Keseimbangan (Al-mizan) Pembangunan Sosio-ekonomi Menurut Sunnah Nabawi .

5m ago
30 Views
1 Downloads
635.26 KB
14 Pages
Last View : 17d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Ryan Jay
Transcription

Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Paper No. BM015 KESEIMBANGAN (AL-MIZAN) PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI MENURUT SUNNAH NABAWI: KAJIAN ANALISA HADIS KHUTBAH JUMAAT NEGERI SELANGOR Zulhamizan Ismail Calon Sarjana, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. E-Mail: zulhamizanismail@yahoo.com Amiruddin Mohd Sobali Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. E-Mail: amiruddin@usim.edu.my ABSTRAK Pembangunan sosio-ekonomi merupakan proses transformasi gabungan elemen kemasyarakatan dan ekonomi untuk mencapai kemajuan. Di era globalisasi yang mencabar kini, keseimbangan sosioekonomi mampu membina kejayaan yang bakal dinikmati oleh segenap rakyat. Bagi menyedarkan umat islam akan kepentingan pembangunan sosio-ekonomi, khutbah jumaat digunakan sebagai salah satu saluran penyampaian maklumat. Segala dalil daripada al-quran dan hadis yang berkaitan dipetik untuk menimbulkan kesedaran kepada masyarakat. Walaubagaimanapun, penelitian oleh sebahagian cendekiawan agama mendapati bahawa sebahagian Hadis-Hadis yang tidak boleh dijadikan hujah disampaikan di dalam khutbah jumaat. Hal ini pasti menimbulkan masalah apabila masyarakat awam mempercayai dan mengamalkannya. Justeru, kajian ini merungkai status semua hadis berkenaan yang digunakan di dalam khutbah jumaat di negeri Selangor dari tahun 2016 hingga 2017. Kajian ini amat penting untuk menyajikan nas-nas yang sahih untuk diamalkan oleh masyarakat dalam rangka memajukan ekonomi umat islam agar ia berjalan dengan cara yang diredhai oleh Allah SWT. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah data analisis yang menganalisa data secara diskriptif. Hasil kajian ini mendapati bahawa 64 % adalah Hadis Sahih, 18 % Hadis Hasan dan Hadis Dhaif 18%. Kajian ini turut membina kerangka strategi pembangunan sosio-ekonomi Islam berasaskan nas dan dalil yang sahih sebagai panduan pihak berwajib agama dan masyarakat awam. Kajian ini diharap dapat membuka mata pihak terbabit terutamanya pihak berkuasa agama agar lebih prihatin dalam memilih hadis yang sahih sebelum disampaikan kepada masyarakat. PENDAHULUAN Aspek keseimbangan pada ciptaan Allah SWT ini amat perlu kita hayati. Sebarang ketidakseimbangan mahupun keterlanjuran atau pelampauan dalam penggunaan nikmat Allah SWT ini akan menjejas keseimbangan dan keharmonian sesama manusia. Ia akan akhirnya membawa kesan yang tidak diingini kepada umat manusia. Seseorang yang tidak mengekalkan keseimbangan dalam menggunakan sumber 333

Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Paper No. BM015 alam kurniaan Allah SWT boleh mendatangkan mudarat bukan sahaja pada dirinya bahkan untuk generasi akan datang. Pembangunan ekonomi juga bersifat komprehensif dan tidak terbatas kepada variable-variable ekonomi semata. Bahkan meliputi semua aspek moral, sosial, material dan spritual. Kesemua item ini perlu seiringan dalam penghayatan kehidupan manusia untuk terus mengimbangi urusan dunia dan akhirat. Perkataan ekonomi telah memberi pelbagai definisi oleh ahli-ahli ekonomi barat berdasarkan pemahaman mereka tersendiri1. Menurut Atkinson (Maulidizen, 2017) tidak ada satu definisi ekonomi yang dapat dapat memuaskan pendapat semua ahli ekonomi. Ini kerana ahli ekonomi mengkaji perilaku manusia dan perilaku manusia sangat kompleks. Dengan itu, satu definasi yang tepat tidak dapat diberikan. Justeru itu, ahli ekonomi bersependapat bahawa pada asasnya ekonomi mengkaji perkara berkaitan penggunaan sumber yang ada. Manakala perkembangan ilmu ekonomi Islam, bermula dari zaman Rasulullah SAW, Sahabat sehingga saat ini. Ekonomi Islam merupakan ilmu pengetahuan yang menggabungkan antara ilmu ekonomi dengan prinsip ajaran Syariah. Terdapat pelbagai definisi ekonomi islam yang telah di perjelaskan oleh sarjana islam mengikut peredaran zaman dan keperluan manusia bersumber dalil Al-quran dan Hadis.2 (Al-Ghazali, 1982) memiliki padangan bahwa setiap manusia harus memenuhi keperluan hidupnya dan melaksanakan kewajiban beribadah kepada Allah. ilmu ekonomi ini sangat penting dalam kehidupan manusia dalam usaha mendekatkan diri kepada penciptaNya. Manakala menurut (HendriAnto, 2019), pemikiran Ibn Khaldun sarjana ekonomi islam yang telah mendahului pemikiran ahli ekonomi barat yang mempunyai pandangan sangat jelas terhadap hubungan antara sosial, moral, ekonomi dan politik perlu seiring terhadap kemajuan masyarakat. Dalam konteks pembangunan ekonomi di Malaysia, peningkatan mutu hidup rakyat ini perlu diberi penekanan supaya seimbang dengan peningkatan mutu hidup pelbagai kaum yang menjadi warganegara Malaysia. Perkataan “pembangunan” dalam bahasa Melayu diambil dari perkataan dasarnya iaitu “bangun”, yang juga bermaksud bangkit, menurut Kamus (Dewan, 1997) ialah, perihal membangun, proses mencapai kemajuan, perkembangan atau kegiatan memaju atau membangunkan. 1 Perkataan ekonomi mula dibincangkan oleh orang Greek membawa maksud pengurusan rumahtangga kerana rumahtangga adalah unit asas ekonomi. Fokusnya berkembang dan bertukar semenjak keperihatinan dan Teknik pengamalnya berkembang. (Ford, 1992). Ekonomi juga didefinasikan sebagai kajiaan bagaimana individu, firma dan organisasi dan negara dalam sesuatu masyaraakat membuat pilihan bagaimana menggunakan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka. (Miller, 1988: 4 & Stiglitz, 1993 : 10) 2 Ekonomi islam sebagai kajiaan tentang al-falah yang akan dicapai oleh manusia dengan mengurus sumber-sumber di bumi berdasarkan kerjasama dan tolong -menolong. (khan, 1994: 33). Manakala menurut ahmad (1989: 141) Ekonomi islam ialah satu disiplin yeng mengkaji perilaku ekonomi manusia yang menepati kehendak Syariah. Perilaku ekonomi manusia ini perlu dikaji dari aspek makro dan juga mikro. Ekonomi islam juga bukanlah ekonomi bersifat normative semata-mata, yang hanya melihat sesuatu aktiviti ekonomi dari aspek hokum halal atau haram, malahan menekankan aspek positif dalam segala perlakuaan ekonomi individu mahupun institusi. Al-sadr (1991: 26) mentakrifkan ekonomi sebagai ilmu yang membincangkan tentang perlaksanaan ekonomi dalam kehidupan termasuk peristiwa-peristiwa serta factor-faktor yang berkait dalam perlakuaan ekonomi. Mannan (1983) mendefinisikan ekonomi Islam sebagai sebuah ilmu sosial yang memperlajari masalah-masalah ekonomi bagi suatu masyarakat yang diilhami oleh nilai-nilai Islam. 334

Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Paper No. BM015 Menurut Berger dalam (Hamid, 1990) ‘pembangunan’ adalah difahami sebagai suatu proses yang menyebabkan sesuatu negara miskin menjadi kaya. Menurut (AHMAD, 2009) menjelaskan bahawa Pembangunan ekonomi penting bukan sahaja bagi meningkatkan pendapatan dan hasil negara, serta mewujudkan peluang pekerjaan bagi menampung pertambahan penduduk yang pesat, tetapi juga memastikan mutu hidup rakyat meningkat. Lantaran itu, Pembangunan sosio-ekonomi merupakan proses transformasi gabungan elemen kemasyarakatan dan ekonomi untuk mencapai kemajuan. Segala yang diciptakan Allah SWT di alam ini, diciptakan dengan memerhatikan keadilan dan keseimbangan pada kejadiannya, seperti keseimbangan pada alam bersama ekosistemnya, serta keseimbangan pada ciptaan langit dan bumi. Keseimbangan ekonomi, menjamin bahawa kehidupan ini dapat diteruskan dengan penuh harmoni. Justeru kajian ini menfokuskan kepada Menganalisa hadis-hadis yang merupakan sumber rujukan kedua dalam sistem sosio-ekonomi islam. PERMASALAHAN KAJIAN Hadis Rasulullah SAW muncul lebih 1400 tahun yang lalu bersumberkan wahyu dari Allah. Hadis adalah sumber rujukan kedua selepas Al-Quran Karim. Kesahihannya perlu dijaga dengan teliti oleh sarjanasarjana hadis menggunakan pelbagai metode penyelidikan secara berterusan selain menentukan kedudukan sesuatu hadis sama ada sahih, daif atau palsu. Sebagai sumber rujukan kedua, ilmu hadis ini merangkumi semua aspek penghayatan dalam kehidupan manusia sama ada politik, pendidikan mahupun pembanggunan ekonomi sesebuah negara. Masalah kemiskinan bukan lagi sekadar masalah negara, akan tetapi menjadi masalah sosial yang bersangkut hampir semua aspek dalam interaksi sosial (OMAR, 2010). kadar kemiskinan mestilah dikurangkan supaya kualiti hidup dapat ditingkatkan. Menurut )322 ، (العقيلي dalam kitab “Ad-dhu’afa” menjelaskan bahawa kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran kepada Allah ta’ala. Lantaran itu, Jalan mudah untuk masyarakat menyelesaikan masalah kemiskinan ini dangan amalan eksploitasi agama Islam melalui penggunaan usur islam dalam urusan perniagaan mereka. Hasil kajian (Suraiya Osman, 2019) menunjukkan bahawa amalan eksploitasi agama Islam dalam pemasaran dan pelabelan produk semakin berleluasa mutakhir ini sama ada eksploitasi terhadap Al-Quran mahupun AsSunnah. Malahan lagi, Menurut (DAKIR, 2016) masalah ketidaksahihan sumber Hadis yang digunakan dengan kewujudan hadis palsu yang sangat sinomim dalam masyarakat melayu antaranya di medium khutbah jumaat perlu di ambil berat oleh sarjana-sarjan hadis untuk terus memelihara kesahihan hadis tersebut. Khutbah Jumaat merupakan salah satu platfom dakwah bersifat mingguan kepada masyarakat islam. Justeru, kajian ini menjadikan teks khutbah jumaat di negeri Selangor sebagai instrumen kajian dalam memastikan tahap pendidikan ekonomi masyarakat sama ada bandar mahupun luar bandar dapat di tingkatkan melalui kajian Hadis ini. 335

Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Paper No. BM015 PERSOALAN KAJIAN Terdapat 3 persoalan dalam kajian ini: 1. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep keseimbangan (Al-Mizan) 2. Apakah status kedudukan hadis dalam khutbah jumaat 3. Bagaimanakah cara pembangunan sosio-ekonomi OBJEKTIF KAJIAN Dalam kajian ini terdapat 3 objektif utam dalam menjawab persoalan diatas: 1. Pengenalan prinsip utama keseimbangan (Al-Mizan) 2. Menganalisa hadis-hadis dalam khutbah jumaat di negeri selangor. 3. Mengenalpasti strategi pembangunan sosio-ekonomi KAJIAN LEPAS Al-Mizan atau neraca merupakan satu konsep penting untuk kembali kepada tugas manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini. Isu mizan atau keseimbangan ini sebenarnya telah dibahaskan oleh ramai pemikir Islam awal seperti Imam al-Ghazali (450-505H) dan Imam Fakhr al-Din al-Razi (Al-Razi, 1981) Dalam karya utama Imam al-Ghazali bertajuk Iḥyā’ cUlūm al-Dīn (Al-Ghazali, 1982) beliau ada menukilkan bahawasanya: Keseimbangan pada akhlak adalah kesejahteraan diri dan ketiadaan keseimbangan ini akan membawa kepada kepedihan dan kesakitan pada diri. Sebagaimana keseimbangan pada keadaan badan adalah kesihatan pada tubuh badan dan ketidakseimbangan pula membawa kesakitan pada tubuh badan. Penerapan konsep Al-Mizan dalam kehidupan bermasyarakat mendidik manusia agar meletakkan keutamaan akhirat mendahului keutamaan dunia. Bagi memastikan neraca kehidupan seimbang terdapat empat konsep yang perlu difahami untuk kita kembali kepada hakikat penciptaan insan iaitu AlUbudiyyah, Al-Syura, Al-Hurriyah dan Al-Musawah. Al-Ubudiyyah (Pengabdian Diri Kepada Allah) Tujuan manusia diciptakan oleh Allah SWT ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT serta menjadi khalifah yang menegakkan agama Allah serta memakmurkan dunia ini menurut peraturan Allah SWT. Hal ini bermakna seluruh kehidupan manusia adalah merupakan ibadah. Bagi mencapai tugas ini, manusia wajib menjuruskan hidup mereka bertepatan dengan kehendak Allah SWT (Aziz A. B., 2012) Inilah yang dimaksudkan dengan tuntutan Tauhid Ubudiyyah, iaitu kepatuhan yang sepenuhnya kepada Allah SWT dalam seluruh kehidupan. Firman Allah SWT dalam Surah al-Dzariyat, ayat 56 yang bermaksud “Dan aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada aku”. Ayat ini menegaskan dengan perkataan (Ma dan Illa) iaitu nafi dan istithna’. Dimana ia memberikan maksud ithbat (persabitan) yang sangat kuat. Kalimah Ma (tidak) menafikan segala tugas-tugas yang lain. Manakala kalimah Illa bermakna mengecuali satu perkara sahaja iaitu ibadah kepada Allah SWT (Aziz A. B., 2012) 336

Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Paper No. BM015 Dalam Surah al-An’am, ayat 162-163, Allah SWT memerintahkan Rasulullah SAW menyatakan; “Hendaklah kamu berkata; ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan sekalian alam, tiada syirik bagi Nya dan demikianlah aku diperintahkan dan aku adalah orang Islam pertama.” Ayat ini membawa perintah yang jelas kepada Rasulullah SAW untuk mengatakan prinsip yang utama dalam Islam, iaitu seluruh kehidupan samada daripada ibadah khusus seperti solat ataupun ibadah umum yang meliputi semua aktiviti kehidupan manusia; adalah kerana Allah SWT semata-mata. Selain daripada tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi ini, manusia hendaklah melaksanakan tugasnya untuk beribadah (pengabdian) dalam erti yang seluas-luasnya kepada Allah SWT. Untuk menjadikan segala usaha dan perbuatan itu adalah ibadah kepada Allah SWT, kita hendaklah memasang niat untuk mengerjakan sesuatu dengan betul, iaitu untuk menjadikan amal soleh itu semata-mata untuk Allah SWT (Borham, 2008). Al-Syura (Perbincangan) Syura ialah majlis perundingan. Menurut Ibn Manzur, penggunaan syura adalah untuk ‘Ikhtibar al-syayk li-ma’rifati halihi’ iaitu untuk menguji dan menganalisis sesuatu untuk mengetahui hal yang sebenar (Ibn Manzur). (Al-Habshi, 1998) berpendapat bahawa syura bukan sekadar mesyuarat bahkan merupakan tempat mengemukakan pandangan berasaskan keahlian masing-masing dalam menentukan sesuatu keputusan. Dalam hal ini, pengurus bertanggungjawab merancang, membentuk dasar, menyelaras dan mengawal segala perjalanan organisasi supaya objektif organisasi tercapai. Syura harus dilakukan mengikut kesesuaian masa dan tempat. Dalam konteks organisasi, mesyuarat dengan orang yang mewakili berbagai-bagai unit dalam organisasi boleh dianggap syura yang melibatkan wakil keseluruhan ahli organisasi. Segala keputusan besar yang melibatkan dasar, undang-undang, dan kepentingan lain hendaklah diputuskan dengan persetujuan majoriti daripada ahli-ahli syura tersebut. Inilah kemuncak perlaksanaan syura yang dikehendaki oleh syarak (Aziz A. B., 2012) (Borham, 2008) Perkara ini ditegaskan dalam Surah Al-Syura, ayat 38; ketika mana Rasulullah SAW masih di Makkah dan mempraktikkan prinsip syura dikalangan masyarakat Islam yang masih kecil bilangannya. Surah alSyura, ayat 38; yang bermaksud: “dan urusan mereka adalah diputuskan secara syura sesama mereka.” Pendeknya, syura memainkan peranan penting sebagai tempat membuat keputusan, dan melahirkan keadilan dan pembangunan yang berasaskan tuntutan agama. Falsafah pelaksanaan syura dalam organisasi adalah untuk mendapatkan keputusan yang terbaik disamping melahirkan persefahaman (tafahum), keterbukaan (tasamuh), keseimbangan (ta’awan), keadilan (‘adalah) dan kasih sayang (mahabbah). Keenam-enam perkara ini saling berkait rapat dalam memelihara keperluan asasi manusia (daruriyyah) seterusnya membentuk organisasi yang mantap dan cemerlang (Aziz A. B., 2012). Al-Hurriyyah (Kebebasan) Kebebasan atau Al-Hurriyyah merupakan elemen penting di dalam Islam dalam membuat sesuatu keputusan khususnya menentukan kebenaran atau kebatilan. Antara firman Allah yang boleh dikaitkan dengan Al-Huriyyah adalah “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.” (QS. Al-Baqarah [2]: 256). Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; Maka Barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan Barang siapa yang ingin (kafir) Biarlah ia kafir.” (QS. Al-Kahfi [18]: 29). Kebebasan paling tinggi yang perlu difahami dan 337

Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Paper No. BM015 dipraktikan ialah kebebasan daripada bergantung kepada selain daripada Allah S.W.T. Penyerahan sepenuhnya kepada Allah adalah syarat wajib dalam menjayakan konsep kampung Al-Mizan. Kejayaan ke atas setiap usaha yang dilakukan adalah dalam kuasa Allah. Dalam ekonomi Islam kebebasan merupakan hal yang paling utama kerana sah atau tidaknya akad jual beli terletak kepada kebebasan untuk meneruskan atau tidak aktiviti ekonomi tersebut. Dalam Islam, kebebasan yang dimaksudkan tersebut adalah kebebasan yang di bingkai dengan kefahaman Tauhid iaitu berteraskan hukum dan batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT seperti mana yang digariskan di dalam al-Quran (Rahmawaty, 2013). Pendeknya, dalam konteks realiti dunia masa kini, al-hurriyyah atau kebebasan yang dijamin melalui proses demokrasi yang berpaksikan ilmu dan etika itu adalah bersandarkan kepada prinsip-prinsip Islam yang mana bertepatan dan seiring dengan perlaksanaan konsep keadilan (‘adl), persamaan (musawah) dan musyawarah (syura) (Hasan, 2016). Islam memberikan kebebasan kepada individu untuk memiliki dan mengeluarkan barangan serta bebas untuk berjual beli dan menetapkan harga. Namun, setiap ahli masyarakat adalah bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang dilakukan bagi mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan kehidupan di dunia dan akhirat, selaras dan seimbang, sesuai dengan keperluan dan kepentingan hidup bermasyarakat. Al-Musawah (Kesamarataan) Al-Musawah atau kesamarataan dalam pentadbiran Islam bermaksud tidak ada mana-mana pihak yang berasakan dirinya lebih tinggi atau lebih istimewa daripada yang lain. Tidak semua kesamarataan itu bersifat adil. Oleh itu, pemerintah menggalas tanggungjawab besar dalam memastikan kesamarataan dalam pentadbirannya juga menepati prinsip keadilan. Justeru, pemerintah hendaklah amanah, memiliki sikap dan perilaku yang boleh dipercaya, jujur dan adil (Aziz, 2015). Dalam kehidupan bermasyarakat penekanan konsep musawah ini juga penting, setiap manusia pada prinsipnya adalah sama iaitu hamba Allah yang tidak dibatasi oleh keturunan dan bangsa. Perbezaan martabat manusia terletak kepada tahap keimanan dalam mentauhidkan Allah SWT. Maka hak seseorang ahli perlu diberikan mengikut keperluan syariat. Oleh itu, pelaksanaan kesamarataan dalam organisasi atau perniagaan adalah menjurus kepada persamaan dari sudut peluang dan kemudahan yang disediakan dan juga pembahagian tugas dengan mengambilkira aspek kebajikan dan kemanusiaan sebagaimana dituntut oleh Allah S.W.T. Prinsip ini mempunyai landasan yang amat kuat yang telah digariskan di dalam al-Quran, Firman Allah SWT di dalam Surah al-Hujurat 49:13 yang bermaksud “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” Ayat ini menegaskan tiada perbezaan di antara manusia kecuali orang-orang yang bertaqwa kepada Allah SWT, bukanlah kerana keturunan atau bangsanya. 338

Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Paper No. BM015 METODOLOGI KAJIAN Untuk menjawab segala permasalahan kajian di atas. Kajian Kualitatif ini menggunakan kaedah pentakhrijan kesemua hadis-hadis dalam khutbah jumaat di negeri Selangor pada tahun 2016-2017 sahaja. Takhrij didefinisikan sebagai penyataan sumber asal sesuatu hadis daripada sumber-sumber utama Islam serta penyataan status atau kedudukannya ketika diperlukan. Berikut adalah tatacara takhrij hadis yang digunapakai dalam kajian ini: 1. Mencari sumber hadis tersebut di dalam kitab-kitab sumber induk dalam al-kutub tis’ah sahaja seperti al-Kutub al-Tis’ah, Mustadrak al-Ha kim, Sahih Ibn Hibb a n, Sunan al-Bayhaqi , Tafsir al-Tabari, dan sebagainya. Penulis akan mengumpulkan penjelasan suatu hadis yang diteliti dengan mencatat nama buku, pengarang, kitab, bab, jilid, halaman, nombor hadis, perawi, dan kualiti sanad hadis jika ada. 2. Dalam mencari hadis, penulis menggunakan perisian hadis seperti al-Maktabah al-Syamilah dan Jawami’ al-Kalim Begitu juga menggunakan Internet melalui laman-laman web seperti www.hadis.net, www.al-islam.com, www.dorar.com dan sebagainya. Perisian dan laman web ini hanya digunakan untuk membantu penulis dalam menemukan keberadaan suatu hadis dengan mudah di dalam mana-mana kitab sumber. Hal ini disebabkan kerana rujukan yang lebih sah adalah kitab, bukan perisian atau laman web yang tidak terlepas dari pelbagai kelemahan dan kekurangan. 3. Berkenaan dengan hadis-hadis yang ditakhrij oleh al-Bukhari dan Muslim, masing-masing dalam kitab Sahihnya, tidak dianalisis lagi, sebab riwayat masing-masing keduanya tidak diragukan lagi kualiti kesahihannya. Pengkaji hanya akan meneliti kesesuaian teks yang digunakan dalam khutbah jumaat jais, apabila tidak menjumpaai matan hadis tersebut, maka akan dikutip matan yang paling dekat kesesuaiannya. 4. Hadis yang tidak dapat ditemukan di dalam kitab-kitab sumber induk, maka penulis akan menjelaskan sumber yang memuat riwayat tersebut dan penulis akan menyebut “tidak diketahui”. Suatu hadis hanya akan dinilai mawdu ’apabila terdapat pendapat ulama yang menilainya demikian. 5. Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh selain al-Bukhari dan Muslim, penulis akan berusaha mencari pendapat-pendapat ulama hadis mengenai nilai hadis itu, sama ada ulama terdahulu (mutaqddimin) seperti al-Tirmidhi, Ibn Hibban, al-Hakim, al-Bayhaqi, mahupun ulama yang datang setelahnya (muta’akhkhirin) seperti al-Dhahabi, al-Zayla’i, al-‘Iraqi, Ibn Hajar, al-Suyuti dan al-Munawi, serta pendapat ulama kontemporari (mu’asirin) seperti Ahmad Shakir, al-Albani dan lain-lain. DAPATAN KAJIAN Hasil daripada kajian analisa hadis-hadis yang terdapat dalam khutbah jumaat di negeri selangor pada tahun 2016-2017, pengkaji telah mendapati laporan seperti berikut: 339

Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Paper No. BM015 1. Terdapat sebanyak 53 teks khutbah jumaat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) pada tahun 2016. Manakala pada tahun 2017 pula sebanyak 52 teks khutbah jumaat: Bil 1. Tarikh 6/1/2017 2. 3. 4. 5. 6. 13/1/2017 20/1/2017 27/1/2017 3/2/2017 10/2/2017 7. 8. 9. 10. 11. 17/2/2017 24/2/2017 3/3/2017 10/3/2017 17/3/2017 12. 24/3/2017 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 31/3/2017 7/4/2017 14/4/2017 21/4/2017 28/4/2017 5/5/2017 12/5/2017 19/5/2017 26/5/2017 2/6/2017 23. 9/6/2017 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 16/6/2017 23/6/2017 30/6/2017 7/7/2017 14/7/2017 21/7/2017 28/7/2017 4/8/2017 11/8/2017 Tajuk Kebaikan Diamali, Kesejahteraan Hidup Dinikmati BahayaNya Amalan Riba’ Kecelaruan Jantina Eksplotasi Agama Memusnahkan Negara Menjaga Kesucian Agama Pentingnya Pendidikan Kanak-Kanak Dirumah Masjid Memartabatkan Umah Hakikat Islam Yang Sebenar Cinta Dunia Masjid Tempat Penyatuan Ummah Riba: Kesedaran Hukum Dan Pembersihan Memelihara Keamanan Dan Kesejahteraan Tanggungjawab Bersama Mawaddah, Rahmah Dan Sakinah Pencegahan Dadah Bermula Dari Rumah Pengembaraan Yang Menajubkan Agong Tonggak Syariat Pekerjaan Sebagai Hamparan Sejadah Tunaikanlah Amanahmu Berdoa Adalah Agama Guru Pembina Negara Bangsa Marhaban Ya Ramadhan Zakat: Menyucikan Jiwa Menyuburkan Harta Nuzul Al-Quran: Menghayati Tujuan AlQuran Diturunkan Ke Syurga Bersama Keluarga Berhari Raya Dengan Penuh Beradab Apa Selepas Ramadhan Mendakap Bahagia Hakiki Buli Perbuatan Zalim Menuju Alam Barzakh Lambaian Haji Tuntutan Ilahi Urus Kewangan Dengan Berhemah Memelihara Nasab Kategori Kemasyaraktan Ekonomi Isu Semasa Ekonomi Agama Kekeluargaan Kemasyarakatan Agama Agama Kemasyarakatan Ekonomi Kemasyaraktan Kekeluargaan Isu Semasa Agama Isu Semasa Ekonomi Ekonomi Agama Pendidikan Agama Ekonomi Agama Kekeluargaan Kemasyarakatan Agama Agama Isu Semasa Agama Agama Ekonomi Isu Semasa 340

Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 33. 18/8/2017 34. 25/8/2017 35. 1/9/2017 36. 8/9/2017 37. 15/9/2017 38. 22/9/2017 39. 29/9/2017 40. 6/10/2017 41. 13/10/2017 42. 20/10/2017 43. 27/10/2017 44. 3/11/2017 45. 10/11/2017 46. 17/11/2017 47. 24/11/2017 48. 1/12/2017 49. 8/12/2017 50. 15/12/2017 51. 22/12/2017 52. 29/12/2017 Paper No. BM015 Sampaikah Pahala Korbanku Ekonomi Mempertahankan Kemerdekaan Isu Semasa Tanggungjawab Bersama Hikmah Disebalik Korban Ekonomi Membina Kekayaan Jiwa Ekonomi Cinta Negara Asas Perpaduan Isu Semasa Hijrah Tuntutan Hidup Muslim Kemasyarakatan Perjuangan Yang Belum Selesai Agama Berfikirlah Sebelum Buat Isu Semasa Liberalisme Perosak Islam Isu Semasa Akhlak Mulia, Agama Sempurna Agama Banteras Ajaran Sesat Isu Semasa Memakmurkan Rumah Allah, Bukti Agama Keimanan Gejala Fitnah Membawa Punah Kemasyarakatan Syurga Di Bawah Kaki Ibu Kekeluargaan Halal Membawa Berkat Ekonomi Menjulang Keagungan Nabi Muhammad Agama Saw Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada Isu Semasa Selamatkan Masjid Al-Aqsa Isu Semasa Berkongsi Rezeki Ekonomi Muhasabah Dan Azam Agama Jadual 1: Tajuk Khutbah Negeri Selangor 2017 Pelaporan statistik jumlah khutbah jumaat pada tahun 2017 telah menunjukkan sebanyak 52 teks khutah yang telah dikeluarkan. Jadual 1 menunjukan terdapat sebanyak 12 yang membicarakan tentang ekonomi, 7 kategori kemasyarakatan, kekeluargaan 4, isu semasa: 12, keaagamaan: 16 dan 1 berkenaan Pendidikan. 2% 23% EKONOMI KEMASYARAKATAN 31% KEKELUARGAAN 13% ISU SEMASA KEAGAMAAN 23% 8% PENDIDIKAN 341

Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Bil Tarikh 1. 30/12/2016 2. 13/1/2017 3. 16/12/2016 4. 9/12/2016 5. 2/12/2016 6. 25/11/2016 7. 18/11/2016 8. 11/11/2016 9. 4/11/2016 10. 28/10/2016 11. 21/10/2016 12. 13. 14. 15. 16. 17. 14/10/2016 7/10/2016 30/9/2016 23/9/2016 16/9/2016 9/9/2016 18. 19. 20. 21. 22. 2/9/2016 26/8/2016 19/8/2016 12/8/2016 6/1/2017 23. 5/8/2016 24. 29/7/2016 25. 25/7/2016 26. 15/7/2016 27. 8/7/2016 28. 1/7/2016 29. 24/6/2016 30. 17-Jun-16 Tajuk Membanteras Gejala Sosial Tanggungjawab Bersama Zakat Ditaati, Kebahagiaan Dinikmati Rasulullah Saw Contoh Teladan Ikutanku Mendaulatkan Syariat Rohingya Saudara Kita Berpada-Pada Dalam Berhibur Ketagihan Gajet; Selamatkan Anak-Anak Kita Antara Tanggungjawab Anak Dan Perwarisan Harta Tanggungjawab Yang Diabaikan Dunia Ibarat Setitik Madu Persiapan Menghadapi Hari Yang Dijanjikan Kebatilan Akidah Syiah Apabila Wang Menguasai Diri Hijrah Dalam Kehidupan Muslim Meniti Rumahtangga Bahagia Ukhuwah Islam Teras Perpaduan Ummah Ibadah Qurban; Syiar Allah Yang Penuh Pengajaran Tanggungjawab Lelaki Terhadap Wanita Memberi Makna Kemerdekaan Mengawal Perasaan Marah Nikmat Yang Dilupakan Kebaikan Diamali, Kesejahteraan Hidup Dinikmati Istiqamah Dalam Islam Dalam Menghadapi Ujian Pahlawan Mempertahankan Negara Demi Agama Mendidik Penderma Yang Prihatin Vaksin; Pencegahan Demi Kemaslahatan Muhasabah Melalui Tarbiah Madrasah Ramadan Zakat Fitrah Menyempurnakan Ibadah Puasa Tentera Badar Pahlawan Mithali Ramadhan; Adakah Pesta Juadah Atau Ibadah Paper No. BM015 Kategori Kemasyarakatan Ekonomi Agama Agama Isu Semasa Isu Semasa Isu Semasa Ekonomi Agama Agama Agama Isu Semasa Ekonomi Kemasyarakatan Kekeluargaan Kemasyarakatan Agama Agama Isu Semasa Agama Ekonomi Agama Agama Isu Semasa Ekonomi Isu Semasa Agama Ekonomi Agama Agama 342

Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 31. 10/6/2016 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. 43. 44. 3/6/2016 27/5/2016 20/5/2016 13/5/2016 6/5/2016 29/4/2016 22/4/2016 15/4/2016 8/4/2016 1/4/2016 25/3/2016 18/3/2016 11/3/2016 45. 46. 47. 48. 4/3/2016 26/2/2016 19/2/2016 12/2/2016 49. 5/2/2016 50. 29/1/2016 51. 22/1/2016 52. 15/1/2016 53. 8/1/2016 54. 1/1/2016 Membudayakan Al-Quran Dalam Kehidupan Ahlan Ya Ramadhan Berlumba-Lumba Melakukan Kebaikan Bahagiakanlah Ibu Dan Ayahmu Martabat Guru Dan Cabarannya Mengenali Beberapa Golongan Perosak Awas! Jangan Anda Terjebak Hargai Nyawa, Beradablah Di Jalanraya Rumahku Syurgaku Negeri Sejahtera Dan Dirahmati Allah Umat Muafakat Negeri Berkat Roh Yang Tergantung Mengingati Mati Menyucikan Jiwa Mengimarahkan Masjid Tanggungjawab Bersama Apa Khabar Jiran Anda Fahaman Liberal Perosak Akidah Bersihkan Hatimu Bila Hati Telah Bertaut, Pastikan Syurga Milikmu Tabayyun Bagaikan Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul Gejala Fitnah Meruntuhkan Ummah Belia. Beriman Pewaris Masa Depan Negara Vape; Alat Yang Membinasakan Pengamal Rasuah Dilaknat Allah Jadual 2: Tajuk Khutbah Negeri Selangor 2016 Paper No. BM015 Agama Agama Agama Kekeluargaan Pendidikan Kemasyarakatan Isu Semasa Isu Semasa Kekeluargaan Kemasyarakatan Kemasyarakatan Agama Agama Kemasyarakatan Kemasyarakatan Isu Semasa Agama Agama Agama Kekeluargaan Kemasyarakatan Kemasyarakatan Isu Semasa Ekonomi 343

Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Paper No. BM015 Kesimpulan untuk kategori teks khutbah jumaat pada tahun 2016 adalah kemasyarakatan sebanyak 10 nas. Manakala ekonomi: 7, isu semasa: 11, kekeluargaan: 4 dan Keagamaan sebanyak: 21. Seterusnya untuk Pendidikan adalah 1 sahaja. 2% 13% 20% EKONOMI KEAGAMAAN KEKELUARGAAN KEMASYARKATAN 19% 39% ISU SEMASA PENDIDIKAN 7% 2. Pelaporan berkenaan status hadis yang disemak oleh pengkaji melalui tajuk berkaitan Ekonomi dan Kemasyaraktan yang terdap

2. Apakah status kedudukan hadis dalam khutbah jumaat 3. Bagaimanakah cara pembangunan sosio-ekonomi OBJEKTIF KAJIAN Dalam kajian ini terdapat 3 objektif utam dalam menjawab persoalan diatas: 1. Pengenalan prinsip utama keseimbangan (Al-Mizan) 2. Menganalisa hadis-hadis dalam khutbah jumaat di negeri selangor. 3.

Related Documents:

kebijakan pembangunan ekonomi, dan hambatan-hambatan yang dihadapi. Materi yang dibahas adalah teori pertumbuhan dan pembangunan ekonomi, tahap-tahap pertumbuhan ekonomi, teori-teori hambatan pembangunan, kebijakan-kebijakan pembangunan, pembangunan ekonomi di Indonesia, dan sumber-sumber pembiayaan pembangunan. Capaian Pembelajaran: Setelah menyelesaikan mata kuliah ini, mahasiswa mampu .

Ekonomi Pembangunan dan . Pembangunan Ekonomi . Prof. Lincolin Arsyad . odul 1 ini merupakan sarana bagi mahasiswa untuk memahami konsep dan paradigma-paradigma pembangunan ekonomi yang berkembang hingga saat ini. Pada modul ini, dijelaskan evolusi makna pembangunan dan indikator-indikator pembangunan. Setelah mempelajari modul ini, secara umum, Anda diharapkan dapat menjelaskan evolusi makna .

Pembangunan Jangka Panjang Daerah Provinsi Banten Tahun 2005-2025 merupakan acuan bagi penyusunan Rencana Pembangunan Jangka Menengah (5 tahunan) Provinsi Banten 2012-2017. Selain Visi, Misi, Tujuan dan Sasaran Jangka Panjang, Pola Dasar Pembangunan Jangka Panjang Daerah juga memuat skenario arah pembangunan yaitu arah kebijakan pembangunan .

BAB VII KEBIJAKAN UMUM DAN PROGRAM PEMBANGUNAN DAERAH RENCANA PEMBANGUNAN JANGKA MENENGAH DAERAH PROVINSI NTB TAHUN 2013-2018 VII- 1. BAB VII KEBIJAKAN UMUM DAN PROGRAM PEMBANGUNAN DAERAH 7.1. Kebijakan Pembangunan Jangka Panjang Nasional Visi Rencana Pembangunan Jangka Panjang Nasional 2005 2025 adalah: Indonesia Yang Mandiri, Maju, Adil Dan .

B. Pembangunan Ekonomi yang Didorong .92 C. Pembangunan Ekonomi yang Dipaksakan.93 D. Pembangunan Ekonomi di Negara sedang Berkembang.94 BAB VIII Syarat, Masalah, dan Kebijakan Pembangunan Ekonomi 97

pembangunan daerah tertinggal 2.koordinasi dan sinkronisasi pelaksanaan kebijakan di bidang pembangunan daerah tertingga 3.pengelolaan barang milik/kekayaan negara yang menjadi tanggung jawab kementerian pembangunan daerah tertinggal 4.pengawasan atas pelaksanaan tugas di lingkungan kementerian pembangunan daerah tertinggal

KERANGKA PAPARAN Slide - 2 RPJMN 2015 –2019 Visi –Misi dan 9 Agenda Prioritas –NAWA CITA Strategi Pembangunan Nasional Membangun Indonesia dari Pinggiran dengan Memperkuat Daerah-daerah dan Desa SASARAN, ARAH KEBIJAKAN DAN STRATEGI PEMBANGUNAN DESA DALAM RPJMN 2015-2019 Sasaran Pembangunan Desa Arah Kebijakan dan Strategi Pembangunan Desa

language approach was a drastic change compared to the previous, traditional approach to language instruction in Korea.’ The factors in this ‘drastic change’ which Jeon highlights include setting the unit of analysis at the discourse level rather than the sentence level; emphasizing communicative competence rather than only linguistic competence; moving from teacher-fronted to learner .