UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGLIBATAN KAKITANGAN DALAM .

3y ago
55 Views
2 Downloads
647.44 KB
25 Pages
Last View : 21d ago
Last Download : 3m ago
Upload by : Laura Ramon
Transcription

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAPENGLIBATAN KAKITANGAN DALAMPERANCANGAN STRATEGIK SISTEM MAKLUMAT (SISP)DI MALAYSIAUMI ZURINA BINTI MOHD LOKYFSKTM 2001 7

PENGLIBATAN KAKITANGAN DALAMPERANCANGAN STRATEGIK SISTEM MAKLUMAT (SISP) DI MALAYSIAOlehUMI ZURINA BINTI MOHD LOKYTesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Keperluan UntukIjazah Master Sains DiFakulti Sains Komputer dan Teknologi MaklumatUniversiti Putra MalaysiaOktober 2001

iiDEDlKASIAyahanda dan bonda tercinta.Hj. Mohd Loky B. Aman & Hjh. Shamsiah Bt. Suparman.Abang dan adik yang disayangi .Haidi Rustam & Hisyam Azhar.Sahabat-sahabat yang dikasihi .Mohd Nazri, Dhila & Faie.

iiiAbstrak tesis yang dikemukan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagaimemenuhi keperluan untuk ijazah Master Sains.PENGLIBATAN KAKITANGAN DALAM PERANCANGAN STRATEGIKSISTEM MAKLUMAT (SISP) DI MALAYSIAOlehUMI ZURINA BINTI MOHD LOKYOktober 2001Pengerusi:Profesor Madya Mohd Hasan Bin SelamatFakulti:Sains Komputer dan Teknologi MaklumatPerkembangan teknologi maklumat yang pesat memainkan peranan penting dalampembangunan masyarakat yang berdaya fikir. Perubahan demi perubahan yang berlakutelah mencorakkan satu kehidupan manusia yang dipengaruhi oleh kemajuan teknologiini. Dari era pemprosesan data kini tumpuan telah beralih kepada era perancanganstrategik sistem maklumat (SISP).SISP dianggap sebagai satu isu yang penting dan ia menjadi cabaran di kalanganpengurus dan orang-orang yang terlibat dalam bidang sistem maklumat bagimengekalkan kelebihan bersaing dalam operasi pemiagaan mereka. Penglibatanindividu tertentu merupakan salah satu faktor yang menentukan kejayaan ataukegagalan perancangan strategik yang dibuat.Kajian ini dilakukan untuk mengkaji tentang tahap pelaksanaan SISP di organisasi,tahap penglibatan kakitangan dalam SISP, faktor-faktor yang mempengaruhi tahap

ivpenglibatan kakitangan dalam SISP dan individu yang perlu terlibat dalam SISP.Pungutan data dilakukan melalui pengedaran borang soal-selidik kepada organisasiyang telah ditentukan.Hasil kajian mendapati kebanyakan organisasi telah mempunyai SISP dan tahappenglibatan kakitangan dalam SISP adalah di tahap sederhana. Analisa statistik pulamendapati faktor jawatan mempengaruhi tahap penglibatan kakitangan dalam SISPmanakala pengurus atasan, personel teknologi maklumat dan personel bukan teknologimaklumatmerupakan individu yang perlu terlibat dalam SISP. Satu model danprototaip sistem tahap penglibatan kakitangan dalam SISP telah dihasilkan.

Abstract of thesis presented to the Senate ofUniversiti Putra Malaysia in fulfilmentof the requirement for the degree of Master of Science.STAFF INVOLVEMENT INSTRATEGIC INFORMATION SYSTEMS PLANNING (SISP) IN MALAYSIAByUMI ZURINA BINTI MOHD LOKYOctober 2001Chairman:Associate Professor Mohd Hasan Bin SelamatFaculty:Computer Science and Information TechnologyThe rapid growth of the information technology has played an important role in thedevelopment of the thinking society. Information technology evolution has creatednew way of modem life which is influenced by technology development. From dataprocessing era, interest has shifted to strategic information system planning (SISP).SISP is considered as an important issue and has become a challenge to manager andpersonnel in information system in order to sustain competitive advantage in theirbusiness operation. The success or failure of strategic planning is determined throughthe individual involvement.This research is done to study about the level of SISP implementation in organization,level of staff involvement in SISP, key factors that affect level of staff involvement inSISP and the key players of the SISP. Data collection is done through questionnairedistributed to targeted organization.

viThe survey shows that most of the organization already has SISP and the level of staffinvolvement in SISP is moderate. Statistical analysis discovers that staff positioninfluences the level of involvement in SISP. Thus, the key players need to involve inSISP are top manager, information technology personnel and non informationtechnology personnel. A model and system prototype for level of staff involvement inSISP was developed.

viiPENGHARGAANDengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A. Wdan keluarga serta para sahabatnya sekalian.Bersyukur saya ke hadrat Hahi kerana dengan lirnpah kurnia dan izin-Nya telahrnernberikan kesernpatan kepada saya untuk rnenyiapkan kajian dan tesis yang bertajuk"Penglibatan Kakitangan Dalam Perancangan Strategik Sistern Maklumat (SISP) diMalaysia" ini.Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terirna kasih ditujukan khususbuat jawatankuasa penyelia kajian ini iaitu Prof. Madya Mohd Hasan Selamat, Prof.Madya Dr. Ali Mamat dan Puan Nur Izura Udzir. Ribuan terirna kasih di atas segalatunjuk ajar, bantuan, pandangan dan nasihat yang telah diberikan.Terirna kasih juga diucapkan kepada kakitangan FSKTM, UPM, orgarnsaslorganisasi yang terlibat dalam kajian ini serta orang perseorangan yang terlibat secaralang sung atau tidak langsung dalarn rnernberikan kerjasama bagi rnenjayakan kajian ini.Tidak lupa juga ucapan terirna kasih ini buat ternan-ternan seperjuangan sepertiKak Iza, Kak Yati, Kak Mas, Lay Ki, Kak Lia, Kak Maya, Kak Eja, Kak Harini, KakSil dan Kak Ummu yang turut rnernberi sokongan dan pendapat dalam rnelaksanakankajian ini.

viiiSaya mengesahkan bahawa lawatankuasa Pemeriksa bagi Umi Zurina Binti Mohd Lokytelah mengadakan pemeriksaan akhir pada 3 1hb. Oktober 200 1 untuk menilai tesisMaster Sains beliau yang bertajuk "Penglibatan Kakitangan dalam PerancanganStrategik Sistem Maklumat (SISP) di Malaysia" mengikut Akta Universiti PertanianMalaysia (Ijazah Lanjutan) 1 980 dan Peraturan-peraturan Universiti Pertanian Malaysia(Ijazah Lanjutan) 1 98 1 . lawatankuasa Pemeriksa memperakukan bahawa calon inilayak dianugerahkan ijazah tersebut. Anggota lawatankuasa Pemeriksa adalah sepertiberikut:Hamidah Ibrahim, Ph.D.Fakulti Sains Komputer dan Teknologi MaklumatUniversiti Putra Malaysia(Pengerusi)Mohd Hasan SelamatProfesor MadyaFakulti Sains Komputer dan Teknologi MaklumatUniversiti Putra Malaysia(Ahli)Ali Mamat, Ph.D.Profesor MadyaFakulti Sains Komputer dan Teknologi MaklumatUniversiti Putra Malaysia(Ahli)Nur Izura UdzirFakulti Sains Komputer dan Teknologi MaklumatUniversiti Putra Malaysia(Ahli)ProfesorTimbalan Dekan Pengajian SiswazahUniversiti Putra MalaysiaTarikh: 2 3 NOV 2001

ixTesis ini diserahkan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima sebagaimemenuhi keperluan untuk ljazah Master Sains.AINI IDERIS, Ph.D.ProfesorPusat Pengajian SiswazahUniversiti Putra MalaysiaTarikh:1 0 JAN 2Uu2

xSaya mengaku bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya yang asH melainkan petikan dansedutan yang telah diberi penghargaan di dalam tesis. Saya juga mengaku bahawa tesisini tidak dimajukan untuk ijazah-ijazah lain di Universiti Putra Malaysia atau institusi institusi lain.Tarikh: I tJoVe &eP-'"001

xiSENARAl LEMBARAN PENGESAHANPERNYATAAN KEASLIANSENARAI JADUALSENARAI RAJAHSENARAI NAMA ndahuluanPemyataan MasalahObjektif KajianHipotesis KajianKepentingan kajianLimitasi kajianULASAN KARYAPerancangan Strategik Sistem Maklumat (SISP)Penglibatan dalam SISPFaktor-faktor yang Mempengaruhi Tahap Penglibatan Kakitangandalam SISPJawatanTahap Pengetahuan dalam Teknologi Maklumat (IT)PengalamanKomunikasiMaklumatModel CadanganIII METODOLOGIReka Bentuk KajianInstrumen KajianPra-UjianSubjek KajianPengumpulan DataAnalisis Data135566812131414151617191924242525

xiiIVVKEPUTUSAN DAN PERBINCANGANPengenalanMaklumat Tahap Pelaksanaan SISP di OrganisasiAnalisis Tahap Penglibatan Kakitangan dalam SISPAnalisis Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Tahap PenglibatanKakitangan dalam SISPJawatanTahap Pengetahuan dalam ITPengalamanKomunikasiMaklumatAnalisis Tahap Kedudukan dan Individu yang Terlibat dalamSISPKeputusan HipotesisPembinaan Sistem474953KESIMPULAN DAN AMPIRANBIODATA PENULIS2626303536374144586474

xiiiSENARAI JADUALHalamanJadual1.1Era pembangunan sistem maklumat12.1Senarai penyelidikan yang berkaitan dengan perancanganstrategik sistem maklumat93.1Skor pilihan jawapan bagi tahap penglibatan203.2Pengelasan jumlah skor tahap penglibatan kakitangan dalamSISP21Skor pilihan jawapan bagi faktor pengalaman, komunikasi danmaklumat22Pengelasan tahap skor faktor pengalaman, komunikasi danmaklumat224.1Taburan responden tentang sumber utama penyebaran SISP294.2Taburan responden tentang kawalan pelaksanaan SISP304.3Taburan responden mengikut SISP sebagai agenda kerja yangutama304.4Taburan responden mengikut penyumbangan idea dalam SISP314.5Taburan responden mengikut tahap penglibatan dalam SISP344.6Taburan responden mengikut jawatan364.7Taburan responden tentang pengalaman diri terlibat dalam SISP384.8Taburan responden mengikut pengaruh faktor pengalamanterhadap tahap penglibatan dalam SISP41Taburan responden mengikut perhubungan sesama ahli dalamSISP41Taburan responden mengikut pengaruh faktor komunikasiterhadap tahap penglibatan dalam SISP443.33.44.94.10

xivTaburan responden mengikut pengaruh faktor maklumatterhadap tahap penglibatan dalam SISP474.12Tahap kedudukan dan individu yang terlibat dalam SISP484.13Hubungan di antara jawatan dengan tahap penglibatan dalamSISP49Hubungan di antara tahap pengetahuan dalam IT dengan tahappenglibatan dalam SISP50Hubungan di antara faktorpenglibatan dalam SISPpengalaman51Hubungan di antara faktorpenglibatan dalam ptahapHubungan di antara faktor maklumat dengan tahap penglibatandalam SISP5252

xvSENARAI RAJAHHalamanRajahModel cadangan tahap penglibatan kakitangan dalamSISP18Reaksi responden tentang kewujudan SISP dalamorganlsasl274.2Pengalaman organisasi dalam SISP284.3Penyebaran SISP dalam organisasi284.4Penglibatan responden dalam hal pengkomputeran324.5Tahap perrgetahuan responden dalam IT364.6Pengalaman responden menggunakan komputer374.7Tahap kemahiran responden menggunakan komputer384.8Persepsi responden terhadap faktor pengalamanmempengaruhi tahap penglibatan dalam SISP40Persepsi responden terhadap faktor komunikasimempengaruhi tahap penglibatan dalam SISP43Persepsi responden terhadap faktor maklumatmempengaruhi tahap penglibatan dalam SISP46Model tahap penglibatan kakitangan dalam SISP532.14.14.94.104.11

xviSENARAI NAMA SINGKATANBPBusiness PlanningBSKLBursa Saham Kuala LumpurBSPBusiness Systems PlanningCSFCritical Success FactorsDPData ProcessingIEInformation EngineeringISPInformation Systems PlanningITInformation TechnologySISStrategic Information SystemsSISPStrategic Information Systems PlanningSPSSStatistical Package for Social ScienceSWOTStrength, Weakness, Opportunity, ThreatUKUnited KingdomUPMUniversiti Putra MalaysiaUSAUnited States of America

BAB IPENGENALANPendahuluanSistem maklumat memainkan peranan penting dalam menentukan arahorganisasi dalam persaingan dunia pemiagaan hari ini. Kini ia dianggap sebagai satumekanisme untuk mencipta dan mengekalkan kelebihan bersaing. Bidang inimengalami perubahan yang pantas dan agak sukar untuk meramalkannya pada masaakan datang. Penggunaan teknologi maklumat mamPU meningkatkan kecekapan dankeberkesanan sesuatu operasi dalam sesebuah organisasi. Hingga kini sistem maklumattelah melalui tiga era pembangunan (Jadual 1.1) yang mana telah memberi banyakkebaikan kepada organisasi (Ward et. aI., 1990).Jadual 1.1: Era pembangunan sistem maklumatTahunEra Sistem MaklumatObjektif1960-anPemprosesan Data (DP)Menambahkan kecekapan operasi1970-anPengurusan Sistem MaklumatMeningkatkan keberkesanan pengurusan1980-anSistem Maklumat StrategikMeningkatkan persaingan organisasiSistem maklumat strategik mengintegrasikan era pemprosesan data danpengurusan sistem maklumat untuk mencapai kedudukan yang terbaik antara organisasidengan pelanggan dan mewujudkan kebolehan daya saing yang tinggi. Selain itu ia

2turut memberi kesan kepada organisasi seperti dapat berhubung dengan pelangganmelalui sistem berasaskan teknologi, menghasilkan dan memasarkan produk bamberasaskan maklumat dan menyediakan pengurus atasan dengan maklumat yangdiperlukan untuk merancang dan melaksanakan strategi.Kini, fungsi sistem maklumat yang semakin bertambah telah mencorakkanperancangan strategik untuk sistem maklumat (Kay, 1980). Perancangan StrategikSistem Maklumat (SISP) merupakan salah satu isu terpenting pada masa kini dan iamerupakan satu cabaran di kalangan pengurus dan orang-orang yang terlibat dalambidang ini. SISP bermula pada awal tahun 1980-an (Redford, 1978 dan Ward et. ai.,1990). Perancangan strategik mempunyai hubung kait dengan objektif organisasi,penggunaan sumber untuk mencapai objektif dan polisi serta garis panduan yang dapatmenentukanpemerolehan sumber tersebut (Anthony, 1965). Perancangan strategikmeliputi penggunaan maklumat yang lepas, semasa dan kemajuan projek bagimemudahkan pihak pengurusan menentukan misi, objektif, polisi dan strategi program(Steiner et. ai., 1982).Sejarah awal perancangan strategik bermula daripada aspek ketenteraan.Berdasarkan kepada Webster's New World Dictionary (Guralnik, 1986) strategi ialah"sains perancangan dan pengarahan skala besar operasi ketenteraan, kuasa tindakankepada posisi peluang yang terbaik sebelum pertempuran sebenar dengan musuh".Walaupun pemahaman kita tentang strategi telah berubah apabila digunakan dalam

3bidang pengurusan, satu elemen yang masih kekal adalah untuk mencapai kelebihanbersaing.Selain daripada SISP, kebanyakan penyelidik turut menggunakan istilah'perancangan sistem maklumat' (ISP) dan 'sistem maklumat strategik' (SIS). Terdapatbanyak definisi yang menerangkan tentang SISP. Antaranya, SISP adalah perumusandan pelaksanaan sesuatu rancangan yang memenuhi objektif korporat dan kedudukanstrategik yang bersesuaian dengan peruntukan kewangan yang dapat menghasilkan satustrategi sistem maklumat yang akan memberikan kelebihan berbanding pesaing yanglain (Ismail dan Winder, 1997). Lederer dan Sethi (1992a) pula mentakritkan SISPsebagai proses menentukan objektif-objektif bagi kerja-kerja pengkomputeran sesebuahorganisasi dan mengenal pasti aplikasi komputer yang berpotensi untuk dilaksanakanoleh sesebuah organisasi.Kesimpulannya penyelidik mentakritkan SISP sebagai satu ancanganbisnes(BP)denganperancangan sistem maklumat untuk suatu jangka masa tertentu dengan menggunakanaplikasi komputer sebagai mekanisme untuk bersaing.Pernyataan MasalahTeknologi maklumat dan sistem maklumat adalah isu besar yang sedang diberiperhatian serius. Daripada kajian-kajian lepas menunjukkan SISP mampu memberikankelebihan daya saing dalam era globalisasi ekonomi dan pasaran sekarang yangmenuntut persaingan yang sengit (Kamarulzaman Mohamad et. aI., 2000). Kelebihan

4daya samg akan hanya diperolehi oleh mereka yang berkeupayaan memiliki danmemanipulasikan sumber maklumat untuk membuat keputusan yang benar-benar cekapdan berkesan.Kajian mengenai penglibatan dalam perancangan sistem maklumat adalah satuperkara yang tidak kurang pentingnya. lni kerana ia adalah antara masalah yangdihadapi dalam membangun dan melaksanakan perancangan sistem maklumat.Penglibatan kakitangan tertentu adalah penting dalam menentukan kejayaan ataukegagalan perancangan yang dibuat. Kajian yang dilakukan oleh King et. al. (1987) danLederer dan Mendelow (1988) mendapati masalah penglibatan dalam perancangansistem maklumat tertumpu kepada penglibatan pihak pengurusan atasan di managolongan ini kurang memberikan kerjasama. lni adalah kerana mereka kurang yakinterhadap perancangan yang dibuat (Lederer dan Sethi, 1992a). Selain itu perancangansistem maklumat memerlukan peruntukan belanja yang besar serta melibatkan tempohmasa yang lama (Liang dan Tan, 1994).Kajian ini penting kerana SISP di Malaysia masih berada di peringkat awalpendedahannya. Hanya sedikit sahaja kajian tentang SISP yang barn dan sedangdijalankan (LOGIK-UKM, 2000; MAMPU, 2000). Maka kajian penglibatan kakitangandalam SISP perlu dilakukan bagi mengenal pasti senario sebenar di Malaysia.

PER·PUSTAKAANJNIVl!l't ITIPUTi'tA MALAYS Justeru itu berdasarkan permasalahan yang telah dinyatakan, terdapat beberapapersoalan yang timbul dan ingin dikaji oleh penyelidik berkenaan dengan penglibatankakitangan dalam SISP. Persoalannya ialah:I) Sejauh manakah penglibatan kakitangan dalam SISP?2) Apakah faktor yang mempengaruhi tahap penglibatan kakitangan dalamSISP?3) Siapakah individu yang perlu terlibat dalam SISP?Objektif KajianObjektif kajian ini secara keseluruhannya adalah untuk menentukan faktorfaktor yang mempengaruhi tahap penglibatan kakitangan dalam SISP.Hipotesis KajianBerdasarkan kepada sorotan literatur, terdapat beberapa hipotesis yang dibinauntuk diuj i bagi mencapai objektif kajian ini. Hipotesis tersebut ialah:HI: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara jawatan dengan tahappenglibatan dalam SISP.H2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan dalam ITdengan tahap penglibatan dalam SISP.H3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor pengalaman (rujukhalaman 37 hingga 40) dengan tahap penglibatan dalam SISP.

6H4: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor komunikasi dengan tahappenglibatan dalam SISP.H5: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor maklumat dengan tahappenglibatan dalam SISP.Kepentingan KajianKajian ini adalah penting untuk mendapatkan gambaran awal tentangpenglibatan kakitangan dalam SISP di Malaysia. Kajian ini menunjukkan tahappenglibatan dan faktor tertentu yang mempengaruhi tahap penglibatan mereka dalamSISP.Walaupun terdapat banyak kajian tentang SISP dilakukan di luar negara, tetapiia lebih tertumpu kepada aspek metodologi (Barlow, 1990; Lederer dan Sethi, 1992a;Lederer dan Gardiner, 1992), pendekatan (McFarlan dan McKenney, 1983; Senn, 1989)dan pelaksanaan (Rackoff et. aI., 1985; Lederer dan Sethi, 1988). Hanya sedikit sahajayang menyentuh kepada aspek penglibatan (Ismail dan Winder, 1997; Ismail danWinder, 1996). Dengan itu diharapkan hasil kajian penglibatan dalam SISP ini dapatmenyumbangkanideabaruyangbolehmembantu pihak-pihaktertentudalammembangun dan melaksanakan SISP.Limitasi KajianKajian ini dijalankan di beberapa organisasi yang terdapat di sekitar bandarayaKuala Lumpur dan Selangor. Kajian ini terbatas kepada responden yang berjawatan

7pengurus sistem maklumat dan yang setaraf dengannya serta pengurus-pengurus atasan.lni adalah kerana ia bersesuaian dengan konsep perancangan strategik itu sendiri yangmana hal-hal tentang perancangan strategik sesebuah organisasi menjadi tanggungjawab pengurus peringkat atasan.

8BAB IIULASANKARYAPerancangan Strategik Sistem Maklumat (SISP)SISP merupakan suatu cabaran kepada kebanyakan organisasi dan ia merupakanaktiviti yang penting di kalangan eksekutif maklumat dan pengurus atasan (Lederer danSethi, 1997). Perancangan diperlukan kerana dianggap sebagai satu prosedur formaluntuk menghasilkan satu keputusan yang jelas dalam bentuk kesepaduan sistem dankeputusan (Mintzberg, 1994).SISP adalah satu proses perancangan tentang bagaimana sistem maklumat dapatmenjadikan organisasi berada di hadapan berbanding pesaing-pesaing yang lain dalamjangka masa panjang (Karababas dan Carther, 1994). Remenyi (1991) pula mengatakanperancangan sistem maklumat merupakan satu proses yang berterusan bagi sesebuahorganisasi dan ia adalah kesepaduan antara aplikasi komputer dengan objektif sesebuahorganisasi. SISP yang berkesan dapat membantu organisasi menggunakan sistemmaklumat untuk melaksanakan strategi bisnes bagi mencapai matlamatnya (Lederer danSethi, 1992b).Banyak kajian tentang SISP telah dilakukan oleh penyelidik dari negara baratseperti di USA (Hagmann dan McCahon, 1993; Premkumar dan

Abstrak tesis yang dikemukan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai . keberkesanan sesuatu operasi dalam sesebuah organisasi. Hingga kini sistem maklumat . Kini, fungsi sistem maklumat yang semakin bertambah telah mencorakkan perancangan strategik untuk sistem maklumat (Kay, 1980). .

Related Documents:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PUTRA International Centre Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang, Malaysia MOBILITY INFO SHEET 2019 – 2020 Name of Institution: Universiti Putra Malaysia (UPM), Malaysia Vice Chancellor Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris Vice Chancellor Office of the Vice Chancellor

(Name of School / Institution) Tahun (Year obtained) Bidang pengkhusususan (Area of Specialization) DOCTOR OF PHILOSOPHY (Ph.D) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2016 EXTENSION EDUCATION (YOUTH DEVELOPMENT) MASTER OF SCIENCE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2010 EXTENSION EDUCATION (YOUTH DEVELOPMENT) BACHELOR OF SCIENCE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor, Malaysia Tel: 03-89464201 admission@putra.upm.edu.my For more information, please contact Deputy Dean Research and Post Graduate Studies Division, Faculty of Engineering, 43400 UPM Serdang, Universiti Putra Malaysia, Selangor Darul Ehsan. Malaysia. Tel : 03-8946 6266/6253, Fax : 03-8656

Universiti Putra Malaysia 13. Universiti Sains Islam Malaysia 14. Universiti Sultan Zainal Abidin 15. . The institution is yet to submit application to change its new name in the MQR Current name : Universiti Sultan Azlan Shah 56. Universiti Teknologi Petronas 57. Universiti Tenaga Nasional . LIST OF DEGREE GRANTING INSTITUTIONS IN MALAYSIA .

As a premier institution of learning, widely recognised for leadership in research and innovation, . Universiti Putra Malaysia was first established as the School of Agriculture in 1931. The school . studies to include the field of Science and Technology (S&T). In 1997, the name Universiti Pertanian Malaysia was changed to Universiti Putra .

Name of awards Title Award Authority Year 1 Excellent in Service Perkhidmatan Cemerlang Universiti Putra Malaysia 2014, 2015,16 2 Professional Engineer Professional Engineer Board of Engineers Malaysia 2014 3. Excellence in Service Sijil Perkhidmatan Cemerlang Universiti Putra Malaysia 2004, 2011, 2013

Name of School / Institution Year obtained (Area of Specialization) Ph.D Universiti Putra Malaysia, Serdang, Malaysia. 2011 Biotechnology in Pulp and . 11 Special Topic (FHH 5955) Universiti Putra Malaysia Post Graduate 12 Bio-products from Lignocellulose (FHH 5519) Universiti Putra Malaysia Post Graduate G. HONOURS AND AWARDS Name of awards

Fraud Detection Using Data Analytics in the Banking Industry 5 Banking Fraud detection in banking is a critical activity that can span a series of fraud schemes and fraudulent activity from bank employees and customers alike. Since banking is a relatively highly regulated industry, there are also a number of external compliance requirements that banks must adhere to in the combat against .