tatacara yang betul, tepat dan seragam. Inisiatif ini diharap dapatmembantu semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UTM meningkatkan kecekapansistem penyampaian perkhidmatan.Warga UTM perlu mematuhi semua Pekeliling Perkhidmatan dan garis panduanyang berkaitan dengan pengurusan surat rasmi iaitu:(a) Arkib Negara Malaysia (2016). Panduan Pewujudan Rekod: PenyediaanSurat, Memo dan E-mel Rasmi di Pejabat Awam. Kuala Lumpur: Arkib NegaraMalaysia.(b) Dewan Bahasa & Pustaka (2007). Kamus Dewan Edisi ke-4. Kuala Lumpur.(c) Dewan Bahasa & Pustaka (2008). Tatabahasa Dewan Edisi ke-3. KualaLumpur.(d) Jabatan Perkhidmatan Awam (2007). Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5Tahun 2007 Panduan Pengurusan Pejabat. Putrajaya: Jabatan PerkhidmatanAwam.PENULISAN SURAT RASMI 3

(e) Jabatan Perkhidmatan Awam (2014). Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan4 Tahun 2014 Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya. Putrajaya:Jabatan Perkhidmatan Awam.(f) Jabatan Perkhidmatan Awam (2013). Perintah-Perintah Am dan ArahanPentadbiran. Putrajaya: Jabatan Perkhidmatan Awam.(g) Kementerian Pengajian Tinggi (2011). Manual Pengurusan SuratRasmi. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi.(h) Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (2014).Arahan Pentadbiran Ketua Pengarah MAMPU Bilangan 5 Tahun 2014Panduan Penulisan Surat Rasmi, Memo, dan E-mel. Putrajaya: UnitPemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia.B.PENYEDIAAN SURAT RASMI1) Hirarki kaedah penulisan surat rasmi berbentuk “piramid terbalik”. Bahagian atasdimulakan dengan pendahuluan, diikuti oleh tujuan surat. Bahagian akhir ialahpenyataan tentang kesimpulan dan ucapan terima kasih penulis.Rajah 1menunjukkan kaedah penulisan surat rasmi yang digambarkan melalui “PiramidTerbalik”.PendahuluanTujuan SuratKesimpulandan ucapanterima kasihRajah 1: Piramid TerbalikPENULISAN SURAT RASMI 4

2) Secara amnya, surat rasmi UTM hendaklah mengandungi elemen-elemenmengikut susunan seperti berikut :i.ii.iii.iv.v.vi.vii.viii.ix.x.xi.C.Alamat Pengirim/Kepala Surat (Letterhead);Nombor Rujukan;Tarikh Surat;Alamat Penerima;Panggilan hormat penerima atau kata sapaan;Tajuk Surat;Pembuka kata;Nombor Perenggan;Pengakhiran Surat;Muka Surat; danLampiran (sekiranya ada).FORMAT SURAT RASMI1)Surat rasmi disediakan apabila berhubungan dengan agensi kerajaan, swastadan individu bagi menyampaikan maklumat, arahan, keputusan, jemputan ataumemohon maklumat, pertimbangan dan kelulusan.2)Pada asasnya, format penulisan surat rasmi UTM adalah sama dengan formatsurat rasmi kerajaan kecuali dengan sedikit penambahbaikan seperti berikutsebagai tambahan kepada elemen-eleman di perenggan B(2):(a) Jenis Font - Arial;(b) Saiz Font - 11;(c) Jarak antara barisan – Single Spacing; dan(d) Kedudukan Teks – JustifiedContoh penyediaan surat rasmi adalah seperti di Rajah 2. Manakala contohsurat rasmi UTM adalah seperti di Rajah 3.PENULISAN SURAT RASMI 5

KEPALA SURAT BAHAGIAN/PTJRujukan Kami : UTMTarikh :Alamat PenerimaJika menggunakan untuk perhatian(u.p.: perlu BOLD)(u.p.: .)Panggilan Hormat/Kata SapaanTuan,TAJUK SURATMenggunakan HURUF BESAR-Permulaan surat tidak perlu dinomborkanPerenggan pertama -2.Kandungan -3.Kandungan -4.Kandungan - Sekian, terima kasih.Arial 11, Single Line Spacing & JustifiedRuang kosong sebanyak satu (1) baris“Berkhidmat untuk Negara kerana Allah”Ruang kosong sebanyak dua (2) barisSaya yang menurut perintah,Nama pegawai perlu HURUF BESAR & Bold,Jawatan, PTJ & MA PEGAWAI-------------------)b.p.Pro-Naib Canselor (Kampus UTMKuala Lumpur) : :s.k.MNM/lmyPerlu ditulis bagi pihak (b.p. NaibCanselor atau Pro-Naib Canselor) Sertakan No.Tel & e-mel pengirim untuk memudahkanpenerima menghubungi pegawaiSalinan Kepada (s.k.) jika perluInitial (HURUF BESAR) mewakili pegawai yangmenandatangani surat, huruf kecil mewakilistaf yang menyediakan suratRajah 2 : Contoh Penyediaan Surat RasmiPENULISAN SURAT RASMI 6

Alamat UTM danLetterheadNo. RujukanTarikhAlamat penerima. Namapegawai/Ketua Bahagian perluBOLDPanggilan Hormat/Kata SapaanNo. PerengganTajuksurat“Berkhidmat untuk Negara kerana Allah”TandatanganPegawaiSalinan kepada(s.k.)InitialRajah 3 : Surat Rasmi UTMPENULISAN SURAT RASMI 7

Penjelasan bagi setiap elemen dalam surat rasmi adalah seperti berikut:(a)Alamat UTM / Kepala Surat (Letterhead)Muka surat pertama hendaklah menggunakan kepala surat (Letterhead)UTM yang mengandungi nama, alamat, nombor telefon, nombor faksimilidan laman web UTM. Ini akan memudahkan penerima menjawab suratatau menghubungi UTM di samping mengesahkan bahawa suratberkenaan adalah atas urusan rasmi kerajaan. Rajah 4 menunjukkankepala surat yang perlu digunakan oleh warga UTM. Penyediaan suratkepada agensi luar negara perlu menggunakan kepala surat BahasaInggeris mengikut kesesuaian.Alamat PengirimRajah 4: Alamat UTM / Kepala Surat (Letterhead)Rajah 4 : Kepala SuratNo. Telefon,Faks danLaman Web(b) Nombor RujukanNombor rujukan surat hendaklah dicatat pada sebelah kanan atas surat dandikandungkan mengikut fail yang berkaitan.(c) Tarikh SuratTarikh surat hendaklah dicatat pada sebelah kanan surat di bawah nomborrujukan. Ruangan tarikh perlu dikosongkan dan ia perlu diisi olehpenandatangan surat. Rajah 5 menunjukkan contoh catatan nombor rujukanfail dan tarikh surat.PENULISAN SURAT RASMI 8

No. Rujukan disebelah kananTarikh disebelah kananRajah 5 : Nombor Rujukan dan Tarikh Surat(d) Alamat PenerimaAlamat penerima hendaklah dicatat pada sebelah kiri surat, selang sebarisselepas tarikh surat. Terdapat tiga kategori surat iaitu:i.ii.iii.Agensi Kerajaan;Sektor Swasta/Badan BukanKerajaan/Pertubuhan; danOrang Awam/IndividuAlamat penerima dalam surat rasmi hendaklah dibuat mengikut kategoripenerima seperti berikut:i.ii.Agensi kerajaan (Jabatan Persekutuan dan Negeri serta PihakBerkuasa Tempatan dan Badan Berkanun)Surat kepada agensi kerajaan boleh dibahagikan kepada tiga jenisiaitu:(a) Surat kepada agensi luar - dialamatkan kepada gelaran rasmijawatan ketua agensi. Gelaran rasmi jawatan tanpa nama perluBOLD. Rajah 6 menunjukkan contoh surat kepada agensi/individu.PENULISAN SURAT RASMI 9

Surat kepada Jabatan/Fakulti : Gelaran RasmiJawatan; dan Alamat rasmiRajah 6: Surat Kepada Agensi Luar(b) Surat khusus kepada ketua jabatan - didahului dengan katahormat, gelaran kebesaran, nama, gelaran rasmi jawatan danalamat rasmi jabatan berkenaan. Sekiranya ingin menulis namadan gelaran rasmi jawatan penerima, hanya BOLD pada namapenerima sahaja. Rajah 7 menunjukkan contoh surat khususkepada ketua jabatan.Surat kepada Ketua Jabatan : Kata hormatGelaran kebesaranGelaran Rasmi jawatan;danAlamat rasmiRajah 7: Surat Khusus Kepada Ketua JabatanPENULISAN SURAT RASMI 10

(c) Surat kepada pegawai - Surat yang dituju kepada pegawai tertentuhendaklah dialamatkan kepada gelaran rasmi jawatan ketuaagensi dan ditambah di bawah alamat dengan singkatan perkatan‘untuk perhatian’ dan diikuti dengan nama pegawai berkenaan(u.p.: nama pegawai) seperti Rajah 8.Surat kepada Pegawai :Ketua PengarahArkib Negara MalaysiaJalan Tunku Abdul Halim (Jalan Duta)50568 Kuala Lumpur(u.p.: Puan Anis Syazwani binti Fadzillah Gelaran rasmi jawatan;Alamat rasmi; danNama pegawai yang hendakdihubungiPuan,Rajah 8: Surat Kepada Pegawaiiii.Sektor Swasta/Badan Bukan Kerajaan/PertubuhanSurat kepada Sektor Swasta, Badan Bukan Kerajaan atau Pertubuhanhendaklah dialamatkan kepada ketua organisasi berkenaan mengikutgelaran rasmi jawatannya, diikuti dengan nama, alamat rasmi sertanama pegawai yang hendak dihubungi. Rajah 9 menunjukkan contohsurat berkenaan.PENULISAN SURAT RASMI 11

Surat Kepada Sektor Swasta/BadanBukan Kerajaan/PertubuhanRajah 9 : Surat Kepada Sektor Swasta/Badan Bukan Kerajaan/Pertubuhaniv.Orang Awam/Individua) Surat kepada orang awam atau individu juga hendaklahdialamatkan kepada nama dan alamat individu berkenaan. Bagiindividu yang mempunyai gelaran kebesaran, kata hormat dangelaran hendaklah dinyatakan pada namanya. Rajah 10menunjukkan surat berkenaan.Surat kepada orang awamRajah 10 : Surat Kepada Orang Awam/IndividuPENULISAN SURAT RASMI 12

v.Senarai EdaranBagi surat yang mempunyai bilangan penerimanya lebih dari satupihak, SEPERTI SENARAI EDARAN perlu digunakan seperti Rajah11(a) dan lampiran surat seperti Rajah 11(b) perlulah dilampirkanbersama-sama. Jika senarai edaran adalah panjang, hanya mukasurat yang berkenaan penerima tersebut yang perlu dihantar.Surat dengan Senarai Edaran : Kedudukan perkataan ‘SEPERTISENARAI EDARAN’ adalah selangdua (2) baris selepas tarikh;Perlu BOLD dan UNDERLINESenarai edaran yang mengandungialamat rasmi penerima perludisertakan di akhir suratRajah 11(a): Surat Dengan Senarai EdaranPENULISAN SURAT RASMI 13

Senarai Edaran yang dilampirkanbersama dengan suratRajah 11(b) : Contoh Senarai Edaran(e) Permulaan/Pembuka Kata SuratSurat yang ditujukan kepada jabatan/agensi kerajaan hendaklah dimulakandengan ‘Tuan’ seperti yang ditunjukkan di Rajah 12(a), manakala suratkepada orang awam hendaklah dimulakan dengan ‘Tuan’ atau ‘Puan’.Namun bagi surat edaran dalaman UTM, kata sapaan ‘Saudara’ bolehdigunakan.Surat yang khusus kepada Ketua Jabatan/Agensi yang mempunyai gelarankebesaran hendaklah didahului dengan kata hormat dan gelaran kebesaranseperti ‘YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’. Begitu juga bagi surat kepada orangawam yang mempunyai gelaran kebesaran. Rajah 12(b) menunjukkancontoh permulaan surat kepada penerima dengan gelaran kebesaran.PENULISAN SURAT RASMI 14

Surat Kepada Jabatan /AgensiKerajaan : Permulaan surat dimulaidengan “Tuan”, “Puan” atau“Tuan/Puan”Rajah 12(a) : Permulaan Surat Kepada Agensi KerajaanSurat kepada penerima yangmempunyai gelaran kebesaran : Kata hormat; danGelaran kebesaranRajah 12(b) : Permulaan Surat Kepada Penerima Dengan Gelaran KebesaranPENULISAN SURAT RASMI 15

(f) Tajuk SuratSurat perlu diberikan tajuk (atau perkara) yang dapat menggambarkankandungan surat berkenaan. Setiap surat hendaklah dihadkan kepada satutajuk (atau perkara) sahaja. Bagi surat jawapan, tajuk yang sama hendaklahdigunakan. Tajuk surat tidak perlu tanda noktah. Rajah 13 menunjukkancontoh tajuk surat.Tajuk Surat : Tajuk dalam huruf besar, danHuruf perlu BOLD tanpa tandanoktah (.)Rajah 13 : Tajuk Surat(g) Nombor PerengganSemua perenggan dalam surat kecuali perenggan pertama, hendaklahdinomborkan secara berturutan. Rajah 14 menunjukkan contoh perenggan.PENULISAN SURAT RASMI 16

Penomboran Perenggan : Baris pertama tidak perlu dinomborkan;Penomboran perenggan bermula dengan perenggankedua dan yang seterusnya ; danSelepas nombor perenggan, perlu di ‘tab’sekali.Isi utama surat perlu BOLD dan UNDERLINE“Berkhidmat untuk Negara kerana Allah”Rajah 14 : Nombor Perenggan(g) Pengakhiran SuratSetiap surat hendaklah diakhiri dengan ‘’Sekian, terima kasih.” atau memadaidengan perkataan “Sekian.”, kemudian barulah diikuti dengan slogan“Berkhidmat untuk Negara kerana Allah” untuk edaran dalaman UTM,manakala untuk edaran luar UTM perlu menggunakan “Berkhidmat untukNegara” dan diikuti dengan “Saya yang menurut perintah,” atau “Yang benar,”di sudut kiri sebelah bawah surat sebelum ruang tandatangan pegawai yangberkenaan. Nama pegawai hendaklah dieja dengan menggunakan hurufbesar ‘(NAMA PEGAWAI)’ selepas ruangan tandatangan pegawai yangberkenaan.PENULISAN SURAT RASMI 17

Perkataan bagi pihak (b.p.) Naib Canselor bagi surat yang dialamatkankepada agensi luar UTM, manakala b.p. Pro-Naib Canselor (Kampus UTMKuala Lumpur) atau ketua PTJ bagi surat dalaman UTM. Ia hendaklah ditulissecara berturutan selepas tandatangan, nama, dan alamat pegawai.Semua surat perlu disertai dengan nombor telefon, dan alamat e-mel bagimemudahkan penerima menghubungi untuk rujukan. Rajah 15 menunjukkancontoh pengakhiran surat.“Berkhidmat untuk Negara kerana Allah”Pengakhiran Surat : Ayat Pengakhiran; Tandatangan/Tandatangan bagipihak (b.p.); dan No.telefon, dan e-mel pengirim.Rajah 15: Pengakhiran Surat(i) Muka Surat dan LampiranBagi surat yang mengandungi lebih daripada satu muka surat, muka suratseterusnya hendaklah diberi nombor yang berturutan mengikut format mukasurat seperti Rajah 16. Lampiran yang disertakan kepada surat hendaklahdilabelkan di bahagian atas sebelah kanan, misalnya Lampiran 1 atauLampiran A dan mestilah selaras dengan label yang dirujuk di dalam surat.Rajah 16 menunjukkan contoh penomboran muka surat dan Rajah 17menunjukkan lampiran surat.PENULISAN SURAT RASMI 18

12/21/22/2Rajah 16: Penomboran Muka SuratPENULISAN SURAT RASMI 19

Tajuk lampiran dalam suratmesti selaras dengan tajuk dilampiranLampiran :Muka surat pertama lampiranperlu dilabelkanRajah 17 : Lampiran Surat3)Muka surat yang terakhir perlu dipastikan supaya tidak mengandungitandatangan sahaja. Sekurang-kurangnya satu ayat atau baris daripadaperenggan yang terakhir perlu ada sebagai hubung kait antara tandatangandan kandungan surat. Ini adalah untuk memastikan tandatangan yangdiperoleh adalah untuk tujuan surat berkenaan sahaja dan bukannya untuktujuan lain. Ini adalah mustahak kerana tandatangan adalah satu bentukkelulusan dan langkah ini dapat mengelakkan penyalahgunaan danpenyelewengan dalam urusan surat-menyurat. Rajah 18 menunjukkan caramenghubung kait tandatangan dengan kandungan surat.PENULISAN SURAT RASMI 20

“Berkhidmat untuk Negara kerana Allah”Muka Surat Terakhir : Kandungan surat;danRuang tandatangan.Rajah 18 : Menghubung Kait Tandatangan dengan Kandungan Surat4)Penggunaan salinan kepada (s.k.) dan cetakan surat adalah sepertiberikut:a) Surat hendaklah disediakan dalam tiga (3) salinan. Salinan asal dihantarkepada penerima, salinan kedua dikandungkan dalam fail yang berkenaandan salinan ketiga dikandungkan dalam fail timbul (floating file) sekiranyaperlu. Sekiranya surat perlu diedarkan kepada penerima dalam salinankepada (s.k.), salinan tambahan perlu dibuat. Butiran s.k. ini bolehdisediakan selepas ruangan tandatangan surat. Rajah 19 menunjukkancontoh penggunaan s.k.PENULISAN SURAT RASMI 21

b) Penggunaan satu kepala surat asal diserahkan hanya kepada penerimater

Tarikh surat hendaklah dicatat pada sebelah kanan surat di bawah nombor rujukan. Ruangan tarikh perlu dikosongkan dan ia perlu diisi oleh penandatangan surat. Rajah 5 menunjukkan contoh catatan nombor rujukan fail dan tarikh surat. Faks dan Laman Web Rajah 4: Kepala Surat

Related Documents:

Penomoran Surat Surat Keluar yang telah ditandatangani Pejabat 15 Menit Ters usun nya secara urut surat-surat yang siap dengan penomoran sesuai kartu kendali 2 Penomo ran Surat Buku Kendali Surat Keluar, Nota Dinas, SK, Surat Tugas 10 Menit Terc iptan ya surat keluar yang telah ditandatangani dan memiliki tanggal dan nomor Surat

- Surat dinas: surat keterangan, surat jalan, surat kelakuan baik, surat izin, dan sebagainya. . Memintakan penomoran dan cap dinas surat keluar kepada petugas pengendali di UK 4. Menyerahkan surat keluar kepada petugas . atau perorangan dalam format dan media apapun Tunggal maupun kelompok

2.3.1. Surat bisnis 15 2.3.2. Ciri-ciri surat bisnis 15 2.3.3. Fungsi surat bisnis 17 2.3.4. Syarat surat bisnis yang baik 18 2.3.5. Bahasa surat bisnis 20 2.3.6. Bagian surat dan fungsinya 21 2.4. Pengertian Bisnis 23 2.5. Peranan korespondensi dalam bisnis 24 2.6. Format penulisan surat

Secara umum, sistematika surat lamaran pekerjaan meliputi tempat dan tanggal pembuatan surat, lampiran dan perihal, alamat surat, salam pembuka, paragraf . melampirkan surat pendukung seperti sertifikat pengalaman kerja. H. Contoh Surat Lamaran Pekerjaan dan Daftar Riwayat Hidup 1. Surat lamaran berdasa

Administrasi Perkantoran 6. 9 3) Susunan Surat Dinas (a) Kop Surat Kop Surat Nama Jabatan Kop Surat Nama Jabatan adalah kepala surat yang menunjukkan jabatan tertentu. Hanya digunakan untuk surat yang ditandatangani oleh pejabat negara Kop Surat Nama Jabatan terdiri dari Lambang Negara di tengah dan .

penulisan proposal dan skripsi serta memenuhi azas keseragaman penulisan yang berlaku bagi mahasiswa dalam lingkup Fakultas Kehutanan dan Ilmu Lingkungan. Buku Pedoman Penulisan Proposal dan Skripsi ini secara umum dibagi atas 2 (dua ) bagian, yaitu: (1) Pedoman Penulisan Proposal Penelitian dan (2) Pedoman Penulisan Skripsi.

keseragaman dalam penulisan proposal maupun Skripsi sesuai kaidah penulisan. Panduan Penulisan Skripsi ini meliputi prosedur tata cara penulisan, sistematika, format penulisan serta ketentuan-ketentuan bimbingan, ujian dan publikasi penulisan skripsi. Dalam kesempatan ini, tim penyusun mengucapkan terima kasih kepada : 1. Dr.dr.R.Soerjo .

Oregon English Language Arts and Literacy Standards Grade 2 Standards June 2019 * Denotes a revision has been made to the original Common Core State Standard. 255 Capitol St NE, Salem, OR 97310 503-947-5600 1 . Oregon achieves . . . together! Grade 2 Introduction to the Oregon Standards for English Language Arts and Literacy Preparing Oregon’s Students When Oregon adopted the Common Core .